masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun

31
Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun- tahun yang lepas. Akan tetapi pada kebelakangan ini, terdapat isu guru ponteng yang dipaparkan di surat khabar dengan tajuk “Guru Ponteng Isu Serius”. Kes ini berlaku di negari Sabah, Ranau. “Pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.” (The Borneo Post Online, 24/12/2011) Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Oleh itu, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Bukan sahaja murid yang ponteng sekolah, guru yang bertanggungjawab sebagai seorang pendidik turut terbabit dalam gejala ponteng ini. Menurut Supriyadi 1999, guru adalah seorang yang berilmu, berahklak, jujur dan baik hati, disegani serta menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala dalam pasal 1 Undang-undang No. 14 tahun 2005 Tentang Guru dan Dosen, “Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi peserta didik pada pendidikan anak usia dini jalur pendidikan formal, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah”. Di sini, dapat kita dihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Apa yang menyebabkan seorang guru itu ponteng kerjanya? Apa yang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah guru ponteng di Malaysia? Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Menurut laporan akhbar ( Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru. Ramai menganggap isu guru ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa pastinya anak-anak murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna daripada guru sesuai dengan gaji mereka perolehi saban tahun. Pada pendapat saya, beberapa faktor yang akan menyumbang kepada isu guru ponteng ini. Antaranya adalah bebanan kerja guru yang semakin meningkat. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan

Upload: jeniffer-ling

Post on 05-Sep-2015

309 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nnnnnn

TRANSCRIPT

Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun-tahun yang lepas. Akan tetapi pada kebelakangan ini, terdapat isu guru ponteng yang dipaparkan di surat khabar dengan tajuk Guru Ponteng Isu Serius. Kes ini berlaku di negari Sabah, Ranau.Pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.(The Borneo Post Online, 24/12/2011)

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Oleh itu, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Bukan sahaja murid yang ponteng sekolah, guru yang bertanggungjawab sebagai seorang pendidik turut terbabit dalam gejala ponteng ini. Menurut Supriyadi 1999, guru adalah seorang yang berilmu, berahklak, jujur dan baik hati, disegani serta menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala dalam pasal 1 Undang-undang No. 14 tahun 2005 Tentang Guru dan Dosen, Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi peserta didik pada pendidikan anak usia dini jalur pendidikan formal, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah. Di sini, dapat kita dihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Apa yang menyebabkan seorang guru itu ponteng kerjanya? Apa yang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah guru ponteng di Malaysia? Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Menurut laporan akhbar (Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru. Ramai menganggap isu guru ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa pastinya anak-anak murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna daripada guru sesuai dengan gaji mereka perolehi saban tahun. Pada pendapat saya, beberapa faktor yang akan menyumbang kepada isu guru ponteng ini. Antaranya adalah bebanan kerja guru yang semakin meningkat. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005).

Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru- guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban' memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (1930) telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005). Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan khususnya ke arah wawasan 2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja- kerja tambahan seperti kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun atau pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi terpaksa dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian, 15 Januari 1997).Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stres. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

Tekanan emosi gurulah yang menjadi faktor kedua dalam isu guru ponteng. Menurut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Bebanan kerja yang semakin meningkatkan menyumbang kepada tekanan emosi guru. Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.

Berdasarkan kepada kajian oleh Jesus (2000), yang telah dijalankan di Portugal, lebih daripada 50% daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Adalah menjadi satu kerugian yang besar kepada negara sekiranya kebanyakan daripada guru yang tertekan meneruskan niat mereka untuk berhenti kerja kerana ianya akan menggangu proses pendidikan di sekolah dan akhirnya yang akan menjadi mangsa sekali lagi ialah para pelajar. Kerajaan juga perlu mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk melatih guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.

Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak oleh pihak-pihak tertentu. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sehinggakan kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Menurut Nogueira, kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar, contohnya Aku bosan dengan kelakuan pelajar ini. Pemikiran sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja sekolah, membuat bising dan sebagainya. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Dengan ini, guru kadangkala akan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar dan tidak menghadirkan diri ke kelas terbabit. Semasa saya berpraktikum di sekolah, terdapat seorang guru kelas yang dibuli oleh muridnya sendiri. Murid tersebut memberontak dan melawan guru tersebut dengan menolak mejanya. Akibatya, guru tersebut menangis di hadapan kelas tersebut lalu mengadu kepada pihak atasan. Pada keesokkan harinya, guru tersebut tidak hadir ke sekolah. Dengan ini jelas menyatakan bahawa disiplin dan sikap murid yang buruk menyebabkan guru tersebut hilang minat terhadap kerjanya dan seterusnya akan menyebabkan guru tersebut mengalami stres. Selain itu, terdapat juga guru yang ponteng kerana ingin balik kampung semata-mata. Salah satu kes yang berlaku di Sri Aman,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawanberkata Ibu bapa ada mengadu guru-guru kerap ponteng mengajar kerana hendak pulang ke kampung masing-masing sebelum hujung minggu..Kadang-kadang ada yang mengajar cuma tiga dan empat hari se-minggu kerana hendak balik. (NamaBerita.Com, 27 Jun 2010) Punca-punca tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan . Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti SPM dan STPM , kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

Guru-guru yang ponteng kerjanya sebenarnya telah melanggar kod etika perguruan sebagai seorang guru. Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi mermartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru harus beringkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabilitii guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Salah satu kod etika profesion keguruan yag dilanggar adalah Guru tidaklahharus bertingkah lakubegitu rupasehingga bolehmencemarkansifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilangkepercayaan orangramai terhadap profesionperguruan. Apabila seorang guru yang ponteng kerja, ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada pihak pengurusan, murid dan juga pihak ibu bapa. Apabila kes ini dihebohkan di kalangan ibu bapa, maka masyarakat akan berpendapat bahawa guru-guru di sekolah tersebut tidak beretika dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya. Bak kata pepatah Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga, hanya kerana salah seorang guru yang membuat kesalahan, semua guru dan sekolah mendapat nama yang buruk. Terdapat satu kes di mana seorang guru yang mengabaikan seorang murid yang hiperaktif dalam kelas dan akhirnya ibu murid tersebut memohon untuk berhenti sekolah selamanya. Ibu tersebut mengatakan dia berasa amat kecewa dengan semua guru disebabkan kes tersebut. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru haruslah bertingkah laku baik supaya tidak menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan. Seterusnya, guru yang ponteng kerja turut melanggar kod etika Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik kepada muridnya. Kita tahu bahawa gejala ponteng amat serius dalam kalangan pelajar. Salah satu sebab murid ponteng kelas atau sekolah disebabkan sikap guru semasa pengajaran dijalankan. Guru-guru terutamanya guru di sekolah menengah yang sering ponteng kelas, tidak masuk kelas semasa waktu pengajaran akan menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap subjek tersebut dan lama-kelamaannya murid akan ponteng kelas seperti apa yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Ada di kalangan guru yang memberikan alas an terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Apabila seseorang guru tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan, maka tidak akan mendapat rasa hormat daripada murid-murid. Hal ini adalah kerana guru tersebut telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada muridnya. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Ini membawa maksud guru hendaklah berusaha untuk membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif. Untuk mencapai matlamat ini, guru sendiri haruslah menunjukkan satu contoh yang baik. Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sitem pendidikan Negara jika tidak ditangani sewajarnya. Denagan itu, JPNS telah mewujudkan satu lagi program AKUN yang dilaksanakn pada tahun 2012 2016. Program AKUN ini bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan si semua peringkat, menerusi empat strategi iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadau dan e-Hadir. Menurut Datuk Muhiddin lagi, program itu bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan. Namun apa yang membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu e-Hadir ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri Sabah. Jika hendak dilaksanaakan pelaksanaannya, capaian internet di semua sekolah aruslah berkeadaan baik. Jika disekolah pedalaman bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara sekolah-sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai capaian internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya.Buat masa ini sistem ini baru dilaksanakan di beberapa buah sekolah di kawasan-kawasan bandar sahaja dan sekolah-sekolah yang mempunyai capaian internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran guru di sekolah tidak menjadi duri dalam daging sistem pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah. Selain usaha kerajaan dalam menangani masalah ini, saya berpendapatan bahawa guru sendiri turut mempunyai tanggungjawab dalam mengelakkan masalah ini berlaku. Kebanyakan guru pada hari ini merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dalam kelas. Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, guru mungkin akan menghabiskan banyak masa dengan melakukan aktiviti yang menghalangnya daripada mencapai matlamat. Menurut Stephen Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Seseorng guru boleh melakukan kerja sambilan seperti mengajar piano ataupun belajar sesuatu yang diminati asalkan guru tersebut tahu membezakan mana aktiviti yang harus didahulukan dan mana pula yang harus dikemudiankan. Dengan mengamalkan kemahiran pengurusan masa yang baik, seseorang guru akan dapat melaksanakan tugasnya dengan efisien tanpa berasa stress dan tidak akan mempunyai niat untuk ponteng kerjanya. Di samping itu, pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau orang-orang kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas ketika guru sedang mengajar, melihat hasil murid dalam kelas-kelas. Hal ini adalah kerana dari situ penilaian dapat dibuat secara spontan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di bilik darjah. Seperti apa yang saya dapat lihat di sekolah saya berpraktikum, guru besar sekolah tersebut akan meronda di sekeliling sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk memastikan setiap guru berada dalam kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap tanggungjawab sendiri sebagai seorang guru.

Selain sebagai seorang guru, kita juga merupakan seorang pemimpin, adalanh menjadi tugas utama untuk menyahut cabaran dan perubahan sistem pendidikan supaya kita berupaya dan berkebolehan menjadi role model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi kendiri kepada anak didik dan guru-guru lain di sekolah serta kepada ibu bapa. Sebagai seorang professional, kita harus bekerja dengan tidak ikhlas, yakni melakukan sesuatu dengan tidak mengharapkan balasan, pupuklah rasa cinta kepada tugas dan cinta kepada organisasi tanpa mengira siapa murid yang diajar.

Secara keseluruhannya, guru adalah orang yang selalu mendapati perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.

Rujukan:1. Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.2. Raja Maria Diana Bt. Raja Ali (2011). Faktor-fakor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di Kalangan Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Diakses pada 21 Ogos 2012 darihttp://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf.3. Mohd Fitri Bin Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah Skudai: Kajian Kes. Diakses pada 21 Ogos 2012 darihttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDFITRIAP010212D2006TTP.pdf4. Amaran Keras Kepada Guru Ponteng: Muhyuddin. Diakses pada 21 Ogos 2012 darihttp://www.namaberita.com/2010/06/amaran-keras-kepada-guru-ponteng.html.5. Guru Ponteng Isu Serius. Diakses pada 20 Ogos 2012 darihttp://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/6. Guru Ponteng: Tindakan Tegas Akan Diambil. Diakses pada 21 Ogos 2012 darihttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html

TAJUK 6: PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.3 PengenalanInovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa. Matlamat akhirnya adalah untuk menyumbang kepada perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Dalam konteks pendidikan, setiap unit atau individu dalam organisasi pendidikan harus bergerak dan sedia berubah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan

Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek inovasi dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyediakan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat global. Sebagai golongan pendidik, bagaimanakah anda sebagai guru harus mengadaptasikan perubahan yang berlaku ini ?

6.4 Kepentingan Inovasi dan Perubahan PendidikanMenurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu lebih baik yang mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala perubahan pula merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa melakukan perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan bagi memastikan amalan yang diguna pakai relevan dan diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang Teknologi Maklumat adalah begitu pantas. Penggunaan komputer riba telah menjadi suatu keperluan, manakala desktop dianggap ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa sempadan telah menular dalam dunia pendidikan. Pelajar hari ini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa matlamat inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif iaitu;

Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai & kreatifDapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.Meningkatkan kualiti pendidikan dan dapat meningkatkan kecekapan tenaga pendidik.Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar

Sebagai penegasannya, kaji dan bincangkan ucapan yang dikemukakan di bawah.

......adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, malahan membina keupayaan (capacity building) untuk mendepani cabaran masa depan.

(Ucapan YAB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien (2007),Menteri Pelajaran Malaysia)

6.5 Strategi Pengurusan Inovasi Dan PerubahanPengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam. Dalam merealisasikan sesuatu perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka mengekalkan status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.

Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku kerana bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Misalnya, amalan MS ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya diamalkan dalam sektor korporat kini mula digunakan dalam organisasi pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengisian markah secara online mula diperkenalkan di sekolah-sekolah. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hingga kini terlalu banyak perubahan yang berlaku.

6.5.1 Strategi PerubahanAntara strategi perubahan yang berlaku dalam organisasi ialah:

Strategi Kekuasaan

Pihak pentadbir akan menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa ahli-ahli di bawahnya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan balik. Pelbagai kaedah digunakan seperti kad perakam waktu atau cap jari (thumb print). Bagi memastikan peraturan ini diikuti, konsep ganjaran dan tindakan disiplin diamalkan.

Strategi Pujukan

Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki kemahiran interpersonal bagi menyakinkan kumpulan sasaran atau ahli-ahlinya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan teliti dan dapat diterima oleh mereka. Misalnya, amalan penjimatan penggunaan kertas atau elektrik dalam organisasi. Memang tidak ada paksaan untuk melakukannya. Jadi, kejayaan dan pengamalan budaya ini bergantung kepada sejauh mana seorang ketua sebagai agen perubahan berjaya mempengaruhi orang bawahannya.

Strategi Pendidikan Semula

Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan refleksi atau berfikir sejenak tentang tindakan yang telah diambil dan sejauhmana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan. Sebagai contoh, kita ambil kes yang sama seperti di atas. Ahli kumpulan harus membuat refleksi tentang implikasi mengamalkan budaya penjimatan kertas atau elektrik kepada organisasi itu sendiri. Banyak baik atau buruk ?

Strategi Memudah Cara

Dalam kes ini kumpulan sasaran akan menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menyediakan sumber-sumber yang diperlukan. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang. Contohnya, guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran menulis; maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

6.6 Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan PendidikanSeiring dengan perubahan masa pelbagai inovasi dan perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Program yang dianggap sesuai pada masa dahulu, kini dilihat sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan semasa. Dalam usaha membentuk rakyat yang mampu berdaya saing, maka dasar yang baru perlu diadaptasi dalam sistem pendidikan di negara kita. Amalan adaptasi itu merangkumi aspek-aspek berikut:

6.6.1 Latihan PerguruanPembentukan modal insan guru bergantung yang berkualiti bergantung kuat pada sistem latihan perguruan. Antara perubahan dalam latihan perguruan ialah menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.

Perubahan dari Maktab Perguruan ke Institut Perguruan

Pada tahun 2004 27 nama maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas dinaik taraf.Pada tahun 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005Pada tahun 2006 pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini membolehkan IPG melaksanakan Program Pensiswazahan Guru seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR), latihan praperkhidmatan kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.Pada tahun 2009 Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Dari aspek pengurusan berlaku pemisahan fungsi antara IPGM dengan BPG. IPGM akan memberi fokus kepada latihan praperkhidmatan manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM (Profesional Keguruan).

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Dengan KepujianProgram ini dibuka kepada bakal-bakal guru ini terdiri yang daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Pelajar ini dipilih oleh BPG berdasarkan beberapa temu duga dan ujian. Pelajar yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG.

PISMP adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah IPGM. Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar. Mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan kurikulum yang akan membentuk insan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu.Konsep the personhood of teachers dan pendekatan humanistik akan diberi fokus.Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik.Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical experience).Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education). Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai sepanjang selama empat tahun pengajian adalah dari segi:

Etika ProfesionalPengetahuan dan KefahamanKemahiran IntelekKemahiran PraktikalKemahiran KebolehpindahanPenghayatan dan Amalan Nilai

6.6.2 Program Pensiswazahan Guru

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mod Latihan Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru mengikuti pengajian di IPG pada hujung minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; mendapat gaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian. Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperoleh membolehkan mereka dilantik ke gerd DG 41.

Program Pensiswazahan Guru (PPG)Pihak KPM bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG). BPG telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat KPM bagi pelaksanaan program tersebut.

Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan PPG di bawah RMKe-10. Sasaran KPM adalah untuk memastikan bahawa 60% guru sekolahrendah dan 90% guru sekolah menengah adalah terdiri daripada guru-guru siswazah menjelang tahun 2015. Semua PPLD yang berumur di bawah 47 layak memohon dan mengikuti PPG. Dianggarkan jumlah guru yang akan mengikuti program ini hampir 100,000 orang yang terdiri daripada 8,686 orang guru sekolah rendah dan 91,171 orang guru sekolah menengah.

PPG mendapat tajaan biasiswa dengan ikatan kontrak dan menggunakan mod pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tempoh pengajian akan memakan masa antara tiga tahun setengah hingga empat tahun. Pelajar-pelajar program ini ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) 40%, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 40% dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 20%. Penganugerahan ijazah akan diberikan oleh institusi pengajian masing-masing.

6.6.3 Kurikulum TransformasiDalam bahagian perbincangan akan berfokus pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 2011. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Secara ringkas bentuk KSSR ini dapat dirumuskan seperti berikut:

Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).Prinsip KSSR berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M.Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran.Dalam memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR, elemen yang baharu telah ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.KSSR digubal dalam bentuk pernyataan Standard. Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:Pentaksiran SekolahPentaksiran PusatPentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KokurikulumPentaksiran Psikometrik

6.6.4 Sekolah Berprestasi TinggiSekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Rasional penubuhan SBT adalah untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, menghasilkan murid cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Proses pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan. Untuk memahami proses saringan itu, anda diminta merujuk laman web berikut: http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf. Selepas melepasi proses saringan, pihak kementerian telah menetapkan kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu:

Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam.Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensiMenerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti.Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara dengan menggunakan piawaian antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat.Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau pada peringkat antarabangsa.Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi sama di dalam dan di luar negara dalam pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir juga harus menyediakan perancangan strategik dalam menentukan hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan kaedah pengajaran yang berteraskan ICT dan hands-on. Mereka seharusnya membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan sahaja pada peringkat sekolah atau negeri tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Mereka diberi kuasa autonomi untuk pembelajaran kendiri, mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.

6.6.5 Sekolah BestariSekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi ledakan zaman maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Secara ringkasnya ciri-ciri di Sekolah Bestari ialah

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar, kesinambungan dan reflektif. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, holistik, global dan terbuka. Amalan ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza.Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk belajar pada aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama. Pelajar akan dibenarkan terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.Guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak.Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Penilaian juga menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

6.7 Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

6.7.1 Latar belakangBagi memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan pihak Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme iaitu Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). Selepas dua pelaksanaannya berlaku penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan standard ini memberi peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developedand maintain in educational institutions).Pelaksanaan SKPM Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu:

SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)SKPM 2 :Instrumen Pemastian Standard (IPS)SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah

6.7.2 Prinsip-prinsip SKPMSKPMSekolah diolah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya.Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berdasarkan teori dan amalan pengurusan berkesan.Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pembelajaran berkesan dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.

6.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)6.8.1 Latar belakangPada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Tujuan utama kajian semula ini dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

6.8.2 ObjektifPelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

6.8 3 Aspirasi Sistem Pendidikan

Akses

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020.

Kualiti

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

Ekuiti

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020.

Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

6.8.4 Aspirasi terhadap MuridPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi alsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid. Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada sistem pendidikan yang berprestasi tinggi bagi membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi.

PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi bagi setiap murid di negara ini.

Rajah 6.1 : Aspirasi murid

Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.

6.8.5 Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan NegaraKementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah :

Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti bertaraf antarabangsa.Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian Kementerian.Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

6.8.6 Urutan Anjakan TransformasiBerdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga.

Rajah 6.2 : Gelombang transformasi

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:

Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu.Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.

Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh.Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri.Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan.Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti.Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan.Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah.Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.

RumusanInovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, mereka harus memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal ini disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju perubahan yang berlaku.

Rujukan

Abdullah Sani bin Yahaya. (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Abdul Sukor Abdullah. (Jun 2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01). IAB, Genting Highlands : Pp 18 20Ishak Sin. (2003). Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran: Gaya manakah yang diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 02(13). IAB. Genting Highlands. Pp 01 11.Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006-2010. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my.Tarikh capaian 17 hb Februari 2007Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981). Kurikulum baru sekolah rendah: Matlamat, rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). Falsafah Pendidikan Negara. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007.Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). Misi Pendidikan Negara http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=misi&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007.Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1986). Buku Panduan Am. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan PustakaMohamed Nor. (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise.Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia.Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025http://nizamkakashi.blogspot.com/2015/03/tajuk-6-pengurusan-inovasi-dan.html