241597685-refleksi-big

3
OO WOEI TIAN REFLEKSI BIG Dalam semester 1 PISMP, semua guru pelatih diwajibkan menghadiri satu program Bina Insan Guru (BIG) yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan mengadakan perkhemahan di luar. Dalam siri keempat program BIG ini, kami telah ditempatkan di Lapangan Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya mengambil pengalaman yang sebelum ini tidak pernah dialami dan akan menjadi kenangan selama-lamanya dalam hidup saya. Demi memudahkan lagi perjalanan aktiviti yang telah dilancarkan, semua peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan yang telah dibahagikan akan menjalankan setiap aktiviti bersama ahli kumpulannya sendiri. Saya dari kumpulan 1 iaitu kumpulan B1G mempunyai ahli seramai 13 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walaupun kumpulan kami terdapat kaum yang berbeza, namun kami masih mampu membentuk kerjasama yang baik dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Melalui program BIG ini, saya telah memperoleh banyak kebaikan, Antaranya ialah aktiviti yang dilaksanakan seperti kembara hutan. Inilah pertama kali saya membasuh ‘mestin’ dengan mengunakan air laut, mendirikan api dengan bahan yang serba kurang, namun semua cabaran itu berjaya saya dan para peserta yang lain harungi. Saya berasa sangat gembira, kerana dengan kerjasama setiap ahli kumpulan barulah saya berpeluang untuk makan makanan yang enak itu yang dimasak dengan tangan sendiri dalam keadaan yang serba kekurangan di dalam hutan. Saya berasa diri sendiri telah menjadi lebih berdikari berbanding dengan sebelumnya. Sepanjang aktiviti kembara ini, saya dapat menghayati flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut. Pengembaraan ini telah menimbulkan semangat cintakan alam semulajadi dan kesedaran akan kepentingan flora dan fauna.

Upload: alishanabilah

Post on 24-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

241597685-Refleksi-BIG.docx

TRANSCRIPT

Page 1: 241597685-Refleksi-BIG

OO WOEI TIAN REFLEKSI BIG

Dalam semester 1 PISMP, semua guru pelatih diwajibkan menghadiri satu program

Bina Insan Guru (BIG) yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan mengadakan

perkhemahan di luar. Dalam siri keempat program BIG ini, kami telah ditempatkan di Lapangan

Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya

mengambil pengalaman yang sebelum ini tidak pernah dialami dan akan menjadi kenangan

selama-lamanya dalam hidup saya. Demi memudahkan lagi perjalanan aktiviti yang telah

dilancarkan, semua peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan yang telah

dibahagikan akan menjalankan setiap aktiviti bersama ahli kumpulannya sendiri. Saya dari

kumpulan 1 iaitu kumpulan B1G mempunyai ahli seramai 13 orang yang terdiri daripada

pelbagai kaum. Walaupun kumpulan kami terdapat kaum yang berbeza, namun kami masih

mampu membentuk kerjasama yang baik dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan.

Melalui program BIG ini, saya telah memperoleh banyak kebaikan, Antaranya ialah

aktiviti yang dilaksanakan seperti kembara hutan. Inilah pertama kali saya membasuh ‘mestin’

dengan mengunakan air laut, mendirikan api dengan bahan yang serba kurang, namun semua

cabaran itu berjaya saya dan para peserta yang lain harungi. Saya berasa sangat gembira,

kerana dengan kerjasama setiap ahli kumpulan barulah saya berpeluang untuk makan

makanan yang enak itu yang dimasak dengan tangan sendiri dalam keadaan yang serba

kekurangan di dalam hutan. Saya berasa diri sendiri telah menjadi lebih berdikari berbanding

dengan sebelumnya. Sepanjang aktiviti kembara ini, saya dapat menghayati flora dan fauna

yang terdapat di dalam hutan tersebut. Pengembaraan ini telah menimbulkan semangat

cintakan alam semulajadi dan kesedaran akan kepentingan flora dan fauna.

Saya juga berpeluang mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti cara berkayak,

cara menyelamatkan diri dan orang yang lemas dan membuat pertolongan cemas, serta ‘water

confident’. Selepas taklimat tentang pengayuhan kayak diberikan, rasa ingin cuba dalam diri

saya telah mendorong saya mencuba keberanian saya dan berkayak ke seberang laut dan

akhirnya selamat kembali ke tempat asal. Ini memang merupakan pengalaman yang tidak dapat

didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam aktiviti yang

mencabar ini,saya telah memahami perkara yang penting semasa menghadapi cabaran dalam

hidup. Dalam cabaran hidup yang kita hadapi, kita haruslah sentiasa bertenang, mempunyai

daya tahan dan keberanian yang tinggi untuk menghadapinya,barulah kita dapat hidup di muka

bumi yang penuh pancaroba ini.

Page 2: 241597685-Refleksi-BIG

OO WOEI TIAN REFLEKSI BIG

Melalui LDK yang diadakan, saya juga dapat mengenal pasti potensi yang ada dalam

diri saya selama ini yang saya tidak sedar sebenarnya. Jadi sebagai seorang guru kita

hendaklah mengenal potensi yang ada dalam para pelajar agar kita tidak salah menyediakan

aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kemahiran dan potensi yang sedia ada. Saya dapat

mengenal diri saya sendiri dengan lebih mendalam. Saya berasa jujur dengan

kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya. Sebagai sorang guru, kita

perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan dalam diri kita agar kita dapat mengawal

diri semasa mengajar agar kita tidak kelihatan terlebih-lebih atau kelihatan bodoh

dihadapan pelajar sendiri.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan cadangan yang dapat

menambaikan kekurangan yang ada semasa program BIG dijalankan sebelum ini. Pada

pandangan saya,dapur di perkhemahan tidak dapat memuatkan sekumpulan dalam masa yang

sama.Ini akan menyebabkan sesetengah ahli kumpulan yang tidak dapat memberi bantuan

semasa memasak. Cadangan saya ialah separuh daripada ahli kumpulan yang bertugas

bergilir-gilir menjalankan tugas memasak.Ini mungkin dapat meluaskan dapur perkhemahan.

Masa juga dapat disingkatkan kerana tidak berlaku kesesakan dalam dapur yang kecil. Begitu

juga dengan masa berjaga malam. Saya berasa tidak perlu terlalu ramai orang berjaga malam

pada waktu yang sama. Pembahagian masa boleh dibuat dengan lebih baik dan peserta dapat

mendapatkan rehat dengan secukupnya.

Akhir sekali, dalam program BIG ini, saya telah menghadapi banyak cabaran dan

dugaan. Memang tidak dapat dinafikan, banyak pengalaman baru telah dapat dipelajari dan ini

akan menjadi satu panduan dan dugaan untuk saya menghadapi masalah-masalah yang

dihadapi. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan di luar melatih daya ketahanan saya untuk

menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan sekeliling. Saya telah mengajar cara untuk

membaiki dan memotivasikan diri sendiri sebagai guru pada masa hadapan. Sekian, terima

kasih.