mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan …dun.penang.gov.my/images/hansard...

168
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 6 NOVEMBER 2019 (RABU) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

6 NOVEMBER 2019 (RABU)

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

2

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

6 NOVEMBER 2019 (RABU)

Kandungan Muka Surat

KEHADIRAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT 4 - 6

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan Lisan No. 33 – Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 7

Soalan Lisan No. 34 – Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik)

10

Soalan Lisan No. 35 – Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit)

12

Soalan Lisan No. 36 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim)

14

Soalan Lisan No. 37 – Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil)

16

Soalan Lisan No. 38 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB, Daneil Gooi Zi Sen)

19

Soalan Lisan No. 40 – Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim)

21

Soalan Lisan No. 41 – Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) 23

Soalan Lisan No. 42 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan

A/L Aramugam) 27

Soalan Lisan No. 43 – Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin

Mat Piah) 30

PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH

YAB. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1) 34

Page 3: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

3

Kandungan Muka Surat

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN

TAHUN 2020

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. 34

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. 46

DEWAN DITANGGUHKAN

DEWAN DISAMBUNG SEMULA

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. 70

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) mengambil

bahagian dalam sesi perbahasan. 83

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. 97

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. 106

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd. Tuah Bin Ismail)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. 118

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

125

DEWAN DITANGGUHKAN

DEWAN DISAMBUNG SEMULA

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

136

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN

TAHUN 2020

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee) mengambil

bahagian dalam sesi penggulungan 150

DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.15 MALAM.

Page 4: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

4

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 6 NOVEMBER 2019 (RABU)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah

Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua

Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin

Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I /

Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

12. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/

Sungai Bakap

13. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

14. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

15. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

16. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

17. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

18. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

Page 5: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

5

Bil. Nama Ahli Kawasan

19. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

20. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

21. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

22. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

23. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

24. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

25. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

26. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

27. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

28. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

29. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

30. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

31. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

32. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

33. YB. Heng Lee Lee Berapit

34 YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

35. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

36. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

37. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

2. YB. Lim Guan Eng Air Putih

3. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

4. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

Page 6: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

6

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd. Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR

Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan

Negeri

Page 7: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

7

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan:

Soalan lisan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Sila, Jawi.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 33.

No. 33. Senaraikan hotspot banjir di KADUN Jawi.

(a) Apakah projek-projek tebatan banjir yang dirancang

bagi mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot ini?

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Yang Berhormat, berdasarkan kajian dan pemantauan Jabatan Pengairan

dan Saliran (JPS) dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), terdapat 25 kawasan hotspot banjir di KADUN Jawi yang melibatkan Sungai Kerian, Sungai Jawi dan Parit B2 Sanglang. Senarai kawasan hotspot banjir mengikut sungai

terlibat adalah seperti berikut:

(i) Bagi Lembangan Sungai Kerian; Taman Pekaka Transkrian, Taman

Indrawasih, Taman Sri Bayu, Taman Sentosa, Taman Permai, Taman Nibong Tebal, Taman Ilmu, Taman Permai, Kampung Haji Omar, Kampung Haji Isa, Kampung Tanjung Berembang dan

Kampung Sungai Udang.

(ii) Bagi kawasan perumahan yang terlibat di Sungai Jawi adalah

Kampung Sethu, Kampung Selut, Kampung Jawi, Taman Sungai Duri Permai, Taman Sungai Duri Indah, Taman Desa Jawi, Taman Jawi Jaya dan Taman Halaman Indah.

Page 8: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

8

(iii) Bagi kawasan perumahan yang terlibat di Parit B2 Sanglang pula adalah Kampung Sanglang, Taman Veerapen, Taman Penting,

Taman Belatuk dan Kampung Stesen.

Sejumlah empat projek tebatan banjir telahpun dirancang oleh JPS dan juga

MBSP bagi mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot berkenaan. Senarai projek terlibat adalah seperti berikut:

(i) Untuk Sungai Kerian: Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai

Kerian. Yang ni saya rasa Yang Berhormat pun tahu, telahpun diluluskan dahulu, sedang dalam pelaksanaan, ada delay sedikit dan

dijangka siap pada Mac 2020.

(ii) Untuk Sungai Jawi: RTB Lembangan Sungai Jawi. Yang ni Pihak JPS Malaysia mengambil pendirian bahawa perlu mengadakan terdahulu

satu kajian untuk melihat kepada penyelesaian banjir bagi seluruh bukan saja di kawasan hilir sungai di Negeri Pulau Pinang tapi juga

di hulu sungai iaitu di Negeri Kedah, upstream dan juga downstream. Satu kajian yang menyeluruh sebab saya rasa Yang Berhormat pun tahu, baru-baru ini bila berlaku banjir sebenarnya

bukan sebab hujan lebat di SPS tetapi sebab hujan yang terlalu lebat di Kulim. Dan airnya akan melimpah ke downstream dan ini

mengakibatkan keadaan banjir di kawasan Yang Berhormat. Maka satu penyelesaian yang dibuat, perlu dibuat secara total. Kalau kita

buat macam mana pun RTB dekat Lembangan Sungai Jawi tak cukup ya. Kita perlu menyelesaikan masalah di upstream iaitu di Kulim dan Bandar Baru Kedah. Maka JPS Malaysia mencadangkan untuk

membuat satu kajian bagi melihat secara keseluruhan penyelesaian banjir jangka panjang di Negeri Pulau Pinang termasuk Daerah Kulim

dan Bandar Baru di Negeri Kedah dan kita harap dengan kajian tersebut boleh kita menggunakannya untuk memohon ya, peruntukan untuk membuat RTB yang meliputi dua negeri iaitu

Kedah dan juga Pulau Pinang.

(iii) Untuk Parit B2 Sanglang: terdapat cadangan menaik taraf Rumah

Pam Sanglang. Yang ni dalam proses pelantikan Jurutera Perunding untuk rekabentuk terperinci dengan menggunakan Caruman Perparitan yang sudahpun diluluskan.

(iv) Kemudian akhir sekali untuk Taman Nibong Tebal. MBSP ada kerja-kerja untuk menaiktaraf parit dalaman di Taman Nibong Tebal serta

JKR juga ada mencadangkan untuk membuat kerja-kerja memasang pembentung kekotak (box culvert) di Jalan Teluk Ipil.

Jadi kita harap projek-projek ini semua dapat membantu sedikit di kawasan

Yang Berhormat. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Page 9: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

9

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):

Soalan tambahan. Berdasarkan pengetahuan saya terdapat Peruntukan

Pembangunan Negeri yang disalurkan kepada JPS untuk kerja pengorekkan sungai dan pencegahan banjir. Bolehkah saudara Tanjong Bunga maklumkan

berapakah kos telah diperuntukan bagi kerja pengorekkan sungai dan pencegahan banjir di Daerah SPS pada tahun 2019 ini? Dan soalan kedua, berdasarkan jawapan apa yang diberikan oleh saudara Tanjung Bunga bahawa JPS telah

melantik Jurutera Perunding bagi menyediaan rekabentuk untuk projek di Sanglang, bolehkah JPS memberi satu tempoh masa yang diperlukan untuk

pelantikan Perunding untuk projek tersebut dan juga soalan seterusnya adalah berkaitan dengan Pam Bagan Buaya. Kita difahamkan Pam Bagan Buaya masih menggunakan kuasa diesel untuk operasi dan adakah peruntukan penaiktarafan

daripada kuasa diesel kepada kuasa elektrik telah diluluskan sebelum ini. Sekiranya lulus apakah status terkini berkaitan dengan penaiktarafan kuasa

diesel kepada kuasa elektrik bagi Pam Bagan Buaya. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Saya jawab soalan yang mengenai pam

dahulu. Sebenarnya permohonan untuk menaiktaraf Pam Bagan Buaya daripada menggunakan diesel kepada kuasa elektrik sudahpun diluluskan dan kini kita

berada dalam proses permohonan kepada TNB ya, untuk apa ni, mendapat pertukaran tersebut dan saya baru bincang dengan TNB semalam dan mereka

akan cuba untuk mempercepatkan dengan menggunakan Wang Caruman Perparitan di MMK Tebatan Banjir dan pihak JPS juga telah memohon untuk mengguna laluan rizab KTM ya, dengan mengangkat permohonan “Izin Lalu”

kepada Railway Asset Corporation (RAC).

Untuk soalan mengenai Jurutera Perunding ya, bagi Pam Sanglang, kini JPS

dalam proses untuk melantik dan dengan untuk rekabentuk terperinci yang telah diluluskan dalam caruman, MMK Tebatan Banjir dengan menggunakan Wang Caruman Perparitan juga dan dijangka akan dilantik pada bulan Disember. Bagi

soalan mengenai projek-projek di bawah Peruntukan Pembangunan P08 ya, bawah Negeri, jumlah pembangunan, Peruntukan Pembangunan untuk SPS

adalah RM2.1 juta bagi 2019. Untuk 4 kepala, kepala pertama 01 adalah Pembangunan Lembangan Sungai (Mendalam dan Membaiki Sungai) ini sebanyak RM780,000.00 untuk 12 projek. Untuk kepala 43, Rancangan Saliran Bandar dan

Luar Bandar (Rancangan Parit Utama) RM500,000.00 untuk sembilan projek. Untuk kepala 51, Rancangan Tebatan Banjir (Pencegahan Banjir)

RM323,000.00 untuk lima projek. Akhir sekali untuk kepala 78, iaitu Rancangan Saliran Bandar dan Luar Bandar (Rancangan Parit Utama) RM469,000.00 untuk 11 projek. Kalau nak perincian projek-projek, nanti saya boleh bagi kepada Yang

Berhormat. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Bukit Tambun, sila.

Page 10: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

10

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 34.

No. 34. Sila nyatakan jumlah pelancong tempatan dan pelancong asing ke Bukit Bendera pada 2019.

(a) Apakah hala tuju Bukit Bendera dan sasaran kumpulan pelancong dalam Pelan Induk Pelancongan?

(b) Nyatakan jumlah bilik penginapan sedia ada dan jumlah

penginapan pelancongan pada 2019.

(c) Apakah status cadangan pemajuan hotel di Bukit

bendera?

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Terima kasih Dato’ Speaker dan juga Bukit Tambun. Bagi soalan 34,

sehingga 17 Oktober tahun 2019, sejumlah 1,380,851 orang pelancong telah melawat Bukit Bendera pada tahun sehingga Oktober 2019 di mana seramai

874,949 orang adalah pelancong tempatan sementara jumlah pelancong asing adalah seramai 505,902 orang adalah pelancong asing.

Bagi soalan 34 (a), Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang masih dalam

peringkat perancangan. Kerajaan Negeri sedang meneliti semua cadangan yang diterima dan perancangan serta hala tuju yang terperinci akan dimaklumkan

selepas kajian tersebut disiapkan. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan terus mempertingkatkan perkhidmatan dan

keselesaan pengunjung bagi memastikan Bukit Bendera menjadi destinasi eko-pelancongan yang terunggul di Malaysia dan juga di rantau ini. PBBPP juga komited dengan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam semula jadi Bukit

Bendera bagi mengekalkan status tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama bagi pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagi soalan 34 (b), bagi tahun 2019, jumlah penginapan sedia ada di Bukit Bendera adalah 12 bilik melalui Hotel Bellevue. Manakala kadar penginapan pelancong adalah antara 30% hingga 40%.

Bagi soalan 34 (c), bagi cadangan pemajuan hotel di Bukit Bendera, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah dipertanggungjawabkan

untuk pembangunan semula Hotel Crag di atas Bukit Bendera melalui Request For Proposal (RFP) For The Restoration, Refurbishment, Redevelopment and Management of Crag Hotel di atas Lot 100 Mukim 17 Bukit Bendera Daerah Timur

Laut George Town Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah melantik sebuah syarikat swasta berkelayakan antarabangsa bagi tujuan pembangunan dan pengurusan

hotel bertaraf 6 bintang tersebut dengan penjenamaan sebagai Amancrag. Bilangan hotel yang dicadangkan adalah sebanyak 28 bilik.

Selaras dengan keperluan Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera dan

saranan daripada Panel Penasihat Rekabentuk Bukit Bendera (Penang Hill Design Review Panel), pihak syarikat telah menyediakan laporan Geoteknikal dan telah

Page 11: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

11

dikemukakan kepada Urusetia Jawtankuasa Tanah Berisiko pada 28 Ogos tahun ini.

Selanjutnya, Mesyuarat Tanah Berisiko (MJTB) pada 22 Oktober tahun ini telah bersetuju dengan Laporan Geoteknikal yang disediakan oleh pihak pemaju

dan akan dikemukakan kepada Unit OSC Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk pertimbangan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh syarikat tersebut. Selain itu bagi menambahkan bilangan penginapan di Bukit Bendera Kerajaan

Negeri juga sedang mengusahakan perkara-perkara berikut. Pertama, Banglo Hillside akan dioperasikan sebagai Hillside Retreat, pada masa ini kerja-kerja

pengubahsuaian sedang dijalankan dan dijangka mula beroperasi dijangka hujung November tahun ini.

Kedua, Banglo Woodside dicadangkan sebagai Boutique Hotel, projek ini

sedang dalam proses penyelesaian sempadan tanah. Pengiklanan Request For Proposal (RFP) akan disusuli setelah isu tanah diselesaikan. Ketiga, Banglo

Convalescent dicadangkan untuk dibangunkan sebagai Eco-Friendly Hotel yang dijangka mempunyai anggaran 250 hingga 300 bilik. RFP Pembangunan Eco-Friendly Hotel akan disediakan oleh PBBPP. Pengiklanan Request For Proposal

(RFP) akan disusuli setelah isu tanah diselesaikan dan keempat, pembangunan affordable accommodation di kawasan Coolie Line. Pada masa ini, proses

penyiasatan tapak sedang dijalankan dan RFP bagi pembangunan tersebut dijangka diiklankan pada awal tahun depan, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Dato’ Speaker, 2 soalan tambahan. Apakah status kajian kebolehlaksanaan bagi kabel baru yang telah mendapat peruntukan dalam Belanjawan Kerajaan

Persekutuan?. Soalan kedua, adakah dengan pembinaan kabel baru hotel-hotel yang disebutkan oleh Yang Berhormat Paya Terubong dan juga tambahan pelancong yang secara mendadak ini akan mengancam permohonan status

UNESCO Biosphere Reserves? Terima kasih.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

(Dengan izin) Yang di-Pertua right now pada masa sekarang status adalah pre-feasibility stage to look into the financial model, social, transport dan juga ekonomi dan juga viability of the project dan pre-feasibility study ini mengambil

masa lebih kurang 6 bulan. Dan after disahkan bahawa viable projek inilah feasibility study akan dilaksanakan. Dan panggilan tender terbuka untuk appoint

consultant bagi pre-feasibility ini dijalankan di bulan Jun ini dan rundingan harga untuk penender (bidders) yang telah disenarai pendekkan telah diadakan pada 25 Oktober tahun ini. Dan permohonan lantikan selepas rundingan harga telah

dibuat kepada JKN untuk kelulusan JKN dan konsultan untuk Kajian Kebolehlaksanaan boleh dilantik dalam masa terdekat selepas kelulusan daripada

JKN.

Page 12: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

12

Untuk soalan tambahan kedua, iaitu mengenai bahawa sama ada tambahan pelancong secara mendadak akan mengancam permohonan Bukit Bendera untuk

status UNESCO Biosphere Reserves ini. Jumlah pelancong ke Bukit Bendera dijangka tidak meningkat secara mendadak berdasarkan Rancangan Kawasan

Khas Bukit Bendera 2016 kiraan had tanggungan maksimum di atas Bukit Bendera boleh dimuatkan seramai 4,800 orang pada sesuatu masa.

Mengikut pengumpulan data yang diperolehi oleh PBBPP (Perbadanan Bukit

Bendera) jumlah pengunjung pada sesuatu masa tidak melebihi 1,500 orang pada masa puncak at this moment. Ini menunjukkan kawasan Bukit Bendera tidak

mencapai had tampungan maksimum yang telah ditetapkan. Struktur fizikal UNESCO Biosphere Reserves terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon Teras (Core Zone). Pada dasarnya mengandungi kesemua biodiversiti di dalam tapak Bukit Bendera

dan perlu kekal dipelihara.

Zon Transisi, (Transition Zone), adalah kawasan penempatan yang

lazimnya menempatkan majoriti komuniti penduduk. Komuniti setempat contohnya golongan petani dan penduduk setempat. Secara langsung atau tidak langsung menggunakan hasil daripada Zon Teras yang kaya dengan biodiversiti

untuk sara hidup. Kegiatan atau aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan ini seharusnya berjalan secara lestari atau menuju ke arah ini. Sebagai contoh sistem

pembuangan dan perparitan yang terancang dan eco-friendly mesra alam.

Zon ketiga, iaitu Zon Pemampan (Buffer Zone) pula berfungsi secara fizikal

untuk memampan aktiviti Zon Transisi supaya tidak menjejas habitat Zon Teras sekiranya terdapat kegiatan yang belum dijalankan secara lestari. Bukit Bendera terletak di dalam Zon Transisi kegiatan atau aktiviti yang dijalankan di dalam

kawasan ini seharusnya dijalankan secara lestari atau menuju ke arah ini. Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang memang mengutamakan keselamatan

dan memfokuskan menambahbaik kemudahan fasiliti dan infrustruktur untuk keselesaan pengunjung pada masa yang sama juga mengekalkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh UNESCO Biosphere Reserves ini. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, apa nama ni Pulau Tikus.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor 35.

No. 35. Apakah dasar-dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan

pemilik-pemilik lot tanah yang terjejas dalam proses pengambilan tanah untuk projek-projek infrastruktur Kerajaan

Negeri atau Kerajaan Tempatan akan mendapat pembayaran atau pampasan adil seperti dalam projek Underpass Mount Erskine?

(a) Apakah kesan-kesan trafik jika projek itu tidak dilaksanakan?

Page 13: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

13

YAB. Ketua Menteri:

Sebenarnya saya sedang baca laporan Malaysia Kini berhubung dengan isu

yang dibangkitkan oleh Kebun Bunga bahawa jawapan tak lengkap. Sudahkah jawapan itu dikemukakan kepada Yang Berhormat? Senarai GLC negeri dan

pusat.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

Walaupun jawapan telah diterima itulah yang tak lengkap itu sebab saya

tanya sekali lagi dalam Dewan.

YAB. Ketua Menteri:

Tak lengkap. Apa yang dimaksud lengkap mungkin urus setia boleh semak ya.

Dato’ Yang di-Pertua bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pulau

Tikus bagi pelaksanaan projek-projek infrustruktur, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang melibatkan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a)

Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah bertanggungjawab untuk melakukan siasatan bagi mendapatkan nilai tanah yang menentukan amaun pampasan bagi tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan tersebut. Nilaian

tanah yang diguna pakai adalah berdasarkan nilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau JPPH. Nilaian tersebut adalah berdasarkan nilaian

pasaran tanah yang terlibat.

Namun, jika pemilik tanah yang terlibat tidak puas hati dengan amaun

pampasan yang ditawarkan mereka berhak untuk membuat bantahan di mahkamah. Bagi jawapan soalan bahagian (a) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan, berdasarkan Laporan Penilaian Impak Trafik yang

telah disediakan pada tahun 2015, unjuran sebanyak 10,000 unit perumahan baru dianggarkan akan wujud di kawasan Jalan Mount Erskine, Jalan Fettes dan Jalan

Lembah Permai pada tahun 2024. Apabila Jalan Bawah atau underpass yang menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma dijangka siap bina.

Selain itu, bilangan kenderaan dianggarkan bertambah pada kadar 4.15%

setiap tahun di kawasan Pulau Tikus. Dengan ini, bilangan kenderaan harian dijangka akan bertambah sebanyak 8,500 unit pada tahun itu di tempat yang

disebutkan. Jika projek ini tidak dilaksanakan secara tidak langsung pembangunan ekonomi di kawasan tersebut akan terbantut dan mengakibatkan pengguna jalan raya menghadapi kesesakan lalu lintas yang berterusan di persimpangan Jalan

Gotlieb, Jalan Bagan Jermal, Jalan Burma dan Jalan Mount Erskine. Terima kasih.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh saya tanya soalan tambahan, adakah juga adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan-rancangan alternatif yang mungkin boleh

dilaksanakan kalau projek ini selain daripada projek ini? Terima kasih.

Page 14: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

14

YAB. Ketua Menteri:

Bagi menangani isu di persimpangan ini tindakan awalan sudah pun diambil

pada beberapa tahun yang dahulu termasuk kelebaran Jalan Mount Erskine, simpang berkenaan pun sudah pun dilebarkan apabila sistem lalu lintas satu arah

dilaksanakan pada 3, 4 tahun dahulu. Kerja-kerja pelebaran telah pun dilakukan dan untuk menyediakan siapnya projek underpass Mount Erskine jalan-jalan dalaman di sekitar Jalan Brown, Jalan Cantoment dan sebagainya sudah pun

dilakukan bagi menghadapi kemungkinan tambahan trafik apabila underpass ini disiapkan. Underpass ini dilakukan kerana di persimpangan berkenaan pada masa

akan datang Jajaran PIL 1 juga akan melalui persimpangan itu iaitu elevated section.

Jadi pihak Majlis taka da pilihan lain dari melakukan underpass sebab sudah

ada tier jalan, jalan raya di persimpangan itu dan kalau nak buat flyover mungkin kos adalah lebih tinggi berbanding dengan underpass dan dari semasa ke semasa

saya percaya apabila ada pembangunan yang dipertimbangkan oleh Majlis di sekitar kawasan ini, pemaju-pemaju perlu melakukan TIA dan menjalankan kerja-kerja yang akan disyorkan oleh pihak Majlis bagi menangani penambahan trafik

di kawasan ini.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sungai Pinang.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan lisan saya nombor 36.

No. 36. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Tempatan dalam memudah cara proses pendaftaran pusat-pusat penjagaan

kanak-kanak di tempat kerja? Nyatakan.

(a) Adakah garis panduan telah disediakan oleh Kerajaan

Tempatan untuk majikan yang mempunyai tapak perkilangan dan ingin mendirikan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja? Huraikan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih dari rakan daripada Sungai

Pinang. Yang bertanyakan tentang proses pendaftaran Pusat-pusat Penjagaan Kanak-Kanak di tempat kerja.

Untuk menjawab beliau Dato’ Speaker, antara tindakan yang diambil oleh

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah memudahkan cara proses pendaftaran Pusat-pusat Penjagaan Kanak-Kanak di tempat kerja adalah seperti

berikut.

Satu, melaksanakan program pemutihan pendaftaran Pusat Jagaan Kanak-Kanak dengan menawarkan diskaun sebanyak 90% bagi kadar caj tukar guna

bangunan kepada pengusaha. Dan dua, membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memastikan semua keperluan mengadakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

mematuhi syarat pengendaliannya.

Page 15: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

15

Berkenaan soalan sama ada kita mempunyai garis panduan khusus untuk menjawabnya Dato’ Speaker setakat ini Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa

Tempatan tidak mempunyai sebarang garis panduan khusus untuk majikan mendirikan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di tapak perkilangan ataupun ditempat

kerja.

Kerajaan Negeri bersama-sama dengan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan sedang dan akan mengkaji keperluan dan kesesuaian menyediakan

garis panduan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di kawasan industri yang melibatkan banyak faktor seperti keselamatan, pencemaran, kesesuaian lokasi dan jenis

aktiviti perkilangan yang sesuai. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang ingin beroperasi di tempat kerja perlu mengemukakan permohonan mengikut prosedur Pusat Setempat ataupun (OSC).

Permohonan Kebenaran Merancang ini akan dirujuk kepada Jabatan-JabatanTeknikal yang mana antaranya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Teknikal Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing untuk ulasan sebelum dipertimbangkan oleh jawatankuasa OSC. Sekian, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Soalan tambahan. Sebelum itu di bawah penganjuran PWDC telah adakan

satu forum di mana satu perbincangan bersama memang ada pengusaha daripada kilang untuk mengadakan pusat jagaan di tapak perkilangan. Maka terdapat keluhan daripada pengusaha bahawa mereka terpaksa, mereka telah bersedia

untuk mengadakan pusat jagaan di dalam tempat kerja mereka.

Cuma ada banyak halangan dan bukan mudahnya, mereka kena datang ke

dari satu ke jabatan ke satu jabatan dan terima kasih daripada Yang Berhormat Datok Keramat bahawa walaupun belum ada lagi satu garis panduan. Di sini saya ingin cadangkan bahawa keluhan daripada pengusaha kita dengari dan kita kena

cari satu penyelesaian dan sama ada adakah rancangan untuk adakan one-stop center kemungkinan satu hari dalam seminggu atau dua (2) hari, satu (1) hari

dalam dua (2) minggu supaya semua jabatan berada bersama untuk memberikan kemudahan kepada mereka semua.

Sebab kita perlukan lebih wanita, tenaga wanita di tempat kerja. Jadi inilah

saya berharap Yang Berhormat Datok Keramat akan dengan Kerajaan Tempatan dengan semua jabatan cari satu penyelesaian dan juga keluhan. Sorry satu lagi.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sungai Pinang berucap ka nak tanya?

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Tanya. Tanya. Ya sebab ini satu keluhan.

Page 16: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

16

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Tanya terlalu panjang.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Ya. Dan juga aiyo. Dan juga kos sebab untuk kena cari runner dia akan

mengakibat mereka perlu bayar satu kos yang sangat tinggi. Terima kasih

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dato’ Speaker. Terima kasih pada Sungai Pinang atas soalan tambahan

tersebut. Yang mana adalah soalan yang tepat pada masanya kerana untuk makluman seluruh Dewan ini, Sungai Pinang turut hadir dalam Majlis Mesyuarat

Kerajaan Tempatan. Dia seorang wakil ataupun ahli dan perkara ini sememangnya telah pun dibincangkan secara mendalam. Dan diperingkat ini walaupun tiada garis panduan memandangkan ini adalah satu perkara sensitive yang melibatkan

jagaan kanak-kanak.

Jadi pelbagai proses dan procedure teknikal perlu dipatuhi seperti mana

yang saya nyatakan tadi ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti Bomba seperti JAS dan seperti Jabatan-jabatan Teknikal di dalam kedua-dua PBT masing-masing perlu kita dapat. Tapi saya faham keluhan yang dibangkitkan oleh pihak

Sungai Pinang yang telah pun sememangnya dibangkitkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan yang saya pengerusi dan oleh itulah dalam

jawapan saya nyatakan satu kajian sedang dijalankan untuk melihat sama ada satu garis panduan dapat kita wujudkan untuk menjadikan lebih senang proses

permohonan oleh pihak-pihak jagaan ini untuk mendapat lesen dan sebagainya, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Silakan Permatang Pasir.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 37.

No. 37. Minta kerajaan negeri Pulau Pinang jelaskan sejauh manakah

kerajaan negeri mengambil tindakan positif mengekang khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah di masjid-masjid di

Pulau Pinang

(a) Adakah Majlis Agama Islam berhasrat menguatkuasakan undang-undang sivil dan syariah

terhadap pembaca khutbah yang membangkitkan isu perkauman dan kebencian agama?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Assalamualaikum W.B.T, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan daripada Permatang Pasir yang ingin penjelasan mengenai tindakan positif mengekang khatib yang

membaca khutbah tanpa tauliah di masjid-masjid Pulau Pinang. Untuk makluman

Page 17: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

17

Dewan yang mulia Khutbah Jumaat di masjid-masjid dibaca oleh imam-imam yang dilantik bagi masjid-masjid tersebut. Jadi tindakan telahpun diambil oleh

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi mengekang pembacaan khutbah oleh khatib tanpa tauliah di masjid-masjid di Pulau Pinang dengan pendekatan

berikut.

Pertamanya, MAINPP masih bertolak ansur terhadap khatib tanpa tauliah tetapi mematuhi garis panduan penyampaian khutbah yang dikeluarkan oleh

MAINPP pada tahun 2010. Manakala bagi kes khatib berkhutbah tanpa tauliah yang gagal mematuhi garis panduan penyampaian khutbah MAINPP melalui

JHEAIPP mengambil pendekatan secara berhemah atau harmoni dengan memberi nasihat kepada pengkhutbah tersebut serta teguran yang sewajarnya dari semasa ke semasa bila menerima laporan. Dan kita juga Jabatan Agama Islam juga telah

pun mengeluarkan Surat Pekeliling mengenai undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di negeri Pulau Pinang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti

ceramah dan program pengimarahan masjid termasuklah penyampaian khutbah Jumaat untuk diberi perhatian dan tindakan oleh semua pihak pentadbir-pentadbir masjid. Bagi menjaga kesucian masjid dan surau dan juga keharmonian

masyarakat. Surat Pekeliling yang terkini telahpun dikeluarkan pada 17 September baru-baru ini. Disebabkan oleh ada beberapa apa nama laporan-

laporan yang kita dapati pengkhutbah tidak mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan.

Selain itu peringatan juga diberikan daripada semasa ke semasa kepada pengkhutbah-pengkhutbah yang terlibat. Dan bagi menjawab soalan, adakah Majlis Agama Islam berhasrat menguatkuasakan undang-undang sivil dan syariah

terhadap pembaca khutbah yang membangkitkan isu perkauman dan kebencian agama.

Setakat ini MAINPP masih belum lagi mengambil tindakan undang-undang sama ada sivil atau syariah terhadap pembaca pengkhutbah yang tersebut. Dan perbuatan tersebut adalah dianggap sebagai tidak mengikut peraturan yang telah

dikeluarkan oleh MAINPP. Jadi pada masa yang sama, MAINPP sedang memperkemaskan enakmen dan kaedah berkaitan dan akan dibuat semakan

semula seberapa segera. Insyaallah. Terima kasih.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Terima kasih soalan tambahan. Terima kasih Dato’ pada jawapan tersebut.

Concern rakyat di bawah adalah perkara ini tidak dikekang dengan sebaiknya dan masih berlaku kerana baru-baru ini ada seorang tokoh agama yang berkhutbah

menyamakan pemimpin kerajaan harini dengan Abu Jahal dan Abu Lahab sebagainya. Yang boleh membangkitkan sentimen kebencian ataupun semangat extremism jika disalah tafsir oleh masyarakat. Kerana menyamakan tokoh politik

dengan seorang yang dianggap musuh pada Rasullullah S.A.W. sebagai satu yang boleh meracuni pemikiran masyarakat yang boleh menimbulkan sentimen

extremism dan sebagainya yang akhirnya yang boleh membawa keganasan dan sebagainya.

Kita harini berhadapan dengan satu isu yang kritikal di dalam negara kita

iaitu isu terrorism, isu extremism dan sebagainya. Dan ini membimbangkan kita di peringkat bawah. Jadi jawapan-jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat

selama ini banyak berkisar ataupun dalam lingkungan pemantauan ataupun

Page 18: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

18

nasihat tapi tidak ada tindakan yang konkrit yang boleh memberikan bagi satu signal kepada pengkhatib-pengkhatib bahawa mereka mempunyai

tanggungjawab terhadap masyarakat untuk mendidik masyarakat menjadi yang baik dan sebagainya. Jadi soalan saya sampai bila kerajaan nak bagi nasihat.

Kerajaan ini ada kuasa. Sampai bila nak bagi nasihat. Itu sahaja. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Dato’ Yang di-Pertua, kita masih lagi menganggap bahawa keadaan adalah

masih terkawal. Namun disebabkan oleh beberapa kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir tadi. Kita juga telah mengeluarkan senarai

menasihatkan pengerusi-pengerusi kariah atau pentadbir-pentadbir ini tidak ataupun menghalang ataupun tidak menjemput penceramah-penceramah tersebut ataupun khatib-khatib ataupun ustaz-ustaz tersebut daripada memberi

khutbah Jumaat di masjid-masjid yang dimaksudkan.

Jadi kita sentiasa memantau perkara ini dengan teliti dan pada pandangan

kita setiap Jumaat dan lebih daripada 210 buah tempat kita mengadakan Sembahyang Jumaat, jumlah yang berlaku kes-kes adalah terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan jumlah yang kita conduct Jumaat ini jadi bagi Jabatan

dan Majlis Agama Islam perkara ini masih lagi terkawal. Sekian. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ini saya melihat isu ini adalah perkara yang berkaitan dengan politik. Dia fokus lebih kepada isu politik isu yang menyentuh tentang politik. Setujukah Pinang Tunggal bahawa benda-

benda, perkara-perkara yang berkaitan agama, hukum dan sebagainya penyalahgunaan kuasa dan sebagainya perlu disentuh yang berkaitan dengan

agama kecuali kalau dia menyentuh perkara berkaitan politik yang membuat tuduhan yang tidak berasas itu tidak boleh dilaksanakan dan benda ini perlu digariskan dalam senarai.

Kalau benda itu betul, bercanggah dengan agama benda yang dibuat. Saya rasa benda itu patut diberi teguran. Sama ada dalam khutbah atau ceramah-

ceramah. Kecuali kalau benda yang kita kata fake news atau benda yang palsu, fitnah benda itu sepatuntya tak boleh dimasukkan. Kalau benda yang betul, benda yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, masalah hukum dan sebagainya

itu perlu sentuh boleh dibenarkan apa pandangan Pinang Tunggal?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Pemantauan dibuat dari aspek hukum penyampaian khutbah itu sendiri. Jadi sekiranya ada berlaku kekeliruan, jabatan ataupun majlis akan merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa? Bila berlakunya kekeliruan bagi kita mentakrifkan

apakah yang disampaikan itu mengikut hukum ataupun tidak. Jadi kita melihat daripada semua aspek kan termasuklah sensitiviti sebab khutbah ini diikuti kan

semua oleh semua peringkat dan semua latar belakang orang yang mengikuti khutbah itu terdiri daripada berbagai-bagai fahaman. Bagai-bagai apa nama

Page 19: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

19

pandangan ya. Jadi ini semua perlu kita hormati kan disamping kita mengikuti hukum kan syariat di dalam apa penyampaian khutbah itu sendiri. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Soalan tambahan ni lagi boleh?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Tadi saya memandangkan jawapan adakah bahawa kes ini macam sikit terpencil tapi saya melihat punca kepada khutbah atau khatib ini boleh hadir adalah sebab jawatankuasa atau pengerusi masjid itu. Lebih baik kita ambik

tindakan daripada punca dia. Adakah kita boleh buat sistem merit bagi orang-orang yang selalu menjemput ni kita jangan bagi bertanding lagi dah. Pasaipa sah

di situ.

Keduanya kalau tadi kata ketua pembangkang sebab ni masalah tanam kebencian bukan masalah hukum di situ. Kalau kita cakap tentang labelkan orang

dengan Abu Jahal dan sebagainya kita nak letak mana? Tengok hukum mesti menyentuh aqidah. Ini adalah salah dari segi agama kita. Apa yang penting saya

rasa yang kita perlu kita ambil tindakan adalah pada punca dia adalah pengerusi kariah yang menjemput tu mesti diberi tindakan pada mereka. Sekian. Terima

kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sila.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Baik Dato Yang di-Pertua. Kita ambil maklum apa yang disarankan oleh

Teluk Bahang dan InsyaAllah pemilihan pentadbiran masjid akan berlaku mulai Januari hingga April tahun depan. Sekiranya kan perlu kita akan memasukan perkara-perkara tersebut di dalam pemilihan garis panduan pemilihan pentadbiran

kariah yang baru. InsyaAllah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Baik. Terima kasih. Saya ingin mempersilakan Pengkalan Kota.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Pengkalan Kota soalan ke-38.

No. 38. Persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Page 20: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

20

(a) Apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan persempadanan semula atau

tambahan kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mencerminkan perwakilan yang seimbang

dan selaras dengan reformasi institusi?

YAB. Ketua Menteri:

Terima kaih Dato Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan Pengkalan Kota,

sejajar dengan peruntukan di bawah Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula yang terbaru telah dijalankan pada tahun

2016. Walau bagaimanapun persempadanan semula tersebut didapati tidak mencerminkan prinsip-prinsip yang ditetapkan mengikut Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan persempadanan bahagian-

bahagian pilihan raya. Memandangkan Pulau Pinang terjejas dan terkesan akibat tindakan berkenaan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memfailkan permohonan

kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Plihan Raya (SPR) untuk satu deklarasi bahawa syor-syor SPR telah melanggar Perkara 113(6) Perlembagaan Persekutuan dan adalah tidak sah disebabkan Mahkamah Tinggi

dan Mahkamah Rayuan enggan memberikan kebenaran atau leave kepada Kerajaan Negeri untuk meneruskan permohonan tersebut, maka Kerajaan Negeri

telah merayu ke Mahkamah Persekutuan. Namun rayuan tersebut telah ditarik balik pada 25 April 2019 memandangkan pemerhatian mahkamah bahawa isu ini

sudah menjadi akademik.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Soalan tambahan untuk isu ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri. Saya nak tanya kalau tetapi kalau nak tambah kerusi dalam persempadanan semula ini dia mungkin akan memulakan proses yang baru dari segi persempadanan ini. Betul tak?

YAB. Ketua Menteri:

Kerusi boleh ditambah bila-bila masa oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri

ataupun Dewan Rakyat. Esok kalau ada ruang kita boleh bentangkan. Tambah kerusi sampai 48. Tetapi adakah selepas itu SPR perlu mempersempadankan Negeri Pulau Pinang untuk mengandungi 48 kerusi misalnya? Tetapi kalau SPR

sudah pun mengadakan exercise pada tahun 2016 lazimnya mereka tidak akan melakukan sehingga lapan (8) hingga sepuluh tahun yang kemudian. Maka itulah

perjalanan proses persempadanan yang kita menghadapi. Mungkin ya Dewan boleh meluluskan masih boleh pinda Perlembagaan Negeri tetapi mungkin perlu tunggu sampai persempadan yang akan datang baru dapat dikuatkuasakan apa-

apa tambahan kerusi.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Soalan yang seterusnya dari Bertam. Bertam telah pun mohon cuti kepada Dewan maka soalan ini dilangkau. Saya silakan soalan 40.

Page 21: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

21

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 40.

No. 40. Berapakah jumlah kuari batu dan kuari tanah merah yang masih beroperasi di seluruh Negeri Pulau Pinang mengikut

daerah?

(a) Adakah di antara kuari-kuari tersebut perlu ditutup untuk pembangunan kawasan sekitar pada masa akan

datang seperti Mengkuang Dam?

YAB. Ketua Menteri:

Dari kerusi ke kuari. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Acheh, jumlah kuari batu dan tanah merah yang masih beroperasi di seluruh Negeri Pulau Pinang mengikut daerah adalah seperti berikut. Daerah Seberang

Perai Utara tiada kuari batu di SPU. Cuma ada satu kuari tanah merah yang beroperasi di Lot 1253 Mukim 13 iaitu oleh Tetuan Lock Huat Holdings Sdn Bhd.

Keluasan tapak adalah 13.5 ekar.

Di Daerah Seberang Perai Tengah, tiada kuari tanah merah beroperasi tetapi ada lima (5) buah kuari batu beroperasi seperti berikut. Satunya, Saw

Cheong Teok Kuari Sdn Bhd ataupun Batu Tiga Quarry Sdn Bhd. ADUN Bukit Tambun memang tahu kes-kes ini. Di Lot PT 659 Mukim 12 keluasan dia 16 ekar.

Keduanya, Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd. di Lot 1509 Mukim 20 keluasan 11.56 ekar. Ketiga, Syarikat Bakat Sdn. Bhd. di PT 97 Mukim 20. Keluasan dia adalah 20903

meter persegi. Keempat, Batu Tiga Quarry di PT 9 Mukim 12. Saiz dia 8.09 hektar dan kelima, Kuad Sdn. Bhd. di PT 44 dan Lot 959 Mukim 20 dengan keluasan 49.8 ekar.

Manakala di Seberang Perai Selatan, tiada kuari batu dan tanah yang sedang beroperasi. Di Daerah Timur Laut tiada kuari tanah merah tetapi ada dua

(2) kuari batu seperti berikut iaitu Boon Siew Sdn. Bhd. di lot 20364 Mukim 13 92.15 ekar. Serta Teik Granite Quarry Sdn. Bhd. di Tanjung Bungah 68.15 ekar manakala di Barat Daya tiada kuari tanah merah dan cuma satu kuari batu iaitu

di Tetuan Sofinaz Holdings. Walau bagaimanapun walaupun lesennya masih aktif tetapi telah henti operasinya.

Pembangunan di atas tanah milik adalah atas kehendak tuan tanah dan tertakluk kepada kawalan undang-undang yang sedang berkuatkuasa. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Page 22: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

22

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Rasanya di SPS pun dia ada kuari tak silap saya tapi saya tak tau sama ada

kuari tersebut beroperasi secara haram ataupun tidak. Cuma berkaitan dengan isu kuari ni, kita tengok ada kuari-kuari yang mana operasinya kita tengok ada

yang operate sampai dia ada tasik, kan? Saya tau apa nama ni KTN first grade ni dia boleh operasi sampai tu cuma adakah langkah kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan walaupun dia tertakluk oleh tanah first

grade ataupun dalam KTN ni supaya tanah-tanah tersebut tidak menjadi sebagai satu tasik ataupun boleh membahayakan penduduk sendiri walaupun tanah

tersebut adalah tanah private. Kalau tanah kerajaan biasa kerajaan mempunyai hak untuk melimitkan pengorekan sumber batu ataupun tanah merah di kawasan kuari tersebut. Terima kasih.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Dewan ini telah dimaklumkan

banyak kali pemilikan tanah first grade ada banyak haknya tetapi hak-hak itu bukan mutlak dan tertakluk kepada undang-undang yang lain khususnya undang-undang perancangan. Jadi bagi menangani isu ini pihak Kerajaan Negeri telah

kemukakan Kaedah-Kaedah Kuari Pulau Pinang tahun 2018 yang sudah pun diwartakan pada 1hb Julai tahun ini. Dan di bawah Perkara 19(3) mana-mana

pengusaha kuari yang telah beroperasi sebelum 26 Mei 2010 itu cut-off date, hanya perlu mengemukakan pelan kerja tanah kepada Pihak Berkuasa Tempatan

untuk tujuan kelulusan dan kawalan. Maksudnya kita perlu update. Mungkin sebelum ini tak ada pelan tanah pun. Jadi dengan kaedah kuari yang sudah pun diwartakan maka walaupun kuari-kuari itu beroperasi sudah lama, namun

diperlukan kemukakan pelan kerja tanah kepada Majlis Bandaraya untuk semakan dan untuk kelulusan.

Bagi kuari yang beroperasi selepas cut-off date 26 Mei 2010, perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang. Itu lebih susah sedikit sebab dianggap masih baru maka syarat yang lebih ketat dikenakan di mana pengusaha perlu

kemukakan Kebenaran Merancang di samping juga pelan kerja tanah. Dan selain dari itu mereka juga wajib untuk mendapat lesen bagi mengusahakan kuari. Ya,

kita tahu bahawa di bawah first grade mungkin dia tak perlu bayar premium tetapi permit pengoperasian itu masih diperlukan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Ketua pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Cuma dalam sidang DUN yang lepas dibangkitkan tentang isu kuari hampir di Empangan Telok Bahang. Saya tak pasti sama ada Syarikat Sofinaz ni ataupun bukan. Cuma apa tindakan sebab kawasan

ni hampir dengan empangan dan saya dengar masih lagi beroperasi secara illegal secara tidak sah. Dia masih lagi menjalankan operasinya dan saya rasa ia amat

membahayakan sebab dia hampir Empangan Teluk Bahang kawasan tadahan air dan ini mungkin perlu satu perhatian yang serius daripada pihak dan terima kasih.

Page 23: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

23

YAB. Ketua Menteri:

Kuari ini adalah kuari yang tak ada kelulusan dan pihak majlis bandaraya

sudah pun mengambil tindakan sewajarnya dan juga telah memerintah operasi dihentikan. Saya tak pasti ianya sama lokasinya dalam kawasan tadahan tetapi

memang jauh daripada empangan. Jadi, MBPP telah pun mengambil tindakan sewajarnya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Satu lagi.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Mengenai seperti yang rakan saya kata tadi, daripada Sungai Acheh, ada kuari yang menjadi kolam, yang sudah kira tidak aktif lagi seperti di Bukit Katak,

Guar Petai, Tasek Gelugor, 60 hektar menjadi kolam dan menjadi satu tarikan pelancong, yang melibatkan ramai pelancong daripada luar datang mengambil

gambar di sini. Bolehkah Kerajaan Negeri mengambil alih dan memajukannya sebagai satu destinasi ekopelancongan dalam kes-kes kuari yang sudah kira terbengkalai ataupun tidak lagi beroperasi? Terima kasih.

YAB. Ketua Menteri:

Dalam semangat mempromosikan keusahawan persendirian kita berharap

tuan tanah sendiri boleh usahakan sebagai produk pelancongan yang amat menarik. Sekiranya setiap perkara mau Kerajaan Negeri ambil milik ianya perlu

melalui proses pengambilan tanah yang kos dia adalah amat tinggi yang bukan senang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri. Jadi dalam kes ini, dalam semangat menggalakkan keusahawanan dalam bidang ecotourism maka pemilik

boleh bekerjasama dengan syarikat pelancongan bagi memajukan tapak ini sebagai satu tarikan yang saya pun rasa amat menarik khususnya gambar-

gambar dari drone dapat membawa keunikan lokasi ini. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Saya ingin silakan Berapit.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan 41.

No. 41. Apakah kaedah untuk mencegah kes Tibi yang dibawa masuk oleh pelancong luar negara?

(a) Bolehkah pelancong luar negara yang berpenyakit Tibi

diambil tindakan atas tidak memberitahu penyakit dengan jujur?

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Terima kasih Berapit. Saya menjawab bagi pihak Seberang Jaya. Sehingga kini tiada kaedah khusus…(gangguan).

Page 24: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

24

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bagi pihak Ketua Menteri.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Ha, okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker. Sehingga kini tiada

kaedah khusus untuk mengesan penyakit Tuberkulosis atau Tibi di kalangan pelancong dari luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat mesin Thermal Scanner di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi

melaksanakan saringan demam. Mana-mana pelancong yang dikesan mempunyai simptom demam akan ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Selain itu,

para pelancong yang datang dari negara yang sedang mengalami wabak atau penularan penyakit akan diminta mengisi borang Health Declaration serta menyerahkan dokumen berkaitan seperti buku vaksinasi untuk penilaian terhadap

tahap kesihatan mereka.

Dalam kes ini, sekiranya pelancong berkenaan gagal mengisytiharkan

tahap kesihatan masing-masing melalui borang Health Declaration dan disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit termasuk penyakit Tibi, maka penahanan boleh dibuat oleh pihak Imigresen melalui penguatkuasaan Seksyen 8(3)(b) Akta

Imigresen 1959/63. Pelancong luar negara yang memasuki Malaysia perlu menunjukkan dokumen pemeriksaan yang sah kepada pegawai Imigresen di

laluan Imigresen sebelum memasuki Negara Malaysia. Di samping itu, Akta Imigresen 1959/1963 Seksyen 39A (1) juga memperuntukkan bahawa seorang

Pegawai Imigresen boleh mengarahkan mana-mana individu yang memasuki Negara Malaysia agar menjalani pemeriksaan perubatan oleh Pegawai Perubatan Malaysia termasuk pelancong asing yang ingin mendapatkan rawatan yang di

bawah kategori Medical Tourist. Pelancong-pelancong yang mengalami sebarang penyakit berjangkit termasuk Tibi perlu dimaklumkan bahawa mereka perlu

mendapatkan rawatan di negara asal dan tidak boleh memasuki negara ini bagi rawatan tersebut.

Di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342, Seksyen 22,

adalah menjadi kesalahan sekiranya terdapat mana-mana individu yang melakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu:

(i) Menghalang atau menggendalakan atau membantu menghalang atau menggendalakan mana-mana pegawai yang diberikan kuasa dalam melaksanakan kewajipannya.

(ii) Tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

(iii) Enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki sebagaimana ditetapkan di dalam peraturan di bawah Akta 342 atau,

(iv) Memberikan maklumat palsu.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan perintah am (Seksyen 24) dan kompaun (Seksyen 25) di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988

(Akta 342). Dan bagi individu yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta

Page 25: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

25

tersebut dan tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(i) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

(ii) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya.

(iii) Didenda selanjutnya tidak melebihi RM200.00 bagi setiap hari sekiranya

kesalahan itu berterusan bagi kesalahan yang berikutnya.

Individu yang bersalah boleh dikenakan kompaun tidak melebihi

RM1,000.00 bagi apa-apa kesalahan yang dibuat atau pelanggaran peraturan di bawah Akta 342.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Batu Maung.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung yang menjawab soalan Berapit. Saya faham memang ada banyak akta-akta yang sedia ada untuk menyekat katakan penyakit daripada luar negara yang masuk ke

Malaysia. Tapi di sini walaupun telah ada Thermal Scan di lapangan terbang tetapi penyakit Tibi ini dia bukan demam. Dia pun tak, pesakit itu tak ada panas jadi

scan itu tidak dapat mengesan demam, mesin itu tidak dapat mengesan pesakit Tibi yang masuk ke Malaysia. Dan di Pulau Pinang sudah berlaku kes pelajar yang

meninggal dunia disebabkan kes Tibi. Itu memang memberi satu amaran kepada kita. Memandangkan Negeri Pulau Pinang ini adalah satu negeri yang katakan sangat tinggi di pelancongan perubatan dan selepas penerangan daripada Batu

Maung, saya ingin tanya, sampai hari ini berapa kes yang kita sudah denda atau sudah tangkap ada pesakit yang masuk ke negeri ini yang menghidapi Tibi tetapi

tidak melaporkan sendiri sebagai pesakit Tibi dengan jujur? Adakah berapa kes yang kena tangkap dan berapa yang kena, yang sudah didenda? Dan lagi satu, sekarang memang tidak ada mesin mengesan pesakit Tibi di lapangan

terbang. Jadi kes ini kalau yang masuk ke hospital Pulau Pinang…(gangguan)

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Pendekkan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Kalau, ya akan pendekkan. Sekarang adalah soalan kedua, Tuan

Speaker. Pesakit yang masuk ke untuk mendapat treatment di hospital persendirian Pulau Pinang. Semasa mereka masuk ke hospital baru tau lah

mereka adalah pesakit Tibi. Jadi kes ini di bawah siapa? Imigresenkah atau hospital kena melaporkan kes ini kepada pihak authority dengan jujur? Atau ini di bawah kes kesihatan? Itulah soalan saya. Terima kasih.

Page 26: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

26

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila Batu Maung.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Terima kasih Berapit, saya ambil maklum beberapa cadangan yang

dikemukakan oleh Berapit. Sikit perkongsian tentang mungkin berkait rapat dengan soalan yang dikemukakan. Setakat ini jumlah kes Tibi semua jenis di Negeri Pulau Pinang bagi tempoh Januari – Oktober 2008 dan 2019. Pada Januari

hingga Oktober 2019 sebanyak 1,302 kes Tibi telah didaftarkan di seluruh Negeri Pulau Pinang iaitu peningkatan sebanyak 26% berbanding pada tempoh yang

sama pada tahun 2018. Ya, 1,209 kes. 2018, 1,209 kes. Pembahagian semua jenis kes Tibi mengikut kewarganegaraan Negeri Pulau Pinang bagi tempoh Januari/Oktober 2018 dan 2019. Pada Januari hingga Oktober 2019, sebanyak

1,184 kes didaftarkan di kalangan warganegara berbanding 937 kes pada tempoh yang sama bagi tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 26%. Bagi bukan

warganegara bagi tempoh Januari hingga Oktober 2019, sebanyak 118 kes Tibi telah didaftarkan berbanding 92 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Kebanyakan kes Tibi melibatkan warga asing

dari negara Indonesia dan Myanmar.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Satu soalan. Kita melihat bahawa kes Tibi ini semakin meningkat dan dia satu kes yang agak kronik. Dia ada satu simptom, kuman Tibi ini akan berehat,

dia domain. Masa itu kita tak boleh trace sama ada dia ada atau tidak dalam badan. Contohlah. Cuma saya ada kes, anak saudara saya meninggal kerana kes Tibi. Ini kerana tok wan anak sedara saya ini, kes Tibi di admit di hospital, selepas

balik hospital tak dimaklumkan kepada keluarga untuk dikuaratinkan. Tak dimaklumkan. Anak saudara saya ini bila dia masih kecil, dua tahun, dia pergi

kepada tok wan ni, tok wan ingat dia dah sembuhlah, dia dah balik pada hospital. Jadi ini tindakan yang perlu diambil oleh pihak Kesihatan untuk satu war-warkan kepada orang yang sakit, keluarga yang sakit Tibi ini apa langkah

yang perlu diambil. Kedua kita kena maklumkan juga, setuju atau tidak dengan cadangan saya, supaya kita maklumkan kepada masyarakat di Pulau Pinang ini

tentang masalah bahayanya Tibi ini. Dulu kita jadi penyakit Tibi adalah wabak tapi sekarang ni dah kurang tapi sekarang nampak dah mula meningkat. Satu langkah yang perlu, yang lebih drastik yang perlu diambil untuk memaklumkan kepada

masyarakat tentang bahaya penyakit Tibi ini supaya ia tidak menjadi satu wabak lagi. Itu pandangan saya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Dan minta, minta persetujuan daripada pihak.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Dato’ Speaker, sebab saya rasa soalan saya tidak dijawab.

Page 27: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

27

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Tak apa, sila Batu Maung.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Saya kena jawab dalam penggulungan nanti ya? Dapatkan maklumat yang

diperlukan. Bagi menjawab Sungai Dua. Sedikit maklumat tentang Tibi ya. Penyakit Tibi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman mycobacterium Tuberculosis. Penyakit Tibi boleh merebak dari seorang pesakit

yang mempunyai kuman tersebut kepada orang yang sihat yang lain melalui lisan, udara, cecair, droplet apabila pesakit tersebut batuk tanpa menutup

mulut. Tanda-tanda penyakit Tibi seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua (2) minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan, batuk berdarah. Jika penyakit Tibi lambat dikesan serta lewat menerima

rawatan, penyakit ini boleh membawa maut. Terdapat rawatan yang efektif bagi penyakit Tibi dan pesakit boleh sembuh jika menerima rawatan yang

lengkap. Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda di atas diminta tampil ke klinik kesihatan untuk ujian saringan Tibi iaitu pemeriksaan kahak menggunakan mikroskop dan ujian x-ray dada. Rawatan awal boleh mencegah keluarga serta

orang ramai dari dijangkiti penyakit. Sikit juga tentang maklumat yang disebutkan tadi oleh Berapit tentang kematian pelajar yang dikaitkan dengan

Tibi. Bagi pelajar yang telah meninggal dunia pada bulan Ogos tahun ini hasil penyiasatan menunjukkan tiada kaitan dengan penularan jangkitan dari kalangan

warga asing memandangkan pergerakan beliau terhad kepada sekolah dan rumah. Punca sebenar jangkitan beliau belum dapat dikenal pasti.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Batu Maung. Ada bakat jadi EXCO Kesihatanlah. Biar saya persilakan Batu Uban.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 42.

No. 42. Dalam laporan akhbar The Star pada 3hb Ogos 2019 melaporkan

bahawa Menteri Air, Tanah & Sumber Asli memberitahu terdapat 3 negeri yang belum gazetkan hutan simpanan untuk kawasan

tadahan air dan Pulau Pinang antara salah satunya.

(a) Kenapakah Kerajaan Negeri belum gazetkan hutan simpanan tersebut sebagai kawasan tadahan air?

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Batu Uban yang

telah membangkitkan laporan Akhbar The Star yang telah memetik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum mewartakan hutan simpanan sebagai kawasan tadahan air.

Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat, kenyataan menteri tidaklah begitu tepat tapi tidaklah begitu salah juga (Dewan ketawa) saya akan jelaskan.

Kerajaan Negeri sebenarnya adalah antara negeri yang terawal untuk mewartakan

Page 28: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

28

kawasan tadahan air cuma saya rasa yang dimaksudkan oleh menteri adalah di bawah pewartaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Tapi, yang kita

laksanakan adalah pewartaan di bawah Enakmen Pembekalan Air Negeri Pulau Pinang 1998.

Jadi saya bagi sedikit penjelasan. Usaha untuk mewartakan kawasan tadah air ini bermula apabila Kerajaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Perhutanan Negara ke-18 pada tahun 2004 telah memutuskan supaya semua

Kerajaan Negeri mengambil tindakan pewartaan kawasan-kawasan hutan tadahan air di bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984. Keputusan ini

diperkukuhkan lagi dengan keputusan Majlis Air Negara pada tahun 2003 supaya kawasan tadahan air adalah dipantau oleh Kerajaan Negeri dengan lebih berkesan bagi mengelak kesan pembangunan di sekelilingnya dari mencemarkan kualiti

bekalan air.

Negeri Pulau Pinang mempunyai seluas lebih kurang 6,282 hektar kawasan

berhutan yang mana daripada jumlah ini, seluas 5,100 hektar adalah Hutan Simpanan Kekal dan seluas 1,182 pula adalah Taman Negara. Jadi memastikan sumber bekalan air ini terpelihara, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil

tindakan untuk mewartakan seluas 6,288.295 hektar kawasan tadahan air di bawah Enakmen Pembekalan Air 1998, Perintah Pembekalan Air (Kawasan

Tadahan) tahun 2004 iaitu ini telah dilakukan pada 2 Disember 2004, dan daripada 6,200 hektar kawasan tadahan air yang telah diwartakan di Negeri Pulau

Pinang, kawasan tadahan ini meliputi seluas 3,565 hektar Hutan Simpan Kekal. Jadi, ini bermaksud bahawa 70% daripada Hutan Simpanan Kekal di Pulau Pinang telah dikhususkan untuk tujuan perlindungan kawasan tadahan air manakala

bakinya dikhususkan untuk tujuan eko-pelancongan serta pendidikan.

Tindakan untuk mewartakan kawasan tadahan di bawah Enakmen

Pembekalan Air 1998, pada tahun 2004 merupakan tindakan pantas yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan telah menjadi antara negeri yang terawal mewartakan Kawasan Tadahan Air nya di bawah Enakmen Pembekalan Air Negeri berbanding

negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai halangan untuk mewartakan Kawasan

Hutan Tadahan Air sedia ada di dalam Hutan Simpanan Kekal iaitu seluas 3,565 hektar yang saya sebut tadi di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana pada dasarnya Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan melindungi bekalan sumber

air negeri lebih awal iaitu pada 2 Disember 2004 di bawah Enakmen Pembekalan Air Pulau Pinang 2004. Terima kasih Yang Berhormat.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat Batu Uban, sila.

Page 29: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

29

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga. Saya nak tahu mengenai

apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk Hutan Simpanan Kekal pada masa hadapan.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat yang amat prihatin mengenai kawasan tadahan air kita, hutan simpan kita. Sebenarnya, Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri kita pun telah mengarahkan Jabatan Perhutanan untuk membuat perincian semula kawasan-kawasan yang telah diwartakan di bawah Enakmen

Pembekalan Air kita supaya kita nak bawa juga untuk diwartakan di bawah Akta Perhutanan. Itu adalah perancangan Kerajaan Negeri tapi kita nak memastikan apabila kita nak bawa pewartaan ini, kita mengambil kira status guna tanah yang

terkini. Jadi Jabatan Perhutanan pun akan masuk untuk membuat survey dan memastikan kawasan-kawasan adalah tepat dan saya rasa komitmen ini tidak

boleh dipersoalkan seperti saya sebut tadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya adalah kerajaan negeri yang terawal untuk mengambil tindakan untuk mewartakan, untuk memelihara dan melindungi kawasan tadahan air kita

sebab di Negeri Pulau Pinang sememangnya air adalah satu sumber yang amat penting, amat-amat penting bagi rakyat kita. Oleh itu, segala tindakan yang boleh

diambil untuk melindungi kawasan-kawasan sumber air kita memang, telah dan akan diambil tindakan. Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Soalan tambahan Dato’.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan pewartaan kawasan tadahan air di bawah Enakmen Pembekalan Air. Cuma saya nak juga

mendapat satu kepastian, adakah sungai-sungai yang merupakan pembekalan sumber air juga untuk kita juga diwartakan? Kerana kita mendapati ada sungai-

sungai masih ada kawasan-kawasan tanah persendirian. Adakah Kerajaan juga akan mewartakan kawasan-kawasan tersebut yang bukan hutan simpanan tapi dia melalui sungai-sungai utama di kawasan Negeri Pulau Pinang dan juga adakah

itu juga bila kita kata pewartaan itu, ia akan melibatkan implikasi kewangan di mana tadi Ketua Menteri juga ada menyebut bahawa pengambilan balik tanah itu

akan diambil dan kos tersebut, adakah Kerajaan sudah ada satu kiraan berapa banyak yang akan dibelanjakan untuk kos pengambilan balik tanah tersebut?

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih. Sebenarnya, bila kita buat pewartaan itu, dia tidak melibatkan kos dan untuk masa ini kawasan tadahan yang telah diwartakan di

bawah Enakmen Pembekalan Air meliputi Hutan Simpan Kekal yang saya sebut

Page 30: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

30

tadi 70% yang selebihnya adalah tanah kerajaan. Jadi buat masa ini tidak ada tanah persendirian yang telah diwartakan. Jadi untuk sungai-sungai tu, saya perlu

membuat semakan dengan lebih teliti dan saya akan bagi jawapan kepada Yang Berhormat sebab saya pun kurang pasti samada sungai terlibat dalam

pewartaan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Banyak tanah sendiri pun di bawah Water Reservations Act.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Ada?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

So many. SPS a lot. Sila, soalan yang akhir.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Dato’ Speaker, cuma saya ingin dapatlah maklumat details semasa penggulungan tentang keluasan tanah yang telah digazetkan sebagai Hutan

Simpanan di kawasan SPS kerana pada ketika ini memang SPS mengalami banjir kilat yang lebih kerap dan memang di kawasan SPS dari Mukim 2 hingga Mukim 7 kebanyakan keseluruhan semua tanah adalah digazetkan di bawah Akta

Pemulihan Tanah 1960. Sebab ini yang berbeza, Akta Pemulihan Tanah 1960 ini adalah lebih kepada tanah persendirian seperti yang dimaksudkan oleh Yang

Berhormat Machang Bubuk tadi.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Di mana?

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Memang nak dapatkan keluasan semasa penggulungan.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Oh keluasan. Okey. Baik saya akan dapatkan info tu.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okay terima kasih. Saya sila Yang Berhormat Penaga.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan No. 43.

No. 43. Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah menasihati

Kerajaan Negeri.

(a) Sebanyak 18 nasihat tentang projek Penang South Reclamation (PSR) telah diberikan. Mohon nyatakan.

Page 31: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

31

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Penaga

yang ingin tahu tentang 18 nasihat yang diberikan kepada Projek Penang South Reclamation (PSR). Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Majlis Perancang

Fizikal Negara (MPFN) telah memberikan 18 nasihat kepada Kerajaan Negeri terhadap Cadangan Pelan Induk Bagi Projek Guna Tanah Selatan Pulau Pinang atau Penang South Reclamation (PSR). Kesemua 18 nasihat ini juga telah

diumumkan melalui sidang media pada 19 April 2019 iaitu 1 hari selepas Mesyuarat MPFN.

Secara ringkasnya, nasihat yang diberikan adalah merujuk kepada 1 nasihat dari MPFN kepada Negeri Pulau Pinang kalau nak tebus tanah itu kegunaan fizikal adalah merancang menjadi kawasan ini sebagai Bandar Pintar. Saya rasa

nasihat ini boleh dipatuhi dan memang niat kita.

Dua, mengkaji kemungkinan untuk membangun taman industri dan

teknologi tinggi berasaskan Revolusi Industri ke-4 dan ada unsur-unsur bidang automasi, kecergasan buatan, artificial intelligence, robotic, internet of things dan lain-lain. Itulah memang teras Kerajaan Negeri. Saya rasa tak ada nak masalah

untuk mematuhi nasihat ini.

Nasihat ketiga, merancang fasa-fasa pembangunan dan melaksanakan

kajian pasaran hartanah. Ia memang pulau itu akan mengambil masa yang panjang dan pembangunan dia akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun dan

perlu mengikut fasa-fasa pembangunan. Itu pun nasihat yang wajar.

Keempat, menyepadukan sistem pengangkutan awam dan penggunaan pengangkutan awam. Itu memang menjadi teras Kerajaan Negeri dan di pulau

kalau tidak dapat melaksanakan sistem trem di Pulau Pinang, maka di pulau-pulau yang ditebus guna itu amat sesuai untuk melaksanakan sistem trem sebab ianya

satu green field development. Keempat, mempertingkatkan inisiatif Bandar Hijau. Itu juga hijau adalah teras Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama ini dan nasihat ini semestinya akan dipatuhi.

Keenam, memandangkan pulau-pulau ini akan ada pembangunan, maka penyediaan kemudahan masyarakat iaitu mesti dipatuhi dan akan mengikut

dasar-dasar perancangan bandar pada masa itu.

Nombor tujuh, melaksanakan Pelan Pengurusan Risiko Bencana. Itu pun satu nasihat yang patut dan akan dilaksanakan dan meningkatkan resilience

negeri kita juga menjadi satu prinsip yang kita tegaskan.

Nombor lapan, mengambil kira pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan

dalam Laporan Environment Impact Assessment, Traffic Impact Assessment dan sebagainya seperti di dalam kelulusan EIA. Itu memang menjadi satu syarat untuk dipatuhi.

Sembilan, ambil kira garis panduan dan arahan semasa khususnya Environmental Essential for The Siting of Industries, memang ini akan dipatuhi

dalam perancangan guna tanah. Mana letak industri, mana letak komersial, mana letak kediaman dan sebagainya.

Page 32: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

32

Nombor sepuluh, ambil kira impak tambakan laut kepada komuniti setempat, komuniti nelayan. Itu pun sedang diusahakan dan akan dipatuhi nasihat

ini.

Sebelas, memastikan cadangan pembangunan tidak akan menjejaskan

laluan pelayaran south China. Itu akan diberi perhatian dan dipatuhi nasihat ini.

Dua belas, menyediakan kawasan yang khusus untuk rumah mampu milik seperti Dasar Pembangunan Negeri, pembangunan perumahan memang

perjuangan yang dipimpin oleh YB. Datok Keramat mesti dipatuhi nasihat ini.

Ketiga belas, memastikan bangunan yang dibina tidak melepasi had

ketinggian kerana tidak mengganggu ruang udara seperti ditetapkan oleh Civil Aviation Authority sebab ianya dekat dengan lapangan terbang. Ini memang perlu dipatuhi nasihat.

Keempat belas, Mengkaji kemungkinan mendapat sumber bekalan air alternatif dengan tiga (3) pulau yang baru dengan pembangunan sumber air

penting oleh sebab itu Pihak Berkuasa Air pun sudah mula untuk melaksanakan projek pemindahan air daripada Sungai Perak.

Kelima belas, Memastikan sumber bekalan pasir untuk tebus guna tidak

menjejaskan sumber pasir yang diperolehi. Sumber-sumber ini hanya diperolehi daripada syarikat-syarikat konsesi yang ada kelulusan EIA dan lesen untuk

mengendalikan operasi ini. Maksudnya sumber pasir yang sahih.

Keenam belas, Mengambil kira dasar dan arahan Kerajaan Persekutuan

tentang satu keputusan pada tahun 2017 berhubung dengan pembangunan shopping centre, kondominium dan sebagainya yang melebihi 1 juta itu akan dipatuhi.

Ketujuh belas, Kemukakan permohonan Kebenaran Merancang, itu semestinya di bawah undang-undang dan nasihat.

Kelapan belas, Hendak mematuhi nasihat MPFM, itu semestinya.

Kalau kita teliti kesemua 18 nasihat, ini nasihat yang mesra, nasihat yang boleh dipatuhi, bukan nasihat untuk menghalang projek ini dan Mesyuarat MPFM

pun menerima pembentangan kertas ini. Dan dengan nasihat ini kita perlu patuhi, kalau patuhi maksudnya projek PSR akan berjalan sebab dalam nasihat ini tidak

kata jangan melaksanakan projek PSR.

Laksanakanlah projek PSR sekiranya nasihat-nasihat ini dipatuhi. Dan sebenarnya pada pukul 1.00 kita akan melancarkan Master Plan Design

Competition untuk pulau-pulau ini. Kita akan menjemput konsortium antarabangsa dan tempatan untuk membantu kita mereka bentuk kegunaan

tanah di pulau-pulau ini yang mencapai mutu antarabangsa. Itulah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya pembangunan yang akan berlangsung selepas tambakan laut itu dapatlah memenuhi segala nasihat dan juga memenuhi

keperluan negeri Pulau Pinang dan menjana pembangunan sosio ekonomi negeri Pulau Pinang dari sekarang hingga 50 tahun yang akan datang. Sekian.

Page 33: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

33

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni bin Mat Piah):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Saya telah pun ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni bin Mat Piah):

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Satu saja, Penaga. Saya telah pun guna masa kecederaan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni bin Mat Piah):

Saya menghormati. Terima kasih kepada Y.A.B. Padang Kota di atas

jawapan yang telah diberi dan jaminan bahawa kerajaan akan mematuhi kesemua 18 syarat yang telah diberikan. Cuma soalan tambahan saya ini sekiranya

andaikata, sekiranya salah satu atau beberapa daripada 18 nasihat gagal dipatuhi syarat dia itu atau pun polisi, terma, SOP dan sebagainya jadi agensi kerajaan manakah yang harus dipertanggungjawabkan dan tindakan apa yang boleh

diambil. Sedikit penjelasan.

YAB. Ketua Menteri:

Sebab pada keseluruhannya Majlis Perancangan fizikal Negara sebagai majlis yang bertanggungjawab atas pembangunan fizikal yang secara berskala

besar akan bermesyuarat 3, 4 kali setahun. Itulah satu platform di mana nasihat yang diberikan kepada permohonan sebelum ini dapat dipantau dari semasa ke semasa dan di peringkat kemukakan permohonan Kebenaran Merancang, di

peringkat itu pun Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab atas perancangan bandar dan pembangunan akan meletakkan

syarat-syarat akan merujuk kepada nasihat-nasihat ini dan meletakkan syarat-syarat yang sesuai dengan nasihat ini. Jadi pemantauan adalah secara perbincangan dari segi peringkat Master Plan dan diperingkat fasa-fasa yang

dibangunkan dapat dipantau melalui syarat-syarat yang dikenakan semasa perancangan permohonan kebenaran merancang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk Soalan Lisan telah tamat selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau

Pinang. Sila Yang Amat Berhormat.

Page 34: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

34

YAB. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua , jawapan kepada Soalan-soalan Lisan yang telah

dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan juga Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan

Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya mohon supaya masa persidangan hari ini, 6 November dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Tak ada sokong?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Y.A.B. Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari

ini 6 November 2019 hari Rabu sehingga jam 10.00 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘Ya’.

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Usul dipersetujui semua.

Terima kasih kepada semua yang telah pun bertanya Soalan Lisan dan kepada semua yang telah pun menjawab Soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat kita masih dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan juga Usul Anggaran

Pembangunan tahun 2020 . Saya ingin persilakan Ahli-ahli Yang Berhormat siapa yang ingin mengambil bahagian. Telok Ayer Tawar, sila.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Dato’ Yang di-Pertua, saya berasa amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya saya telah diberi kesempatan untuk mengambil bahagian

memberi ucapan Belanjawan Tahun 2020 Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan yang mulia ini.

Saya yang diamanahkan oleh rakyat di KADUN Telok Ayer Tawar merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan menyokong sepenuhnya visi Kerajaan

Negeri Pulau Pinang menerusi Penang2030 Negeri Pulau Pinang dan Hijau berteraskan Keluarga Inspirasi Negara yang kini telah digerakkan ke peringkat

akar umbi. Dengan melihat kepada empat tema utama, Penang2020 untuk meneruskan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri bagi mencapai visi

Page 35: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

35

Penang2020, 2030, saya yakin Kerajaan Negeri mampu mencapai visi tersebut, InsyaAllah.

Saya juga menyokong usaha Kerajaan Negeri dan mengucapkan tahniah kepada YAB. Ketua Menteri untuk Transformasi Digital 5G di negeri Pulau Pinang

ini. Ianya merupakan satu lagi usaha penting yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat. Oleh itu saya amat berharap Transformasi Digital 5G kini berada pada landasan yang tepat ke arah era baru dan ia adalah asas penting

untuk Pulau Pinang kekal relevan dan berdaya saing. Keupayaan untuk mengikuti dan selari dengan kemajuan teknologi dan akan memberi kesan kepada kejayaan

sesebuah ekonomi. Jika negara kita ingin bersaing dengan negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat, teknologi 5G ini amat menjadi keperluan kepada negeri kita. Seperti yang kita sedia maklum teknologi 5G ini juga ada

hubungkait dengan Revolusi Industri 4.0 bagi melengkapkan strategi perniagaan masing-masing.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi program kebajikan rakyat, sejak Kerajaan Negeri mengambil tampuk pemerintahan daripada kerajaan terdahulu pada tahun 2008 kita dapat melihat peningkatan peruntukan dari tahun ke tahun melalui program

i-Sejahtera. Ini membuktikan Kerajaan Negeri amat perihatin terhadap kebajikan rakyat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Dengan kenaikan

bayaran penghargaan warga emas kepada RM130.00 setahun kepada RM150.00 setahun, kenaikan dianggarkan memberi manfaat kepada 178,000 warga emas di

negeri ini. Tidak dilupakan juga keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap OKU juga dibuktikan dengan kenaikan kadar bantuan daripada RM130.00 kepada RM150.00 setahun yang akan melibatkan hampir 10,000 penerima. Saya juga amat

bersyukur di atas komitmen Kerajaan Negeri meneruskan perkhidmatan Bas Percuma atau pun CAT secara percuma yang menelan belanja sebanyak RM15

juta pada tahun 2020. Inilah contoh kerajaan yang berkebajikan kepada rakyat.

Komitmen kepada mangsa-mangsa bencana taufan Lekima yang memberi impak kerosakan yang agak teruk kepada hampir 3,075 buah rumah di seluruh

negeri. Kerajaan Negeri dengan bantuan NADMA telah memperuntukkan sebanyak RM4.81 juta untuk tujuan pembaikan rumah kediaman kepada mangsa

terlibat. Di samping itu bantuan lain bagi mangsa kebakaran atau bencana alam yang lain juga telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Tabung Bantuan Bencana T.Y.T Negeri Pulau Pinang melibatkan peruntukan sebanyak

RM133,900.00. Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk memelihara Agama Islam bagi memperkasakan

institusi keagamaan, terutamanya masjid dan surau, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan bersama untuk projek atau pun membina semula Masjid kampong Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar. Kerajaan Negeri juga tidak

mengabaikan pembinaan baharu sekolah-sekolah agama rakyat dengan bermulanya proses pembinaan sekolah agama baru iaitu Sekolah Agama Rakyat

di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru, Daerah Timur Laut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.0 juta. Saya amat tertarik

dengan kenaikan peruntukan sebanyak RM60.05 juta bagi mengukuh serta memartabatkan instutisi Islam di Pulau Pinang bagi tahun 2020 berbanding tahun

2019 sebanyak RM56.8 juta. Syabas kepada Kerajaan Negeri. Kenaikan peruntukan sebanyak 3.25 juta iaitu melebihi daripada tahun yang lepas jelas terbukti dakwaan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini terancam di bawah

Page 36: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

36

Kerajaan Pakatan Harapan merupakan taktik pihak pembangkang untuk menyelamatkan diri daripada keburukan yang mereka lakukan. Ianya hanya mitos

yang diciptakan oleh pihak pembangkang. Tidak ada mana-mana negeri yang ditadbir oleh pembangkang yang memberi peruntukan bagi memartabatkan

institusi Islam seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dengan prestasi yang unggul untuk tahun 2019, mencapai peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 9.9 peratus bagi 7 bulan pertama menerusi

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu peningkatan sebanyak 4.42 juta pada tahun 2018 kepada 4.82 juta pada tahun 2019. Sebagai rakyat negeri

Pulau Pinang, saya amat berbangga dengan pengiktirafan yang diterima oleh kerajaan pada tahun yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 dan 2019. Antaranya diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terbaik di dunia,

iaitu lima destinasi persaraan terbaik, 21 destinasi pantai terunggul oleh International Living, 19 destinasi pelancongan paling murah oleh Insider, Most

Loves State of Tourism Going Place Reader’s Choice Award 2018 dan George Town sebagai salah satu bandar terindah di Asia oleh CNN Travel.

Saya berharap Kerajaan Negeri akan terus mengekalkan momentum

pencapaian ini, dan hasrat saya semoga limpahan peluang pekerjaan ataupun peluang-peluang yang ada dapat dinikmati oleh kerajaan dan juga rakyat dalam

KADUN Telok Ayer Tawar.

Saya selaku ADUN Telok Ayer Tawar, ingin merakamkan ucapan terima

kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai kerana meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi aktiviti menaiktaraf semula kawasan Pantai Robina yang sedia ada.

Selain itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga telah memperuntukkan RM250,000.00 bagi menaiktaraf kawasan permainan kanak-kakak iaitu di

sepanjang Telok Molek iaitu di Pantai Robina. Bukan sekadar itu, Kerajaan Negeri juga turut mewujudkan ataupun Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Seberang Perai turut mewujudkan lima buah pondok rehat ataupun gazebo serta 12 tiang lampu

yang berkonsepkan LED, bagi menceriakan suasana yang sebelum ini agak gelap dan malap bagi menarik semula pengunjung untuk mengunjungi Pantai Robina

dan Telok Molek.

Untuk Belia dan Sukan, belia ialah merupakan fasa diantara kanak-kanak dan dewasa. Istilah belia ini, boleh juga ditakrifkan sebagai remaja mahupun

pemuda. Golongan ini merupakan akar umbi, yang menggambarkan bahawasanya kewujudan sebuah negara di masa akan datang.

Takrifan bagi usia golongan belia dan turut berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Kelompok ini tidak ditakrifkan berdasarkan kronologi kelas, yang boleh dikumpulkan dalam satu lingkungan usia yang tertentu. Sebagai

contoh yang boleh kita lihat, hampir keseluruhan sub-sahara Afrika mengaitkan golongan belia lelaki bermula dari umur 15 tahun hingga 30 atau 35 tahun. Ini

sedikit sebanyak pandangan belia di Nigeria adalah termasuk kesemua anggota di republik itu berumur 18 hingga 35 tahun.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun (PBB) mengklasifikasikan

sebagai golongan belia adalah individu yang berusia antara 15 dan 24 tahun. PBB juga turut mengakui bahawa hal ini mempunyai perbezaan, dan tidak

Page 37: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

37

menjejaskan kumpulan usia lain yang telah disenaraikan oleh negara anggota terlibat.

Dato’ Yang di-Pertua,

“Berikan aku 1,000 orang tua, aku tidak bisa meruntuhkan Gunung

Mahameru. Tapi berikan aku 10 anak muda, aku bisa memecahkan dunia”

Itu bukan kata-kata saya. Tapi itulah kata-kata bekas ataupun mantan presiden Amerika Syarikat, iaitu Bung Soekarno. Jadi, ini menunjukkan

bahawa…(gangguan) Indonesialah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Amerika Syarikat.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Minta maaf.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

YB. Okey kah?

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Okey.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey, kah?

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Boleh bercakap lagi, okeylah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bolehla.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Jadi itu kata-kata Soekarno, yang menunjukkan bahawa belia itu adalah

penting dan memainkan peranan dalam pembangunan sebuah negara. Jadi ini menunjukkan bahawa golongan belia, adalah sebuah kelompok masyarakat yang

harus kita menitikberatkan, kerana ia adalah pimpinan muda yang akan menerajui kelompok pemerintahan negara dan negeri satu hari nanti.

Ini telah terbukti, kerana Shamma Bint Suhail Faris Al Mazrui seorang gadis

yang berusia 22 tahun, seorang gadis yang berusia 22 tahun telah diangkat sebagai Menteri Dalam Negeri. Ini daripada golongan belia, diangkat sebagai

seorang menteri bagi negara Emiriah Arab Bersatu yang telah menerajui bagi hal ehwal belia.

Page 38: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

38

Tidak cukup dengan itu, sekali lagi golongan belia diangkat martabat dalam kelompok pimpinan negara menerusi Sebastian Kruz yang berusia 31 tahun, yang

telah diangkat sebagai Canselor Persekutuan bagi Republik Austria. Di Malaysia sendiri, kita juga telah mengangkat golongan belia untuk terus ataupun untuk

berada bersama-sama tampok pimpinan negara, iaitu Menteri Belia dan Sukan sekarang ini iaitu Dato’ apa ni YB. Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar.

Jadi sejajar dengan perkembangan positif berkaitan ini, saya amatlah bersetuju dengan inisiatif yang telah dirangka menerusi Belanjawan Negeri Pulau

Pinang pada tahun 2020, agar agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat khususnya bagi golongan belia dapat diteruskan bagi mencapai visi dan misi menjelang tahun 2020.

Setelah meneliti dan mendengar sendiri intipati visi Penang2030, setelah yang menjadi dasar pentadbiran Kerajaan Negeri, saya yakin dan percaya

pentadbiran di bawah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mampu menerajui dan mencapai matlamat kedua-dua wawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dalam kemakmuran bersama.

Saya amat tertarik dengan salah satu usaha oleh Kerajaan Negeri, dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi membantu pertumbuhan

ekonomi dan menyokong kenaikan produktiviti di negeri ini. Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, terus diberi pujian kerana

telah membuka peluang-peluang pekerjaan kepada lepasan universiti ataupun Fresh Graduate (dengan izin) yang menganggur melalui usahasama dengan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Sebagai cadangan kepada EXCO Pembangunan Usahawan, agar menyediakan ruang dan peluang lebih banyak kepada golongan belia menceburi

dalam sektor keusahawanan. Misalnya menyediakan skim latihan, insentif mengikut kesesuaian dan yang mempunyai potensi dan minat dalam bidang keusahawanan agar perniagaan mereka dapat terus maju di masa yang akan

datang.

Dato’ Yang di-Pertua, demi mencapai Pulau Pinang sebagai sebuah bandar

pintar dan hijau yang berteraskan “Keluarga Inspirasi Negara Menjelang Tahun 2030”, amatlah baik. Kerajaan Negeri meningkatkan pembekalan rumah mampu milik, kepada golongan belia dengan mewujudkan single transit unit ataupun dan

youth transit unit. Kerajaan Negeri Pulau Pinang, selangkah kedepan dengan memastikan golongan belia di negeri ini mempunyai rumah mereka sendiri.

Hal ini demikian kerana, rumah atau tempat perlindungan amatlah penting dan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Saya amat mendukung inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dalam menyediakan rumah tanpa rumah

mampu milik disamping projek-projek rumah kos rendah, dan mampu milik yang dijalankan. Syabas, saya ucapkan.

Saya sebagai cadangan kepada Kerajaan Negeri melalui EXCO Perumahan, agar melonggarkan terma dan syarat supaya golongan belia dapat memiliki rumah mampu milik. Tambahan pula, mereka boleh membuka peluang kepada anak-

anak muda memiliki rumah mereka sendiri melalui kuota yang disediakan bagi setiap tahun.

Page 39: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

39

Pulau Pinang sebuah negeri bebas dari asap rokok. Umum mengetahui rokok adalah salah satu faktor utama kepada ketagihan dadah dalam kalangan

belia. Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah salah satu daripada punca penagihan dadah. Walaupun kegiatan ini mampu

membahayakan kesihatan, namun masih ramai golongan belia yang terus merokok. Masih ramai di kalangan belia yang tidak menghiraukan kandungan yang berada di dalam rokok, yang mampu membuatkan seorang itu ketagihan

seperti menghisap dadah.

Tambahan pula, satu kajian yang telah dijalan oleh Pertubuhan Kesihatan

Dunia 9 (WHO) telah mendapati dadah nikotin merupakan bahan utama yang menyebabkan atau membuatkan seseorang itu ketagihan. Menurut Nasional Poison Centre ataupun Pusat Racun Negara, tabiat ketagihan sejenis dadah nikotin

yang mengandungi didalam rokok ini, adalah sama seperti sama adalah sama tetapi tidak tetapi ada sedikit perbezaan.

Pusat Racun Negara juga terus menyatakan bahawa akibat daripada ketagihan ini, terus mendorong kepada perokok untuk terus merokok dan sukar meninggalkannya sama seperti yang dialami oleh penagih dadah heroin dan juga

ganja. Tambahan pula, rokok boleh didapati di kedai-kedai yang tidak bertanggungjawab yang menjual kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kadar

yang rendah demi mengaut keuntungan.

Perkara sebegini yang lebih membimbangkan ialah, apabila ada pelajar-

pelajar yang sanggup menggunakan wang saku yang diberikan oleh keluarga mereka untuk membeli sebatang rokok dan akan di antara mereka yang membawa rokok ke sekolah untuk melepaskan gian atau ketagihan di sekolah.

Saya mohon yang kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat EXCO Kesihatan untuk merangka satu pelan tindakan

bagi menanggani isu rokok dalam kalangan belia, terutamanya di peringkat sekolah secara berperingkat-peringkat.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Mohon mencelah sikit.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Ya, ya.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Isu mengenai. Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar

kerana membangkitkan isu yang amat serius. Tapi memandangkan sekarang ni, isu dimana golongan belia menagih aah, bukan menagih. Tapi mereka orang kata

addicted…(dengan izin) lebih kepada vaping.

Jadi di Amerika Syarikat, baru-baru ini pada September tahun 2019 mereka telah ya, kerajaan Amerika Syarikat telah pun mengharamkan vaping,

terutamanya dikhalayak golongan belia. Sebab dia lebih orang kata, lebih tertarik dan sebagainya. Jadi saya nak tanya, sama ada Yang Berhormat setuju tak

sekiranya kita boleh ya membuat sesuatu dimana kita boleh create an

Page 40: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

40

awareness….(dengan izin) untuk cuba mengharamkan vaping terutamanya di pada golongan belia.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Baik, terima kasih Seri Delima. Jadi saya bersetuju dengan pandangan Seri

Delima. Tetapi disini, kita rasa kerajaan kita sedang merangka satu strategi bagaimana kita nak menghapuskan vaping dikalangan pelajar-pelajar, kan. Dan apa yang penting disini, bermula daripada peringkat awal ini, kita perlu

mengadakan satu pendidikan sivil dikalangan pelajar-pelajar sekolah tentang bahayanya rokok dan vaping ini. Itu adalah salah satu langkah yang kita perlu

ada pada kerajaan, terutamanya daripada Kementerian Kesihatan lah. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila, sambung.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Dato’ Yang di-Pertua, Sukan dan rekreasi juga menjadi salah satu faktor,

dalam mencapai hasrat kemakmuran bersama menjelang tahun 2030. Saya menyambut baik usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan mewujudkan program “Sport for All” pada tahun ini. Ini jelas

membuktikan bahawa Kerajaan Negeri, komited membudayakan sukan dan melibatkan golongan belia. Saya amatlah memuji Kerajaan Negeri, dalam

menyediakan arena sukan menerusi 12 jenis sukan yang telah digerakkan sepanjang tahun ini.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada EXCO Belia dan Sukan, iaitu YB. Soon Lip Chee kerana sudi menyalurkan peralatan bagi kegunaan Pusat Gimnasium Taman Wira di Pantai Robina, Telok Ayer

Tawar. Untuk maklumat Dewan Yang Mulia ini, saya juga telah menggunakan peruntukan sebagai ADUN Telok Ayer Tawar bagi menyediakan fasiliti yang

lengkap bagi merealisasikan Taman Robina sebagai salah satu Pusat Sukan Sehenti (dengan izin)… one stop sport centre.

Antara yang telah disiapkan dan dibangunkan adalah Gimnasium Rakyat

yang telah dinaiktaraf semula, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Zumba, Gelanggang Futsal, Gelanggang Sepak Takraw dan juga kita sudah membina

Gelanggang Seni Mempertahankan Diri, di mana ianya tenaga pengajarnya yang kita ambil terdiri daripada anggota-anggota TUDM, Tentera Udara di Butterworth untuk menjadi tenaga pengajar kepada seni mempertahankan diri ini.

Jadi kita nak mengeratkan hubungan kita, bersama ataupun dengan anggota tentera di kawasan Butterworth. Sebab dulu tentera tak bela kita,

sekarang ni kita nak eratkan hubungan ni supaya tentera tu akan bersama kita.

Dari pejabat ADUN tidak mengenakan sebarang bayaran seperti permainan yang kita sediakan itu. Makna ada semua ataupun keperluan rakyat di dalam DUN

Telok Ayer Tawar ini boleh menggunakan kemudahan yang kita sediakan secara percuma. Sebab kita nak menggalakkan mereka ini bersukan. Di mana kita juga

telah mengadakan program Telok Ayer Tawar Sihat, Jadi untuk pengetahuan tuan-tuan apa tu untuk pengetahuan semua Yang Berhormat yang ada di sini dan juga

Page 41: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

41

mereka yang ada dalam dewan Yang mulia ini pada 30hb November ini kita akan melancarkan Karnival Sukan di pihak DUN Telok Ayer Tawar. Di mana dengan

karnival ini kita merasa kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan masyarakat dan DUN Telok Ayer Tawar ini.

Jadi dengan adanya perkara-perkara yang saya sebutkan tadi ianya akan dapat menggalakkan orang awam menjalani gaya hidup yang sihat ataupun lebih sihat melalui aktiviti sukan yang kita sediakan. Di samping itu juga saya ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah terpilih menjadi gelanggang tetap bagi penganjuran Sepak Takraw League

ataupun STL.

Tidak boleh dinafikan melalui program-program sukan yang melibatkan golongan belia, kita dapat mengenalpasti dan mampu melahirkan lebih ramai atlet

yang berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan negara sekaligus mengangkat martabat sukan negara di persada antarabangsa. Pulau Pinang telah

melahirkan beberapa lagenda dalam bidang sukan antaranya Dato’ Lee Chong Wei, Dato’ Nicol David masing-masing pernah memegang gelaran pemain nombor satu (1) dunia dan mempunyai kelas yang tersendiri. Di samping itu, Pulau Pinang

dalam merencanakan Pelan Transformasi Digital, Kerajaan Negeri seharusnya menyediakan dan memperbanyakkan pentas kepada golongan belia yang

mempunyai minat berpotensi bidang sukan elektronik seperti e-Sports memandangkan sukan ini mula mendapat tempat dalam kalangan belia di

Malaysia.

Tambahan pula, ini juga sebahagian di dalam misi dan visi Kementerian Belia dan Sukan di bawah naungan Yang Berhormat Syed Saddiq yang saban hari

giat memperkenalkan dan mempromosikan sukan elektronik ini kepada seluruh golongan belia. Bahkan e-Sports ini sudah menjadi sebahagian daripada sukan

yang berstatus professional di peringkat antarabangsa dan tidak hairanlah ada di kalangan belia kita sudah menjadi jutawan hasil daripada kemenangan di dalam sukan elektronik ini. Menurut sumber dari Mygameon.my atlet sukan elektronik

ataupun (DOTA 2) negara atau pun pemain negara Yap Jian Wei telah beberapa kali mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui permainan

video ini dan lebih mengejutkan lagi beliau sudah pun mempunyai pendapatannya tersendiri dan wang simpanannya hasil dari kemenangan yang diperolehi di arena antarabangsa sudah mencecah hampir RM5.0 juta. Sebagai cadangan saya

kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada EXCO Sukan YB. Soon Lip Chee agar mempertimbangkan…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Telok Ayer Tawar tak payah sebut nama, sebut kawasan sudah.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Okey, terima kasih. Agar mempertimbangkan sukan elektronik ini diberikan peruntukan tersendiri dan memperbanyakkan lagi pentas kepada golongan belia

dalam sukan elektronik ini di Pulau Pinang pada masa yang akan datang. Selain daripada itu juga dalam usaha kita meningkatkan produktiviti sektor pertanian, sepertimana kita sedia maklum, peranan petani dan peladang amatlah penting

untuk menjamin bekalan makanan rakyat sentiasa mencukupi. Tanpa adanya golongan ini maka pastinya kita akan menghadapi cabaran yang besar untuk

Page 42: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

42

memastikan sumber makanan yang bermutu untuk dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang.

Saya amat menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memberi fokus bagi meningkatkan taraf hidup petani, meningkatkan hasil pengeluaran tanaman

makanan tanaman dan makanan, dan menggalakkan penglibatan sektor swasta yang memiliki keupayaan yang besar dari segi kewangan dan teknologi. Penglibatan golongan muda juga pasti dapat menjamin kelestarian industri

pertanian negeri dengan menggunakan teknologi-teknologi canggih. Menjelang tahun 2030, usaha-usaha Kerajaan Negeri dapat melahirkan lebih ramai golongan

petani-petani moden melalui Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang. Ini adalah selari dengan misi dan visi negara dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Saya menyambut baik usaha-usaha kerajaan melalui Jabatan Pertanian Negeri dengan promosikan peralatan pertanian berteknologi tinggi seperti

penggunaan drone, AI, IOT dan automasi pertanian. Saya yakin dan percaya usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri mampu mengangkat kembali hasil keluaran pertanian lebih bermutu dan berdaya saing di peringkat antarbangsa.

Tambahan pula, sejumlah peruntukan sebanyak RM4.07 juta melalui Belanjawan 2020 maka hasrat untuk mencapai teras kejayaan kemakmuran bersama

menjelang tahun 2030.

Melalui Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pula, IKS memainkan peranan

yang penting dalam keluaran dalam negara kasar negeri dan keperluan untuk membantu golongan ini agar ianya terus berperanan sebagai penyumbang kepada KDNK amat penting maka usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan lebih

banyak bantuan atau skim galakan dirasakan perlu agar IKS dapat bersaing dengan pemain industri di peringkat global. Saya menyokong usaha-usaha

Kerajaan Negeri yang telah mambantu atau pun membantu golongan IKS untuk menggalakkan pelaburan dua (2) hala dengan China Chamber of International Commerce Shenzhen Branch. Ini merupakan akan memberi peluang kepada IKS

tempatan untuk menerokai pasaran di peringkat antarabangsa.

Manakala pembekalan rumah mampu milik pula, kata pepatah ada

menyebut ‘Rumahku Syurgaku’ di mana rumah akan menjadi tempat untuk membina kehidupan dan pembangunan modal insan. Saya menghargai usaha Kerajaan Negeri untuk membina usaha Kerajaan Negeri untuk membina sebanyak

180,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2030. Dengan terlaksananya perancangan pembangunan seperti ini maka rakyat Pulau Pinang akan menikmati

kualiti hidup yang lebih harmoni. Usaha pihak Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan Bank Negara untuk memudahkan proses permohonan pinjaman amatlah dipuji kerana ianya memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk

membantu golongan B40 dan M40 membeli unit-unit rumah mampu milik. Saya berharap lebih banyak pihak yang berkenaan dapat memainkan peranan serta

sokongan terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri ini.

Saya juga memuji usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak melepaskan tanggungjawab untuk terus menyelenggara Rancangan Perumahan

Awam sedia ada sejak tahun 2008 hingga 2019 dengan perbelanjaan RM176.5 juta. Ini telah dapat memberi keselesaan kepada penghuni-penghuni di lokasi

berkenaan. Ini memperlihatkan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah

Page 43: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

43

mengabaikan amanah dan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan keselesaan rakyat di semua perumahan milik kerajaan sentiasa terjaga.

Bagi kesejahteraan dan kesihatan rakyat secara amnya, saya amatlah bersetuju dengan Kerajaan Negeri yang berhasrat untuk melaksanakan PENBAR

(Pulau Pinang Bebas Asap Rokok) sebagai langkah untuk melindungi rakyat daripada terdedah kepada kesan kepada asap rokok. Usaha sebegini adalah penting untuk memastikan rakyat merasa lebih selamat. Tambahan pula, Pulau

Pinang adalah menjadi pusat tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Saya juga bersetuju dengan usaha yang bakal dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam

memperluaskan kawasan larangan merokok di bawah PENBAR di semua daerah menjelang tahun 2020.

Selain daripada itu juga dari segi pembangunan modal insan dan

pendidikan. ‘Education is the most powerful weapon which you can change the world’ itu adalah ungkapan atau pun kata-kata daripada Nelson Mandela. Saya

amat menitikberatkan soal pendidikan di Telok Ayer Tawar. Tambahan pula salah satu (1) cabang utama di dalam pemerkasaan rakyat yang efektif adalah melalui jurang pendidikan. Ini terbukti di mana, pejabat ADUN Telok Ayer Tawar dengan

usahasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang telah mewujudkan rumah ilmu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang kerana sudi menjalankan atau menjalinkan usahasama Bersama dengan Pejabat ADUN Telok

Ayer Tawar.

Untuk makluman semua, rumah ilmu yang telah diwujudkan ini adalah menjuruskan kepada pendidikan secara formal dan tidak formal bermula peringkat

dengan kanak-kanak dan dewasa begitu seterusnya kepada warga emas. Antara pengisian yang kita terapkan di rumah ilmu adalah kelas awal pengajian Al-Quran,

kelas kemahiran seperti masakan dan juga jahitan dan juga begitu juga kraftangan yang turut dibantu oleh pihak KEMAS Negeri Pulau Pinang. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak KEMAS yang senantiasa bekerjasama dengan

pihak ADUN Telok Ayer Tawar. Kelas bimbingan dan juga motivasi kepada anak-anak pelajar yang menduduki peperiksaan, yang lebih menarik lagi kita telah

bekerjasama dengan pendidik-pendidik daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan beberapa IPTA yang lain di dalam Negeri Pulau Pinang untuk membantu kita dari segi motivasi, kaunseling dan sebagainya. Rumah ilmu

beroperasi pada setiap hari Selasa hingga Sabtu dan terbuka kepada semua sama ada warga Telok Ayer Tawar ataupun warga di sekitar Telok Ayer Tawar.

Memperkasakan wanita, peranan wanita di dalam kehidupan amatlah kritikal dan penting untuk memberi keseimbangan dalam semua aspek kehidupan. ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia’ itulah kata-

kata yang pernah kita dengar. Pepatah yang sering dikaitkan dengan peranan wanita. Sehubungan itu, pengiktirafan pihak Kerajaan Negeri terhadap peranan

golongan wanita telah memperlihatkan betapa pentingnya wanita di dalam institusi yang dimainkan oleh mereka. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan program

melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang atau pun (PWDC) bagi tahun 2020.

Page 44: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

44

Saya berharap melalui program-program untuk tahun 2020, golongan wanita tutur diberikan pendedahan kepada bidang-bidang teknologi tertinggi bagi

mempersiapkan golongan wanita untuk mendepani cabaran seperti Industri 4.0 dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia, pejabat ADUN telah

bekerjasama JPWK telah mengadakan lawatan sambal belajar ke Songkhla iaitu OTOP (One Tambun One Product) atau di Malaysia dikenali sebagai SDSI (Satu Desa Satu Industri) bagi melihat sendiri…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang berhormat berapa lama lagi diperlukan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Lima (5) minit.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Lima (5) minit ya, rasa ada yang boleh diringkaskan dalam ucapan itu.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Telah menjalankan aktiviti…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Boleh saya tanya satu (1) soalan tak. Ini penting ya sebab saya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bersabit dengan ucapan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Yes yang Songkhla ini..(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahh… ni Penanti dulu saya rasa yang lawatan yang dianjur oleh Yang Berhormat sendiri oleh pejabat itu tidak perlu…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Bukan sebab bila saya nak keluar daripada Pulau Pinang Pegawai

Kewangan…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti selepas ucapan Yang Berhormat bincang dekat luar yang bersabit

dengan lawatan yang dibuat oleh Yang Berhormat ataupun pejabat sendiri.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak bercakap pasal peraturan kewangan sebab saya tak dibenarkan buat apa-apa program di luar.

Page 45: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

45

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti tanya dekat Yang berhormat, sila Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Okey ya, terima kasih jadi kalau yang diusahakan oleh usahawan-usahawan

Melayu sebab itu kita ambil peluang di sini dan kita juga selain kita pergi ke Songkhla kita juga membawa usahawan-usahawan wanita kita dengan pergi ke Terengganu yang mana kita menjalankan perhubungan dengan perbadanan

memajukan Iktisad Negeri Terengganu bagi meninjau dan mengambil peluang-peluang perniagaan yang telah diusahakan oleh usahawan-usahawan Melayu di

Terengganu dan seterusnya kita juga akan mengadakan lawatan ke Melaka State Government Corporation (MSDC) di mana akhir tahun ini bagi meninjau peluang-peluang di dalam industri pelancongan memandangkan Telok Ayer Tawar bakal

menjadi hub eko pelancongan bagi Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2030.

Jadi usaha-usaha dan program pembangunan yang dirangka oleh Kerajaan

Negeri tidak akan berkesan sekiranya tanpa bantu kepada kepimpinan di peringkat akar umbi. Untuk itu, peranan dan keberkesanan pimpinan peringkat akar umbi amatlah penting untuk memastikan perancangan tersebut akan

dilaksanakan dengan berkesan. MPKK telah menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam memastikan pelaksanaan ini berjaya. Sebagai menghargai

peranan yang dimainkan oleh MPKK, saya menyokong keputusan pihak Kerajaan Negeri dalam mengkaji semula kadar bayaran elaun supaya ianya dapat memberi

sokongan moral kepada MPKK untuk terus bekerja yang lebih efektif.

Selain daripada itu juga dalam usaha menaik taraf infrastruktur dan jalan raya. Saya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang prihatin dengan

pembangunan sosio-ekonomi rakyat negeri Pulau Pinang dengan menyediakan peruntukan bagi melaksanakan projek jalan khususnya di SPU. Dengan

melaksanakan projek infrastruktur jalan di SPU, ianya dapat mempertingkatkan sosio-ekonomi rakyat di DUN Telok Ayer Tawar.

Jadi mengenai cadangan pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan laluan

ketiga Pulau Pinang iaitu Terowong Dasar Laut yang juga di kawasan DUN Telok Ayer Tawar dan juga Bagan Ajam, tak silap saya Sungai Puyu diharap ianya dapat

membantu mempertingkatkan taraf hidup masyarakat di sekitar DUN Telok Ayer Tawar dengan menyediakan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan secara tidak langsung. Saya mengharapkan hasil limpahan daripada projek

pembangunan ini dapat menarik pelancong dan pelabur luar sekaligus dapat menaikkan sosio-ekonomi negeri dan khususnya dalam DUN Telok Ayer

Tawar.

Jadi dikesempatan ini, saya ingin merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan Bin Darus di atas pelantikan, di atas

perkhidmatan yang telah disumbangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama 30

tahun lebih. Dan beliau telah banyak menyumbang dan telah banyak memantapkan organisasi pentadbiran Kerajaan Negeri. Jadi sekian sahaja. Wabilahitaufik Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan saya mohon

menyokong.

Page 46: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

46

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Telok Ayer Tawar. Penaga, sila.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bacaan doa. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat-Yang Berhormat, seterusnya kepada semua hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana pada hari ini diberi peluang untuk membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 dan Usul

Anggaran Pembangunan 2020 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat lepas, 1 November 2019 yang meletakkan Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama. Dan bajet ini kita telah teliti

ada kebaikannya dan ada manfaat untuk rakyat.

Dan saya juga nak mengambil kesempatan pada pagi ini di awal ucapan

saya atas apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat daripada Pantai Jerejak walaupun beliau tidak ada dalam Dewan pada pagi ini, yang mencadangkan supaya Pembangkang menyediakan Bajet Alternatif. Sebagaimana katanya ketika

mana beliau berada dalam Pembangkang dahulu memang diambil oleh Barisan Pembangkang untuk mengemukakan Bajet Alternatif. Jadi diminta kalau boleh

untuk bajet akan datang 2021 ada Bajet Alternatif daripada Pembangkang. Bagi kami Pihak Pembangkang, Bajet Alternatif ini tidak penting sebab yang pertama

kalaulah ada jaminan daripada kerajaan bahawa bajet itu juga akan diambil kira, itu kita boleh pertimbangkan. Tapi kita melihat Bajet Alternatif yang telah dibentang oleh Pembangkang dahulu pun yang hari ini yang membentang itu telah

berada dalam kerajaan tapi bajet itu tidak dapat juga dilaksanakan. Kita sangat seronok dan kita teruja ketika mana kita melihat Bajet Alternatif yang

dibentangkan itu dengan mengawal kewangan negara nak pastikan supaya tidak berlakunya ketirisan, tidak berlakunya pemborosan tapi amat malang sehingga dengan bajet itu memungkinkan untuk kerajaan mengurangkan hutang negara

tapi hari ini hutang negara terus meningkat. Dengan sebab itu saya kira Bajet Alternatif ini sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Pantai Jerejak, saya kira

biarlah menjadi rekod dunia dalam negara demokrasi ini tidak ada mana-mana negara yang Pembangkang membentang Bajet Alternatif. Cuma Pembangkang memainkan peranan untuk respon balas pada pembentangan belanjawan ataupun

bajet yang telah dibentang oleh kerajaan supaya kita menambahbaik mana-mana yang kita nampak sesuai dan memberi manfaat kepada rakyat jelata. Dan

belanjawan tahun ini juga telah dibentang Belanjawan 2020 telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kita lihat tiada kejutan yang ketara, belanjawan biasa.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Mohon mencelah.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Ya, sila.

Page 47: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

47

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Penaga kata tak pernah bentang bajet dalam dunia, saya rasa masa PAS

dulu dia bentang, duk dalam BN tak reti bentang pula. Macam mana pandangan?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Itu yang saya sebut, hanya berlaku di Malaysia yang dibentang oleh presiden bagi parti daripada dari Pantai Jerejak. Dalam dunia, kalau ada boleh kemukakan fakta, saya dah check, tidak ada Bajet Alternatif yang dibentang oleh

pihak Pembangkang. Jadi biarlah pembentangan Bajet Alternatif yang telah dibentang dahulunya oleh pihak Pembangkang itu menjadi sejarah dalam negara

kita yang diingati oleh anak, cucu, cicit kita, InsyaAllah. Jadi

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Mohon mencelah.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Ya, sila.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Yang Berhormat Penaga telah kata tak pernah dibentang di seluruh dunia. Apa masalah Yang Berhormat Penaga untuk mengambil langkah yang pertama

untuk membentang satu Bajet Alternatif di Dewan? Ataupun tidak dapat, tidak confident untuk melaksanakan bajet apa pun. Nampaknya macam situasi di

Kelantan. Terima kasih.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Mungkin Yang Berhormat Pulau Tikus tidak memahami apa yang saya maksudkan tadi. Yang saya dah sebut..(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Teruskan. Saya pun sudah dengar

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Ya, saya dah sebut. Kalau Bajet Alternatif itu boleh diberi perhatian dan ada jaminan daripada kerajaan untuk mengambil apa yang telah dibentangkan oleh Pembangkang, kita bersedia untuk membentang. Tapi kalau sekadar

pembentangan yang merugikan saya kira masa kita dengan perkara itu tidak dipedulikan, maka tak perlu untuk dibentangkan Bajet Alternatif sebab saya sebut

Bajet Alternatif yang dibentangkan dulu pun saya ada sekali bersama-sama dalam Pakatan Pembangkang, kita melihat bajet yang dibentangkan itu sangat menyeronokkan kita, teruja kita sebagai rakyat dan apatah lagi masyarakat

bawahan yang sangat menginginkan apa yang telah disebut dalam bajet, mengurangkan dia punya defisit, mengurangkan berlakunya ketirisan yang

dengan bajet itu memungkinkan untuk kerajaan membayar hutang negara. Tapi hakikatnya bila yang membentang tu hari ini telah berada dalam kerajaan, bajet

Page 48: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

48

tu entah ke mana bahkan hutang masih meningkat dan tidak ada apa-apa kebaikan juga untuk rakyat.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Just nak perbetulkan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Sila.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dikatakan Pakatan membuat Bajet Alternatif satu-satunya di dunia, itu tidak betul. Tahun lepas Shadow Finance Minister, Khairy Jamaluddin telah

membentangkan Alternative Budget di Parlimen sehari sebelum bajet dibentangkan di parlimen. Dengan namanya People’s Economy Initiative. So, kalau lepas BN ataupun UMNO sudah berkawan dengan PAS, dia lupa lah.

Nampaknya ini adalah orang kata apa friendly, ya, so dia sudah lupakan lah agenda. So bila masuk dengan PAS dia tak mau dah Bajet Alternatif.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih daripada Bagan Dalam. Itu Khairil Jamaluddin individu bukan membentang atas nama blok Pembangkang.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

BN. BN, Shadow Finance Minister.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Atas nama blok Pembangkang iaitu ketika mana dia membahaskan

belanjawan. Saya teruskan ucapan Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya melihat untuk bajet kali ini yang telah dibentangkan tiada kejutan yang ketara bajetnya ataupun belanjawan biasa, defisit juga untuk tahun yang ke-9 tapi itu tak memberi satu

masalah yang besar sejak daripada tahun 2011 kita semua sedia maklum belanjawan defisit ini dan saya melihat belanjawan yang dibentang juga tak

mampu untuk membantu rakyat di Pulau Pinang untuk mudah mendapatkan rumah. Kita perlu ingat nah, perlu diingatkan bahawa pembinaan rumah semata-mata tak dapat diselesaikan masalah dan masalah pemilikan rumah jika harga itu

masih tinggi dan kerajaan tidak menyediakan inisiatif untuk masyarakat ataupun untuk rakyat membeli rumah yang sememangnya mereka tak mampu dengan

masalah utama kerana apa dia, tak lepas kalau nak buat pinjaman bank ataupun loan, tak lepas. Dan kemiskinan pertama sekali miskin bandar juga masih tinggi. Jadi saya nak ambil apa yang telah disebut oleh daripada Bukit Tengah rasanya

13% keluarga di Pulau Pinang ini tinggal dalam kemiskinan relatif ataupun dengan nisbah 53,362 keluarga. Ini 13% kemiskinan di negeri Pulau Pinang ini. Jadi

perkara itu sepatutnya diberi keutamaanlah ketika mana bajet dibentangkan.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan Agama Islam yang menjadi agama rasmi keseluruhan negara kita, tahniah dan terima kasih atas perhatian kerajaan

juga terhadap isu ini yang telah dibangkitkan oleh Ketua Menteri dan saya tengok dalam perbahasan 2, 3 hari ini isu KAFA. KAFA ni sekolah agama rakyat Pulau

Page 49: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

49

Pinang ini mendapat pengiktirafan dan semua memuji prestasi KAFA yang amat cemerlang sehingga memenangi beberapa kategori di peringkat pusat, peringkat

kebangsaan. Jadi saya mohon kalau pun tidak dimasukkan dalam bajet untuk tahun ini, tahun 2020 dan saya mohon pertimbangan Kerajaan Negeri melalui

EXCO Agama supaya mewujudkan skim perjawatan bagi guru-guru KAFA. Oleh kerana sekarang ini guru-guru KAFA hanya menerima elaun bulanan yang dicampurkan sebahagian yang di melalui JAKIM, melalui jabatan agama dan juga

Kerajaan Negeri ditimbulkan oleh sahabat saya ADUN Bertam berkaitan dengan ada di antara guru KAFA yang apabila mengambil cuti untuk bersalin dan mereka

tak dapat elaun bulanan itu. Kenapa mereka tak dapat sebab mereka bukan dibayar gaji tapi elaun. Apabila mereka mengambil cuti maka elaun tu tidak diberi. Sebab itu saya mohon sangat-sangat diambil perhatian serius oleh kerajaan

melalui EXCO Agama untuk mengkaji dan mewujudkan skim perjawatan bagi guru KAFA diperingkat negeri Pulau Pinang ini. Tak payah tunggu dekat pusat JAKIM,

mungkin lewat. Jadi kita boleh mulakan langkah lebih awal.

Dan berkaitan dengan Agama Islam juga suka saya nak mengingatkan untuk kita memastikan isu–isu yang boleh membangkitkan sensitivity orang Islam

ini tidak berlaku di negeri Pulau Pinang. Kerajaan mesti menanganinya dengan sebaik mungkin daripada satu isu ke satu isu yang telah saya kemukakan dulu

dalam persidangan yang lepas, kali ini juga berbangkit dan ia menjadi isu yang sangat penting dan menguris hati umat Islam khasnya di negeri Pulau Pinang ini

berkaitan dengan isu doa yang tidak boleh dibaca dengan apa dia, doa Islam tapi dibaca doa Kristian. Ini kita perlu ambil perhatian yang serius yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist yang tidak membenarkan bacaan doa

orang Islam dan membiarkan bacaan doa secara agama Kristian secara terbuka dalam satu majlis hari anugerah kecemerlangan sekolah. Ini sangat bertentangan

dengan Perlembagaan Negara Artikel 11 (4) yang melarang perkembangan Agama Islam selain kepada orang Islam. Dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Kee Phaik Cheen pengerusi Jemaah Tadbir. Walaupun sekolah itu kita

sedia maklum di bawah pengurusan gereja, namun sekolah ini telah mendapat bantuan penuh kerajaan. Dimaklumkan juga bahawa sekolah ini mempunyai

majoriti pelajar Islam berbanding pelajar bukan Islam termasuk guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut. Bilangan murid keseluruhan 508, bilangan guru Islam 24 orang, bilangan guru bukan Islam 14 orang, bilangan murid Islam 347

murid dan bilangan murid bukan Islam 161 murid. Bermakna yang ramainya adalah, majoritinya adalah murid-murid Islam dan guru Islam tapi tiba-tiba dalam

majlis hari anugerah kecemerlangan sekolah tersebut doa Islam tidak dibenarkan dan dibaca dengan doa agama Kristian. Jadi saya harap supaya Majlis Agama Islam perlu bertindak dan saya mengharapkan supaya Kementerian Pendidikan

juga memberi perhatian serius dalam isu ini supaya ianya tidak berbangkit lagi.

Ini adalah masalah yang kita hadapi sekarang ini dalam era Malaysia

baru…(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Penjelasan. Okey. Terima kasih Dato’ Speaker, Penaga. Perkara ini telahpun

dibuat laporan Polis. Ada beberapa pihak yang cuba memainkan isu ini seolah-olah doa pada program rasmi dihalang tetapi hakikatnya pada hari tersebut,

sudah pun keluar dalam surat khabar semua, saya tidak faham kenapa ada pihak yang tidak mahu terima penjelasan daripada pihak sekolah.

Page 50: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

50

Pada hari itu, ustazah ataupun ustaz yang patut baca doa, dia tidak dapat sampai ke program itu pada masa yang ditetapkan dan program itu diteruskan

sebab tak ada orang dan apa yang dikatakan seolah-olah doa Kristian itu bukannya doa Kristian pun.

Itulah adalah unity speech. Seperti yang diterangkan oleh pihak pentadbir sekolah dan dia buat unity speech, kenapa? Dalam kantin sekolah itu ada pula kempen dalaman, dalam sekolah itu. Kita bercakap tentang, promoting unity in

schools. Tetapi ada juga pihak-pihak yang menyatakan boikot kantin orang bukan Muslim. Sebab itu dia buat unity speech. Sudah diterangkan oleh pihak sekolah

dan pihak Polis pun sudah rekod penjelasan ataupun statement daripada semua yang terlibat.

Enam (6) daripada mereka telah direkod statement nya menurut Ketua

Polis Negeri dan saya berharap isu ini tidak dipermain-mainkan seolah-olah, di Pulau Pinang doa Kristian dibaca di sekolah menengah. Itu tidak betul. I think

fakta perlu dibetulkan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah, Penaga.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penaga. Isu ini telah pun berlaku agak sedikit lama dan saya pun telah baca

daripada maklumat surat khabar ataupun penjelasan ataupun penerangan daripada pihak-pihak sekolah mahupun siasatan Polis pun telah pun berlaku dan Kementerian telahpun memberikan maklumbalas dan penerangan juga. So, saya

rasa isu ini sudah, tidak perlu dipanjangkan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya menghormati apa yang telah disebutkan oleh Dato’ dan saya tidak panjangkan isu ini. Cuma saya minta supaya perkara ini tidak lagi berlaku sebab bila kes ini dan apa yang telah

dijelaskan oleh sahabat tadi juga daripada Bagan Dalam tentang ketidakhadiran orang yang sepatutnya baca doa itu.

Bagi saya tak berbangkit ataupun tak timbul sebab sebelum daripada majlis itu pun tentatif itu telah diedar dan kita telah terima bermakna di sana ada larangan untuk bacaan doa dalam Islam. Kalau tak hadir tu, bagi saya semua

orang Islam boleh baca doa yang ditaklifkan itu tak hadir, yang lain pun boleh baca. Masuk dalam Dewan ini kalau Timbalan SU tak boleh baca ataupun tak hadir

pun, saya pun boleh baca. Ketua Pembangkang pun boleh. Timbalan Ketua Menteri 1 pun boleh. Sangat mudah. Jadi, saya harap sangat…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kalau isu yang sama, tidak perlu kerana di Parlimen pun isu ini sudah dijawab.

Page 51: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

51

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Pandangan daripada Penaga tentang isu ini. Kita tidak mahu isu

berpanjangan. Kerana dia akan disalah tafsirkan, macam-macam tetapi perkara ini terdapat dalam perkara Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(4), yang saya

sebutkan banyak kali dah.

Dan saya nak tanya pandangan Penaga sekali lagi. Minta sangat-sangat perkara berkaitan dengan sekatan penyebaran ini dimasukkan, dipertimbangkan

untuk dimasukkan dalam enakmen, diwujudkan enakmen ini, supaya perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Kalau tiada enakmen ini, report Polis,

tindakan tidak boleh diambil.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti EXCO Agama boleh jawab.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Baik. Terima kasih pada Dato’ Sungai Dua. Saya bersetuju dan

sememangnya dalam persidangan yang lepas pun saya telah mengusulkan supaya adanya enakmen mengambil kira apa yang telah dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Muhajid ketika menggulung Rang Undang-

Undang Perbekalan 2019 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 22 November 2018 supaya mesti di peringkat negeri untuk menggubal undang-

undang bagi mengawal ataupun menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan ataupun mengembangkan ajaran ataupun kepercayaan mereka

kepada orang-orang Islam. Dan saya sebut di sini supaya perkara ini tidak berlaku dan kita sedia maklum saya ni wakil tunggal…(gangguan).

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Minta celah sikit. Saya tidak faham Tuan Speaker, satu yang tidak berlaku, tidak bukti, tapi dikatakan seolah-olah ini berlaku, dan kita perlu enakmen dan

sebagainya. Itu lain perkara. Tanya, bagi bukti mana ajaran bukan Islam disebarkan di kalangan orang Islam. Bagi bukti dulu.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih pada Perai. Ia seperti mana yang saya sebut, ini mukadimah-mukadimah kepada apa yang akan dibimbangi akan berlaku di masa akan datang.

Sama sebagaimana yang saya sebut dalam persidangan yang lepas, isu pengedaran Bible di depan sekolah di Bukit Mertajam. Laporan polis telah dibuat. Memang ada bukti. Tetapi tidak boleh diambil tindakan sebab undang-undangnya

tidak ada. Ini telah disebut dan saya pun dah cakap banyak kali dan sebab itu saya mengusulkan supaya EXCO yang akan menjawab untuk mengambilkira ini

dan menggubal undang-undang…(gangguan)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Boleh, boleh mencelah sekejap?

Page 52: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

52

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang lain sila duduk. Jangan ganggu.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Speaker, saya nak perbetulkan fakta dia sahaja. Sebab Penaga kata

tidak diambil tindakan tetapi saya baca dalam surat khabar, kes seperti yang sama. Apa yang berlaku di Pulau Pinang bukannya satu-satu kes. Berlaku di mana-mana. Isolated lah.

Memang ada pihak-pihak yang buat provokasi tetapi polis ambil tindakan mengikut seksyen 298A Kanun Keseksaan. Ada ruang juga. I’m not against

enakmen yang cuba di bawa itu, bukan, saya pun tidak pasti apa tu, tetapi jangan dikatakan seolah-olah Pulau Pinang, Kerajaan Negeri membenarkan aktiviti sedemikian tanpa enakmen ini. Itu tak betulah. Itu sangkaan jahat dalam

pandangan saya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penaga.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih, cuma saya difahamkan oleh pihak Polis juga, isu pengedaran

Bible di BM itu memang ada kesnya, faktanya tetapi tidak boleh diambil tindakan sebab enakmen ini tidak ada di Negeri Pulau Pinang.

Baik, saya teruskan ucapan Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak kembali kepada berkaitan dengan agama Islam lagi yang menglibatkan isu Masjid Sungai Nibong.

Jadi, saya kira saya tak nak panjangkan isu ini daripada dua, tiga hari lepas pun kita telah bincang. Ada daripada Jawatankuasa Masjid yang datang, yang serah memorandum dan sebagainya. Dan memorandum itu pun berada di tangan saya.

Cuma saya minta sangat-sangat kepada EXCO Agama untuk mencari penyelesaian yang terbaik supaya Jawatankuasa Masjid dan Anak-anak Kariah

juga berpuas hati dengan sebarang tindakan yang nak diambil yang melibatkan pembangunan Masjid Sungai Nibong. Ada bantahan dan ada rasionalnya bantahan yang telah mereka kemukakan.

Saya tengok. Kerana kita melihat Masjid Jamek Sungai Nibong ni dia adalah sebuah masjid lama yang merupakan di antara masjid yang tertua di Pulau

Pinang. Ianya juga menjadi simbol penempatan orang Melayu Islam pada waktu dahulu yang sebahagian, yang menjadi sebahagian daripada populasi keseluruhan rakyat Pulau Pinang pada masa sekarang.

Jadi, saya harap benda ini dapat ditangani dengan baik dan apa-apa keputusan ialah keputusan bersama. InsyaAllah. Orang Islam ni dia bersaudara

dan kita boleh berbincang, kita boleh berjumpa dan jangan keputusan yang diambil itu dilihat hanya memihak kepada Kerajaan Negeri dengan tidak mengambil pandangan daripada Jawatankuasa Kariah dan Anak-anak Kariah yang

sekarang ini pembinaan masjid itu tertangguh dengan ada sebab-sebab yang telah kita semua sedia maklum. Jadi, pengimarahannya tidak dapat dijalankan.

Page 53: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

53

Pengimarahannya tidak dapat dilaksanakan. Anak-anak Kariah nak solat Jumaat terpaksa pergi ke masjid-masjid berhampiran, bersebelahan, berkecamuk

habis. Jadi, kita harap supaya apa yang nak dibuat itu dapat dilaksanakan dengan baik untuk memberi satu manfaat bersama kepada seluruh umat Islam.

InsyaAllah, khususnya bagi Anak-anak Kariah di Masjid Sungai Nibong.

Saya pergi kepada isu yang juga perlu diberi perhatian oleh kita semua berkaitan dengan projek ZIA ni. Khususnya, kerana projek ZIA ni dia melibatkan

kawasan di Penaga. Zon Industri Akuakultur ni. Jadi Penaga ni satu kawasan yang agak unik. Dia walaupun terpinggir, walaupun berada di utara, sebelah Pulau

Pinang ni. Sempadan dengan Kedah tapi dia ada beberapa keistimewaan termasuk paya bakaunya, hutan paya bakau, ataupun api-api yang mula tumbuh di sekitar tahun 80an.

Di sepanjang pesisir pantai atau keseluruhan pantai bermula daripada Teluk Ayer Tawar hingga ke Kuala Muda di daerah SPU. Pada awal ataupun sebelum

tahun 80an, disepanjang pesisiran pantai boleh kita lihat keputihan pasir dari Bagan Ajam hingga ke Kuala Muda. Ada padang bola sepak di kawasan pantai Penaga, dan Kampung 20 sebahagiannya adalah kebun kelapa, pantainya juga

agak jauh dari penempatan penduduk, kepadatan penduduk agak kurang di situ dan tidak seperti sekarang tumbuhnya seperti dirancang oleh kuasa Allah SWT

seiring dengan penambahan penempatan penduduk.

Dengan tumbuhnya hutan bakau, ataupun api-api dan sebahagiannya di

Kampung 20, ada projek penanaman bakau oleh badan NGO dan kerajaan di sekitar tahun 90an telah menjadi amat penting kepada penduduk. Bukti pentingnya kepada penduduk ialah pada tahun 2004 telah berlaku tsunami yang

amat dahsyat, kesan teruk tsunami sehingga ada kemalangan jiwa, hanya berlaku di Kuala Muda, Kedah kerana penempatan penduduk terdedah tanpa benteng

hutan bakau seperti di kawasan Penaga.

Hanya sampan nelayan yang diletak di sungai-sungai yang rosak, hutan bakau inilah yang menyelamatkan penempatan dan nyawa penduduk di kawasan

Penaga. Namun, kesan ribut tiap-tiap tahun berlaku tapi kemusnahan dapat dikurangkan kerana adanya hutan bakau ini. Pasti ada rekod sumbangan

pembaikan rumah kepada mangsa ribut di peringkat Parlimen Kepala Batas dan juga LKIM kepada ahli nelayan.

Bayangkan kemusnahan jika tanpa benteng seandainya berlaku ribut,

hujan-hujan ini dimusnahkan, hutan-hutan ini dimusnahkan dan menjadi kawasan lapang yang terdedah. Apa yang akan berlaku? Dengan sebab itu, kita melihat

kepada kesan, kita tengok kesan projek tambakan laut di Tanjung Tokong juga. Ikan-ikan ini, kesan pada ikan-ikan ini, walaupun dalam bentuk saiz manapun sudah tiada di pesisiran pantai Penaga.

Harga ikan Kembung pun melonjak naik sejak projek itu bermula, yang mana ayat lambakan ikan oleh pihak, lambakan ikan temenung ni, ikan kembung

ni, ikan rakyat ni, sehingga ayat lambakan ikan oleh pihak LKIM kita sudah lama kita tidak kedengaran. Dan harga ikan temenung ni, ikan kembung ni pun, harganya melonjak naik. Di Pasar Bisik sendiri pun, mahal, mahal. Sehingga

makcik-makcik yang nak beli ikan temenung ni pun, terpaksa termenung dulu. Nak beli ka tidak. Oleh kerana harga itu sudah melonjak naik.

Page 54: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

54

Dan kita melihat, bagaimana nelayan-nelayan kita, nelayan daripada Penaga, Kuala Muda terpaksa pergi menangkap ikan kembung sampai ke Pulau

Langkawi. Sampai ke Pulau Langkawi. Mungkin punca daripada kualiti air yang telah berubah, eko-sistem telah berubah. Proses pembenihan sudah tidak berlaku

di kawasan Penaga.

Satu perkara yang pasti kita tidak dapat elakkan lagi ialah ikan kembung ataupun ikan rakyat bukan lagi menjadi ikan rakyat. Harganya bukan ditahap ikan

rakyat. Jadi, saya harap projek walaupun telah diluluskan, supaya diberi perhatian semula. Dikaji dan dilihat semula agar kita dapat menyelamatkan hutan bakau di

Penaga itu.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tambahan sikit. Sebenarnya ZIA, Zone Industry Agricultural ni, adalah

merupakan projek yang di bawah CMI, Chief Minister Incorporated dan juga telah dibincangkan dalam PAC. Dan saya rasa ada syor-syor dan saranan daripada PAC

berkaitan dengan projek ini. Kita mendengar daripada pelbagai pihak. Daripada pakar dan sebagainya dan saya rasa projek ini memang mengandungi, perlu dibuat EIA ataupun DEIA, detail.

Jadi, kita nak pastikan, kita minta pandangan daripada Penaga, supaya projek ini mengambil kira hutan paya bakau dan juga hutan api-api. Kalau nak

kata nak ditanam semula, kena betul-betul buat penanaman semula. Tak boleh hanya ada cadangan tapi esok ni, kita pun tak tau. Lagi 10 tahun, lima (5) tahun

sama ada nak tanam semula ka tidak, kita pun tak tau.

Apakah kepastian segala perkara yang berkaitan dengan alam sekitar ini boleh dilaksanakan? Itu kita nak tau. Kita tak menghalang sebenarnya, PAC

tak menghalang tapi kita nak supaya alam sekitar hutan paya bakau, api-api dan sebagainya diambil kira dan dipastikan tidak dimusnahkan langsung. Itu yang kita

nak.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta laluan. Di Penaga, berdekatan dengan Kuala Muda. Kami telah

terdapat satu tapak yang begitu besar yang telah diurus untuk agricultural di sana. Sejak 90an. Kedua untuk ZIA, zahir pada tahun 2003, telah diwartakan dalam

RSN tahun 2007 dan pada tahun 2013 kami kehendak orang kata buat kerja susunan. Mereka telah memohon EIA dan telah ditolak pada tahun 2016 kerana apabila pada tahun 2013 di mana tanah itu serah pada CMI.

Kami terus ada satu jawatankuasa untuk memantau, untuk keluar dari garis panduan. Garis panduan ini adalah, garis panduan yang pertama diseluruh

Malaysia berkenaan dengan masalah-masalah akuakultur. Kami ambil kira bahawanya pada masa itu, banyak kontrak-kontrak yang hantar hasil akuakultur pada ke luar negara khasnya USA then telah disenaraikan hitam oleh FDA.

Kami ambil kira perkara itu juga. Kami juga ambil kira bahawa pada tahun 2004 Disember 26 tsunami oleh demikian, telah ditolak, baru-baru nak lanjut

kami akan panggil satu pakar independent bukan daripada, bukan daripada pengusaha-pengusaha tetapi independent oleh kerajaan untuk kerja dibuat EIA

Page 55: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

55

ini. EIA ini belum siap, bila siap punya jam kami akan semak, bukan perkara EIA kami terus sudah bagi kelulusan tiada, ini jaminan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih kepada Sungai Dua dan terima kasih kepada Sungai Puyu.

Saya ambil maklum dan saya mengucapkan terima kasih atas pandangan yang telah diberi dan perhatian yang diberi oleh Sungai Puyu. InsyaAllah untuk kita menyelamatkan, paling tidak hutan bakau di Penaga ini dan ZIA ini pun kalau nak

dilaksanakan supaya pandangan daripada beberapa NGO dan juga pakar-pakar supaya jangan berhampiran dengan persisiran pantai dalam ruang 300 meter

tetapi jauh ke tengah laut. Kalau disebut oleh pakar itu 5 kilometer daripada zon pantai.

Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan kepada isu yang saya nak bangkitkan

juga dalam sesi ini berkaitan dengan PTMP (Penang Transport Master Plan). Tadi kita telah mendengar jawapan telah diberi 18 syarat itu cuma oleh kerana ia ada

hubung kait dengan projek PSR dan juga projek PIL 1 (Penang Island Link 1). Jadi di sini saya nak mengambil ruang dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengemukakan lima sebab agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menilai

semula projek Penang Transport Master Plan ini dan mungkin boleh dijawab dalam penggulungan Yang Berhormat Ketua Menteri. Saya perlu kepada jawapan yang

akan diberi nanti. Lima sebab yang nak saya kemukakan.

Yang pertama, kalau kita melihat kepada pakej lebuh raya dalam PTMP

merupakan projek infrastruktur pengangkutan awam termahal di Malaysia. Kos lebuhraya PIL 1 sepanjang 19.5 kilometer panjang yang mencecah RM9.6 bilion adalah yang paling mahal di Malaysia iaitu RM410 juta per kilometer.

Lebih menarik PIL 1 dikatakan akan beroperasi tanpa tol. Persoalannya dengan kos penyelenggaraan dan operasi sekitar RM60 juta setahun. Siapakah

yang akan membiayainya. Adakah mungkin penduduk negeri ini akan terbeban lagi dengan kenaikan ataupun pengenalan cukai baru akibat daripada projek tersebut. Sedangkan Lebuhraya Kinrara Damansara Express Way (KIDEX) pernah

dicadangkan di Selangor pada tahun 2015 dengan kos sekitar RM 161 juta per kilometer yang mengenakan kutipan tol pun akhirnya dibatalkan oleh Kerajaan

Selangor akibat kos yang terlalu mahal.

Mengapakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih beria meneruskan pakej lebuh raya PIL 1 yang amat mahal kelebihannya akan menyelesaikan masalah

kesesakan jangka pendek. Lebih banyak dan luas jalan bermakna lebih banyak kereta akan dipandu kecualilah kalau ada kereta terbang nanti.

Malah, kos pembinaan lebuh raya PIL 1, 9.6 bilion adalah 56 peratus lebih mahal daripada projek keretapi laju antara KL-Singapura yang telah ditangguhkan akibat kos terlalu tinggi. RM314 juta per kilometer dan lebih 7.5

kali ganda lebih tinggi berbanding ECRL yang telah disemak semula iaitu RM6.4 juta per kilometer. Maka sewajarnya Kerajaan Negeri menilai semula bukan

sahaja projek PIL 1 malah pakej-pakej lain termasuk terowong dasar laut dan projek tambak laut kerana PTMP akan menyebabkan beban kewangan bukan sahaja kepada negeri bahkan negara.

Page 56: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

56

Jika projek PTMP masih tetap diteruskan dengan skala seperti yang dicadangkan ia amat bercanggah dengan hasrat Kerajaan Persekutuan. Ia

menegaskan komitmen untuk mengurangkan bebanan hutang yang tinggi dengan membatalkan atau menyemak semula projek-projek mega dalam

Malaysia.

Yang kedua, unjuran penduduk negeri bagi menjustifikasikan PTMP khasnya pakej Tambak Selatan Pulau (PSR) adalah amat meragukan. Hal

demikian, kerana anjuran populasi penduduk yang bakal mendiami tiga pulau tambak adalah terlalu tinggi berbanding mana-mana bandar metropolitan dalam

dunia.

Angka penduduk yang tidak munasabah digunakan untuk menunjukkan kebolehpasaran hartanah di tiga pulau tambak bagi mendapatkan dana untuk

projek pengangkutan awam.

Data daripada kenyataan Ketua Menteri, kenyataan media Yang Amat

Berhormat Ketua Menteri yang menyebutkan bahawa semua pulau tambak dengan keluasan 16.98 kilometer dijangka akan diisi oleh 367,379 menjelang tahun 2030. Dalam kata lain, kepadatan penduduk 21,636 per kilometer persegi

dalam pulau tambak adalah paling tinggi dalam dunia mengalahkan bandar seperti London dan juga Paris. Persoalannya daripada manakah hampir 400,000

penduduk yang bakal mengisi tiga pulau tambak, tiga pulau tambak ini. Tambahan pula nilai tanah di tiga (3) pulau tambak dijangkakan mencecah lebih

RM300 per kaki persegi. Tidak memungkinkan penduduk asal Pulau Pinang untuk membeli projek hartanah mewah di situ biarpun 10 ke 20% dikatakan sebagai projek mampu milik. Dengan kadar kelahiran kasar Pualu Pinang, hanya 12.3 bagi

setiap 1000 penduduk iaitu yang terendah di Malaysia dengan kadar kesuburan jumlah yang hanya mencatat 1.39 anak untuk setiap wanita di negara ini amat

mustahil untuk populasi penduduk bertambah seperti anjuran, unjuran yang diberikan menjelang 2030 melainkan berlaku migrasi skala besar ke dalam Pulau Pinang ini.

Justeru itu, adalah populasi dan kepadatan yang diunjurkan itu jujur atau sekadar manipulasi data bagi mengolah persetujuan awam.

Yang ketiga, manfaat ekonomi yang bakal terhasil oleh projek LRT jugak ditokok tambah bagi mengelirukan rakyat. Kadar penguna ridership tahunan bagi LRT di Pulau Pinang juga telah secara salah digambarkan akan mencecah RM42

juta perjalanan trip hanya setahun selepas LRT beroperasi. Angka ini sekali lagi secara salah digunakan untuk menjustifikasi kewajaran dan kebolehjadian projek

LRT di Pulau Pinang walhal dengan kos pembinaan LRT mencecah lebih RM9 bilion projek ini juga berisiko besar, menjadi risiko kewangan kepada kerajaan.

Angka ridership tahunan yang diunjurkan terlalu tinggi ini berisiko

menyebabkan kerugian kepada unjuran. Hasil kutipan perkhidmatan LRT menjadikan risiko kerugian. Pihak yang akan untung hanyalah pemaju, pemaju

perumahan yang mahu memastikan projek hartanah mereka mendapat sambutan di sepanjang jajaran LRT tersebut.

Maka, secara perbandingan unjuran ridership tahunan LRT tersebut terlalu

ketara lebih tinggi daripada kebanyakan MRT di London, Singapura dan KL berdasarkan per kapita. Contohnya, biarpun populasi Kuala Lumpur lebih ramai

Page 57: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

57

perkhidmatan MRT Sungai Buloh, Kajang, SBK hanya mampu mencapai ridership tahunan berjumlah 22.25 juta pada tahun pertama operasi 48 peratus jauh lebih

rendah daripada unjuran ridership LRT Pulau Pinang. Sudah pasti pada mata ramai pihak projek LRT ini amat menarik perhatian. Namun, persoalan adakah

Pulau Pinang mampu dari aspek kewangan.

Yang keempat, kesesakan lalu lintas akan kembali menghantui Pulau Pinang dengan lebih dasyat selepas PTMP melainkan berlaku anjakan paradigma

dalam kalangan semua pihak. Pembinaan lebuhraya dikatakan mampu melegakan kesesakan lalu lintas antara daerah dan bandar tetapi kesesakan

dalam kawasan bandar akan terus buruk.

Banyak kajian sistem pengangkutan menunjukkan lebuh raya dua lorong ke arah bandar hanya akan menambah kapasiti sehingga 10,000 tambahan

kenderaan sehari dan 80% pengguna kenderan dalam kawasan bandar akan memerlukan tempat letak kereta. Keadaan bandar yang padat dan kekurangan

tanah seperti George Town tidak lagi sesuai untuk sebarang projek kelebaran jalan mahu pun pembinaan kawasan letak kereta khasnya selepas penambahan trafik daripada PIL 1.

Kajian bebas daripada universiti awam dan beberapa NGO menjangkakan kelancaran trafik di lebuh raya PIL 1 hanya mampu bertahan sekitar tujuh ke

sepuluh tahun sahaja sebelum kesesakan lalu lintas kembali menghantui penduduk Pulau Pinang biarpun bakal berbelanja lebih RM9 bilion untuk satu

projek lebuh raya. Jelas sekali pakej lebuh raya hanya penyelesaian jangka pendek semata-mata.

Yang kelima, saranan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mencapai 40%

perkongsian modaliti pengangkutan awam menjelang tahun 2030 akan tinggal omong kosong. Mungkin peminat PTMP masih berharap pada keajaiban LRT untuk

menyelesaikan masalah trafik berbanding lebuh raya. Namun, bukti kajian sainstifik jelas menyebutkan pembinaan lebuh raya adalah sangat berkaitan rapat dengan peningkatan modaliti perkongsian kereta dan kewujudan sistem PIL LRT

hanya memberi kesan terhad terhadap penggunaan kereta kepada pengangkutan awam.

Fasa 1 PTMP akan melibatkan pembinaan jajaran LRT sepanjang 30 kilometer tetapi lebih banyak jalan dan lebuh raya akan dibina 70 kilometer termasuk PIL 1, tiga jalan berkembar, dan terowong dasar laut. Maka PTMP jelas

telah gagal memahami aspek berkaitan kesan akibat untuk mengurangkan kadar perkongsian modaliti kereta dalam bandar.

Pelaburan akan, pelaburan untuk pengangkutan awam dilaksanakan secara sinergi dengan pelbagai dasar lain seperti meningkatkan kadar jalan kaki dalam bandar excess kepada stesen capaian dan intergrasi pengangkutan dan

keselamatan. London umpamanya, biarpun telah perkenalkan pelbagai dasar mengehadkan kereta dalam bandar hanya mampu mengurangkan perkongsian

modaliti kereta daripada 14% tahun 1995 kepada 37% tahun 2016 sahaja manakala bandar seperti di Amerika Syarikat mengambil masa 17 tahun untuk mengurangkan perkongsian modaliti kereta daripada 94% tahun 1995 kepada

84% tahun 2012. Pasti menarik untuk mengetahui sejarah untuk mengetahui setelah 10 tahun DAP yang menerajui pemerintahan Pulau Pinang berapakah

pengurangan kadar perkongsian modaliti kereta yang dicatatkan di negeri ini.

Page 58: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

58

Pendekatan dalam PTMP dilihat tidak mampu mencapai 40 peratus sasaran peningkatan perkongsian modaliti pengangkutan awam menjelang 2030 namun

hanya akan mencecah 10% sahaja menurut analisa pakar berbanding 3.2 ketika ini. Maka, saya mengingatkan dan saya mengharapkan setelah kita, apa yang

telah disebutkan tadi bukti seperti telah disebutkan jelas memerlukan kos projek mega PTMP tidak dapat dijustifikasikan secara tuntas oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kita sedang melalui satu fasa yang sangat merbahaya kepada negeri yang bakal menjadi permulaan kepada satu mimpi ngeri kepada aspek kewangan

bukan sahaja negeri bahkan negara kita bimbang ahli politik kerajaan…(gangguan).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Minta laluan, terima kasih Yang Berhormat Penaga kerana memberi satu ceramah mengenai aspek-aspek banyak PTMP ini. Saya juga ingin bertanya

kepada Yang Berhormat Penaga, apakah plan alternative Yang Berhormat Penaga tentang PTMP serta memberi kritikan yang banyak ini, bukan sahaja kritikan yang banyak tetapi nampak macam semua plan-plan di tawarkan oleh Kerajaan Negeri

macam salah.

Dalam satu aspek cakap PTMP ini salah, lagi satu aspek cakap dalam masa

kita berada di kerajaan apapun tidak dicapai dari segi kesesakan jalan. Oleh itu, bila nak buat inisiatif kata salah lepas tu kata tidak buat apa-apa pun lagi. So,

apakah plan Yang Berhormat Penaga untuk mengatasi masalah ini? Adakah kita nak tunggu sampai Kerajaan Negeri atau Pulau Pinang gagal kerana kita sudah ada banyak competitor…(dengan izin) dari negara-negara lain dari seluruh Asia

Tenggara. Kita tak boleh tunggu lagi kalau tidak bakat-bakat anak muda akan pergi tempat lain untuk cari kerja semua.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Pulau Tikus. Banyak pandangan-pandangan dan juga alternatif lain yang boleh diambil termasuk apa

yang telah didedahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAT, dan juga NGO-NGO, dan juga pakar-pakar dalam nak menyelesaikan kesesakan ataupun

nak menyelesaikan masalah lalu lintas trafik kesesakan di, apa dia, di pulau di pulau, Pulau Pinang ini. Jadi boleh rujuk dan kita boleh melihat pandangan-pandangan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Penaga, minta laluan sekejap tadi cakap yang ini boleh refer kepada dan

guna juga example untuk Singapura dan semua sebab dalam perbahasan anda. Tetapi di Harakah Daily, PAS pula cakap Pulau Pinang akan jadi Singapura kedua sebagai justifikasi untuk old post. Mana satu betul? Dia kata akan Pulau Pinang

akan dikuasai oleh warga asing.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

You tengok Harakah Daily tu sapa kenyataan sapa? Harakah Daily tu, you baca, you baca….(gangguan).

Page 59: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

59

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Harakah Daily, Harakah Daily sekarang the site cannot be reach, Harakah

Daily pula fail sekarang. ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

You baca kenyataan tu daripada siapa?

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Harakah Daily itu bukan organ sah PAS kah?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Harakah Daily betul, siapa yang mengeluarkan kenyataan? Siapa?

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Adakah anda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Harakah Daily?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

You kena faham.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Apa adakah Pembangkang setuju?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Yang Berhormat, Yang Berhormat….(gangguan).

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Pulau Tikus, sudah…(gangguan).

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Pulau Tikus, Hakarah Daily dia akhbar, dia Harakah. Akhbar….(gangguan).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Dia Harakah. Dia akhbar. ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Macam Roket, Kini dan seumpamanya.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

So, oleh itu Harakah Daily dan PAS tidak sama.

Page 60: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

60

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Yang memberi statement itu adalah NGO. Dia melaporkan apa yang dibuat

oleh NGO ummah.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Oh NGO, Harakah Daily adalah NGO?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Sebab tu you perlu baca statement tu. Itu statement NGO ummah yang

diambil oleh Harakah Daily dan dimasukkan dalam akhbar tadi.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Oleh itu saya boleh cakap wakil rakyat PAS tidak setuju dengan Harakah Daily. Betul tak?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Bukan tak setuju. Kita melaporkan. Kalau you bagi pun.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Laporkan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Kalau you bagi, bagi. ….(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah, Pulau Tikus duduk.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Ya, bagi laporan. Harakah melaporkan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penaga juga sambung.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Itu daripada NGO ummah. Saya boleh bagi bukti dan kita sangat bimbang kemungkinan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta laluan Penaga. Tambah fire la. Saya faham satu sahaja. Bahawa PAS ini selalunya tidak konsisten. Macam di Cameron Highland, tidak boleh mengundi

orang bukan muslim tetapi di Tanjung Piai boleh pula. Itulah pandangan PAS. Selalunya tidak konsisten.

Page 61: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

61

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bagan Dalam yang tidak sangkut paut jangan bawa masuk lah. Saya minta

Penaga sambung.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Itu bukti, bahawa perpaduan ummah muafakat nasional tidak mengenepikan bangsa-bangsa lain. Tidak ada rasis sebagaimana yang dibangkitkan oleh pihak kerajaan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Cantik. Okey sambung.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Saya boleh sebut kebimbangan dan apa yang dibimbangi oleh NGO ummah itu ada fakta dan ada asasnya kerana kita melihat bahawa sekarang ni pun dalam

jawapan bertulis yang diberi oleh Datok Keramat apabila saya menyoalkan tentang berapakah jumlah rumah yang telah siap dibina yang terdapat di Pulau

Pinang dan berapa yang telah terjual kepada warga asing dari tahun 2013 hingga 2018. Yang disebut disini bahawa, berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang terdapat sebanyak 1835 kebenaran perolehan hartanah oleh warga

asing dari tahun 2015 hingga tahun 2019. Dan kalau kita melihat kepada pecahan unit kediaman yang tidak terjual. Lihat kepada pecahan unit kediaman yang tidak

terjual mengikut daerah negeri di Pulau Pinang ini bagi suku pertama tahun 2019. Saya tak nak ambil hat harga 300,000 ke bawah. Saya nak ambil yang harga satu

juta keatas. Rumah yang tidak terjual timur laut 1,479 buah. Barat Daya 1,471 dan juga daerah yang lain tapi yang ketaranya dua (2) daerah ini yang terletak di dalam pulau di Negeri Pulau Pinang ini. Jadi kalau tidak terjual, nilai rumah satu

juta lebih. Kita tak mampu nak beli, dan sememangnya rakyat tak mampu. Benda yang berlaku di peringkat Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan daripada harga

satu juta diturunkan kepada 600,000 membolehkan warga asing membeli rumah kedua mereka di negara kita ini juga termasuk di Negeri Pulau Pinang. ….(gangguan).

YAB Ketua Menteri:

Penjelasan. Saya rasa isu harga rumah yang di keputusan oleh Kerajaan

Persekutuan adalah trash hold supaya orang asing boleh membeli dari satu juta dikurangkan ke RM600 juta, RM600,000. Bukan hartanah itu diturunkan tetapi trash hold dia boleh beli sekarang dari satu juta dia boleh beli hartanah RM600,000

bukan maksud harta itu diturunkan dari satu juta ke RM600,000 baru dia beli. Harga rumah itu kekal satu juta, RM1.5 juta itu terpulanglah kepada pemaju.

Bukan maksud dalam dasar ini, hartanah itu dari satu juta turun kepada RM600,000. Bukan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Baik terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pengkalan Kota, Padang Kota atas penjelasan yang telah diberi dan saya menerima. Apa pun kebimbangan

kita sebab rumah ini rumah yang rumah mewah. Satu juta. Nilai satu juta lebih,

Page 62: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

62

Maka kalau sehingga sekarang pun masih belum terjual dan kemungkinan besar rumah itu akan dibeli oleh warga asing. Saya nak teruskan Dato’ Yang di-

Pertua.….(gangguan).

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Sebelum itu, boleh minta penjelasan. Sikit sahaja. Sikit sahaja.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Sila sila.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih kepada kekanda saya daripada Penaga. Tadi saya memang

dengar lah tentang hujah Yang Berhormat Penaga khususnya tentang harga hartanah yang satu juta, satu juta tu. Tetapi saya hairan kenapa Yang Berhormat Penaga begitu risau bagi pihak pemaju ini? Sebab rumah-rumah ini dibina oleh

pihak pemaju swasta dan sememangnya harga ini ditetapkan oleh pihak pemaju swasta dan sekiranya rumah-rumah yang dibina juta-juta tu tidak boleh dijual

biarlah pemaju swasta tu risau. Kenapa Yang Berhormat Penaga pula nak tolong ini pemaju swasta untuk risau rumah mereka tidak dapat dijual.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Mohon mencelah. Saya juga ingin menjawab kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota. Saya tolong jawablah. Sebab saya mencelah sebab.

….(gangguan).

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Celah – celah celah.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Ini kerana bukanlah pada pandangan saya lah. Pada pandangan saya kalau

boleh betul kan jika, jika salah. Memang kalau kita lihat Pengkalan Kota bersetuju bahawa kita boleh beri kerisauan itu kepada pemaju-pemaju swasta yang

memberikan harga yang tinggi tetapi kerisauan pihak Pembangkang adalah kenapa rumah-rumah yang dibina yang nak dimajukan tidak menitikberatkan keperluan rakyat yang dalam pendapatan rendah ni nampak harga tinggi. Pemaju

okey, mungkin pemaju boleh buat harga yang juta-juta ringgit, tinggi. Tapi, rakyat tak mampu beli. Jadi, kerisauan kita adalah kenapa tidak ada pemajuan

perumahan yang menitik beratkan keperluan rakyat. Itu sahaja.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Yang Berhormat Permatang Berangan, berkenaan dengan itu. Rumah juta-

juta itu bukan majoriti hartanah di negeri ini. Memang negeri ini banyak khususnya di bawah Kerajaan Negeri ini banyak rumah mampu milik telah dibina.

Ini hanya segelintir sahaja hartanah yang bernilai juta-juta ini sememangnya apabila pihak pemaju swasta bercadang untuk membina rumah yang bernilai juta-juta ringgit. Mereka tentu ada cara pemasaran mereka dan saya rasa cara

Page 63: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

63

pemasaran mereka sama ada rumah ini dapat dijual ke tidak, tidaklah Yang Berhormat Penaga perlu risau.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey, yang lain cukup.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Saya sudah bangun.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Cukup cukup cukup. Dah.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Saya sudah bangun. Ini dia penting.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Saya kena pilih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ini kena bantu saya punya kawan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti saya pilih lah.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ini bantu, ini bantu ini tadi isu Harakah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ketua Pembangkang, duduk, duduk.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Saya seorang peminat.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Seorang sahaja bangun.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Peminat Harakah dulu lah. Dulu lah. Tapi baru-baru ni saya nampak yang

ini ini bukan kritikan terhadap Penaga. Saya nampak apa, kualiti Harakah ini teruk. Kenapa, bukan ideologi PAS mana-mana. Itu saya tak tahu. Cuma kualiti Harakah. Saya baca Harakah dan banyak fakta-fakta yang salah termasuk Hadi

Awang. Teruk dia tak faham sejarah. Dia mungkin juga PAS betul juga PAS ini terbitkan artikel-artikel yang lain walaupun dia tidak bertanggungjawab. Tapi ini

Page 64: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

64

saya rasa satu masalah lah. Tapi saya kata, saya minta apa ini Penaga bagitau apa ini sidang pengarah Harakah bahawa kualiti artikel ini bukan soal ideologi, tak

ini juga fakta sidang akbar di mana banyak keluaran apa ini Harakah ini tak betul dari segi apa ini segi edisi dan sebagainya. Ini perlu dibetulkan. Kalau tak ada

saya rasa ini akan jadi macam Utusan Malaysia.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih, terima kasih Perai. Saya akan maklumkan pada Harakah.

Perai juga berminat membaca Harakah.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Senang mau saman.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Harakah akhbar rasmi. Dia terikat dengan undang-undang di bawah KDN

jadi kerajaan boleh melihat kalau faktanya salah tak benar atau tak tepat boleh panggil, boleh saman.

Terima kasih juga kepada YB. Sungai Dua atas pencelahan tadi dan juga

sahabat saya ini member lama dalam DAPSY masa dalam Pakatan Rakyat. Saya respect kepada Pengkalan Kota bagaimana disebut itulah rumah biasa rumah kos

rendah nilainya rendah juga tak ada masalah. Yang kita tengok pun, dia punya harga pun ataupun dia punya aset tu tak tinggi tapi yang kebimbangan kita rumah

yang satu juta lebih dan kalau tidak mampu dibeli oleh rakyat pasti akan dibeli oleh warga asing. Besok ataupun masa depan negeri kita ini akan didiami ataupun rumah-rumah aset-aset hartanah akan dimiliki oleh warga asing.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Penaga, Penaga sikit sahaja saya nak selesaikan isu Pengkalan Kota. Tak

puas hati kalau tak boleh selesaikan isu. Dia bangkitkan tentang isu rumah yang mengatakan Penaga concern kepada pemaju, saya rasa yang buat keputusan ialah Kerajaan Persekutuan memang lebih banyak membantu pemaju-pemaju bukan

Penaga. Pemaju tak boleh jual rumah sejuta dan dengan nilai matawang Malaysia yang kecil yang kecik pembeli daripada luar ni akan banyak boleh beli. Singapore

contohnya kalau rumah sejuta dia baru berapa ratus ribu. SGD dolar. Saya ingat dalam 300 SGD. Dia boleh beli dah rumah di Pulau Pinang. Tak termasuk negara-negara lain lagi. Benda ini akan menyebabkan rumah-rumah ini akan dibeli oleh

warga asing yang nilai duit dia besar. Itu yang kita risaukan. Kita bukan nak tolong pemaju ka apa. Kita risau benda ni berlaku. Ada sebanyak 1400 unit rumah sejuta

tu yang tak terjual tu akan banyak dibeli oleh orang-orang ni. Rugilah penduduk tempatan.

Page 65: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

65

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Penaga biar saya jawab sedikit, kepada yang dibangkitkan. Sedikit, sedikit.

Memang saya faham apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang kita tapi isunya Kerajaan Negeri sememangnya kita mempunyai sekatan untuk

memeliharakan hartanah yang mampu dimiliki ini khususnya untuk rakyat negeri kita sendiri. Tetapi untuk rumah-rumah yang mewah memanglah kalau pemaju dari segi pasaran terbuka ini memang mereka mempunyai niat untuk mengaut

keuntungan. Jadi, harga tu memang ditetapkan untuk mereka. Tapi itu jangan kita risau, kita patut risau sama ada kita mempunyai rumah mampu milik yang

secukupnya untuk rakyat kita untuk golongan yang berpendapatan rendah tu. Jangan kita pergi risau untuk hartanah yang tinggi-tinggi tu.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penaga sambung.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih. Saya ambil maklum oleh kerana saya nak jimatkan masa.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao- Leung):

Penaga dengan sedikit, sedikit sahaja. Cuma saya tertarik dengan apa yang

Sungai Dua mengucapkan tadi. Saya setuju sangat-sangat dengan Pengkalan Kota. Bahawa kita kena beza. Ada bezanya di antara rumah mampu milik, rumah

kos rendah dengan rumah kos tinggi. Yang sekarang kita sebutkan di sini adalah berkenaan dengan rumah-rumah kos tinggi yang tak dapat dijual. Itu tak

bermaksud bahawa penduduk-penduduk Pulau Pinang akan dinafikan bilangan unit-unit rumah yang nak dibeli ini. Ini adalah untuk unit-unit mahal. Tu kena fahamkan. Dato' Speaker, saya cuma hanya ingin menggunakan kesempatan

untuk mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli parlimen belia daripada Pulau Pinang hari ini yang hadir untuk menyaksikan ucapan-ucapan yang hebat-hebat daripada

wakil-wakil rakyat kita.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih. Saya juga mengalu-alukan kedatangan mereka ke

Persidangan Undangan Negeri pada pagi ini. Saya juga bersetuju dan sememangnya kita sedia maklum dan saya sebut tadi angka rumah yang mewah

dan di sana juga ada rumah-rumah yang nilai 500,000 ke bawah juga ada juga yang tidak terjual mengikut statistik yang telah diberi. Timur Laut sahaja berjumlah 432 buah rumah. Itu yang apa di sebelah Timur Laut dan juga di Barat

Daya di Seberang Perai Utara. Jadi, fakta-fakta ini ada pada saya dan tuan-tuan ataupun yang berminat boleh dapatkan nanti InsyaAllah.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak teruskan sebelum tu saya nak bagi sedikit pantunlah kepada Tuan Yang di-Pertua ini. Dato’ Speaker manisnya senyuman,

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Hai, thank you.

Page 66: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

66

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah):

Dato’ Speaker manisnya senyuman,

Ramai berkenan idaman mertua,

Sejam dua jam Dato’ bagilah chan,

Untuk saya berpetah bicara.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Tak boleh yang tu. Sila, sila. Sambung, sambung lagi.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd, Yusni Bin Mat Piah):

Dato’ Yang di-Pertua. Saya pergi kepada isu seterusnya. Dalam kita nak

mengukuhkah kesejahteraan rakyat dan juga keselamatan negara kita. Jadi di Dewan yang mulia ini juga saya berdiri dan saya mengucapkan tahniah kepada PDRM atas tindakan berani dan tegas mereka dalam isu tangkapan yang dibuat

yang melibatkan yang berhubungkait dengan LTTE (Liberation Tamil Tiger Eelam). Jadi kita tak berkompromi. Tak kira daripada mana, tanpa mengira agama, tanpa

mengira bangsa, tanpa mengira suku, kaum dan seumpamanya dalam soal keselamatan. Dalam soal kesejahteraan rakyat. Dalam kita nak menangani ataupun mengekang isu-isu keganasan. Mengekang isu-isu keganasan. Jadi apa

yang dibuat oleh PDRM itu saya ucap tahniah dan sememangnya kita perlu sedar dan Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tanggungjawab untuk lebih

mengukuhkan lagi kesejahteraan rakyat, hidup dalam keadaan yang harmoni seumpama kita yang berada dalam Dewan pada pagi ini. Dan juga keselamatan

negara itu perlu diberi perhatian yang serius. Saya tak nak panjang sebab kalau kita panjang, nanti perbahasan akan lebih panjang.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Ini saya nak mencelah sikit.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kalau disabit ini telah diproses mahkamah. Saya tidak izinkan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Ini bukan proses mahkamah

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penaga pun tak sebut apa isu.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Saya tidak akan panjang. Saya sebut itu supaya.

Page 67: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

67

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Isu- isu saja. Tak berkenaan dengan mahkamah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kalau bangkit , lagi susah.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Nanti saya nak kena kupas pula.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penaga itu boleh saya terima. Yang lain kita jangan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Dan begitu juga berkaitan soal kesejahteraan rakyat, soal keselamatan negara, soal perpaduan antara kaum nak memupuk ke arah lebih harmoni lagi. Saya juga nak mengambil perhatian juga berkaitan dengan komik inisiatif jalur

dan jalan meraih manfaat bersama ini.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Peringatan. Yang ini pun sama. Dalam siasatan Polis.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Ya, sebagai ingatan juga kepada kita bersama supaya walaupun perkara ni

telah diharamkan oleh KDN dan juga larangan edaran oleh Kementerian Pendidikan supaya benda ini tidak lagi berlaku di masa akan datang. Apa-apa

tindakan yang dibuat perlu diambil perhatian ataupun perlu dikaji terlebih dahulu. Kita hendak menjaga, hendak menggukuhkan. InsyaAllah. Kesejahteraan rakyat

yang pelbagai kaum ini.

Jadi saya nak masuk juga kepada isu mengukuhkan kesihatan rakyat dan juga keselamatan negara isu arak ataupun alkohol. Sesi lepas, sahabat saya

daripada Bagan Dalam bangkit soal arak murah ini. Tapi bagi saya bukan soal arak murah, tapi lebih kepada soal arak keseluruhannya dan juga alkohol ini sebab

sebagaimana kita boleh buat Kempen Bebas Asap Rokok yang kita tahu rokok itu juga memudaratkan ataupun membahayakan keselamatan dan arak ataupun alkohol ini juga termasuk. Saya ambil kira banyak tragedi, kemalangan yang

melibatkan oleh pemandu ini mabuk. Apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Bertam, kemalangan di depan Masjid Bertam Indah itu mengakibatkan

satu ataupun suami isteri yang meninggal. Apa yang berlaku di atas Jambatan Pulau Pinang saya dah bangkitkan di sesi yang lepas. Kereta menjunam, kematian maut akibat daripada pengaruh ataupun alkohol ini dan apa yang berlaku yang

terbaru kematian seorang kakitangan MBPP dan kita juga ucap takziah atas apa yang berlaku pada keluarga dia. Daripada berlakunya kerana pemandu itu mabuk.

Kita tengok video yang ditular, dalam keadaan traffic light, lampu merah ada kereta yang berhenti di hadapan dua (2) buah kereta. Dalam keadaan mabuk, rempuh, menyebabkan seorang kakitangan yang sangat berjasa saya kira kepada

MBPP telah terkorban ataupun meninggal dunia.

Page 68: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

68

Jadi, perhatian ini juga isu ini juga perlu diberi perhatian juga oleh kerajaan kita. Bagaimana cara untuk kita memastikan supaya alkohol ini ataupun arak ini

dapat dikawal terutama sekali ketika mana mereka memandu. Dalam Islam, jelas bagi orang Islam, umat Islam arak ini sememangnya telah diharamkan oleh Allah

SWT. Tapi kita meraikan agama-agama yang lain. Cumanya perlu ada juga pengawalan supaya perkara ini tidak berlaku.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Ini isu yang berlainan. Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua. Penaga telah menyatakan. Saya pun menyambut baik apa yang dikatakan oleh Penaga. Penang

Bebas Asap Rokok. Di peruntukkan RM250,000.00 untuk lima (5) tahun untuk dibuat program kesedaran dan sebagainya tetapi saya lihat isu arak ini juga menganggu ketenteraman awam. Mereka pergi minum arak, pecah botol di, pecah

botol dekat taman permainan kanak-kanak. So, macam -macam isu berkaitan dengan arak ini masih ada lagi. So, saya pun berharap Kerajaan Persekutuan

nampaknya, sebelum ini, walaupun sebelum ini menteri-menterinya selalu cadangkan tetapi mereka pun tidak membuat apa-apa program yang khusus untuk mengawal ketagihan arak di kalangan masyarakat. Kita ada beratus pusat

pemulihan dadah tetapi tidak ada satu pun ada pusat pemulihan arak. So, kalau boleh saya minta Kerajaan Negeri seperti selalunya, Penang Leads bolehlah

membuat satu pusat pemulihan yang boleh kita, peminum tegar ini kita boleh hantar ke sana. Selalunya yang peminum yang tegar ini bukan orang kaya, orang

miskin.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti ada yang nak minta pemulihan, tak da harta untuk memulih. Just

kidding.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Yang untuk peminum tegar ini saya minta Kerajaan Negeri pun, kalau bolehlah, kalau if not this year, coming year, the following year tubuhkan satu pusat pemulihan arak oleh Kerajaan Negeri sendiri. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Bagan Dalam. Penaga. Berapa lama lagi?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Ya, terima kasih saya juga tertarik dan menyokong apa yang telah diberi pandangan yang telah diberi oleh Bagan Dalam. Mungkin dalam 5 minit.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Yang terakhirnya Dato‘ Yang di-Pertua, saya nak bawa sikit isu Penaga ini iaitulah berkaitan dengan Balai Polis ataupun Pondok Polis Penaga. Pondok Polis

Penaga ini haruslah saya nak mohon supaya Pondok Polis Penaga ini diberi

Page 69: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

69

perhatian dan haruslah dinaiktaraf kepada Balai Polis Penaga. Daripada Pondok Polis Penaga dinaiktaraf kepada Balai Polis Penaga bagi memudahkan urusan

pengadu membuat laporan Polis berikutan penambahan penduduk di sekitar Penaga. Penambahan penduduk dengan adanya taman-taman baru yang

dibangunkan. Ramai masyarakat jadi Penaga ini hanya ada Balai Polis, Pondok Polis. Jadi hendak dinaiktaraf kepada balai polis. Dalam Parlimen Kepala Batas, hanya mempunyai dua (2) balai polis iaitu Balai Polis Kepala Batas dan juga

Bertam Perdana dan lima (5) Pondok Polis Pondok Polis Penaga, Kuala Muda, Permatang Bendahari, Bumbung Lima dan Kampung Selamat. Jadi tiada Polis

Sistem Report (PRS) di Pondok Polis Penaga. Tak ada sistem itu dan hanya menggunakan Poll 55 untuk menerima laporan polis dari pengadu. Manual, manual. Setelah membuat laporan polis menggunakan Poll 55 Anggota Pondok

Polis Penaga perlu pergi ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan polis dan PRS. Pengadu perlu hadir pula ke Balai Polis Kepala Batas untuk memberi

keterangan kepada Pegawai Penyiasat, IO ataupun Pegawai Penolong Penyiasat, AIO. Jadi ini menimbulkan masalah dan juga melambatkan oleh sebab itu, saya mohon supaya Pondok Polis Penaga ini dinaiktarafkan kepada Balai Polis Penaga.

Dan juga di Pondok Polis Permatang Bendahari, tidak ada anggota yang berada di situ, hanya rondaan sahaja. Mungkin binaannya, pondok itu dalam keadaan

mungkin usang. Jadi saya minta perkara ini juga diberi perhatian oleh kerajaan untuk menaiktaraf Pondok Polis Penaga ini kepada Balai Polis Penaga.

Dan saya mengambil juga peluang pada hari ini berkaitan dengan isu banjir dan kita dapat lihat walaupun berlaku tetapi banyak yang telah dapat kita selesaikan dengan adanya tebatan banjir yang telah pun dibuat dan dilaksanakan.

Tahniah jugalah kepada JPS dan lain-lain agensi yang mengambil perhatian dan di kawasan saya juga pun untuk kali ini belum lagi berlaku banjir yang agak

ketara ataupun yang agak besar.

Dan saya juga nak menyebut di sini ucapan terima kasih saya kepada Dato‘ Yang Berbahagia, Yang Berhormat Dato‘ Setiausaha SUK atas pesaraan beliau

yang difahamkan esok adalah hari terakhir beliau berkhidmat. Jadi jasanya sangat baik walaupun saya baru mengenalinya tapi saya kira dengan perkhidmatannya

yang telah diberi lebih daripada 30 tahun itu dan satu jasa yang perlu dikenang dan saya bagilah serangkap pantun. InsyaAllah kepada SUK, Dato‘ SUK

Hidup subur si bunga tanjung,

Tumbuh melata daun selasih,

Budimu ditabur, Jasa disanjung,

Tiada seindah ucapan terima kasih.

Dato‘ Speaker, Saya mengakhiri dengan ucapan perbahasan saya pada pagi ini dengan pantun juga.

Rumah mahal kolam renang tiada,

Sara hidup makin meningkat,

Sekian saja dari Penaga,

Page 70: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

70

Negeri sejahtera, rakyat berkat.

Kereta terbang idea bernas ,

Walau hutang negara bertimbun-timbun,

Mohon ampun bicara dialas,

Terima kasih kepada semua Ahli – Ahli DUN.

Sekian, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Penaga. Ahli - Ahli yang Berhormat, kita berhenti rehat dan Dewan bersidang semula pada jam 2.30 nanti. Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.oo tengah hari.

Dewan bersidang semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan Rang Undang-Undang

Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Penanti.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Bismillahi rahmanir rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima

kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri yang telah membenarkan, mengizinkan saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-

Undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan 2020. Saya nak merujuk kepada bajet ataupun Ucapan Belanjawan Tahun 2020 oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota iaitu tema yang belanjawan tahun 2020, tahun depan

adalah Penang2030: Teras Kejayaan, Kemakmuran Bersama. Ini satu teras yang sangat saya rasa penting dan saya nak speak dari hati ya. Daripada hati dan

mewakili penduduk di Penanti yang baru-baru ini mengalami banjir yang agak teruk dan masalahnya banjir tu berlaku terlalu kerap. Jadi saya akan bercakap pasal tentang itu. Jadi apa yang saya nak bentang di sini, bahas di sini ialah saya

nak sebagai wakil kepada penduduk Penanti ialah teras kejayaan Pulau Pinang menuju 2030 tu memang betul-betul, betul-betul melaksanakan kemakmuran

Page 71: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

71

bersama yang boleh dirasai oleh semua penduduk. Termasuk penduduk di kampung-kampung. Saya banyak bercakap tentang penduduk di kampung sebab

Penanti mempunyai 33 kampung. Kita kebanyakannya kampung-kampung kita ada juga kampung India, kampung masyarakat India, juga Cina, kampung baru

and then kita juga ada masyarakat Melayu dan juga beberapa taman yang sudah lama di situ.

Jadi dari segi bajet ya, dan juga dari segi apa yang, yang soalan-soalan yang

saya timbulkan tentang apa ni, kutipan hasil dari segi cukai taksiran ataupun cukai tanah tu, saya harap bajet ini betul-betul akan memberi kemakmuran bersama

kepada semua penduduk di Pulau Pinang. Bukan hanya sesetengah macam kita, kita kena, apa ni, ingat yang ramai penduduk memang memahami bencana alam. Tetapi bencana-bencana alam ataupun you know, bila ribut taufan itu

berlaku tapi macam kalau macam sekarang ni apa yang berlaku, ia bukan hanya bencana alam yang sekali sekala tu, ini macam hujan sejam, hujan setengah jam

dah masuk dalam rumah orang dan baru-baru ini pada Sabtu dan Ahad, saya bersama dengan YB. Nurul Izzah, berjumpa dengan 26 mangsa banjir di Kampung Tok Elong dan 26 mangsa banjir di Kampung Tanah Liat, Mukim 9. Jadi bila kita

jumpa mereka walaupun alhamdulilah kali ini saya tak kena maki. I am so grateful tapi baru masa Deepavali tu memang saya kena maki teruk jugalah because

banyak sangat berlaku kan, kadang-kadang kebakaran masa tu juga berlaku ribut berlaku, banjir berlaku dan plus Deepavali lagi. Deepavali pun kita nak kena pergi

kan? Jadi iyalah untuk meraikan kawan-kawan kita yang beragama Hindu. Jadi kadang-kadang apa ni, apa yang saya nak terangkan di sini ialah, apa yang kita boleh cuba apa ni, kemudaratan yang kita ada kuasa untuk, untuk kurangkan,

kita kena cuba ikhtiar. Bukannya semua kita bertadah tangan and then kita “oh! ini kuasa Allah atau kuasa tuhan, there’s nothing we can do about it”, tapi actually

banyak benda yang kita boleh buat. Sebagai contohnya, apa yang berlaku di Tanah Liat tu ialah projek itu kita sebut projek high impact, projek high impact ini telah dilancarkan di, untuk Sungai Permatang Rawa ini dah dari 2014. Jadi

penduduk dia, dia macam heran, ni dah 2019 dekat 2020, kenapa tak nampak apa-apa lagi?

Macam ya, penduduk kampung memang, memang, memang sabar tapi kalau setiap kali hujan, sungai, sungai, sungai, apa ni, dia punya ban tu pecah dan bila kita selidik, disebabkan oleh pembangunan perumahan di kawasan

upstream. Jadi saya nak minta juga kepada PBT, PBT di sini memang ADUN dan MPKK tidak dilibatkan dalam apa-apa keputusan Permohonan Merancang. Tidak

ada ulasan daripada kami. Kami tidak ada say, tidak ada, tak ada hak tapi problem, masalahnya bila pemajuan itu dibuat, di rumah-rumah perumahan tu, parit-paritnya besar dan cantik dan apa yang mereka buat solution ialah untuk

kawasan perumahan itu saja. Ia tak memikirkan apakah akibatnya kepada orang-orang kampung? Apakah akibat pembangunan-pembangunan ini? Jadi benda-

benda ini saya rasa banyak kali dah kita dah bincangkan isu ini dan masalah banjir ni, macam bertambah teruklah. Jadi saya nak mohon sangat-sangat.

Jadi macam yang saya kata tadilah, dahlah ini projek high impact yang telah

diwar-war sejak 2014 sampai sekarang. Saya memahami yang projek ini ada pertukaran. Maknanya penyelesaiannya ditukar tapi kalaupun ditukar, sementara

menunggu penyelesaian yang betul, yang mungkin dari segi konsultan, nak memikirkan penyelesaian tapi sementara tu sebagai contoh, yang banjir teruk ni sampai ke pinggang orang semua, masuk rumah semua tu, saya ada di situ masa

tu. Actually bila JPS Jurutera Daerah call saya, dia memerlukan RM200,00.00

Page 72: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

72

untuk membetulkan kedua-dua tebing tapi dia tak ada duit. And then, bila saya tanya pada EXCO pun, EXCO pun tak ada duit. Maknanya duit Perparitan kita dah

habis. Dan kita ada syarat-syarat, syarat-syarat, kita kata kewangan yang tak membenarkan kita macam kalau kita projek tu kena habiskan tahun ni juga tetapi

saya rasa kita ni adalah manusia. Undang-undang manusia ni boleh ditukar, ni bukan Quran, you know, this is not a something yang you tak boleh tukar. Jadi saya nak mohon kelulusan khas because it is not, bukan duit yang banyak sangat,

RM200,000.00 saja untuk Sungai Permatang Rawa tu di Kampung Tanah Liat, Mukim 9. Tebing yang runtuh tu, nak letak paya bakau dan nak letak sangkar

batu tu, please set up.

Nak mohon sangat kepada Pegawai Kewangan Negeri dan juga kepada Ketua Menteri. Please bagi kelulusan khas supaya banjir yang berlaku macam melanda

56 orang ni tidak akan berlaku lagi ni, ni bulan tengkujuh kan, bulan November, Disember ni. Saya dengar memanglah taufan nak datang tu ada dua

pertembungan taufan tu tapi dia nak pergi ke Vietnam tapi kita tak tau kuasa Allah kan, ni nak pergi ke Vietnam dia singgah ke kita ke saya tak tau tapi at least, at least kita try to do something. Duit yang RM200,000.00 tu tak banyak.

Jadi lagi satu saya nak mohon ialah Kerajaan Negeri memang sekarang ni Kerajaan Pusat bagi kita duit tak cukup. Saya tak faham. Terengganu dapat 20%

royalti. Ya lah, dia punya royalti, maknanya aset dia sebagai negara adalah minyak tapi kita Pulau Pinang, kita tak ada aset. Kita tak ada tanah. Kita punya

aset ialah industri kita, electronics industry kita yang memberi cukai pendapatan kepada Kerajaan Pusat. Kenapa kalau Terengganu boleh dapat royalti 20% daripada Kerajaan Pusat untuk penggunaan minyak sebagai hasil dan hasil cukai

pendapatan kita RM6 bilion dari Pulau Pinang, kita dapat like tak ada apa. Kenapa tak nak pulangkan balik? Kita pun sengsara di Pulau Pinang ni. Jadi saya nak

minta Kerajaan Negeri, Ketua Menteri berjumpa dengan Kabinet ke, apa benda ke, kalau nak jadikan Pulau Pinang ini cash cow untuk Kerajaan Pusat, bagi balik duit kita. At least 10%, 20%. Kalau 20% kita ada RM1.2 bilion. Untuk tolong

rakyat kita sendiri yang sekarang ni banyak sangat berlaku bencana. Kita tak ada duit, I mean RM200,000.00.

The other persoalannya juga, baru-baru ini saya dijemput oleh Ketua Audit Negara untuk membentang kepada semua pegawai-pegawai Jabatan Audit seluruh Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini, satu konvensyen. Dan sebagai ahli

PAC yang kedua, penggal kedua. Apa yang saya nak nampak macam ni, kita kena tukar apa yang telah diamalkan. Sistem pembuat keputusan yang telah

diamalkan selama 60 tahun tu, kita kena tukar. Because bila saya bincang dengan Timbalan Ketua Audit Negara, dia kata kita tak mau macam salin kulit saja. Kita tukar kerajaan tapi sistem buat keputusan tu sama. Maknanya benda-benda yang

kita kutuk 1MDB, yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri yang membuat keputusan, duduk dalam the same jawatankuasa yang melantik the

same CEO dan pengurusan tu, mereka yang membuat kuasa semua. Tapi sistem tu kita masih mewarisi.

Jadi saya nak minta supaya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tengok balik

cara keputusan yang dibuat di dalam kerajaan. Dalam syarikat-syarikat kerajaan dan juga dalam MMK Jawatankuasa MMK dan lain-lain anak-anak syarikat. Kita

sebagai ADUN backbencher, kami memang tak ada kuasa kami hanya boleh bawa suara rakyat di penduduk kami. Pihak eksekutif ada kuasa tapi kalau cara membuat keputusan sama seperti kerajaan yang dah 60 tahun ini yang boleh

Page 73: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

73

sewenang-wenangnya kalau you ada aset macam Pulau Pinang apa aset kita? Aset kita kecantikan semulajadi kita paya bakau kita. Whatever dan apa tanah-tanah

kita sangat sikit.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin fadzil):

Mohon penjelasan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak sambung boleh tak? Nanti I loose I punya momentum seriously

because….(gangguan).

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin fadzil):

Because, YB. buat no seriously terhadap tadbiran Kerajaan Negeri, YB. samakan dengan 1MDB ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Please listen I’m not saying kita sama I’m saying saya cakap yang sistem, sistem tu masalah.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin fadzil):

Must totally different.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Boleh tak saya tak nak bagi laluan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin fadzil):

Okey, saya minta tarik balik la jangan samakan dengan kerajaan

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Bukan, saya don’t play politics dalam di Dewan I’m speaking as a wakil rakyat we are not about politics or political party kat sini apa yang saya nak saya cakap sistem yang 60 tahun itu yang tak bagus tu kita sebagai kerajaan yang baru

ni. Kita rombak buang benda-benda yang akan mengakibatkan keputusan yang dipegang oleh beberapa individu kita tak mahu the same masalah, the same cara

buat keputusan itu di dalam tangan hanya beberapa individu. Itu point yang saya nak cakap. I don’t want you to interrupt me I want to finish.

Okey, because If not i will lose my thought because saya tak ada script okay

jadi yang macam ini. Saya tak kata kita ni jahat kita ada good guide kita ni orang baik kita perjuangkan lebih 20 tahun untuk take over government yang dulu. So,

rakyat kena nampak we are better we are the better alternative kita lebih bagus, kita menjaga kepentingan rakyat, kita menyelesaikan semua aduan-aduan mereka. Kita tak bagi rakyat semua sengsara kita selesaikan. That’s why I mean

they have to see that Pakatan Harapan adalah satu kerajaan yang bagus. Tapi sistem pembuat keputusan di tangan beberapa orang ini cara tu kena tukar. Itu

yang saya nak cakap di sini.

Page 74: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

74

Sebab sebagai contohnya semua anak-anak syarikat, semua Kerajaan Pusat ke Kerajaan Negeri ke tak ada independent jawatankuasa seperti Audit

Committee, Numeration Committee, Selection Committee, itu semua yang diamalkan oleh syarikat-syarikat Bursa. Memanglah orang kata syarikat Bursa

kenalah. So kalau kita kerajaan kita boleh je untuk apa ni mengamalkan apa-apa pentadbiran yang baik yang di impose kan oleh Bursa after all Bursa kita punya watchdog untuk syarikat-syarikat. Jadi kalau kita biarkan the ROD yang berlaku

dah 60 tahun dalam Barisan Nasional akan continue sebab kita tak tukar the system pembuatan keputusan. So, all our assets sepatutnya tanah yang kita ada

jangan sewenang-wenangnya kita bagi je kat orang dengan sewa yang rendah, Pulau Pinang tanah sikit patutnya kita kira betul-betul Apakah dia apa ni return pulangan return on investment, return of asset yang kita nak dapat sebagai

negeri.

Okey lagi satu, ada saya bangkitkan sebelum ini kepada Air Putih kot-kot

dia tahu. Pasal carbon credit. Pulau Pinang tak, saya tengok jawapan Dr. Afif semua tak boleh kita tak boleh nak claim carbon credit Paya Bakau, Penaga kerana kita nak ditukarkan nak jadi apa Projek ZIA tetapi yang kita tengok.

….(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta laluan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Can I just. I don’t want….(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

I want to tell the truth kerana Dr. Afif dia tidak menjawab begitu. Dr. Afif

tidak menjawab begitu (gangguan) the right piece don’t say tak mau ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

I belum habis sentence you dah argue with me please. I’m not saying is a just hear me out sekejap. The carbon credit whatever sekarang ni memang ada

saya tengok Negara Afrika pun kampung-kampung Afrika yang ada paya bakau pun dia orang sekarang ini melindungi paya bakau. Dulu memang mereka habis

pergi tebang paya bakau tapi sekarang dia orang pun melindungi paya bakau sebab kerana dia claim carbon credit. So, saya nak tengok saya nak minta kalau Kerajaan Negeri you ada asset you have this 492 ekar paya bakau milik tanah

kerajaan and you have the Air Itam dalam apa ni Hutan Air Itam Dalam di dekat dengan Kampung Terus. Lepas itu kat Kampung Terus tu kita ada, kita ada Sungai

Mati, Sungai Mati tu dan di kawasan tu adalah satu-satunya paya, paya fresh water wetland.

Dan saya tengok pihak UM, Pensyarah-pensyarah Universiti Malaya dan

juga USM mengeluarkan data-data mengenai paya bakau. Yang menunjukkan kita boleh claim carbon credit maknanya kita bukan pi ambil carbon tu dari paya kita

keluarkan bukan, bukan macam itu kita perdagangkan seperti kalau kampung-kampung di Afrika pun boleh claim carbon credit kenapa kita tak boleh?

Page 75: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

75

Sebab sebagai contohnya karbon yang berada dalam paya, paya bakau ataupun peat soil yang wetland dekat Sungai Mati di Kampung Terus itu semua

dan di Hutan Air Itam Dalam dia punya value kalau yang kepengiraan tu setahun dah I mean boleh di check lah tapi saya nak cakap yang dari pakar-pakar yang

saya tengok dari paper-paper dari UM dari USM about USD23 juta setahun untuk di Penaga dan kalau di Sungai Mati dan Hutan Air Dalam Itam ialah apa ni USD8.6 juta setahun.

So, ini adalah satu apa ni satu penjanaan pendapatan bagi orang-orang yang mempunyai tuan-tuan tanah di situ ataupun kepada kerajaan kenapa kita

tak boleh cuba. Kalau kampung-kampung di Afrika pun boleh claim carbon credit why not try? Baru ini saya dijemput pergi ke International Dialogue or Landskap Architect pada 23 Oktober dan saya tengok di Selangor semua orang

dok kira carbon credit saya tengok apa ni PBT-PBT lain semua dok represent dok tunjuk berapa carbon credot berapa carbon credit dan bila saya tanya macam

mana or kita ada syarikat-syarikat.

Even Kelantan I mean ada pernah minta carbon credit takkanlah kita Pulau Pinang sebuah negara yang sangat advance, tak boleh negeri, negeri yang sangat

advance kita boleh cuba saya nak merayu kalau boleh cuba.

Itu satu sebab macam saya kata ni kita nak betulkan tebing runtuh sungai

pun kita tak ada duit nak tunggu kerajaan please minta Kerajaan Pusat the money kalau dia orang boleh bagi 20% royalty kepada Terengganu then bagi kepada

Pulau Pinang juga. What is wrong with that? Okey, pasal isu banjir saya nak mohon sangat supaya sebelum saya lupa la. Baru ni bukan hanya di Tanah Liat tetapi juga di Mengkuang, Mengkuang Kuala Mengkuang, Mengkuang Titi ada dua

(2) isu cara nak menyelesai, ada tiga (3) cara nak menyelesaikan apa ni masalah ini. Satu, ialah buat kolam takungan saya telah berjumpa dengan Pemaju

Concrete Gold walaupun dia belum hantar Pelan Merancang sebab menunggu kelulusan pejabat tanah.

Saya minta dia sekarang, hari itu banjir teruk banjir lumpur semua masuk

sebab kawasan dia macam last Mei telah dibotakkan oleh seorang pekebun. Jadi saya kata boleh tak buat buat kolam? Lepas itu dia kata okey dia setuju you know

untuk bantu sebagai satu tindakan yang cepat jadi dia pun hantar surat tetapi tidak diluluskan oleh MBSP tapi suruh dia hantar Pelan Merancang. Apa yang saya bangkitkan dalam Mesyuarat Pelan Tindakan Daerah juga dan juga di sidang DUN

ini saya nak mohon kelulusan bersyarat ke kelulusan khas supaya dua (2) kolam takungan air itu boleh dibuat sebab bila hujan banyak macam baru ini 560mm

hujan turun dalam masa tujuh (7) hari, hujan tu actually sama dengan volume hujan tiga (3) bulan. Jadi ada 10 paip ada 10 parit dari Mengkuang Dam yang dia orang tak mahu masukkan air dalam Mengkuang Dam sebab dia takut ada ada

racun dari, dari ladang kebun-kebun di atas so dia bagi turun dekat, dekat, dekat sungai yang akan pergi muara sungai yang akan pergi ke Sungai Mengkuang.

Saya videokan dan kita pun kita video saya hantar kepada Tuan DO dan kepada JPS semua dan kepada semua orang nak cakap ni volume of water ni terlampau tinggi walaupun saya dah minta Weir tapi volume of water tu terlampau

tinggi dah habis semua rumah-rumah di belakang masjid tu semua kena. Sampai ke Kuala Mengkuang sampai ke Mengkuang Titi. So saya nak minta satu

kebenaran khas, special hanya supaya kolam ini boleh dibina dahulu. Kalau boleh

Page 76: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

76

kalau seperti saya katalah kita ada undang-undang peraturan tapi ini bukan Quran yang kita tak boleh tukar, tapi ini adalah undang-undang manusia.

Please give a special case. Lagi satu kenapa saya pejuangkan sangat untuk guna Rumah Pam Mak Sulong di Taman Guar Perahu tu, Rumah Pam Mak Sulong

yang RM67 juta yang siap pada bulan Ogos 2017 dan mula beroperasi walaupun tanpa, tanpa macam mana saya terpaksa fight lah dalam minta dalam Mesyuarat Tebatan Banjir dan minta daripada PBA semua tak nak bagi. So apa yang saya

buat saya minta tolong YB. Nurul Izzah dan kami minta tolong daripada Timbalan Perdana Menteri, supaya peruntukan boleh diberi supaya Pam Rumah, Rumah

Pam Mak Sulong itu boleh digunakan untuk pam lebihan air Sungai Kulim boleh masuk ke dalam Mengkuang Dam.

Dan juga gunakan duit bagi duit supaya 23 tanah runtuh itu dibaiki. Baru

ni masa Lawatan PAC pada 9 Oktober 2019 ke semua, ke semua tanah runtuh itu telah dibaiki dengan baik dan cantiknya dan Rumah Pam Mak Sulong telah pam

air ke dalam Mengkuang Dam. Dulu masa saya pergi saya nampak tanah dekat Mengkuang Dam tapi sekarang ini bila saya pergi kat tempat yang dia tengok paras, paras air itu 48.5 meter. Maknanya walaupun rumah pam tu atau pun

Mengkuang Dam tu kegunaan dia ialah untuk simpan air, tetapi ia juga telah membantu untuk mengurangkan lebihan air Sungai Kulim dan mengurangkan

banjir di situ.

Hanya baru-baru ini banjir juga JD pun dah marah, Jurutera Daerah pun

dah marah. Kenapa tak pam air ini? So saya pun check dengan Encik Zakaria yang jaga pintu air tu dia kata apa ni actuator dengan PLC tu rosak, pam yang 8 pam tu semua okay. Dia punya elektronik tu rosak so dia orang kena order so

disebabkan itu memang air Sungai Kulim terlampau banyaklah dan jadi banjir lepas tu kita ada 10, 10 mangsa banjir di Mengkuang Titi, 10 mangsa banjir di

Mengkuang baru ni masa Deepavali.

Jadi saya nak sebut di sini, kegunaan Mengkuang Dam dan Rumah Pam Mak Sulong tu yang bernilai rumah pam tu RM67 juta dan Mengkuang Dam saya

rasa setakat ni kos dia kalau ikut Mesyuarat PAC baru ni RM600 juta boleh dimanfaatkan sebagai kolam takungan untuk ambil air lebihan Sungai Kulim

masuk ke Mengkuang Dam apabila paras air sungai lebih 3.6 meter. So maknanya ada dua function. JD JPS juga kata baru yang ini yang banyak sangat volume air baru ini dia juga cadangkan buat kolam takungan air di Sungai Kulim di belah

Kedah untuk kurangkan volume air yang datang bila banjir. Jadi maknanya air Sungai Kulim itu bukan hanya boleh digunakan untuk penanaman padi, tetapi ia

boleh digunakan juga untuk memenuhkan Mengkuang Dam.

Dan paras penuh Mengkuang Dam ialah 55 Meter. Sekarang ini 48.5 Meter. Jadi saya nak minta kepada Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Menteri untuk

meluluskan bil elektrik, sebab bil elektrik hanya dibayar oleh EPU sampai bulan 11, sampai 15hb November 2019. Selepas itu EPU tak nak bayar dah. Jadi saya

nak mohon sikit je lagi RM3 juta je untuk penuhkan sampai 55 Meter. Maknanya apabila berlaku hujan lebat then just I mean kita nak buat macam mana, the dam is 600 hundred million ya.

And then kalau kita boleh pam air, one satu kita ada bekalan air. Dan PBA pun pada 9hb Oktober baru ini dia kata Mengkuang Dam ini dulu kita ingat dam

Page 77: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

77

yang tidak berfungsi hanya macam untuk emergency dam tapi dia kata. Tapi bila berlaku hujan air itu dam empangan Air Itam hujan tak turun di situ.

Maknanya Mengkuang Dam itu boleh membekalan air selama empat (4) bulan. Jika kita tak cukup air yang datang daripada Sungai Muda. Jadi saya nak

minta sangat kalau Kerajaan Negeri boleh pikirkan jangan biarkan Rumah Pam Mak Sulong itu jadi gajah putih sebab bila dibiarkan tidak beroperasi pam-pam itu akan rosak dan kita kena baiki. Okey.

Lagi satu apa ini lagi satu peyelesaian saya nak minta saya baru ini ada pada 26 Oktober saya membuat pertemuan dialog dengan nelayan-nelayan

sungai. Apa yang dia orang minta dan di kawasan itu ialah yang banjir. Dia orang minta supaya Empangan Ampang Jajar yang mulanya digunakan di bina untuk ambil air projek Sungai Perai untuk loji air PBA dekat Kampung Terus.

Anggaran kos RM70 juta tetapi telah gagal. Sebab air masin, sebab air laut yang masin itu dan masuk masalah kumbahan air najis babi dari Kampung

Selamat. Jadi air itu tak elok untuk dijadikan air minum. Jadi masalah sekarang ini walaupun pintu struktur di atas telah dirobohkan, telah dibuang, tapi struktur di bawah masih ada. Yang menghalang ikan dari laut dan penyucian sungai tidak

berlaku secara semula jadi dan air laut tidak dapat masuk untuk mencuci sungai dan sampah-sarap, kiambang sangkut di paras air sungai dan Ampang Jajar.

Penyelesaian yang dicadangkan ialah buang struktur di bawah itu, sekarang struktur di atas itu dan tak ada, buang struktur di bawah itu supaya air boleh

masuk dari laut dan menyucikan sungai dan ikan juga boleh masuk. Ini apa yang dicadangkan la tapi mungkin JKR, JPS dan Perikanan boleh semua boleh check.

Lagi satu cadangan yang dibuat di Ampang Jajar itu bot flyover tinggi atau

arch bridge ataupun draw bridge macam di Terengganu. Kita boleh. Pulau Pinang ada draw bridge. Itu akan jadi satu tarikan pelancong untuk Seberang Perai kita

tak ada lagi draw bridge. Supaya baru ini Terengganu menang Tourism Gold Award 2019 disebabkan oleh jambatan draw bridge itu la. Sebab kita nak bagi, kita nak bagi bot-bot nelayan itu oleh keluar ke laut. Sekarang ini hasil-hasil ikan

mati macam saya sebut.

Satu (1) ialah sebab tambakan paya, paya nipah. Lagi satu ialah disebabkan

oleh pelepasan ikan-ikan puyu yang besar-besar daripada tokong-tokong di tepi Sungai Perai. Saya pun dah pergi jumpa tokong-tokong dan saya nak minta kepada Jabatan Perikanan dulu dia nasihatkan tokong-tokong itu apani jangan

lepaskan ikan keli sebab dia makan semua anak-anak udang, semua ikan-ikan yang local tapi sekarang dia orang lepaskan.

Hari tu dia orang lepaskan burung. Lepas tu nak menyucikan dosakan untuk orang-orang Cina, lepas tu burung mahal. Sekarang ini lepaskan ikan Puyu tapi ikan Puyu itu besar-besar dan sangat agresif. So, dia pergi makan habis dan

Jabatan Perikanan pergi lepaskan apa ni benih udang galah semua dah habis kena makan. Semua dah tak da dah. Jadi dia orang rasa resah dan sedih la. Jadi dia

orang minta supaya disebabkan hasil pendapatan daripada hasil sungai itu kurang, kalau diaorang boleh dapat pendapatan daripada eko-pelancongan ini sebagai contohnya, okey.

Sekarang ini kita ada Pesta Padi kan. Pesta Padi baru ini walaupun kita buat secara gotong-royong sama-sama orang-orang kampung, kelab nelayan semua.

Page 78: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

78

Tapi alhamdulillah, masuk semua liputan Astro you know. Even surat khabar semua masuk so saya jangka. Diaorang kata 14,000 tapi saya taktau sebab saya

tak tunggu setiap hari.

Tapi memang ramai orang datang la sebab kadang-kadang macam Air Putih

kata di Pulau Pinang kena ada satu produk pelancongan yang baharu, so Pesta Padi itu bukan setakat pesta tengok padi itu, tapi ada naik bot, dan juga makanan tradisional dan saya amat berterima kasih kepada Padang Kota kepada Padang

Kota kerana telah datang ke Pesta Padi dan baik sangat pergi buat semua aktiviti yang apa ini main bola dalam sawah, tangkap ikan dalam bendang, itu berdiri di

situ tapi dia tak actually dia tak masuk sebab kasut dia itu kena lumpur.

Tapi, masak dodol, naik bot masuk dalam bendang ha. Masuk dalam bendang juga dan macam-macam. Jadi tiga (3) hari itu memang berbaloi duit.

Tiga hari. Tak Ketua Menteri pergi pada hari ke-2. Dan berbaloi duit yang diberi oleh Ketua Menteri sebanyak RM10,000.00 dan EXCO Pelancongan RM10,000.00

itu. Memang berbaloi. Jadi tak, macam ini okey, jadi sekarang ini apa untuk tahun hadapan kita buat dengan World Summit Landscape Architect sebab itu saya dijemput tahun ini untuk bagi talk.

So, bila diaorang tengok video saya semua. Diaorang semua macam wow best nak kena datang. Diaorang nak suruh datang dalam 1,000 peserta dia yang

duduk George Town semua nak kena pergi situ. Tapi kami fikir, bila kami pelan kami nak buat Wet Land River Cruise. Jadi maknanya wet land dah satu-satunya

fresh water wet land itu kita nak pelihara tapi kita akan bangunkan sebagai satu destinasi pelancongan yang lebih bagus.

Hari tu The Light Hotel ada bantu dia letak dalam semua skrin bilik letak

video kita, lepas tu Airport, Penang Global Tourism pun letak di Airport Pulau Pinang. Jadi kali ini kami nak upkan sikit next year kita akan, kita punya planning

ialah kita nak supaya pelancong ataupun pengunjung Pesta Padi dan supaya benda ini boleh jadi all year round. Kita nak adakan macam dipanggil itu zip-line. Maknanya hari itu orang naik botkan. Kita nak buat zip-line dari Kampung Terus

pergi ke belah sana. Belah sana pun Kampung Terus juga still Penanti belah sana juga. Naik zip-line yang tu jambatan tali itu kan jambatan gantung tapi itu. Zip-

line ialah dari pokok Marabella di Hutan Pelajaran Air Hitam ke pulau di pulau di hutan tu banyak pulau juga, I think ada dua, tiga pulau di hutan. Pokok Marabella situ juga. This is something new. So, kita nak panggil Zip-line Marabella terus la.

So, maknanya zip-line hanya ada dekat Escape. Escape ada zip-line. Habitat pun ada zip-line, Kampung Terus pun nak ada zip-line juga. Insyallah. Kami pun nak.

Lagi satu kami buat bersama dengan sebab kita wet land so kami buat bersama dengan orang yang koperasi yang develop the geopark.

This is UNESCO Global Geopark, Mangrove atau paya bakau. Masa mereka

mula start ini dia hanya ada dua bot nelayan sahaja untuk bawa pelancong ke situ. Tapi sekarang kalau kita pergi situ ada 140 bot. Maknanya kita protect, kita

lindungi paya bakau dan wet land kita dan kita bangunkan sebagai produk pelancongan yang baru. Ini di Langkawi very successful.

Tapi saya rasa, so kita punya lagi cantik. Sebab kita ada sawah pun ada I

mean, and then kita ada Hutan Pelajaran. Dia tak ada pun. Dia ada wet land ja. Kita ada banyak benda kita boleh compete dengan dia maknanya orang yang

datang ke Pulau Pinang. Kita oleh marketkan apa ni. Ini adalah UNESCO status

Page 79: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

79

dan Prof. Badar yang buat kita punya Penang Master Tourism Plan dia beritahu saya dia akan cadangkan supaya Pulau Pinang daftar sebagai RAMSAR Site.

RAMSAR Site maknanya dari Penaga Paya Bakau Penaga and also kita punya fresh water wet land di Hutan Pelajaran Air Hitam. Dan kalau boleh kita nak

sampai ke Sungai Mati kita di Kampung Terus. Jadinya apa implikasinya. Memang la kita kata RAMSAR Site ini apa. Tapi pointnya kalau RAMSAR Site is a UNESCO taraf dia seperti UNESCO site seperti Hong Kong. Di Hong Kong dia menarik

pelancong-pelancong untuk datang. Tapi point nya ini akan memberi isunya sekarang ini saya nak kekalkan lah apa-apa aset semula jadi yang kita ada di

Pulau Pinang itu kita kekalkan. Kita bangunkan sebagai produk pelancongan yang baharu. Then kalau kita boleh dapat UNESCO macam dekat Langkawi, Alhamdulillah. So, sekarang ini kita nak saya nak mohon sangat kepada Kerajaan

Negeri sekarang ini bila saya tengok perbelanjaan oleh untuk oleh Penang Global Tourism semua dia punya perbelanjaan dan program-program dia buat di pulau

sahaja.

Kebanyakkan di Esplaned. Semua. So, bila saya tengok perbelanjaan yang di gunakan itu RM7.5 juta untuk macam belon naik turun dan dia ada la beberapa

memang kalau di George Town memang tempat tu dah memang membangun dan kalau kita ada duit berjuta-juta untuk program pelancongan memang kita boleh

buat.

Jadi isunya sekarang ini bagaimana kita nak bangunkan produk-produk

pelancongan di kawasan macam paya bakau, our the only wet land fresh water wet land di Pulau Pinang macam di Kampung Terus dan di Hutan Pelajaran itu kita nak kalau nak tunggu kalau kita nak. okey tak pa kita tunggu la syarikat swasta

buat tapi kami tak mahu. Kita tak nak because di Langkawi The Kilim Mangrove itu dibuat oleh nelayan. Koperasi nelayan. Bot-bot itu diaorang yang own the boat.

So, kita tak nak tunggu penyelesaiannya kena pi cari pemaju mana-mana. Kita tak mahu macam itu. Kita nak apa-apa pembangunan yang kita buat pelancongan ke apa-apa yang kita buat akan benefit kepada orang-orang

kampung tu balik. Then duit tu tak payah dah minta kat you all dah bila banjir. Dia sendiri boleh bayar. Bila kita nak pasang lampu tak payah nak nak minta duit

duit YB banyak mana nak buat jalan ka apa ka kita mesti ada pendapatan sendiri. Jadi saya nak mohon apa ni dikekalkan dan cari jalan supaya Kerajaan Negeri pun boleh dapat untung daripada satu produk pelancongan yang baru. Dua ialah

carbon credit. Kalau kita boleh jual carbon credit macam orang-orang lain buat sampai ke Afrika pun boleh buat, kenapa kita tak boleh? Itu satu pendapatan yang

yang baru. Okey.

Isu yang saya nak seterusnya sebab topik ialah teras kejayaan kemakmuran bersama. Itu mesti dirasai. Isu yang sekarang ni ialah tadi saya bila

hari yang semalam ke saya tengok jawapan EXCO Datuk Keramat dia kata pembersihan kampung di pulau oleh MBPP mereka buat tiga kali seminggu. Dan

mereka buat pemotongan pokok semua I mean jaga kawasan kampung. So saya tak faham. Adakah kita ni kita ada dua PBT. Adakah kita dua-dua PBT menggunakan akta yang lain? Polisi yang lain? Sebab jawapan yang saya terima

sekian lama saya di ADUN ni dari segi surat ka daripada jawapan sidang DUN, MBPP tidak servis kawasan kampung. So saya tanya kali ni dalam soalan lisan,

apakah akta yag digunakan untuk mengeluarkan kawasan kampung daripada pembersihan awam daripada pembinaan kemudahan awam? Semua ni kita kena

Page 80: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

80

buat sendiri. Memang kita berterima kasih. Saya amat berterima kasih pada wira-wira oren yang selalu tolong kami bila bila kita bencana semua. Gotong-royong

semua. Ahli-ahli Majlis bagi tau jawapan suruh ambil duit Ahli Majlis. Ahli majlis dapat duit setahun RM70,000 je setahun. So, ahli majlis macam mana dia nak

selesaikan masalah-masalah pembersihan dalam kampung tu?

Okey cadangan daripada MPKK. Kalau Kerajaan Negeri tak nak buat langsung..(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Amat Berhormat Penanti, you taken 45 minutes. You cross. I’m given

another two minute. Dua minit sahaja.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Apa yang MPKK minta ialah kalau Kerajaan Negeri dan MBSP taknak buat,

then bagi bagi peralatan bagi bagi kepada bagi kepada bagi kepada MPKK. Dan saya juga nak minta MPKK minta supaya dia orang diberi SOCSO ataupun insuran.

Sebab bila bila bila berlaku banjir, kebakaran, ribut dia ada first liners. Dia orang yang dekat situ. Because kalau kita ada seorang memang impossible dan juga tugas mereka bahaya kalau boleh I think SOCSO tak lah mahal sangat. Please

pikirkan kebajikan MPKK. I don’t have that much time now. Okay.

The most important thing saya nak cakap, saya buat projek retort ni pun

sebab banjir 2017. Tujuh (7) hari kampung terus banjir. Dan Alhamdullilah I just want to show you all saya punya kelulusan yang makanan-makanan kita retort

1,200 makanan pada makanan pada masa bulan Ramadhan dan 34 menu dan ini ialah keputusan makmal yang diiktiraf oleh KKM sebab kita berjumpa dengan Pengarah, Timbalan Pengarah Keselamatan Makanan di Putrajaya dan kita ikut

semua test yang dia suruh buat. Semua kita ikut. Semua test kimia, test, test keselamatan makan juga apa ni khasiat makanan, labelling of khasiat makanan

dan juga probe temperature probe maknanya dia masuk USM masukkan probe di dalam retort semasa kita masukkan dalam mesin. Mesin yang diletakkan di Hotel The Light itu dan menunjukkan memang 122 degrees selama 25 minit dan surat

daripada USM memang mengakui maknanya it is sterilized.

Makanan tu tahan. Saya ada bawa beberapa saya ada beberapa makanan.

Saya buat ni saya buat ni one is yang bagus buat retort ialah satu ialah makanan-makanan you tak bazir. Tak masuk dalam landfill. Kita tengok MBSP sekarang. Dia spent 10 juta untuk hantar sampah ke landfill Pulau Burung. Empat juta dia

transfer stesyen Ampang Jajar. Kalau kita boleh kurangkan makanan yang kita buang, ni makanan-makanan di hotel kitchen yang tak habis. So kalau ada

function ke kalau you all buat dekat SP Arena ke ataupun buat dekat SPICE itu banyak makanan tak habis. Kalau kalau kita boleh ambil dari kita ajar orang-orang supaya jangan campurkan makanan jangan bagi contaminated, then kita boleh

save and makanan ni kita boleh bagi pada orang-orang susah, pelajar-pelajar susah, mangsa-mangsa banjir. Sebab dia buka macam tu je. And then kalau nak

bagi dia hot, you can have a hot pulse you buka and then air tu air sungai ka air apa pun terus boleh makan dengan panas. So saya rasa satu ialah kita help untuk kurangkan kos buang sampah yang 10 juta yang MBSP bayar untuk untuk tipping

fee tu hantar pada Pulau Burung boleh dikurangkan. Then MBSP mungkin ada duit

Page 81: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

81

untuk buat benda lain. Pembangunan kemudahan pembersihan kampung semua tu.

Okay just one before I lupa wanita. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Padang Lalang sebab telah buat JPWK dan JPWK dan Brigade Wanita

di Penanti adalah tulang belakang saya. Sebagai seorang ADUN wanita, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada mereka kerana mereka macam bila kita buat benda-benda yang macam ni sekarang dia orang train semua semua wanita-

wanita kampung pandai buat retort. Senang, Mesin tu kat rumah dia dia boleh tekan ubah ja takda apa. Siap makanan apa-apa yang dia masak. Dan dia orang

sekarang ajar semua wanita-wanita kampung macam mana nak buat online marketing cause sekarang ni orang malas nak pergi kedai. Orang just you know Grab Food ke apa Food Panda ke apa ke so saya nak ucapkan berbanyak terima

kasih kepada semua pegawai-pegawai JPS, pejabat daerah, penghulu Wan Chik Saiful, Puan Asmahani, semua EXCO-EXCO, CM dan semua.

Oh ya. Just one one isu yang saya rasa yang sangat penting ialah masalah dadah. Even Sungai Puyu pun kata Penanti ni memang banyak dadah. Memang saya akui. Saya akui. Betul. Penanti ialah dalam Permatang Pauh kita orang yang

paling banyak dekat Kampung Tun Sardon pun ada dan saya mana tahu mana tempat jual. Ya. Saya tahu semua.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Macam ni macam ni. Dari skuad kita adakan dialog pada 8 September. Dengan semua skuad AADK, dengan MPKK dengan semua pertubuhan apa ni belia

semua apa yang dia orang minta macam ni. Sebab kita punya masalah dadah kita bukan macam heroin dan ganja. Heroin dan ganja you boleh bagi methadone.

Tapi kita punya masalah 75 % adalah ice ataupun syabu sintetik. Dadah sintetik ni dia tak buat kita sangat jadi gian ke apa-apa. Dia hanya buat kita permanent brain damage. Dan orang tu akan hallucinate dan akan jadi violence. Sebab tu

akan merompak, berani pukul mak dia untuk dapatkan duit tu. Jadi solutionnya ialah yang saya dah hantar ke Pejabat CM sebagai Pelan Pembangunan ialah buat

aquaponics di Taman Guar Perahu ni sebab tanah kerajaan. Dan tadi semalam, tadi ke yang saya tau ada greenhouse ada 26 greenhouse, 22 greenhouse yang terbengkalai. Please bagi dekat kita orang sikit sebab kita nak aquaponics ni

maknanya beli ikan. Ikan tu ada hasil pendapatan. Saya dah tengok dah. Dan kita boleh buat macam transparent comel semua. Ikan tu punya taik kita letak dalam

aquarium jadikan dia nitrate. Dan nitrate tu kita jadikan guna sebagai baja untuk sayur. Then kita buat kita dah lukis plan everything supaya tempat tu jadi tempat hang out budak-budak. Sebab sebenarnya orang ambil dadah ni sebab dia boring.

Satu sebab dia ikut kawan-kawan dia lepas tu dia takda tempat lepak. So kita nak create satu tempat lepak di Taman Guar Perahu sebab itu tanah kerajaan.

So then kita letak la benda-benda healthy. Dia boleh masak, makan sayur kat situ, makan ikan and then hang around, buat tuisyen malam ke apa ke so saya nak mohon kalau Ketua Menteri Padang Kota boleh luluskan permohonan saya.

Dengan itu actually ada banyak lagi nak cakap tapi saya jadi di stop. Okay last sebelum saya lupa..(gangguan).

Page 82: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

82

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat, last last dah empat kali dah.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Tak, tak just this one sebab sebab saya tengok tadi viralkan isu viral.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Last last isu sokong ke tak sokong.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Isu Bible. Okay. Just isu Bible saya kena terangkan di sini. Okey saya nak terangkan sebab benda ni dah viral even anak saya pun dapat tweet dari kawan-

kawan dia pun sampai demam dua hari dah. Okey. Dia macam ni. Saya masa tu 2015. 2015 masa saya start program ni isu hudud hangat diperkatakan oleh MPKK Cina, tokong-tokong semua tanya saya. Tolong buat dialog la. Tolong sat explain

sikit. Dia orang Melayu pun macam heran. Kenapa orang-orang bukan Islam tak suka nak bantah pasal hudud ni sebab hudud punya undang-undang hanya kena

pada orang Islam, kenapa dia orang nak bantah. So dia macam tak faham. So saya fikir masalah yang berlaku ni di Malaysia ni saya rasalah bila saya tengoklah orang-orang kampung kawasan saya orang-orang Cina, orang Melayu semua lah.

Kita ni dari kita ni dah lama duduk di Malaysia ni dari zaman British. Tapi di kampung-kampung kita tak ada langsung pemahaman. Jiran kita di kampung

kita di taman kita dia percaya apa kita tak tahu. Jadi kita tak tahu then kita ada perasaan was-was ataupun bila apa dan ia boleh digunakan oleh certain people

untuk menyucuk-nyucuk api-api kebencian. Saya risau itu berlaku. Sebab masa tu hukum hudud banyak sangat diperkatakan. So apa yang saya buat saya kata macam ni. Kita orang Islam kita ada tanggungjawab. Semua dalam Islam ni Allah

says ugama my ugama, your ugama. Maknanya kita ada pilihan. Kita nak jadi orang Islam ataupun tak nak jadi orang Islam. The masalah ialah ramai orang di

di kawasan saya lah mungkin di Malaysia ka dia adalah orang-orang Islam yang dilahirkan Islam. Bila dia dilahirkan Islam, dia bukan jadi Islam sebab dia nak jadi Islam.

Jadi dia dilahirkan Islam dia tak tahu dia tak belajar pasal ugama-ugama lain, kepercayaan lain. Lain daripada orang-orang yang masuk, I mean revert to

Islam. Dia dah kaji. Jadi masalahnya bila orang-orang Islam yang duduk dekat Malaysia ni tak tahu tak macam ignorance apa-apa sikit boleh di spark dan saya tak nak apa yang berlaku di negara-negara lain. Sebagai contoh di Yaman. Anak

sedara saya kat situ. Bila dua, dua penduduk bergaduh, kita orang nak kena selamatkan dia bawa balik Malaysia. Dan saya dulu belajar buat PhD dekat UK.

Kat UK tu kita selalu risau ada bom. Protestan bergaduh dengan Katholik. Dan saya rasa, I learned la tapi saya rasa bom ada kat London juga tapi point nya macam ni. Point nya macam ni. Kita tak mahu Malaysia kita tak mahu keamanan

kita di Malaysia ini digugat oleh mana-mana sapa pun ahli politik ke, parti politik mana-mana Pakatan ataupun the other side. Kita tak boleh don’t jangan play with

fire. Sebab benda tu boleh berlaku kalau kita biarkan. Jadi apa yang saya buat pada 2015 saya tanya kepada Interactive Dakwah Lim Jooi Soon sebab dia orang

Page 83: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

83

Cina. Dan dia boleh bertutur dalam Mandarin lepas tu dengan orang-orang lain yang orang-orang…(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat Penanti. I think you have explained this yesterday also.

Kita dah tau dah.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

I know I know but this is important I just want to say macam ni. I kita kita

I think dari budak-budak kecik dari sekolah ke kita tahu ugama kita cari apa. Dia ugama orang lain dia percaya apa. Dan kita tak akan rasa, oh! anak-anak kita kan

terpengaruh sebab dia dah tau agama kita, yakin dengan agama dia. Kita kena ajar benda-benda tu walaupun we are born Muslim dan saya nak kata kepada ada orang-orang Islam yang ada di sini. Nanti you dalam kubur nanti, nanti pada Hari

Kiamat, Allah is going to ask you, you leave all the community and you create a fear of Islam.

You bagi orang takut pada Islam, you never explained, Islam tu apa. Siapa yang akan disoal nanti di Hari Kiamat? Are you going to answer that, because you never nak buat sesuatu untuk menerangkkan hidayah datang dari Allah, tapi

tanggungjawab kita ialah menerangkan what is the true about Islam. Bagi orang faham dan saya akhiri dan saya nak cakap yang Allah jadikan kita ni berbangsa-

bangsa, different kaum, different skin colour but why? So that we get to know each others.

Kita saling mengetahui, how to you know each other kalau kita even tak tahu apa jiran kita belief in. We have no knowledge langsung. So tu jelah saya nak cakap..(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Sokong tak sokong bajet?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr Hajah Norlela binti Ariffin):

Dengan ini saya mohon menyokong. Assalamualaikum W.B.T

YB. Timbalan Yang di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat Penanti, dipersilakan Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih YB. Yang di-Pertua. Salam sejahtera, Salam Harapan dan Salam Sayangi Malaysiaku. Terima kasih kepada Y.B Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan

2020 yang telah dibentangkan oleh YAB. Ketua Menteri pada Jumaat yang lepas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YAB. Ketua Menteri dan barisan

EXCO yang terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif yang untuk demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri Pulau Pinang. Saya ingin juga

Page 84: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

84

mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana mengamalkan satu urus tadbir yang cekap, akauntabiliti dan telus.

Salah satu perkara yang saya ingin membawa ke Dewan ini adalah saham-saham yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Mengikuti jawapan kepada soalan

bertulis saya, saham-saham yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri adalah melalui tawaran Langganan Terbitan Awal (IPO) dengan harga saham yang ditetapkan oleh syarikat yang membuat penyenaraian di Bursa Malaysia.

Antaranya ada lapan (8) saham-saham yang telah dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Yang pertamanya adalah Petronas Dagangan Berhad, Tenaga Nasional

Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Axiata Berhad, Malaysia Airport Berhad, PBA Holding Berhad, Maxis Berhad dan Astro Holding Berhad yang kosnya berjumlah RM244,446,074.00. Harga pasaran sehingga 30 September 2019 sudah mencapai

RM384,100,001.00, ya.

Sekiranya saham-saham itu dijual mengikut harga pasaran, Kerajaan

Negeri akan memperolehi keuntungan sebanyak RM139,653,926.00. Dari tahun 2016 sehingga 30 September 2019, Kerajaan Negeri telah memperolehi sebab Kerajaan Negeri tak jual maka ada pulangan dividen, dividen itu pun agak banyak.

Jumlah itu adalah sebanyak RM45,886,522.00.

Maka saya juga ingin tahu kerana perkara ini sebenarnya akan diuruskan

atau dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Pulau Pinang yang akan membuat keputusan yang akan dipengerusikan oleh

Ketua Menteri dan juga Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Kewangan Negeri dan juga ada satu Setiausaha.

So saya nak tau sebab dalam bajet yang, dalam perjanjian program Buku

Bajet ini ada sebut empat kali setahun akan mengadakan mesyuarat. Tapi untuk 2019 di sana langsung tidak ada, ya. Tapi saya ingin tahu berapa kali mesyuarat

lembaga telah diadakan dan adakah ada apa-apa keputusan untuk Kerajaan Negeri, untuk membuat apa-apa pelaburan baru memandangkan keputusan yang kita ambil pada masa dulu telah mengambilkan, mendatangkan begitu banyak

keuntungan atau dividen yang boleh digunakan untuk sebagai hasil kepada Kerajaan Negeri dan di dalam akta tersebut juga ada menyebut ada satu Unit

Analisa Pelaburan dan Pinjaman.

Adakah ia berfungsi dalam proses pertimbangan untuk membeli menjual saham-saham yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri? Adakah unit ini diwujudkan

dalam lembaga ini dan apakah nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh Unit Analisa Pelaburan untuk keadaan masa terkini dan juga pada masa akan datang?

YB. Speaker, jika hari ini macam ADUN Penanti dan juga Ahli-Ahli tadi, Sungai Pinang dan juga Batu Lancang, jika saya tak sebut isu banjir saya rasa, saya tidak menjalankan tanggungjawab saya dengan baik sebab pada baru-baru

ini Oktober 21 hingga 27 ya memang kawasan Machang Bubuk telah dilandai satu banjir yang berturut-turut.

Bukan satu hari bukan dua hari tapi satu minggu berturut-turut ada orang sudah bersihkan rumah. Hari kemudian kena banjir lagi. So, orang yang bersabar tu pun jadi tidak sabar, tambahan pula yang dia berlaku incident, tersebut semasa

perayaan Deepavali dan menjelang perayaan Deepavali ada ramai penduduk-

Page 85: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

85

penduduk khasnya di kawasan macam di Taman Sejahtera, Taman Sukun yang mereka mengalami banyak masalah kerugian dan kerosakan disebabkan oleh

banjir kilat ini.

YB. Speaker, saya rasa perkara ini hanya berlaku di KADUN Machang Bubuk

khasnya di KADUN Machang Bubuk banyak tempat tetapi di SPT adalah paling teruk di Machang Bubuk kita ada empat (4) pusat pemindahan sementara telah dibuka kerana ada kampung-kampung yang terlibat terjejas dengan banjir kilat

ini.

Kedudukan geografi KADUN Machang Bubuk ini amat unik, kerana kita

terletak di tengah-tengah yang hulunya dari Kulim Bandar Baharu. Tetapi pada masa jika air itu kena mengalir melalui Machang Bubuk dan juga sampai ke muara sungai di Juru atau ke Batu Kawan ya, dan kita suka tak suka Machang Bubuk

kena menerima air yang banyak.

Dan tambahan pula pada akhir bulan Oktober itu ya mengikut Jabatan

Meteorologi kebetulan juga fenomena air pasang besar di kawasan pengaliran Pulau Pinang ini. So air tidak dapat mengalir keluar ke laut, maka perkara ini telah menyebabkan air bertakung di KADUN Machang Bubuk dan banyak kawasan yang

terjejas ya dan satu perkara yang saya mendapati adalah banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri khasnya di bawah EXCO Tanjung

Bunga.

Memang banyak usaha selepas hari selepas banjir 21hb Oktober, 22hb YB.

Tanjung Bunga telah turun ya walaupun kena ambil tongkat, tapi pun turun ke kawasan untuk mengadakan lawatan dan juga mengadakan satu sidang media. Ya saya ucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri ambil tindakan yang pantas.

Memang banyak projek yang sedang dijalankan dan akan dijalankan. Cuma saya rasa projek-projek mitigasi banjir ini tidak secepat dengan proses perubahan

iklim. Cuaca yang tidak begitu menentu seolah-olah kita tidak dapat mengejar ya kelajuan cuaca itu yang begitu tidak menentu. Maka saya rasa itu adalah satu perkara yang perlu kita lihat balik kerana kita seolah-olah hanya boleh fighting

tapi ini airlah bukan fire.

Bila ada berlaku banjir kita buat ini, kita bersihkan ini, kita naik taraf sungai

kita menyelenggara parit, bersihkan longkang yang tersumbat. Itu adalah tindakan-tindakan yang pasif yang kita reaksi yang kita dengan spontannya ya. Tapi kita kena tau kenapa boleh berlakunya perubahan iklim atau perubahan

cuaca yang tidak menentu ini.

Maka saya rasa ada beberapa perkara yang perlu kita kaji, iaitu kita perlu

lihat ya, tadahan air semula jadi yang berkurangan kerana oleh pembangunan-pembangunan perumahan atau kilang atau perniagaan. Semua ini perlu dikaji balik dan implikasi sama ada kita juga kena kaji sama ada implikasi tambakan

laut itu yang akan menyebabkan climax chain kenaikan paras air laut ya, di negeri Pulau Pinang juga perlu dikaji ya sama ada kerja-kerja atau projek tambakan laut

akan mempengaruhi paras air laut.

YB. Speaker dan kita juga tahu bahawa kita ada Pelan Induk Perparitan Seberang Perai Tengah yang sudah siap ya, yang sudah siap tetapi tidak dapat

dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan kewangan.

Page 86: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

86

Keberkesanan pelan induk ini yang membelanjakan kos yang tinggi ya, kita tak mau ia jadi hanya sekadar satu kajian atau hanya sekadar dalam kertas di

atas kertas sahaja tapi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak ada kewangan yang mencukupi.

Maka dalam pembentangan Bajet 2020, Ketua Menteri telah memaklumkan kepada kita bahawa kita telah mendapat ya dalam Rancangan 11 di bawah Rolling Plan ke-4, 2020 kita telah ada satu kajian keberkesanan penyelesaian banjir

jangka panjang di negeri Pulau Pinang termasuk daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Anggaran kos kajian tersebut adalah berjumlah RM10 juta. Saya memang

setuju sepenuhnya dan menyambut baik tentang usaha Kerajaan Negeri yang melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu kerana Machang Bubuk atau Pulau Pinang, Seberang Perai kerana secara keseluruhannya penerima air daripada

Kedah, negeri Kedah.

Maka usaha untuk mengadakan apa-apa mitigasi banjir itu perlu melibatkan

ya, Kulim Bandar Baharu dan Kedah dalam usaha menentukan apa projek dan juga cadangan-cadangan yang boleh dibuat. Maka saya memang menaruh harapan yang begitu tinggi dan juga cadangan-cadangan yang boleh dibuat.

Maka, saya memang menaruh harapan yang begitu tinggi atas usaha ini kerana ia adalah satu pemulaan yang saya rasa kita kena menangani isu ini dari punca

dan bukannya hanya buat di downstream sahaja jika tidak kawal di bahagian hulu, maka air itu akan datang dengan begitu banyak seperti Oktober 21, 27, walaupun

kawasan Machang Bubuk taburan hujan itu tidak begitu tinggilah masa itu tetapi disebabkan Kulim, maka kita masih perlu menanggung banjir itu. So saya harap perkara itu dapat dipercepatkan dan bukan sekadar kajian seperti apa yang tadi

saya sebut pelan-pelan induk itu semua perlu dilaksanakan khasnya dari segi kawalan macam mana pembangunan itu dapat dikawal untuk memastikan bahawa

sungai-sungai dan parit-parit itu boleh menampung dan boleh menampung taburan hujan yang begitu tinggi.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Mencelah Yang Berhormat Macang Bubuk. Yang Berhormat Dato’ Speaker, tentang kajian yang melibatkan bahagian Kedah, memang saya bersetuju bahawa

kajian ini perlu diadakan tetapi adakah selepas kajian, mampu kita laksanakan seperti yang dihadapi oleh PBA tentang kita mencadangkan larangan pembalakan di Hulu Muda. Sehingga kini masih tidak dapat dilakukan kerana pihak Kedah

meminta pampasan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, ini nombor satu.

Nombor dua, sehingga kini kawasan tadahan air di hulu Sungai Junjung,

Jejawi terutamanya di bahagian Kulim, banyak telah dibangunkan. Termasuk Kawasan Tesco sedia ada. Dulu adalah merupakan hulu sungai bagi sungai Junjung. Bererti Kawasan tadahan di Kedah pada ketika ini sudah tiada. Oleh itu,

kita bukan sahaja perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membuat kajian, tetapi perlu bersiap-sedia bagaimana pendekatan untuk

memastikan pihak negeri jiran kita bersama-sama melaksanakan kajian yang akan dihasilkan kemudian. Dan ketiga tentang notis beli dan pengambilan balik tanah dalam seksyen, dalam Bahagian 7, Akta Perancangan Bandar dan Desa,

iaitu Seksyen 37. Dalam Rancangan Struktur yang digazetkan pada tahun 2007, kita pernah mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dijadikan kawasan

tadahan di SPT terutamanya di DUN Machang Bubuk tetapi kita tidak dapat

Page 87: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

87

melaksanakan kolam-kolam tadahan ini kerana kawasan yang dikenal pasti semuanya merupakan kawasan persendirian. Apabila kita mengazetkan sesuatu

tanah sebagai kawasan tadahan atau kawasan kolam tadahan, Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan perlu membuat pengambilan tanah sebab pemilik

tanah mempunyai hak untuk memberi notis pemberian kepada Pihak Berkuasa. Oleh itu, saya berharap apabila kajian ini dibuat, faktor-faktor ini perlu diambil kira. Jangan kita sesuka hati menggazetkan sesuatu kawasan untuk dijadikan

kawasan tadahan atau kawasan kolam tadahan tetapi selepas itu kita tidak mampu untuk melaksanakannya.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun yang memberi input yang saya rasa begitu bernas dan saya setuju bahawa kajian-kajian yang telah dibuat dan

bakal dibuat, yang telah dibuat adalah Pelan Induk Drainage Masterplan untuk SPT. Kelima-lima daerah di Pulau Pinang akan buat. Dia akan membelanjakan

RM5,247,633.00 yang untuk kelima-lima daerah di Pulau Pinang dan saya memang setuju bahawa yang akan dibuat itu juga perlu mengambil kira bahawa kebolehlaksanaannya dan juga kita kena mencari cara dan juga mendapatkan

dana untuk melaksanakannya demi kebaikan bukan sekadar di Pulau Pinang tapi juga untuk Negeri Kedah. Maka saya minta nanti EXCO Tanjung Bunga juga boleh

merespond bahawa sejauh manakah kajian-kajian yang kita telah buat itu diguna pakai sebagai bahan rujukan untuk sebarang perancangan pembangunan yang

melibatkan sistem saliran. Yang macam tadi Yang Berhormat Bukit Tambun kata, yang sudah dibangunkan, walaupun dalam kajian sudah menetapkan itu adalah kolam takungan, tetapi kadar proses pembangunan lebih cepat daripada tindakan

Kerajaan di mana pembangunan oleh tuan tanah atau pemaju telah menggunakan tanah itu untuk buat pembangunan. Maka, kita sudah kehilangan satu tempat

yang diperlukan untuk membuat kolam takungan.

Ini isu yang penting. Ini juga isu untuk memastikan bahawa kajian-kajian yang kita buat itu yang telah membelanjakan itu tidak sia-sia. Jika tidak dapat

dilaksanakan, maka kita akan menghadapi satu masalah yang lebih besar lagi pada masa akan datang.

Maka, saya juga ingin bahawa selain ia dapat dijadikan sebagai bahan rujukan, ada apakah nilai tambahan yang boleh diperolehi melalui pelan-pelan induk tersebut. Banyak cadangan dan recommendations yang dibuat dalam pelan-

pelan induk tersebut tetapi kita perlu memastikan ia dapat dilaksanakan.

YB. Speaker, saya juga ingin tahu bahawa sejauh manakah Bandaraya

Seberang Perai dan juga Bandaraya Pulau Pinang bersiap-sedia untuk menjadi bandar berdaya tahan atau resilience city kerana hanya keadaan masa kini adalah mungkin hujan lebat 30 minit sahaja, banyak kawasan perumahan telah

mengalami banjir. Cara yang kita guna pakai selama ini perlu dikaji balik kenapa boleh berlaku dengan begitu sekejap sahaja air sudah naik masuk ke dalam

rumah. Sekarang saya rasa perkara ini dia bukan sekadar kita ada orang kata bila kita turun ke padang ada mangsa-mangsa banjir mendengar kita kata “ini keadaan cuaca tidak menentu, taburan air hujan terlalu tinggi”, mereka marah

YB., mereka kata “apa ini YB hanya salahkah cuaca sahaja, apa tindakan yang boleh kita buat, boleh YB buat”. So saya bukan kata nak salahkan cuaca, tapi ini

adalah perkara yang kita perlu memandang serius di mana kita seolah-olah manusia ini tidak dapat mengawal cuaca. Kita tak dapat mengawal cuaca tapi kita

Page 88: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

88

boleh membuat keputusan yang macam mana kita boleh memastikan bahawa perubahan iklim itu tidak begitu berlaku dengan begitu cepat.

Hari ini kita telah mendapat satu berita kerana climate crisis ini ada 11,000 saintis di dunia telah memberi satu amaran kepada manusia di seluruh dunia ini

bahawa climate crisis ini berlaku dengan kadar yang lebih cepat daripada apa yang telah dijangkakan. Ini satu isu yang besar. Ini satu emergency untuk humanity. So saya rasa perkara ini tidak boleh diambil, dipandang remeh atau rasa ini masih

jauh daripada Negeri Pulau Pinang. Bagi Machang Bubuk, dalam bulan Oktober yang lepas, saya sudah sendiri boleh merasai. Saya tak boleh kawal, tak boleh

kawal cuaca. Saya nak hujan tu berhenti, boleh? Tak boleh. Saya nak air itu mengalir lebih cepat pergi laut? Tak boleh sebab air pasang besar, air tak boleh mengalir keluar. Bukan sekadar berapa parit kita begitu dalam atau begitu besar.

We are so incapable to handle this kind of situations.

So bila kita kata ini adalah apa yang boleh kita jawab tentang isu ini. Suka

tak suka, dia adalah berkaitan dengan perubahan iklim. Perubahan iklim ini bukan tanggungjawab satu negara atau satu negeri termasuk Perdana Menteri yang baru datang ke Asia Pacific Urban Forum baru-baru ini dari Fiji. Negara dia pun

mengalami satu cabaran yang besar kerana pulau-pulau di Fiji kemungkinan akan tenggelam jika ia tidak ditangani dengan baik. Tapi itu bukan sekadar Negara Fiji

sendiri boleh menanganinya kerana jika di US, di China, di India, semua tidak mengawal carbon admission dia, mereka pulau-pulau kecil ini yang akan

menanggung implikasi buruk daripada perubahan iklim ini. Adakah ini jauh dengan kita? Mungkin. Mungkin Pulau Pinang kita tidak akan tenggelam dalam masa 2-30 puluh tahun yang akan datang tapi untuk Negara Fiji, Solomon Island, Tonga,

Tuvalu, mungkin bukan macam itu. Mereka mengalami Pacific lsland itu mengalami isu yang ini. So ada apa-apa hubung kait dengan kita? Ya. Kita sudah

nampak implikasinyalah di kawasan Machang Bubuk, I think di kawasan Bukit Tengah pun ada. Di Bukit Tengah, Taman Mangga. Semua ini saya rasa kita perlu mengambil satu perkara atau tindakan yang serius.

Mengikut Joseph Stiglitz, Pakar Ekonomi Amerika Syarikat serta Former Chief Economist of the World Bank, dia kata, “the climate crisis is our 3rd world

war”, perang dunia yang ke-3. Dia perlu satu tindakan yang berani, yang besar. So ini satu amaran yang saya rasa begitu penting untuk kita sebagai seorang ADUN, wakil rakyat, saya rasa kita semua yang berada di Dewan yang mulia ini,

kita ada satu tanggungjawab dan juga untuk kita memastikan bahawa kita perlu mengambil tindakan untuk menangani isu climate crisis. Parlimen UK telah

mengumumkan bahawa mereka masuk dalam climate emergency tetapi di negara kita, kita amat bernasib baik. Mungkin kita tidak seteruk itu tetapi kita juga perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih

serius lagi.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta laluan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Boleh.

Page 89: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

89

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Tentang climate change Yang Berhormat Machang Bubuk. Saya nampak

begitu, so motivated talk about climate change. Walaupun kita ambil, for me, saya seorang yang cintakan alam semula jadi. Tetapi apakah pandangan Yang

Berhormat Machang Bubuk tentang negara-negara barat yang sering mencanang-canangkan tentang climate change, environmental protection tetapi hantar plastic waste ke negara-negara Asia dan selepas China telah membekukan kesemua

import of plastic daripada luar negara, Malaysia mula menjadi sasaran dan Indonesia, sekarang Indonesia pun sudah menutup pintu mereka dan apa yang

paling mengejutkan saya adalah malah kita punya negara sudah menjadi ‘tong sampah’ untuk negara seperti Bangladesh, baru-baru ini ada plastic waste dari Bangladesh datang sini. So adakah Machang Bubuk bersetuju dengan saya kalau

saya, kita membuat satu ketetapan kita minta Kerajaan Persekutuan jangan keluarkan lagi AP untuk plastic waste import ini, terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih kepada sahabat saya Bagan Dalam yang telah menyebutkan tentang isu sisa plastik dan saya rasa dia berkait juga. Sebab isu climate change

ini atau climate crisis ini dia bukan boleh ditangani oleh satu negara atau satu negeri. Saya bukan di sini kita bukan sekadar di Pulau Pinang sahaja kita boleh

menangani climate crisis ini. Dia adalah satu tanggungjawab bersama di seluruh dunia ini dan semua masyarakat perlu berganding bahu untuk menanganinya.

Dan pastinya kerajaan sebagai pembela rakyat, the guardian of the people, kita perlu mengambil tindakan lebih cermat bila kita membenarkan apa-apa barang dari luar negara masuk ke dalam negara kita. Maka ya, saya setuju bahawa

Kerajaan Persekutuan perlu mengambil tindakan yang lebih cepat dan tegas untuk hentikan, ya hentikan pengimportan atau penerimaan kontainer-kontainer yang

ada sisa plastik ini. So maka saya rasa kita bertanggungjawab secara bersama untuk menangani climate crisis ini.

YB. Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang perumahan. Saya

mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri yang telah mempelbagaikan penyediaan unit PPR seperti Single Transit Unit dan Youth Transit Unit yang berkonsep studio

mikro unit. Dalam ucapan YAB. Ketua Menteri, saya rasa ini adalah satu perkara yang baru yang memang orang-orang belia ini tidak mampu untuk memilik rumah yang besar atau tiga bilik rumah tapi untuk ada Youth Transit Unit ini saya rasa

kita ada menawarkan satu tempat untuk kediaman orang-orang muda. Satu pengalaman yang menarik adalah pusat penjagaan warga emas yang

menyediakan penempatan untuk para pelajar di Negara Belanda, Negara Holland, Belanda. Pelajar-pelajar dia tidak perlu bayar sewa tetapi dia hanya menyumbang masa 30 jam setiap minggu, 30 jam sebulan untuk hidup sebagai jiran bersama

dengan warga emas. Dan hanya satu aktiviti sahaja yang wajib dilakukan oleh pelajar itu iaitu menyedia dan menghidangkan satu meal, satu makanan setiap

petang hari kerja.

Saya memohon agar Kerajaan Negeri juga boleh mengkaji tentang pengalaman di Belanda ini untuk mengenal pasti bahawa ada pusat-pusat

penjagaan atau rumah warga emas atau ada- ada rumah yang tinggal oleh seorang warga emas, mungkin perlu ada satu, boleh hidup bersama dengan

pelajar atau menawarkan bilik-bilik untuk orang-orang muda ini. ini untuk

Page 90: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

90

menyediakan satu penempatan kepada orang muda malah boleh mewujudkan satu interaksi inter-generation yang baik di kalangan masyarakat kita.

YB. Speaker, saya ingin juga membangkitkan tentang tanggungjawab sebagai seorang penggubal undang-undang, we are here all as legislator. Saya

dalam sidang DUN sentiasa ada bangkitkan isu tentang tapak pelupusan sampah haram atau rumah terbiar, rumah sampah yang tidak dibersihkan oleh tuan tanah. Untuk makluman Datok Keramat pada Jumaat yang lepas saya ada bangkitkan

tentang isu tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh yang seluas 22.33 hektar ini. Untuk maklumat sampai hari ini tak ada usaha langsung. Boleh, hari itu kita

sudah kata tak mungkinlah 24 jam tuan tanah boleh pergi bersihkan tapak pelupusan sampah haram yang begitu luas, tak mungkin. Dia sudah jelas engkar perintah mahkamah, kita tahu tuan tanah itu hanya dikenakan denda RM1,000.00

saja, RM1,000.00 dia boleh bayar sebab nak buat itu saya rasa RM1 juta pun tak boleh, tak pasti boleh bersihkan kawasan itu atau tidak. Tak tahu mungkin Bukit

Tambun pernah pergi bersihkan semasa menjadi Ahli Majlis atau tidak, tak mungkin.

So maka Datok Keramat dalam jawapan beliau pada hari Jumaat yang

lepas, beliau kata undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi, okey. Saya tak ada masalah jika sudah mencukupi. Isu ini bagaimana kita nak menangani,

isu di mana sampah itu sudah jelas, bukti sudah ada di sana, tuan tanah sudah pun dikenalpasti, sudah dibawa ke mahkamah tapi sampai sekarang denda satu

ribu, okey. Jika kata, okay, kita ada undang-undang lain kah, RM500,000.00 denda, lima tahun penjara tapi adakah tindakan itu diambil, RM500,000 jika denda dia boleh bayar juga. Saya rasa nak bersihkan kawasan itu seperti saya kata lebih

RM500,000, boleh pergi turun tengok, panggil kontraktor pergi tengok jika nak bersihkan itu nak guna wang berapa banyak.

Saya rasa perkara itu amat serius kerana kita biasanya saya terus terang di sini, saya sebagai ADUN sudah masuk tahun ke enam tetapi banyak isu-isu yang kita bangkit seperti isu ini, dia akan macam itu saja, selepas kita bahas di

dalam sidang DUN. Maka saya nak tahu apa masalahnya sebenarnya, ada apa, jika undang-undang itu mencukupi, kenapa isu ini tak dapat diselesaikan. Saya

cadangkan supaya, saya sentiasa cadangkan bahawa undang-undang yang sedia ada perlu dikaji balik termasuk kena rampas balik tanah itu. Bila kita rampas balik tanah itu kerajaan boleh balik untuk masuk untuk bersihkan dan tanah itu jadi

tanah kerajaan. Kita sentiasa kena pergi mengadakan pengambilan balik tanah yang mengguna wang rakyat yang begitu tinggi untuk kegunaan orang ramai

tetapi kita tidak boleh pergi bersihkan. Saya tidak setuju bahawa kita pergi bersihkan walaupun mahkamah sudah panggil tuan tanah untuk bersihkan, dia tak bersih, kita kerajaan tak boleh pergi bersihkan untuk dia. Tapi saya rasa

undang-undang perlu ada di mana bagi kuasa kepada kerajaan untuk merampas balik tanah itu baru boleh kita mengambil tindakan ke atas tuan tanah itu, jika dia

nak kekal tanah itu dia bersihkan. Sebab itu dia bukan tanah dia sendiri tapi dia sudah menimbulkan satu kacau ganggu dan juga memudaratkan kesihatan orang ramai di sekitar.

Saya rasa YB. Speaker, kita kena menggubal undang-undang ini dan ini adalah tanggungjawab kita sebagai ADUN dan sekiranya ada orang kata ini Kanun

Tanah Negara kita ADUN tak berkuasa, ini kena Ahli Parlimen, yes, mungkin kita ADUN tak boleh menggubal Kanun Tanah Negara tapi saya harap ini isu juga berlaku di negeri-negeri lain. Saya tak rasa pembuangan sampah haram ini hanya

Page 91: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

91

di negeri Pulau Pinang saja, I think seluruh negara ada. So maksudnya jika undang-undang Kanun Tanah Negara itu memang diperlukan untuk penggubalan

atau pindaan, maka Kerajaan Negeri boleh cadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membuat pindaan. Nanti saya bagi. So saya rasa perkara ini saya harap ia

diambil tindakan dengan serius. Kita dalam perkara ini bersama-sama dengan Kerajaan Negeri, sekiranya Kerajaan Negeri ada apa-apa kekangan bagi tahu kita. Kita boleh berusaha membuat tandatangan sekali dengan semua atau membuat

usul Dewan supaya meminta supaya Parlimen menggubalkan undang-undang ini supaya boleh mengambil tindakan ke atas tuan tanah yang engkar perintah

mahkamah dan tidak mengambil apa-apa tindakan sampai hari ini., sudah jelas engkar perintah. Penaga, please.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Terima kasih kepada sahabat saya daripada YB. Machang Bubuk. Saya juga bersimpati dan saya melihat isu yang dibangkitkan oleh YB daripada dulu lagi dan

di Machang Bubuk juga dalam DUN Machang Bubuk juga ada Maahad Tahfiz saya yang beroperasi di sana di Taman Sri Janggus. Selain daripada sampah haram itu yang dibangkitkan yang memang jelas boleh merosakkan alam sekitar dan juga

di sudut kesihatan yang perlu diberi perhatian serius. Saya juga ada mengemukakan soalan bertulis kepada pihak kerajaan tentang kilang plastik dan

juga kilang-kilang haram yang masih beroperasi di negeri kita. Saya melihat statistik yang diberi yang berlesen sebanyak 370 kilang plastik melibatkan Barat

Daya, Seberang Utara, Seberang Perai Tengah dan juga Seberang Perai Selatan, cuma Timur Laut saya tidak ada, yang tanpa lesen ini daripada 20 kilang yang disenaraikan kepada saya….(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua:

YB. Penaga, isu dia adalah pembuangan, bukan kilang yang berlesen dan

tanpa berlesen.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Ya, dia ada berhubung kait sebab ini adalah kilang plastik yang kadang-

kadang, mereka inilah yang bertanggungjawab untuk membuang sisa-sisa plastik itu di tempat-tempat yang haram ataupun kawasan haram. Yang saya hendak

bangkitkan adalah kerana di Seberang Perai Tengah, SPT sebanyak 12 kilang plastik yang masih beroperasi secara haram. Jadi minta pandangan daripada Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Penaga. Saya rasa kita minta

supaya PBT yang berkaitan mengambil tindakan ke atas kilang-kilang plastik sekiranya tidak berlesen atau beroperasi secara haram perlu ambil tindakan ke atas. Saya rasa setuju.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Boleh minta celah. Memang tapak itu dijadikan tapak perlombongan pasir

secara haram pada zaman Barisan Nasional dan pada tahun 2010 semasa saya menjadi Ahli Majlis untuk tahun ketiga, saya pernah membawa YB. EXCO ke tapak

Page 92: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

92

itu. Pada masa itu, sampah haram dibuang ke dalam tasik tersebut dan pada ketika YB. Machang Bubuk pergi sampah haram sudah dibuang di sekeliling kolam.

Dari dulu hingga kini memang pemilik tanah yang sama dan dia memang begitu degil. Bagi saya, memang pembuangan sampah mungkin dari segi undang-

undang sedia ada susah untuk menghalangnya. Tetapi bagi saya dalam tapak tersebut memilik sebuah bangunan yang dijadikan pejabat, saya minta pihak MBSP menggunakan peruntukan akta sedia ada untuk robohkan struktur binaan

yang tanpa kebenaran itu dulu. Bila tiada pejabat, mereka tidak boleh menunggu di sana untuk menerima pembuangan sampah. Tapak ini pada peringkat awal

memang dirancang sebagai tapak pelupusan sisa binaan, tetapi telah memulakan aktiviti tersebut sebelum mendapat kelulusan. Oleh itu, saya minta pihak Kerajaan Negeri untuk memulakan tapak pelupusan sisa binaan dengan lebih

cepat di tapak pelupusan Pulau Burung yang telah dikenal pasti untuk menggantikan tapak ini. Minta maaf, kalau saya YB. Machang Bubuk, saya akan

tunggu di tapak. Jangan bagi saya lihat lori sampah termasuk lori MBSP masuk ke tapak tersebut. Ini serius, sebab saya pernah duduk tunggu di sana pada tahun 2010, bukan saja pihak swasta yang masuk lori kerajaan juga masuk, kontraktor

yang dilantik oleh kita juga masuk. Dan perkara ini telah menular ke tempat lain. Lokasi yang baru yang saya sudah maklumkan kepada Dato’ Bandar, saya tunggu

pihak MBSP untuk mengambil tindakan sebelum kejadian seperti Bukit Teh akan terbongkar, itu saja. Terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Thank you Bukit Tambun. Saya jemput Bukit Tambun juga boleh masuk tunggulah (ketawa). Tapi tak apa, sekarang kita sudah ada pasang CCTV dengan

tokong yang di luar itu mereka sudah ada pasang CCTV, so memang kita ada membuat pemantauan dia dengan kerjasama daripada penduduk yang laluan

masuk ke dalam tapak pembuangan sampah haram itu. So saya ingin simpulkan bahawa kita Pakatan Harapan dan wakil rakyat, kita adalah pendukung perubahan atau peneraju reformasi. Namun sekiranya kita gunapakai cara macam tadi

Penanti ada sebut, atau undang-undang yang sudah dijelas tidak boleh, tidak mengikut kesesuaian masa dan juga zaman dan juga keadaan maka, perlulah kita

berusaha untuk membuat pindaan ya. Sementara kita ada menjadi kerajaan, ya kita memegang kerusi yang paling banyak, ya majoriti dalam dewan atau di Parlimen, makalah ini tidak ada alasan lagi untuk kata tak ada kuasa untuk

membuat pindaan ya.

Pindaan undang-undang tidak perlu mendapat 2/3 majority bukan

perlembangaan. Undang-undang sahaja ya, kita harap sebagai penggubal undang-undang, maka kita kena buatlah kerja kita. Peranan ini adalah harapan rakyat kepada kita juga, ya. So, itulah saya rasa perkara ini saya harap, saya

harap sebelum saya tamat tempoh saya sebagai ADUN. Saya boleh nampak sedikit ya, progress ya, bila saya tak jadi ADUN saya pun rasa at least kita ada

push for something different ya. Sudah enam (6) tahun saya jadi ADUN di sini.

Okey. YB. Speaker, saya langkau ada sebab masa tidak mencukupi. Tapi saya ini ada isu yang satu lagi yang berkenaan dengan Tahun Melawat Malaysia

2020, yang saya nak sebut tentang makanan jalanan, budaya makanan jalanan yang saya juga sebut pada Sidang DUN yang lepas. Saya, saya telah bangkitkan

isu ini The Street Hawker Culture yang memang merupakan satu benda yang begitu sinonim dengan orang rakyat Pulau Pinang ya. Kita ada street food festival yang akan berlangsung tak lama lagilah.

Page 93: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

93

Baru-baru ini, saya rasa Ketua Menteri dan juga YB. Paya Terubong telah mengadakan satu sidang media untuk mengalu-alukan orang ramai datang ke

Pulau Pinang, untuk merasai makanan jalanan kita. Kita bangga ya, namun enam (6) bulan sudah berlalu selepas saya bangkit dalam sidang DUN ini. Dalam

jawapan lisan semalam ya, yang Kerajaan Negeri hanya menghantar surat permohonan kepada Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

YB. Speaker, hantar surat. Hantar surat sahaja. Okey. Keadaan seperti ini, kita hantar surat okay. Tapi lepas itu, dia tidak ada apa-apa follow up ke atau

ada apa-apa perkembangan. Ya, Kerajaan Pusat ada memaklum balas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 31 Mei kata, jawab Jabatan Warisan Negara belum bersedia untuk menghantar pencalonan kerana terdapat banyak

perkara yang perlu disediakan oleh pihak Malaysia bagi tujuan pencalonan tersebut.

Ini adalah jawapan daripada Timbalan Menteri. Tapi saya nak, saya nak tau, ya saya nak ingin tau daripada pihak EXCO ya siapa sebenarnya yang perlu bertanggungjawab atas isu ini. Siapa yang perlu mengambil tanggungjawab,

tentang perkara ini. Sebab sebelum ini, sidang DUN yang lepas Paya Terubong yang menjawab soalan saya ya. Sidang DUN kali ini, adalah Datok Keramat yang

jawab pula.

So, saya adakah ini adalah joint effort. Dua-dua EXCO bekerjasama untuk

mendapatkan pencalonan makanan jalanan, untuk daripada UNESCO ini. Saya nak tau kepastian ya. Dan saya juga ingin tau ya, saya juga sangat prihatin terhadap perkara ini, kerana jika kita Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang

serius dan memandangkan pencalonan makanan jalanan itu penting, maka dalam Bajet 2020 saya tak nampak ada apa-apa program atau pembangunan yang ada

menyebut. Kita nak berusaha untuk mendapatkan pencalonan, termasuk nak buat inventori, nak buat nak buat ke semua dokumen, persediaan dokumen semua itu.

Saya, saya faham perlu ada dana. Tapi ada berapa dana yang akan digunakan untuk kita menunjukkan iltizam kita, untuk menuntut pencalonan itu

dapat dibuat dari pihak Negeri Pulau Pinang. Saya amat prihatin terhadap pencalonan ini YB. Speaker ya. Kerana ia adalah satu perkara yang boleh menjadi satu nilai tambah, bagi kita membangunkan sektor pelancongan ya di negeri Pulau

Pinang ini.

Ya, saya saya rasa sekiranya kita nak jadikan ya satu aah sebagai satu

gerakan ya, movement di kalangan rakyat di mana macam Singapura, mereka sampai ada membuat online voting. Rakyat dia ada dapat mengambil bahagian. Mereka semua sokong kerajaan Singapura untuk membuat pencalonan

budaya masakan jalanan. Rakyat Singapura, mereka bangga dengan masakan jalanan mereka juga.

Tapi di negeri Pulau Pinang kita, saya rasa kita sudah ketinggalan. Tapi belum terlambat lagi, kita masih ada masa sekiranya kita tahun ini atau tahun depan, kita ada satu jawatankuasa yang khas. Ya, saya nak tengok nanti adakah

kerajaan boleh menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencalonkan budaya masakan jalanan itu, kepada UNESCO. Kita sudah ada pengalaman ya,

pengalaman bila 2008 kita dapatkan UNESCO Heritage untuk George Town

Page 94: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

94

ya. Kita mesti ada pengalaman, bagaimana ia dapat di perolehi. Maka sekarang untuk 2019, kita boleh start ya untuk masakan jalanan. Boleh.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Minta laluan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Ya, Pengkalan Kota.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih kanda saya, daripada kawasan Machang Bubuk. Sememangnya saya bersetujulah, dengan apa yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Machang Bubuk tentang pengiktirafan makanan jalanan kita sebagai salah satu yang diiktiraf di bawah UNESCO ini.

Dan sememangnya pada tahun ini, satu laporan daripada CEO World juga

telah menyenaraikan 50 buah bandar, di mana makanan jalanan terbaik ini. Akan tetapi dalam 50 senarai bandar tersebut, Singapura adalah di ranking yang

pertama. Tetapi, kita tidak nampak sebarang bandar di dalam Malaysia ni, jangan cakap Pulau Pinang. Di bandar-bandar di Malaysia ini, langsung satu pun tidak disenaraikan. Tapi, ada orang kritik tentang senarai tersebutlah.

Tapi saya juga ingin membangkitkan tentang impak, sekiranya kita ingin mendapatkan pengiktirafan tersebut. Ingin saya memetik contoh. Saya rasa

banyak yang masih ingat, yang ada satu gerai char kue tiau yang terkenal di Jalan Siam. Sememangnya sudah lama lah, itu char kue tiau memang terkenal. Tetapi

ada seketika waktu, gerai char kue tiau tu telah diviralkan di atas sosial media. Dan akhirnya pakcik yang mengendalikan gerai char kue tiau tu, terpaksa berehat sebab terlalu banyak sudah pelanggan yang melanggani char kue tiau di

Jalan Siam tersebut.

Jadi saya rasa, pada masa yang sama kita nak cuba dapatkan pengiktirafan

tersebut, antaranya impak-impak yang akan menjejaskan masyarakat kita juga, perlu kita telitikan dan halusi. Tapi sememangnya saya setujulah. Patut kita ada usaha, untuk cuba mendapatkan pengiktirafan tersebut. Terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Pengkalan Kota. Ya memang itu impak-impak, implikasi-

implikasi itu itu akan kita berdepan, bila kita dapat pengiktirafan itu. Tapi kita belum lagi sampai ke tahap itu. Dan ini juga memperingatkan satu perkara Pengkalan Kota yang sebut tadi, iaitu kita perlu ada kursus-kursus atau capacity

building untuk tukang-tukang masak yang begitu terkenal itu menyampaikan pelajaran kepada orang-orang muda. Sebab kita nak masakan jalanan itu, atau

gerai penjaja itu dia satu karier yang juga orang muda boleh melibatkan diri.

Salah satu cara untuk kita membantu golongan B40 ini, adalah boleh kita start dengan gerai penjaja yang kos, modal pemulaannya lebih kurang sedikit. Ya

boleh pinjam daripada PTSR, ya Tabung Harapan yang kita boleh berikan micro-credit. So, inilah yang saya rasa pentingnya dia bukan sekadar pengiktirafan

Page 95: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

95

daripada UNESCO, tetapi kita boleh jadikannya sebagai satu gerakan di mana seluruh rakyat negeri Pulau Pinang.

Macam YB. Bagan Jermal buat I Love Penang. Ya, I Love Penang Food ya so, mereka boleh join sekali untuk kita dapatkan pengiktirafan daripada

UNESCO. Setuju. Pengkalan Kota?

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Mohon mencelah, sikit. Mohon mencelah sikit saja.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Okay, ya thank you.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Terima kasih. Okey, terima kasih. Yang Berhomat Machang Bubuk, memang idea untuk melestarikan penjaja kita ini, memang satu idea yang saya

pun sokong. Ya, the idea of rejuvenation is actually very timeway…(dengan izin) tapi pada masa sama kan, kita perlu juga ya selitkan isu kebersihan dan juga

kualiti makanan.

Sebab sekarang ni, bila kita tengok ya industri penjaja makanan, ya mereka selalunya menjaja tapi di kawasan yang tidak dibenarkan. Jadi sesuatu perlu

dilakukan di mana kita menyediakan tapak yang sah, di mana mereka boleh ya boleh menjaja, meniaga tanpa diganggu. Jadi, there is a type of control ya,

kawalan…(dengan izin) yang diperlukan juga pada masa sama. Terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih, Seri Delima. Saya rasa cadangan yang baik.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Ya.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Lagi tiga minit kalu, sudah jadi satu jam.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Ooh. Sorry, ya. Terlalu banyak benda yang kena. Okay, saya, saya, saya cuma nak dapat satu perkara saya akan skip, iaitu saya harap nanti pihak EXCO

atau Kerajaan Negeri, boleh maklumlah apa usaha-usaha atau bagi kita satu road map ya untuk road map untuk menuju pengiktirafan UNESCO untuk makanan jalanan ini.

Page 96: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

96

Satu road map saya harap, boleh dikemukakan kepada kita semua di Sidang DUN ini. Jika kali ini tak dapat, mungkin boleh bagitau next Sidang. Boleh

ada satu road map ya di mana, macam mana kita boleh bermula dari sampai, kita mencapai sasaran kita.

YB. Speaker, saya hanya ada dua isu sahaja. Ini isu infrastruktur di KADUN Machang Bubuk. Saya, saya, saya mesti sebut dua isu ini kerana dia isu yang amat penting, iaitu hutan Taman Eko Rimba, Cherok To’Kun yang telah mengalami

kerosakan jalan tar dan cerun sejak 2017 semasa banjir besar yang lepas dan baru-baru ini kita ada menerima satu (1) berita baik daripada Ahli Parlimen Bukit

Mertajam, Yang Berhormat Steven Sim di mana kita akan dapat peruntukan daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk membaiki cerun dan juga jalan. So kita memang berharap pendaki-pendaki Bukit Mertajam yang ini semua boleh

sabar ya kerana memang kerja-kerja telah sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan juga Yang Berhormat EXCO Sungai Puyu juga

mengambil berat tentang perkara ini. Saya hanya nak sebut di sini iaitu jalan sebenarnya dalam latar belakang tentang jalan tar ini sebenarnya ia adalah digunakan oleh Telekom Malaysia untuk sampai ke puncak untuk

penyelenggaraan telco tower mereka dan jalan tersebut sebenarnya dimiliki oleh Telekom Malaysia.

Maka sekiranya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah siap membaiki jalan itu, maka perlulah mengutip sewa daripada Telekom Malaysia kerana

mereka sampai sekarang bila kita minta dia minta dia tidak membaiki jalan tersebut sehingga sekarang. Maka bila projek itu siap kita harap Kerajaan Negeri atau Jabatan Perhutanan boleh mengutip tol daripada Telekom Malaysia.

Kedua adalah pelebaran Jalan Bukit minyak, saya tahu Yang Berhormat Tanjung Bunga ada mengeluarkan kenyataan. Kenyataan media berkenaan isu

projek pelebaran Jalan Bukit Minyak ini dan saya hari-hari dimaki dan juga dimarah oleh pengguna jalan raya dan saya rasa ada yang mengguna itu yang ada lubang jalan mereka mesti marah ADUN kawasanlah. Tapi tak apa ini salah

satu (1) skop kerja sebagai ADUN dimarah oleh penduduk never mind, never mind saya menerima secara hati yang terbuka no problem. Tapi saya cuma berharap

yang memang berharap bahawa projek pelebaran Jalan Bukit Minyak ini adalah satu (1) pengajaran yang begitu penting bagi saya.

Baru-baru ini Laporan Ketua Audit Negara juga ada menyebut tentang

projek menaik taraf jalan negeri ada apa-apa dalam penemuan audit itu ia telah menyatakan beberapa perkara yang saya kata rasa begitu penting untuk supaya

jabatan-jabatan yang berkenaan perlu mengambil maklum iaitu projek tidak disiapkan mengikut tempoh asal. Ini banyak kelemahan yang berlaku dan juga kedua kelemahan dalam penyediaan perjanjian perunding termasuk tiada term of

reference tak ada TOR disediakan. Macam mana boleh ada satu (1) perjanjian dengan consultant tanpa TOR atau kelulusan EOT diberikan selepas tempoh

kontrak itu telah tamat. Kontrak sudah tamat tapi masih lagi boleh diberikan EOT lagi.

Perubahan kaedah perolehan tanpa justifikasi kelemahan dalam

penyediaan bill of quantities (BQ) itu. Kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi kontrak. Ini adalah kelemahan-kelemahan yang telah diaudit oleh Jabatan Audit

Negara, Ketua Audit Negara. So mereka juga ada mengesyorkan beberapa cadangan supaya JKR Pulau Pinang boleh mengambil berat tentang perkara ini.

Page 97: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

97

Iaitu perkara pertama perlu menetapkan indicator untuk penilaian outcome, perlu ada indicator tak ada indicator macam mana nak menilaikan outcome itu.

Meningkatkan penyeliaan dan pemantauan supaya mendapat value for money untuk setiap perkhidmatan yang diperolehi.

Ketiga mengkaji dan menyelaras semua prosedur dan senarai tugas sedia ada pegawai yang bertanggungjawab membuat penyemakan maklumat. Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor mematuhi syarat di

dalam skop kerja dan spesifikasi kontrak. Saya rasa perkara ini jika kita dibuat dengan betul-betul, projek pelebaran Jalan Bukit Minyak ini mungkin

boleh dikecualikan tidak akan menghadapi masalah sampai hari ini. So saya rasa perkara ini dapat diambil berat oleh pihak yang berkenaan supaya semua projek-projek penaiktarafan jalan negeri atau projek-projek kerajaan dapat dijalankan

dengan lancar dan baik dan akhir sekali saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya. Terima kasih kepada

Ketua Menteri dan barisan EXCO yang telah bekerja bersungguh-sungguh untuk memberi bantuan dan juga perkhidmatan kepada rakyat di Machang Bubuk dan juga, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Farizan bin

Darus walaupun dia beliau tak ada di sini tapi saya rasa dia ada dengar rekod dan selamat bersara dan juga kepada semua jabatan-jabatan, agensi-agensi Kerajaan

Negeri dan Kerajaan Persekutuan khasnya NADMA dan Pejabat Daerah, JPS, JKR dan juga JKM yang baru-baru ini yang membantu mangsa-mangsa

banjir…(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat semua jabatan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Ya, semua jabatan. Sebab saya kena sebut sebab merekalah yang

membantu kita untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kampung-kampung pusat pemindahan ramai yang tak tidur. Mangsa pun tak tidurlah of course mana boleh tidur dalam pusat pemindahan sementara itu. ADUN pun tak tidur ya, so

dengan semua itu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan saya memohon menyokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Dipersilakan Yang Berhormat Telok Bahang.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang dan salam sejahtera kepada

semua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Menteri, Ahli-ahli Dewan dan semua yang ada di sini. Saya terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang

Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan ucapan Belanjawan tahun 2020 Negeri Pulau Pinang yang baik. Juga Penghargaan dan syabas kepada semua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen kepada sesi perbahasan ini.

Page 98: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

98

Saya ingin menarik perhatian saya datang daripada Tasik Maromatik, Telok Bahang. Mungkin banyak orang cakap tentang ini tentang pelancongan. Bajet

pelancongan yang dibentangkan oleh Ketua Menteri itu daripada RM35.8 juta saya harap Telok Bahang adalah tempat yang akan melimpah sebahagian daripada itu.

Telok Bahang mempunyai sebuah Tasik Maromatik yang amat ajaib dan juga amat baik untuk dilawati. Cuma ada dua (2) di dunia ini satu (1) di Tasmania, Australia dan satu (1) di Telok Bahang.

Maromatik ini adalah penemuan antara dua (2) air iaitu air tawar dan air masin duduk di dalam satu (1) yang tasik ini tercipta di atas fenomena alam

apabila berlaku perubahan monsun. Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya jadi masa itu akan berlaku satu (1) tasik atas angkut atau punggahnya monsun itu ke atas pasir dan membentuk sebuah tasik yang akan ada dua (2) lapisan air

yang atasnya yang air masin yang lebih berat ada di bawah yang air tawarnya ada di atas yang menjadi tumpuan sebahagian besar pengunjung dunia sebab itu kita

tengok di Telok Bahang ini yang memasuki Taman Negara Telok Bahang ini mencecah melebihi 140,000 setiap tahun. Tapi sayang dia punya facilities di sana rosak dan tidak di beri perhatian dan saya harap bajet ini dapat membantu

menyelesaikan masalah ini dan tasik ini juga adalah tasik yang disukai oleh ramai dan ada satu rekod yang luar biasa dua (2) orang Jepun telah masuk Taman

Negara ini sebanyak 300 lebih kali. Iaitu Kazuyasu Araki dan Setsuko Araki, satu umur 76 tahun, satu 73 tahun muda sikit pada speaker.

Mereka telah berkali-kali mengunjungi ini sebab kagum dengan tasik ini dan kita harap bahawa fenomena ini dapat membantu kita untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu (1) destinasi pelancongan yang boleh membantu ekonomi

dan juga perkembangan negeri ini dan bajet Kerajaan Negeri itu dapat disalurkan sebahagian besarnya ke sana.

Yang keduanya ialah masalah rumah rakyat dan sejahtera. Merujuk kepada teks Yang Berhormat Ketua Menteri, fokus pertama Belanjawan 2020 ialah ‘meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan’. Jadi saya ingin

membawa Yang Berhormat - Yang Berhormat sekalian melihat persoalan lambakan rumah yang berlaku di belah saya sebelah Balik Pulau dan sebahagian

daripada Pulau Pinang. Kita bercakap tentang kita menyediakan rumah untuk low cost dan medium cost. Rumah RM42,000, RM70,000 tapi di Balik Pulau saya tengok ada banyak rumah-rumah yang atas pada RM600,000 dibeli tapi tidak

diduduki.

Jadi adakah kita punyai satu audit housing atau audit rumah yang boleh

mengenal pasti pembeli-pembeli rumah ini. Adakah dia beli untuk dia tinggal duduk di sana atau dia beli ini untuk satu pelaburan atau dia beli untuk disediakan kepada anak-anak dia. Ini perlu ada satu pemerhatian dan kajian supaya tidak

berlaku lambakan rumah dia akan mempengaruhi harga rumah ini oleh pemaju-pemaju bukan peminat kepada atau bukan yang memerlukan rumah ini. Ini

penting kepada kita di Pulau Pinang sebab apabila kita membina rumah RM70,000 ke bawah dan RM250,000 ke atas kita mengetepikan kumpulan pendapatan menengah medium income mereka tidak boleh beli rumah RM70,000 ke bawah.

Mereka juga tidak di terima oleh pihak finance untuk membeli lebih pada RM300,000. Ini penting kepada kita untuk kita pastikan bahawa kita juga

membina rumah-rumah untuk mereka ini sebahagian daripada mereka yang berpendapatan RM2,000 ke atas ini menjadi hilang punca untuk mendapat rumah tumpangan.

Page 99: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

99

Jadi melihat kepada penolakan daripada bank yang di sebut oleh Ketua Menteri di dalam belanjawan sebanyak 70% pemohon ataupun pembeli rumah

ditolak oleh syarikat kewangan menunjukkan sebahagian besar penduduk Pulau Pinang ini tidak mampu membeli rumah melalui pinjaman tadi. Dulu sebelum ini

ataupun ucapan saya pertama saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri yang mengambil tanggungjawab untuk mengadakan rumah kepada rakyat sama ada dalam bentuk sewa ataupun sewa beli dan tanggungjawab ini perlu dilakukan

sehingga terpaksa walaupun Kerajaan Negeri terpaksa meminda undang-undang untuk mengadakan sendiri bank negeri bagi memastikan bahawa rakyat Pulau

Pinang boleh membeli rumah atau memiliki rumah.

Kita faham tadi di sebut juga oleh Bukit Tengah bahawa sebahagian daripada negara-negara maju pun banyak yang rumah mereka ini sewa. Jerman

sebagai negara tertinggi penyewa rumah daripada awal selepas perang dunia. Mereka telah menjadikan budaya mereka menyewa sebab kumpulan menengah

ini kita tahu bahawa anak-anak mereka sentiasa sukses dan berjaya. Mereka tidak akan pulang duduk rumah pusaka. Mereka akan tinggalkan rumah itu dan keluarga juga akan meninggal dan tinggal rumah itu kosong.

Jadi kalau kita boleh sediakan Kerajaan Negeri boleh sediakan rumah kepada M40 dengan lebih baik kita yakin bahawa kita dapat menyelesaikan

masalah kumpulan menengah yang tercari-cari untuk mendapat peluang untuk ada rumah sendiri. Kerajaan Negeri perlu mencari ruang dan peluang untuk

membina rumah RM90,000 sampai RM300,000 ini untuk memudahkan kepada kumpulan ini dan dengan pembinaan ini akan dapat membantu mereka-mereka ini.

Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian di Balik Pulau ini kita mempunyai rumah low cost dan medium cost yang dibuat di sana di atas sebabnya

pemaju-pemaju yang ada ini mereka memiliki tanah di sana. Mungkin tahun depan kita boleh mencecah 3000 pintu rumah di Balik Pulau, rumah low cost. Yang kalau satu rumah itu ada dua (2) kereta, kita akan menerima kesesakan lalu lintas

di Simpang Genting, Jalan Bukit, dua (2) bukit yang kita ada untuk keluar daripada Balik Pulau. Ini akan memberi satu fenomena baru ataupun keadaan baru kepada

Balik Pulau yang akan menerima kesesakan dan kesesakan.

Pembinaan rumah-rumah yang banyak di sebelah Balik Pulau itu perlu dikawal. Kalau dikatakan rumah ini di Barat Daya bukanlah di Balik Pulau semata-

mata. Tapi mestilah dia melihat kepada kawasan yang Balik Pulau, sebelah Bayan Lepas dan juga Sungai Nibong dan sepertinya. Kita boleh mengambil tindakan

ataupun berbincang bagaimana untuk majukan ataupun membina semula rumah-rumah flat lima (5) tingkat ke bawah ini yang tidak ada fasiliti lif yang boleh dibangunkan, dimajukan semula, dibangunkan untuk mengisi permintaan-

permintaan rumah. Kalau kita bangunkan lebih daripada 20 tingkat di sebelah sini, kita rasa kita boleh kekang akan pembangunan perumahan di Balik Pulau dengan

trafik dan jalan yang agak sesak dan kecil.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Minta celah Telok Bahang. Boleh? Yang Berhormat Speaker, adakah

kawasan seperti Telok Bahang ini boleh menerima perumahan kos rendah atau kos sederhana rendah berbentuk rumah pangsa lima (5) tingkat?

Page 100: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

100

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifli Bin Md. Lazim):

Itu yang saya katakan bahawa rumah lima (5) tingkat ini adalah rumah

yang facilities lif dia tak ada. Sebahagian yang tinggal adalah senior citizen. Mereka akan naik tangga setiap hari. Kalau boleh kita fikirkan rumah-rumah yang

ada ini dibangunkan semula. Bukan Telok Bahang tak boleh terima tapi macam mana dia nak naik tangga kalau umur 50 ke atas? Jadi ini benda dan juga kos kepada pembelian barang, contoh gas sendiri akan dicaj kepada pengguna kerana

naik tangga. Ini semua adalah fenomena yang berlaku. Dan kita telah faham bahawa dengan pertumbuhan ini akan menyebabkan Balik Pulau ini hilang seni

dia, hilang dia punya keunikan dia. Balik Pulau ni terkenal dengan kawasan kampung, hutan hijau, yang paling baik sekali adalah durian. Kalau kita habis durian ni, saya rasa tidak ada pelancong yang datang ke sini. Pelancong domestik

tapi bukan domestik, sekarang durian dah dimakan oleh semua orang, Eropah, Timur Tengah datang pada musim durian menjadikan Balik Pulau destinasi untuk

dikunjungi dan menjadi pendapatan kepada sebahagian penduduk di sana.

Dan dengan pertumbuhan rumah yang banyak ini, kita pasti bahawa kita juga akan mendapat pendapatan. Kita faham. Kita majukan rumah-rumah baru,

rumah-rumah yang saya kata lima (5) tingkat tadi. Kita pasti akan mendapat tambahan daripada cukai dan juga apa facilities yang kita beri kepada rakyat. Dan

cukai-cukai yang kita ada ni termasuklah cukai taksiran yang disebut tadi menjadi satu bahan perbincangan di dalam Dewan sehingga luar Dewan, kenaikan cukai

taksiran. Walaupun diberi kuasa kepada kita bawah Akta 141 untuk kita bantah, 142 untuk kita mendengar. Tapi kita faham bahawa yang menolak, yang buat bantahan ini kalau di Pulau 16 peratus lebih, kalau di Seberang 12 peratus lebih.

Adakah yang menolak, yang membantah kenaikan ni mereka-mereka yang senior citizen? Mereka yang pencen, yang tidak ada kenaikan gaji lagi, yang tidak ada

pendapatan tambahan. Bila cukai rumah mereka naik, sebagai contoh saya tengok cukai rumah saya naik RM360 kepada RM440. Kalau mereka itu masih senior citizen yang pencen sebab Pulau Pinang adalah negeri, negeri yang ketiga teramai

warga emas. Sebagai bukti kita boleh tengok dalam Dewan, Timbalan Speaker, Ketua Menteri, sebelah sana dia punya rambut tak sama dengan sebelah sini. Ini

membuktikan bahawa senior citizen ramai di Pulau Pinang, makin meningkat dengan servis yang baik…(gangguan).

YB. Timbalan di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat Telok Bahang, nanti tak cukup masa.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifli Bin Md. Lazim):

Okey. Jadi adakah ini, mereka-mereka ini yang membantah ataupun yang mengadu tentang kenaikan perlu dikaji. Kita faham kita menyokong kenaikan untuk servis perkhidmatan tapi Kerajaan Tempatan juga perlu inovasi di dalam

percukaian. Mungkin kita boleh tukar cukai dengan sivik, dengan kelakuan manusia. Ada bandar-bandar di dunia yang telah menukar sebagai Jepun bagi

mereka yang membuang sampah mengikut tempat, ikut timbangan mereka dibayar kupon dan kupon itu diganti dengan cukai rumah, boleh memotong cukai rumah. Ini semua mengurangkan kos pengangkutan ataupun kos service sampah

yang ditanggung oleh PBT. Pendidikan dan juga sivik ini perlu digalakkan dikalangan masyarakat Pulau Pinang bagi kita mengurangkan kos-kos ataupun

tanggungan-tangungan Kerajaan Tempatan supaya mereka boleh membantu

Page 101: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

101

membangunkan Pulau Pinang sama dengan rakyat dan kekangan kepada membayar cukai ini akan dapat dikawal di sana.

Dan kita faham bahawa sebab tadi saya katakan rumah yang mahal, yang tak boleh dijual ataupun rumah yang terbiar akan memberi peluang kepada

pemaju untuk menjual dia kepada rakyat asing. Ini juga akan memberi kesan kepada kita di dalam penjualan ini, dia menghilangkan hak kita di sana, sebahagian walaupun dia kecil tetapi dia memberi kesan kepada rakyat kita

kerana dia boleh dibeli oleh orang asing dan orang asing mendapat subsidi, seolah-olah mendapat subsidi. Mereka boleh membeli rumah sehingga turun

harga sampai RM600,000.00. Dulu atas daripada RM1.0 juta. Kalau saya ni jual ais, ada lima (5) tong ais saya tak laku, mau tak kerajaan bagi subsidi? Suruh orang beli ais saya bagi murah. Dan saya dapat subsidi. Itulah fenomena yang

berlaku. Mereka tak boleh jual rumah, mereka buat rumah tak ikut sebab tu audit rumah perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri dan kerajaan perlu menilai untuk

meluluskan kelulusan binaan di Pulau Pinang ini. Peringkat awal kita boleh cegah daripada kita ada terbiar ini.

Yang kedua dalam isu perumahan oleh kerana Pulau Pinang ini ada isu

perumahan, saya memuji pihak Kerajaan Negeri, Ketua Menteri yang telah meluluskan bajet agama Islam daripada RM58.3 juta kepada RM60.5 juta. Ini

adalah satu bantuan yang baik ataupun pelaburan yang baik dan kita di sini saya ingin memberi perhatian kita punya tanah wakaf di Pulau Pinang yang kita

majukan. Kita ada hampir lebih daripada 275 unit rumah yang dimajukan di atas tanah wakaf. Tanah wakaf ini adalah satu sistem yang diperkenalkan di dalam agama Islam bagi orang Islam iaitu mewakafkan tanah untuk diduduki supaya

ianya boleh dimanfaatkan oleh orang masa semasa atau orang selepas daripada itu. Bukan orang Islam sahaja, semua. Kita boleh lihat fenomena wakaf pada

zaman awal Islam apabila awal Islam Khalifah yang keempat, Uthman Ibnu Affan. Beliau belum lagi menjadi khalifah, dalam peristiwa kemarau panjang berlaku satu masyarakat terpaksa membeli air daripada satu perigi, telaga. Tapi pemilik telaga

telah caj, telah menaikkan harga air tadi. Menyebabkan Saidina Uthman yang ketika itu belum menjadi khalifah telah menawarkan kepada pemilik telaga itu

20,000 dirham untuk membeli telaga tadi dan diwakafkan kepada seluruh penduduk yang ada di Madinah di sana. Dan seluruh mereka termasuk Yahudi dan Islam boleh memiliki air di telaga rumah ini.

Ini sistem wakaf yang kita perkenalkan. Ia bukan semata-mata kebaikan kepada orang Islam tapi kalau kita buat sekarang macam YB. apa kita punya

menteri cakaplah, boleh gerak gempa. Depa kritik sebab kita bagi orang bukan Islam duduk di atas tanah wakaf. Cuma kita faham bahawa kebenaran ini mestilah bersyarat supaya tidak melanggar peraturan kedudukan di atas tanah sendiri.

Inilah penting kepada kita supaya kita faham bahawa sebagai orang Islam wakaf adalah satu sumbangan besar. (Bacaan ayat Al-Quran). Islam jelaskan di antara

tiga (3) perkara selepas kita mati, benda ini boleh kekal. Salah satunya adalah sedekah jariah ataupun wakaf. Jadi wakaf ini telah pun membantu banyak pembangunan di negeri supaya membantu Pulau Pinang untuk mengadakan lebih

banyak rumah supaya kita faham bahawa dengan wakaf yang banyak ini, kita mampu untuk kita meningkatkan rakyat Pulau Pinang yang memiliki tempat

tinggal yang lebih selesa. Oleh itu, saya minta supaya kita, Majlis Agama Islam dan Kerajaan Negeri menyegerakan pembinaan Rumah Wakaf Abdul Kader di Jalan Mengkuang yang jadi kontroversi. Sebab daripada 2, 30 rumah, kita nak

jadikan 2, 300 rumah di situ. Perlu disegerakan untuk kita pastikan penduduk

Page 102: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

102

mempunyai rumah di situ. Saya juga menyokong tindakan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang meminta supaya 10% daripada kutipan hari Jumaat di

masjid-masjid untuk diserahkan kepada tabung wakaf ini bagi memiliki tanah-tanah kebaikan ini untuk kita majukan dan beri tempat tinggal kepada mereka

yang memerlukan. Saya juga mengesa agar penrtadbiran dan urusan zakat dan wakaf dan Baitulmal dapat diperkasa untuk memudahkan urusan orang ramai yang memerlukan bantuan. Dan yang kedua dia memperkasakan Kolej Islam

Antarabangsa Pulau Pinang, KITAB, supaya ia menjadi sebuah kolej yang ternama. Boleh menjadi rujukan, boleh menjadi pusat research centre kepada

masyarakat Pulau Pinang dan membantu kepada pembangunan Pulau Pinang yang mempunyai masyarakat majmuk sebagai contoh kepada lain.

Di samping itu, saya ingin menyentuh sikit tentang masalah peniaga dan

penjaja. Di dalam, di Pulau Pinang tadi kita sebut bahawa tentang penjaja, kita bagi tahu tentang pertandingan penjaja, kita mesti menceburi dan memberi satu

rejivinasi ataupun meremajakan semua penjaja-penjaja kita. Ini perlu dilihat sebab Telok Bahang yang dikatakan maju dengan pelancong telah menjadikan pusat penjaja-penjaja mencari makan di sana. Tapi dalam masa yang sama,

mereka juga menceroboh sebahagian daripada tanah-tanah kerajaan yang menyebabkan mereka akan dihalau dan di saman. Oleh itu, saya cadangkan

supaya Kerajaan Negeri menaikkan taraf fasa Telok Bahang menjadikan lebih daripada satu tingkat untuk meletakkan penjaja-penjaja tepi jalan ini di dalam

premis yang selesa. Dan kita boleh memastikan bahawa mereka tidak lagi menceroboh tanah kerajaan.

Dan kita faham dalam pencerobohan ini juga kadang-kadang bukan

ceroboh tanah, mereka duduk di dalam premis-premis yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah tetapi mereka sering disaman oleh

agensi-agensi. Dan cara saman yang dilakukan oleh agensi-agensi ke atas penjaja kecil ini agak menekan mereka. Berbeza dengan agensi dengan peniaga-peniaga lain. Mereka tidak diberi notis awal untuk menyediakan apa yang diperlukan.

Sebagai contoh dalam peristiwa serbuan-serbuan ini akan kita lihat bahawa mereka akan disaman kerana tidak mengambil injection typhoid dan sebagainya.

Untuk mendapat injection ini, orang Balik Pulau kena datang ke KOMTAR ataupun dia mengambil di mana-mana klinik swasta dengan harga yang tinggi. Tapi apabila saya minta supaya mereka turun buat di sana, mereka agak berat. Sehingga saya

terpaksa beberapa kali menghadap Dato’ Yang di-Pertua, Bandar, Dato’ Bandar, sorry. Untuk memohon kerjasama bagi memudahkan injection itu dibuat di sana

dan saya sendiri menganjurkan supaya injection itu dilakukan di sana dan benar hampir lebih daripada 100 daripada pekerja-pekerja peniaga penjaja ini datang untuk mengambil injection ini. Sebab mereka tidak mampu hilang satu hari, masa

mereka menjaja apabila mereka terpaksa datang mendengar ceramah satu jam dan juga mendapat injection. Tapi kalau kita buat di sana selepas mereka dapat

mereka boleh terus menyambung kerja-kerja mereka. Jadi kita minta supaya dipermudahkan perkara ini supaya mereka lebih dapat, mereka dapat berniaga dan mencari makan dengan baik. Dan juga seperti macam yang saya kata tadi,

kita perlu ada satu skim untuk mendidik mereka. Satu notis. Kalau saya tengok di hospital, private hospital, sebelum inspection dibuat, mereka diberi notis tiga

(3) bulan untuk menyediakan satu senarai, checklist akan diberi supaya mereka pastikan perkara itu berlaku. Selepas inspection ataupun selepas siasatan, mereka ada kesilapan diberi ruang satu, dua (2) minggu lagi kemudian baru mereka,

barulah saman dikeluarkan kepada mereka. Ini menjadikan suatu proses pendidikan sehingga semua hospital, private hospital di Pulau Pinang mencapai

Page 103: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

103

piawaian yang dikehendaki oleh kementerian. Ini penting kepada kerajaan untuk pastikan perkara ini Kerajaan Negeri melalui PBT disarankan agar mengurangkan

saman-saman ini tapi digalakkan pendidikan, menggunakan pendekatan pendidikan, supaya para peniaga memahami dan mengikuti proses dan polisi yang

sepatutnya dipatuhi. Menyediakan dan memudahkan urusan suntikan kepada pengendali makanan. Pendidikan ke arah mewujudkan premis dan sistem pembuangan sisa buangan yang mengikuti piawaian Jabatan Kesihatan dan juga

Kerajaan Tempatan sendiri.

Yang kedua, kita juga minta supaya arkib usahawan Bumiputera KOMTAR,

yang berada dalam keadaan yang sangat daif diberi perhatian. Cuma ADUN KOMTAR tak adakah dia? Saya nak minta dia tolong tengok sama. Bagi perhatian untuk dia upgrade kan sama dengan bagaimana kita rejuvenisekan semua

tempat-tempat business yang ada di Pulau Pinang. Ini penting supaya Pulau Pinang dilihat sentiasa mesra pelanggan, sentiasa mesra pelabur. Jangan tengok

semata-mata pelabur asing yang bawa berbilion tapi kita melihat bahawa penjaja ini adalah salah satu nadi denyut kepada pengguna rakyat Pulau Pinang.

Lonjakan usahawan IKS ke tahap multinasional juga perlu dilakukan. Kita

bincang tentang bagaimana kita menarik pelabur dalam masa sama kita perlu melihat bahawa di Pulau Pinang juga kita mempunyai banyak pengusaha-

pengusaha, pengilang-pengilang yang ada potensi, yang ada talent untuk kita keluar. Keluarkan mereka menjadikan mereka ada cawangan-cawangan mereka

di luar negara. Bagaimana syarikat-syarikat lain ada di sini. Sebagai contoh di Pulau Pinang ada satu konsortium usahawan Melayu Menengah Pulau Pinang, kebetulan saya menjadi penaung mereka sekian lama. Mereka ini terdiri daripada

yang kita faham, ‘Jeruk Pak Ali’, ‘Kopi Hang Tuah’. Mereka perlu diberi perhatian untuk mereka keluar menjadi jenama Pulau Pinang ke dunia ini untuk membina

kilang-kilang mereka sebab Jepun, Korea memberi subsidi, memberi geran kepada semua syarikat kereta dan semua industri mereka sebelum mereka dapat keluar. Ini adalah budaya, ini adalah peranan yang dilakukan oleh kerajaan-

kerajaan besar yang telah maju sekarang ini. Kita perlu melihat mereka sebagai satu entiti Pulau Pinang. Yang boleh membuat nama. Boleh membawa nama Pulau

Pinang keluar daripada Pulau Pinang dan juga Malaysia, menjadikan dia akan menarik lebih ramai orang ke Pulau Pinang kerana jenama-jenama ini.

Yang ketiga, saya ingin, saya ambil tentang kelangsung hidup para nelayan.

Kita ditamukan pada 4hb itu oleh demonstrator ataupun penunjuk perasaan yang datang ke sini, datang ke Dewan Undangan Negeri atas alasan mewakili 1,000

nelayan. Tapi saya tengok wakil-wakil yang ada tu, sebahagiannya, peniaga-peniaga yang kecewa, yang gagal dalam perniagaan dan ahli-ahli politik yang kecewa, yang kalah dalam politik. Ini kita boleh lihat di sana. Jadi ada juga di

kalangan Pembangkang yang turut sebahagian ada di sana. Mereka telah pun berhimpun di situ mendakwa, berkempen, melobi supaya nelayan tidak turun ke

laut. Ini satu yang amat buruk.

Persatuan Nelayan Pulau Pinang telah melakukan satu tindakan yang amat pelik apabila dia menggugurkan keahlian di bawah pengawasan persatuan nelayan

kawasan. Tiga (3) orang digugurkan. Alasan yang diberikan amat pelik. Tindakan ini diambil di atas penularan video berkaitan bantahan projek tambakan laut. Tiga

(3) nelayan yang menyokong tambakan laut dipecat. Kalau mereka tu menang, duduk di tempat Speaker, tiga (3) orang Pembangkang tak boleh masuk dalam ni. Dia buang. Dia tak bagi duduk. Dia gugur keahlian persatuan nelayan, tiga

Page 104: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

104

daripada ini atas alasan dia kerana menyokong Kerajaan Negeri dalam pembinaan tambak laut. Ini tidak boleh terima perbezaan pendapat. Mereka nak jadi Ketua

Persatuan. Nak jadi pemaju Pulau Pinang, nak jadi pemacu ekonomi. Mana boleh. Nak jadi pembela nelayan. Kita sedih, kita simpati dengan nelayan. Kita nak

supaya nelayan kita ini dapat pembelaan yang baik. Saya faham bahawa nelayan kita ini kadang-kadang orang kata sinis kepada mereka. Asal nelayan kena tindakan, kita bagi bantuan, kita bagi one-off duit, mereka akan diam. Kita

sebagai kerajaan kita kena melihat mereka, kita sebagai guardian. Kita sebagai penjaga mereka. Kita kena pastikan bahawa nelayan-nelayan kita ini perlu

mendapat pembelaan. Dalam kes tambakan laut atau lain-lain.

Kita faham di Telok Bahang ada kes bahawa ikan mati di dalam sangkar dan juga di laut. Dan penurunan penangkapan ikan. Kita faham bahawa

tangkapan ikan yang dilakukan oleh nelayan pukat yang digunakan oleh nelayan adalah punca sebab utama juga diantara kurangnya hasil tangkapan. Kalau

nelayan-nelayan Taiwan datang ke Penang, mereka terkejut tengok dengan pukat yang kita gunakan. Dan pencerobohan yang tinggi yang tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa adalah juga punca kepada kurangnya tangkapan. Kita perlu

mencari pendekatan bagaimana menyelamatkan nelayan kita. Mereka adalah pembekal protein yang tinggi kepada kita. Kalau mereka tak ada, susah kepada

kita.

Dari Kerajaan Negeri kena mempercepatkan sepertimana yang saya kata

sebelum ini. Mempercepatkan proses tukun, membuat tukun di laut, mempercepatkan tanaman bakau, menambahkan tanaman bakau di laut untuk memastikan pembiakan ikan kembali ada di Pulau Pinang ini. Kita pastikan

bahawa mereka-mereka ini yang terlibat dengan pembangunan Pulau Pinang ini dibantu bukan sekadar one-off. Mereka perlu dilihat memberi seolah-olah satu

ekuiti, satu hak di atas pembangunan Pulau Pinang. Sebagai contoh kita akan berlaku Pulau Pinang Selatan akan adakan pulau, sebagai contoh. Kalau dekat dengan situ kita boleh tengok Koperasi Tunas Muda. Sebuah koperasi yang

ditubuh sejak tahun 70an. Sebahagian besar daripada pemilik tanah di sana telah menubuhkan koperasi dan menjual tanah mereka kepada koperasi. Dan koperasi

itu memiliki tanah yang luas sehingga 1,000 ekar. Mereka maju sampai hari ini. Tidak ada kita dengar orang Bayan Lepas, orang Sungai Ara yang terlibat dengan koperasi mengadu, merengek kata mereka ni tak boleh hidup di situ sebab

kekangan rumah mahal, tidak mampu hidup dalam kemajuan. Apa yang maju di sana kalau rumah di situ RM5.0 juta, rumah dia juga bernilai RM5.0 juta. Sebab

dia adalah sebahagian daripada ekuiti, dia memiliki ekuiti, hak di atas tanah-tanah tadi yang dimajukan.

Kalau nelayan-nelayan ini diberi peluang kepada mereka untuk membina,

hak mereka di dalam pulau-pulau ini, mereka akan juga hidup sama tua dengan pulau. Walaupun kita faham yang mewarisi nelayan ini satu daripada lima (5)

nelayan yang akan hanya diwarisi jadi kita pastikanlah supaya nelayan ini terus terbela sebab mereka adalah pembekal protein kepada kita.

Yang keduanya, Pulau Pinang boleh mengorak langkah untuk menjadikan

kita sebagai pengeluar ikan ternakan yang efisien. Kita perlu ada sepertimana Felda. Kalau Felda di darat, ini Felda laut. Untuk ternak ikan. Daripada benih,

sehingga pasaran kerajaan akan bantu. Mereka sebagai penjaga ataupun operator dalam ternakan ini. Sangkar ikan yang boleh terletak jauh hampir 5 batu daripada pantai boleh dilakukan dengan teknologi sangkar yang moden, yang kukuh, yang

Page 105: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

105

kuat, yang mampu menghadapi bencana ataupun gelombang. Ini yang kita minta. Supaya kalau kita teroka perkara-perkara ini. Kita akan membuat satu lonjakan

ekonomi baru. Kalau dulu kita ada Felda yang mempunyai lonjakan ekonomi tapi telah diceroboh oleh kerajaan dulu sehingga susah tapi kita perlu bina baru iaitu

di laut sebagai pembekal protein iaitu sangkar-sangkar laut, sangkar-sangkar ikan laut yang boleh membantu untuk mengangkat nelayan menjadi lebih efisien dan memberi pulangan ekonomi yang baik pada negeri Pulau Pinang. Sebab itu kita

rasa, yang saya sebut tadi. Kita perlu ada Koperasi Tunas Muda 2, 3, Koperasi Tunas Muda 4 supaya masyarakat kita ini terlibat sama di dalam kemajuan dan

pembangunan Pulau Pinang dan mereka tidak ketinggalan di dalam semua ini.

Dengan itu, saya harap perkara ini boleh dilakukan dan tentang sukan. Kita faham bahawa Timbalan Speaker kita juga terlibat sebagai Presiden bola. Kadang-

kadang sukan kita ini, kadang naik, kadang turun. Sepak takraw kita tengah naik, turun. Semua ini disebabkan organisasi bukan talent pemain. Kebanyakan

disebabkan organisasi, badan-badan yang menguruskan sukan. Kita ni pastikan bahawa organisasi terus kekal baik. Kita tengok baru-baru ni, sepak takraw yang berlaku, yang main di Pulau Pinang, buat kali pertamanya boleh memenuhi

stadium. Tiba-tiba bergaduh dikalangan di antara penaja dan pengurus. Pemecatan pengurus menyebabkan lari semua peminat mereka. Hilang peminat

dan kita menjadi lemah dalam sukan kita. Bukan bola sepak, bukan takraw, semua sukan kita jadi kita harap dia diberi perhatian. Kita boleh mengenalpasti masalah

awal sebelum berlaku dan kita boleh bertindak sepatutnya. Kita mesti ada satu indicator baru yang boleh mengesan keadaan ini. Kalau tidak, sukan kita akan menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kadang jadi, kadang tak jadi. Agak nak

maju, tiba-tiba ada berlaku. Kita tak tau, ada di belakang dia bookie-bookie ka. Ada dibelakang dia orang tertentu yang menentu keadaan. Ini perlu dilihat dengan

serius oleh pihak kerajaan.

Dan yang ketiganya, yang berikutnya adalah tentang kemalangan yang disebut ramai. Golongan mabuk yang memandu kenderaan, yang menyebabkan

kematian atau membunuh di jalanan. Ini penting kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. Kita mesti mengawal dia dari punca, kita

tau bahawa mabuk ini, minum arak ini bukan disukai oleh semua bangsa. Minum arak ini tidak disukai oleh semua agama. Tapi, dianya berlaku. Mereka yang melanggar mati ini bukan dikalangan orang bawahan, bukan rakyat bawahan,

bukan marhaen. Mereka pemilik kereta. Mereka peminum yang besar. Yang pembayar besar. Mereka orang kaya. Mereka mampu membayar apa-apa saman.

Oleh itu, saya cadangkan supaya kes-kes yang berlaku ini, kita tangani daripada awal. Kita ucap takziah kepada keluarga kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga dua, tiga kes yang telah membunuh mereka di jalan raya tanpa

pengadilan yang baik. Jadi, kita perlulah mengurangkan jumlah pub dan kelab yang beroperasi di Pulau Pinang ini dengan seberapa daya yang boleh. Ataupun,

kita menutup terus mereka ini. Boleh kita menghadkan mereka sebelum daripada tengah malam mereka mesti berhenti operasi untuk mengelakkan kejadian-kejadian ini. Semua pelanggaran kes ini berlaku di belah malam. Bukan belah

siang. Saya pun heran. Pasaipa orang nak mabuk belah malam, siang orang tak mau mabuk. Kerja. Jadi, saya harap bahawa tindakan ini perlu dijalankan dan

dilakukan dengan segera untuk pastikan Pulau Pinang ini selamat. Sepertimana tema kita, ‘Bersih dan Selamat’ itu benar-benar menjadi tema dan juga pelaksanaan di Pulau Pinang.

Page 106: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

106

Akhir ucapan ini, saya juga ingin membuat penghargaan kepada Dato’ Seri Farizan yang akan bersara, selamat bersara dan saya juga ingin mengucapkan

terima kasih kepada beliau yang telah banyak membantu. Kakitangan yang telah banyak membantu, jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan yang telah

membantu saya di DUN Telok Bahang. Jadi, dah orang semua pantun, saya pun prepare pantun juga Dato’ Speaker.

Rimbun bunga disiram embun,

Lebih berseri daun selasih,

Kami disini semua berhimpun,

Ucapkan Dato’ Seri Farizan terima kasih.

Dengan itu, saya mohon menyokong bajet. Sekian, terima kasih.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang. dipersilakan Yang Berhormat Bayan Lepas.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Terima kasih Timbalan Speaker. (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, salam harapan,

Wakil rakyat duduklah bersama di dalam dewan,

Belanjawan negeri telahpun dibentangkan,

Penang2030 teras kejayaan kemakmuran bersama, tajuk belanjawan.

Pakatan Harapan maju kedepan,

Bersatu padu seia sekata,

Kini giliran saya N38,

Aspirasi Bayan Lepas empunya berita.

Terima kasih YAB. Ketua Menteri selaku ketua Kerajaan Negeri yang telah membentangkan belanjawan rakyat untuk tahun 2020 dengan menggariskan halatuju kearah Penang2030 dengan kemakmuran negeri dan negara meliputi

segala aspek, makmur daripada aspek ekonomi yang maju dan kesejahteraan, keharmonian kehidupan sebagai sebuah kerajaan pilihan rakyat sudah tentulah

ekonomi sebagai tanda aras prestasi kehebatan sesebuah kerajaan walaupun apa dalilnya sekalipun seperti perang dingin saingan Amerika dan China rakyat mahu kerajaan yang mampu memainkan peranan yang bijak supaya tidak terjebak

Page 107: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

107

tetapi sebaliknya bijak mengambil peluang yang terhidang bagi meletakkan negeri dan rakyat di atas landasan kemajuan.

Penguasaan ekonomi secara monopoli sesebuah negara sahaja juga tidak menawarkan pilihan yang baik kerana ekonomi dan perniagaan tanpa saingan

adalah suatu yang tidak menguntungkan sebaliknya negeri kita sebagai negeri pengguna dan negeri pengeluar akan berada dipasaran terbuka yang lebih menguntungkan. Apa yang penting bagaimana kita pula merancang daya tahan

dan daya saing bagi memenuhi saingan di persada dunia.

Saya yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Harapan akan mampu

menjalankan amanah yang digalas bagi membawa harapan rakyat.

Timbalan Speaker, kali ini ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya perhatikan ada perbezaan ketika sidang DUN yang lepas di mana kali ini

Yang Amat Berhormat mengucapkan ucapan terima kasih sebanyak tiga kali kepada Kerajaan Persekutuan berbanding dalam ucapan sesi yang lepas berlainan

sungguh nada Yang Amat Berhormat seolah-olah Pulau Pinang tidak diberikan perhatian. Mungkin dengan belanjawan negara yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Bagan berjaya mengukir senyuman kepada Yang Amat Berhormat

dengan peruntukan-peruntukan khas yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Syabas!

Timbalan speaker, isu perumahan seringkali dikumandangkan di dalam Dewan ini, baik dari segi ketidakcukupan rumah kos rendah dan kos sederhana

rendah. Saya menyambut baik di atas keprihatinan Kerajaan Negeri atas isu tersebut. Langkah Kerajaan Negeri mewajibkan pembekalan RMM (Rumah Mampu Milik) tersebut beserta syarat kepada pemaju perumahan amatlah disanjung

tinggi.

Di barat daya, sedang rancak dibangunkan rumah kos rendah dan kos

rendah namun lokasinya di nun jauh di hujung iaitu di Pulau Betong ataupun Teluk Bahang. Bagi DUN Bayan Lepas, sangat perlukan stok rumah kos rendah bagi menggantikan rumah-rumah yang terlibat dengan pemajuan dan ada yang telah

diarahkan pindah keluar oleh mahkamah ataupun pemaju.

Saya di Dewan yang mulia ini buat kali ketiga mendesak agar tanah milik

Perda di Teluk Bayu, Sungai Batu dimulakan segera pemajuannya dan dipastikan jumlah pembinaan rumah RMM A dan B ini dibuat dengan banyak. Saya mengharapkan, walaupun projek berkenaan dibuat secara joint venture namun

bagi saya Perda adalah milik Kerajaan yang perlu diberikan keutamaan kepada rakyat dan tidak memikirkan sekadar untung perniagaan semata-mata, kerana

Perda itu sendiri adalah hak rakyat.

Saya juga ingin mengsyorkan agar tanah milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) yang telah dijawab dalam Soalan Lisan saya sebelum ini yang berjumlah

ataupun dengan berkeluasan 105 ekar di Pondok Upeh, Balik Pulau. 105 ekar luas, boleh buat sepuluh kampung ataupun sebelas kampung yang sebelum ini

dicadangkan untuk pembinaan pusat ataupun hub pengajian tinggi di Balik Pulau jika boleh, jika bolehlah Kerajaan Negeri ambil lah langkah pertukaran statusnya untuk dibina projek perumahan rakyat yang berskala besar. Telah lama tanah

berkenaan dibiarkan, malah bagi pandangan saya kewujudan perumahan rakyat

Page 108: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

108

lebih utama berbanding dusun durian yang terdapat di situ setelah sekian lama tanah itu terbiar sejak pengambilan telah dibuat.

Timbalan Speaker, isu penyelenggaraan dan baik pulih rumah kos rendah sering menghantui MC, JMC dan persatuan penduduk termasuklah YB. kawasan

itu sendiri. Ada JMB yang bertukar tangan tetapi hanya menanggung masalah seperti apa yang berlaku di flat Mutiara Perdana 2. Sehingga lif di perumahan berkenaan tidak akan dibenarkan beroperasi pada hujung tahun ini akibat tarikh

luput lesen yang dikeluarkan. Lif sering rosak dan perlu diganti baharu kerana tiada alat ganti. Masalah kutipan bayaran bulanan, caj penyelenggaraan sering

kali tidak diendahkan oleh penghuni-penghuni bekenaan. Pengurusan gagal melakukan kutipan akibat tiada kerjasama yang diberikan samada tuan rumah ataupun yang telah menyewakan rumah.

Saya ingin mencadangkan kepada PBT di Pulau Pinang, MBPP ataupun MBSP meneliti cadangan saya supaya tindakan yang lebih berkesan bagi

membantu pengurusan seperti mendapatkan kerjasama daripada PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) ataupun TNB melalui Enakmen tertentu yang boleh digubal.

Saya dimaklumkan bahawa PBT di Selangor telah menggunakan kaedah ini. Saya yakin jika ianya dilaksanakan ia mampu menyelesaikan masalah tersebut

maka tidaklah ADUN-ADUN tertekan untuk memikir bagaimana untuk menanggung kos baik pulih lif tersebut kerana kalau setakat mengharapkan

kutipan daripada bayaran penyelenggaraan ataupun maintenance fees setiap bulan memang tidak akan cukup melainkan ada bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Timbalan Speaker, terima kasih atas bajet atau belanjawan dengan menambahkan peruntukan kepada sekolah kebangsaan daripada RM3.0 juta

kepada RM5.0 juta iaitu lebih RM2.0 juta darpada Bajet 2019. Saya ingin mencadangkan agar lebihan 2 juta itu disalurkan kepada ADUN-ADUN kawasan bagi peruntukan berkenaan sebab ADUN-ADUN yang ada sekarang ini selalu

dihimpit oleh masalah peruntukan untuk mengelolakan aktiviti kokurikulum persatuan dan sebagainya. Saya harap dapat pertimbangkan dan saya harap

kawan-kawan ADUN sekalian dapat menyokong cadangan saya supaya 2 juta itu disalurkan melalui ADUN-ADUN kawasan. InsyaAllah.

Untuk makluman, di DUN Bayan Lepas sahaja dok ada 13 buah sekolah

bagaimanalah ADUN ini untuk menyampaikan, untuk membantu pihak sekolah untuk menjayakan program-program terutamanya kokurikulum dan juga

kokurikulum juga fasiliti-fasiliti asas bagi mereka menyampaikan penyampaian ilmu dengan penuh, sophisticated.

Timbalan Speaker, menyentuh ekonomi digital kearah pembangunan

transformasi digital di Pulau Pinang, saya menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri seiring dengan hasrat Kerajaan Malaysia yang menekankan peralihan ke sistem

digital sepenuhnya dan saya yakin akan memberikan impak positif merangkumi setiap pelusuk negeri termasuklah di luar bandar, tua dan muda, miskin atau kaya akan mengalami fenomena dan budaya kehidupan yang baharu.

Page 109: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

109

Timbalan speaker, pendigitalan bagi saya perlu diperluaskan bukan sahaja kepada sistem urusniaga dan pentadbiran sahaja malah perlu diperluaskan ke

sistem pendidikan formal ataupun tidak termasuklah ke sekolah-sekolah pondok agar semua pelajar berpandangan lebih terbuka dalam pencarian ilmu juga

sebagai penjanaan modal insan bagi mengisi apirasi Penang2030.

Tidak terlepas juga, saya syorkan MAINPP, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan juga JHEAPP perlu juga terlibat secara langsung dan tidak ketingalan dalam

era digital ini. MAINPP perlu kelola agar semua masjid dan sebolehnya surau-surau serta sekolah pondok wajib ada kemudahan WiFi dan juga aplikasi digital.

Saya yakin jika MAINPP dapat menguruskan dan menggalakkan penggunaaan digital ianya akan meningkatkan pembudayaan ilmu serta juga dapat meningkatkan ekonomi dan sumber kewangan institusi tersebut. Buat masa ini,

masjid-masjid dan surau menampung perbelanjaan urus tadbir dan pengembangan menjalankan aktiviti dan infrastruktur bergantung kepada kutipan

tabung Jumaat yang statik atau digerakkan ketika Fardhu Jumaat atau ketika program kuliah atau ceramah yang dibuat di tempat ibadat berkenaan. Saya ingin mencadangkan dan mengesyorkan agar MAINPP bersama institusi masjid, surau

dan pusat pengajian ini menggunakan aplikasi digital iaitu tanpa wang tunai bagi memudahkan kutipan sumbangan dapat dibuat oleh penderma sebagai contoh

Snap And Pay ataupun e-Wallet menggunakan telefon bimbit untuk scan QR code dengan jumlah yang fleksibel tanpa perlu membawa beg duit pun. Zaman

sekarang ini, beg duit tertinggal bukan suatu masalah tetapi telefon bimbit tertinggal ianya merupakan satu masalah yang besar. Jika ianya dilaksanakan, saya yakin akan meningkatkan lagi sumber kewangan masjid. Hanya letakkan

saja QR Code di pintu masuk atau di tiang masjid sahaja, duit akan masuk ke akaun terus, ke bank tanpa perlu kira duit tiap-tiap minggu atau selepas

sembahyang Jumaat. Dan penderma pun dia tidak perlu rasa bimbang duit sumbangan itu yang telah diberikan hilang akibat tabung masjid dipecah ataupun dicuri oleh orang. Saya mengharapkan agar pandangan ini diberikan perhatian

serius oleh pihak MAINPP dan EXCO Agama Islam. Moga-moga cetusan idea ini akan terus merancakkan lagi pembangunan masjid di Pulau Pinang. Lepas ini

ADUN -ADUN nak pergi masjid tak perlu bawa beg duit, hanya bawa handpone saja dah boleh snap QR bagilah berapa dengan fleksibel RM50 atau RM100.00. InsyaAllah.

Timbalan Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa memberikan penekanan dalam pemeliharaan Islam sebagai Agama

Rasmi negara. Dengan menyediakan peruntukan yang besar bagi institusi dan aktiviti Islam ini dapat digerakkan dengan baik. Masyarakat Islam di Pulau Pinang mengharapkan MAINPP dan juga EXCO Agama dapat memainkan peranan yang

lebih efisyen dan agresif untuk meningkatkan Syiar Islam di negeri ini. Pengurusan Islam perlu lebih kehadapan dengan menjadikan Rahmatan Lil Alamin sebagai

teras khaira ummah. Institusi masjid perlulah dipelihara sifat rahmahnya dengan menyebarkan ilmu yang benar dan semangat untuk membina agama dan negara. Tindakan tegas perlulah diambil kepada pengurusan masjid yang gagal mematuhi

nasihat Pegawai Agama Daerah dan juga pihak JHEAIPP bagi kes-kes berterusan. Jika ianya masih lagi menjemput Khatib dan kuliah yang memainkan isu yang

memecahkan perpaduan masyarakat. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab janganlah takut mengambil tindakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Letaklah kemaslahatan rakyat yang lebih besar sebagai keutamaan untuk

keharmonian Pulau Pinang. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Agama, Dato’ Seri Mujahid Yusof Rawa yang telah mendengar suara ADUN-ADUN Pulau

Page 110: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

110

Pinang dalam sesi DUN yang lepas supaya tingkatkan elaun kepada guru-guru KAFA sebanyak RM100.00 mulai tahun 2020. Dengan kesungguhan Kerajaan

Pusat dalam penumpuan pendidikan KAFA, negeri ini mempunyai seramai 72,455 orang pelajar baru, pelajar Melayu, Islam di sekolah rendah. Tetapi untuk

maklumat semua hanya 35,000 sahaja pelajar yang mengikuti kelas KAFA di seluruh negeri. Ini bermakna lebih separuh jumlah pelajar tersebut tidak mengikuti kelas KAFA. Oleh itu, MAINPP dan JPN perlulah merancang. Jabatan

Pendidikan Negeri perlulah merancang langkah-langkah yang perlu bagi penyediaan kelas KAFA mengikut kesesuaian sekolah-sekolah yang dilibat

uruskan samada di sesi pagi ataupun sesi petang.

Timbalan Speaker, di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kapada CEO baru Zakat Pulau Pinang bersama staff Zakat Pulau Pinang yang mengambil

langkah segera bagi membantu memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut Lekima. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan

Masyarakat Daerah Barat Daya, Penghulu termasuk Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Barat Daya, APM dan Bomba yang membantu ketika bencana berkenaan. Banyak lagi bagi saya tindakan pasca bencana perlu diberikan perhatian dan

penambahbaikkan supaya tindakan dan hasil bantuan berkenaan dapat disampaikan dengan segera.

Timbalan Speaker, sekalung penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Barat Daya di bawah kepimpinan Encik Azlan Khamis yang sentiasa

responsif. Zakat Pulau Pinang dan juga Pejabat Daerah yang sentiasa bersama saya turun padang, ziarah dan menerima aduan daripada mereka yang memerlukan. Ada juga bantuan yang kita dapat sampaikan secara on the spot.

Timbalan Speaker, Pembangunan Ekonomi Bestari iaitu Program Keusahawanan Komuniti. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri yang telah melancarkan Program Keusahawan Komuniti pada April 2019 di Sungai Dua. Satu program yang amat baik, yang perlu diteruskan ke semua DUN-DUN yang lain. Keusahawan Komuniti ialah program ke arah membantu

meningkatkan isi rumah dalam satu-satu komuniti atau kampung dan merupakan simbiosis antara usahawan yang telah berjaya dalam komuniti tersebut dengan

kumpulan sasaran seperti suri rumah, ibu tunggal, orang kelainan upaya serta secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan di tempat tinggal. Dengan adanya usahawan komuniti ini, jika dilaksanakan secara terancang, ia juga akan

mampu mengurangkan masalah sosial seperti melepak, pengabaian ibubapa dan kanak-kanak. Mana-mana usahawan yang telah berjaya daripada pelbagai bidang

dan suatu komuniti akan menjadi mentor kepada pengusaha baru dalam kampung ataupun dalam komuniti mereka. Program ini akan merangsang pendapatan isi rumah dengan semangat peduli antara usahawan setempat dengan penuh

semangat untuk merebut peluang usaha sama yang memberikan faedah kepada kedua-dua pihak sebagai mentor dan menti.

MPKK bolehlah memainkan peranan sebagai penggerak pembangunan sosial ekonomi dan boleh berkerjasama rapat sebagai pemudahcara dengan agensi kerajaan bagi mendapatkan sokongan ilmu dan material, tapak serta boleh

melibatkan juga EXCO Pembangunan Usahawan dan juga ZPP bagi membantu kejayaan mereka supaya mereka dapat keluar dari garis kemiskinan dan juga

golongan asnaf. Antara cadangan pelaksanaan keusahawanan komuniti akan melibatkan empat (4) kluster iaitu kluster pertama iaitu produk jahitan iaitu sarung bantal, tilam, selimut, makanan tradisional basah dan kering dan

Page 111: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

111

pembungkusan yang disasarkan kepada golongan suri rumah dan ibu tunggal. Kluster yang kedua, produk tanaman kelapa, ternakan ikan dan tanaman herba

iaitu sasarannya umum kepada tanah yang terbiar di kampung-kampung, tepian sungai, belakang rumah ataupun di kawasan rumah. Kluster ketiga antara

produknya ialah perkhidmatan, penjagaan kanak-kanak dan warga emas. Dah tentulah golongan sasarannya adalah remaja ataupun suri rumah. Yang duduk di rumah. Kluster yang keempat, produk perniagaan digital ataupun online.

Perniagaan atas talian sasarannya adalah kepada semua golongan yang agak famous sekarang ini. Ke semua kluster ini boleh dijalankan samada menggunakan

pemasaran moden ataupun konvensional atau tradisional. Pelbagai agensi boleh membantu bagi mengurangkan kadar kemisikinan di negeri ini dengan Program Keusahawanan Komuniti Bersepadu yang boleh membantu seperti Jabatan

Pertanian, Veterinar, FAMA, LKIM, Peladang, TEKUN, PDC, MARA, Pejabat Daerah, NAFAS, Amanah Ikhtiar dan lain-lain agensi secara bersepadu. Semuanya

menyokong program komuniti ini saya yakin jika ada semangat usahasama untuk membantu ianya akan mencapai matlamatnya terutamanya di kawasan luar bandar. Seterusnya menjana ekonomi sejagat.

Timbalan Speaker, saya juga tidak terlepas bagi mengulas kekerapan kejadian kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kemalangan maut

disebabkan pemandu mabuk yang sering kali membimbangkan. Saya percaya mereka yang mabuk ini tentunya datang dari pusat-pusat hiburan. Ingin saya

menegaskan agar kawalan pengeluaran lesen, kawalan pengeluaran lesen di bawah Enakmen Hiburan Awam perlulah diperketatkan terutamanya waktu operasi pusat hiburan tersebut. Sekarang ini 2, 3 pagi. Kalau boleh bagi sampai 1

pagi atau pukul 12. Kalau boleh tak payah langsung pun tak pa. Perlu diperketatkan pada waktu operasi tersebut. Dan permohonan lesen pusat hiburan

melalui PBT, MBPP atau MBSP telah mendapat ulasan daripada PDRM, Bomba, Pejabat Daerah serta maklumbalas awam. Saya mengharapkan agar keputusan yang telah dibuat oleh PBT tidak boleh dirayu lagi kepada EXCO dan Kerajaan

Negeri. Kerana saya dapat maklumat ada yang tidak diluluskan peringkat PBT tetapi diluluskan di peringkat EXCO. Jika masih boleh dirayu tanpa memenuhi SOP

PBT ia akan menimbulkan masalah walaupun hasil cukai lesen yang dikutip melalui Enakmen Hiburan ini adalah pendapatan hasil negeri yang disatukan. Bagi saya, nyawa dan kesihatan serta kebajikan rakyat lebih kita utamakan.

Timbalan Speaker, Sport For All, Sukan Untuk Semua. Sukan Untuk Semua boleh meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan rakyat malah ia juga

membangkitkan semangat sayang dan cintakan negara, cintakan negeri kita. Tahniah dan syabas kerana Pulau Pinang telah dimaktubkan sebagai venue tetap untuk Kejohanan Sepak Takraw Malaysia (STL) yang baharu sahaja berakhir.

Namun, selain daripada menjadi tuan rumah dan menerima ribuan penonton dan penyokong. Peminat sukan terutamanya peminat sepak takraw mengidamkan

kejuaraan tersebut. Amat malang apabila Penang Black Panthers yang ketika itu sedang berada di kemuncak liga dan telah nampak seakan-akan kojahanan ini milik Penang Black Panthers, lain pula jadinya. Penyokong dan peminat amat

kecewa kerana dengan ribut yang berlaku di Kem Pengurusan Kejurulatihan dan seterusnya berlaku rombakan dan penarikan diri pemain yang pastinya

menjejaskan rentak kecemerlangan Penang Black Panthers. Seterusnya menyaksikan prestasi merudum Penang Black Panthers di akhir liga hanya menduduki di tempat ke empat. Saya berharap agar persatuan sepak takraw

Pulau Pinang ini diremajakan semua, rejunivasi ke pentadbiran yang baru demi Pulau Pinang walaupun ianya tidak melibatkan secara terus Kerajaan Negeri

Page 112: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

112

namun ianya membawa nama negeri, imej Kerajaan Negeri. Peminat sepak takraw mengharapkan ada juga campur tangan dari Kerajaan Negeri.

Saya juga mengharapkan pasukan bola sepak Pulau Pinang yang sedang meningkat terus meningkat lagi bagi prestasi untuk tahun hadapan di bawah

pengurusan Presiden FAP Yang Berhormat Dr. Pritpal yang baru setahun tak silap saya mengemudi FAP. Berilah peluang yang luas kepada beliau untuk mengetuai, berilah peluang yang luas kepada beliau untuk mengetuai tentera sukan yang

utama di Malaysia ini kerana bola sepak adalah sukan segala-gala ibu sukan di dunia lagi. Janganlah diganggu beliau tetapi sokonglah beliau. Kepada pemimpin

yang telah lama dalam FAP, yang masih berada di dalam atau di luar FAP, jadilah madu yang manis dan menjadikan ubat dan jangan jadi racun dan ikhlaskan perjuangan demi mengharumkan nama negeri.

Timbalan Speaker, Saya menyambut baik cadangan pembinaan UTC di KOMTAR. Jika di Timur Laut yang menempatkan pelbagai agensi Kerajaan dan

kemudahan yang banyak sesuai sebagai Pusat Pentadbiran Negeri, sesuai Timur Laut ini sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri. Secara rasionalnya bagi Daerah Barat Daya juga amat memerlukan UTC, begitu jugalah di darah lain di

Seberang Perai. Setuju? UTC ini bertujuan memudahkan penduduk luar bandar untuk. Ini bertujuan memudahkan penduduk luar bandar untuk ke bandar besar

seperti George Town. Maaf. UTC ini adalah untuk memudahkan penduduk luar bandar membuat segala urusan mereka tanpa perlu ke bandar seperti George

Town ini. Dengan adanya UTC di Barat Daya atau di daerah lain, ia akan memudahkan penduduk luar bandar dan mengurangkan aliran trafik, juga mengurangkan kos pengangkutan, menjimatkan masa serta mesra rakyat.

Timbalan Speaker…(gangguan).

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Minta laluan. Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas atas bangkitnya tentang UTC itu. Cumanya saya nak dapatkan pendapat Yang Berhormat Bayan Lepas ini, di mana kalau bolehlah dengan inisiatif transformasi

digital dan juga Smart City ini, kebanyakan fungsi yang terdapat di UTC ini mungkin pada suatu hari nanti apabila kita mempunyai teknologi yang baik itu,

semua perkhidmatan tersebut dapat ditukarkan secara digital dan untuk rakyat kita tidak perlu pun untuk sampai ke UTC dan dapat menikmati perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan tersebut melalui aplikasi daripada telefon pintar.

Setuju kah Yang Berhormat?

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Terima kasih Pengkalan Kota. Pada dasarnya saya amat bersetuju sistem digital ini, InsyaAllah akan menggantikan sistem manual ataupun sistem yang ada sekarang ini. Namun kalau kita melihat keadaan sekarang ni tak semua golongan

arif menggunakan sistem digital. Dan saya jangkakan 10 atau 20 tahun lagi akan bila kita pun sudah jadi tua, pelapis kita pun dah pandai guna insya-Allah tak ada

masalah untuk menggunakan semuanya secara digital. Namun ada certain-certain kes yang perlu kita hadir ke pejabat-pejabat seperti Imigresen dan sebagainya dan yang perlu dokumentasi menggunakan Mykad dan juga lain-lain

dokumen seperti surat beranak dan sebagainya. Terima kasih.

Page 113: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

113

Timbalan Speaker, Bayan Lepas menyambut baik jawapan bertulis yang diterima bahawa pembangunan atau pembinaan Klinik Bayan Lepas yang baharu

bagi menampung keperluan penduduk setempat semakin tinggi populasinya sekarang seperti yang saya bangkitkan dalam sidang DUN yang lepas. Bayan

Lepas juga mengharapkan agar dengan adanya klinik baharu nanti ia juga akan menyediakan parkir yang mencukupi dan juga peralatan kesihatan yang moden. Untuk rekod Klinik Bayan Lepas sekarang ini, perkhidmatan x-ray pun

tak ada, kena pergi Klinik Bayan Baru atau pi GH ataupun pi Hospital Balik Pulau. Dan juga Klinik Bayan Lepas hanya memiliki satu saja mesin ultra sound

yang merupakan mesin yang utama untuk mengesan penyakit-penyakit yang perlu dirawat, InsyaAllah.

Di klinik yang sedia ada juga mempunyai klinik pergigian yang saya

harapkan dapat dinaiktarafkan juga prasarananya. Begitu juga ucapan terima kasih saya kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan dan sekarang di

peringkat tender bagi pembinaan pasar Teluk Kumbar. Bayan Lepas juga telah menerima sebuah lagi Dewan MBPP yang besar di Bukit Belah. Saya juga telah menerima dan menyokong permohonan merancang bagi membina sebuah stesen

minyak Petronas di Bukit Belah. Harap-harap dapat kerjasama Kerajaan Negeri, PBT untuk melancarkan kelulusannya kerana stesen minyak adalah keperluan

utama bagi penduduk di sekitar Sungai Batu, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul di kawasan kampung-kampung berkenaan.

Begitu juga dengan projek Rancangan Tebatan Banjir Teluk Kumbar yang bernilai RM7.69 juta yang sedang dijalankan dan juga saya mengharapkan Rancangan Tebatan Banjir Bayan Lepas akan dilaksanakan segera bagi

mengelakkan kejadian banjir di Pekan Bayan Lepas dan sekitar Kampung Seronok dan Binjai. Di samping itu juga saya mohon Kerajaan Negeri dapat mengawal

pembinaan kondominium rumah-rumah bertingkat supaya ada had ketinggiannya, ada had ketinggian maksimum yang saya cadangkan tidak lebih daripada 30 tingkat supaya apa? Supaya landskap semulajadi yang ada

dapat dilindungi dan Bayan Lepas tidak akan menjadi hutan batu.

Bayan Lepas masih lagi mengharapkan prasarana rakyat diperbanyakkan

lagi seperti Pejabat Pos dan sebuah bank. Diharapkan dengan pertumbuhan dan pertambahan rumah dan penduduk sektor swasta dan utiliti, syarikat swasta ataupun sektor swasta dan utiliti, dapat melihat prospek besar yang ada di DUN

Bayan Lepas khususnya di Teluk Kumbar untuk menyediakan prasarana tersebut. Teluk Kumbar atau Bayan Lepas seperti yang saya maklumkan sebelum

ini Pejabat Pos dok ada elok-elok, bank dok ada elok-elok di Pekan Bayan Lepas tetapi sebaik sahaja pelebaran jalan FT6 Bayan Lepas dibuat, Pejabat Pos berkenaan telah lenyap, bank berkenaan juga telah lenyap tanpa diganti dan bagi

saya ianya sepatutnya diwujudkan kembali bagi memudahkan pelbagai urusan dapat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan puluhan ribuan penduduk

setempat.

Untuk makluman, saya secara peribadi telah memohon setakat peti pos saja pun untuk ditambah di hadapan pejabat saya namun sehingga sekarang

masih lagi tiada respond daripada Pos Malaysia. Harap-harap EXCO Utiliti tolong follow-up sat apa masalahnya. Begitu juga khidmat Bas Rapid Penang yang masih

lagi gagal memenuhi hasrat penduduk di Lavender Pagar Buluh, Sungai Ara yang masih belum dapat menyediakan perkhidmatannya untuk rakyat walaupun telah

Page 114: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

114

dua kali saya menghantar surat kepada Rapid Penang tapi sampai sekarang masih lagi tak dapat service atau khidmat yang diperlukan.

Pengangkutan awam yang sedia ada perlu diperluas dan lebih efisyen terutamanya di kawasan luar bandar. Dalam Sidang DUN yang lepas juga saya

telah memohon agar khidmat bas CAT dapat disediakan untuk DUN Bayan Lepas di semua kawasan untuk memudahkan orang awam dan pelajar sekolah. Saya sering mendengar keluhan pengguna pengangkutan awam terutama bas, pondok

bas MBPP telah buat elok dah tetapi service yang rakyat terima amat teruk sekali apabila terlalu lama waktu menunggu. Saya mengharapkan ianya dapat

ditingkatkan taraf servicenya dan melihat kembali penjadualannya agar betul-betul memberikan manfaat kepada rakyat.

Timbalan Speaker, saya juga mohon agar Kerajaan Negeri terus mendesak

Kerajaan Pusat agar menyegerakan pelebaran jalan FT6 daripada Bukit Belah ke Puspakom. Semoga dengan desakan itu dapat dipercepatkan pelebaran tersebut

bagi menyelesaikan masalah lalu lintas yang lebih teruk ketika hujan dan juga bila musim buah-buahan terutama durian. Begitu juga permohonan untuk membina jejambat motosikal dan pejalan kaki (PMB) di Kampung Seronok susulan

pelebaran jalan FT10 yang telah mendatangkan risiko kepada orang kampung terutamanya kepada jemaah Masjid Kampung Seronok. Walaupun Pengarah JKR

Negeri telah bertukar, saya harap ianya dapat disusuli dengan baik.

Timbalan Speaker, aset kerajaan adalah aset rakyat maka bagi saya ianya

perlulah dimaksimakan penggunaannya. Saya mengingin mengangkat isu tanah milik Kementerian Pendidikan Malaysia bersebelahan Sekolah Rendah Sungai Batu yang mana ianya tidak dimajukan sepertimana matlamat perolehan tanah

tersebut apabila ianya tidak dibuat aktiviti berkaitan pendidikan tetapi sebaliknya ianya hanyalah sebuah kebun durian lagi. Saya syorkan agar PPD Barat Daya dan

JPN mengambil langkah segera memandangkan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu berkenaan tak ada padang bola pun, tak ada padang permainan untuk aktiviti kesukanan. Sebaiknya gunalah aset yang ada, itu dimanfaatkan untuk anak

bangsa kita.

Timbalan Speaker, ada lagi sebidang tanah milik Kementerian Pendidikan

pada kiraan saya melebihi tiga ekar di Rajawali Bayan Lepas yang tidak dimanfaatkan oleh KPM ataupun JPN. Buat masa ini saya melihat hanya ada aktiviti pertanian yang sedang dijalankan. Sama ada PPD ataupun JPN sedar

perkara ini sedang berlaku? Dalam masa yang sama saya melihat Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas tidak berada di lokasi yang baik akibat dihimpit dengan

jalan raya dan pembangunan di sekeliling yang saya yakin tidak akan mampu menampung jumlah pelajar yang akan bertambah setiap tahun. Saya ingin mencadangkan agar JPN mengambil inisiatif agar Sekolah Kebangsaan Bayan

Lepas yang baharu dapat dibina di tanah milik KPM di Rajawali yang saya nyatakan tersebut. Dengan keluasan tanah yang ada di tapak baharu itu, Sekolah

Kebangsaan Bayan Lepas akan dapat dibuat dengan selesa dengan fasiliti kesukanan kerana sekolah yang sedia ada amatlah sempit, padang pun tak ada. Sebagai makluman tambahan, PPD Daerah Barat Daya sendiri pun tiada

bangunan sendiri, hanya menumpang bangunan sekolah. Molek juga jika dibina sama di tapak berkenaan sebuah bangunan pentadbiran PPD Daerah Barat

Daya. Saya mohon Kerajaan Negeri dapat membawa ke hadapan syor ini agar kita dapat bersama ke arah pendidikan yang cemerlang untuk Penang2030.

Page 115: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

115

Timbalan Speaker, bagi mengawal pembangunan yang tidak terkawal dan juga kesesuaian sesuatu pemajuan projek di peringkat perancangan dan kelulusan

serta OSC, saya mencadangkan agar Pegawai Daerah dan Tanah diberikan satu kerusi Ahli Majlis PBT supaya Pegawai Daerah ini boleh membawa isu yang

dibangkitkan oleh ADUN ketika Mesyuarat JKTD setiap bulan. Untuk pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap dan membolehkan mengurangkan ketirisan aduan dan maklumat untuk diselesaikan di pihak PBT. Saya dimaklumkan bahawa

sebelum tahun 2008, status berkenaan telah wujud untuk Pegawai Daerah tetapi telah dimansuhkan selepas itu. Contoh masalah yang timbul adalah pemajuan

sesuatu tanah RIBI yang dibuat dalam OSC tanpa persetujuan ADUN Kawasan yang tiada wakil dalam Majlis OSC, sebagaimana contoh pemajuan tanah RIBI di Lot 2044, Teluk Kumbar yang mendapat tentangan hebat daripada penduduk dan

juga timbul keraguan proses permohonan kelulusan pemajuannya. Saya sendiri telah hantar dua kali surat kepada OSC, tapi tiada respon, alih-alih tau keputusan

telah dibuat. Namun demikian, saya dan Pejabat Tanah bersama Pegawai Daerah sedang berusaha menggantikan tanah RIBI tersebut ke tanah yang lain bagi tujuan swapping ataupun penggantian tidak jauh daripada tanah cadangan RIBI

berkenaan bagi menjaga keharmonian masyarakat setempat dan bagi membolehkan RIBI berkenaan dibuat dan dibina. Saya sekali lagi mengharapkan

agar OSC ambil serius terhadap sebarang ulasan yang diberikan oleh ADUN yang melihat daripada pelbagai sudut.

Timbalan Speaker, menyentuh tanah, Bayan Lepas ni banyak tanah. Tu sebab apa tu, projek pun banyak di Bayan Lepas. Menyentuh tanah lapang berhampiran di Dewan Masyarakat Perda, Teluk Kumbar. Saya mohon tanah

berkenaan yang saya dimaklumkan tanah milik Perda ianya dimajukan sebagai tempat riadah yang dikawal urus oleh Pejabat Daerah ataupun MBPP. Lokasinya

amat sesuai bagi melaksanakan aktiviti masyarakat namun tanah dan muka tanah yang amat teruk sekali, namun begitu MPKK tiada pilihan, selalunya akan kerap menggunakannya kerana ianya mempunyai keluasan yang besar. Alangkah

baiknya jika tanah lapang berkenaan dapat dinaiktarafkan.

Timbalan Speaker, saya juga tidak terlepas dengan isu kenaikan cukai

taksiran yang menjadi isu besar dan tajuk utama di Sidang DUN buat kali ini. Apatah lagi bagi rakyat di luar Dewan. Ianya amat tidak popular apabila cukai taksiran bagi rumah kampung, kos rendah dan sederhana rendah dikenakan

semula kepada pemilik premis tersebut setelah dua (2) tahun dikecualikan. Selain bayaran cukai taksiran, pemilik juga membayar cukai tanah apatah lagi apabila

premis tersebut terletak di atas tanah. Jika boleh saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri agar sekurang-kurangnya pemilik rumah kampung dikecualikan cukai taksiran ini memandangkan kutipan sampah dan cuci longkang

kebiasaannya tidak dapat dilaksanakan disebabkan pelbagai alasan, lori tak boleh masuk, longkang-longkang bukan di bawah PBT, bawah orang kampung ataupun

bawah Pejabat Tanah. Saya juga ingin bangkitkan isu kutipan bayaran parkir yang akan dikenakan di kawasan FIZ (Free Industry Zone) Bayan Lepas. Banyak rungutan yang saya terima. Mohon agar Kerajaan Negeri pertimbangkan agar

kawasan perkilangan ini dikecualikan kutipan bayaran parkir. Bayangkan jika mereka ni kerja 12 jam, berapakah jumlah kos tambahan yang akan

mendatangkan kesan perbelanjaan bulanan mereka? Itu tidak termasuk lagi tekanan apabila mendapat surat cinta diletakkan di bawah wiper cermin kereta. Kebanyakan pekerja kilang juga adalah majoritinya golongan B40. Harap

Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan pengecualian yang saya cadangkan sebentar tadi.

Page 116: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

116

Timbalan Speaker, sikit lagi. PSR yang akan dilaksanakan melibatkan dua (2) pulau dalam DUN Bayan Lepas yang amat merunsingkan nelayan dan

penduduk tempatan, termasuklah saya sendiri. Projek PSR tersebut perlulah mendatangkan impak positif kepada penduduk tempatan mulai daripada

sekarang. Buat masa ini rakyat melihat tiada impak positif dengan cadangan pembinaan pulau ini. Apa tidaknya penduduk di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul tak nampak pun jajaran LRT yang akan melalui kawasan-kawasan

tersebut. Sebarang pembangunan infra yang sejajar dengan projek tambakan pembinaan berkenaan. Kerajaan Negeri perlu bersedia dan perlu membina projek-

projek perumahan nelayan. Janganlah dijanjikan bina rumah dalam pulau tersebut kerana mereka ingin melihat keadaan dan pembelaan semasa bagi mereka. Apabila projek berkenaan dimulakan maka bermulalah gangguan hidup kepada

mereka dan kita sebagai kerajaan yang prihatin perlu merasai denyut nadi mereka. Apa yang membimbangkan keadaan nelayan sekarang yang majoritinya

susah. Janganlah kita menambah derita mereka.

Dalam soalan bertulis saya, Kerajaan Negeri akan konsisten meneruskan projek tambakan laut walaupun ditentang, dan tak dipersetujui oleh nelayan,

wakil rakyat setempat malah pimpinan politik nasional. Oleh itu saya berpandangan persatuan nelayan atau nelayan-nelayan yang terbabit pun perlu

duduk semeja dah berbincang dengan Kerajaan Negeri secara holistik dan kondusif demi menjaga kepentingan nelayan dan rakyat keseluruhannya dan agar

keadaan menang-menang dapat dihasilkan.

Bayan Lepas juga dan iaitu saya sendiri juga tidak terlepas dengan perasaan sedih apabila dua (2) pulau berkenaan terletak dalam DUN Bayan Lepas.

Mengenangkan nasib nelayan dan juga suasana kampung tempat perkelahan riadah serta pelancongan yang amat menarik terletaknya Pantai Teluk Bayu dan

Tanjung Asam yang senantiasa saya kunjungi. Hubungan rapat saya dengan nelayan dan persatuan nelayan InsyaAllah akan sedaya upaya membantu hal kebajikan mereka apa yang saya mampu.

Saya juga difahamkan, saya juga faham di selatan negeri sajalah yang masih ada ruang atau bank tanah bagi Kerajaan Negeri memanfaatkan. Saya juga

berharap agar perkampungan nelayan tidak diganggu sebaliknya diwartakan sebagai kampung warisan. Bayan Lepas berkorban dengan tambakan laut untuk manfaat PTMP, seluruh negeri Pulau Pinang, Bayan Lepas juga perlulah diberi

perhatian sepenuhnya untuk diberikan kemajuan secara menyeluruhnya. Keutamaan perlu diberikan kepada anak-anak nelayan dan penduduk di sekitar

Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul. Kawasan inilah yang akan terkesan dengan PSR secara terus dari segi sosial impak dan kehidupan masyarakat yang terkesan dengan perubahan muka bumi apabila pulau ini siap

nanti.

Timbalan Speaker, menyentuh cadangan daripada rakan-rakan saya

daripada Pembangkang supaya diwujudkan enakmen penyebaran agama selain Islam perlu dibuat. Bagi pendirian saya sendiri saya menyokong dan sebenarnya perkara ini telah disuarakan sendiri di dalam Mesyuarat MMK Agama dan saya

berharap Kerajaan Negeri melalui EXCO Agama akan mengangkat enakmen ini, usul untuk meluluskan enakmen ini di peringkat DUN. InsyaAllah bagi menjaga

keharmonian berpanjangan dan berterusan.

Page 117: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

117

Timbalan Speaker, isu yang terakhir. Isu Buletin Mutiara, sedih apabila saya melihat dalam dalam Facebook, kawan saya updated status…(dengan izin) status

Buletin Mutiara bertarikh 1 hingga 15 November telah menjadi pembungkus nasi lemak. Saya sayang Buletin Mutiara sebab selalu keluar gambar saya dalam

Buletin Mutiara. Kita sayang Buletin Mutiara. Memanglah kita ke arah digital tetapi tidak semestinya digital itu dapat memenuhi semua pelusuk, semua rakyat, semua status rakyat di negeri kita. Saya mencadangkan agar pengagihan Buletin

Mutiara ini perlu dikemaskinikan kembali agar tidak berlaku ketirisan. Tidak berlaku penyelewengan di peringkat pengagihan. Sementara itu kita akan dapat

menjimatkan kos Kerajaan Negeri. Saya syor saya walaupun kita mungkin kita rasa mengeluarkan kos untuk penghantaran rumah ke rumah house to house bagi saya penghantaran rumah ke rumah itu lebih efisyen lagi dan telus lagi kerana

peniaga-peniaga ini kita nampak satu bundle bubuh di public area depa akan angkat semua dan tak da sapa pun boleh tengok dah. Jadi saya mengharapkan

Buletin Mutiara ini dapat diselamatkan, saya tak suruh dikeluarkan seperti mana Utusan Malaysia telah ditutup sebab seperti yang dikomenkan Buletin Mutiara ni kalau Kerajaan Negeri tak cover bungkus awal dah. Kita tak nak macam tu, kita

jadikan Buletin Mutiara satu medium media atau untuk kita berinteraksi dengan rakyat dan insyaAllah kita akan sokong Buletin Mutiara diletakkan di pejabat-

pejabat, Pusat Khidmat ADUN kawasan.

Timbalan Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri,

jabatan-jabatan kerajaan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dan suka juga saya ingatkan kepada pelbagai agensi kerajaan ataupun syarikat milik ada saham daripada kerajaan tak

kiralah daripada negeri atau nasional. Sentiasalah ambil input dan melaksanalah apa yang baik yang telah disampaikan oleh ADUN-ADUN kawasan. Saya hanya

mewakili ADUN-ADUN kawasan sometime ada rasa seperti lambat bertindak. Saya mengharapkan agar pembaikan seterusnya dapat dilaksanakan untuk mencapai misi Penang2030.

Timbalan Speaker kalau orang Melayu pergi meminang, dia tanya Permatang Berangan sudi ke tidak kan, kalau dia diam bermakna dia setuju kan,

kalau dia tidak, tidak, tidak, dia tidak setuju. Namun dalam Belanjawan yang kita telah buat telah dibahaskan oleh tiga (3) ADUN Pembangkang, setuju pun tak tak setuju pun tak, diam sahaja. Kalu bantah sila habaq bantah. Untuk akhirnya saya

ingin menyampaikan ataupun ambil peluang untuk berpantun sedikit InsyaAllah.

Duduk bersidang bersama rakan,

semangat membara segak bergaya,

suara rakyat kita panjangkan,

moga negara negeri maju dan berjaya.

Sekian dulu wabilahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum w.b.t. Saya mohon menyokong.

YB Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Bayan Lepas. Dipersilakan Yang Berhormat Pulau Betong. Sorry.You ada lagi belum habis.

Page 118: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

118

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Belum start lagi

YB Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Sorry saya minta maaf, saya dah panggil Pulau Betong dulu.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail):

Assalamualaikum W.B.T

YB Timbalan Yang di-Pertua:

Pulau Betong bangun dulu.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail):

(Bacaan Surah). Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan Ahli EXCO, bagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri, pada semua Ketua Jabatan, yang saya hormati sekalian. Terima kasih di atas peluang

yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali yang Keempat Belas

ini. Tahniah dan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Padang Kota merangkap Ketua Menteri kerana pembentangan Bajet 2020 yang komprenhensif. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Sungai Dua selaku

pembangkang di atas ucapan beliau. Sekitar tiga jam saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Pantai Jerjak yang meminta supaya pihak

pembangkang juga menyediakan perbelanjaan alternatif pada tahun hadapan sebelum dibentangkan belanjawan negeri. Walaupun tadi kita mendengar iaitu

rakan kita daripada Penaga menyebut bahawa dia perlu kepada penambahbaikkan kepada belanjawan yang dengar dan dia menyebut bahawa tidak berlaku bajet alternatif di dunia ini. Tapi saya nak sebut bahawa tahun depan pecah rekod untuk

jadikan bajet alternatif yang pertama di dunia ini. Harapan kami.

Saya ingin utarakan beberapa isu terutamanya berhubung dengan kawasan

saya Pulau Betong, Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan kehijauan zon pelancongan eko dan juga agro. Menggiatkan kawasan Balik Pulau sebagai destinasi eko pelancongan. Balik Pulau dipromosikan dalam kategori Year

Adventure dalam kempen pelancongan Penang Global Tourism. Memberi penekanan kepada aktiviti di antaranya ialah berbasikal di kawasan DUN Pulau

Betong, yang mana suasana alam di kawasan sawahnya yang berlatar belakangkan kawasan bukit. Kemudian banyak pengunjung di kawasan Pulau Betong boleh melakukan aktiviti kayuhan basikal di sekitar di pinggiran laut Pulau

Betong di sekita dapat menikmati kehijauan di kawasan Pulau Betong tersebut.

Terima kasih juga kepada pihak kerajaan yang telah merancang menyediakan lebih banyak kemudahan riadah kepada komuniti di Balik Pualu. Di antaranya Taman Masyarakat di Balik Pulau dengan keluasanya sebanyak 97.3

hektar selaras dengan Draf Rancangan Tempatan 2030. Taman Masyarakat ini bertujuan memberi kemudahan rekreasi berskala besar bagi penduduk di Balik

Pulau. Di antaranya cadangan komponen kemudahan rekreasi di padang bola,

Page 119: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

119

gelanggang permainan, gelanggang bola keranjang, futsal, badminton dan sebagainya. Begitu juga dengan taman dan kawasan permainan kanak-kanak,

trek jogging dan juga dan sebagainya. Tetapi apa yang saya nak bangkitkan ialah berhubung dengan Balik Pulau untuk kita bangunkan destinasi hijau pelancongan

kehijauan zon pelancongan eko dan agro. Saya nak bangkitkan untuk Sidang DUN kali ini sudah tiga (3) kali saya bangkitkan tentang isu tandas awam. Contohnya, ialah tandas awam di kawasan Pantai Pasir Panjang Pulau Pinang yang mana

diantaranya ialah kalau lokasinya dari kuala Pulau Betong, dari Jetty Kuala Pulau Betong kalau kita ada aktiviti kayuhan basikal ke Kem Bina Negara sekitar empat

(4) kilometer dan kita boleh lalui dan menikmati keindahan suasana tepi laut dan sebagainya kawasan kehijauan dan berhampiran Kem Bina Negara seperti yang saya sebut dalam Sidang Dewan yang lepas ini adalah masuk kali yang ketiga kita

ada tandas awam.

Sampai masa ini, yang terkini mesyuarat di Majlis Bandaraya Pulau Pinang

pada 23 September 2019 telah memutuskan untuk tidak menerima penyerahan tandas di Pasir Panjang disebabkan isu teknikal berkaitan pengurusan utiliti. Maknanya pengunjung yang datang sama ada dalam Festival Balik Pulau dia nak

ke Kem Bina Negara untuk menikmati pantai di Pasir Panjang apabila ia untuk menunaikan hajat dia kita ada tandas awam di sana tidak dapat digunakan.

Maknanya tetamu yang berkunjung ke Pulau Betong terpaksa berpatah balik ke Kuala Pulau Betong kerana di sana ada satu tandas empat meter, empat kilometer

untuk menunaikan hajat dan sebagainya di tandas awan di Kuala Pulau Betong, di muara Kuala Sungai Betong. Kiranya berlaku que di situ dia boleh memilih satu kilometer lagi di Masjid Pulau Betong. Jadi begitulah yang akan berlaku kepada

pengunjung yang datang ke Pulau Betong nak menikmati kayuhan dan sebagainya. Yang ni di antaranya, saya ulang ini adalah kali yang ketiga di dalam

Dewan ini. Satu lagi ialah tandas awam di Anjung Indah. Di mana Anjung Indah ialah di kawasan biasanya kita menjalankan festival atau Pesta Durian. Di sana ada tandas awam tapi masalah yang timbul ialah bekalan air. Berlaku Festival

Balik Pulau dulu saya ucap kasih kepada Setiausaha Majlis Bandaraya kerana berusaha menyediakan bekalan air. Kita ada tandas tetapi tidak ada bekalan air.

Sehingga kini, masih tandas tersebut dikunci kerana apa? Kerana tidak ada bekalan air.

Untuk makluman, saya berhubung dengan pihak Pejabat Daerah dan

dimaklumkan bahawa bekalan air tersebut yang lepas mendapat daripada iaitu bekalan air di atas bukit yang telah disediakan oleh pihak Perhutanan dan

difahamkan sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk mendapat sumber air berkenaan tetapi hari ini bekalan tersebut telah terputus.

Jawapan bertulis telah dimaklumkan bahawa lokasi Anjung Indah di Bukit

Penara, Balik Pulau terletak di paras reduce level air iaitu 320 meter daripada paras laut. Oleh yang demikian, pihak PBA tidak dapat menyediakan bekalan air

di kawasan tersebut kerana tiada paip untuk salurkan daripada PBA Pulau Pinang yang sedia ada di sekitar lokasi tersebut.

Sekali lagi, Pulau Betong mengalami masalah kemudahan awam tandasnya

di Anjung Indah lokasi yang pertama dan yang keduanya ialah di Tandas Awam Pasir Panjang, Pulau Betong. Saya mengharapkan supaya Dewan kali ini

mendengar dan juga saya bawa perkara ini juga dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, dibangkitkan selalu berulang kali. Saya mengharapkan supaya hari ini apa yang saya bangkitkan mudah-mudahan isu air di Tandas Pasir Panjang, Pulau

Page 120: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

120

Pinang dan juga di Anjung Indah, maknanya di Bukit Penara, Balik Pulau dapat diselesaikan.

Yang keduanya berhubung dengan isu keselamatan penggunaan jalan raya dan juga pejalan kaki di jalan persekutuan di hadapan Hospital Balik Pulau dan

juga di Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya. Apa yang kita dapat maklum bahawa perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah berulang kali. Seolah-olah macam Balik Pulau ini suatu kawasan atau Pulau Betong ini balik

pulau sungguh, tak dapat dilihat. Saya mengharapkan supaya, begitu juga jalan yang diguna pakai untuk pengunjung yang datang ke Hospital Balik Pulau, dapat

iaitu permohonan iaitu jalan pejalan kaki dapat diadakan dan jawapan yang kita dapat daripada JKR Pusat, tiada kelulusan untuk mewujudkan permohonan iaitu pengguna jalan kaki yang kaki minta iaitu jalan kaki di hadapan Hospital Balik

Pulau dan juga di Pejabat Daerah dan Tanah Balik Pulau, saya mengharapkan juga supaya permohonan ini dapat didengar dan dapat dilaksanakan untuk kemudahan

penduduk khususnya di Balik Pulau.

Perkara yang ketiga yang dibangkitkan juga rakan saya di Teluk Bahang, begitu juga disebut oleh rakan saya di Bayan Lepas berhubung dengan cukai

taksiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kerajaan pernah mengecualikan cukai taksiran kepada golongan yang disebutkan iaitu untuk kos rendah dan keduanya

kos sederhana rendah, walau pun kita difahamkan dengan akta yang ada, 141 dan 142 untuk kita boleh membuat bantahan dan sebagainya, kerajaan pernah

mengecualikan cukai taksiran kepada golongan ini untuk dua (2) tahun.

Setidaknya kita mohon untuk mengurangkan cukai sebanyak 50% bagi golongan ini. Saya menyokong saranan Yang Berhormat Bukit Tengah mengenai

output dan juga outcome penekanan perlu kepada outcome. Apakah rakyat daripada outcome ini? Majlis Perbandaran bukannya profit driven…(dengan izin),

mengejar keuntungan tetapi pandangan saya adalah lebih kepada service oriented iaitu perkhidmatan.

Mohon diwujudkan satu mekanisme di mana penduduk dapat menilai

perkhidmatan Majlis Perbandaran. Selaraskan aplikasi-aplikasi yang sedia ada antara dua perbandaran ini.

Yang ketiganya, terima kasih saya kepada pihak Kerajaan Negeri di atas kewujudan JPWK, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga yang menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu menitik beratkan dan komited

dengan serius dalam memperdayakan dan memperkasakan wanita. Maka dengan ini, Jawatankuasa ini harus lebih memperkasakan lagi dan melahirkan ramai

wanita yang boleh bersama-sama memimpin dan membantu kita khususnya Kerajaan Negeri.

Saya di peringkat ADUN Pulau Betong, seperti juga di Tambun, begitu juga

rakan saya di Teluk Ayer Tawar, maka wanita memainkan peranan yang penting. Terima kasih banyak kepada Jawatankuasa Pembangunan Wanita kerana

membentuk wanita ke depan dengan kursus-kursus yang ada dan terima kasih kerana pada tahun 2020 dilanjutkan lagi Jawatankuasa Pembangunan Wanita untuk bersama dengan MPKK dan bersama dengan ADUN untuk kita membantu

Kerajaan Negeri ini dan saya mengharapkan supaya peruntukan ditambahkan untuk menggerakkan lagi aktiviti Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga lebih aktif lagi kerana menampakkan kepada kita bahawa wanita telah

Page 121: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

121

betul-betul berperanan dalam membantu Kerajaan Negeri ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas pembentukan Jawatankuasa Wanita dan Keluarga.

Seterusnya adalah berhubung dengan MAMMO Penang. Program di bawah MMK Kesihatan sebelum ini melaksanakan melalui BP Centre yang begitu mudah

menguruskan wanita untuk mendaftar di bawah skim ini.

Tetapi setelah diselaraskan di bawah LPPKN, ada sedikit kesukaran untuk mendaftar iaitu pihak Penyelaras MAMMO perlu kepada key in borang ke dalam

sistem di dalam Klinik LPPKN dan urusan transport ianya perlu kepada peruntukan dan pihak Penyelaras Mammo ini perlu untuk memberi tiga sebut harga

berbanding dengan Penyelaras yang berjalan iaitu BP Centre menyelaras hanya mendapat wanita sahaja di sudut makan minum dan transport diuruskan oleh BP Centre nampaknya lebih mudah.

Saya meminta kepada pihak EXCO yang terlibat dalam Mammo Penang ini supaya melihat kembali urus tadbir yang berlaku. BP Centre penyelarasnya

hanyalah nampak lebih mudah dan lebih nampak penglibatan kepada wanita untuk bersama mendaftar dan mendapat manfaat pemeriksaan kesihatan bagi kanser yang cukup merbahaya ini dapat dinikmati oleh wanita di Pulau Pinang ini.

Seterusnya, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucap banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meneruskan iaitu skim-skim

penghargaan warga emas, OKU, yang mana telah mendengar daripada pihak Ketua Menteri sendiri iaitu tentang RM50 juta telah diperuntukkan untuk skim ini.

Cuma persoalan yang perlu saya bangkitkan ialah Skim iSejahtera, Pelajar Emas yang telah dihentikan mulai 2019 tanpa makluman secara bertulis kepada pelaksana sama ada Pejabat Daerah ataupun Pejabat ADUN Pusat Khidmat sini,

menyukarkan pihak kami untuk menjawab pertanyaan rakyat yang sering datang kepada kami bertanya tentang Skim Pelajar Emas ini.

Sebagai pemimpin kepada rakyat yang faham pengharapan rakyat, mengenai skim ini telah dilaksanakan sebelum ini dan impaknya pembayaran ini membantu rakyat marhaen yang memerlukan. Saya mencadangkan agar

Kerajaan Negeri meneliti semula Skim Pelajar Emas ini dan berharap dapat diteruskan pada sesi 2020.

Seterusnya, terima kasih saya tentang perkhidmatan bas percuma atau bas CAT ini khususnya di kawasan Pulau Betong. Saya juga terima kasih kerana satu sesi FDG ataupun Focus Discussion Group telah diadakan di kawasan Pulau

Betong.

Terima kasih kepada Encik Mustakim daripada SUK yang bersama saya

menggerakkan MPKK pengerusinya di peringkat Kadun Pulau Betong untuk bersama hadir sebanyak 13 DUN, MPKK di Pulau Betong dan kita mengikuti Bas Rapid ini di route yang dilalui oleh bas percuma ini dan telah melibatkan kawasan-

kawasan sekolah di antaranya ialah di Kolej Vokasional Balik Pulau, di Politeknik Balik Pulau, di Mahad Mahsyur Balik Pulau, di Sekolah Menengah Seri Balik Pulau,

di Sekolah Menengah Pondok Upeh yang melibatkan pelajar.

Terima kasih banyak dan di antara penambahbaikan yang kami harap adalah mewujudkan iaitu bas mini kerana ada laluan yang tidak dapat dimasuki

oleh bas hijau atau bas CAT ini. Terima kasih. Begitu juga kepada rakan saya Yang

Page 122: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

122

Berhormat KOMTAR telah membangkitkan isu ini. Begitulah, isu yang sama. Di Pulau Betong saya sendiri yang menaiki bas tersebut. Terima kasih kepada pihak

Kerajaan Negeri.

Saya bangkit dalam Sidang DUN yang lepas dan perkara ini akan

dipertambahbaikan. Cuma ditambah route laluan yang melibatkan sekolah-sekolah di kawasan DUN Pulau Betong. Cuma saya nak bagi penekanan supaya diwujudkan bas mini untuk laluan atau pun lorong di kampung yang bas hijau atau

pun bas CAT ini tidak dapat dimasuki.

Inilah harapan daripada peringkat akar umbi khususnya peringkat

Pengerusi MPKK yang membangkitkan isu ini supaya diwujudkan bas percuma adalah dalam bentuk saiz bas mini. Terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Seterusnya ialah berhubung dengan rakan saya juga bangkitkan iaitu daripada Yang Berhormat Bertam, ucapan perbahasan yang pertama iaitu

berhubung dengan peruntukan P16 (02 dan 03), saya ucap terima kasih di atas tema tahun ini 2030 yang mana ke arah untuk kita memakmurkan Pulau Pinang ini sudah pastinya juga rakan-rakan saya di peringkat semua ADUN untuk, bukan

untuk kami, peruntukan P16 (02) yang merupakan infra, P16 (03) yang merupakan bekalan, bukan untuk kami ADUN-ADUN tetapi untuk apa untuk rakyat

yang kita mahukan rakyat dapat menikmati bersama kemakmuran ini (Ahli Dewan menepuk meja).

Sebagai penambahan, inilah di antara harapan kami supaya rakyat ini dapat menikmati bersama. Kita nak gerakkan masyarakat dan juga Kerajaan Negeri supaya kita bersama maintain tentang kebajikan, (dengan izin), kita nak

meneruskan kebajikan Kerajaan Negeri ini dan masa yang sama kita nak improve supaya rakyat dapat menikmati. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berkhidmat

lama selama dua (2) penggal. Inilah kita mengharapkan supaya P16 (02) peruntukan dan P16(03) peruntukan untuk rakyat ditambah supaya kemakmuran ini dapat menikmati bersama.

Seterusnya, terima kasih juga saya kepada pihak Kerajaan Negeri tentang RTB. Rancangan Tebatan Banjir iaitu berlaku di kawasan DUN Pulau Betong iaitu

yang disebut iaitu di kawasan Pondok Upeh dan juga Sungai Burung. Terima kasih, peruntukan telah diberi sebanyak RM10 juta untuk kawasan tersebut.

Juga terima kasih saya kepada pihak Kerajaan Negeri kerana menjalankan

iaitu permohonan di kawasan muara sungai kuala Pulau Betong untuk nelayan kerana kawasan ini cetek, menyukarkan pihak nelayan keluar masuk. Maka

sebanyak RM79,000 telah diperuntukkan pada Jun yang lalu untuk mendalamkan sungai di Kuala Pulau Betong untuk kebajikan nelayan.

Sekali lagi saya ucap terima kasih kerana Kerajaan Negeri telah prihatin

kepada nelayan dan saya mengharapkan juga kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat semula kawasan tersebut. Saya mendapat aduan daripada nelayan,

telah tertimbus semula dan InsyaAllah selepas ini saya akan bersama dengan Pengarah JPS Negeri iaitu IR. Shukri untuk bersama melihat supaya Kerajaan Negeri menampakkan bahawa nelayan ini perlu kita beri kebajikan untuk mereka

dan kita bela untuk nasib nelayan ini. Ini di antara yang dilaung-laungkan oleh kerajaan.

Page 123: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

123

Yang Berhormat Timbalan Speaker, bagi memastikan nasib nelayan di Pulau Pinang, saya juga mengalu-alukan iaitu Yang Berhormat Seberang Jaya

yang mana telah di dalam kenyataan beliau iaitu bahawa memberi pencerahan tentang langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan nasib nelayan di

Pulau Pinang terus dibela. Banyak kerisauan dan kebimbangan yang saya dengar dan juga daripada golongan nelayan khususnya di Pulau Betong mengenai projek pulau-pulau selatan yang disebut oleh rakan-rakan kita di antaranya.

Kebimbangan ini telah pun juga saya zahirkan kepada pihak Kerajaan Negeri dan sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan bakal mengambil

beberapa tindakan bagi memastikan nasib nelayan terjaga. Antaranya projek melabuhkan tukun di Pulau Rimau dan juga Pulau Kendi serta projek penanaman semula bakau dan juga di Telok Tempoyak dan juga Pulau Betong dikira dapat

membantu meningkatkan jumlah pembiakan ikan serta mengurangkan kesan sampingan dari kerja-kerja tambakan.

Saya juga mengambil maklum akan tindakan proaktif Kerajaan Negeri dalam memastikan pembinaan empat jeti terapung beserta selat laluan sepanjang kawasan yang terjejas bagi memastikan nelayan boleh meneruskan aktiviti

mereka sewaktu kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

Manakala bagi mengurangkan kesan sampingan di atas alam sekitar dan

eko sistem perikanan, jaminan juga diberikan bahawa tapak pembinaan akan dikelilingi oleh tembok pelindung serta pagar kelodak bagi memastikan

penyebaran bahan asing ke atas kawasan laut terbuka dapat dikawal. Begitu juga Yang Berhormat Seberang Jaya telah menyatakan kini Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa alternatif kaedah pembinaan tembok laut mesra alam atau

pun (dengan izin)….eco engineering sea walls, bagi melindungi kawasan perairan selatan Pulau Pinang.

Di kesempatan ini saya mengingatkan kepada semua pihak bahawa walaupun saya adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan, saya akan tetap memainkan peranan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi

tukang semak dan imbang kepada badan eksekutif selaras dengan prinsip demokrasi negara.

Walaupun Kerajaan Negeri dibentuk hasil daripada kerjasama Pakatan Harapan dalam memerangi regim kleptokrasi dalam PRU yang lepas, tanggungjawab saya kepada atas mandat yang diberikan rakyat Pulau Betong

akan saya dahulukan terlebih dahulu. Dalam kita mengejar kemajuan serta pembaharuan ekonomi dalam ruang lingkup prasarana Pelan Induk Pengangkutan

Negeri Pulau Pinang jangan sekali-kali kita meminggirkan mereka yang membayar harga pembangunan untuk kemakmuran kita semua.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sekali lagi saya mengucapkan terima

kasih atas pencerahan yang diberikan oleh EXCO yang bertanggungjawab serta jaminan Kerajaan Negeri mengenai isu ini yang saya akan terus memantau akan

janji-janji ini untuk memastikan golongan nelayan bukan sahaja terbela nasib mereka tetapi turut serta dalam arus pembangunan negeri.

Ucapan penghargaan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Dato’ Seri

Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri yang mencapai umur persaraan genap 60 tahun pada esok 6 November 2019. Banyak pencapaian yang dibanggakan

Page 124: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

124

yang berjaya dicapai oleh pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YB. Dato’ Seri dalam tempoh lapan (8) tahun.

Pohon selasih di dalam kolam

Anak haruan berenang-renang

Terima kasih kami ucapkan

Budi tuan menjadi kenangan.

Tanjung Keramat tepian huma

Singgah pahlawan memetik kelapa

Banyak maklumat kami terima

Jasamu Dato’ Seri kami tak lupa.

Kami doakan semoga Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terus memberi sumbangan, berkongsi pengalaman, kepakaran untuk manfaat

semua kita bersama.

Akhir kata, saya mendoakan mudah-mudahan Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita semua serta melindungi negeri Pulau Pinang

yang kita cintai ini dari sebarang unsur negatif, dari sebarang bentuk apa ancaman yang tidak baik supaya kita terus maju, makmur dan mendapat perlindungan dari

Tuhan yang Maha Esa.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya dengan ini mengakhiri perbahasan

saya. Saya mohon menyokong Belanjawan 2020 iaitu Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama. Sekian terima kasih, Assalamualaikum w.b.t.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih YB. Pulau Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Dalam. You ada setengah jam, cukup?

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Kita tengok nanti.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

You tak boleh cross the time 7.00. Waktu makan penting.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Nanti saya puji FAP.

Page 125: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

125

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Waktu makan penting dan juga waktu saya ada mesyuarat FAP hari ini.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kerana

memberikan saya peluang untuk berbahas dalam sesi Bajet pada kali ini. Pertamanya tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah membentangkan satu lagi Belanjawan yang memberikan keutamaan kepada pembangunan negeri yang

akan memberi manfaat terus kepada hidup rakyat negeri Pulau Pinang selaras dengan temanya Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama.

Pulau Pinang terus menjadi salah satu penyumbang terbesar KDNK negara walau pun mempunyai perbatasan dari segi keluasan dan sumber asli dan sebagainya. Tetapi soalannya masih sama, adakah Pulau Pinang sebelum ini kita

selalu seolah-olah dianaktirikan kerana Kerajaan Persekutuan yang lain. Sekarang soalannya pula adakah kejayaan kita sedang membantutkan kita daripada

penerimaan dana daripada Persekutuan dan beberapa program?

Saya pun setuju dengan saranan beberapa ADUN seperti dari Penanti yang telah menyatakan bahawa Pulau Pinang layak, patut mendapat sebahagian

daripada cukai yang dikutip dari Pulau Pinang daripada income tax. Itu adalah pendirian saya juga.

Dalam Bajet yang dikemukakan, dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri, tadbir urus bersih dan ketelusan terus menjadi pegangan Kerajaan Pakatan

Harapan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah berkali-kali membuktikan bahawa pentadbirannya amatlah terbuka dan telus. Dan inilah sebab apa, setiap tahun, walau pun masa dibentangkan, ianya adalah bajet defisit tetapi akhirnya menjadi

surplus kerana tadbir urus yang cekap, amanah dan telus. Bukan seperti creative accounting yang dinyatakan oleh Dato’ Ketua Pembangkang. Itu adalah cara

Perdana Menteri terdahulu bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ini juga adalah salah satu sebab Pulau Pinang menjadi pilihan pelabur asing, terus menjadi pilihan pelabur asing. Walau pun menghadapi cabaran yang

sengit daripada negeri-negeri jiran, Kulim High Tech Park misalnya memberikan pelbagai insentif kepada pelabur asing dan ini adalah satu-satu high tech park

yang dedicated high tech park to attract foreign direct investment …(dengan izin).

Apabila saya melawat ke Kulim High Tech Park office baru-baru ini, saya terpegun, mereka ada PBT mereka sendiri, ada tax break yang lumayan kepada

mereka yang ingin datang melabur di Kulim High Tech Park, elektrik, tarif elektriknya berbeza daripada negeri-negeri lain. Itu yang saya nampak di sana

dan juga mereka sekarang mempunyai lebih, kalau berbanding dengan Pulau Pinang, mereka mempunyai kelebihan yang lebih yang sangat ketara.

Begitu pun, Penang terus menjadi pilihan pelabur asing daripada seluruh

pelusuk dunia. Dan untuk, saya menyambut baik usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk melabur, untuk menarik pelabur asing tetapi seperti yang saya sering kali

menyatakan, saya melihat usaha-usaha untuk menarik pelabur asing terus menjurus ke Asia Timur.

Page 126: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

126

Kita tahu Asia Timur sedang, Jepun dan juga China, sedang, khususnya China sedang mengecapi satu perkembangan di mana kemajuan mereka dalam

segi ekonomi begitu mendadak tetapi saya berharap seperti yang saya nyatakan sebelum ini kita juga perlu lihat kepada Asia Selatan di mana high tech industry

nya juga sedang berkembang dengan pesat.

Sekarang adalah masanya untuk kita mengambil peluang daripada peluang yang ada di Asia Selatan kerana Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang

mempunyai hubungan tradisi, hubungan sejarah dengan Asia Selatan khususnya Negara India. Baru-baru ini apabila saya melawat India, saya telah melihat satu

syarikat biotech iaitu Bio Con telah datang ke Johor Bahru dan telah melabur sebanyak RM1 bilion di Johor Bahru.

Kita pun tidak tahu kenapa mereka telah pergi ke Johor Bahru, pada masa

itu MITI dan juga Bio Tech Corp telah menjanjikan mereka bahawa Johor adalah pilihan yang terbaik. Tetapi mereka sedang menghadapi masalah di mana ke

semua bakat-bakat mereka yang dilatih oleh mereka selepas dalam tempoh bon mereka, mereka sedang dipancing oleh syarikat-syarikat bio tech daripada Singapura dan mereka menyatakan we should have choose Penang, it is very far

from Singapore, less competition and that would have been an ideal situation. yang dinyatakan oleh mereka.

Oleh itu saya berharap Kerajaan Negeri akan teruskan usaha untuk tengok kepada peluang-peluang yang ada di Asia Selatan khususnya high tech industry.

Walau pun persekitaran hubungan Malaysia-India sedikit tegang, Pulau Pinang sebagai rakan tradisi India bolehlah berusaha sendiri tanpa merujuk kepada MITI atau pun MATRADE di India, kita ada kelebihan itu.

Dato’ Yang di-Pertua, pelancongan terus menjadi salah satu sektor yang

terus menjadi tunjang utama ekonomi Pulau Pinang. Kerajaan Negeri terus melabur dalam sektor pelancongan khususnya sebanyak RM15 juta pada tahun 2020. Ketua Menteri juga telah mengumumkan bahawa Bukit Bendera akan dikaji

kesesuaian untuk menjadi UNESCO Bios Fare Reserve untuk menarik lebih ramai pelancong sebagai salah satu kawasan eko pelancongan.

Pada pandangan saya walau pun Penang Hill boleh jadi satu kawasan eko pelancongan, bagi saya Seberang Perai masih lagi adalah destinasi eko pelancongan yang harus dipromosi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya

Seberang Perai Utara. Empat-empat kami adalah dari Seberang Perai Utara. Walaupun mereka Pembangkang saya mahu juga lihat Seberang Perai Utara maju,

masuk sekalilah tetapi bukan sebagai Pembangkang.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Bagi borang.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Sebagai contohnya, hutan pelajaran Air Itam Dalam, infranya tidak begitu

baik tetapi tidak dapat peruntukan daripada mana-mana agensi untuk mereka membaiki infra yang ada itu, the bridge, suspension bridge…(dengan izin), it is a

Page 127: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

127

nice place to be but then tidak ada peruntukan kepada jabatan berkaitan. Saya berharap pada tahun 2020 ini Kerajaan Negeri akan …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Bagan Dalam.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Last sentence okay. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah wang kepada Seberang Perai secara terus supaya boleh dibangunkan kawasan-kawasan

eko pelancongan ini.

Kalau boleh saya minta disalurkan terus kepada Majlis Bandaraya Seberang

Perai kerana mereka sudah ada Unit Pelancongan sendiri dan bolehlah mereka membuat kajian atau pun membuat rancangan-rancangan untuk membangunkan destinasi-destinasi eko pelancongan di Seberang Perai, khususnya di Seberang

Perai Utara. Sungai Dua.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Bagan Dalam dan juga Timbalan Yang di-Pertua. Cuma saya nak, tertarik dengan apa yang disebut tentang dengan Air Itam Dalam, itu kawasan Hutan Pelajaran. Kawasan ini telah dibangunkan dululah, oleh PERDA

dengan apa laluan-laluan tinggi sudah mula terbengkalai. Jadi kita minta perkara ni diberi perhatian, termasuklah kawasan itu telah mula dicerobohi, telah mula

ditambak kawasan sekitarnya. Dan ini mungkin menjejaskan aliran air, dan juga kawasan tanaman pokok-pokok yang sekitarnya juga.

Kawasan burung singgah disitu, jadi kalau boleh saya minta ambil kesempatan disini untuk mohon supaya tindakan diambil untuk menjaga kembali, masukkan hutan Hutan Pelajaran ni sebagai satu destinasi pelancongan, dan

menambah peruntukan untuk membangunkan kawasan ini. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Sebenarnya Hutan Pelajaran Air Itam, dalam ini tidak dipromosi begitu meluas. Tetapi masih mendapat pelancong-pelancong daripada Korea dan Jepun melawat di sana. Kita boleh lihat

pada bulan penghijrahan burung itu, kita lihat ramai daripada mereka datang dan mereka tinggal di homestay-homestay di kawasan tersebut.

So, saya rasa sudah tiba masanya kita perlu mengarus perdanakan kawasan-kawasan seperti ini, dalam usaha promosi pelancongan kita. Dan saya juga menyeru Kerajaan Negeri, untuk mengkaji kesesuaian Hutan Bakau di

kawasan Seberang Perai Utara menjadi tapak RAMSAR. Khususnya dari kawasan Penaga sampai ke Telok Ayer Tawar dimana menjadi kawasan burung, kawasan

persinggahan burung penghijrahan daripada bulan April sampai ke bulan November.

Semasa saya jadi Ahli Majlis pun, perkara ini terus ditekankan kepada

Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, kita rasa gusar sedikit sebab dengan adanya cadangan untuk Projek ZIA. EXCO telah menjawab, ianya telah diluluskan

pada tahun 2003.

Page 128: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

128

Pada 2003, mungkin kita tidak ada fakta tentang burung penghijrahan. Masa itu, ekopelancongan pun tidaklah begitu popular. Tetapi sekarang, kita lihat

ia adalah salah satu sektor yang boleh mendatangkan hasil yang begitu banyak kepada negeri secara terus dan tidak terus. So, I think is about the time that we

should relooked at the ZIA Project whether it is suitable for the current development…(dengan izin).

So, saya berharap dengan menjadinya tapak RAMSAR, kawasan itu akan

dapat menarik ramai lagi pelancong asing khususnya daripada Barat kerana avitourism ataupun bird watching seperti yang saya menyatakan sebelum ini it’s

a big business, 100 billion ringgit, 100 billion dollar is being spend every year by the avitourism. Mereka yang suka melihat burung-burung itu, burung-burung hijrah khususnya. They spent 100 billion on this avitourism so, I think kita perlu

melihat kesan ekonomi daripada perspektif yang lain.

Bukan daripada we want to create ecoculture pond itu pun akan, akan

mewujudkan peluang pekerjaan bagaimana pula kalau ia dijadikan sebagai kawasan eko pelancongan. Berapa pula peluang pekerjaan akan diwujudkan melalui itu. Dan kita akan secara langsungnya kita akan memperkasakan

penduduk-penduduk di kawasan pedalaman, di kawasan kampung mereka akan jadi our ambassador kepada tourist-tourist yang ada.

Ada juga seperti yang Pasar Bisik kita, I think Pasar Bisik kita di Seberang Perai Utara, satu-satunya di Malaysia. Unik, dan bila orang Barat datang sini,

mereka cukup terpegun dan cukup tertarik dengan produk-produk pelancongan eko pelancongan yang kita ada seperti ini. So, saya minta saya berharap Kerajaan Negeri belum lambat lagi untuk Kerajaan Negeri, kaji semula Projek ZIA yang

akan melihat terutamanya 400 hektar paya bakau yang sukar, yang sukar ditukar ganti itu hilang selama-lamanya.

Saya juga cadangkan supaya Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang terus kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai, untuk mempromosi produk pelancongan khususnya eko-pelancongan seperti yang saya nyatakan tadi. Dan

saya juga minta peruntukan ini, kerana baru-baru ini selepas diumumkan sebagai Bandaraya, Datuk Bandar telah datang ke satu program di kawasan saya, dan

telah mengumumkan bahawa dari Jalan Heng Choon Thian, Jalan Heng Choon Thian, Jalan Bagan Luar 1 sehingga ke Jalan Jeti Lama sebagai Zon Seni dan Budaya, Seberang Perai.

Dan saya berharap, dengan adanya peruntukan ini Majlis Bandaraya Seberang Perai bolehlah memajukan kawasan ini sebagai satu Zon Seni Budaya,

Seberang Perai yang akan menjadi tarikan pelancong di masa hadapan.

Dan dikesempatan ini saya juga, ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Air Putih yang juga

merupakan Ahli Parlimen Bagan dan juga Menteri Kewangan, Timbalan Ketua Menteri, Yang Berhormat Perai dan juga Yang Berhormat EXCO Pelancongan iaitu

Paya Terubong, yang telah memberikan sokongan kepada saya untuk teruskan projek Little India Butterworth. Ataupun untuk wujudkan satu Little India di kawasan Seberang Perai. Terima kasih CM, Deputy CM, and EXCO dan juga FM.

Page 129: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

129

Saya harap MPSP akan duduk sekali dengan saya, dan juga pejabat saya, Think City untuk sama-sama kita membuat satu perancangan untuk

mengeluarkan satu dokumen komprehensif tentang kemajuan di Zon Seni dan Budaya yang dikenal pasti itu. Itu adalah harapan saya.

Dan saya setuju dengan Kerajaan Negeri bahawa Penang Port terus menjadi pemangkin ekonomi untuk Negeri Pulau Pinang, khususnya kepada kepada kawasan Butterworth. Butterworth adalah is a port town dikenali sebagai port

town. Dan aktiviti-aktiviti ekonominya, yang berhubung kait dengan ekonomi aktiviti pelabuhan terus berkembang di Butterworth. Dan saya menyambut baik,

cadangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kapasiti pengendalian kargo di Penang Port.

Selari dengan perkembangan ini, saya juga minta Kerajaan Negeri untuk

menyediakan peruntukan untuk memajukan Jalan Mohd Saad bersebelahan Dewan Haji Ahmad Badawi, sebagai kawasan komersial. Ini untuk menikmati

limpahan ekonomi yang wujud daripada aktiviti pelabuhan yang ada ini.

Sekarang kita ada MARA, bazarnya baru-baru ini telah dinaik taraf. Cukup cantik, saya telah melihat. Pasar Jeti Lama akan dinaik taraf, dan saya berharap

akan ada lebih banyak bangunan-bangunan bersifat komersial di kawasan sana, dan kita perlukan suntikan dana daripada Kerajaan Negeri untuk memajukan

kawasan tersebut.

Dan di pada kesempatan ini, saya ingin meminta kepada Kerajaan Negeri

khususnya Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Pinang Tunggal tentang isu yang saya telah bincangkan dengan beliau iaitu Masjid Terapung yang dibina oleh pihak Penang Port.

Sudah lama masjid tersebut dibina, tetapi tidak digunakan kerana Majlis Agama Islam tidak memberikan tauliah. Kalau if I’m saya menggunakan

perkataan yang betul. Itu yang saya telah diberitahu. Tidak ada tauliah sehingga kini, kerana dinyatakan ada satu lagi kariah masjid bersebelahan. Di kawasan saya, setahu saya hanya satu masjid sahaja iaitu Masjid Bagan Dalam.

Dan mereka mempunyai Jemaah mereka sendiri daripada kampung-kampung bersekitaran. Dari Flat Seri Bagan, Kampung Perlis, Kampung Ujong

Batu, Kampung Baru dan kampung-kampung lain. Tetapi, Penang Port ini bukan untuk penduduk. Memang di kawasan jiran saya iaitu di Bagan Jermal, ada dalam satu jalan itu sendiri Jalan Telaga Air, kita ada tiga masjid. Masjid Abdul Kadir,

dan juga Masjid Jalan Telaga Air. Kubang Buaya. So, memang ada. Tetapi, ini adalah untuk penduduk-penduduk di kawasan Bagan yang cukup banyaklah di

kawasan tersebut. Tetapi Masjid Terapung Penang Port ini, uniknya adalah kerana pekerja-pekerja yang datang untuk bekerja di pelabuhan. Dan setiap Jumaat hampir 1,000 orang saya, saya dinyatakan lebih kurang 1,700 orang jemaah ada

yang datang keluar, masuk keluar pelabuhan Penang Port ini. Tetapi, mereka tidak ada tempat untuk bersembahyang pada hari Jumaat.

Dan Penang Port telah menyatakan mereka sudahpun menyediakan. Telah berkali-kali telah cuba untuk mendapatkan tauliah, tetapi gagal sehingga kini. Saya minta perkara ini dicepatkan, dan diberikan tauliah secepat mungkin,

supaya kawasan itu tidak menjadi underutilized dan juga terbengkalai in future.

Page 130: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

130

Itu harapan saya. Dan ini juga untuk, sekarang I think Majlis Agama Islam tidak perlu membelanjakan apa-apa duit, untuk penyelenggaraan masjid tersebut

kerana Penang Port kata, kita akan sediakan peruntukan tahunan untuk menyelenggara masjid tersebut. So, saya berharap Kerajaan Negeri akan

mengambil pandang, mengambil serius perkara ini.

Seterusnya bercakap pasal masjid, saya pun nak cakap tentang zakat. Saya hargai bantuan Pusat Urus Zakat yang membantu fakir miskin,

mangsa bencana dan anak-anak miskin melalui bantuan kewangan. Saya ada satu permintaan di sini. Bukan kritikan, nanti saya tak nak pihak di luar sana

salah tafsir dan tulis yang bukan-bukan.

Saya ingin menyatakan pandangan saya, sebagai seorang ADUN yang mempunyai 20% pengundi muslim, Melayu muslim di kawasan saya. Apa yang

saya lihat, adalah bantuan mereka adalah bantuan daripada Zakat adalah, sesuatu yang sangat membantu mereka. Apabila ada seorang yang miskin sakit, bukan

sahaja Kebajikan datang bantu, Zakat datang bantu sekali.

So, memang ia meringankan beban keluarga-keluarga miskin. Tetapi saya ada satu permintaan ini saja, iaitu bantuan semasa bulan Ramadan untuk

raya. Kalau boleh, saya syorkan diberikan baucar tunai terus kepada penerima-penerima fakir. Jangan kita terus berikan hamper yang ada beraslah, minyaklah,

biscuitlah. This is something the practice is a satu praktis yang saya nampak seperti lapuk.

Apa mereka nak buat dengan beras, dengan minyak, kita tidak tahu. Adakah mereka gunakan beras jenama itu, minyak jenama itu. Adakah mungkin that’s not necessary for them. So, I hope dengan adanya kalau kita

berikan terus baucar masa musim perayaan itu, dia boleh pergi ke sendiri Mydin ke, Billion ke, dia boleh pergi sendiri dan boleh beli sendiri barangan yang

diperlukan. Katakan ada anak-anak, mereka nak beli baju baru untuk baju raya untuk anak-anak, mereka boleh menggunakan baucar itu.

So, ini adalah padangan saya. Bukan kritikan, sekali lagi saya ingin

menegaskan sebab ini musim fake news. Apa-apa yang kita katakan dalam Dewan ini, disalah tafsir sebagai yang satu sesuatu yang kita tidak dinyatakan di

luar sana. So, bukan saja pada musim Ramadan, saya pun berharap rakan-rakan saya jugalah pada musim-musim perayaan yang lain juga, kalau boleh kita elakkan hamper culture ini. kita berikan bantuan yang lebih bermakna seperti

baucar.

Saya lihat hari itu, Padang Lalang telah memberikan baucar semasa hari

Deepavali untuk bulan Deepavali. Then on that day, saya pun telah meminta pasukan saya, ini yang kita perlu buat. Saya tidak mahu memberikan hamper, tetapi rasa tersalah. Ada yang fakir miskin di kawasan juga. Bagaimana kita nak

bantu mereka, semasa perayaan Deepavali. Then terus ambil baucar tunai, dan kita memberikan kepada mereka. Itu lebih bermakna, untuk bantuan yang lebih

bermakna. Ini adalah pandangan saya.

Untuk tahun 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM5.0 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Saya berharap

kali ini, peruntukan tersebut akan disalurkan terus kepada sekolah melalui

Page 131: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

131

PIBG. Kerana apabila disalurkan kepada JPN dan melalui JKR, karenah birokrasi wujud di sana. Dan kita lihat, nilai value for money itu sudah menjadi rendah.

Sebab apabila JKR memberi sebutharga untuk sesuatu projek itu, katakan satu tembok. Kalau kita panggil kontraktor daripada kalangan yang kita kenal,

itu mungkin RM5,000.00. Bila kita hantar kepada JKR, dia punya spec sudah berubah. Dia akan menjadi RM20,000.00. Dan ke semua RM20,000.00 yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri itu, akan dibelanjakan dalam there is no value for

money.

So, saya berharap kali ini peruntukannya disalurkan terus kepada

PIBG. Dengan itu, dia akan lebih berguna untuk sekolah. Dan saya berharap, kali ini sekolah di kawasan Bagan akan dapat jugalah bantuan. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Yang saya lihat yang senarai

jawapan bertulis, saya lihat sebanyak RM800,000.00 disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan pada tahun ini di

kawasan Seberang Perai Utara dan hanya 60,000 sahaja datang ke sekolah kebangsaan dan menegah kebangsaan di sekolah di seluruh kawasan Parlimen Bagan. RM740,000 ataupun RM740,000 telah disalurkan kepada sekolah-sekolah

di kawasan Seberang Perai. Di kawasan Kepala Batas dan juga Tasek Gelugor. Saya tak membantah, tetapi saya minta dipertambahkan jugalah dengan

tambahnya peruntukan ke lima juta ini. Ini adalah tentang pendidikan.

Saya juga menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk

mentransfrormasikan Weld Quay di Pulau Pinang dan Butterworth di Seberang sebagai tarikan baru yang dapat menarik pelaburan baru dan menjadi bandar pintar, berdaya huni dan mampan. Dengan nama Penang’s Core City. Penang’s

New City Core (PNCC). Dan saya berharap projek ini akan menjadi satu ikon kepada Pulau Pinang di masa hadapan. Saya cuba ringkaskan. Tetapi, ada satu

isu yang perlu diselesaikan di kawasan persisir pantai di Butterworth iaitu depot Petroleum di Butterworth yang di jalan pantai kalau kita ambil feri kita boleh lihat dia macam satu eyesore apabila kita melihat kepada depot-depot petroleum ini.

Saya berharap yang PNCC yang dicadangkan ini, berpusat di kawasan tersebut bersebelahan dengan Penang Sentral. Dan saya minta depot petroleum ini

dialihkan ke kawasan lain atas sebab-sebab keselamatan. Katakan ada kebakaran letupan. Apa akan jadi pada kawasan berdekatan? Itu adalah concern saya. Dan mungkin mereka boleh dialihkan ke tempat lain. Kawasan perindustrian Prai. Di

mana Shellron, Caltex sudah ada depot mereka. Dan kalau Kerajaan Negeri perlu membuat tembok tambakan di sungai pun bolehlah. Tapi tolonglah, alihkan

mereka luar keluar daripada kawasan ini. Ini sebab kawasan itu adalah kawasan perumahan. Residential. Tak sesuai ada heavy industry atau yang berbahaya seperti ini. Industri yang berbahaya seperti ini. Mungkin kita boleh buat dengan

land swap dan tapak sedia ada boleh la dimajukan melalui dimajukan oleh Kerajaan Negeri melalui Joint Ventures Project. CMI. Itu cadangan saya, mungkin

Kerajaan Negeri boleh mengambil kira perkara ini. Dan Dato’ Timbalan Speaker, Ketua Menteri telah mengumumkan kemungkinan perkhidmatan teksi air diperkenalkan pada awal tahun depan. Dan saya ada soalan. Adakah kita akan

menggunakan Terminal Feri yang sedia ada untuk perkhidmatan teksi air ini ataupun ada beberapa pick up point yang lain di sepanjang Pantai Butterworth itu.

Itu soalan saya. Dan saya pun berharap kalau depot petroleum ini dapat dialihkan, kawasan itu pun sesuai dijadikan park and ride. Boleh mereka parking kereta mereka di sana dan ambil water taxi daripada sana. Dan saya amat tertarik

Page 132: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

132

dengan pengumuman Ketua Menteri bahawab Penang Digital Corporation akan diwujudkan di Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM2.1 juta.

Dan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berada dalam landasan yang betul. Saya berharap usaha ini akan menitikberatkan kepada

Hypernet of Things. Mewujudkan ekosistem IoT dan memacu kemajuan Pulau Pinang dalam era Industrial Revolution 4.0. Saya beralih kepada isu kawasan. Ketua Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan peruntukan

wang sebanyak RM104.53 juta akan diperuntukan pada tahun 2020 untuk Projek Tebatan Banjir. Saya berharap sebahagian daripadanya akan disalurkan untuk

Projek RTB Lembangan Sungai Nyor yang akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan Bagan. Di sini saya bukan bercakap untuk Bagan Dalam, saya pun bercakap untuk Sungai Puyu dan juga Bagan Jermal. Di mana kita menghadapi

masalah banjir. Apabila hujan satu jam setengah, sudah mula banjir. So, saya berharap Kerajaan Negeri menyalurkan sebahagian daripada peruntukan itu untuk

projek awal untuk ataupun untuk kerja-kerja awal Projek RTB Lembangan Sungai Nyor. Dan saya juga berharap, Kerajaan Persekutuan akan turut menyalurkan peruntukan kerana EXCO jawab kos RTB Sungai Nyor ini dianggarkan lebih kurang

60 juta dan harus dipanjangkan kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Dan kita tidak tahu lah bilakah peruntukan itu akan

sampai.

Bila dipanjangkan kepada Kerajaan Persekutuan. So, saya berharap ini

akan mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri. Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO dari kawasan Tanjung Bunga yang telah mengambil tindakan ataupun tindakan serius terhadap kontraktor RTB Mak

Mandin yang bersikap cuai dalam beberapa perkara. Saya telah memanjangkan kepada beliau dan beliau telah mengambil, telah memberi amaran bertulis kepada

kontraktor tersebut dan saya menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada EXCO dan saya harap beliau akan terus memantau kemajuan projek RTB Mak Mandin ini.

Dan projek Rumah Mampu Milik B iaitu bernilai RM72,500 di seluruh kawasan hanya Bagan ada satu projek sahaja, iaitu Projek Jiran Resindensi oleh

PDC. Saya boleh, kalau boleh saya minta di masa hadapan boleh la Kerajaan Negeri tambah projek Rumah Mampu Milik B dan A di Kawasan Bagan khususnya.

Seterusnya, tentang peruntukan untuk bas CAT yang sebanyak RM15 juta

telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk. Saya akan habiskan. Ringkaskan. Okay. Telah diperuntukkan untuk projek ini. Dan saya minta

peruntukan ini ataupun projek CAT bas ini diperluaskan kepada sekolah, bas-bas sekolah. Kerana kebanyakan daripada kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan bandar khususnya adalah berpunca daripada kenderaan-kenderaan yang

datang mengangkat anak-anak mereka pulang dari, pulang ke rumah. Dan kita lihat, terlalu banyak kereta kita pergi ke di hadapan Free School pukul lima ke

tujuh kita tidak boleh lalu. Begitu banyak bas sekolah. Bas sekolah dan juga kereta. Di Jalan Air Hitam ada Sekolah Chun Ling. Chung Ling. Kita lihat. So saya rasa mungkin elok kalau Kerajaan Negeri melantik syarikat-syarikat bas sekolah

memperuntukan wang terus kepada syarikat bas sekolah untuk memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak dan di kawasan sekitarnya.

Itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan lalu lintas dan akan bantu kita capai CAT iaitu Congestion Alleviation Transport yang menjadi ilham untuk projek ini. Akhir sekali. Saya sudah nak habis dah. Okay, akhir sekali kita pi isunya

Page 133: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

133

panjang. Tentang isu keselamatan negara. Kita tidak mahu kompromi dalam isu keselamatan negara. Tetapi janganlah isu itu menjadi isu yang mengakibatkan

ketidakadilan kepada sesiapa. Itu kepercayaan saya. Dan saya percaya ramai rakyat Malaysia bersetuju dengan saya. Agama Islam sendiri melarang seseorang

itu mengakibatkan ketidakadilan. Bukan sahaja kepada manusia, malah kepada haiwan juga. Melarang seseorang itu melakukan ketidakadilan kepada mana-mana kehidupan. Biar manusia ataupun binatang. Prinsip Blackstone, ‘’It is better

that ten guilty persons escape, than that one suffer’’. Then, saya menyatakan perkara ini kerana. Baru-baru ini ada kes keselamatan negara kononnya anggota-

anggota LTTE telah ditahan oleh pihak PDRM.

Saya tidak mahu bercakap tentang kes LTTE dulu. Saya beralih ke isu lain, lepas tu saya datang ke sana. Sebelum ini, sepanjang tiga empat tahun ini. Kita

telah digempurkan dengan beberapa kes utama. Kes besar-besar dinyatakan ‘Oh! ada pengganas Islamic State yang akan menyerang Malaysia’. ‘Ada yang

ditangkap membuat bom’. ‘Ada yang merancang untuk menculik Perdana Menteri’. Ini adalah kes-kes yang digembar-gemburkan kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan beberapa orang ahli keluarga tahanan

yang masih berada di dalam tahanan SOSMA. Dan apabila saya mendengar cerita mereka. Saya pun terkejut. Kalau polis Malaysia baru-baru ini telah menyatakan

mereka yang bertempur di Syria, harus dibenarkan kembali ke Malaysia kerana mereka boleh menjalani pemulihan. Kenapa mereka ini dihukum dengan begitu

kejam? Itu soalan saya. Apa yang saya dinyata, apa yang saya dapat tahu adalah, mereka yang mempunyai gambar, sticker, buku, dihukum 12 tahun, 15 tahun, 17, tujuh tahun tetapi kita nak bawa mereka yang bertempur di Syria ke sini no

problem kita boleh rehabilitated mereka. Memulihkan mereka. Tetapi bukan rakyat Malaysia yang memang dia, dia kadang kala orang muda ni cepat

terdorong. Orang kata apa-apa dalam mesej, dia pun jawablah.

Then dia, saya lihat baru tadi ada seorang hantar adiknya telah dipenjara sebanyak 12 tahun. Saya lihat kes dia. Apa kesalahan dia. Fakta dia. Dia

menyatakan satu komen dalam kumpulan, I mean group Instagram dan ada satu lagi group Whatsapp dia nyatakan komen sahaja. Itu dia ditangkap. Tidak

dibenarkan jamin. Diikat jamin dan terus menjadi tahanan di bawah SOSMA. Dan seperti yang saya nyatakan tadi. Itu bukan ketidakadilan, Itu adalah satu jenis ketidakadilan biar mereka menjalani proses undang-undang itu. Mereka boleh

didakwa di mahkamah dan janganlah halang mereka. Simpan. Katakanlah seseorang itu ditangkap di bawah SOSMA dia tidak akan dapat diikat jamin. Dia

perlu menjalani tempoh tahanannya di dalam penjara. Katakan kes itu berjalan lima (5) tahun. Lepas tu keputusan keluar tidak bersalah. Lima (5) tahun itu macam mana kita nak ganti? Ini ketidakadilan. Ini yang saya rasa tidak patut.

Dan apa yang saya lihat dari 86 tahanan yang masih berada dalam tahanan ini lebih daripada 40 ataupun 45 telah mengaku bersalah. Dan baru-baru ini kita

semua, negara semua dikejutkan, ada tahanan SOSMA LTTE dia kata, ‘oh! kami didera’ kita semua bercakap dan saya sendiri malu. Sebelum ini saya tidak pernah tau tentang kes-kes SOSMA. Yang kalau ada 40 orang ini sudah mengaku

bersalah, di mahkamah dan dihukum lima (5) tahun, tujuh (7) tahun 10 tahun dan kita lihat kepada kesilapan mereka, kesalahan mereka. Out of allegiant

ataupun buyer. Dalam group Insta or apa ni Telegram. Kenapa kita tak boleh memulihkan mereka? Kita ada begitu banyak institusi. Institusi agama ada. Dia terpesong. Kita boleh bawa mereka, memulihkan mereka mungkin boleh letakkan

mereka dalam apa ni kursus pemulihan dua (2) tahun ke. Monitor them. Ini, ini

Page 134: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

134

ini yang tidak boleh diterima lah then saya berbalik kepada ini then ini adalah isu yang bercakap tentang Islamic State.

Isu LTTE, sebelum ini dinyatakan ada tangkapan, ada ada ada rancangan untuk menyerang kedutaan Sri Lanka. Yang dinyatakan oleh polis lepas tu

dinyatakan oleh polis lepas tu dinyatakan ada transaksi wang secara besar-besaran. Saya tengok semua dakwaan di mahkamah gambar dalam handphone. Gambar dalam Facebook. Ini yang didakwa. Mana kes-kes besar yang dinyatakan

itu? Itu soalan saya. Dan saya juga ingin menerangkan sedikit. Ini bukan saya yang kata. Rakan Penaga yang baru iaitu daripada parti MIC. Ahli Parlimennya

pada 30 Julai 2018. Ahli Parlimen Cameron Highland yang lama, yang telah dilucut hak itu dia telah menyatakan di Parlimen. I repeat the what he said in Hansard. Sivarraajh ya, Dato’ Sivarraajh Chandran, dia menyatakan ini mengikut rekod

Handsard. “Saya juga mengingatkan kepada segolongan mereka yang melabelkan kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas.

(Dengan izin)….LTTE was never a terrorist group but a group of freedom fighter who fought for the liberation of the oppressed Tamils in Sri Lanka for many years. Just like the freedom and other freedom fighter who was striving till this very

moment to uphold their rights, people rights in every country”. Ini kenyataan daripada MIC.

Dia yang menyatakan dalam Parlimen masa itu Barisan Nasional, PAS semua diam sahaja. Takda buat apa. Sekarang dia nyatakan yang ini oh macam

mana boleh menyatakan sokongan kepada satu kumpulan pengganas. Memang betul, kumpulan pengganas LTTE itu dinyatakan, diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh negara-negara barat, seperti European Union dan

Amerika Syarikat. Tetapi, negara-negara barat yang sama juga telah melabelkan kumpulan-kumpulan pemisah lain ataupun kumpulan-kumpulan pejuang seperti

Hamas sebagai pengganas bukan sahaja itu, sehingga tahun 2008 Nelson Mendela, seorang ikon antarabangsa diletakkan di bawah senarai pengganas oleh Amerika Syarikat, ini hakikat. Bukan saya menyokong LTTE di sini tetapi ada

gerakan di luar sana dinyatakan kononnya mereka yang telah bersimpati kepada perjuangan orang Tamil di sana. Kenapa perjuangan di Sri Lanka telah bermula?

Sebelum datangnya British, Sri Lanka terpecah kepada dua (2) negara, satu negara Tamil dan juga satu negara Singala dan kalau kita lihat pada kesusasteraan orang Tamil yang beribu tahun, 2,000 tahun, 3,000 tahun ada

perkataan eelam itu sendiri. Eelam itu bermakna “The Tamil Home Land in Sri Lanka”. It does not mean LTTE. LTTE adalah satu kumpulan yang muncul 30 tahun

lepas untuk menukar cara perjuangannya. Sebelum itu cara perjuangan mereka adalah demokrasi dan tiba-tiba mereka datang, of course mereka ada kelemahan mereka, ada apabila perang berlaku mereka telah melakukan kesalahan. Itu saya

tidak menafikan. Tetapi selepas tahun 2009, selepas Kerajaan Sri Lanka mengalahkan LTTE, there is no more LTTE anywhere in the world. In fact laporan

US baru-baru pun ini telah pun menyatakan apabila kita melihat kepada laporan tentang Sri Lanka dia tidak menyatakan apa-apa tentang LTTE. Is that and gone. Apa yang mereka buat di Malaysia yang mereka yang dikatakan adalah simpati

kepada mangsa-mangsa perang…..(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat Bagan Dalam, saya ingat cukup kepada LTTE kita sudah dapat lesen for LTTE ini, we can now…(gangguan).

Page 135: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

135

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Finish one more.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

I give you three minutes more to stop.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Okey, kita cakap tentang FAP. Saya nak cakap benda ini, bukan apa. Memang kita tidak mau berkompromi dalam isu keselamatan negara tetapi

janganlah kita menggembar-gemburkan seolah-olah keselamatan negara ini macam terancam. Kalau terancam, kalau mereka betul mereka simpan senjata,

okey. Tangkap mereka, hukum mereka sekeras-kerasnya, kita setuju. Bukan sahaja untuk LTTE, saya bercakap tentang kononnya pengganas Islamic State itu sekali pun. Semua mereka yang ditangkap tidak ada senjata. Apa yang senjata

mereka adalah handphone, handphone. Kalau ada dalam, Timbalan Yang di-Pertua hantar apa-apa gambar, dan saya merujuk kepada polis boleh terus

ditangkap, katakan menyokong pengganas. Katakan Timbalan Yang di-Pertua hantar satu gambar tentang bubble khalsa, boleh ditangkap kerana dia boleh diklasifikasikan sebagai satu tindakan menyokong pengganas.

Ini saya nak bawa kerana Penaga telah bercakap tentang itu tadi, so saya nak just terangkan di sini. Sokongan kepada masyarakat Tamil yang telah

mengalami satu nasib yang teruk. Sekarang, baru-baru ini dua (2) tahun yang lepas, masyarakat Muslim juga mula diserang di Sri Lanka oleh majoriti pelampau-

pelampau mereka. So isu ini, bukan isu simpati sahaja, sama seperti mana-mana isu yang, simpati yang kita tunjukkan kepada masyarakat Rohingya, masyarakat Palestin sama. Bukan menyokong perjuangan bersenjata di Sri Lanka. Saya nak

terangkan di sini, kebanyakan daripada rakyat Malaysia, I want to put it on the record dan saya berharap dengan ini negara Malaysia ini, jangan kita terdorong-

dorong kepada seolah-olahnya ada ancaman keselamatan.

Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan mengkaji balik semua kes-kes lama khususnya yang telah dihukum kerana mengaku. Kita nak tahu apa

kesahihan di atas tuduhan mereka. Kerana kebanyakan daripada mereka adalah yang miskin, yang tidak berpendapatan tinggi, yang tidak berduit untuk to hire a

lawyer to fight their case. So saya berharap dengan itu, saya pun macam jadikan sini sebagai Parlimen, so tidak mahu bercakap tentang isu nasional….(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Balik ke Pulau Pinang, balik ke Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Okay, so sudah balik dan dengan itu saya pun tidak mahu bercakap panjang dan mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang bakal bersara, hari ini dah

bersara ka? Besok, okey. Besok adalah hari terakhir beliau dan terima kasih kepada semua jasa baik beliau sepanjang berkhidmat di negeri Pulau Pinang. Saya

kenal beliau semasa beliau menjadi Yang di-Pertua MBSP. Lepas itu Pegawai

Page 136: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

136

Kewangan Negeri dan sampailah ke menjadi Dato’ SUK dan terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Sokong tak sokong dengan bajet?

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Saya sokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula pada pukul 8.00 (malam) dan Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.15 petang.

Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ada sakit? Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan bersidang semula dan saya

minta siapa lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum bahas. Persilakan Permatang Pasir.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Bismillah hir Rahman nir Rahim (bacaan doa). Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan semua rakan-rakan Yang Berhormat yang dikasihi

sekalian. Pertamanya saya merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Yang Berhormat CM daripada

Padang Kota yang terus berjaya meningkatkan KDNK negeri daripada 6.6% pada 2017 kepada 6.7% pada 2018. Pelaburan asing langsung (FDI) untuk tahun ini juga meningkat sebagaimana yang disebut Air Putih semalam melebihi RM 2.9

bilion yang merupakan tertinggi dalam negara. Saya yakin peningkatan KDNK ini didorong oleh pengurusan ekonomi yang cekap serta keyakinan pelabur asing

untuk terus melabur di negeri ini yang seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi. Walaupun negara dan dunia hari ini menghadapi cabaran ekonomi yang amat mencabar, namun Pulau Pinang berjaya menghadapi ketidaktentuan

ekonomi tersebut dengan terus melaksanakan pelbagai agenda pemerkasaan ekonomi untuk memberikan kesejahteraan dan juga kemakmuran kepada rakyat.

Secara umum, belanjawan ini adalah belanjawan fiskal yang seimbang dan efektif

Page 137: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

137

untuk mengangkat Pulau Pinang ke tahap yang lebih maju dan kompeten terhadap pengurusan kebajikan rakyat secara menyeluruh merangkumi semua segmen

rakyat dan bidang pentadbiran serta ekonomi.

Saya beberapa isu untuk dibangkitkan Dato’ Yang di-Pertua. Yang pertama

adalah pembangunan wilayah dan ekonomi yang seimbang. Sebalik prestasi KDNK negeri yang semakin meningkat, kita juga perlu mengakui bahawa ketidakseimbangan atau kesenjangan pembangunan masih lagi berlaku di Pulau

Pinang khususnya di kawasan tanah besar yang disebut sebagai Seberang Perai. Kawasan pulau pula mengalami proses perbandaran dengan cukup pesat namun

di kawasan Seberang Perai, setengah kawasan terutamanya yang dikategorikan sebagai kawasan luar bandar masih lagi ketinggalan dari sudut pembangunan. Dengan pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri

hari ini. Sebagai contoh Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan projek Penang South Reclamation (PSR) yang banyak atau secara keseluruhannya

tertumpu di kawasan pulau, saya mencadangkan dan menggesa Kerajaan Negeri perlu memastikan pembangunan yang pesat juga berlaku di Seberang Perai atau mainland…(dengan izin).

This is fact ataupun fakta yang tidak dinafikan bahawa banyak kawasan di Seberang Perai khususnya di luar bandar masih terpinggir daripada arus

pembangunan perdana atau pun pesat yang berlaku di kawasan Pulau. Walaupun kawasan-kawasan luar bandar daripada Parlimen Kepala Batas hingga ke Nibong

Tebal sebahagian besarnya terdiri daripada tanah pertanian, namun perancangan yang lebih strategik perlu dilakukan untuk memastikan kepesatan pembangunan turut dirasai oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan di sekitar Seberang

Perai. Ini termasuklah pembangunan daripada aspek kemudahan infrastruktur, sistem pengangkutan awam dan kompleks perniagaan yang masih lagi

ketinggalan. Yang tadi saya dengar rakan-rakan saya menyebut tentang UTC yang hanya akan dibina untuk setakat ini di KOMTAR tapi tidak disebut di Seberang Perai. Tambahan pula, masih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang

tergolong dalam kategori B40.

Perkara ini juga turut disentuh dalam Wawasan Kemakmuran Bersama

2030 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 5 Oktober 2019 yang menetapkan objektif pertama dan kedua dalam wawasan ini iaitu yang pertama, pembangunan untuk semua. Iaitu menstruktur

semula ekonomi yang lebih progresif berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat. Yang kedua

menangani jurang kekayaan dan pendapatan. Menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah, dan rantaian bekalan untuk membela dan meningkatkan keupayaan semua rakyat supaya tiada yang

ketinggalan.

Wawasan ini iaitu kemakmuran bersama 2030 ini telah disambut baik oleh

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengangkat tema belanjawan tahun 2020 sebagai "Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”. Saya menaruh kepercayaan dan harapan penuh agar tema ini benar-benar direalisasikan kerana

kedua-dua wawasan ini amat penting dilaksanakan secara serentak dan integrated bagi membangunkan negeri ini secara mampan serta pembangunan

modal insan yang berkualiti. Kedua-dua elemen ini penting bagi menjamin kelestarian kemakmuran kehidupan rakyat negeri ini. Namun, persoalan yang timbul yang membimbangkan saya adalah kesenjangan ekonomi ataupun ketidak

Page 138: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

138

seimbangan ekonomi di antara kedua-dua wilayah ini mampu untuk mencapai wawasan yang telah kita lakarkan.

Ketidakseimbangan atau jurang pembangunan yang berlaku antara kawasan pulau dan Seberang Perai dikhuatiri akan memberikan kesan yang besar

kepada kehidupan rakyat. Ini akan menyaksikan lebih banyak ketidakseimbangan wujud khususnya dalam aspek pendapatan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar. Perkara ini dapat dilihat melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perangkaan Negara ataupun Jabatan Statistik yang menyaksikan jurang pendapatan rakyat di bandar dan luar bandar terus melebar daripada RM2,033

pada 2014 kepada RM2,389 pada 2016. Jurang pendapatan yang semakin melebar ini dikhuatiri akan menyebabkan kualiti kehidupan rakyat juga semakin merosot dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Sedangkan

di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama, antara objektif utama adalah keberhasilan saksama bagi mengurangkan jurang pendapatan antara rakyat.

Saya juga menyambut baik objektif jangka panjang Kerajaan Pulau Pinang menerusi Visi Penang2030 yang mahu mencapai kemakmuran bersama di negeri ini, supaya dapat mengurangkan kesenjangan pendapatan dan memastikan

semua rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Untuk itu, dasar dan mekanisma pelaksanaan di peringkat Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh lagi

bersifat business as usual tapi perlu meneruskan dasar pro-business pada masa yang sama, memperkenalkan pelbagai inisiatif yang menaik taraf penduduk luar

bandar dan golongan yang terkebelakang dari sudut ekonomi.

Pekali Gini Pulau Pinang, iaitu indikator kesenjangan pendapatan telah menurun setakat tahun 2016 dan ini menunjukkan trend yang baik. Lebih-lebih

lagi, Pekali Gini Pulau Pinang berada pada 0.356, iaitu lebih rendah Pekali Gini atau pun paras kebangsaan 0.399 ini menunjukkan ketidaksemimbangan ataupun

kesenjangan pendapatan di negeri ini lebih baik daripada peringkat nasional.

Tetapi, jika kita lihat breakdown dari aspek daerah pentadbiran Pulau Pinang, Seberang Perai Tengah merupakan satu-satunya daerah yang

menyaksikan peningkatan Pekali Gini ataupun kesenjangan pendapatan yang semakin melebar daripada 0.317 pada tahun 2014 kepada 0.33 pada tahun 2016,

walaupun masih berada pada di bawah paras nasional dan negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, DUN Permatang Pasir turut berada di Daerah Seberang Perai Tengah, di mana zon pelaburan dan perusahaan lebih tertumpu di

kawasan Bukit Mertajam. Walaupun pembangunan dan peningkatan industri di kawasan sekitar seperti Bukit Mertajam telah menguntungkan rakyat di

Permatang Pasir dari konsep spill over effect, proses perindustrian dan pembangunan juga harus bertapak di kawasan luar bandar termasuk Permatang Pasir supaya hasil kemakmuran negeri dapat dinikmati bersama oleh semua

rakyat.

Perancangan Kerajaan Negeri pada masa akan datang harus mewujudkan

accommodative policies untuk mendorong lebih banyak syarikat swasta menubuhkan operasi di kawasan-kawasan seperti Permatang Pasir untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda. Kawasan separa bandar

dan luar bandar harus menikmati manfaat daripada nilai pelaburan yang terus meningkat di Pulau Pinang. Berdasarkan data MIDA, Seberang Perai Tengah telah

menerima pelaburan swasta domestik dan antarabangsa yang tertinggi, iaitu

Page 139: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

139

RM3.6 bilion atau 62% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan pada tahun 2018. Persoalannya, despite of this all data…(dengan izin)

berapa peratus daripada amaun ini yang telah memberikan impak terus atau direct kepada kawasan-kawasan selain daripada Bukit Mertajam termasuk di DUN

Permatang Pasir.

Selain itu, pelaburan diluluskan di Daerah Seberang Perai Utara walaupun telah meningkatkan secara konsisten dari tahun 2016 sehingga 2018 masih tidak

comparable atau pun masih rendah berbanding daerah-daerah lain. Selaras dengan tumpuan perindustrian di kawasan-kawasan tertentu, kita dapat lihat

kadar peningkatan kompaun (CAGR) pendapatan penengah isi rumah 2014 hingga 2016 di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya adalah antara 6.3% sehingga 9%. Namun, pendapatan isi rumah di Seberang Perai Utara dan

selatan hanya meningkat sekitar 5.2% sehingga 5.6%.

Selain itu, jika kita lihat peratusan isi rumah berpendapatan bawah

RM3,000, ketiga-tiga daerah Sebarang Perai mencatatkan kadar lebih tinggi berbanding kawasan pulau. Berdasarkan Household Income Survey Pulau Pinang 2016 oleh Jabatan Perangkaan, sebanyak 20.4% isi rumah di Seberang Perai

Selatan hanya mempunyai pendapatan bawah RM3,000, bagi Seberang Perai Tengah 18.2% dan bagi di Seberang Perai Utara 20.6%. Tapi di kawasan Pulau

pula, Timur Laut hanya 8.9% manakala Barat Daya 6.4% ini data-data yang menunjukkan keseimbang atau pun kesenjangan pendapatan di antara dua (2)

wilayah di dalam Pulau Pinang.

Oleh itu, saya mencadangkan inisiatif pihak Kerajaan Negeri pada tahun-tahun akan datang harus memberikan fokus kepada kawasan-kawasan khas yang

tidak menjadi tumpuan para pelabur sebelum ini. Agensi atau syarikat milik Kerajaan Negeri, termasuk Penang Development Corporation atau PDC, harus

menyediakan pelan khas untuk revitalise kawasan-kawasan di Seberang Perai, khususnya zon-zon separa bandar dan luar bandar. Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh mengabaikan kawasan-kawasan perindustrian utama yang telah

menjadi pemangkin ekonomi negeri.

Selanjutnya saya juga mencadangan menerusi PDC, PDC harus menjadi

incubator kepada perusahaan kecil sederhana (IKS) terutamanya bagi perniagaan yang dikendalikan oleh anak-anak muda negeri. Dengan menumpukan terhadap beberapa bidang fokus, PDC dan syarikat-syarikat swasta tertentu boleh menjadi

anchor kepada perkembangan IKS di kawasan separa bandar dan luar bandar. Insentif seperti pengecualian cukai dan geran sepadan boleh diberikan kepada

syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam usaha murni ini.

Kesimbangan pembangunan ekonomi antara kawasan pulau dan Seberang Perai adalah fokus penting yang perlu dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri dalam

mencapai visi Penang2030. Joseph Stiglitz, seorang ahli ekonomi dan professor di Columbia University dan bukunya bertajuk The Price of Inequality menegaskan

bahawa ketidakseimbangan ekonomi yang wujud dalam sesebuah negara akan mewujudkan ketidaksamaan dalam masyarakat. Ketidaksamaan ini akan mewujudkan masyarakat yang cenderung untuk jadi lebih ganas dan melakukan

jenayah bagi menjana pendapatan mereka yang akan mengakibatkan ekonomi negara ataupun negeri menjadi mundur. Namun masyarakat yang seimbang akan

mewujudkan ekonomi masyarakat dan negara yang bertenaga, mampan, dan lebih baik untuk semua orang termasuk golongan kaya. Oleh itu, adalah penting

Page 140: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

140

bagi sesebuah kerajaan untuk menangani ketidaksamaan ini dengan mengambil berat kebajikan masyarakat secara umum kerana inilah yang akan memberikan

kesejahteraan kepada kehidupan setiap anggota masyarakat di dalam negeri ini. Justeru itu, saya amat berharap Kerajaan Negeri dapat terus merancakkan

pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar di Seberang Perai agar ketidakseimbangan atau jurang pembangunan di kawasan-kawasan ini dapat dikecilkan berbanding di kawasan Pulau.

Ini juga selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang antara objektif utamanya antara saya sebut tadi untuk menangani jurang pendapatan di

antara rakyat dan juga wilayah. Saya juga berharap perkara ini dapat turut diambil perhatian oleh Kerajaan Persekutan untuk dimasukkan dalam RMK-12 yang akan datang. Penambahbaikan dari sudut infrastruktur awam, kemudahan

pengangkutan awam dan pembinaan perumahan awam adalah antara perkara yang perlu dilihat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan-kawasan luar

bandar ini mampu berubah kepada kawasan yang lebih moden. Seharusnya potongan 12% bajet pembangunan dimanfaatkan untuk kawasan-kawasan di Seberang Perai. Dalam bajet tahun ini, potongan sebanyak 12% tapi alangkah

baiknya kalau potongan itu paling tidak dimanfaatkan untuk membangunkan kawasan-kawasan di Seberang Perai. Sebab ramai yang berhujah tu, bahas dalam

sidang kali ini bangkitkan soal infrastruktur yang daif, yang mengakibatkan banjir di kawasan masing-masing dan seharusnya kerajaan memberikan fokus untuk

memperkasakan infrastruktur awam di kawasan Seberang Perai dan seharusnya 12% potongan tidak berlaku jika ia dimanfaatkan untuk pembangunan di kawasan di Seberang Perai.

Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menyentuh tentang industri pelancongan. Tahun 2020 yang hanya tinggal kurang daripada

dua (2) bulan sahaja lagi adalah tahun yang akan dijenamakan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Ini akan menjadikan sektor pelancongan sebagai sektor tumpuan negara untuk pastikan lebih ramai pelancong daripada segenap pelusuk

dunia dapat menikmati keindahan tempat-tempat menarik di Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pelancaran Logo Kempen

Tahun Melawat Malaysia 2020 pada 22 Julai yang lalu telah menggesa rakyat Malaysia agar menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai misi nasional dan setiap pihak mempunyai peranan yang tersendiri untuk menjayakan misi ini.

Oleh itu, Pulau Pinang harus mengambil peluang ini menarik minat pelancong ke negeri ini yang mampu merangsang ekonomi rakyat terbanyak di bawah. Di

samping itu, negeri kita yang, negeri kita ini juga telah menjadikan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Pulau Pinang melalui kempen Experience Penang Year 2020. Dengan slogan Celebrate Asia’s Diversity, sudah pasti fokus Kerajaan Negeri

pada tahun hadapan terarah kepada sektor pelancongan yang dijangka akan memberikan pendapatan yang besar hasil daripada peningkatan jumlah pelancong

yang tiba di negeri ini. Sudah pastinya, beberapa tempat pelancongan dalam negeri ini menjadi tumpuan seperti bandar George Town, Bukit Bendera, Batu Ferringhi, dan lain-lain. Saya juga menyambut baik peruntukan-peruntukan untuk

menambah baik tempat-tempat pelancongan di Pulau Pinang seperti peruntukan RM15.4 juta oleh Kerajaan Negeri bagi pembangunan Bukit Bendera dan

peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan kereta kabel baharu di Bukit Bendera memandangkan peningkatan hampir 1.9 juta orang pada tahun ini berbanding 1.74 juta pada tahun lepas.

Page 141: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

141

Selain kita menumpukan kepada destinasi pelancongan yang kerap dikunjungi pelancong di bahagian pulau seperti di bandar George Town dan

sebagainya, saya juga turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri turut mengambil perhatian mengenai agro pelancongan dan eko pelancongan sebagai

salah satu produk pelancongan yang penting di Pulau Pinang. Walaupun Kerajaan Negeri telah mengazetkan Balik Pulau sebagai zon agro pelancongan dan juga eko pelancongan sejak tahun 2011, saya mencadangkan agar produk agro

pelancongan dan eko pelancongan di Pulau Pinang ini diperluaskan di kawasan Seberang Perai yang mempunyai tanah pertanian dan kawasan semula jadi yang

tidak kurang hebatnya jika dibandingkan di kawasan pulau. Kebanyakan kawasan-kawasan di Seberang Perai Utara sehingga Seberang Perai Selatan mempunyai potensi untuk dibangunkan kawasan agro pelancongan dan juga eko pelancongan

kerana kawasan-kawasan ini kaya dengan sumber pertanian yang boleh dimanfaatkan. Kita buat bandingan di Sekinchan. Ia satu kawasan yang bersifat

agro pelancongan. Kalau kita ambil kawasan nelayan, ada kawasan-kawasan yang dimanfaatkan sebagai kawasan pelancongan seperti di Sepang, itu juga satu produk agro pelancongan dan secara tidak langsung ia akan merangsang ekonomi

sekitar dan meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan Seberang Perai.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta penjelasan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Ya.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Boleh?

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Boleh, boleh.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Okay. Maybe satu, saya nak tanyakan satu soalan. Top from working since Yang Berhormat Permatang Pasir juga adalah pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan

Malaysia, saya nak tanya, bercakap tentang eko pelancongan, saya secara persendirian, peribadi percaya Projek ZIA, Zon Industri Akuakultur di Penaga itu

boleh dikaji semula kerana potensinya sebagai satu kawasan eko pelancongan kalau dijadikan tapak RAMSAR. Dan saya mendapat maklumat daripada EXCO Sungai Puyu juga itu bukan kawasan yang sama. Kalaulah, kalau dia di identify,

dikenalpasti sebagai tapak yang sesuai untuk tapak RAMSAR, mana satu yang penting di untuk kita? Teruskan ZIA ataupun eko pelancongan? Saya minta

jawab.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Saya percaya kawasan yang dimaksudkan oleh Bagan Dalam adalah

kawasan yang luas dan kedua-dua produk ini sama penting. ZIA pun penting untuk kita improve industri perikanan kita, untuk kita meneroka satu bidang baru

dalam perikanan. Kita tak boleh selamanya bergantung kepada tradisional

Page 142: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

142

nelayan tapi kita modenkan mereka dengan akuakultur. Pada masa yang sama kita maintain, kita preserve kawasan-kawasan yang mempunyai potensi untuk

dijadikan sebagai tapak agropelancongan. Jadi kedua-duanya sama penting dan saya mengharapkan Kerajaan Negeri melihat kepada kedua-dua potensi dan tidak

mengabaikan kedua-dua sifat kawasan ini yang mampu memberikan pendapatan kepada masyarakat setempat. Terima kasih YB.

Tadi bercakap tentang kawasan di Penaga. Di Permatang Pasir memang

kawasan yang ketinggalan walaupun kawasannya tidaklah terlalu jauh daripada jalan besar. Ia dihimpit oleh Seberang Jaya yang pesat membangun dan juga

Bukit Mertajam yang telah lama bangun dengan industri dan sebagainya. Tapi tidak ada pembangunan yang significant di Permatang Pasir. Jadi selain daripada pembangunan-pembangunan lain yang telah dituntut, saya juga mohon kepada

Kerajaan Negeri untuk melihat kepada potensi Permatang Pasir untuk dijadikan sebagai produk pelancongan. Saya mencadangkan agar setiap DUN di Pulau

Pinang ini dibangunkan satu produk pelancongan. Produk pelancongan ini tidak perlu untuk bersifat eko. Kadang-kadang kalau kita melawat luar negeri, yang membuka satu taman bunga ataupun taman buah-buahan tapi dijadikan tempat

itu menarik untuk dilawati di sudut reakreasinya juga kemudahan pelancongan. Saya pergi ke Jepun, saya pergi di kawasan Fuji, pergunungan Fuji. Ada satu

taman yang hanya menanam buah labu, buah labi belum ada lagi. Buah labu sahaja. Jadi tempat destinasi pelancongan. Jadi perkara-perkara ini boleh

dimanfaatkan di Seberang Perai. Tanah yang banyak yang potensi untuk ditanam pelbagai tanaman tapi kita menggerakkan setiap DUN itu untuk menanam spesifik tanaman yang boleh dimanfaatkan sebagai destinasi pelancongan. Jadi ini yang

saya sarankan dan di Permatang Pasir kita dalam progress untuk menghidupkan satu kawasan di Sungai Perai sebagai kawasan floating market yang boleh kita

janakan juga agropelancongan di situ di sudut sport fishing ataupun riverside yang boleh menjana pendapatan penduduk di sekitar itu. Dan saya mengharapkan sokongan yang penuh daripada EXCO Pelancongan untuk projek yang Insya Allah

dalam progress ini.

Isu yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, memodenkan industri pertanian.

Dalam kita berusaha memajukan sektor perindustrian dan perkhidmatan di Pulau Pinang, bidang pertanian tidak harus diabaikan. Peranan kerajaan dalam pertanian tidak harus terhenti setakat subsidi ataupun bantuan hasil tani sahaja

sebaliknya harus mendorong pemodenan sektor ini. Saya merayu kepada Kerajaan Negeri untuk melabur dalam pertanian pintar seperti menyediakan

infrastruktur moden seperti drone, teknologi Internet of Things dan vertical farming untuk menggalakkan penyertaan swasta dalam bidang ini. Pelaburan ini juga bersifat jangka panjang yang akan membantu kita meningkatkan food

security kita ataupun SSL, Self Sufficient Level dalam bidang agromakanan. Infrastruktur ini boleh digunakan secara kolektif oleh para petani, di mana

beberapa bidang tanah para petani yang berlainan disatukan secara kluster dan diberikan infrastruktur pertanian pintar yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Menerusi langkah ini, para petani dalam setiap kluster dapat menggunakan

teknologi moden pertanian tanpa terbeban dengan kos dan pada masa yang sama, meningkatkan produktiviti pengeluaran petani mereka. Paling penting, bantuan

infrastruktur ini tidak boleh berada dalam silo, tetapi perlu disertakan dengan bimbingan dan khidmat nasihat secara konsisten kepada para petani.

Page 143: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

143

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah menggariskan anjakan pertanian dengan menyatukan ataupun consolidate tanah sawah di mana projek

printis adalah di kawasan padi pulut di Langkawi, Kedah. Projek ini dijalankan dengan tanah-tanah kecil padi disatukan dan ditanam dengan padi pulut dan hasil

tuaian nanti akan diniagakan dalam skala yang besar yang mampu meningkatkan pendapatan petani yang terlibat. Justeru, dalam konteks ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO Pertanian tentang sejauh mana

persediaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyambut dasar baru kerajaan di peringkat persekutuan tentang consolidation of land ini dalam meningkatkan

produktiviti sawah. Bidang pertanian juga tidak boleh meminggirkan industri perikanan yang merupakan sektor penting di negeri ini. Terdapat lebih kurang 4,973 orang nelayan di Pulau Pinang dan kebanyakan mereka adalah golongan

B40. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mencari mekanisme terbaik dan merangka perancangan komprehensif memodenkan nelayan, apatah lagi

kepentingan dan kebajikan mereka terjejas dengan projek PSR. Saya amat berharap projek ini dimanfaatkan golongan nelayan dengan menjalankan rundingan damai antara Kerajaan Negeri dan persatuan nelayan. Saya tegaskan

lagi sekali seperti yang saya sebut dalm persidangan yang lalu bahawa pampasan tunai tidak akan menyelesaikan masalah kehidupan mereka. Saya mengharapkan

satu kaedah memodenkan perikanan dapat diuruskan selaras dengan projek PSR ini.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifli Bin Md. Lazim):

Minta mencelah.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Oh.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifli Bin Md. Lazim):

Permatang Pasir sebagai Pengerusi LKIM sedarkah bahawa persatuan nelayan yang memimpin tu tidak memimpin nelayan, berlebih pada politik. Mereka, sedia memecat ahli kerana menyokong dasar kerajaan. Minta

pandangan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Saya telah diberikan maklumat tentang tindakan ini yang telah saya arahkan pegawai saya untuk menyiasat kebenaran maklumat tersebut dan reinstate semua nelayan ini semula. Daftarkan mereka balik dengan persatuan,

kita tidak mahu nelayan ini diheretkan dalam apa-apa polimik. Sebab kita mengamalkan kebebasan bersuara. Ada pihak yang menentang PSR, ada pihak

yang menyokong PSR. Jadi, tidak ada mana-mana nelayan yang harus diambil tindakan. Itu dasar yang telah ditetapkan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Saya minta laluan. Saya rasa ada sudah beberapa orang yang telah memberitahu saya mereka sudah melihat surat pemecatan itu juga. Dan saya rasa

bukan sahaja kalau mereka yang telah dipecat boleh di-reinstate, saya rasa perlu

Page 144: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

144

menyiasat sesiapa yang mengeluarkan arahan untuk memecat mereka yang you know, have a different point of view.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti. Saya nak jelaskan disini supaya nanti disini Yang Berhormat wakil

Permatang Pasir. Nanti jawapan anda akan mengelirukan di bahagian yang, EXCO yang nak menjawab. So, lebih baik saya jangan kelirukan nanti peranan masing-masing adalah berbeza. Di sini, buat pencerahan dan penerangan itu dari sudut

Permatang Pasir. Saya rasa lebih elok. Kalau tak nanti, EXCO macam mana nak menjawab. Dan peranan Yang Berhormat adalah bidang kuasa di Persekutuan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Saya ambil penerangan untuk jelaskan sedikit sebab EXCO kita tidak hadir dan juga bercuti. Itu saya rasa, itu soalan akademik. Kita sudah menang di

Persekutuan. Jadi, tindakan yang sama yang akan kita ambil, Pulau Tikus, bukan sahaja reinstate tetapi siasatan juga telah saya arahkan untuk diambil jika ada

berlaku apa-apa tadbir urus dalam Persatuan Nelayan. Tindakan sewajarnya harus diambil untuk mengelakan perkara yang sama berulang.

Isu yang keempat, Dato’ Yang di-Pertua, tentang kenaikan cukai. Cara

umumnya, saya merayu agar pihak Kerajaan Negeri menyemak semula langkah untuk kenaikan cukai ini. Namun, saya faham dan cukup memahami bahawa

kenaikan cukai tidak dapat dielak. Memandangkan sudah lebih 15 tahun tiada kenaikan cukai yang dilaksanakan di Seberang Perai. Namun, soalan yang timbul,

adalah apakah impak ekonomi ataupun impak pembangunan daripada kenaikan cukai. Kita semua sedia maklum kawasan luar bandar, perkhidmatan infrastruktur perlahan berbanding dengan kawasan di bandar. Jadi kalau Kerajaan Negeri

mengambil sikap untuk meneruskan dengan kenaikan cukai ini, apa yang saya pohon, Permatang Pasir pohon adalah untuk perkhidmatan yang akan diberikan

nanti adalah setimpal dengan kenaikan cukai. You boleh naikkan cukai, tetapi biarlah improve services kepada rakyat. Saya percaya rakyat tidak akan membantah, namun keresahan rakyat adalah apakah ada improvement ataupun

ada peningkatan kepada services atau perkhidmatan kepada rakyat. Dari sudut, penyelenggaraan, parit, dari sudut pembersihan sampah, dari sudut landskap dan

sebagainya. Jadi, ini mahu dilihat oleh rakyat di Seberang Perai. Jadi, saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri sejauh mana perkhidmatan yang akan dipertingkatkan selaras dengan kenaikan cukai ini.

Dato’ yang di-Pertua, Isu yang kelima adalah pembangunan Islam. Agenda Islam Rahmatan Lil Alamin. Agenda Islam Rahmatan Lil Alamin telah diangkat oleh

Kabinet Malaysia sebagai agenda negara. Namun, di Pulau Pinang konsep ini telah diangkat lebih awal lagi sejak tahun 2017. Saya percaya konsep yang diangkat sebagai agenda Kerajaan Negeri telah mendorong untuk Kerajaan Negeri

menambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam saban tahun dan saya amat menyokong peruntukan yang telah ditingkatkan sebanyak RM60.05 juta

berbanding RM56.8 juta tahun lalu. Saya berharap pada rakan-rakan di blok pembangkang untuk menghargai tindakan kerajaan. Hargai dengan nasihatkan rakan-rakan di luar sudah-sudah memfitnah Kerajaan Negeri. Ini adalah

peruntukan paling tinggi banding negeri-negeri lain. Ini bermaksud Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius dalam pembangunan negeri, pembangunan

Page 145: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

145

Islam. Pembangunan umat Islam, pembangunan institusi-institusi Islam. Dan seharusnya ia dihargai oleh blok pembangkang.

Selaras dengan peruntukan ini, saya memohon agar Majlis Agama Islam memberikan perhatian lebih kepada projek penambahbaikan dan pembaikan

surau-surau di kawasan Permatang Pasir termasuk di Permatang Tengah, Sungai Semambu, Tanah Liat dan Permatang Rawa. Dan yang paling penting adalah penambahan. Peruntukan ini dimanfaatkan untuk mengadakan program-program

mendidik supaya masyarakat supaya betul-betul memahami bahawa Islam ini adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. (bacaan ayat al-

Quran). Tidak akan diutuskan kamu wahai Muhammad selain membawa rahmat kepada umat seluruh alam. Bukan kata umat manusia yang beragama Islam sahaja tetapi kepada seluruh alam. Jadi apabila kita berbicara tentang agama

yang Rahmatan ini, kita perlu menunjukkan bahawa Islam ini menghormati hak agama lain. Islam ini tidak bersifat ektrim. Islam ini sifat toleransi. Islam ni

bersifat wasatiah. Yang saya harapkan ada satu program khas yang akan dirangka oleh Majlis Agama Islam mendidik masyarakat supaya mengurangkan ketegangan antara kaum dan agama. Kita tidak mahu dalam kita mengejar kemajuan,

Penang2030, tapi ketegangan kaum semakin membarah. Dan ini adalah antara fokus utama Majlis Agama Islam dalam mendidik masyarakat di Pulau Pinang

supaya benar-benar memahami bahawa kemajmukan masyarakat di Pulau Pinang satu keunikan, satu rahmat kepada kita saling kenal-mengenali, kepada kita

saling belajar kelebihan masing-masing dan kita bersaing secara sihat. Islam itu tidak terancam kerana Islam itu telah terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Yang terancam adalah umat Islam. Terancam di sudut mana? Dari

sudut pendidikan. Ketinggalan dari sudut pendidikan. Terancam dari ekonomi. Dan terancam dari sudut akhlak. Kita melihat statistik rekod-rekod jenayah, dari

sudut dadah sahaja lebih 85% penagih dadah daripada orang Melayu Islam. Dan ini yang membimbangkan kita. Jadi ini yang perlu dipromosikan oleh Majlis Agama Islam. Yang perlu dipromosikan oleh tokoh-tokoh agama. Supaya berbicara

tentang bagaimana nak mendidik umat Islam menjadi umat yang terbaik. Kita belajar bagaimana nabi menyebut (ayat Al-Quran). Islam itu tertinggi. Tidak ada

yang paling tinggi daripadanya. Adakah Islam menjadi tinggi hanya kerana kita mengherdik kaum lain? Adakah Islam itu menjadi tinggi hanya kerana kita mengadu dombakan kaum lain? Merintih tentang kedudukan kita. Tidak akan

mengubah nasib kita. (Ayat al-Quran), “Allah menyebut, Allah tidak akan mengubah nasib mana-mana kaum sehingga mereka sendiri yang mengubah

nasib mereka”. Kita tahu umat Islam ketinggalan, kita tahu umat Islam tertindas. Kita tahu umat Islam miskin. Tapi apa yang perlu kita promosikan, kita didik umat Islam untuk mencari ilmu. Menjadi orang yang terpelajar. Rakyat yang berkualiti.

Sama-sama kita membangunkan negara ini. Kerana itulah yang mahu dibentuk pada sebuah negara kerana Allah menyebut (ayat Al-Quran) negara yang

makmur, yang baik, mendapat pengampunan dari Allah SWT. Bagaimana kemakmuran dapat dibina dalam negeri ini kalau ketegangan kaum menjadi dominan dalam media-media sosial. Jadi kita nak perkara ini dielakkan. Dan saya

berharap Majlis Agama Islam memanfaatkan kenaikan peruntukan ini.

Dan isu yang seterusnya, Sukan Untuk Semua. Sukan memainkan peranan

yang penting, Dato’ Yang di-Pertua. Dalam membina modal insan yang berkualiti. Badan yang cergas akan membentuk minda yang cerdas. Dan saya mengalu-alukan kemampuan Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah dalam Liga Sepak

Takraw di Pulau Pinang. Namun, saya juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk melihat kepada potensi sukan sepak raga tuju atau sepak raga bulat yang

Page 146: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

146

banyak dimainkan oleh anak muda di kawasan kampung. Jadi, satu sukan tradisional tapi kalau dibangunkan boleh menjadi satu sukan berpotensi menjadi

acara sukan utama dalam negara. Kalau seperti silat kita boleh mengembangkan menjadi sukan yang utama dalam negara, tak mungkin ataupun tidak mustahil

pada satu hari kita boleh angkat sukan sepak takraw tuju ni yang cukup popular di kalangan orang kampung di Pulau Pinang ini menjadi acara sukan yang popular dalam negara. Dan selaras dengan itu juga, saya memohon untuk pihak Kerajaan

Negeri membangunkan lebih banyak kemudahan-kemudahan infrastruktur sukan supaya lebih ramai potensi atlet sukan dapat dilahirkan dan kawasan saya di

Permatang Pasir saya ucapkan terima kasih kepada EXCO Sukan yang telah meluluskan pembinaan baru futsal court yang belanja hampir RM300,000. Itu tahun lepas peruntukan. Tahun depan saya minta, tahun ni saya minta

peruntukan untuk gelanggang bola keranjang pula, basketball berbumbung. Yang saya lihat ramai anak muda terutamanya daripada keluarga Chinese yang

bermain. Jadi saya pun nak tumpang main, tapi masalahnya gelanggang itu agak tidak sesuai untuk kita bermain dan saya mengharapkan ada satu peruntukan khas untuk membangunkan gelanggang basketball di Permatang Pasir yang

berbumbung.

Isu yang seterusnya Dato’ Yang di-Pertua tentang kebajikan rakyat yang

diumumkan di bawah i-Sejahtera, kenaikan untuk OKU dan juga warga emas. Satu penghargaan kepada mereka dan saya amat berterima kasih kepada Yang

Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah menaikan jumlah ini dan saya percaya bertepatan manifesto kita untuk memberikan RM150 kepada warga emas namun menjadi persoalan saya, bagaimana dengan bayaran kepada pelajar emas

sehingga tahun ini masih belum ada bayaran kepada pelajar emas yang saya percaya golongan yang perlu dibuat juga kerana pendidikan adalah elemen

penting kita membina negeri ini. Membantu pelajar-pelajar ini dalam mereka berhadapan dalam persediaan ke sekolah adalah satu perkara yang perlu kita titikberatkan kerana anak-anak ini adalah masa hadapan kita. Kita nak bina negeri

2030 yang maju, kita membina juga modal insan yang berkualiti yang bermula daripada peringkat sekolah. Saya mengambil kata-kata bekas Presiden Amerika

Syarikat yang ke-32 Franklin D. Roosevelt yang menyebut “We cannot always build the future for our youth, but we can build our youth for the future. Jadi kita nak membina satu negeri yang maju, kita nak lestarikan pembangunan negeri ini,

seharusnya kebajikan pelajar-pelajar yang merupakan masa hadapan kita harus dititikberatkan. Isu yang seterusnya adalah pengukuhan perkhidmatan awam.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Ya?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Dah 45 minit. Sila kalau boleh ringkaskan.

Page 147: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

147

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Saya akan ringkaskan. Sedikit lagi. Kita sedar hari ini penyampaian

perkhidmatan kita. Dan ejen kepada penyampaian perkhidmatan ini adalah perkhidmat-perkhidmat awam. Apa yang saya dapat lihat daripada bajet untuk

tahun 2020, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengecilkan perkhidmat awam ini. Saya pohon satu penjelasan kepada Kerajaan Negeri apakah langkah yang akan diambil ataupun polisi alternatif kepada dasar ini. Supaya kualiti penyampaian

perkhidmatan kita tidak terjejas. Jadi kita mengecilkan perkhidmat awam, saya bimbang perkhidmatan-perkhidmatan yang telah kita berikan selama ini akan

terjejas. Saya mengambil maklum tentang jawapan oleh Yang Berhormat Datok Keramat kelmarin yang menjawab soalan tentang masalah penyelenggaraan di kawasan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Antara jawapan beliau adalah

kekurangan kakitangan. Jadi, adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan perkhidmatan kepada rakyat yang terjejas sekiranya kita mengurangkan jumlah

perkhidmat awam. Jadi saya pohon untuk satu penjelasan, apakah langkah alternatif yang kita ambil. Selain daripada itu, saya juga mohon agar facilities-facilities diperingkat jabatan-jabatan terutamanya di Pejabat Daerah ataupun di

Majlis Bandaraya di pertingkatkan.

Contohnya di SPT, skylift hanya ada satu sahaja. Itupun kadang-kadang

tidak fit untuk digunakan, yang boleh menjejaskan khidmat kita kepada masyarakat dan saya juga mengambil maklum tentang hasrat Menteri KPKT, Yang

Berhormat Zuraida yang mengumumkan untuk memberikan tempoh lantikan Ahli Majlis setiap PBT ini sama dengan tempoh ADUN ataupun Ahli Parlimen iaitu tempoh selama lima (5) tahun. Itu statement bertarikh 14 Oktober 2019, jadi jika

ini hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka selama lima (5) tahun, saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk secara

automatik melanjutkan tempoh perkhidmatan Ahli Majlis yang sememangya cukup terbeban dengan tugas-tugas mereka selama lima (5) tahun juga tanpa ada lantikan baru dan kenaikan gaji bagi mereka. Kerana tugas mereka yang

cukup terbeban.

YAB. Ketua Menteri:

Penjelasan. Bukan saya tak mau lantik tetapi mengikut Akta Kerajaan Tempatan, satu lantikan tidak boleh melebihi tiga (3) tahun.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) :

Untuk kita mengambil spirit cadangan itu, cadangan saya adalah lanjutan secara automatik supaya melengkapkan tempoh lima (5) tahun. Itu yang saya

cadangkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta penjelasan. Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua. Ketua Menteri telah

menyatakan ada limitation dalam Akta itu sendiri. Setujukah kalau Permatang Pasir saya nyatakan tempoh itu setiap tempoh lantikan itu sekurang-kurangnya

kena ada 2 tahun sebab mereka perlukan familiarise with the world in six months dan their perform the next six months sebelum itu, dia ditamatkan. Sekarang yang dilantik sekarang sudah satu setengah tahun. I thinks. So, setujukah kalau

setiap lantikan itu dua (2) tahun?

Page 148: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

148

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) :

Saya setuju lebih dari tempoh itu. Saya fikir tempoh lima (5) tahun yang

dicadangkan oleh YB. Zuraida adalah satu yang positif namun di dalam Akta yang ada pada hari ini, maksimum tiga tahun. Jadi kita boleh lanjutkan tempoh

perkhidmatan mereka supaya momentum perkhidmatan mereka itu dapat mereka teruskan kerana mereka juga adalah pembuat dasar di peringkat bawah.

Isu tempatan bagi Permatang Pasir. Saya mengucapkan berbanyak terima

kasih dan cukup bersyukur ke atas kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah meluluskan pembinaan semula futsal court tadi dan juga pembinaan Dewan

Orang Ramai Permatang Pasir yang menelan belanja RM3.25 juta yang merupakan anak sulung struktur ikonik di Permatang Pasir. Selain itu saya juga memohon agar lebih banyak pembangunan dirancang dan dijalankan di DUN

Permatang Pasir. Banyak tanah kosong di sana yang boleh dimanfaatkan dan bukan tanah sawah tapi tanah lain yang boleh dimanfaatkan untuk Program

Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Rumah Mampu Milik. Selain daripada itu, infrastruktur awam di Permatang Pasir juga masih ketinggalan seperti sistem perparitan dan jalan raya. Jadi saya memohon agar projek tebatan banjir dapat

disiapkan segera terutamanya dikawasan di Permatang Rawa atau Cross Street. Yang memang seringkali banjir ketika mana hujan turun. Jadi, saya bimbang

kemarahan rakyat itu semakin membara sehingga boleh menjejaskan momentum sokongan kepada kita. Jadi, saya pohon untuk kawasan di Permatang Pasir yang

sering kali dilanda banjir kilat ini diselesaikan segera masalah perparitan supaya keresahan rakyat itu dapat kita atasi. Selain itu, saya juga memohon agar kerajaan melihat kepada sudut struktur jalan awam yang begitu sempit di

Permatang Pasir terutamanya di kawasan Pekan Permatang Pauh yang saya harap ada satu jalan baru yang boleh melencong daripada Pekan Permatang Pauh yang

memang tiap-tiap pagi jem di situ dan di situ pula ada sekolah rendah, ada sekolah menengah, ada Sekolah Kebangsaan Cina Lay Keow yang mana pelajar-pelajar tiga-tiga sekolah ini menggunakan jalan yang sama melintas dan sebagainya dan

saya berharapkan satu jalan baru dapat dibina segera. Selain itu saya juga mencadangkan satu jalan baru juga dibina antara Bandar Perda terus ke Kubang

Semang melalui jalan ban di bendang yang selama ini kita hanya menggunakan dua jalan samada Permatang Nibong atau Permatang Rawa yang seringkali kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Jadi, saya pohon ada dua perkara yang dapat dilihat secara serius oleh Kerajaan Negeri dan saya juga memohon untuk Kerajaan Negeri membina satu

pasar awam baru di Pekan Permatang Pauh menggantikan pasar awam sedia ada di Sama Gagah yang sempit, yang tidak selesa kepada penjual dan juga kepada pengguna. Jadi, saya mengharapkan untuk perkara ini juga diambil perhatian

serius dan selaras dengan peruntukan RM15 juta kepada perkhidmatan bas percuma, saya juga memohon agar perkhidmatan ini dilanjutkan pada sebuah

sekolah di dalam DUN Permatang Pasir, Sekolah Menengah Sama Gagah yang mana di situ sekolah itu dulu pelajarnya cukup merosot bawah 60% sehinggakan guru-guru di situ terpaksa mandapatkan perkhidmatan bas rapid untuk

mengambil pelajar-pelajar yang kebanyakkan tinggal di Ampang Jajar. Apa yang berlaku, Dato‘ Yang di-Pertua adalah bas itu kadang-kadang tidak mampu dibayar

oleh pelajar-pelajar. Dan kebanyakkan pelajar ini datang dari golongan B40 jadi guru-guru terpaksa mengeluarkan duit dari poket mereka sendiri untuk menampung bayaran yang dikenakan oleh bas rapid tersebut. Jadi saya memohon

agar satu perkhidmatan bas percuma disediakan bagi penduduk di situ yang

Page 149: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

149

hendak ke Sekolah Menengah Sama Gagah dan saya juga memohon agar bas rapid dari Penang Sentral dilanjutkan sehingga Permatang Pasir bagi

memudahkan penduduk Permatang Pasir menggunakan perkhidmatan di Penang Sentral.

Dan saya juga yang terakhir saya juga memohon agar satu pusat perniagaan ataupun food court dibina di Permatang Pasir kerana tiada facilities sebegitu di Permatang Pasir. Saya sebagai pengerusi LKIM, saya mengadakan

satu program sinergi dengan agensi lain iaitu FAMA dan LPP, kita menganjurkan satu program yang dinamakan Bazar Peduli Rakyat di seluruh negara iaitu satu

program di mana kita cuba menjual barang dengan harga yang murah dan kita memendekkan rantaian bekalan iaitu pengeluar-pengeluar produk agro makanan ini menjual direct kepada pengguna di Bazar Peduli Rakyat. Cuma saya tidak ada

tempat yang sesuai untuk kami jalankan program ini. Terpaksa menumpang di pejabat PPK dan saya memohon agar satu kawasan perniagaan dibina di

Permatang Pasir bagi merangsang ekonomi usahawan dan juga penjaja yang berminat untuk menjalankan perniagaan mereka.

Yang terakhir Dato‘ Yang di-Pertua adalah sedikit ulasan berkenaan

Belanjawan Defisit. Pertamanya saya memuji matlamat kerajaan dalam mencapai fiscal consolidation menerusi pengurusan kos yang lebih efektif dan pengurangan

defisit. Pada masa yang sama, kerajaan tetap tidak mengabaikan projek-projek pembangunan berkualiti tinggi untuk rakyat. Adalah penting untuk Kerajaan

Negeri terus fokus dalam menyalurkan dana dan usaha ke arah projek-projek yang mempunyai multiplier effect yang tinggi di semua kawasan, sama ada di bandar ataupun luar bandar.

Saya juga ingin menyentuh tentang pengurangan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 12% pada ketika pertumbuhan ekonomi dunia yang

semakin perlahan, dihimpit oleh perang perdagangan Amerika-China, saya pohon Kerajaan Negeri menerangkan bagaimana peruntukan ini dikurangkan, mengapa ia dikurangkan dan apakah strategi kerajaan untuk mewujudkan outcome yang

lebih baik daripada projek pembangunan negeri bawah Belanjawan 2020 berbanding tahun-tahun sebelum ini?

Perang perdagangan Amerika Syarikat ini dalam masa yang panjang boleh memberikan impak negatif kepada ekonomi negeri ini dan negara secara amnya kerana yang terjejas adalah sektor semikonduktor. Pulau Pinang adalah negeri

terbesar dalam sektor elektrik dan elektronik, manakala Amerika dan China adalah antara negara terbesar pengguna semikonduktor. Jika perang dagang Amerika

dan China ini berterusan, ia mungkin boleh memberikan kesan yang negatif kepada ekonomi di negeri ini. Dan untuk rekod 16% jualan semikonduktor untuk Ogos 2019 menurun 16 % dan kebimbangan yang timbul adalah pemindahan

pelaburan luar, pelabur-pelabur asing semikonduktor ini kerana jiran yang lebih murah kos buruh dan rendah cukainya seperti Vietnam. Justeru saya

mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mengambil langkah baru serta langkah-langkah yang lebih proaktif dalam menarik minat pelabur dan memastikan pelabur asing daripada Amerika dan juga China ini terus melabur dan

juga meningkatkan pelaburan mereka ke negeri ini termasuk memudahkan proses pelaburan dan juga proses kelulusan serta merendahkan kadar premium tanah

dan sebagainya jika perkara ini semakin buruk. Pulau Pinang perlu mengekalkan pelaburan terbesar sektor elektrik dan elektronik.

Page 150: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

150

Mengambil pandangan Profesor Jomo Kwame Sundaram iaitu salah seorang ahli kepada penasihat kerajaan sebelum ini iaitu eminent person, kerajaan harus

meningkat apa yang beliau katakan, pandangan beliau, “Kerajaan harus meningkatkan perbelanjaannya untuk menyokong aktiviti ekonomi setempat pada

ketika trend pertumbuhan ekonomi negara semakin perlahan. Ini sejajar dengan prinsip ekonomi Keynes. Justeru, Kerajaan Negeri juga diharapkan agar dapat menerangkan pelan alternatif jika krisis ekonomi dunia melanda tahun hadapan,

seperti yang dijangkakan oleh sesetengah pakar ekonomi. Adakah kerajaan berhasrat mewujudkan satu contingent fund untuk mengatasi impak daripada

krisis dunia walaupun langkah ini berkemungkinan besar meningkatkan defisit negeri?” Itu hanya cadangan sama ada Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan contingent fund dan saya mohon penjelasan apakah langkah-

langkah, alternatif atau langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ekonomi dunia yang mungkin lembab pada tahun

hadapan ataupun perang dagang Amerika-China yang semakin membara hari ini dan sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga barisan EXCO

yang telah berjaya menguruskan setahun pentadbiran negeri ini dengan baik dan mengucapkan setinggi terima kasih, penghargaan kepada semua pegawai

kerajaan, kesemua agensi yang banyak bantu kami diperingkat ADUN dalam kami menyampaikan perkhidmatan kami kepada rakyat dan sudah pasti kepada rakan-

rakan media juga urusetia Dewan DUN Pulau Pinang dan seperti mana rakan-rakan saya yang telah menyampaikan pantun kepada Dato’ Seri Farizan bin Darus. Saya tidak ada hadiah untuk diberikan kerana Tun Mahathir larang kita bagi

hadiah, jadi saya hadiahkan serangkap pantun.

Harimau mati meninggalkan belang,

Manusia mati meninggalkan nama,

Khidmat Dato’ Seri cukup cemerlang,

Membangunkan negeri kita bersama.

Wallahualam, sekian. Wabilahidayah Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”. Saya dengan ini menyokong.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun menyertai dalam sesi

perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan juga dalam Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. So, dengan itu sesi perbahasan telahpun

tamat. Ahli-Ahli Yang Berhormat kita sekarang berada dalam sesi pengulunggan. Saya ingin meminta Ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam sesi pengulunggan. Dipersilakan. Ya, Bagan Jermal.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan

Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya

Page 151: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

151

hormati, para media. Di kesempatan ini, saya mengambil peluang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan

penggulungan bagi isu-isu yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Belia dan

Sukan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini dalam

bajet terutamanya yang melibatkan portfolio saya. Terima kasih, kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sebanyak RM10.05 juta untuk

pembangunan sukan dan rekreasi pada tahun 2020. Daripada peruntukan tersebut saya rasa mungkin banyak ADUN-ADUN ingat semua peruntukan ini parking di bawah MMK Belia dan Sukan dan saya ingin sampaikan di

mana RM7.0 juta adalah untuk peruntukan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu MSN. RM700,000 sahaja untuk MMK Belia dan Sukan di mana saya

kena pecah dua untuk Belia dan Sukan. RM300,000 untuk pembayaran insentif SKIMAS kepada atlet-atlet yang mendapat pencapaian. RM1.5 juta adalah projek 1 Kadun 1 Futsal dan baiki RM547,000 adalah untuk projek penaiktarafan

kemudahan sukan, kompleks sukan yang di bawah penyelenggaraan Majlis Sukan Negeri.

Infrastruktur Sukan. Mengenai permintaan YB. Bertam, walaupun dia tak ada tapi saya jawab juga. Untuk permohonan lampu limpah di kompleks Sukan

MBSP Bertam, saya akan mengadakan satu lawatan tapak dan perbincangan lanjut dengan pihak MBSP, Pejabat Daerah MSN dan juga bersama ADUN Bertam untuk melihat kesesuaian dan kos pemasangan lampu limpah tersebut, dan

lawatan tapak tersebut sebelum akhir tahun 2019.

Mengenai cadangan menaiktaraf Stadium Batu Kawan dan kawasan

sekitarnya seperti jalan masuk dan lain-lain yang telah dibangkitkan oleh dua (2) ADUN iaitu ADUN Bukit Tambun dan juga Berapit. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang akan melihat secara menyeluruh

perancangan pembangunan Stadium Batu Kawan. Ini bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri bagi menjadikan Batu Kawan sebagai Hub Sukan di Pulau Pinang.

Untuk makluman, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang akan bermula operasi iaitu pada 2 Januari 2020

Permohonan cadangan pembinaan baharu stadium. Stadium mini dan

kolam renang seperti yang dibangkit oleh Bertam, Jawi, Sungai Acheh dan Permatang Berangan. Cadangan-cadangan tersebut akan diteliti dengan

mengambilkira pembangunan secara menyeluruh dan kedudukan kewangan semasa. Saya rasa, saya memang ada perasaan yang sama bersama Jawi di mana sebelum saya jadi EXCO Belia dan Sukan. Saya juga pernah meminta untuk

kolam renang di kawasan SPS. Tak kira di Sungai Bakap, Sungai Acheh atau Jawi dan ini kita akan mempertimbang ikut kewangan dan pembangunan secara

menyeluruh.

Untuk makluman Permatang Berangan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan kerja-kerja naik taraf gelangang futsal yang telah kita membuat

lawatan bersama Permatang Berangan pada 24 September 2019 jam pukul 2.30. Walaupun adalah kawasan parti pembangkang. Ini adalah hasrat ataupun

misi yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan tidak kira kawasan Pakatan atau pembangkang asalkan kita buat untuk rakyat jelata Negeri Pulau Pinang.

Page 152: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

152

Kerja-kerja menaik taraf gelangang futsal di Pokok Machang dengan kos sebanyak RM272,797.30. Kerja-kerja naiktaraf ini merangkumi skop pembaikan

lantai dan pagar. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 2 Disember 2019. Masa perasmian jangan lupa jemput saya dulu hadir sekali, terima kasih.

Untuk makluman Sungai Dua, walaupun kawasan Ketua Pembangkang satu lawatan tapak bersama dengan ADUN Sungai Dua telah diadakan pada 4 Oktober 2019 di kawasan Sungai Dua untuk melawat beberapa gelanggang futsal

yang bakal dinaiktaraf untuk bajet tahun 2020. Status terkini adalah menunggu maklum balas daripada pihak berkenaan seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai

dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara demi kesesuaian projek penaiktarafan kerana masa lawatan kita telah lawat empat tapak, tiga kawasan futsal, satu padang bola sepak.

Pemasangan mesin AED (Defibrilator/Mesin Bantuan Hayat) di kemudahan-kemudahan ataupun di kompleks sukan. Selaras dengan kesinambungan

pemasangan peranti Automated External Defibrillator atau AED yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah inisiatif program ‘Penang Heart Safe’, Majlis Sukan negeri Pulau Pinang turut memastikan bahawa pelaksanaannya

dipasang di kemudahan-kemudahan sukan di mana atlet-atlet negeri menjalani latihan mereka. Saya rasa di kompleks-kompleks sukan swasta seperti kompleks

sukan badminton, kompleks sukan padang bola sepak takraw dan bola sepak perlulah untuk pemasangan AED ini.

Mulai tahun 2019, sebanyak empat (4) unit mesin AED telah dipasang di bangunan pejabat Majlis Sukan Negeri di Batu Uban. Inilah kali pertama Kerajaan Negeri memasang AED di kompleks sukan yang dimiliki oleh MSN dan juga

Kerajaan Negeri dan Dewan Silat MSN Batu Uban, Gimnasium MSN Batu Uban dan Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) Tanjung Bunga. Dua (2) unit mesin akan

dijadikan mesin mudah alih yang merupakan sebahagian daripada alat rawatan perubatan oleh Unit Prestasi Elit/Perubatan semasa acara sukan berlangsung. Pembekalan unit AED akan diperluaskan secara berperingkat dari semasa ke

semasa.

Sukan ice skating dan ballroom dancing, yang dibangkit oleh ADUN

kawasan Kebun Bunga walaupun beliau tidak ada di Dewan saya terus jawab juga. Soalan yang dibangkit oleh beliau mengenai sukan ice skating dan ballroom dancing. Untuk makluman, sukan ice skating dan ballroom dancing tidak

dipertandingkan di SUKMA dan tidak mempunyai persatuan yang berdaftar di peringkat Negeri Pulau Pinang yang bergabung di bawah MSNPP. Sehubungan

dengan itu, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui MSNPP adalah kepada 45 jenis persatuan sukan yang bergabung dengan MSNPP sahaja. Tapi kalau ada sebarang pertandingan, beliau atau NGO-NGO juga boleh meminta

peruntukan dengan MMK Belia dan Sukan. Saya akan bagilah, sedikit.

Sepak takraw, Dato’ Yang di-Pertua sepak takraw saya rasa ada banyak

ADUN, ADUN Bayan Lepas, ADUN Permatang Pasir, ADUN Telok Bahang, ADUN Pulau Betong dan ADUN Batu Uban telah bangkit di mana untuk saya menjawab isu pertandingan sepak takraw. Saya ingin memaklumkan bahawa kemelut yang

membelenggu pasukan sepak takraw professional Black Panthers merupakan hal ehwal dalam pengurusan Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang dan Persatuan

Sepak Takraw Malaysia. Ianya tidak berkaitan dengan pasukan sepak takraw negeri yang dibangunkan di bawah MSN. Walau bagaimanapun, saya akan

Page 153: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

153

berjumpa dengan persatuan untuk memahami lebih lanjut isu ini dan saya akan sampaikan mesej kepada persatuan tersebut di mana persatuan-persatuan sukan

haruslah memberikan tumpuan kepada pembangunan atlet-atlet dan bukanlah ikut suka hati kerana nasib-nasib atlet ataupun nama-nama untuk mendapat

pencapaian dan kemenangan begitu sahaja kita terlepas peluang tersebut. Kita tak mahu peluang keemasan sebegini terlepas.

Penstrukturan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang. Isu yang dibangkit oleh

Kebun Bunga untuk penstrukturan semula organisasi Persatuan Bola sepak Pulau Pinang (FAP). Kerajaan Negeri setiap tahun telah memberi bantuan kewangan

dan perkhidmatan Sains Sukan bagi meningkatkan penyediaan pasukan Bola Sepak Pulau Pinang untuk setiap peringkat umur. Pihak kerajaan tidak boleh campur tangan untuk menstruktur semula organisasi semua persatuan selaras

Akta Pembangunan Sukan dan Perlembagaan setiap sukan yang berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan. Pihak kerajaan hanya boleh bekerjasama dan memberikan

khidmat bantuan dan nasihat jika diperlukan kepada semua persatuan sukan.

Di sini, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang iaitu Timbalan Speaker kita atas

pimpinan dan pengurusan beliau yang cemerlang yang membimbing Persatuan Bola sepak Pulau Pinang (FAP) ke satu tahap yang baru. [Ahli Dewan menepuk

meja].

Saya masih ingat, masa penstrukturan tahun lepas, semasa saya menjadi

Exco Belia dan Sukan, kita pernah membincangkan isu candidate siapa paling sesuai untuk presiden baru semasa penstrukturan FAP Pulau Pinang, dan saya mendapat cadangan di mana banyak ADUN masa itu saya ingat ADUN Bagan

Dalam, ADUN Batu Uban, ADUN Bukit Tambun, ADUN Bayan Lepas banyak ADUN memberi pandangan dan cadangan untuk calon yang paling sesuai iaitu Timbalan

Speaker kita dan hari ini selepas satu tahun kita dapat lihat keputusan yang cemerlang di mana sudah lima tahun tidak masuk Piala Malaysia, kali ini kita masuk, mara ke Piala Malaysia.

Penstrukturan semula organisasi bukan sahaja melibatkan peringkat tertinggi malah ianya juga melibatkan peringkat akar umbi dan pembangunan

sukan bola sepak Pulau Pinang.

Ia terbukti atas pasukan Liga Premier Pulau Pinang berjaya menduduki tempat ke-3 dalam saingan Liga Premier 2019 serta layak ke Liga Super 2020 secara

merit, sebelum ditolak enam mata oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa kerana tunggakan gaji seorang pemain import pada tahun 2017.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang masih menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atas rayuan tersebut dan kami berharap rayuan tersebut berjaya supaya Bendera Pulau Pinang boleh dikibar di Liga Super

2020. [Ahli Dewan menepuk meja].

Dato’ Yang Dipertua, Program Bola Sepak Fagiano Okayama. Ini satu

program yang baru dalam memastikan pembangunan perintis terhadap kemajuan sukan negeri, Kerajaan Negeri melalui kerjasama di antara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Persatuan Rekreasi Muda dan

Jasmani Bintang Harapan Pulau Pinang dengan Kelab Bola Sepak Professional Fagiano Okayama dari Liga J2 Negara Jepun akan menganjurkan klinik bola sepak

Page 154: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

154

untuk kanak-kanak berusia dari 8 hingga 12 tahun pada 21 Disember 2019 waktu pagi 7.00 sampai pukul 12.00 akan bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan. Ini

atas dua (2) lawatan yang di mana mereka datang untuk melawat ke Stadium Negeri Pulau Pinang Batu Kawan dan saya tengah menjemput mereka supaya

datang untuk setengah hari untuk klinik kepada 200 slot kepada anak-anak murid kita di bawah umur 12. Itu disediakan untuk membolehkan bakat-bakat muda mengikut program pembangunan kemahiran asas bola sepak mereka hasil

bimbingan lima (5) orang jurulatih professional negara Japan dari bawah 23 tahun negara itu salah itu iaitu Muhammad Hadi Fayyah bin Abdul Razak yang kini

sedang menyarung jersi pasukan professional Japan tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kelab Professional Fagiano Okayama turut merancang untuk membawa pasukan professional mereka untuk

menjalani latihan serta mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang pada tahun 2020 kelak.

Sememangnya kerjasama sebegini amat dialu-alukan dalam memastikan pembangunan bola sepak negeri dapat dipertingkatkan melalui jalinan kerjasama dua hala yang dicapai di antara kedua-dua negara. Kita juga harap satu hari

pasukan negara Malaysia juga boleh masuk World Cup bersama taraf dengan negara Japan.

Pembangunan eSport. eSport merupakan ….(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta penjelasan, Yang Berhormat Bagan Jermal. Berkenaan dengan pengsturkturan semula bukan sahaja kelab bola sepak tetapi tentang kelab-kelab lain. Ada cadangan di luar di mana kelab-kelab sukan turut dihantui dengan

allegation lah bahawa ada favouritism di setengah-setengah kelab dalam pemilihan pemain ataupun atlet untuk ke Sukan Pulau Pinang, Sukan Malaysia.

So saya telah mendapatkan maklumat ini daripada luar. So ada tak Pulau Pinang selepas ini, boleh tak kita menganjurkan Sukan Pulau Pinang maybe dua (2) kali kah, setahun sekali untuk kata filter bakat-bakat atlet supaya mereka dapat

mewakili Pulau Pinang dengan cara lebih telus daripada kita bergantung kepada pilihan sesuatu kelab itu. Sebab the allegation about favouritism, nepotism should

be taken into the consideration, seriously. Thank you…(dengan izin).

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Okey, terima kasih cadangan daripada Bagan Dalam. Saya akan berbincang

dengan Presidan dan juga FAP untuk isu ini…(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Bukan sahaja bola sepak, I’m talking about semua persatuan, badminton, basket ball semua, Sukan Pulau Pinang. Itu cadangan saya.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Yea, all association. Thank you. Saya akan maklumkan kepada Majlis Sukan Negeri supaya mesyuarat tiga (3) bulan sekali, saya akan bincangkan isu ini.

Pembangunan eSports. eSport merupakan sukan yang kian berkembang pada masa kini. Pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2020 yang akan dianjur di Johor.

Page 155: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

155

eSports juga buat kali pertama dianjurkan sebagai acara bertanding. Antara kejohanan yang dipertandingkan adalah Pro Evolution Soccer (PES), Mobile

Legend dan juga DOTA 2.

Elaun atlet eSports yang telah dibangkit oleh, kalau tak silap Batu Uban,

Air Itam. Yes Air Itam. Elaun atlet eSports negeri Pulau Pinang akan mula dibayar selepas pemilihan yang dijalankan dan insentif kecemerlangan untuk atlet Sukan Elektronik Pulau Pinang juga akan dianugerah seperti sukan lain di bawah program

SKIMAS Negeri Pulau Pinang.

Setakat kini, terdapat 14 program eSports telah dianjurkan oleh Kerajaan

Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, MSN dan Persatuan eSports Pulau Pinang dan juga beberapa pihak swasta. Jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi penganjuran eSports adalah sebanyak RM230,637.00.

Program persediaan eSports Negeri Pulau Pinang ke SUKMA Johor 2020 telah dirancangkan dan dianjurkan melalui PYDC dan Majlis Sukan Negeri Pulau

Pinang.

Pemilihan pertama untuk acara PES dan Mobile Legend telah dianjurkan pada 21 hingga 22 September yang lalu di Sunshine Bertam dengan kerjasama

Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang. Manakala untuk acara DOTA 2 akan menganjurkan pada 14 dan 15 Disember tahun 2020

melalui PYDC dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Air Itam dan ADUN Bagan Jermal.

Sidang media akan diadakan pada esok jam 9.15 pagi. Selepas program tersebut Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan mengemaskini senarai atlet tersebut dan atlet yang terpilih akan membentuk skuad Pulau Pinang di SUKMA

Johor 2020. Kita harap kita dapat sekurang-kurang mencapai kemenangan dan pingat emas, pingat perak atau pingat gangsa. Dengan mengambilkira eSports

merupakan terminology yang baharu dan definisi pusat eSports masih belum ditetapkan lagi dan ia lebih tertumpu kepada internet café atau cyber café, Kerajaan Negeri tiada halangan bagi tujuan mempertimhangkan pergeluaran

lesen berlandaskan undang-undang sedia ada. Namun begitu langkah-langkah pencegahan penyalahgunaan lesen tersebut perlu diperkemaskan dari semasa ke

semasa.

Kerajaan Negeri melalui PYDC sedang giat mengenalpasti pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di Pulau Pinang dalam industri eSport terutamanya

dalam pembangunan infrastruktur eSport.

Untuk makluman Dewan yang mulia, persediaan kontinjen Pulau Pinang di

Temasya Sukan Malaysia (SUK) 2020. Kejohanan Sukan Malaysua (SUKMA) edisi ke 20 bakal berlangsung pada 11 hingga 19 Julai tahun 2020 di negeri Johor. Secara keseluruhan, sebanyak 30 jenis acara sukan akan dipertandingkan

termasuk eSport. Dalam memastikan negeri Pulau Pinang menyediakan Kontinjen SUKMA Pulau Pinang yang berdaya saing, tindakan dan langkah pengukuhan fasa

penyediaan atlet-atlet Pulau Pinang telah dimulakan seawal akhir tahun 2018 selepas tamatnya Sukan Malaysia ke 19.

Untuk makluman Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan, MoU

persefahaman bersama dengan agensi-agensi sukan diperingkat Asia Tenggara, kita menggalakkan supaya program menandangani satu MoU persefahaman

Page 156: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

156

dengan negara-negara lain untuk berkerjasama membangunkan sukan. Seperti sukan Judo berkerjasama dengan Japan, Wushu dan Sanda berkerjasama dengan

China, sukan Tenpin Bowling berkerjasama dengan Korea Selatan, sukan Bola Tampar dengan Sepak Takraw berkerjasama dengan Thailand, sukan Perahu

Naga/Kayak dengan negara Indonesia dan sebahagian lagi yang sedang dikenalpasti dibincang. Menghantar jurulatih, saya rasa bukan sahaja atlet yang penting untuk kita mempertingkatkan dari semasa ke semasa, jurulatih juga

penting.

Kali ini kali pertama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan

untuk menghantar sebanyak lima (5) orang jurulatih untuk menghadiri satu bengkel Pemantapan Latihan di luar negara, 12th International Council for Coaching Excellence Global Coaching Conference 2019 pada 30 Oktober hingga 1

November di Tokyo, Japan. Dan jurulatih-jurulatih yang telah menghadiri kursus tersebut mereka lepas habis mereka balik kenalah conduct kursus kepada

jurulatih-jurulatih untuk sukan yang lain. Inilah kita seperti kita sentiasa katakan sama-sama membangunkan sukan untuk semua.

Kejohanan Sukan SEA Philippines 2019. Kejohanan Sukan SEA ke 30

Philippines bakal berlangsung pada 1 hingga 5 Disember 2019. Untuk itu, seramai 81 orang atlet negeri Pulau Pinang dari pelbagai jenis sukan telah dipanggil untuk

sesi saringan bagi mewakili negara ke temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Kontinjen negara akan mengambil

bahagian salam 45 acara sukan daripada sejumlah 56 jenis yang dipertandingkan. Namun demikian senarai akhir atlet yang terpilih bagi mewakili skuad kebangsaan masih belum dimuktamadkan oleh Majlis Olimpik Malaysia tapi sekurang-kurang

kita ada 80 orang atlet dari negeri Pulau Pinang yang telah masuk untuk pilihan ambil bahagian ke Sukan SEA Philippines Tahun 2019. Ini salah satu pencapaian

yang bagus bukan sahaja mereka dapat mewakili negeri tetapi juga dapat mengharumkan nama negara Malaysia.

Inisiatif Sports For All. Seperti yang kami maklumkan pada awal tahun ini,

Inisiatif Sukan Untuk Semua (Sport for All) telah mempunyai permulaan yang amat baik dan penyertaan yang merancsangkan dengan kerjasama dari semua

pihak, agensi kerajaan, pihak swasta dan juga pertubuhan sukan masyarakat. Pada tahun 2019, Inisiatif Sukan Untuk Semua telah dilancarkan dengan penganjuran 15 tema sukan pada setiap bulan seperti berikut:

Catur : Januari, Februari : Bola Keranjang, Mac : Sofbol, April Bola Jaring, Mei : Sukan Elektronik, Jun : Karnival Olimpik Pulau Pinang yang merangkumi sukan

Tenpin Boling, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Badminton, Julai : Bola Jaring, Ogos : Floorball, September : Wushu, Oktober : Karate, November : Judo dan Disember : Petanque.

Antaranya Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 telah mendapatkan sambutan yang baik daripada warga Malaysia terutama rakyat Pulau Pinang

sebanyak lebih 12,000 peserta yang menyertai dalam kanival selama dua (2) minggu ini. Selain itu, penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang tahun 2019 juga merupakan penganjuran sambutan Hari Olimpik yang paling berjaya dalam

sejarah Pergerakan Olikpik di Malaysia dan penganjuran karnival juga diwartakan di Buletin Majlis Olimpik Asia. Inisiatif ini akan diteruskan pada tahun hadapan

dengan penganjuran dua (2) sukan setiap bulan. Antara sukan yang telah

Page 157: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

157

dirancang untuk dijalankan pada awal enam (6) bulan tahun 2020 adalah seperti berikut:

Januari : catur untuk semua, Tenis untuk semua;

Februari : Bola Keranjang untuk semua, Sukan Eletronik untuk semua;

Mac : Pelayaran untuk semua, Memanah untuk semua;

April : Ping Pong untuk semua, bola jaring untuk semua;

Mei : Tarian Singa untuk semua, Lawan Pedang (fancing) untuk semua;

Jun : Sofbol untuk semua dan Woodball untuk semua.

Kita dapat lihat semasa kita mempromosikan Sukan Untuk Semua, kita

mixture iaitu campur-campur. Ada yang sukan popular dan ada yang sukan bukan popular sampai tahun 2022 di negeri Pulau Pinang, semua sukan kita akan anjur dan juga anjuran klinik, yang penting ini klinik.

Sukan tradisional seperti yang tadi dibangkit oleh Permatang Pasir. Sukan ini, Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan yang dipengerusikan oleh saya, kita telah

agihkan di mana sukan tradisional yang kita akan anjurkan pada tahun 2020 dan ada beberapa ADUN yang sudi in charge, yang untuk mengurus atau menganjur mempromosikan sukan tradisional. Seperti contoh untuk sukan tradisional

Melayu, ADUN Bertam, untuk sukan tradisional Indian iaitu ADUN Batu Uban dan juga Timbalan Speaker kita. Di mana ADUN Batu Uban adalah Kabadi, kalau tidak

silap dan ADUN untuk Sungai Bakap iaitu Silambam. Untuk sukan tradisional Cina iaitu Batu Lancang dan ini akan mempromosikan sukan trasidional kita dan saya

di sini juga mengambil kesempatan menjemput ADUN-ADUN, wakil rakyat, Ahli Parlimen ataupun agensi kerajaan, NGO di mana mereka ingin mempromosikan sukan tradisional boleh lah hantar surat kepada pejabat saya supaya kita sama-

sama mempromosikan seperti sepak raga tuju dan lain-lain.

Kerajaan Negeri yakin dengan program-program tersebut, penglibatan

komuniti (community engagement) dalam inisiatif Sukan Untuk Semua akan semakin meningkat pada masa depan supaya mewujudkan satu masyarakat yang sihat dan cergas dan ini juga selaras dengan Visi Penang2030. Saya telah cadang

kepada PBT kedua PBT di mana kita kena memastikan atau mensyaratkan kepada pemaju di mana semasa mereka membuat permohonan kebenaran merancang

untuk pembangunan sesebuah projek minta mereka sediakan alat-alat gym, outdoor gym dan juga jogging trek untuk penduduk-penduduk sekeliling supaya kita kedua PBT tidak perlu lagi untuk membuatkan peruntukan untuk membaiki

dan saya juga berpendapat sejak outdoor gym penting. Indoor gym juga penting. Untuk point yang baru untuk membantu pembangunan dan juga perkembangan

sukan di sekolah…(gangguan).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Mohon laluan. Tumpang tanya sat daripada Kerajaan Negeri ada tak

berhasrat untuk membina gymnasium untuk setiap KADUN. Sebaik-baiknya kalau boleh setiap KADUN ada satu gym untuk yes gymnasium. Thank you.

Page 158: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

158

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih daripada soalan daripada Batu Lancang. Soalan yang bagus dengan peruntukan RM10.05 juta saya rasa buat sementara waktu tidak mampu,

tapi ada jalan. Ada jalan saya ingin mencadang di mana pusat gymnasium di setiap KADUN boleh wujudkan. Kita boleh ambil melalui kedua PBT di mana kita ada dewan orang ramai ataupun Dewan MPKK seperti Telok Ayer Tawar tak ada.

Seperti yang telah dianjur oleh Teluk Ayer Tawar. Di mana kita boleh jadikan satu mini indoor gym, pusat gymnasium ataupun kita buat secara besar ini boleh

membantu supaya MPKK boleh kutip sedikit yuran yang murah mungkin 1 bulan RM10 untuk jadi member supaya penduduk-penduduk lepas waktu kerja pada waktu 9.00 mereka juga ada kesempatan pergi ke kawasan berdekatan dengan

rumah dia Dewan Rakyat itu atau Dewan MPKK untuk exercise dengan pusat gymnasium dan saya nak cadangkan di sini ADUN-ADUN ataupun kedua PBT ada.

MBPP tak ada, tak apa verbatim ada. So, kita minta mereka kaji KADUN-KADUN…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Siapa tak ada?

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Siapa tak ada, MBPP tak ada. MBSP ada.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey. Okey faham. Masuk dalam verbatim.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Masuk, masuk dalam verbatim. Saya sambung. Inilah saya akan

berbincang walaupun kedua PBT tak ada saya akan tulis surat kepada mereka untuk cadangan seperti ini supaya mereka senaraikan kepada saya minta

pertolongan dari ADUN kita boleh buat lawatan bersama. Jika ADUN telah jumpa Dewan MPKK yang sesuai, you hantar surat kepada saya sama-sama kita melawat seperti yang Telok Ayer Tawar saya akan bagi la sedikit peralatan untuk

gymnasium itu.

Untuk membantu pembangunan dan perkembangan sukan di sekolah. MMK

Belia dan Sukan telah memperuntukan sebanyak RM13,710 untuk tahun ini kepada Sekolah Sukan Mutiara Impian untuk pemberian peralatan sukan seperti bola sukan, net, tilam lompat tinggi dan alatan olahraga serta tilam untuk bilik

tidur untuk atlet-atlet. Tidak terlupa ADUN Bukit Tambun juga ada menyumbang RM5,000 untuk sama-sama memberi tilam untuk bilik tidur atlet-atlet kita.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai tahun 2020 akan memperuntukan dengan bajet RM700,000 yang ada dekat saya, 30 unit meja ping pong untuk dipohon oleh seluruh sekolah di negeri Pulau Pinang yang diberi keutamaan

kepada sekolah yang ketiadaan meja ping pong seperti contoh Sekolah Kebangsaan Taman Senangan di Teluk Ayer Tawar. Semasa saya pergi ke hari

sukan mereka, mereka memang tak ada meja ping pong dan mereka ingin untuk

Page 159: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

159

mewujudkan pemain ping pong sukan ini. Saya minta mereka tulis surat kepada saya dan saya akan beri kepada mereka menggunakan peruntukan ini.

Selain itu tambahan sikit 20 set alatan lompat tinggi, 10 set untuk sekolah rendah dan 10 set untuk sekolah menengah juga akan diperuntukan kepada

semua sekolah di mana mengikut permohonan, mengikut keutamaan dan keperluan sekolah. Kedua-kedua peruntukan tersebut bertujuan untuk membantu pembangunan dan perkembangan sukan di sekolah dan saya yakin dengan ini

penglibatan murid-murid dan prestasi sukan sekolah akan meningkat pada masa depan supaya kita dapat mendapat kemenangan dalam SUKMA dan wakil negara.

Pembangunan usahawan bagi menjawab persoalan yang dibangkit oleh ADUN Sungai Dua. Berkaitan kurangnya tumpuan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan muda dalam bidang ekonomi dan keusahawan. Kerajaan Negeri melalui

PYDC turut menggerakkan usaha untuk membantu golongan belia, meningkatkan ekonomi melalui program Youth Entrepreneur Style. Melalui program ini belia

diberi peluang untuk mengenali dan meneroka modal-modal perniagaan yang sedia ada di Malaysia. Peserta program juga dapat menimba ilmu dan idea yang dikongsi oleh usahawan yang tengah berjaya di Malaysia. Program ini

menekankan perkongsian idea dan cara penyelesaian untuk bagi jangka masa yang panjang.

Selain itu Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan untuk usahawan. Skim

Pinjaman Harapan merupakan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan usahawan tempatan. Pinjaman Skim Pinjaman Harapan ini disalurkan tanpa cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman

antara RM1,000 hingga maksimum RM25,000. Tempoh bayaran balik antara dua (2) hingga tiga (3) tahun. Dengan ambil kira modal skim sedia ada Kerajaan

Negeri akan memperkemaskan lagi modal berkenaan dengan menyediakan Skim Pinjaman Harapan Belia seperti yang dicadangkan semasa Mesyuarat EXCO. Bagi tumpuan secara khusus golongan belia di Pulau Pinang namun demikian usaha ini

akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak PDC dalam usaha merealisasikan skim ini. Saya tunggu TKM 1 akan jemput saya untuk bersama-

sama untuk bincang dalam mesyuarat yang akan datang. Selain itu.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Yang Berhormat. Cuma saya ingin mendapat penjelasan daripada Bagan

Jermal. Apa yang saya maksudkan bukan hanya sekadar kita memberikan kursus dan juga pengetahuan. Kita juga nak kalau boleh pihak EXCO Belia ini melihat dari

segi peluang-peluang perniagaan. Sediakan ruang-ruang peluang perniagaan dalam dan juga usahawan kepada belia. Cari peluang-peluang untuk diberi untuk disalurkan, mungkin ada kaitan dengan kerja-kerja apa yang berkaitan dengan

industri boleh buat industri kecil di rumah ambil dari kilang dan sebagainya. Sediakan peluang itu untuk belia. Bukan sekadar hanya beri kursus-kursus.

Peluang kerja-kerja pembaikan handphone contohnya kursus yang ada sales benefit ada bidang keusahawanannya. Buat kursus handphone, baiki handphone lepas tu dia boleh buat perniagaan, contohnya la.

Page 160: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

160

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih dari Sungai Dua. Saya baru saja nak sentuh isu ini tapi bukan

nak bagi handphone. Selain itu tahun ini MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Daerah Seberang Perai Tanah dan juga ADUN Kawasan

Machang Bubuk telah menganjurkan kursus asas gunting rambut kita bagi belia-belia balajar gunting rambut. Inilah seperti yang dipersoalkan oleh YB. Sungai Dua supaya belia boleh memulakan perniagaan di rumah untuk gunting rambut,

mungkin satu (1) hari gunting dua (2) orang. Tapi tak apa. Masa kita ada program ini kita ajak Sungai Dua bersama. Mungkin rambut kita panjang maka kita boleh

bagi mereka potong bersama-sama. Dan juga kursus asas pembuatan kuih dan roti canai dan murtabak untuk golongan belia di daerah tersebut pada bulan Ogos dan September. Kedua-kedua program ini mendapat penyertaan seramai 120

orang belia. Saya rasa program ini memang bagus kita akan memperbesarkan program ini di kawasan-kawasan lain. Kita akan mulakan di daerah-daerah yang

lain. Saya minta Pejabat Daerah yang sebagai ahli dengan Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan boleh la ambil inisiatif seperti Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah ini anjurkan program-program seperti ini dan juga yang dicadangkan oleh

Sungai Dua. Next one kita akan buat baiki handfone. Kursus ini adalah percuma…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Bagan Jermal. Bagan Jermal saya minta satu. Kalau saya ada peluang

kursus tu boleh saya bincangkan dengan Bagan Jermal tak. Contohnya saya nak buat kiosk cendawan contoh la, saya ada orang tanam cendawan, cendawan banyak, sorang tanam 5,000 polibag. Saya nak buat kiosk, kiosk untuk belia ini

berniaga di simpang-simpang. Kiosk yang. Dia ada cendawan goreng, dia ada sup cendawan. Semua based on cendawan. Dia jual di situ. Boleh kita bincang?

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Boleh. Boleh. Saya mengalu-alukan surat jemputan, surat cadangan daripada Sungai Dua marilah kita sama-sama untuk berbincang untuk kiosk

cendawan yang lepas tu sama-sama kita minum, makan mushroom soup. Kita bagi kepada sini dan kita harap supaya setiap Pejabat Daerah boleh

merancangkan itu keperluan kepada daerah seperti contoh SPT ada keperluan gunting rambut, membuat kuih, kek dan juga roti. Saya nak cadangkan di sini Pejabat Daerah pada mesyuarat bulan November yang akan datang mintalah

hantar cadangan yang awal supaya kita rancang lebih awal untuk menganjurkan SPU, SPT, SPS, Timur Laut dan Barat Daya. Kursus ini memang manfaatkan

golongan belia tak kira lelaki atau wanita. Ada juga wanita yang belajar. Kebanyakan penyertaan adalah berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ini telah membantu belia-belia tersebut berpeluang mempelajari

kemahiran-kemahiran asas supaya mereka mempunyai kemahiran berkenaan dan boleh memula kerjaya sendiri dan bukan sahaja baiki handphone, baiki komputer

dan lain-lain. Dalam rancangan yang akan datang kami merancang untuk memperluaskan program ini ke lain daerah dan juga ADUN.

TVET untuk golongan belia. Untuk menjawab isu TVET pendidikan dan

latihan teknikal dan vokasional bagi golongan belia yang dibangkit oleh Batu Uban. PACC telah memainkan peranan yang penting dan memberi latihan kemahiran

kepada golongan belia bagi menampung keperluan tenaga mahir industri

Page 161: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

161

perkilangan. Untuk menggerakkan golongan belia meningkatkan kemahiran mereka dalam industri perkilangan. Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan

beberapa syarikat swasta untuk bekerjasama untuk menawarkan biasiswa kepada belia golongan berumur 30 seperti yang mereka baru habis peperiksaan SPM dan

mereka tidak ingin berniat melanjutkan ke universiti atau kolej tetapi mereka berminat untuk belajar sedikit skills atau kemahiran dan program latihan kemahiran yang dijalankan oleh PSDC dan Kolej Vokasional. Ini akan memberikan

peluang kepada golongan belia yang berminat untuk menguasai kemahiran dan mencapai kejayaan. Ini merupakan suatu permulaan bagi Kerajaan Negeri dan

usaha meningkatkan kemahiran golongan belia, sehubungan itu saya ingin mengalu-alukan pihak swasta yang berminat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri supaya boleh memanfaatkan lebih ramai golongan belia boleh hantar surat

atau telefon kepada pejabat saya atau saya sendiri, hubungi saya supaya kita sama-sama bekerjasama untuk memberikan banyak ruang dan peluang kepada

golongan belia.

Program Youth For Future. Belia untuk masa depan. Tahun ini kita telah melancarkan oleh Ketua Menteri kita iaitu Sport For All, Sukan Untuk Semua.

Youth For Future merupakan satu (1) inisiatif daripada Kerajaan Negeri bawah MMK Belia dan Sukan yang akan dilancarkan 23 November 2019 di Hotel Royal

Chulan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita. Untuk membangunkan belia anak muda di Pulau Pinang dengan menyediakan belia kita untuk

menghadapi cabaran masa depan mereka serta menyumbang kepada pembangunan negara. Pelaksanaan Youth For Future akan bekerjasama dengan sektor yang berlainan seperti agensi-agensi kerajaan, Institusi Pendidikan, NGO

dan pihak swasta supaya dapat mencapai objektif inisiatif ini dengan lebih efektif. Dan inisiatif Youth For Future belia untuk masa depan, kumpulan sasaran

dibahagikan kepada tiga (3) sasaran kumpulan. Kumpulan sasaran pertama belia yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Kumpulan sasaran kedua umur daripada 19 hingga umur 25, kumpulan sasaran ketiga iaitu belia yang berumur 26 hingga

30 tahun.

Inisiatif Youth For Future. Pembangunan belia akan fokus dalam tiga (3)

bidang utama. Pertama, Pembangunan di belia yang termasuk bidang life coach, kecergasan, emotional, kepimpinan pembangunan kemahiran, pendidikan dan minat belia. Kedua (2), penyertaan sosial, kesukarelaan dan kesedaran terhadap

masalah sosial dan ketiga (3) bidang keusahawanan belia dan pendedahan belia terhadap peluang pekerjaan belia. Pelbagai program akan dilaksanakan

berdasarkan kesesuaian kumpulan sasaran. Selain itu PYDC turut menyediakan satu platform kepada belia dan orang ramai untuk memperolehi maklumat-maklumat yang diperlukan daripada pelbagai bidang seperti Pendidikan, peluang

kerjaya dan program-program belia yang diadakan. Dan melancarkan laman sesawang tersebut PYDC telah bekerjasama dengan institusi Pendidikan termasuk

IPTS dan IPTA untuk membekalkan maklumat Institusi Pendidikan sebagai rujukan belia apabila mereka ingin melanjutkan pelajaran. Selain itu laman sesawang tersebut juga turut mempamerkan maklumat tentang biasiswa yang

ditawarkan oleh pihak Institusi Pendidikan Awam dan Swasta. Laman sesawang tersebut turut mempamerkan maklumat kekosongan jawatan dan latihan industri

dari pihak swasta. Ini dijangka akan dilancarkan pada hujung Bulan November atau awal bulan Disember. Dan pada masa depan golongan belia yang ingin mencari kerja, mereka boleh ke laman PYDC itu just click…(dengan izin) Dato’

Speaker, semua syarikat-syarikat jawatan kekosongan termasuk jawatan kekosongan agensi kerajaan akan dipaparkan termasuk kedai runcit, mini market.

Page 162: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

162

Bukan mini stadium, mini market di mana mereka nak mohon ambil satu juruwang mereka juga boleh ambil kesempatan untuk memohon perkerjaan tersebut.

Menyemarakkan demokrasi di kalangan belia. Undi 18 seperti dibangkit oleh Seri Delima. Undi 18 memang satu topik perbualan hangat di Malaysia di

mana umur kelayakan untuk mengundi telah diturunkan ke 18 tahun untuk mengundi belia haruslah berfikiran matang, mengenal pasti pilihan yang ada dan boleh berfikiran secara berdikari dan bukannya terikut-ikut dengan keadaan

persekitaran.

Sidang Muda adalah program yang menekankan nilai kesedaran sivik,

demokrasi dan kewarganegaraan dalam dalam kalangan golongan belia. Ia merupakan satu platform kepada golongan belia membahas usul simulasi seperti Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, golongan belia akan berpeluang menterjamahkan segala konsep yang dipelajari dalam bentuk yang lebih praktik. Pada tahun 2020,

(gangguan). Silakan Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Terima kasih, Bagan Jermal. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan

berkaitan dengan, pertama umur 18 untuk mengundi. Apa yang saya bincang dengan rakan-rakan, kalau boleh kita beri sedikit penekanan kepada kesedaran

berpolitik ini. Kesedaran tentang demokrasi dan sebagainya diperingkat awal, mungkin diperingkat belia sendiri. Diperingkat sekolah kalau boleh kita masukkan

kesedaran sebab golongan belia ni kadang-kadang dia tak dak maklumat, dia tak berminat langsung. Pengundi ni kita automatik pengundi tapi selepas ini mungkin tiada erti pengundi. Dia tak berminat sapa nak jadi, jadi. Dia tiada masalah, itu

satu.

Kedua tentang Sidang Muda satu langkah yang baik Cuma saya nampak

dia satu tahun iya kan? Sidang Muda ni, setahun? Setahun dua (2) kali. Kalau boleh kita lanjutkan sedikit bagi dua (2) ka. Sebab setahun dia baru nak ada pendedahan, dia tak ….(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Setiap tahun.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Setahun dua (2) kali.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Tapi orang lain, orang lain. Orang baru, kalau boleh orang yang sama. Dan satu lagi saya tadi ada Parlimen Belia, lima (5) orang. Ahli Parlimen Belia Pulau

Pinang. Kira sembilan (9) orang, cuma tadi lima (5) orang mai datang tadi lima (5) orang. Bincang dengan saya dan saya pun agak simpati juga dengan Sembilan (9) ni. Dilantik sebagai Ahli Parlimen Belia, tapi tak ada langsung sumber ataupun

tak dak, cuma elaun perjalanan sahaja. Jadi kalau boleh lah, dulu had lepas dia ada elaun, dia ada duit peruntukan RM3,000 untuk dua (2) tahun. Makna seribu

setengah masukkan duit tu ke Belia, Jabatan Belia. Dia boleh gunakan untuk buat

Page 163: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

163

program. Mungkin satu program RM500, RM1000 ka. Dia ada RM1,500 setahun, untuk dua (2) tahun dia RM3,000.

Kalau boleh mungkin lah, EXCO Belia atau Bagan Jermal boleh fikirkan sedikit untuk sembilan (9) orang ini. Mungkin ada kita kata bagi seorang RM2,000

ka, kira-kira RM18,000 untuk tiga (3) tahun, untuk dua (2) tahun ka tiga (3) tahun? Dua (2) tahun, untuk dua (2) tahun. Depa dua (2), Ahli Parlimen Belia dua (2) tahun. Bagi untuk depa buat program di peringkat kawasan supaya dia ada

sedikit, depa ada yang tak bekerja. Ada yang masih belajar. Jadi mungkin sumber agak terhad, jadi itu yang saya minta.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey, Bagan Jermal.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung):

Isu yang sama, kalau boleh saya mencelah dan meminta penjelasan juga. Saya rasa kali ini di antara kali kali, masa-masa yang jarang lah, saya bersetuju

dengan Sungai Dua sebab tadi pun saya bersama-sama dengan Sungai Dua dan kita bersama-sama bertukar pandangan dengan Ahli-ahli Parlimen Belia yang membuat kunjungan lawatan tadi ke Sidang DUN. Di Pulau Pinang kita ada enam

(6) bukan sembilan (9), Dato’. Enam (6) Ahli Parlimen Belia yang mewakili Pulau Pinang di peringkat Parlimen Persekutuan. Dan saya dengar pandangan mereka

memang mereka ni sangat-sangat bersemangat nak membuat program-program kesedaran dan sebagainya. Dan seperti tadi juga YB. ada sebut bahawa sekarang

ni kita emphasis kepada undi 18, undi eight teen dan saya rasa perlu ada usaha atau insiatif memberi kesedaran khususnya kepada anak-anak muda kita berkenaan peranan sistem kerajaan apa itu demokrasi, apa itu pilihan raya dan

sebagainya. Dan saya lihat Ahli-ahli Parlimen Belia ini boleh memain peranan dalam membantu dalam usaha ini.

So yang saya faham pun di Selangor, sebagai contoh Yang Berhormat, di Selangor, Kerajaan Selangor memperuntukkan setiap tahun RM10,000 kepada Ahli-ahli Parlimen Belia untuk supaya mereka bagi sedikit sumbangan supaya

mereka boleh membuat program-program lah. Mungkin Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga boleh mempertimbangkan untuk memberi sedikit sumbangan bukan

banyak, RM10,000 satu tahun saya rasa bukan satu amaun yang banyak kepada semua, keseluruhan. Not, not kepada satu Ahli Parlimen. Supaya mereka mungkin boleh buat program-program, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bagan Jermal, timing iya.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih. Saya boleh tiga (3) muka surat lagi. Okay saya jawab soalan yang dibangkit oleh Sungai Dua. Isu pertama, isu undi 18, sama ada kita

nak bincang isu, nak mempersetujukan untuk kita masuk ke sekolah untuk mempromosikan politik. Saya rasa kita tak, saya tak bersetuju ini adalah

pandangan saya kerana ini telah dibincang Seri Delima dan juga Pengkalan Kota

Page 164: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

164

dan juga Bagan Dalam di mana kalau kita masuk sekolah untuk mempromosi politik seperti ….(gangguan). Saya habiskan perkataan ini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Bukan promosi politik…(gangguan). Maksud saya…(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

UMNO yang pernah masuk ke sekolah gantung bendera UMNO, itu salah. Maksudnya bagi tanggapan kepada mereka, oh ini parti, salah satu parti saja yang

ada gambar bendera dan gantung di sekolah, maka saya akan pilih itu, tak salah. Saya rasa sebagai, untuk politik kita tak seharus masuk untuk mempromosikan

di sekolah. Kita nak memberikan lebih banyak ruang ataupun kursus, ataupun seminar kepada mereka supaya mereka belajar lebih matang. Mereka boleh membuat keputusan bukan sahaja untuk mengundi. Untuk berkahwin, untuk

mencari kerja dan lain-lain dan untuk berniaga. Saya rasa kita haruslah menjalankan lebih banyak seminar atau kursus atau latihan kepada golongan

tersebut. Dan bukan mempromosikan politik…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Saya pun tak bermaksud parti politik. Saya kata bagi penjelasan kepada

fahaman kepada demokrasi dan sebagainya bagi mereka minat politik itu, minat berpolitik bukan pormosi parti politik. Saya tak kata macam itu pun.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Saya jemput kita Sungai Dua, kita masuk sekali ke KADUN Sungai Dua,

supaya masa kita menceritakan sumbangan-sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan seperti yang kita memberikan full support kepada Permatang Berangan. Kita tak kira siapa pemimpin, okey.

Untuk jawab isu yang Sidang Muda, saya akan sampaikan jawapan ini. Pada tahun 2020 PYDC akan meluaskan program ini dengan memohon setiap

ADUN Kawasan supaya boleh bekerjasama calonkan, mencalonkan tiga (3) hingga lima (5) orang belia di KADUN masing-masing untuk menghadiri bengkel muda dan Sidang Muda. Bukan sahaja ADUN Kawasan, PYDC juga berharap supaya

kolej, universiti dan juga persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan belia untuk menghantarkan penyertaan yang aktif dari golongan belia. Dan untuk

maklumat Sungai Dua, mulai tahun 2020 kita akan anjurkan Sidang Muda satu tahun dua (2) kali. Setiap peserta tahun ini ambil bahagian, tahun depan tidak boleh ambil bahagian lagi. Dan tahun ini ada satu Sidang Muda Khas seperti yang

telah saya menjawab dalam soalan lisan dengan ringkas mungkin masa saya jawab Sungai Dua tak ada. Tapi untuk jawapan ini, 1 hingga 3 haribulan kita telah

mengadakan Sidang Muda Khas di mana peserta-peserta dalam Sidang Muda Khas ini telah datang untuk menghadiri semasa bajet negeri Pulau Pinang yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga ada satu forum

diadakan pada 2 haribulan November yang telah dihadiri oleh Machang Bubuk, Pengkalan Kota dan juga YB. Jawi. Dan juga pada 3 haribulan November kita ada

satu Sidang Muda Khas nanti akan sampaikan usul yang telah dibangkitkan oleh mereka.

Page 165: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

165

Hari ni Sidang Muda boleh terus berkerjasama dengan PYDC untuk menganjurkan atau menjalankan program di KADUN masing dengan menekankan

aspek nilai kesedaran sivik, demokrasi dan kewarganegaraan. PYDC menganjurkan program Sidang Muda sejak tahun 2016, untuk makluman Sungai

Dua. Dan setakat ini, sudah mempunyai seramai 90 orang alumni. Mulai tahun 2020 PYDC akan melibatkan alumni-alumni Sidang Muda dalam anjuran program Sidang Muda tersebut untuk masukkan bengkel demokrat Sidang Muda, Program

Undi 18 dan juga program mempromosikan nilai kesedaran sivik demokrasi dan kewarganegaraan negara.

Program Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang. Youth Volunteer…(dengan izin) Dato’ Speaker. Program Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang telah dilancarkan pada awal 2 Oktober yang lalu. Program ini diwujudkan bertujuan

untuk mempersiapkan sebuah pasukan sukarelawan yang berkebolehan dan memberikan perkhidmatan sukarela kepada masyarakat setempat. Meningkat

semangat patriotik yang tinggi selain mengeratkan hubungan belia dengan masyarakat. Melalui program ini, golongan belia akan dilatih untuk bekerja secara berpasukan, memiliki semangat kesukarelawan, berdedikasi, bermotivasi tinggi,

berintegriti serta mampu berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan setiap lapisan masyarakat.

Program Pendidikan dan Kerjaya Bersama Murid 2019. Program Pendidikan dan Kerjaya Bersama Murid bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran

terhadap gejala sosial yang berleluasa di kalangan pelajar. Program ini adalah anjuran bersama PYDC, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penjara Negeri, Agensi Anti Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri dan ADUN Kawasan. Program ini melibatkan

dua (2) buah sekolah di setiap KADUN. Di mana seramai 40 murid akan dipilih dari setiap sekolah dan taklimat akan diberi oleh pihak Polis Diraja Malaysia

(PDRM), Jabatan Penjara Negeri dan Agensi Anti Dadah (AADK). Taklimat dari agensi-agensi adalah berkaitan dengan gejala sosial seperti narkotik, penipuan scam di internet, kes judi di internet, kes buli di sekolah dan hukuman yang akan

dikenakan terhadap kesalahan yang dilakukan.

Pihak Jabatan Penjara juga memberi taklimat tentang cara hidup seorang

banduan dan memberi motivasi dan pendidikan kepada para pelajar supaya tidak terlibat dalam kesalahan di sisi undang-undang.

Pada tahun ini, program ini telah dianjur bersama yang pertama di kawasan

saya KADUN Bagan Jermal, KADUN Sungai Bakap, KADUN Air Itam, KADUN Batu Lancang, KADUN Seri Delima. Program ini memang terbuka kepada semua KADUN

termasuk KADUN Sungai Dua, Permatang Berangan dan juga Penaga. Saya minta jika berminat minta lah walaupun Pembangkang tetapi untuk bekerjasama kepada golongan belia untuk membantu belia, marilah kita sama-sama bekerjasama

untuk memberikan kursus yang bagus ini kepada murid-murid, pelajar-pelajar di sekolah.

ADUN-ADUN yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada PYDC atau ke pejabat saya untuk supaya dimasukkan ke dalam rancangan program pada tahun 2020. PYDC berharap memperluaskan program ini ke

bahagian Seberang Perai pada tahun 2020 dan berjalan serentak dengan sekolah-sekolah di sebelah Pulau Pinang. Silakan.

Page 166: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

166

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Siang Soon):

Dato’ Speaker, Yang Berhormat Bagan Jermal. Memang program-program

ke Jabatan Penjara satu program yang bagus. Namun di sini, saya ingin meminta agar demonstrasi sebatan dapat dijalankan juga atau ditunjukkan juga apabila

diadakan program ini sebab kita hanya dapat tengok dari gambar sahaja. Murid-murid itu tidak tahu bahawa betapa kuatnya sebatan itu, sebatan itu. So kita kena tunjukkan agar mereka tahu bahawa kalau mereka melangkah ke arah yang salah,

ini adalah akibatnya mereka mungkin akan face the fact. Sebab sampai sekarang selepas lawatan hari tersebut, saya telah bertanya kepada murid-murid yang

hadir, mereka cakap tengok gambar sahaja tak tahu betapa kuat atau bunyi itu, sebatan itu yang dibuat oleh pegawai di sana. Saya difahamkan ini tidak dibenarkan untuk membuat demostrasi. So saya berharap kita dapat kaji semula

atau minta satu kali pun tak apa. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih, cadangan yang bagus daripada Air Itam…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bermula dengan Air Itam. Jadi teladan.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Memang pada permulaan semasa kita nak melawat ke Penjara, semasa

mesyuarat pertama yang saya mempengerusikan bersama dengan pihak PDRM dan juga Penjara Malaysia di mana saya nak minta supaya pelajar-pelajar ada

peluang untuk pergi melawat ke penjara yang memang tak ada banduan pun tak apa tapi dengan juga sebatan itu, tapi kerana pihak Polis masih enggan access sekali lagi minta di sini, pihak Polis ada wakilkan? Tak apa verbatim ada. Saya

sekali lagi minta pihak Polis dan pihak juga Penjara mempertimbangkan macam mana supaya boleh lah sedikit sebanyak memberikan ketakutan kepada pelajar

supaya mereka tidak akan melakukan kesalahan. Program ini adalah untuk mengelakkan semasa mereka hendak curi basikal, mereka akan ingat nanti saya masuk saya akan kena sebatan. Tapi seperti Air Itam katakan tengok video sahaja

tak apa, besok saya curi lagi basikal. Ini contoh. Memang cadangan bagus, saya akan mesej ini kepada ….(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

YB. sila fakta, basikal tak perlu sebut, curi basikal tak perlu. Silakan.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Kes rogol kena ada.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Habis?

Page 167: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

167

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Ada lagi. Sidang Muda. Tadi ada Sidang Muda khas ini, saya diminta

memyampaikan suara-suara daripada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Sidang Muda ini. Satu Sidang Muda khas telah diadakan pada hari Ahad

yang lalu, 3 haribulan November. Di mana peserta dibahagikan kepada pihak Kerajaan dan Pembangkang. Kedua-dua pihak telah mengemukakan usul masing-masing dalam sidang tersebut. Usul yang dikemukakan adalah penetapan kuota

30% untuk belia dalam MPKK dan Ahli Majlis. Setakat hari ini penglibatan belia sebagai Ahli Majlis di kedua-dua PBT adalah hanya kurang daripada 10% dan

manakala untuk penglibatan belia di bawah umur 35 tahun dalam jawatankuasa MPKK hanya baru mencecah 18%. Inilah suara, pandangan, cadangan daripada golongan belia yang mengambil bahagian dalam Sidang Muda khas ini, saya

sebagai EXCO yang memegang portfolio Belia dan Sukan, saya akan sampaikan suara di sini untuk supaya kita dengar dan juga kita akan membuat pertimbangan

pada masa depan.

Saya rasa penglibatan belia dalam MPKK boleh mengeratkan hubungan antara belia dengan komuniti boleh digunakan sebagai platform untuk melatih ciri-

ciri kepimpinan di kalangan belia. Seperti contoh yang dicadang oleh Padang Lalang penglibatan 30% wanita dalam MPKK dan juga dapat berkongsi, ber

communicate dan menganjur bersama-sama golonga wanita. Pada masa yang sama, belia yang boleh menggunakan peluang ini juga menyumbang komuniti

melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Penglibatan belia dalam MPKK bersama Ahli MPKK yang lain dapat mengurangkan jurang dan membentuk komuniti yang lebih erat antara satu sama lain.

Justeru itu, penglibatan belia dan Ahli MPKK dipercayai boleh meningkatkan penglibatan belia dan aktiviti komuniti memberi platform kepada belia untuk

mempraktikkan kemahiran kepimpinan dan juga dapat memberi input yang baru kepada MPKK. Manakala usul daripada pihak Pembangkang telah mencadangkan penbubaran dasar, (dengan izin)…Dato’ Speaker, zero school drop out, sifar murid

cicir di Pulau Pinang dalam menangani masalah dadah. Usul ini telah membuktikan golongan belia telah bersuara tentang isu pendidikan iaitu masalah keciciran

murid dan masalah penyalahgunaan dadah.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya rasa saya telah menjawab soalan-soalan yang dibangkit oleh…..(gangguan). Silakan Bagan Dalam.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Satu sahaja, singkat saja. Tentang cadangan saya untuk memperluaskan

dewan belia ke setiap daerah dan kita buat lima (5) sidang atau dewan belia diperingkat daeah dan membuat satu kemuncak sebagai sidang belia Pulau Pinang. Ada apa rancangan dengan Yang Berhormat Bagan Jermal. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Seperti apa yang saya jawap pada soalan lisan kita akan berbincang

dengan PYDC untuk, kerana PYDC mendapat RM300,000 untuk setahun peruntukan. Setiap kali kita menganjurkan sidang muda, RM50,000, satu tahun kalau kita adakan sidang muda sudah RM100,000 dan PYDC punya peruntukan

bukan sahaja untuk ada sidang muda, ada banyak-banyak aktiviti lagi kita akan

Page 168: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER/HANSARD... · 2020. 1. 2. · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan

168

anjur dan kita akan membuat pertimbangan dengan masa kewangan yang masa ke semasa.

Saya mengakhiri ucapan saya. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan selamat bersara Yang Berhormat

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Bin Darus atas segala usaha bakti yang telah dicurahkan kepada negeri Pulau Pinang. Saya pertama kali bertugas bersama dengan Dato’ Seri Farizan Bin Darus adalah masa tahun 2008, semasa

saya dilantik menjadi Ahli Majlis MPSP. Dan selepas itu, beliau dinaik pangkat jadi Pegawai Kewangan Negeri dan terus jadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih seperti yang Bayan Lepas katakan atau Permatang Pasir kata kita tak boleh bagi hadiah kita cuma sampaikan ucapan, saya sampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat

Setiausaha Kerajaan Negeri atas sumbangan beliau. Esok adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kita

mengucapkan selamat bersara dan semoga sihat, dan kuat dan kena ingat setiap hari kita kena bersukan, 30 minit. Sukan Untuk Semua.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan sukan di negeri Pulau Pinang. Perkara-perkara yang

telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan pemperkukuhkan lagi mutu

penyampaian di bawah Portfolio Belia dan Sukan untuk pembangunan menyeluruh di peringkat negeri.

Sukan Untuk Semua, semua ingatkan sukan supaya boleh bersama umur

Tun, 94. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Esok masih ada dan saya nak tangguhkan mesyuarat dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula esok, hari Khamis jam 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 10.15 malam.