ucap utama shura diskusi kesarjanaan 2

35
Ucap Utama Ucap Utama Pimpinan SHURA Pimpinan SHURA Ustaz Hj. Abdul Ghani Bin Samsudin

Upload: abdul-ghani

Post on 20-Jul-2015

80 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

  • Ucap Utama Pimpinan SHURAUstaz Hj. Abdul Ghani Bin Samsudin

  • Kami akan tunjukkan kepada mereka ayat dan tanda-tanda kebesaran Kami (kebenaran Islam) di ufuk-ufuk tinggi dan di dalam diri mereka sendiri, sehingga terbukti kepada mereka bahawa ajaran Islam ini benar. Apa tidak memadaikah Tuhanmu wahai Muhammad menjadi saksi terhadap segala-galanya

  • Ucap Utama Pimpinan SHURA

  • PenghargaanKita bersyukur kepada Allah kerana limpah kurnianya kita dapat berhimpun di sini pada hari ini untuk mendiskusikan wacana keserjanaan tentang hubungan umat antarabangsa, hubungan NGO muslim sesama sendiri untuk melakar suatu gambaran masa depan dan asas perhubungan antara mereka demi menjayakan perjuangan menobatkan cita-cita Islam di mayapada ini.

  • Keperluan Asas Perhubungan Yang SihatSebagai umat yang bertamadun kita menyedari pentingnya asas dan lunas hubungan yang sihat , adil dan seimbang mengatur hubungan sesama individu, gerakan, malah antara negara yang berdaulat. Asas hubungan yang baik membawa kepada kejayaan, kemakmuran, kedamaian dan kesejahteraan.Asas hubungan yang mengukuhkan persaudaraan merupakan rahmat rahmat Allah S.W.T. kepada manusia

  • Asas PersaudaraanAsas hubungan yang mengukuhkan persaudaraan merupakan rahmat rahmat Allah S.W.T. kepada manusia . Allah berfirman : Ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika mana kamu bermusuhan pada suatu masa dahulu lalu dimesrakannya hati sesama kamu .Akhirnya kamu menjadi bersaudara dengan nikmat kurniaanNya.Ali Imran 103

  • Pemusnah Asas PerhubunganTapi nikmat persaudaraan sesama orang yang beriman di kalangan Ahlil Kitab telah direnggut oleh Allah apabila mereka menyimpang dan menyeleweng. Serta tidak lagi menyempurnakan sebahagian dari amanat pesanan Allah . Di dalam Surah Al Maidah ayat 14 Allah berfirman:

  • MaksudnyaDari kalangan mereka yang mengaku bahawa mereka Nasrani Kami ambil janji setia mereka; namun mereka melupakan sebahagian dari pesanan dan peringatan Kami. Lalu kami sebarkan permusuhan dan kebencian di kalangan mereka sampai hari kiamat. Kelak Allah akan huraikan (kesan) perbuatan (buruk itu) kepada mereka.

  • Sebab KebencianRasa kebencian dan permusuhan itu antara lain disebabkan kerana meninggalkan sebahagian daripada pesanan dan ajaran Allah . Sebab itu umat Islam perlu memenuhi setiap tuntutan ajaran Allah, untuk mengelakkan resiko meratanya kebencian sesama sendiri, seperti yang telah menimpa umat ahlil kitab . Ada yang dimurkai, Ada yang dilaknat dan ada pula yang sesat.

  • Ruang lingkup Amanah AllahKewajiban memikul amanah Allah merangkum berbagai aspek termasuk yang paling penting aspek pemerintahan. pendidikan, dakwah, ekonomi, ilmu, jihad dan lain-lain. Dalam hubungan ini NGO Islam wajib mengukuhkan kefahaman umat tentang peranan mengembangkan ciri ketamadunan Islam . Tamadun yang penuh dengan nilai dan amalan kebajikan.

  • Ciri-ciri itu - antara lain -merangkum peranan membangun:

    1. Akidah yang sejajar dengan fitrah, 2.Ibadah yang melonjakkan pembangunan 3.Akal yang dibimbing oleh wahyu 4.Ilmu yang diiringi oleh keimanan 5.iman yang digandingi oleh amal

  • Ciri dan Misi Peradaban Islam6.Amal yang beriringan dengan dakwah 7.Dunia yang dibangun dan disiapkan untuk menghadapi akhirat 8. Membangun fizikal yang dibimbing oleh spiritual 9.Membangun kekuatan yang mempertahankan kebenaran 10.Mengembangkan harta halal untuk insan yang soleh

  • Ciri dan Misi Peradaban Islam11. Menuntut hak di samping menunaikan tanggongjawab 12. Kebebasan yang menunjangi keutamaan 13 Akhlak yang meningkatkan kualiti insan 14.Melahirkan individu yang tertib dalam lingkungan keluarga dan masyarakat 15. Membina masyarakat mejoriti yang tidak mengabaikan pembelaan terhadap minoriti.

  • Ciri dan Misi Peradaban Islam16. Membangun rakyat yang berfikiran terbuka dengan pengalaman positif dunia 17. Membentuk negara yang membela dan menegakkan agama 18,Menobatkan syariah yang mempertahankan kepentingan umat 19. Menegakkan keadilan dengan meningkatkan budaya ihsan dan kasih sayang. 20. Mengembangkan seni yang multazim kepada nilai moral dan spiritual Qaradhawi, Dr Yusuf Haajatul Basyariah Ila Al Risalah Al Hadhariah Li Ummatina cet. Kedua, Maktabah Wahbah , Kaherah 2004.Hal72-73

  • Dalam konteks Malaysia reformasi masyarakat dan budaya yang ingin di bawa sekurang-kurangnya merangkum perkara berikut:

    1. Merealisasi budaya Rabbani dan kepekaan hidup beragama dalam masyarakat dan Negara2. Menjaga dan melindungi piawai tata- kelakuan umum dan memperkasa institusi social dan madani seperti sekolah, masjid dan sebagainya.3.. Membela institusi keluarga , merangkum wanita, belia , kanak-kanakdan golongan cacat.4. Memarangi jenayah, kejahatandan maksiat5. Menegakkan system Hisbah.

  • Bentuk Reformasi6. Mengukuhkan keadilan social, menyediakan peluang pekerjaan untuk mencari sara hidup.7. Mereformasikan institusi kepolisian, mahkamahdan pentadbiran Negara untuk mencapai taraf Good Governance.8. Mereformasikan system undang-undang negara.9. Meningkatkan kualiti system perlaksanaan pendidikan.

  • Ruang Reformasi10 Melindungi dan meningkatkan kesihatan awam11. Mewujudkan institusi media yang professional, adil, seimbang dan beretika.12. Menggalakan kegiatan dan membangun institusi seni yang beradab dan berorientasikan agama.13. Menyusun program pelancongan yang sihat dan berdaya maju . dll.Ust AGS:Menyorot Era Imprealisme Baru Mereformasikan Masyarakat Ucapan Dasar PUM Sesi 2001-2003 hal:31-32

  • Menyedari Luasnya Bidang AmalSebab itu NGO Islam yang tulin perlu memahami luasnya spectrum atau ruang lingkup perjuangan ini dan berkerjasama untuk mendekatkan umat kepada matlamat marhali ke arah mencapai cita-cita berkenaan. Jadi jelas untuk mencapai cita cita dan hasrat yang begitu besar kita perlu memiliki seluruh ciri dan tuntutan keimanan Islam

  • Akibat KegagalanKegagalan menepati tuntutan iman akan mendorong kita kepada kesalahan mencarik perjanjian kita dengan Allah.Ini mengundang kutukan Allah seperti yang disebutkan oleh Allah dalam Surah yang sama ayat 14:

  • Maksud AyatKerana mereka mencarik-robek perjanjian mereka (dengan Allah) lalu Kami laknat mereka .Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka sampai menukar ganti firman Kami (sehingga menjadi lain) dari asalnya. Mereka melupakan sebahagian daripada peringatan Kami , malah engkau masih dapat menyaksikan perbuatan khianat yang dilakukan oleh mereka, kecuali segelintir yang tidak melakukan pengkhianatan tersebut.

  • Memikul amanah memimpin pertubuhan dan gerakan Islam memang satu tanggongjawab yang besar. Rasulullah menerangkan :

    Tidak ada yang memimpin meskipun memimpin sekitar sepuluh orang pengikut kecuali pada hari kiamat akan dibawa di hadapan Allah dalam kaadaan tangan terikat. Sikap adilnya dalam memimpin akan membebaskannya dari ikatan belenggu itu. Sebaliknya dia akan dimusnahkan oleh sikap zalim dan bengkoknya dalam memimpin.

  • Antara yang diwajibkan dalam hal ini ialah keselarasan. Allah berpesan dalam Surah al Saf ayat 4:

    Allah suka orang yang berjuang di jalannya selaras Saffan; laksana bangunan yang tersusun rapi.

  • Pentingnya perpaduan dan keselarasan ini diperingatkan oleh salah seorang penulis harakiy terkenal iaitu Dr Salah Shawi: Beliau mengingatkan:

    Wahai saudara-saudara pemimpin gerakan Islam .Kecuaian mendorong umat agar berjamaah dan mengamalkan keselarasan, mencegah perpecahan dan sengkita, lembab dalam menyibarkan budaya dan amalan ini di kalangan para pengikut gerakan Islam merupakan suatu dosa besar dan kejahatan yang amat jelek. Kalau ini disebabkan kerana sengaja hendak memenuhi egoistik kepimpinan dan status maka dia adalah suatu pengkhianantan terhadap amanah Islam dan amanah ribuan umat Islam yang meyakini kepimpinan kamu, para pengikut kalian pasrah dengan kebijaksanaan kalian memimpin , malah pengikut tersebut mewaqafkan diri mereka untuk bergerak dan beramal di bawah bimbingan kalian, sehingga kamulah akal, mata dan telinga mereka.

  • Saudara-saudara sekarang di persimpangan jalan : Samaada ke arah saling melengkapkan satu sama lain , berkasih sayang dan mengislah satu sama lain maka dengan itu kalian akan terbimbing dalam perjalanan dan beramal , dunia akhirnya berputar dan kamu kembali berjaya menunjukkan keunggulan kamu sebagai umat Islam atau sebaliknya kamu akan saling mengecohi satu sama lain, berbalah dan bertikai sehingga merosakkan satu sama lain. Dengan demikian kamu kehilangan keabsahan memimpin, keabsahan haraki dan kerja-kerja haraki yang akhirnya berubah menjadi usaha memecahbelah dan melemahkan umat .

  • Dalam konteks ini Allah berfirman (Ibrahim: 19-20) Kalau Allah mahu Allah boleh menghapuskan kamu dan menampilkan kalangan manusia yang baru. Perkara itu bukan suatu yang sukar bagi Allah.Dan dalam Surah Muhammad (38) Allah berfirman: Seandainya kamu berpaling ingkar Kami akan gantikan kamu dengan golongan lain yang tidak akan menjadi seperti kamu.

  • Asas dan Lunas Fiqh al-IkhtilafDalam rangka mengukuhkan kesepaduan barisan maka perbedaan dalam konteks fiqh dan mazhab antara umat Islam hendaklah di dasarkan kepada menghayati etika berbeda pendapat yang memperakukan lunas-lunas Fiqh al Ikhtilaf. Antara lain lunas-lunas tersebut boleh dicerakinkan seperti berikut: Perbedaan dalam konteks fiqh al mazahib suatu kemestian agama, kemastian bahasa, kemanusiaan dan alamiah . 2 Ikhtilaf adalah rahmat dan keringanan untuk umat 3. Ikhtilaf merupakan khazanah kekayaan.

  • Lunas Fiqh al-Ikhtilaf 4. Menyingkir kemungkinan perbedaan pandangan atau ijtihad fiqh suatu yang tidak mungkin. 5 Kemungkinan betulnya ijtihad dan pendapat sahabat yang berbeda dengan pendapat kita. 6. Pendapat yang benar itu mungkin sahaja pelbagai dalam konteks Zhanniyat.

  • Lunas Fiqh al-Ikhtilaf 7. Mujtahid yang silap pun dapat pahala, asal sahaja yang berijtihad itu memang layak untuk berbuat demikian dan dalam bidang dan tema yang munasabah. 8. Tidak boleh bertegang leher dalam perkara khilafiah 9. Jujur dan adil bersama dengan orang yang sependapat namun dibolehkan mengkritiknya secara sopan; demi kebenaran. 10. Bersikap adil terhadap sahabat yang berbeda pendapat

  • Lunas Fiqh al-Ikhtilaf 11. Berkerjasama dalam perkara yang disepakati. 12. Bersikap tolerensi dalam perkara khilaf dan tidak disepakati. 13. Boleh berdailog dan berbincang dalam tajuk yang tidak disepakati untuk memperdalamkan kajian. 14. Menganggap semua mazhab yang muktabar itu adalah baik dan di atas landasan hidayah

  • Lunas Fiqh al-Ikhtilaf 15. Mengalu-alukan perbedaan demi kepelbagaian dan bukan sekadar untuk menimbulkan kekecohan 16. Orang yang berbeda dalam fahaman fiqh boleh sembahyang berjemaah satu sama lain; samada menjadi imam atau makmum. 17. Menghindari sikap bermegah dan menunjuk sikap bengkeng dengan lawan 18. Beradab sopan dengan orang yang lebih tua dan kalangan alim ulama 19. Mengelakan diri dari menuduh sesorang mukhalif itu sebagai melakukan dosa , fasiq dan apatah lagi mengkafirkan mereka.Sebaliknya berusaha untuk lebih membangun kemantapan ilmu melalui persefahaman dan ukhuwwah Islamiah.Lihat Qaradhawi : Kaifa Nataamal Maa al Turath Wa Tamazhab wa Al Ikhtilaf Maktabah Wahbah ,Kaherah cet.2 th 2004 hal 127-257

  • Ini adalah dasar umum yang boleh disepakati bersama oleh umat yang mempunyai satu kiblat.

    Tapi kalau kesatuan dalam satu barisan tidak dapat dicapai sekurang-kurangnya gerak kerja yang selaras dapat digapai dengan mekanisme dan rancangan yang tersusun rapi dan tidak saling mencantas satu sama lain dan menjadi alat musuh untuk menggagalkan perjuangan Islam itu sendiri. Umat Islam memerlukan pembelaan dalam berbagai bidang kehidupan. Kalau setiap NGO menggarap suatu bidang khusus maka ini lebih memudahkan umat mencapai cita-cita ketamadunannya.

  • AwasMusuh perjuangan Islam juga mencipta badan-badan yang memainkan peranan yang dikehendakinya sebab itu kita tidak harus terperangkap dengan jebak yang diatur oleh musuh perjuangan Islam.

  • Tugas Memantapkan KerjasamaUntuk Memantapkan kerjasama dan persefahaman antara NGO Islam yang aktif di negara kita maka insyaallah dalam kesempatan ini kita mungkin dapat menyetujui suatu piagam solidariti dan kerjasama antara NGO Islam di sesi akhir pertemuan kita pada hari ini nanti.

  • Penegasan HasratMari kita jadikan hari ini hari yang bersejarah untuk kita dan gerakan Kita.Mari kita bersepakat menerima-pakai piagam perpaduan umat sejagat, piagam solidariti antara sesama kita dan memulakan era membawa perubahan yang menyeluruh dan padu demi menjayakan cita-cita umat. Mari kita elakkan bertelingkah sehingga menyebabkan kegagalan yang menyolok sehingga hilang keharuman nama baik dan reputasi cemerlang umat Islam ini.

  • Sekian.

    Ke Arah Beramal Dengan Piagam Solidariti NGO Islam.