20110615170652panduan mr tan untuk assignment hbef2303

Upload: anne-sudki

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 20110615170652panduan Mr Tan Untuk Assignment Hbef2303

    1/5

    (A) ANALISIS KEHENDAK SOALAN TUGASAN

    SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

    Perisian kursus bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dikategorikan kepada

    beberapa jenis seperti tutorial, latih-tubi, permainan, tunjuk cara, simulasi dan ujian.

    Berdasarkan modul, nota dan pencarian maklumat, anda dikehendaki menerokai mana-

    mana laman web. (1)Muat turun satu perisian kursus berbentuk PPBK yang berkaitan

    dengan subjek anda dan (2)nilai kesesuaian perisian kursus itu sebagai alat bantupengajaran-pembelajaran berdasarkan aspek-aspek berikut:

    (a) Rancang satu soal selidik dan jalankan penilaian sumatif

    terhadap kekuatan dan kelemahan perisian berkenaan mengikut kriteriapemilihan perisian kursus iaitu:

    (i) Isi kandungan

    (ii) Aspek teknikal

    (iii) Dokumentasi (10 markah)

    (b)Sediakan penulisan ilmiah mengenai klasifikasi kategori perisian kursusyang dimuat turun berserta dapatan penilaian yang dilaksanakan.

    (15 markah)

    (c) Berdasarkan perisian kursus yang dimuat turun, sediakan satu brosur untuk

    mempromosikan penggunaan perisian berkenaan di kalangan pelajar

    (5 markah)

    UMUM

    - Kalau dianalisis kehendak soalan, boleh didapati pelajar diminta

    melakukan DUA perkara,iaiatu, yang pertama, memuat turun sesuatuperisian untuk PPBK dan yang kedua, melakukan penilaian kesesuaian.

  • 7/29/2019 20110615170652panduan Mr Tan Untuk Assignment Hbef2303

    2/5

    - Oleh sebab itu, pelajar perlu mencari sumber internet untuk memuat

    turun sesuatu bahan pengajaran atau pembelajaran yang direka bentuk

    dari Powerpoint , flash atau perisian-perisian yang lain.

    - Cuba gunakan search yang lebih flesibel seperti menaip

    Powerpoint+Matematik untuk mencari bahan powerpoint yang

    berkaitan dengan matematik. Terdapat banyak blog individu yang

    dibangunkan oleh guru yang mungkin mengandungi bahan yang

    dikehendaki. Ada juga platform yang menyimpan sumbangan-

    sumbangan bahan pengajaran seperti www.Slideshares.net

    - Bahan-bahan yang dimuat turun tidak semestinya sesuai, tepat dan

    lengkap. Kerana anda akan menjalankan penilaian mengikut kritiera

    yang anda bentuk dengan bantuan modul topic 9.

    - Saya bercadang supaya pada masa sekarang, inilah punca bahan yang

    utama, iaitu muat turun dari internet. Sesiapa yang telah mendapat

    punca muat turun, sila sebarkan maklumatnya.

    BAHAGIAN (a)

    - Bahagian (a) tugasan meminta anda membaca topik 9, berkenaan

    dengan penilaian perisian serta indictor dan ciri-ciri penilaian untuk

    membentuk soal selidik anda. Rujuk Jadual 9.1 untuk panduan.

    Sepatutnya modul pembelajaran mengandungi lampiran soal selidik

    yang dimaksudkan. Tetapi tidak. Saya telah mengemukakan

    pertanyaan kepada OUM dan masih belum mendapat jawapannya.

    Mungkin pelajar ingin juga mendapatkan maklum balas dari OUM

    sendiri.

    - Soalan tidak menyatakan pihak responden yang diperlukan untuk

    menjalankan soal selidik. Kalau ikut modul, tiga pihak yang diperlukan

    iaitu, pakar, pelajar dan guru. Untuk tujuan tugasan ini, terpulanglah

    kepada bijak sana dan kreativiti pelajar: dinilain oleh anda sendiri

    sahaja atau dinilai oleh ketiga-tiga pihak yang berlainan. Kerana

    methodologi yang berbeza akan memberi flesibiliti semasa menulis

    laporan.

    http://www.slideshares.net/http://www.slideshares.net/
  • 7/29/2019 20110615170652panduan Mr Tan Untuk Assignment Hbef2303

    3/5

    - Dinasihatkan pelajar membaca tentang instrument penilaian koswer

    dari internet atau buku penyelidikan untuk memahami secara kasar

    berkenaan dengan skala likert dan cara analisis.

    - Panjang cerita kalau saya nak terangkan cara membentuk instrument

    dan menganalisis dapatan mengikut kaedah statistik. Dengan itu, saya

    ingin mengcadangkan bentuk soal selidik di bawah.

    Bahagian A: ISI KANDUNGAN

    KETEPATAN Perisian ini bebas

    daripada kesilapan

    Maklumat bahan

    terkini

    Pendapat yang tidak

    berat sebelah.

    Sesuai dengan

    kebudayaan dan

    agama

    - Keputusannya kemudian dijumlahkan dan dicari peraturan atau

    kekerapannya untuk menentukan kecerungan sesuatu item atausesuatu komponen. Dan keputusannya ialah ianya sesuai atau

    tidak.

    - Tidak ada laporan yang perlu disediakan untuk (a). tetapi soal

    selidik yang telah dilengkapi perlu dilampirkan sebagai dokumen

    sokongan. Analisisnya dalam bentuk jadual analisis dan graf

    analisis perlu dibentangkan dalam penulisan bahagian (b).

    Bahagian (b)

    1 532 4

    Kelemah Kekuat

    1 532 4

    1 532 4

    1 532 4

  • 7/29/2019 20110615170652panduan Mr Tan Untuk Assignment Hbef2303

    4/5

    - Anda perlu menentukan sub topic bahagian ini. Mungkin dimulakan

    dengan penerangan berkenaan dengan PPBK, kriterianya,

    keberkesanannya, penggunaan dsb. Kemudian kaitkan bahan muat

    turun dan laporkan kerangka reka bentuk keseluruhan kemudian

    terperinci bahan tersebut dan cuba kaitkan dengan kategori yang

    bersesuaian (latih tubi, permainan)

    - Satu bahagian lagi perlu diperuntukan untuk Analisis kesesuaian.

    Mula dengan pembentangan dapatan penilaian dalam bentuk jadual

    diikuti dengan graf(sekiranya perlu), kemudian nyatakan dapatan

    keseluruhan, mengikut item, mengikut komponen atau mengikut

    bahagian(isi kandungan, teknikal, dokumentasi).

    - Kemudian, anda perlu ada bahagian PERBINCANGAN dimana, anda

    akan membincangkan kesesuaiannya, kalau sesuai mengapa,

    kalau tak sesuai- mengapa dan cadangan penambahbaikannya.

    Contoh, kalau bahan tersebut tiada disediakan hasil pembelajaran,

    dan penilaian sumatif tidak dapat dijalankan, mungkin anda akan

    cadangkan beberapa hasil pembelajaran yang bersesuaian dan

    bagaimanakah hasil tersebut dapat dicapai mengikut cadangan

    anda.

    - Bahagian Rumusan akan memberi kesimpulan kesesuaian bahan,

    ciri-ciri kekuatan dan kelemahan dan apa jua maklumat yang

    mengingat kembali pembaca.

    - Pastikan anda merujuk kepada bahan modul, jurnal, nota, bahanelektronik dan rujukan sesuatu petikan perlu dicatat dan dicatitkan

    rujukannya di belakang.

    Bahagian (c)

    - Daripada bahan yang telah dimuat turun, anda diminta

    menyediakan suatu brosur untuk diedarkan kepada pelajar,

    matlamatnya ialah memberi tahu fungsi , kegunaan, kepentingan

    dan lokasi bahan tersebut .

    - Anda boleh menggunakan apa jua cara atau pendekatan (manual

    atau elektronik) supaya brosur terebut boleh diperbanyakkan untuk

    diedarkan kepada pelajar.

    - Microsoft Office menyediakan PUBLISHER yang mempunyai templetbrosur untuk digunakan. Microsoft Word boleh juga digunakan

  • 7/29/2019 20110615170652panduan Mr Tan Untuk Assignment Hbef2303

    5/5

    untuk insert grafik dan teks yang sesuai. Photoshop boleh juga

    digunakan untuk mengedit, insert, layer kominasi grafik yang lebih

    menarik.

    - Anda boleh menggunakan corak black and white atau warna.

    Yang perlu dihantar kepada TUTOR BERSEMUKA:

    Hard copy:

    1. Laporan lengkap (ring bind) mengikut template OUM (tuliskan nama

    dan matrik disebelah kanan atas muka hadapan)

    2. Lampiran soal selidik yang telah dilengkapi

    3. Cetakan bahan analisis (SPSS atau Excel kalau ada)

    4. Lain-lain dokumen yang dirasai perlu

    Soft copy (dalam bentuk CD)

    1. Laporan lengkap

    2. Bahan PPBK yang dimuat turun

    3. Soal selidik (draf)

    4. Brosur

    **sebarang pertanyaan boleh dibincangkan dalam E-TUTOR Mr Tan.