238716525-big-fasa-3

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 WAJ 3114 TARIKH : 13 Mac 2013 PISMP Semester 3 TEMPAT : SK GOPENG

Upload: saeh-kelatop

Post on 01-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG PPG

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATBINA INSAN GURU (BIG) FASA 3WAJ 3114

TARIKH : 13 Mac 2013

PISMP Semester 3

TEMPAT : SK GOPENG

1.0PENGENALANGuru merupakan pembina generasi Malaysia. Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar akan lebih mengenali stail kepimpinan yang berbeza dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang yang mampu mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang yang mampu mengubah iklim pendidikan setempat. Justeru kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui pengalaman yang diperolehi diharap pelajar dapat menuju ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan.Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua guru pelatih dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan guru-guru pelatih.

2.0RASIONALProgram khidmat masyarakat dilaksanakan untuk memenuhi keperluan sukatan pembelajaran Program Bina Insan Guru( BIG) bagi Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 3. Peruntukan masa bagi menjalankan program khidmat masyarakat yang terkandung dalam sukatan adalah selama 7 jam.

3.0TUJUANTujuan Program Bina Insan Guru ini ialah supaya pelajar dapat menunjukkan kefahaman terhadap kepentingan perkhidmatan kepada masyarakat dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai budaya semasa menjalankan aktiviti di sekolah disamping melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Selain itu, pelajar juga dapat menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan di samping dapat memimpin program dan mengambil peranan masing-masing secara aktif dalam kumpulan.

4.0OBJEKTIFMelalui Program Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti BIG ,pelajar-pelajar dapat : Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara murid serta mewujudkan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fakta fakta Sains yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Memberi kesedaran kepada para pelajar supaya mereka menghargai Alam Sekitar dan bersyukur terhadap ciptaan Tuhan. Membuka minda pelajar bahawa Sains boleh dipelajari di dalam dan di luar kelas melalui aktiviti aktiviti yang menyeronokkan. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka Dunia Sains dengan usaha mereka sendiri.

5.0TARIKH13 Mac 2013

6.0TEMPAT KHIDMAT MASYARAKATSekolah Kebangsaan GopengTaman Gopeng Baru31600, Gopeng.7.0SASARANPelatih PISMP Pengajian Sains: 17 Orang ( 6 lelaki, 11 perempuan)

Tutor: 1 Orang

Jumlah: 18 Orang

8.0 ALAMAT SURAT MENYURAT Rubethera A/P S.GanesanSetiausaha Program BIG FASA (lll) PISMP (Unit K17),Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak ,31150 Hulu Kinta, Perak.Tel : 019-4473202

9.0 JAWATANKUASA

9.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Timb. Pengerusi : Penyelaras :Setiausaha :Pen. Setiausaha :Urus setia: Bendahari:Tutor:

9.2 JAWATANKUASA PELAJAR

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK BUKU PROGRAM

AJK MAKANAN

AJK DOKUMENTASI

AJK PENGANGKUTAN

AJK KESELAMATAN

AJK CENDERAHATI

AJK TUGAS - TUGAS

10.0 ATURCARA PROGRAM

7.00 am: Betolak dari IPG Ipoh

8.00 am: Sampai di SK Gopeng

8.30 am 8.50 am: Taklimat Guru Besar: Taklimat Pengerusi Bengkel

9.00 am 11.00 am: Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

11.05 am 11.25 am: Rehat

11.30 am 2.50 pm: Explorace Sains

3.00 pm 3.25 pm: Majlis Penutupan Bengkel Sains

3.30 pm: Balik

LDK :- Ice Breaking Membuat moto dan logo Sains Merekacipta model

EXPLORACE :-CHECKPOINTAKTIVITI

1Magic Taste : Dalam keadaan mata yang ditutup kain, setiap peserta akan merasa, berbincang dan meneka nama-nama beberapa jenis buah-buahan yang disediakan.

2Embrace The Nature : Peserta ditunjukkan beberapa gambar tumbuhan herba dan diminta untuk menamakan setiap satu tumbuhan tersebut.

3Harta Karun : Peserta diarahkan untuk mencari nama-nama alatan sains yang ditulis di atas kertas dan disembunyikan dikawasan berhampiran mengikut kategori alatan seperti alatan mengukur isipadu, menyukat berat dan mengukur suhu.

4Quiz Mania : Peserta dikehendaki menjawab 5 soalan berkenaan fakta-fakta sains dengan betul.

5Fill The Bottle : Peserta diberikan tiga jenis benda yang boleh menyerap air dan dikehendaki berulang alik untuk mengisi air kedalam botol-botol yang disediakan pada masa yang ditetapkan.

6Belon Ajaib : Peristiwa bercanggah mengenai belon ajaib didemonstrasikan dan peserta dikehendaki mengemukakan inferens mereka.

11.0 PERBELANJAAN

PERKARAKUANTITIJUMLAH

Makanan dan minuman RM 9.00 x 18 Orang RM 162.00

Cenderahati4 Bag4 Beg

JumlahRM 162.00

12.0 SENARAI NAMA PELAJAR(Sila rujuk lampiran 1)

13.0 Alamat Surat Menyurat

14.0 PENUTUPDiharapkan pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang wajar dan sokongan kepada kami untuk menjayakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa (lll) 2013 ini. Segala budi baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :

..........()

Disemak oleh :

.........................................................()

Disah oleh :

.......()

Disokong Oleh :

..........................................................()

Diluluskan Oleh :

..........................................................()