malaysian music - mr. yusri.docx

18
MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA CAKLEMPONG PENGENALAN Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau. ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang. Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra). Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempong, celempong dan taklempong. SEJARAH CAKLEMPONG Dari segi asal usul dan bila datangnya ke Negeri Sembilan sukar ditentukan tetapi dipercayai ia dating bersama- sama dengan kedatangan orang Minangkabau ke negeri ini kira- kira pada abad ke 19. Menurut cerita dongeng Minangkabau, caklempong itu adalah bunyi-bunyian di kayangan. Menurut ceritanya, pada zaman dahulu satu pertabalanraja Tanah Datar telah diadakan bagi salah seorang daripada raja-rajanya. Semasa upacara pertabalan itu, tiba-tiba baginda hilang ghaib sebentar. Menurut kepercayaan, baginda telah dilarikan oleh orang kayangan. Di kayangan, baginda dihiburkan dengan permainan caklempong. Apabila baginda dihantar kembali,

Upload: luqman-naqiuddin

Post on 07-Dec-2015

332 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: malaysian music - mr. yusri.docx

MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA

CAKLEMPONG

PENGENALAN

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel

diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan

masyarakat Minangkabau. ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’

bermaksud bunyi paluan bonang. Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan

nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra). Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai

Telempong, celempong dan taklempong.

SEJARAH CAKLEMPONG

Dari segi asal usul dan bila datangnya ke Negeri Sembilan sukar ditentukan tetapi

dipercayai ia dating bersama-sama dengan kedatangan orang Minangkabau ke negeri ini kira-

kira pada abad ke 19. Menurut cerita dongeng Minangkabau, caklempong itu adalah bunyi-

bunyian di kayangan. Menurut ceritanya, pada zaman dahulu satu pertabalanraja Tanah Datar

telah diadakan bagi salah seorang daripada raja-rajanya. Semasa upacara pertabalan itu, tiba-

tiba baginda hilang ghaib sebentar. Menurut kepercayaan, baginda telah dilarikan oleh orang

kayangan. Di kayangan, baginda dihiburkan dengan permainan caklempong. Apabila baginda

dihantar kembali, baginda telah mengarahkan orang-orangnya mencipta alat caklempong itu

dan seterusnya dimainkan.

Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur, caklempong turut

memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti

menyatupadukan penduduk setempat. Caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan

Sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara

perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya.

Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai

muzik warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja.

Page 2: malaysian music - mr. yusri.docx

Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk terus

menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

PERMAINAN CAK LEMPONG

Caklempong dapat dimainkan melalui 3 jenis posisi :

Cara Tegak : bermain secara berdiri di mana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki

Cara Duduk : bermain sambil duduk bersila di mana tepak bonang tidak berkaki

Cara Pacik : bermain secara berjalan atau berarak di mana bonang memerlukan 3 orang

pemain. Setiap pemain membawa 2 bonang yang digantung dengan tali. Terdapat cara di

mana sebelah tangan memegang bahagian sisi dalam , 2 bonang dengan diletakkan ‘berdiri’

iaitu kedua-dua muka bonang mendatar. Manakala tangan sebelah lagi akan mengetuk

bonang menggunakan pengetuk yang dibuat daripada rotan yang dibalut dengan tali khas.

Cara tegak Cara duduk

Cara pacik

Page 3: malaysian music - mr. yusri.docx

SPESIFIKASI ALAT

Alat-alat cak lempong boleh dispesifikasikan seperti berikut:

Idiofon : Gereteh, Sauwa, Tingkah, Canang

Membranofon : Gendang anak, Gendang Ibu

Aerofon : Serunai, bangsi, salong

FUNGSI ALAT

Alat-alat Caklempong mempunyai fungsi khusus dalam permainan seperti berikut:

Gereteh - Memainkan melodi, kaunter melodi, ostinato, dan kord

Sauwa - Memainkan ostinato berirama/bes

Tingkah - Memainkan harmoni, irama, sering menuruti rentak gendang ibu untuk

mengukuhkan rentak lagu

Gendang ibu - Memainkan rentak lagu, mengawal tempo

Gendang anak - Memainkan paluan meningkah (sinkopasi), penyeri rentak

Serunai, bangsi,salong - Memainkan melodi lagu

PENGENALAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Gereteh

Gereteh diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz bonang caklempong kecil.

Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada

bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan

cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap

caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu. Bonang caklempong yang

memainkan gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu

oktif termasuk 6 not pilihan.

Page 4: malaysian music - mr. yusri.docx

Gereteh

Sauwa dan Tingkah

Tingkah - Bonang caklempong yang memainkan peranan tingkah terdiri daripada lapan

bonang yang bernada C Major satu oktaf. Cak lempong Tingkah terdiri daripada lapan biji

bonang yang bermula dari not E,F,G,A,Bb,B,C dan D. Permainan bonang tingkah banyak

tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan corak irama mengikut pukulan

gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah dimainkan.

Sauwa - Mempunyai lapan biji bonang yang sama rupa bentuknya dengan tingkah.

Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod melodi.

Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Sauwa.

Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja disediakan.

Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh).

Susunan yang lazim terdapat pada Penyusunan Caklempong Sauwa adalah sama dengan

Caklempong Tingkah. Walaupun kedua-duanya sama, corak irama, cara dimainkan dapat

menentukan perbezaan di antara kedua-dua set ini

Sauwa/ tingkah

Page 5: malaysian music - mr. yusri.docx

Gendang Ibu dan Anak

Peranan kedua-dua gendang ini hanyalah sebagai pengiring dalam sesuatu persembahan.

Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula

ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang berkulit lembu mempunyai getaran

yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan

berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan

cara pukulan melalu. Gendang Anak adalah lebih kecil daripada Gendang Ibu dan

mempunyai ton yang lebih tinggi. Peranan Gendang Anak ialah sebagai peningkah kepada

corak irama Gendang Ibu.

Gendang ibu dan anak

Bangsi

Bangsi bertindak sebagai pemain kedua atau melodi pilihan caklempong gereteh. Bangsi

yang diperbuat daripada buluh boleh tahan lama jika dijaga dengan baik. Penjagaan

bangsiadalah rumit kerana ia mempunyai lidah (reed) yang mudah pecah atau terkopak. Alat

muzik bangsi (berbentuk seperti rekorder bersaiz 17cm) atau serunai, atau pupuik iaitu

sejenis alat tiupan jenis pelidah daripada golongan daun kelapa. Bangsi diperbuat daripada

buluh dan mempunyai 7 lubang jari untuk menghasilkan 7 skala ton / pic yang berpadanan

dengan nada gereteh caklempong. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.

Page 6: malaysian music - mr. yusri.docx

PERSEMBAHAN CAKLEMPONG

Caklempong biasanya dipersembahkan dalam upacara istana seperti upacara

pertabalan, menyambut hari keputeraan dan perkahwinan diraja, serta upacara menyambut

tahap hidup seperti berkhatan. Persembahan muzik caklempong juga mengiringi pelbagai

aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Melayu, khususnya di Negeri Sembilan. Muzik ini

digunakan untuk persembahan kaba iaitu penceritaan bahan penglipurlara oleh tukang kaba

( tukang cerita ). Dalam persembahan ini, caklempong berfungsi untuk menarik minat

penonton dan juga untuk menyedapkan jalinan cerita. Dalam persembahan tumbuk kalang,

iaitu persembahan yang diadakan untuk temasya menumbuk emping, caklempong merupakan

salah satu daripada alat muziknya yang penting.

Caklempong di Negeri Sembilan ada dua jenis iaitu yang mudah atau kecil dan yang

besar. Caklempong jenis mudah biasanya dua atau tiga biji sahaja diletakkan pada tempatnya

yang diperbuat daripada kayu. Permainan set mudah ini diiringi dengan gong atau tetawak

dan adakalanya rebana serta seruling. Permainan ini biasanya mengiringi permainan bersilat,

yakni silat pulut atau silat di hadapan pengantin. Malahan, caklempong jenis mudah ini sering

hadir pada upacara berinai, bersanding untuk pengantin ataupun dimainkan semasa adat

upacara berlat ( kenduri adat ) misalnya pertabalan datuk-datuk lembaga dan sebagainya. Ia

dimainkan dengan rancak membawa lagu-lagu ala minang.

Caklempong set mudah

Caklempong jenis kompleks atau besar mengandungi tiga set. Setiap satu

menganungi 15, 7 dan 7 biji. Malahan, dalam keadaan paling lengkap ada lima set semuanya

disamping gong dan serunai. Set-set tersebut ialah gertih atau lead yakni set utama ;

pengiring dan peningkah. Dalam set lengkap ini, gertih mengandungi lapan dan tujuh biji

Page 7: malaysian music - mr. yusri.docx

pada satu set disusun secara dua baris dan berperanan membawakan lagu; pengiring penjaga

tempo dan membantu irama, demikian juga peningkah. Penimbal dan peningkah dimainkan

secara berselang-seli mengiringi gertih membentuk lagu-lagu yang dibawakan.

Caklempong set kompleks / besar

Untuk bermain caklempong biasanya dimainkan sambil duduk. Ada juga dimainkan

sambil berdiri dan ini mempunyai tempat caklempong yang berkaki. Bilangan pemain juga

tidak sama mengikut saiz kumpulan. Bagi kumpulan besar , biasanya pemainnya antara 5

hingga 7 orang termasuk pemalu gong dan peniup seruling. Sementara set yang mudah Cuma

3 orang pemain sahaja.

SUSUNAN ALAT CAKLEMPONG DALAM ENSEMBLE

Susunan alat Caklempong dalam Ensembel dicadangkan seperti berikut:

Page 8: malaysian music - mr. yusri.docx

JENIS – JENIS LAGU CAKLEMPONG.

Lagu-lagu yang sering dibawakan dalam muzik caklempong adalah khusus

berbentuk gaya lagu Minangkabau. Antara lagunya ialah Budu Landai, Cantik mannis ,

Bongai dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, caklempong juga boleh membawakan lagu-lagu

moden atau lagu biasa misalnya lagu Jali-jali. Caklempong juga boleh mengiringi orchestra

atau pancaragam membawakan pelbagai jenis lagu.

Selain mengiringi persembahan, caklempong juga dipersembahkan secara

bersendirian. Persembahan ini terdiri daripada nyanyian lagu caklempong yang senikatanya

merupakan rangkap pantun yang mengandungi suasana kehidupan masyarakat Minangkabau

di Negeri Sembilan. Pantun ini bertujuan untuk memberi nasihat, pengajaran, melahirkan

perasaan cinta dan bersuka-suka di kalangan masyarakat. Antara lagu caklempong

termasuklah Cantik Manis, Bujang Sembilan dan Si damping. Terdapat juga lagu

instrumental seperti lagu Mengarak Pengantin, membuai Anak dan Tupai Bergayut.

Page 9: malaysian music - mr. yusri.docx

NOTASI CAKLEMPONG

SKEL

Pic-pic dalam muzik Caklempong kontemporari berdasarkan kepada skel diatonik Barat terutamanya skel C Major. Pic-pic yang biasa pada Ensembel Caklempong adalah seperti rajah di bawah ini.

Skel Caklempong

Melodi lagu dinotasikan dengan menggunakan sistem nombor, walaupun terdapat berbagai-bagai kaedah notasi dan teknik permainan muzik tradisional di Malaysia dan Sumatera.

Page 10: malaysian music - mr. yusri.docx

TOKOH MUZIK

En. Abdul Manaf b. Md. Jusoh telah dilahirkan di Sungai Besar , Selangor. Beliau

kini berusia 38 tahun. Minat dan dorongan keluarga terhadap muzik mencetuskan keinginan

mendalam Abdul Manaf hingga sanggup menghabislan masanya dengan berlatih bermain

alat muzik terutamanya gitar dan kibod setiap hari. Dek berasakan bidang muzik adalah

jiwanya , beliau telah diterima masuk ke Maktab Perguruan Besut, Terengganu bagi sesi

99/2000. Setelah itu , beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di peringkat ijazah

di Open University bagi sesi 2009-2012. Sepanjang pengajian beliau, En. Abdul Manaf juga

turut mempelajari untuk bermain alat-alat muzik tradisional terutamanya caklempong dan

gamelan.

En. Abdul Manaf bersama sebahagian ahli caklempongnya.

Setelah tamat pengajian di maktab perguruan, beliau telah dihantar mengajar di

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Di sekolah ini, En. Abdul Manaf telah

menubuhkan sebuah kumpulan caklempong yang dianggotai oleh murid-murid dari tahun 4

hingga 6. Kumpulan ini juga merupakan ahli aktif di bawah Program Bimbingan Seni Budaya

Negara iaitu salah satu program yang dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian

Negeri Selangor. Pada setiap tahun , En. Abdul Manaf akan melatih dan membawa ahli

kumpulannya untuk menyertai Festival Bimbingan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negeri. Selain daripada itu, Kumpulan ini juga banyak membuat persembahan

di sekolah dan juga menerima undangan daripada badan-badan kerajaan dan swasta.

Page 11: malaysian music - mr. yusri.docx

Kini, En. Abdul Manaf sedang berusaha untuk mempelbagaikan lagi cabang seninya

untuk menubuhkan sebuah orchestra di sekolahnya. Cita-citanya adalah untuk cuba

menggabungkan muzik moden dan tradisional dalam sebuah persembahan yang hanya di

anggotai oleh murid-murid sekolah rendah. Baru-baru ini, En. Abdul Manaf telah dipilih

untuk memimpin kumpulan muzik untuk mengiringi sebuah persembahan teater muzikal

sempena Festival Bimbingan Seni Budaya Negara di Dewan besar Sekolah Sukan Seksyen

11, Shah Alam.

Peserta caklempong

Festival Bimbingan Seni Budaya Negara

Dalam persembahan Festival yang dipimpin oleh kumpulan caklempong En. Abdul

Manaf baru-baru ini, beliau telah menggabungkan beberapa alat muzik tradisional yang lain

seperti gamelan, kompang dan juga gendang sembilan atau gendang Selangor . Lagu-lagu

yang dimainkan pula adalah untuk mengiringi tarian yang dipersembahkan.

Page 12: malaysian music - mr. yusri.docx

Kumpulan gamelan

Gendang Sembilan / gendang Selangor

Kumpulan caklempong dan kompang

Page 13: malaysian music - mr. yusri.docx

Rakaman video yang disertakan , adalah sudutan sesi latihan intensif yang dijalankan untuk

persembahan Festival Bimbingan Seni Budaya 2014. Antara lagu yang dimainkan adalah

lagu Kitaro , lagu mengiringi tarian dan juga lagu pertukaran antara babak teater.

Page 14: malaysian music - mr. yusri.docx