antara langkah pencegahan utama ialah mewujudkan pasukan petugas anti ponteng sekolah membabitkan...

46
“Antara langkah pencegahan utama ialah mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah membabitkan jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru. “Sistem Aduan Disiplin juga diwujudkan bagi memudahkan usaha mengenal pasti dan mengatasi masalah disiplin pelajar menerusi saluran seperti hotline, e-mel, faksmili, surat, akhbar serta laman web,” katanya. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN Bidang Tugas: 1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain. 6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. 8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. 9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah. 10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah. 11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. 12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. 13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar. 14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Upload: hazrin-imam-kardi

Post on 04-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

“Antara langkah pencegahan utama ialah mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah membabitkan jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

“Sistem Aduan Disiplin juga diwujudkan bagi memudahkan usaha mengenal pasti dan mengatasi masalah disiplin pelajar menerusi saluran seperti hotline, e-mel, faksmili, surat, akhbar serta laman web,” katanya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Tugas Guru Disiplin

1. Menentukan pelajar mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah.2. Menetukan adanya kerjasama daripada guru-guru dalam usaha melaksanakan segala

peraturan dan undang-undang sekolah yang dikuatkuasakan.

3. Member nasihat kepada guru-guru dalam hal-hal pengawalan disiplin pelajar.

Page 2: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

4. Menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas atau ketua pengawas.

5. Membantu Pengetua/Penolong Kanan untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah sesuai dengan kehendak surat pekeliling Bil. 9/1975. Dalam hal ini, Pengetua boleh memanggil Mesyuarat tergempar Lembaga Disiplin Sekolah untuk membicarakan kes-kes yang berat mengenai disiplin.

6. Membuat perakaun mengenai hukuman-hukuman yang rotan yang dikenakan oleh Pengetua keatas pelajar yang melanggar peraturan/ undang-undang sekolah.

7. Berkerjasama dengan guru pengawas dan pengawas sekolah untuk mengurus kawalan pelajar pada waktu perhimpunan, kecemasan, perbarisan di luar sekolah, Hari Ibu Bapa, Hari Guru atau pada Hari Sukan Sekolah.

8. Mengadakan dan menyemak rekod-recod disiplin pelajar bagi tiap-tiap kelas serta mengambil tindakan sewajarnya.

9. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya

10. Berusaha menanam semangat patuh dan taat kepada undang-undang sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.

11. Bertanggungjawab keatas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan pelajar sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak-kehendak masyarakat di sekelilingnya.

12. DISIPLIN dan KESELAMATAN13.  PENDAHULUAN 14.   Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang

wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelaja dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin.  

15.  RASIONAL 16.   Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu

pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik.  

17.  OBJEKTIF 18. 1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka

dengan peraturan dan undang-undang sekolah. 2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif. 3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara

Page 3: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

rasional dan bijaksana. 4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan menghargai alam sekitar. 5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup. 6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’. 7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik. 8. Buku Peraturan

19.  Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap pelajar.

20. 9. Taklimat Awal  Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Setiausaha Disiplin pada minggu pertama kemasukan pelajar-pelajar baru di SMKKK I.

21. 10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar  Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari sekolah lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan tingkah laku mereka.

22. 11. Borang Perjanjian 23.  Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran

disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah kemudian menyaksikan perjanjian dibuat  oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

24. 12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah  Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah untuk sesuatu urusan diwajibkan mengisi borang khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan menyerahnya kembali apabila kembali ke sekolah. Surat ini juga dapat menggalakkan pelajar berkenaan daripada ditangkap polis atas tuduhan ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan peraturan keluar sekolah.

25. 13. Sudut Disiplin  Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini  dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu.    

26. 14. Kad Kebenaran Keluar Kelas  Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar Tandas’. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar semasa P & P.

27. 15. Buku Kawalan Kelas  Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa mereka mengajar. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang ponteng kelas.

Page 4: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

28. 16. ‘Spot – Check’  ‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar diadakan dalam pelbagai bentuk:- - ‘Spot Check’ di tempat perhimpunan - ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh - ‘Spot Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat yang strategik sebagai kawasan lepak dan sebagainya.

29. 17. Buku Laporan Disiplin  Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang kerap melanggar disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan dan Hukuman.

30. 18. Fail-fail maklumat pelajar  a) Fail 001  - Fail Amaran 1  b) Fail 002 - Fail Amaran 2  c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir  d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah  e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah  f) Fail 006 -  Laporan PPD / JPN  g) Fail 007 - Maklumat SSDM  h) Fail 008 - Laporang Kes  i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar  j) Fail 010 - Kes-kes polis  k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin  l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor  

31.   32.33.

   

34.  PROGRAM ABSENT SIFAR 2001 35.  UNIT DISIPLIN 36.  Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah hingga ke

tahap yang minimum atau sifar. 37.  RASIONAL 38.  1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya berpunca

daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah 39.  2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap bagi menyelesaikan masalah tidak   hadir

ke sekolah.  

40.  MATLAMAT 41.   Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau ponteng sekolah

tanpa  sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan VISI sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara.  

42.  OBJEKTIF 43.    1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai penyalur

pelbagai ilmu dan pendidikan.

Page 5: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

19. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya mengharumkan nama sekolah. 20. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benar-benar berada di sekolah pada waktu yang sepatutnya. 21. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

44.        5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan           warganegara    yang bertanggungjawab.

45.   6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah     penting untuk masa depan kerjaya mereka.

46.   7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima          pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan. STRATEGI

47. 1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar  - Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak hadir atau ponteng. Mereka          akan  diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.

48. 2. Menandakan Jadual Kedatangan  - Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan pada setiap hari pada    masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama sekali dari menanda         kehadiran pelajar untuk  mengelakkan penipuan.

49. 3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir. - Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit   Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan surat-surat kebenaran   seperti:

50.  a) Surat akuan sakit  b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis   (tidak melebihi 1 hari)

51. 4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah kepada ibu bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang tindakan yang diambil seperti berikut:-

52.   a.   Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I 1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II 2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat         amaran III dan surat berhenti sekolah     (Kecuali terdapat surat akaun tertentu).

53. 1. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar. 54.  Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui  masalah sebenar

pelajar. 55.  6. Mengenakan Tindakan Disiplin.

 Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu akan dikurniakan pelbagai tindakan disiplin. Tujuan untuk mencegah dan menyedarkan mereka.    

56. 7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang disyaki destinasi pelajar        ponteng.

Page 6: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

    - Setelah mendapat maklumat penduduk sekitar     - Kerjasama dengan polis

57.     8. Mengadakan Program Kursus.     a. Ceramah kesedaran / disiplin     b. Kem motivasi     c. Pelancaran Minggu  Disiplin     d. Pelancaran Program ‘Absent Sifar’

58.   9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik darjah     - ‘spot check’ di dalam kelas

59.   10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak rasmi untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.

60.     a. Pegawai perhubungan polis     b. Balai Polis Kubang Kerian

61.   11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis daripada kaunselor.  

62.   PELAKSANAAN 63.   1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001 64.   2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001 65.   3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan 66.   4. Melancar Hari Absent  Sifar : 18 Februaru 2001

  67.   5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah dijadualkan

seperti:- 68.     a.    Program Berkala

b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin) 69.   6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai kelemahan

dan kejayaan Program Absent Sifar.  

70.   BENTUK-BENTUK PENILAIAN 71.   1. Penilaian Jangka Pendek

    - Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas     - Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari

72.   2. Penilaian Jangka Panjang a. Prestasi akademik pada akhir tahun b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.

73.74. c. PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI 75.  PENGENALAN: 76.  Program Geraksedar  adalah satu program pemilihan dan kesedaran khusus untuk 

pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka secara kelompok akan mengalami pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran daripada guru-guru atau pakar-pakar pemulihan dari luar melalui temuramah. Nasihat, ceramah, program, seperti sembahyang hajat / sunat, doa dan lain-lain.  

77.   RASIONAL

Page 7: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

78.  Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika pelbagai pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau denda, tindakan secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat memberi kesedaran kepada mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat ditangani jika pelbagai kaedah digunakan menerusi satu disiplin pemulihan yang mantap dilaksanakan.

79.  OBJEKTIF 80. a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.

b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar yang bermasalah, secara ikhlas. c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani masalah disiplin pelajar. d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan seseorang pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka.

81.  SASARAN 82.  Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan berulangkali. 83.  TEMPAT / MASA 84.  Tempat dan masa yang sesuai 85.   TENAGA PENGGERAK : 86.  1. Guru Unit Disiplin

d. Kaunselor e. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang. f. Tenaga Luar g. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas.

87. h. Pelaksanaan 88. Aktiviti Program Gerak Sedar 89.90. 1. BULAN DISIPLIN 91.  PENGENALAN 92.     Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan

sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar SMKKK I.  

93.    RASIONAL  1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik. 2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.

94.  SASARAN  Semua pelajar SMKKK 1

95.  MASA  Sepanjang bulan Mei 2001  

Page 8: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

96.  PELAKSANAAN  Pembentukan AJK:-

97.   Pengerusi  : Pengetua SMKKK I   Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran   Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM     Naib Pengerusi II : Penyelia Petang     Setiausaha I  : S/U Disiplin Pagi     Setiausaha II  : S/U Disiplin Petang     Penyelaras  :  - Ketua-ketua Bidang.           - Kaunselor

98.      Bidang Tugas 99. - Bahagian Perasmian dan Sambutan 100.  Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan

      (2) Puan Azmani bt. Daud 101. - Bahagian Pameran dan Pertandingan

(1) En. Che Ismail b. Yusoff (2) Puan Marliza bt. Mansor

102. - Bahagian Ceramah 103. (1) Ustaz Mohd. Najib

(2) Ustaz Mat Daud b. Omar 104. - Bahagian hadiah dan cenderamata 105. 3. Aziz b. Salleh

4. En. Nazri 106.    PROGRAM / AKTIVITI 107. 5. Majlis Pelancaran / Perasmian  Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan

Kemanusiaan  Jab. Pendidikan Negeri Kelantan. 108.    Tempat  : Dataran Penyayang

               Masa  : 8.00 Pagi 109. 6. Pertandingan Poster Dan Karangan 110. 7. Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan. 111. 8. Pidato Pelajar

- Setiap hari Ahad 112. 9. Ikrar Pelajar 113. 10. Majlis Penutup

   Oleh:- Ybrs. Tuan Pengetua SMKKK I  

114.115. UNIT KESELAMATAN

  116. Pendahuluan 117. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang

Kerian 1 ) terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu , justeru dapatlah di kategorikan sekolah ini sebagai pinggir bandar . Kedudukannya menghala laluan Kota Bharu ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian .  

Page 9: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

118. Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada beberapa sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah menengah ke tingkatan empat dan enam rendah . Sehingga kini jumlah keramaian pelajar di sekolah ini berjumlah 2336 orang pelajar ( 1020 pelajar lelaki dan 1070 pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar . Bagi menampung bilik kelas yang terhad , SMK Kubang Kerian 1 meneruskan sesi persekolahan 2 sesi ( sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi terdiri daripada tingkatan tiga , empat , enam rendah dan enam atas , manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu dan dua .  

119. Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-ekonomi dan sosio – budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di sekolah ini datang daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.  

120. Rasional Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya institusi pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko . Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan pelbagai risiko , maka langkah- langkah keselamatan amat penting di beri perhatian khusus.  

121. Objektif 1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan setor, kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada dalam keadaan terjamin  dan selamat. 2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik pulih bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang  dan gelanggang permainan , setor serta peralatan yang di kenal pasti berisiko 3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan 4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan 5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya penjagaan keselamatan 6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU  RUMAHKU” yang lebih berkesan dalam diri warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat 7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala  petaka

122. Strategi 1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan 2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat bagi mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama ada secara melapor kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai bukti tanggungjawab yang di amanahkan 3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan Pakaian Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar Tingkatan Enam Anak Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD) dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS) meronda secara tidak lansung ketika hadir ke sekolah atau semasa berada di sekolah sama ada pada waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran petang ,hari minggu dan hari kegiatan kokurikulum . Maklumat yang di beri oleh skuad ini amat

Page 10: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

penting dalam menangani masalah vandalisme. 4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah 5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada ketua-ketua unit keselamatan dapat di sediakan. 6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di edarkan  kepada semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta papan kenyataan umum nuntuk di hayati oleh semua pelajar sebagai langkah menyelamat diri secara tenteram , aman dan terkawal 7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat diri 8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam usaha melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat 9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan  di tempat-tempat yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik 10. mengenalpasti langkah-langkah  keselamatan adalah tanggungjawap bersama warga sekolah.                            

123. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN  

124. Pengerusi      : Pengetua N. Pengerusi : Penolong Kanan  Pentadbiran Setiausaha     :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pen . Setiausaha : Penyelia Petang Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah Ketua Unit  ; Setiausaha HEM  

125. Urusetia Keselamatan 126. Kebakaran              : En  Che Ismail Yussoff            ( sidang pagi )

                                 En Ahmad Faizal Ismail           ( sidang petang ) 127. Persekitaran           ; En Zakhori Ab Rahman            ( sidang pagi )

                                En Aziz Muhammad                  ( sidang petang ) 128. Disiplin                 : En Ab Aziz Salleh                     ( sidang pagi   )

                                En Ramlee Alias                       ( sidang petang )

Page 11: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

129. Bencana Alam      : En Mazlan Mohd Zain               (sidang pagi )                                En Sanadi Hhussin                     ( sidang  petang )

130. Skuad Kecemasan:  Hj Mohd   Hussin Deraman      ( pejabat sekolah )                                 En Razali Talib                          ( teknik dan elektrik)                                 Pn Che Ainun Che Cob             ( makmal sains )                                 En Ab Rahman Harun                ( pondok keselamatan )                                 En Che Ismail Yussof                ( kebakaran dan bencana alam )                                 En Mohd Nor Deris                   ( bangunan )                                 Ustaz Mat Daud Omar               ( Mussala )                                 Pn Noreha  Mohamad                ( Perpustkaan dan PSS)                                 Pn Khazimah Mat Rani              ( Kemahiran hidup / SRT)                                 En Alias Yahya                          ( Padang dan gelanggang )                                 En Rawi Ali                                ( Perabot  sekolah )                                 En Zakaria Jusoh                        ( Koperasi sekolah )                                 Semua pekerja                                 Pembantu-pembantu makmal          

131. BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN 132. Kebakaran

1. menyediakan peta laluan selamat 2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api 3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai 4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air 5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran 6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan  

133. Persekitaran 1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya 2. menyediakan jadual  ceramah  lalulintas ( maklumat semasa perhimpunan ) 3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah 4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal) 5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas 6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah 7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal 8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)  

134. Disiplin 1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar 2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas / umum 3. mengenalpasti  ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah 4. menyediakan jadual ceramah disiplin

Page 12: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan  

135. Bencana  Alam 1. Menyediakan skuad Bencana Alam 2. Megenalpasti  bangunan / blok selamat  bagi menempatkan pelajar 3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan 4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana 5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan 6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada 7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri 8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam    

136. NGGUNGJAWAB GURU KELAS

137.  

138. Bidang Tugas:1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Page 13: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Guru disiplin Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Guru disiplin adalah guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di sekolah. Secara teori semua guru adalah guru disiplin. Tetapi dalam banyak perkara guru disiplin tidak diberi taklimat dan kursus serta isu perundangan berhubung dengan bidang tugas sebenar.

Guru-guru di Malaysia jeran dengan tugas ini. Guru diingatkan tidak menghukum pelajar dengan tangan seperti lempang, sepak, sepak, cubit, pukul dan lain-lain. Ibu bapa yang dikatakan cendekiawan dan lebih lebih bijak daripada guru mengugut akan membawa guru ke mahkamah dan menuntut pampasan. Laporan doktor dan laporan polis akan dikemukakan sehingga akhirnya guru-guru muda ini dihantar ke pulau atau ke hulu.

Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencadangkan polis ditempatkan di sekolah untuk membendung kes kecurian, pergaduhan, perkauman, buli, merokok, ponteng dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan polis mengawasi kawasan luar sekolah. Kawasan luar sekolah yng menjadi tempat lepak dan ponteng seperti pusat beli-belah, rumah kosong, kawasan semak dan sebagainya bukan dalam bidang tugas sekolah. Malangnya ibu bapa dan masyarakat menyalahkan sekolah kerana tidak mengambil sebarang tindakan.

[sunting] Perspektif guru

Seseorang guru tidak minta jawatan guru disiplin. Tetapi mereka dipilih kerana jantina mereka lelaki, garang dan berani. Di bandar-bandar besar, kebanyakan guru besar dan pengetua terdiri daripada perempuan. Biasanya mereka enggan merotan dan diserahkan tugas merotan kepada guru disiplin. Sekeping surat perlantikan boleh merotan diberikan kepada guru terlibat. Ramai juga guru yang menganggap tugas guru disiplin ini hebat.Sebenarnya apalah sangat guru disiplin tanpa sebatang rotan.

Kebanyakan guru di Malaysia menganggap tugas guru disiplin berisiko tinggi. Seorang guru disiplin mestilah tahu membaca mood pelajar, mententeramkan pelajar, tahu selok-belok jenayah juvenil dan bijak bertikam lidah dengan ibu bapa. Guru yang tidak mahir berhujah seperti seorang peguam janganlah menjadi guru disiplin.

Guru disiplin mestilah cekap mengingat nama pelajar dan mengingati rentetan peristiwa lalu sehingga hukuman dijalankan dan dapat diterima. Ego ibu bapa hendaklah dijatuhkan melalui rekod-rekod lampau . Jadi tugas seorang guru disiplin ialah mencatat satu persatu kesalahan pelajar tersebut dari A hingga Z.

Kebanyakan ibu bapa dan pakar pendidikan tidak dapat menerima kehadiran guru disiplin. Tutur bahasa dan perangai anak mereka berlawanan sekali jika dibanding semasa di rumah atau di sekolah rendah.

Page 14: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Apa yang diperlukan ialah guru kaunseling dan sesi kaunseling mestilah diadakan. Mereka mempertikaikan peranan guru disiplin kerana tidak memberi sebarang kesan selama ini kepada sistem pendidikan negara.

Pengetua dan lembaga disiplin sendiri cuba menyembunyikan atau mengecilkan data salah laku pelajar. Setiap tahun laporan disiplin sekolah dihantar ke PPD, jabatan pendidikan dan disalurkan ke bahagian disiplin sekolah. Pihak sekolah akan dimalukan, dipersoalkan dan tidak ada peluang kenaikan pangkat jika prestasi disiplin pelajar tiada kemajuan.

[sunting] Perspektif pelajar

Bagi kebanyakan pelajar dan ibu bapa, bukan semua guru adalah guru disiplin. Hanya yang dilantik dalam lembaga disiplin sahaja yang diiktiraf sebagai guru disiplin. Kadang-kala hanya ketua guru disiplin sahaja yang dianggap dan diiktiraf sebagai guru disiplin. Pada awal tahun, nama guru disiplin akan diumumkan dan majlis penyerahan rotan akan diadakan. Guru-guru lain yang tidak terlibat dianggap bukan guru disiplin. Lantaran itu cakap, nasihat dan tindakan serta hukuman oleh guru lain tidak perlu didengar.

Kebanyakan pelajar yang cemerlang lebih mudah mengingati guru kaunseling mereka daripada guru disiplin. Mereka amat berterima kasih kepada kaunselor yang berjasa memberikan khidmat nasihat tentang kerjaya, motivasi dan sebagainya. Tidak pernah berlaku pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru disiplin yang telah merotan dan memukul mereka. Malahan mereka menyanggah hukuman yang dikenakan dan berdendam akan menumbuk cikgu, memecahkan cermin kereta atau membaling rumah guru dengan batu. Kebanyakan pelajar yang berjaya ini mahu sesi kaunseling sahaja dan menentang keras penggunaan rotan.

Bagi golongan terpelajar ini, hukuman rotan disamakan dengan hukuman sebat terhadap banduan di dalam penjara. Sedangkan anak-anak mereka perlu diberi peluang, diberi kaunseling, perlu dimaafkan, perlu dibimbing dan ada rasionalnya. Ibu bapa yang bijak pandai ini menganggap hukuman rotan ini bertentangan dengan hak asasi manusia, mencederakan minda dan potensi pelajar. Kebanyakan mereka ini menjadi pegawai pendidikan di kementerian.

Pelajar yang ketakutan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dikatakan tidak baik untuk sistem pendidikan sekarang. Sepatutnya guru dan pelajar akrab dan intim sehingga mudah soal jawab. Namun begitu semua ini amat ideal sekali. Bayangkan nisbah guru-pelajar 1:37. Kebanyakan kelas di bandar mempunyai ratio 1:40. Di sekolah Cina ada yang mencapai 1:55.

Dalam kebanyakan seminar dan bengkel pendidikan, guru disiplin tidak pernah diberi peranan untuk memberi ceramah.Sebaliknya kaunselor sekolah dan kaunselor luar sering dibayar untuk memberi ceramah dan syarahan kepada pelajar, guru-guru dan kepada ibu bapa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:

Page 15: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Maklumat Am Disiplin Sekolah

Pengertian Hukuman

 

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman  :

 

i.           terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.

hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.

 

Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera ( Corporal punishment ), Penahanan (detention) dan Amaran.

 

Page 16: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

                                                                             

Pengertian Pembuangan Sekolah

 

Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran. (Disiplin Sekolah) 1959.

 

Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua / Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

 

 

Pengertian Penggantungan Sekolah

 

Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutuan sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.

 

Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Pengetua / Guru Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.

 

Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua / Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

 

Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk murid membuat penjelasan ( to show case ) hendaklah diberi.

 

 

Pengertian Hukuman Dera ‘corporal punishment’

 

Page 17: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.

 

Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan [Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].

 

Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam [Perkara 5 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].

 

 

Pengertian Hukuman Penahanan ‘detention’

 

Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.

 

Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang itu ditahan.

 

Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain.

 

Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.

 

 

Pengertian Hukuman Amaran

 

Page 18: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

 

Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

 

 

Sumber

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

 

 

KATEGORI SALAH LAKU

                                                                             

PENGERTIAN ISTILAH SALAH LAKU

 

Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin) Sekolah 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

 

Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman.

 

Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan sehingga boleh dibuang sekolah.

 

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

 

Page 19: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

 

SALAH LAKU KATEGORI BERAT

 

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

Menyimpan,  membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.

Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan.

Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.

Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas / murid.

Biadab terhadap guru / pengawas / murid.

Memeras ugut guru / pengawas / murid.

Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

Melakukan buli ( pelancoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.

Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

Mencabul kehormatan guru / murid.

Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.

Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

Mengintai murid lelaki / perempuan.

Menulis atau mengeluarkan kenyataan akbar yang mencemarkan.

Merosakkan harta benda sekolah / guru.

Membawa / menggunakan bahan letupan.

Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

Page 20: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.

Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran . peperiksaan / ujian.

Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.

Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.

Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-turut ) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-turut ) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.

Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.

Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

Melakukan hubungan yang dicurigai.

Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

 

 

SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

 

PENGERTIAN ISTILAH

 

Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan.

Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudaratan , keharmonian sistem pendidikan di sekolah.

Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

 

 

Page 21: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

 

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.

Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Tidak amanah, menipu, berbohong dan menipu ketika ujian / peperiksaan.

Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.

Menconteng pada harta benda sekolah.

Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.

Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

 

* Nota            Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa / penjaga kerana murid tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.

 

 

SALAH LAKU KATEGORI RINGAN

 

PENGERTIAN ISTILAH

 

Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang dinyatakan dalam peraturan, misalnya membuat bising dalam darjah, berkeliaran ( loitering ) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

 

Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi.

Page 22: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

 

Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga.

 

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

 

SALAH LAKU KATEGORI RINGAN

 

Menyimpan misaim, janggut atau jambang.

Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.

Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan terlarang.

Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.

Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran.

Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.

Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.

Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan yang tidak berfesyen.

Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

Makan dan minum dalam bilik darjah.

Melakukan pembaziran air / elektrik.

Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )

Datang lewat ke sekolah.

Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.

Page 23: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Bising dalam bilik darjah sehinggga mengganggu kelas lain.

Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.

Mengganggu kawasan.

Mengganggu guru.

Lewat masuk kelas.

Mengotorkan kelas.

Tidak duduk setempat.

Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

 

 

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH

 

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.

 

Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut

Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.

 

Ponteng Sekolah Secara Berkala

Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.

 

 

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG KELAS

Page 24: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

 

              Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu Pelajaran.

              Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.

 

 

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG ACARA RASMI

 

              Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

GURU DISIPLIN1. Merekod segala kesalahan, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas murid2. Menjadi penasihat kepada lembaga disiplin.3. Membantu Guru besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya4. Menyelasaikan masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujuk kepda Guru Besar jika perlu.5. Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang membawa kepada pengantungan sementara ataupembuangan sekolah.6. Sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan kaunseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalammembantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.7. Sentiasa berusaha menanamkan semangat patuh kepada arahan sekolah di kalangan murid.

8. Bekerjasama dengan Guru Bertugas Mingguan dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk maksdu menguruskan kawalan muridpada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.

9. Mencadangkan perlantikan pengawas sekolah..

10.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besr dar masa ke semasa.

JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN

 

Pengerusi : Puan Jamiaah binti Kechut

Timbalan Pengerusi 1 : Puan Maznah Mohd Rais

Timbalan Pengerusi 2 : Puan Shanti A/P C. Sivasubramaniam

Page 25: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Naib Pengerusi 1 : En Wan Azmi

Naib Pengerusi 2 : Tuan Haji Hamid bin Hashim

Setiausaha : Puan Salina

Unit Disiplin Sesi Pagi : Encik Mohd Fairus Mohd Yusof( K )

: Encik Talhah bin Endut

: Encik Ahmad Shah Rizan bin Rawee

: Puan Siti Mariam binti Mat Noh

: Pn Fan

:  Encik Talhah bin Endut

 

Unit Disiplin Sesi Petang : En Pairul Irwan ( K )

: Encik Amri

: Puan Wan Roselinda

: Puan

Unit Pengawas : Puan Asghar bin Yusof ( K )

Sesi Pagi : Cik Sakinah binti Ibrahim

Sesi Petang : Puan Roselia binti Maddan

 

 

Jawatankuasa Permuafakatan Disiplin Sekolah

Page 26: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Pengerusi : Puan Jamiaah binti Kechut

Naib Pengerusi I : Puan Hajah Juahriah binti Ali

Naib Pengerusi II : Puan Shanti A/P C. Sivasubramaniam

Setiausaha : Encik Arulananthan A/L Sathiamoorthy

Ahli Jawatankuasa : ASP Sugimin bin Zainol

: Encik Nordin bin Omar ( Ketua Kampung )

: Encik Jemenon bin Jambol ( Yang Dipertua)

: Tuan Haji Hamid bin Hashim

: Encik Razali bin Saaran

: Puan Siti Mariam binti Mat Noh

: Puan Siti Morni binti Abu ( RELA )

TUGAS GURU DISIPLIN

Di antara tugas-tugas Guru Disipin ialah

1. Membantu Pengetua merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah2. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam

atau di luar sekolah

3. Mengawasi pengawas-pengawas sekolah

4. Menjadi penyelaras di antara Guru-Guru dan Guru Besar di dalam hal disiplin murid

5. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

6. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga di dalam masalah disiplin

7. Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan Guru-Guru.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

Disiplin di Sekolah

Page 27: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Peraturan-peraturan sekolah untuk Murid-murid

Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja, bahkan tugas semua Guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah jua memahami banar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada Guru Besar untuk membuat keputusan.

JADUAL  BERTUGAS DI BILIK DISIPLIN

HARI GURU BERTUGAS

ISNIN Encik Razali bin Saaran / Puan Chong Mei Huey

SELASA Encik Talhah bin Endut / Encik Mohd Fairus bin Mohd Yusof

RABU Encik Mohd Nazri bin A. Ghani / Puan Zakiah binti Ismail

KHAMIS Encik Mariapan a/l Iyaw Naidu / Puan Salina binti Ramli

JUMAAT Puan Siti Mariam bt Mat Noh / Encik Mohd Fairus b Mohd Yusof

Tugas guru di Bilik Disiplin

1. Berada di bilik disiplin jika tiada kelas2. Menyemak fail-fail disiplin disiplin dan mengambil tindakan jika perlu

3. Mengambil tindakan ke atas kes-kes yang dilaporkan, jalankan siasatam terperinci sebelum dibawa ke PK HEM

SENARAI PENYELARAS GURU DISIPLIN TINGKATAN

TINGKATAN GURU PENYELARAS DISIPLIN

Page 28: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

PERALIHAN Puan Chong Mei Huey

SATU Encik Ahmad Shah Rizan bin Rawee / Encik Mohd Fairus bin Mohd Yusof

DUA Encik Mohd Nazri bin A. Ghani / Puan Salina binti Ramli

TIGA Encik Talhah bin Endut / Puan Siti Mariam binti Mat Noh

EMPAT Puan W. Roselinda binti W. Jaafar / Cik Tay Chien Wei

LIMA Encik Razali bin Saaran / Encik Mariapan a/l Iyaw Naidu

Tugas guru :

1. Mengemas kini fail disiplin pelajar pada minggu kedua bulan Januari2. Menguruskan disiplin pelajar tingkatan berkenaan dan mengadakan rondaan ke kelas.

3. Membuat pemeriksaan seberapa kerap yang mungkin – pakaian, kuku, rambut, beg dan lain-lain.

4. Menyemak buku disiplin kelas dan pindahkan maklumat ke fail disiplin setiap bulan. Ambil tindakan segera jika perlu.

JADUAL KAWASAN RONDAAN BAGI GURU DISIPLIN

TEMPAT / HARI

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

Aras Bawah

Encik Razali bin Saaran

Encik Talhah bin Endut

Puan Siti Mariam binti Mat Noh

Cik Tay Chien Wei

Encik Mariapan a/l Iyaw Naidu

Tingkat 1Encik Mohd Nazri b A. Ghani

Encik Ahmad Shah Rizan bin Rawee

Puan Wan Roselinda binti Wan Jaafar

Puan Asghar binti Yusof

Cik Sakinah binti Ibrahim

Tingkat 2Encik Talhah bin Endut

Puan Siti Mariam binti Mat Noh

Cik Tay Chien Wei

Encik Mariapan a/l Iyaw Naidu

Encik Mohd Nazri b A. Ghani

Page 29: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Tingkat 3Encik Ahmad Shah Rizan bin Rawee

Puan Wan Roselinda binti Wan Jaafar

Puan Asghar binti Yusof

Cik Sakinah binti Ibrahim

Encik Razali bin Saaran

KantinEncik Mohd Nazri b A. Ghani

Encik Mariapan a/l Iyaw Naidu

Encik Ahmad Shah Rizan bin Rawee

Encik Mohd Nazri b A. Ghani

Cik Tay Chien Wei

Semasa Balik

Cik Sakinah binti Ibrahim

Puan Asghar binti Yusof

Puan Siti Mariam binti Mat Noh

Encik Talhah bin Endut

Puan Wan Roselinda binti Wan Jaafar

TUGAS GURU

1. Memantau pelajar di tempat yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa2. Kantin perlu diawasi bersama guru bertugas semasa rehat bagi menghindari perkara-perkara yang tidak diingini

3. Semasa balik awasi pergerakan pelajar keluar kelas, di foyer dan pintu pagar bersama guru-guru bertugas mingguan dan pengawas.

4. Merekodkan pemantauan yang dijalankan dalam BUKU REKOD RONDAAN GURU DISIPLIN dan dihantar kepada pengetua pada setiap akhir bulan.

GURU PENYELARAS PROGRAM-PROGRAM DISIPLIN

1. Peningkatan Disiplin : Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Ketua Guru Disiplin2. Datang Lewat : Encik Mariapan a/l Iyaw Naidu

3. SSDM : Puan Chong Mei Huey / Encik Mohd Nazri bin A. Ghani

4. Operasi Ponteng Sekolah : Encik Ahmad Shah Rizan bin Rawee

5. Operasi Ponteng Kelas : Puan Siti Mariam binti Mat Noh

6. Program Spot Check : Encik Talhah b Endut / Puan Wan Roselinda / Guru Bertugas

7. Bilik Disiplin : Encik Razali bin Saaran dan Puan Chong Mei Huey

TUGAS GURU MATA PELAJARAN SEBAGAI GURU  DISIPLIN

Page 30: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

       Adalah diingatkan bahawa setiap guru adalah guru disiplin. Menjadi tanggungjawab semua guru untuk memastikan disiplin sekolah dipatuhi sepenuhnya.

Jika berlaku sebarang pelanggaran disiplin sekolah setiap guru yang melihatnya atau berada di tempat kejadian hendaklah mengawal keadaan, menyiasat, dan membuat tindakan yang sewajarnya.

       Jika tidak dapat diselesaikan hendaklah dimaklumkan kepada Guru-guru   Disiplin , Guru Kaunseling, PK HEM, PK 1 atau terus kepada pengetua.

       Semua guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk menyemak dan merekodkan kehadiran   pelajar kelas yang diajarnya sebelum memulakan pembelajaran dalam rekod kedatangan pelajar yang berada dalam simpanan Ketua Tingkatan.

       Guru mata pelajaran bertanggungjawab jika terdapat kekurangan jumlah pelajar di dalam kelas tersebut jika didapati tidak sama dengan jumlah kehadiran pelajar yang sepatutnya di dalam kelas pada hari tersebut.

       Guru mata pelajaran HANYA BOLEH menghantar pelajar yang tidak mahu membuat kerja rumah   sebarang kesalahan  akademik yang lain setelah guru mata pelajaran dan ketua bidang mengambil

tindakan yang sewajarnya.

       Guru mata pelajaran hendaklah mencatat salah laku pelajar di buku disiplin kelas . Maklumat yang diperolehi hendaklah disimpan bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib kepada pelajar yang kerap melakukan kesalahan pada masa akan datang.

       Guru mata pelajaran sebagai guru disiplin sekolah hendaklah mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin.

       Setiap salah laku pelajar juga hendaklah direkodkan di dalam rekod disiplin pelajar di bilik PK HEM

Page 31: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

secepat mungkin.

      Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.

      Sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir pastikan semua pelajar telah membersihkan kelas, tingkap serta suis lampu dan kipas ditutup. Pastikan semua pelajar keluar  dan ketua tingkatan mengunci kelas

—————————————————————————————-

SULIT

‘SALINAN’

Bil. KP. Sulit 0504/11/(144)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972

Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959

Saya adalah diarah menarik perhatian tuan kepada Peraturan 5 dalam Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 yang berbunyi seperti berikut:-

5.1              Bagi maksudkan memelihara tatatertib di kalangan murid-murid Guru Besar hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau mustahak.

Dengan syarat –

(a)                Hukuman dera atau “Corporal Punishment” terhadap murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan

(b)               Hukuman dera terhadap murid laki-laki oleh seorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan kepada pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru Besar atau dengan kuasa diberikannya dalam sesuatu kes tertentu.

5.2              Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan dibawah perenggan 5.1. hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang (cara) yang diluluskan oleh Pendaftar.

Page 32: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

Sila menarik perhatian semua sekolah-sekolah kepada Peraturan yang dinyatakan di atas supaya pihak yang berkenaan dapat mematuhi Peraturan ini dengan tepat.

“   BERKHIDMAT UNTUK NEGARA   “

Saya yang menurut perintah,

t.t.

Sdg. (Kum Boo)

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH

1. 1. Pengenalan

1.1              Guru adalah suatu unsur yang sama pentingnya dengan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seseorang guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.

1.2              Guru memainkan peranan yang pentingnya dalam melaksanakan disiplin sekolah kerana guru adalah orang yang rapat sekali dan mempunyai hubungan langsung dengan murid-murid. Oleh itu, perlaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru Disiplin sahaja.

1.3              Di dalam melaksanakan tugas ini, guru seharusnya mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam diri murid-murid itu sendiri. Disiplin diri sediri ini sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri, dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada nurid-murid serta dirinya sendiri.

1. 2. Peranan Guru

2.1              Peranan guru dalam melaksanakan disiplin sekolah bolehlah disimpulkan kepada dua bahagian:

Page 33: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

a)                  Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga di dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Guru hendaklah juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada Guru Besar dan sesama guru sendiri di dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.

b)                  Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar secara arahan nyata mengikut peraturan-peraturan yang ada.

1. 3. Langkah-Langkah Mengelakkan Timbulnya Masalah Disiplin.

3.1              Di antara langkah-langkah yang dapat menggelakkan timbulnya masalah disiplin ialah:

a)                  Menentukan yang semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan kerja-kerja yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada murid-murid yang lebih cerdas dan cekap dan memberi pertolongan individu kepada murid-murid yang lemah. Dengan cara ini murid-murid tidak akan merasa bosan dan jemu dan oleh itu akan kurang menimbulkan masalah disiplin.

b)                  Mewujudkan suasana yang sesuai supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

c)                  Persediaan mengajar hendaklah lengkap sebelum masuk ke bilik darjah. Kaedah-kaedah penyampaian pelajaran yang dipelbagaikan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Untuk mencapai tujuan ini guru hendaklah melibatkan murid-murid secara aktif melalui perbincangan, perbahasan, soal jawab dan tugasan seperti membuat laporan mengenai lawatan sambil belajar, menjalankan projek tertentu, dan lain-lain tugasan mengenai pelajaran semasa. Alat-alat bantuan mengajar seperti filem jalur, televisyen, radio, slaid dan lain-lain akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya menghasilkan disiplin yang baik.

d)                  Guru haruslah sedar bahwa murid-murid adalah manusia biasa seperrti guru juga. Oleh itu murid-murid patutlah diberi layanan yang beradab. Ini akan mendorong murid-murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesyen Perguruan.

e)                  Kebolehan dan pencapaian murid-murid adalah berlainan di antara sama lain. Oleh itu guru perlu meletakkan harapan pencapaian murid-murid sesuai dengan kebolehan mereka. Kaedah dan cara pendekatan mengajar hendaklah disesuaikan dengan kebolahan mereka. Ini akan dapat mengelakkan masalah disiplin daripada berlaku.

f)                    Memeriksa kerja-kerja murid dan memberi makluman balas dengan segera mengenai tugasan yang diberikan kepada mereka supaya pembetulan dapat dibuat. Dengan iini murid-murid tidak akan menganggap yang guru telah membuang dan mensesiakan masa dan tenaga meraka. Perasaan baik yang dihasilkan ini akan mengurangkan masalah disiplin.

g)                  Semasa menilai kerja-kerja yang dijalankan oleh murid-murid, guru perlu memberi pengukuhan yang positif seperti memberi pujian, markah yang tinggi dan  sebagainya telah

Page 34: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

disempurnakan dengan baik dan memuaskan. Pengukuhan positif ini akan menjadikan pembetulan lebih mudah diterima oleh murid-murid dan dapat memenuhi keperluan semula jadi untuk mendapat penghargaan.

h)                  Guru haruslah bersifat adil dan tekal apabila menyelesaikan masalah supaya murid-murid selalu menghormati guru. Masalah disiplin akan berlanjutan sekiranya murid-murid tidak lagi menghormati guru.

i)                    Guru hendaklah mengelakkan hukuman yang keras ke atas murid-murid kecuali sebagai langkah terakhir.

j)                    Hukuman keras, sekiranya diberi, eloklah menentukan kuasa menghukum dan mengikut Peraturan-peraturan.

1. 4. Tugas-tugas Bagi Guru-Guru Khas di Dalam Melaksanakan Disiplin

4.1              Walaupun setiap guru bertanggungjawab melaksanakan disiplin sekolah guru-guru memegang tugas khas yang berikut adalah diharapkan dapat memainkan peranan lebih dalam hal ini.

5.     Guru Disiplin

Di antara tugas-tugas guru disiplin ialah

a)      Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.

b)      Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau diluar sekolah.

c)      Mengawasi pengawas-pengawas sekolah.

d)      Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan Guru Besar di dalam hal disiplin murid-murid.

e)      Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

f)        Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga di dalam masalah disiplin.

g)      Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.

6.     Guru Ko-Kurikulum

Di antara tugas-tugas guru ko-kurikulum ialah

Page 35: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

a)        Mengatur jadual kegiatan-kegiatan ko-kurikulum serta mengadakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaannya.

b)        Menjadi penyelaras di antara ahli-ahli persatuannya dengan guru disiplin / Guru Besar sekiranya masalah disiplin timbul di dalam persatuan.

c)        Mengatur acara atau kegiatan yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya dan memupuk bakat di kalangan murid-murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Di antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling ialah:-

a)         Memberi kerjasama dan nasihat dan pandangan guru disiplin dan guru-guru lain di dalam menyelesaikan masalah disiplin.

b)         Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin untuk mewujudkan tatakelakuan yang diingini.

c)         Membuat perhubungan dengan ibubapa / penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai Kebajikan Masyarakat atau pihak polis melalui / atas kebenaran Guru Besar.

1. 8. Contoh-contoh Tindakan Disiplin Dalam Bilik Darjah

8.1     Di dalam menyelesaikan masalah disiplin adalah penting bagi guru memahami psikologi kanak-kanak dan mengelakkan diri daripada menghukum semata-mata untuk menghukum dan melepaskan geram atau dendam. Menghukum biarlah dengan tujuan untuk menolong murid-murid yang bersalah memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin kepada yang lebih berdisiplin, seperti yang dikehendaki oleh masyarakt sekolah dan seterusnya masyarakat umum.

Di antara lain-lain, tindakan-tindakan berikut bolehlah dicontohi:

a)            Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang telah terbukti bersalah.

b)            Memberi kerja-kerja yang membina dengan tujuan membentuk semanat dan sikap sayang dan banggakan sekolah sendiri dan juga membersihkan bilik darjah dan seumpamanya.

c)            Menghantar murid kepada Guru Besar untuk diberi nasihat atau hukuman. Cara ini hendaklah jangan selalu sangat dilakukan kerana dengan berbuat demikian guru itu sendiri akan kehilangan kewibawaan dirinya dan dipandang rendah oleh murid-murid.

d)            Memberi murid tanggungjawab atau tugas tertentu secara berperingkat-peringkat seperti menjadikannya ketua barisan, menjaga kebersihan bilik darjah, menjadi ahli jawatankuasa sesuatu kegiatan dan lain-lain. Tindakan mengiktiraf keupayaan murid-murid di dalam bidang

Page 36: Antara Langkah Pencegahan Utama Ialah Mewujudkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah Membabitkan Jabatan Pelajaran Negeri

kepimpinan ini akan dapat mengubah sikap dan kelakuan murid-murid yang menimbulkan masalah disiplin.

1. 9. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin

Sekiranya guru perlu menyelesaikan masalah disiplin, langkah-langkah berikut bolehlah dianggap sebagai contoh:

a)         Guru haruslah lihat atau anggap tiap-tiap kesalahan secara objektif. Elakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Sekiranya berasa was-was mintalah pendapat rakan sejawat atau Guru Besar sebelum mengambil tindakan.

b)         Wujudkan suasana tenang di antara guru dan murid sebelum memulakan usaha penyelidikan mengenai punca-punca masalah disiplin murid.

c)         Beri murid peluang untuk menjelaskan kesalahannya dan guru hendaklah mendengar penjelasan dengan teliti dan cuba memahami masalahnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

d)         Jika murid didapati bersalah, guru seharusnyalah membantu murid menyedari kesalahannya dan menasihatinya untuk mengubah kelakuan. Sekiranya usaha ini gagal dan kesalahan diulangi, minta kerjasama guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelidik dan mengkaji punca masalah disiplin berkenaan, dan setelah itu barulah tindakan yang sesuai diambil.

e)         Di dalam masalah disiplin yang dianggap ada kaitan dengan keluarga murid, guru patutlah Minta kerjasama daripada ibubapa / penjaga untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengetahuan Guru Besar.

f)           Ada kalanya masalah disiplin mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi / keluarga. Di dalam hal ini guru bolehlah merujukkannya kepada Pegawai Kebajikan Sekolah melalui Guru Besar.

g)         Dimana kesalahan disiplin bersabit dengan jenayah, penggunaan dadah, peras ugut, subversif, anti sosial, mencuri dan lain-lain seumpamanya, Guru Besar hendaklah diberitahu dengan serta-merta