19190519 masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar

12
Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar. Punca dan akibat. Disediakan oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin (MP 071068 i/c : 840421-08-5906) ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan satu kajian pendek tentang permasalah ponteng sekolah yang berlaku di sekolah luar bandar. Fokusnya adalah untuk mengetahui punca pelajar tidak hadir ke sekolah serta mengaitkan dengan akibat ponteng terhadap pelajar. Responden yang terlibat adalah 10 orang pelajar tingkatan tiga, empat dan lima yang mencatatkan rekod ketidak hadiran ke sekolah paling kerap bermula Januari hingga September 2008. Kaedah yang digunakan adalah kaedah temubual dan rujukan dokumen berkaitan. Temubual dijalankan kepada pelajar, ibu bapa dan juga kaunselor sekolah berkenaan. Hasilnya didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas dan tidak mementingkan pelajaran. Sikap ibu bapa juga yang tidak menghiraukan anak mereka yang ponteng sekolah menjadi punca masalah ini semakin berlelewasa. Akibatnya 80% pelajar yang ponteng sekolah ini telah terlibat dengan masalah disiplin. Pihak sekolah telah menjalankan pelbagai progam untuk mengatasi masalah ponteng. Tetapi kurangnya kesedaran dan kerjasama dari pelajar dan ibu bapa menyebabkan program-program ini tidak mencapai matlamatnya. Justeru amat diharapkan pelajar menyedari pentingnya mereka hadir ke sekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi masa depan mereka. Ibu bapa juga harus lebih prihatin dalam memastikan anak mereka hadir ke sekolah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial yang tidak sihat. Selain itu guru-guru perlu lebih prihatin dengan pelajar dan mengambil berat terhadap pelajar ponteng supaya masalah ini tidak menjadi semakin serius di masa akan datang.

Upload: anita-yusup

Post on 24-Nov-2015

59 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar. Punca dan akibat. Disediakan oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin (MP 071068 i/c : 840421-08-5906)

    ABSTRAK

    Kertas kerja ini merupakan satu kajian pendek tentang permasalah ponteng

    sekolah yang berlaku di sekolah luar bandar. Fokusnya adalah untuk

    mengetahui punca pelajar tidak hadir ke sekolah serta mengaitkan dengan akibat

    ponteng terhadap pelajar. Responden yang terlibat adalah 10 orang pelajar

    tingkatan tiga, empat dan lima yang mencatatkan rekod ketidak hadiran ke

    sekolah paling kerap bermula Januari hingga September 2008. Kaedah yang

    digunakan adalah kaedah temubual dan rujukan dokumen berkaitan. Temubual

    dijalankan kepada pelajar, ibu bapa dan juga kaunselor sekolah berkenaan.

    Hasilnya didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yang

    malas dan tidak mementingkan pelajaran. Sikap ibu bapa juga yang tidak

    menghiraukan anak mereka yang ponteng sekolah menjadi punca masalah ini

    semakin berlelewasa. Akibatnya 80% pelajar yang ponteng sekolah ini telah

    terlibat dengan masalah disiplin. Pihak sekolah telah menjalankan pelbagai

    progam untuk mengatasi masalah ponteng. Tetapi kurangnya kesedaran dan

    kerjasama dari pelajar dan ibu bapa menyebabkan program-program ini tidak

    mencapai matlamatnya. Justeru amat diharapkan pelajar menyedari pentingnya

    mereka hadir ke sekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi masa depan

    mereka. Ibu bapa juga harus lebih prihatin dalam memastikan anak mereka hadir

    ke sekolah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial yang tidak

    sihat. Selain itu guru-guru perlu lebih prihatin dengan pelajar dan mengambil

    berat terhadap pelajar ponteng supaya masalah ini tidak menjadi semakin serius

    di masa akan datang.

  • PENGENALAN

    Menurut kamus dewan, ponteng didefinisikan sebagai kecoh, tipu atau lari dari

    tugas dan tanggungjawab tanpa kebenararan. Ponteng merupakan satu

    perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar

    dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang

    dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini

    didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius.

    Malahan di peringkat Parlimen turut dibahaskan tentang masalah pelajar

    ponteng sekolah menjadikan ianya bukan sahaja masalah setempat tetapi sudah

    dianggap masalah negara. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang

    masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu

    tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke

    peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh

    Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng

    didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-

    sekolah di kawasan luar bandar.

    Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat

    terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca

    daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan

    tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti

    mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping

    itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk

    mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri

    mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang

    banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang

    cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka

    kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu

    bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar

    akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih

    cerdas.

  • Dalam situasi pelajar dibandar,pelajar mungkin ponteng kerana mereka lebih

    mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di

    kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di

    pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi.

    Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau

    berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan

    kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai

    kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka.

    Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di

    sekolah.

    Berbeza dengan situasi dikawasan yang dikaji dimana persekitaran kawasan luar

    bandar ini dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Tiada wujud pusat membeli

    belah atau pusat hiburan apatah lagi panggung wayang. Namun masalah

    ponteng masih lagi berlelawasa dan memberi impak yang buruk kepada sekolah.

    Melihat pelajar yang memakai baju sekolah berada di dalam ladang kelapa sawit

    sambil merokok dalam waktu persekolahan merupakan satu pemandangan yang

    amat janggal bagi penduduk sekitar. Jesteru pihak sekolah akan dirujuk dan

    sekaligus ianya memberi kesan negatif terhadap pengurusan dan pentadbiran

    sekolah sekaligus mencemarkan reputasi institusi pendidikan.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar

    semasa mereka ponteng. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah terdedah kepada

    pergaulan dengan golongan yang juga tidak bersekolah. Sama ada rakan

    sebaya yang telah dibuang sekolah atas sebab masalah disiplin atau mereka

    yang tidak mahu ke sekolah. Golongan ini akan banyak menghabiskan masa

    dengan melepak, merokok dan lebih teruk lagi mengambil dadah. Persekitaran

    kawasan pedalaman ini tidak membuka peluang pekerjaan yang meluas kepada

    golongan muda mudi. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pengait buah sawit

    atau menternak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing. Tidak ramai

    golongan muda yang ingin melakukan kerja berat sebegini dan mereka lebih

    suka melepak di persimpangan jalan atau merempit tanpa tujuan sepanjang hari.

  • Pelajar dalam usia remaja ini sering didorong perasaan ingin mencuba dan

    sangat ditakuti mereka ini terpengaruh dan terjebak dengan gejala yang tidak

    sihat. Justeru peranan guru dan ibu bapa sangat penting dalam memastikan

    pelajar diawasi dari masa ke semasa untuk memastikan mereka tidak melakukan

    perkara yang akan menghancurkan masa depan mereka kelak. Ramai

    beranggapan bahawa pelajar tidak datang ke sekolah kerana guru tidak berjaya

    menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Terdapat juga para pelajar yang

    memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang

    garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan

    untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan

    kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang

    datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda

    kerana kesalahan mereka itu.

    Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya

    akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar

    dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang

    mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang

    pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Biasanya pihak

    sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan

    kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan

    kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang

    diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka

    tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara

    tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang

    berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka.

    Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk

    terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya.

    Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan

    amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.

  • Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan.

    Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja

    secara sambilan sebagai pembantu di kedai makan, dan tidak kurang pula yang

    bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam. Malah masih ramai di

    kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu

    keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja

    pada waktu malam.

    Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar

    ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan

    untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali

    gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa,

    pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan

    gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.

    Menurut Aziz ( 2007) dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar

    menyatakan salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng

    sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua

    orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu.

    Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat

    setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.Jangan terkejut jika ada

    yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang

    bersekolah di luar bandar. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang

    menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang

    sihat kepada anak-anak mereka sendiri.

    Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari

    berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya

    mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan akan

    melencong ke tempat lain. Justeru kajian ini akan melihat punca dan akibat

    budaya ponteng sekolah di kawasan luar bandar dari perspektif pelajar, guru dan

    ibubapa.

  • OBJEKTIF

    Objektif kajian ini adalah untuk;

    i) Mengetahui punca pelajar ponteng sekolah.

    ii) Mengetahui akibat dari gejala ponteng kepada pelajar.

    iii) Mengetahui apakah tindakan ibu bapa apabila mengetahui anak

    mereka ponteng.

    iv) Mencadangkang langkah mengatasi masalah ponteng

    RESPONDEN

    Kajian ini dilakukan ke atas pelajar salah sebuah sekolah luar bandar iaitu

    sebuah sekolah felda dalam daerah Mersing. Responden dipilih daripada 10

    pelajar tingkatan tiga, empat dan lima yang mempunyai rekod ketidak hadiran ke

    sekolah yang paling kerap dalam tahun 2008. 10 orang penjaga kepada pelajar

    dan seorang kaunselor sekolah turut terlibat bagi memperoleh maklumat yang

    optimum.

    KAEDAH KAJIAN

    Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah ini sesi temubual telah dilakukan

    kepada 10 orang pelajar yang terlibat meliputi persoalan tentang punca pelajar

    tidak hadir ke sekolah dan kesan gejala ponteng terhadap mereka. Kaedah

    temubual turut dijalankan kepada kaunselor sekolah dan ibu bapa pelajar yang

    ponteng, kaedah temubual telah dilakukan bertujuan memperoleh gambaran

    yang jelas seta bertanya dengan lebih lanjut tentang masalah yang timbul .

    Proses temubual dilakukan secara lansung dan direkodkan.

    Walaubagaimanapun beberapa kekangan dari ibu bapa yang tidak dapat hadir

    untuk sesi temubual menyebabkan temual melalui talifon telah dijalankan.

  • DalamRujukan pula dilakukan terhadap dokumentasi yang boleh menunjukkan

    rekod pelajar seperti Buku Rekod Kedatangan Pelajar, Keputusan Peperiksaan,

    Rekod Disiplin Pelajar dan Buku Latihan.

    DAPATAN KAJIAN

    Hasil dari rujukan mendapati 80% pelajar yang ponteng terlibat dengan masalah

    disiplin. Pelajar ini juga mempunyai rekod penghantaran buku latihan yang tidak

    kerap serta keputusan peperiksaan yang sangat tidak memuaskan ( Jadual 1).

    Bil Umur pelajar

    Jantina Bil hari pontenghingga

    September 2008

    Rekod penghantaran buku latihan

    Keputusan peperiksaan

    (min)

    Masalah disiplin

    1. 15 tahun Lelaki 78 5 % E Merokok,dadah2. 18 Tahun Lelaki 71 5 % G Merokok, gaduh3. 16 tahun Perempuan 68 12 % G Mencuri4. 15 tahun Perempuan 60 25 % G Merokok5. 17 tahun Lelaki 58 20 % E Merokok,gaduh6. 17 tahun Lelaki 55 18 % E -7. 16 tahun Lelaki 52 10 % G Samun rumah,

    curi motosikal8. 15 tahun Perempuan 51 30 % D Lari dari rumah9. 17 tahun Lelaki 51 35 % E -10. 17 tahun Lelaki 50 30 % E Merokok

    Jadual 1 : Hasil rujukan dokumen berkaitan.

    Temubual yang dijalankan dengan pelajar mendapati beberapa sebab mereka

    ponteng sekolah adalah takut didenda kerana tidak menyiapkan tugasan yang

    diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada waktu malam mereka keluar

    melepak dengan kawan-kawan atau menonton televisyen, tidak faham dengan

    pengajaran guru serta tidak minat belajar. Empat faktor ini adalah yang paling

    kerap diperkatakan oleh pelajar-pelajar yang ponteng. Apabila tidak hadir ke

    sekolah, apa yang dilakukan oleh pelajar adalah tidur dirumah, pergi ke rumah

  • rakan, melepak di dalam kebun dan menonton televisyen. Ibu bapa yang ditanya

    turut menyatakan anak mereka ada dirumah semasa tidak ke sekolah.

    Pelajar turut menyatakan yang ibu bapa mereka tidak kisah sekiranya mereka

    tidak hadir ke sekolah. Ada juga ibu bapa yang tidak mengetahui anak mereka

    ponteng sekolah kerana kedua-duanya telah keluar bekerja kilang seawal pagi.

    Mereka hanya mengetahui perkara ini selepas dihubungi oleh pihak sekolah.

    Yang lebih membimbangkan ada ibu bapa yang menyatakan dia sudah tidak

    dapat menasihatkan anaknya untuk ke sekolah kerana anaknya memang tidak

    minat belajar. Malahan tiada seorang pun penjaga yang menghukum anak

    mereka kerana tidak hadir ke sekolah. Ada ibu bapa yang tidak mengambil apa-

    apa tindakan apabila mengetahui anak mereka ponteng sekolah. Ini

    menunjukkan seolah-olah ibu bapa tidak langsung menghiraukan anak mereka.

    Sesi temubual dengan kaunselor pula telah melihat masalah ponteng ini sebagai

    satu masalah disiplin yang kronik. Pelajar berkenaan telah pun dipanggil untuk

    sesi kaunseling bagi mengetahui masalah sebenar mereka ponteng. Respon

    yang diperolehi lebih menjuruskan perasaan meraka yang bosan dengan

    pengajaran guru, tidak berminat dan lemah dalam menguasai mata pelajaran

    yang diajar. Akibatnya pelajar ini terus ketinggalan dan mengambil jalan mudah

    dengan ponteng sekolah. Apabila tidak hadir ke sekolah pelajar mula terjebak

    dengan gejala yang kurang sihat seperti rokok dan dadah. Pergaulan bebas

    mereka ini telah membawa kepada kes yang lebih rumit lagi seperti pergaduhan,

    mencuri dan lari dari rumah.

    Kaunselor dan pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik

    pelajar-pelajar ini datang ke sekolah. Antaranya mengadakan program

    perkhemahan untuk pelajar bermasalah, mengadakan sesi temubual dengan

    pelajar bagi menyelami masalah yang mereka alami, memperbanyakkan aktiviti

    diluar bilik darjah, mengadakan kem motivasi serta memberi ganjaran kepada

    pelajar yang rajin datang ke sekolah. Guru-guru juga sering memantau dan

  • mengikuti perkembangan pelajar-pelajar bermasalah ini agar pergerakan mereka

    tidak menyimpang dari tugas sebagai seorang pelajar dan seoarang islam.

    Sekurang-kurangnya pelajar ini dapat merasakan yang masih ada orang yang

    sayang dan memberi perhatian terhadap mereka.

    Dari sesi temubual juga pelajar telah menyatakan beberapa perkara yang

    menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Antaranya adalah aktiviti di luar

    sekolah seperti perkhemahan dan lawatan. Pembelajaran tidak suka

    permbelajaran yang sekadar menyalin nota di papan hitam. Pelajar-pelajar ini

    gemar kepada guru yang tegas tetapi mesra. Boleh menyampaikan ilmu dengan

    maksimum dan ada kalanya boleh bergurau senda. Mereka tidak gemar kepada

    guru yang menggunakan kekerasan untuk mengajar apatah lagi merotan kerana

    mereka sudah dewasa. Mata pelajaran yang membosankan perlu diajar dengan

    cara yang pelbagai.

    KESIMPULAN

    Masalah ponteng sekolah hari ini telah menjadi satu isu global yang

    dibincangkan dalam parlimen. Namun tindakan merotan dan gantung sekolah

    tidak mampu menangani masalah pelajar ponteng terutama bagi sekolah-

    sekolah di luar bandar. Permasalahan yang timbul ini memperlihatkan

    peningkatan hari demi hari. Apa yang lebih membimbangkan adalah kesannya

    terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara alasan yang diberikan oleh

    pelajar yang ponteng adalah takut didenda kerana tidak menyiapkan tugasan

    yang diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada waktu malam mereka keluar

    melepak dengan kawan-kawan atau menonton televisyen, tidak faham dengan

    pengajaran guru serta tidak minat belajar. Tindakan ibu bapa yang tidak tegas

    juga menyumbang kepada masalah ini. Yang lebih membimbangkan ada ibu

    bapa yang menyatakan dia sudah tidak dapat menasihatkan anaknya untuk ke

    sekolah kerana anaknya memang tidak minat belajar. Kaunselor dan pihak

    sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik pelajar-pelajar ini

  • datang ke sekolah. Namun semuanya tidak dapat mencapai matlamat sekiranya

    tidak mendapat sokongan dari ibu bapa serta kemahuan pelajar itu sendiri.

    Beberapa perkara yang dapat menarik minat mereka untuk datang ke sekolah

    adalah seperti aktiviti di luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan,kegiatan

    kokurikulum dan guru yang berkesan.

    CADANGAN

    i) Pelajar perlu lebih didedahkan dengan dunia luar bagi memberi

    kesedaran tentang akibat ponteng sekolah

    ii) Pelajar perlu ada sikap yang lebih positif untuk hadir ke sekolah dan

    tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat

    iii) Ibu bapa sepatutnya mendenda anak mereka yang tidak hadir ke

    sekolah dan tidak mengharapkan guru semata-mata.

    iv) Ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran

    anak mereka ke sekolah

    v) Guru perlu meningkatkan gaya penyampaian pelajaran supaya pelajar

    akan lebih berminat untuk mengikuti pengajaran guru.

    vi) Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran dan melakukan aktiviti

    luar kelas bagi menarik minat pelajar.

  • RUJUKAN

    Abdul Aziz ( 2007 ), Masalah ponteng pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah dalam

    daerah

    Muar, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

    Kamus Dewan, edisi-4 (2005), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia.

    Carol A.Bailey (2007), A Guide to Qualitative Field Research. United States of America

    : Sage Publication India Pvt. Ltd

    Hashimah Mohd. Yunus (2004) Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan. Nota

    Kuliah PGT 303 : Tidak Diterbitkan.

    Jumaat Hasim (2004). Pandangan Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Luar

    Bandar Terhadap Pengajaran Guru Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di

    Dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

    Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Penerbit

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohamed Sharif Mustafa. (2001) . The Analysis of Counselling in Context: A Qualitative

    Case Study Apporach to Practice In Malaysian Secondary Schools. Australia:

    Queensland University of Technology. Tidak di Terbitkan.

    Mohd Majid Konteng (2004) , Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kuantitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod.

    Tanjung Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Sharlene Nagy Hesse-Biber, Patricia Leavy (2006), The Practice of Qualitative Research.

  • United States of America : Sage Publications.Inc.

    SOALAN BERSTUKTUR UNTUK TEMUBUAL.

    I) Soalan temubual dengan pelajar.

    1. Kenapa anda tidak hadir ke sekolah ?

    2. Apa yang sering anda lakukan semasa ponteng sekolah ?

    3. Apakah tindakan ibu bapa anda apabila mengetahui anda ponteng

    sekolah ?

    4. Apakah yang dapat menarik minat anda untuk hadir ke sekolah ?

    II) Soalan temubual dengan ibu bapa.

    1. Adakah anda mengetahui yang anak anda ponteng sekolah ?

    2. Dari mana anda mengetahui anak anda ponteng sekolah ?

    3. Apakah tindakan anda semasa mengetahui anak anda ponteng

    sekolah ?

    4. Apakah yang sering anak anda lakukan semasa ponteng sekolah ?

    III) Soalan temubual dengan kaunselor sekolah.

    1. Mengapa pelajar ponteng ?

    2. Apakah akibat pelajar yang sering ponteng?

    3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah dalam

    mengatasi masalah ini?

    4. Bagaimana kaunselor boleh membantu pelajar yang ponteng?