borang pengesahan status tesis...motivasi serta mengadakan program ponteng sifar sebagai cara untuk...

25
I PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2007-2008 Saya NIK SELMA BINTI MUHAMMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (9) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG TOK LEBAI, TN. HJ. JOHARI BIN HASSAN 22020 JERTEH, BESUT, Nama Penyelia TERENGGANU Tarikh: 02 MEI 2008 Tarikh: 02 MEI 2008 9 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 19-Mar-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

I

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH

DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2007-2008

Saya NIK SELMA BINTI MUHAMMAD (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG TOK LEBAI, TN. HJ. JOHARI BIN HASSAN 22020 JERTEH, BESUT, Nama Penyelia TERENGGANU

Tarikh: 02 MEI 2008 Tarikh: 02 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

II

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

NIK SELMA BT MUHAMMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN MALAYSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

III

“Saya/ Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/

kami * karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualitu untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta pendidikan

(Matematik)”.

Tandangan : ___________________

Nama Penyelia : Tn Hj Johari bin Hassan

Tarikh : 02 MEI 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

IV

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________________

Nama penulis : Nik Selma binti Muhammad

Tarikh : 02 MEI 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

V

DEDIKASI

Segala pujian bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang......kerana dengan izinnya kuabadikan halaman istimewa ini

buat

Suami yang disayangi......

Faizul bin Yusoff

Ayahanda dan bonda yang disanjungi.....

Muhammad bin Mat Amin dan Tengku Zainab bt Raja Berahim

Bonda mertua yang dihormati.....

Noraini bt Harun

Putera dan puteri yang dikasihi.....

Ahmad Fahmi Iskandar dan Nur Aina Balkqis

Buat sahabat-sahabat yang diingati.....

Rosidah bt Senin dan Mohd Sham bin Zakaria

Kenangan bersamamu akan ku abadikan buat selama-lamanya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

VI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Segala puja dan puji penulis panjatkan ke hadrat Ilahi.

Syukur kepada Allah s.w.t. yang diiringi selawat dan salam kepada

junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. di atas limpah kurnia serta

rahmatNya, penulis berjaya menyelesaikan sebuah penyelidikan pada masa

yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini penulis abadikan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Pensyarah penyelia iaitu Tn Hj Johari bin

Hassan kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang

menjalankan penyelidikan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima

kasih penulis abadikan juga kepada kawan-kawan yang telah banyak

memberi nasihat, kritikan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk

memantapkan penyelidikan penulis.

Seterusnya penulis abadikan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada semua ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi

semangat baru setiap kali penulis temui jalan buntu. Akhir sekali penulis

abadi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam

menjayakan penyelidikan penulis sama ada secara langsung atau tidak

langsung.

Sekian, terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

VII

ABSTRAK

Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara.

Oleh itu kajian ini cuba melihat masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar

tingkatan empat sekolah menengah yang terletak di daerah Kulaijaya, Johor. Kajian

ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar

terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat

dan 60 orang guru di sekolah berkenaan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini

merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen

kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, faktor-faktor

yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan cara-cara

untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar. Data diperolehi

dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for the Social Science’

(SPSS) versi 11.5 dan diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min.

Dapatan kajian menunjukkan faktor guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan ibu bapa

merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan

gejala ponteng sekolah. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang

malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala

ponteng sekolah. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem

motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi

masalah ponteng sekolah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

VIII

ABSTRACT

Truancy among students is a major disciplinary problem. This research tries

to learn the truancy problem among the form four secondary schools student at the

Kulaijaya district of Johor. The objective is to determine the actual factors that

influence the student who were involved in the truancy problem. There were 120

form four students and 60 teachers participated in this survey. This descriptive

research used a set of questionnaires as research instrument that consist of three

section namely student background, factors that contribute to truancy and how to

overcome the truancy problem. The data obtained was analyzed using “Statistically

Packages for the Social Science” (SPSS) version 11.5 and was presented in

percentage, frequency and mean. The findings showed that the student’s attitude,

peer influence, family factors and teacher factors were the most significant factor

affecting the student truancy problem. But the teachers feel that the student’s lazy

attitude was the main factor influencing the behavior of truancy problem. They also

suggested that these students should undergo counseling session and motivational

camp beside programmed like ‘Zero Truancy’ should organized as one of the

solution to overcome the truancy problem of school.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

IX

ISI KANDUNGAN

Muka surat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I

BORANG-BORANG AKUAN II – IV

DEDIKASI V

PENGHARGAAN VI

ABSTRAK VII

ABSTRACT VIII

ISI KANDUNGAN IX – XII

SENARAI SIMBOL XIII

SENARAI JADUAL XIV-XVI

SENARAI LAMPIRAN XVII

BAB I : PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1 – 2

1.2 Latar belakang masalah 3

1.2.1 Salahlaku-jenayah 3

1.2.2 Salahlaku-lucah 3

1.2.3 Salahlaku-musnah / vandalisme 4

1.2.4 Salahlaku-biadab / kurang sopan. 4

1.2.5 Salahlaku-kekemasan diri. 4

1.2.6 Salahlaku-Tidak mementingkan masa. 4

1.2.7 Salahlaku-ponteng. 5

1.3 Pernyataan masalah 5 – 6

1.4 Objektif masalah 7

1.5 Persoalan masalah 8

1.6 Kepentingan kajian 8

1.7 Batasan kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

X

1.8 Definisi operasi 9

1.8.1 Ponteng 10

1.8.2 Pelajar 11

1.8.3 Sekolah 11

1.8.4 Guru 12

1.8.5 Sikap 12

1.8.6 Rakan sebaya 13

1.8.7 Keluarga 13

1.8.8 Persekitaran sekolah 14

1.8.9 Pengurusan sekolah 14

1.8.10 Frasarana 14

1.9 Penutup 14 – 15

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan ponteng sekolah 17

2.2.1 Faktor sikap pelajar 17 – 18

2.2.2 Faktor rakan sebaya 19

2.2.3 Faktor ibu bapa 20 – 21

2.2.4 Faktor guru 22

2.3 Sorotan dalam negara 23 – 24

2.4 Sorotan luar negara 25

2.5 Penutup 26

BAB 3 : METADOLOGI 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk kajian 27

3.3 Tempat kajian 28

3.4 Populasi kajian 29

3.5 Sampel kajian 29

3.6 Instrumen kajian 30 – 31

3.7 Prosedur kajian 32

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XI

3.8 Kajian rintis 33

3.9 Kaedah analisis data 34

3.10 Penutup 35

BAB 4 : ANALISIS DATA 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Dapatan kajian berkaitan latar belakang responden. 37 – 42

4.3 Analisis data berkaitan dengan

faktor-faktor ponteng sekolah 43

4.3.1 Faktor sikap pelajar 44 – 45

4.3.2 Faktor rakan sebaya. 46 – 48

4.3.3 Faktor ibu bapa. 49 – 50

4.3.4 Faktor guru 51 – 52

4.4 Analisis berkaitan dengan cadangan mengatasi ponteng 53 – 55

4.5 Analisis berkaitan pandangan responden

melalui soalan terbuka soal selidik. 56 – 59

4.6 Penutup 60 – 61

BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Ringkasan 63

5.3 Perbincangan 64

5.4 Faktor sikap pelajar 64

5.5 Faktor rakan sebaya 65 – 66

5.6 Faktor ibu bapa 67

5.7 Faktor guru 68

5.8 Cara-cara mengatasi masalah ponteng sekolah. 69 – 70

5.9 Rumusan 71 – 72

5.10 Cadangan 73

5.10.1 Sikap pelajar 74

5.10.2 Rakan sebaya 75

5.10.3 Ibu bapa 75

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XII

5.10.4 Guru 76 – 77

5.11 Masalah-masalah kajian 78

5.12 Kajian lanjutan 78

5.13 Penutup 79

RUJUKAN 80 - 86

LAMPIRAN A 87 – 93

LAMPIRAN B 94 – 96

LAMPIRAN C 97 – 98

LAMPIRAN D1 99

LAMPIRAN D2 100

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XIII

SENARAI SIMBOL

SINGKATAN PENERANGAN

FPN Falsafah Pendidikan Negara

IPT Institusi Pengajian Tinggi

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

JPNJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

HEM Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

UTM Universiti Teknologi Malaysia

PPDJB Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

SPSS Statistical Packages For The Social Science

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XIV

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.4.1 Jadual bilangan sampel kajian 30 3.6.1 Pengelasan item soal selidik. 32 3.6.2 Skala Likert 32 3.8.1 Nilai alpha bagi kajian rintis. 33 3.9.1 Tahap penilaian responden berdasarkan min 34 3.9.2 Tahap penilaian responden berdasarkan

Peratus 34

4.1.1 Taburan bilangan dan peratusan mengikut

sekolah. 37

4.2.1 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jantina. 38

4.2.2 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan keturunan. 38

4.2.3 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jenis penjagaan. 39

4.2.4 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jenis kawasan tempat tinggal. 39

4.2.5 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jumlah adik beradik. 40

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XV

4.2.6 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jenis pekerjaan bapa. 40

4.2.7 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jenis pekerjaan ibu. 41

4.2.8 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jumlah pendapatan bapa. 41

4.2.9 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jumlah pendapatan ibu. 42

4.2.10 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jarak rumah dari sekolah. 42

4.2.11 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan cara pelajar datang ke sekolah. 43

4.3.1 Jadual Skala Likert. 44 4.3.2 Jadual gabungan skala likert. 44 4.3.3 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor

sikap pelajar. 44

4.3.4 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor

rakan sebaya. 47

4.3.5 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor

ibu bapa. 49

4.3.6 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor

guru. 51

4.4.1 Jadual analisis data berkaitan dengan cara

untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. 54

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XVI

4.5.1 Pandangan pelajar-pelajar terhadap masalah

ponteng sekolah. 57

4.5.2 Pandangan guru-guru terhadap masalah

ponteng sekolah. 58

4.5.3 Pandangan guru terhadap cara untuk

mengatasi masalah ponteng. 59

4.6.1 Jadual perbandingan nilai min. 60

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

XVII

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT A Soal selidik pelajar 87

B Soal selidik guru 94

C Hasil analisis data 98

D1 Surat kebenaran menjalankan kajian dari JPNJ 99

D2 Surat kebenaran menjalankan kajian dari UTM 100

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga

merupakan institusi pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola budaya

generasi akan datang. Sekolah juga merupakan tempat untuk memperkembangkan

potensi pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seterusnya dapat

memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

Sekolah sebagai institusi pelaksana terhadap harapan negara perlu

menyediakan landasan disiplin kepada masyarakat remaja sekolah dan hasrat ini

telah diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Hasrat untuk

merealisasikan matlamat dan harapan FPN adalah suatu tugas yang mencabar dan

memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit dari gologan pendidik. Banyak cabaran

dan halangan yang perlu dihadapi untuk mewarnai masa depan pelajar dan sifat

warganegara generasi di masa depan.

Namun begitu, tidaklah mudah untuk mencapai matlamat bagi melahirkan

manusia terdidik dan berguna yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran berat untuk menangani pelbagai

salah laku pelajar yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Masalah

sosial yang melibatkan golongan remaja kian meningkat di negara kita. Pelbagai

masalah yang sering dikaitkan dengan remaja misalnya ponteng sekolah, lari dari

rumah keluarga, terlibat dengan gejala dadah dan berkecimpung dalam kegiatan seks

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

diluar nikah hingga membawa kehamilan, keguguran dan membuang anak semakin

berleluasa.

Ponteng merupakan satu masalah yang telah diperdebatkan sejak tahun 70-an

lagi. Masalah ponteng ini dihadapi oleh semua sektor pengajian tidak kira

diperingkat rendah, menengah mahupun diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan

Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah adalah kategori

salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995: Menangani Masalah

Ponteng Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995), ponteng sekolah

merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika dibiarkan ia akan

menjadi satu amalan dan tabiat. Ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri

pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut

memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan

dalam pelajaran dan paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-

kegiatan yang negatif.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam

Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan

dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan

masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya diperingkat usia 14 dan 15 tahun,

dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita

Harian, 2 April 2001).

Usaha bersepadu seluruh masyarakat amat diperlukan bagi mencari punca

sebenar masalah ponteng ini agar dapat ditangani diperingkat akar umbi kerana ia

dikhuatiri menyebabkan masalah yang lebih serius. Justeru itu, jika usaha

menanganinya tidak dapat dilaksanakan segera, kemungkinan perangkaan ini terus

meningkat dan memberi kesan kurang baik kepada sistem pendidikan negara dan

masa depan generasi muda.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

1.2 Latar belakang

Dewasa ini kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah adalah

disebabkan oleh salah laku ponteng sekolah. Mengikut Sufean Hussin (1993) salah

laku ponteng masih berlaku dengan ketara walaupun Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang digubal telah dilaksanakan sejak tahun 1989. Yaakub

Hj.Yusof (1997) menyatakan 50% pelajar yang mempunyai masalah samada di

rumah ataupun di sekolah.

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi ada pelajar yang akan mencari jalan

keluar yang merugikan diri mereka iaitu lari dari sekolah atau bergiat dengan

perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menurut Dokumen Jabatan Pendidikan Negeri

Johor. (2000). “Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah”: JPNJ: “Tidak

diterbitkan” memperjelaskan salahlaku pelajar ialah:

1.2.1 Salahlaku-jenayah

a. Menyalahgunakan dadah

b. Membawa senjata berbahaya.

c. Mengangotai kumpulan haram.

d. Mencabul kehormatan.

e. Berjudi.

f. Mencuri.

g. Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru, pengawas

dan pelajar.

h. Memeras ugut.

i. Menceroboh pejabat / bilik khas / koperasi sekolah / asrama.

j. Membuli.

k. Menunjuk perasaan / mengganggu ketenteraman sekolah.

l. Bertaruh secara besar-besaran.

1.2.2 Salahlaku-lucah.

a. Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah.

b. Mengintai murid-murid berlainan jantina.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

c. Menggunakan kata dan perbuatan lucah.

d. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah.

1.2.3 Salahlaku-musnah / vandalisme.

a. Merosakkan harta benda sekolah.

b. Merosakkan harta benda kantin sekolah.

c. Merosakkan harta benda murid.

d. Merosakkan harta benda asrama.

1.2.4 Salahlaku-biadab / kurang sopan.

a. Berkelakuan kasar terhadap guru.

b. Berkelakuan kasar terhadap pengawas sekolah.

c. Berkelakuan kasar terhadap murid.

d. Berbahasa kesat.

e. Menyimpan rokok.

f. Menghisap rokok.

g. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

h. Tidak menghormati guru / pengawas.

1.2.5 Salahlaku-kekemasan diri.

a. Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan

dengan peraturan sekolah.

b. Berkuku panjang.

c. Bermisai dan berjanggut.

d. Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah.

e. Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah.

1.2.6 Salahlaku-tidak mementingkan masa.

a. Berkeliaran di kawasan sekolah.

b. Datang lambat ke sekolah.

c. Lewat ke perhimpunan sekolah.

d. Makan di kantin diluar masa rehat.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

e. Lewat pulang ke asrama.

1.2.7 Salahlaku-ponteng.

a. Ponteng kelas.

b. Ponteng sekolah.

c. Ponteng perhimpunan.

d. Ponteng ujian.

e. Ponteng peperiksaan.

f. Ponteng asrama.

g. Ponteng untuk ‘private study’

h. Ponteng kegiatan ko-kurikulum.

Salahlaku ponteng meliputi lapan bahagian seperti yang dinyatakan diatas.

Apabila gejala ini berlaku, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Pelajar

yang terlibat akan ketinggalan dalam memahami, menguasai dan mendapatkan ilmu

serta kemahiran yang diajar berbanding dengan rakan sebaya mereka yang setia

bersekolah.

Kesan lainnya seperti tidak mendapat nota edaran, tidak dapat mengikuti

amali, tercicir dari menduduki ujian dan sebagainya. Semua ini akan memberi impak

terhadap prestasi akademik dan ko-kurikulum pelajar terbabit. Oleh itu penglibatan

semua pihak adalah penting bagi menangani gejala ponteng yang semakin ketara

dewasa ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah ponteng merupakan masalah yang sering melanda pelajar dipelbagai

peringkat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi

iaitu Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam

menangani masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah sememangnya

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku

ponteng di sekolah samada ponteng kelas, ponteng sekolah atau ponteng menghadiri

aktiviti luar bilik darjah.

Mengikut pemerhatian pengkaji terdapat banyak faktor yang menyebabkan

pelajar melibatkan diri dalam gejala ponteng sekolah, diantaranya adalah disebabkan

faktor sikap pelajar, rakan sebaya, ibu bapa dan guru. Selain itu faktor-faktor

persekitaran sekolah, pengurusan sekolah dan prasarana sekolah juga boleh

menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Didalam kajian

ini, pengkaji hanya akan mengenalpasti sejauhmanakah faktor-faktor sikap pelajar,

rakan sebaya, ibu bapa dan guru yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala

ponteng sekolah. Disamping itu pengkaji juga akan cuba mengenalpasti faktor

manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

Kebanyakkan pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah datangnya dari

sekolah-sekolah yang terletak dipinggir-pinggir bandar. Pelajar-pelajar yang tinggal

dipinggir bandar seringkali menghadapi masalah dari segi persekitaran tempat

tinggal, sosioekonomi keluarga dan pergaulan antara rakan-rakan. Kebanyakkan ibu

bapa mereka berpendapatan rendah dan tidak dapat menyediakan perbelanjaan yang

mencukupi untuk menampung bilangan anak yang ramai. Jadi untuk meringankan

bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka, ada pelajar yang sanggup berhenti

sekolah dan bekerja bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan harian mereka.

Remaja sememangnya mudah terikut dan terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti

yang tidak biasa mereka lakukan. Kebanyakkan remaja mudah merasa tertekan dan

terkongkong apabila mereka berada dirumah mahupun di sekolah. Bagi mengatasi

masalah yang mereka hadapi, mereka lebih suka bersendirian dan mengambil

keputusan untuk lari dari suasana sekolah ataupun bergiat dengan perkara-perkara

yang tidak berfaedah. Selain itu ada juga pelajar yang lebih suka menghabiskan masa

dengan melepak dan bergaul dengan remaja-remaja yang tidak bersekolah lagi.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

Menurut Laporan Disiplin Pelajar tahun 1994, Bahagian Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan ponteng sekolah merupakan

kes disiplin dengan peratusan tertinggi berbanding salahlaku yang lain. Masalah

ponteng tidak boleh dipandang remeh kerana kemungkinan pelajar yang ponteng

akan dipergunakan oleh anasir-anasir negatif untuk melakukan sesuatu yang

membahayakan masyarakat.

Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada

timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng. Bagi

mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor

yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah seterusnya mencari cara-

cara untuk mengatasinya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk

mengkaji sejauhmanakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah

dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan gejala ponteng

sekolah. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor sikap pelajar, rakan sebaya, ibu bapa

dan guru.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memperolehi dapatan dalam menangani masalah

ponteng sekolah. Secara khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah:

a. Untuk mengenalpasti faktor-faktor atau punca utama yang mendorong

pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

b. Untuk mengenalpasti sejauhmana faktor sikap pelajar, rakan sebaya,

ibu bapa dan guru yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam masalah

ponteng sekolah.

c. Untuk mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap faktor-faktor

yang menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar.

d. Untuk mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap cara-cara untuk

mengatasi mengatasi masalah ponteng sekolah.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. VIII ABSTRACT Truancy among students is a major

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan dalam kajian ini iaitu:

a. Apakah faktor atau punca utama yang mendorong pelajar terlibat

dalam gejala ponteng sekolah?

b. Sejauhmanakah faktor sikap pelajar, faktor rakan sebaya, faktor ibu

bapa dan faktor guru yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala

ponteng sekolah?

c. Apakah pandangan guru-guru terhadap faktor-faktor yang

menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar?

d. Apakah pandangan guru-guru mengenai cara-cara untuk mengatasi

masalah ponteng sekolah?