kajian tindakan - ponteng

25
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900, TANJONG MALIM PERAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( SEKOLAH RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ) NAMA : RAMLAN BIN RAHIM ALAMAT EMEL : [email protected] NO. KAD PENGENALAN : 711125-05-5533

Upload: kropok-lekor

Post on 30-Sep-2015

814 views

Category:

Documents


69 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan - Ponteng

TRANSCRIPT

FENOMENA PELAJAR SEKOLAH YANG SELALU PONTENG SEKOLAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900, TANJONG MALIM

PERAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

( SEKOLAH RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN

PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)

NAMA : RAMLAN BIN RAHIM

ALAMAT EMEL:[email protected]. KAD PENGENALAN: 711125-05-5533

NO. KAD METRIK: D20102046007NO. TEL: 013 - 2363663KUMPULAN: EL-N05

KOD DAN MATA PELAJARAN: KPD3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN II

PENSYARAH PEMBIMBING: DR NOOR AINI BINTI AHMAD

KAJIAN TINDAKAN

FENOMENAPELAJAR SEKOLAH

YANG SELALU

PONTENG SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

1. ABSTRAK2. LATAR BELAKANG KAJIAN

3. PERNYATAAN MASALAH

4. TUJUAN KAJIAN

5. PERSOALAN KAJIAN

6. RASIONAL KAJIAN

7. BATASAN KAJIAN

8. METHODOLOGI KAJIAN

9. HASIL DAPATAN10. KESIMPULAN DAN CADANGAN11. RUMUSAN12. RUJUKANFENOMENA PELAJAR SEKOLAH YANG SELALU PONTENG SEKOLAH

Ramlan Bin RahimD20102046007Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah salahlaku pelajar terutamanya fenomena ponteng sekolah dan kaitannya dengan tingkah laku mereka yang selalu ponteng sekolah serta pencapaian akademik mereka di sekolah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan pengurusan sekolah dengan salahlaku disiplin pelajar .Pengurusan sekolah merangkumi aspek pengurusan disiplin, penguruan kelas dan hubungan guru dengan pelajar. Selain itu, faktor peribadi pelajar juga merupakan salah satu faktor yang penting. Seramai 20 orang pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson yang selalu ponteng sekolah telah dipilih untuk menjalankan kajian ini. Mereka telah diberi kertas soalselidik berkaitan dengan fenomena ponteng sekolah. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa faktor sekolah dan faktor peribadi pelajar secara langsung dan tidak langsung akan membawa kesan ke atas kehadiran pelajar ke sekolah.

Latar Belakang Kajian

Ponteng merupakan salah satu salahlaku displin sekolah. Pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Menurut laporan Kementerian Pendidikan bahawa peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa. Apa yang amat membimbangkan ialah pelajar yang ponteng kemungkinan besar akan terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti lepak, buli, penagihan dadah dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai pihak telah mula memberi perhatian terhadap masalah ponteng sekolah supaya tindakan tegas perlu dilakukan untuk menyelamatkan generasi muda yang bakal menjadi harapan pemimpin pelapis negara.

Pernyataan Masalah

Kajian ini telah dijalankan di Sek. Men. Keb. Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson, NSDK. Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar yang mempunyai hampir 900 pelajar terdiri daripada 86% Melayu, 4% Cina dan 10% India. Mengikut analisis kehadiran pelajar dari Unit Hal Ehwal Pelajar, pelajar yang mencapai kehadiran penuh dari Jan ke Jun 2011 hanya 9.8 % sahaja. Ini telah menunjukkan kehadirian pelajar SMK Kg. Baru Si Rusa adalah sangat tidak memuaskan. Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seterusnya pencapaian akademik pelajar turut terjejas. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah ini.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan :

1. Mengenalpasti punca-punca sebenar kejadian fenomena ponteng sekolah.

2. Mengurangkan kes-kes disiplin terutamanya pelajar yang ponteng sekolah.

3. Merancang tindakan susulan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik sekolah .

Persoalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut :

1. Apakah punca-punca sebenar masalah ponteng sekolah ?

2. Apakah kesan langsung dan tidak langsung masalah ponteng terhadap sekolah dan pelajar?

3. Apakah tindakan-tindakan proaktif dalam menangani masalah ponteng yang semakin serius?

Rasional Kajian

Secara umumnya, kehadiran pelajar ke sekolah adalah penting dan masalah ponteng sekolah akan memberi kesan negatif yang boleh merosakkan masa depan pelajar dalam jangka panjang. Ketidakhadiran pelajar ke sekolah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah tergendala. Senario ini mempunyai hubungan secara langsung dengan keciciran dan pencapaian akedamik yang rendah. Ini disebabkan guru tidak dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Manakala, pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran serta menyiapkan kerja projek yang diberi. Akhirnya, pelajar akan mencapai prestasi yang rendah dalam peperiksaan nanti.

Diharapkan kajian ini dapat membantu pengurusan sekolah mengenalpasti keperluan pelajar yang ponteng. Justeru itu, pihak sekolah dapat menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah masalah ponteng.

Batasan Kajian

Pelajar yang dipilih dalam kajian adalah terhad kepada pelajar yang telah ponteng sekolah melebihi 30 hari dalam tempoh enam bulan. ( Jan 2011 hingga Jun 2011 )

Methodologi KajianPenyelidikan ini mengaplikasikan model Kemmis dan Taggart, 1992 seperti gambarajah berikut :

HASIL DAPATAN

1. Graf dan jadual yang menunjukkan ratio ketidakhadiran pelajar.

RatioPeratus

Tidak hadir 1 hari dalam seminggu37.5 %

Mesti ponteng dalam setiap bulan31.3 %

Ponteng melebihi 30 hari31.2 %

Daripada data diatas, didapati bahawa terdapat 37.5% pelajar yang mempunyai kebiasaan tidak hadir sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu. 31.3% pelajar mesti ponteng dalam setiap bulan dan 31.2% pelajar ponteng melebihi 30 hari dalam tempoh 6 bulan.

2. Jadual dan graf yang menunjukkan peratusan ponteng mengikut Kriteria.KriteriaPeratus

Tidak minat belajar11.2 %

Dipengaruhi oleh rakan 4.3 %

Bekerja sambilan15.2 %

Tidak ada guru masuk pada hari-hari tertentu30.4 %

Ingin menghisap rokok10.4 %

Takut dikena hukuman displin13.0 %

Takut memasuki kelas guru-guru tertentu15.5 %

Daripada data di atas, factor peribadi pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak minat belajar adalah sebanyak 11.2%. ponteng keranan dipengaruhi oleh rakan hanya 4.3%. Pelajar yang ponteng disebabkan ingin menghisap rokon adalah sebanyak 10.4%. 15.2% yang selalu ponteng adalah disebabkan mereka bekerja sambilan. 30.4% menyatakan bahawa mereka ponteng disebabkan tidak ada guru masuk ke kelas pada waktu-waktu tertentu. 13% takut dikenakan hukuman displin dan 15.5% menunjukkan bawa mereka ponteng disebabkan takut untuk memasuki kelas-kelas guru-guru tertentu.

3. Graf dan jadual yang menunjukkan kedudukan pelajar semasa ponteng.

KedudukanPeratus

rumah59.0 %

Rumah kawan22.0 %

Pusat-pusat hiburan19.0 %

Data di atas menunjukkan bahawa kedudukan pelajar semasa mereka ponteng sekolah. Kebanyakan pelajar iaitu sebanyak 59% berada di rumah semasa mereka ponteng sekolah. 22% daripada mereka akan pergi ke rumah kawan dan 19% melepak di pusat-pusat hiburan

4. Graf dan jadual menunjukkan tahap pemahaman pelajar terhadap hukuman displin ponteng di sekolah.

TahapPeratus

Bukan kesalahan displin38.9 %

Satu kesalahan disiplin 0.0 %

Tidak akan dikena hukuman displin33.4 %

Tidak pernah dihukum walaupun selalu ponteng27.7 %

Data dan graf di atas menunjukkan tahap pemahaman pelajar tentang hukuman salahlaku displin ( ponteng ). 38.9% pelajar menyatakan bahawa ponteng bukan kesalahan displin. 33.4% memberi respon bahawa ponteng tidak akan dikenakan hukuman. 27.7% memberi respon bahawa mereka tidak pernah dikena hukuman walaupun selalu ponteng. 0% iaitu tidak ada responden yang menyatakan bahawa ponteng adalah satu kesalahan displin.

5. Graf dan jadual menunjukkan kesedaran ibubapa tentang ketridakhadiran anak merekan di sekolah

IbubapaPeratus

Tahu33.5 %

Tidak tahu66.5 %

Graf dan jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 66% ibubapa yang tidak mengetahui bahawa anak mereka ponteng dan hanya 34% yang mengetahui tentang hal ponteng anak mereka.

6. Graf dan Jadual yang menunjukkan kekesalan pelajar jika dibuang sekolah akibat daripada ponteng sekolah.

KekesalanPeratusan

Menyesal75.0 %

Tidak menyesal25.0 %

Graf dan jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 75% responden menyatakan bahawa meraka akan menyesal jika diberhentikan sekolah dan 25% responden tidak menyesal jika diberhentikan sekolah.7. Jadual dan graf menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar yang selalu ponteng.

Tahap PencapaianPeratus

Lemah70.0 %

Sederhana25.0 %

Memuaskan 5.0 %

Cemerlang 0.0 %

Graf dan jadual di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar yang selalu ponteng. 70% responden menyatakan bahawa pencapaian mereka adalah lemah. 25% mempunyai pencapaian yang sederhana dan 5% mempunyai pencapaian yang memuaskan.

RUMUSAN

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memoteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi- jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tantang masalah ini sehingga pada pada masa ini pihak guru serta ibubapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang minat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibubapa. Oleh itu, mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberi saingan kepada rakan-rakan pelajar yang cerdas.

Pelajar juga ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.

Terdapat juga para pelajar yang memberi alasan seperti takut didenda, guru yang garang, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda atas sebab tidak sempat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda. Pelajar berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan kecil.

Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibubapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibubapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara ridak langsung menunujukkan bahawa ibubapa atau penjaga yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa ibubapa yang itdak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai promoter di pasaraya, pelayan restoran dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan keletihan sehingga tidak terdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

Masalah ponteng merupakan satu kesalahan disiplin. Malangnya, di kalangan pelajar yang selalu ponteng, mereka menganggap bahawa ponteng bukan satu kesalahan displin. Ini telah menunjukkan bahawa tahap pemahaman pelajar terhadap hukuman salahlaku disiplin adalah kurang. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid melaului sub unit displin perlu memainkan peranan yang penting dalam perkara ini.

Akhirnya, sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita dan aspirasi pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Secara keseluruhan, masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibubapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

1. Konsep Mesra Pelajar perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dengan guru menjadi contoh dan bertindak sebagai pembimbing yang boleh dipercayai serta dihormati. Mereka perlu bersikap terbuka dan jangan menghukum murid secara terburu-buru sehingga menyebabkan remaja berkenaan merasakan diri mereka menjadi mangsa. Kini zaman pelajar takutkan guru sudah berlalu dan guru perlu pandai mengambil hati murid supaya pengajaran lebih menarik dan berminat untuk belajar.

2. Penyediaan program kokurikulum yang lebih menarik dan terkini perlu difikirkan oleh pihak sekolah supaya pelajar tidak menghabiskan masa melepak dan ke pusat hiburan.

3. Konsep Sekolah Penyayang boleh dipraktikkan kerana pelajar berhak disayangi, dikasihi dan dibimbing.

4. Pengurusan sekolah juga memastikan jawatankuasa displin sekolah atau lembaga tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah ponteng sejak awal terutamanya dari sesi persekolahan bermula seawal jam 7:30 pagi.RUJUKAN1. IAB. (2002). Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11. Institut Aminuddin Baki.

2. Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar,Penang:Rhythm Industries Sdn. Bhd.3. KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd.4. Sufean Hussin dan Che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd.

5. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos 1986).Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. 6. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani Masalah Ponteng Kelas. 7. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 18/1998. (2 September 1998). Penggunaan Budu Bicara Ketika Mengambil Tindakan. 8. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001. (24 September 2001). Semua Guru Adalah Guru Disiplin

1

Tinjauan Awal

Analisa kehadiran pelajar dalam tempoh enam bulan, kenal pasti masalah.

2

Membuat Refleksi

Keberkesanan tindakan yang diambil

Merancang dan Melaksanakan Tindakan

Kaedah soal selidik

5

Pengumpulan data

3

Analisa dan Interprestasi Data

Kuantitatif dengan menggunakan peratus

4

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

_1384202285.xlsChart1

0.112

0.043

0.152

0.304

0.104

0.13

0.155

Ketidakhadiran Pelajar Mengikut Kriteria

Sheet1

tidak minat belajar11.20%

dipengaruhi oleh rakan4.30%

bekerja sambilan15.20%

gur tidak masuk pada hari-hati tertentu30.40%

ingin hisap rokok10.40%

takut dikenakan hukuman displin13%

takut memasuki kelas guru-guru tertentu15.50%

Sheet1

Ketidakhadiran Pelajar Mengikut Kriteria

Sheet2

Sheet3

_1384202500.xlsChart5

0.335

0.665

Kesedaran Ibubapa Tentang Ketidakhadiran Anak Mereka Di Sekolah

Sheet1

tahu33.50%

tak tahu66.50%

Sheet1

Kesedaran Ibubapa Tentang Ketidakhadiran Anak Mereka ke Sekolah

Sheet2

Sheet3

_1384202949.xlsChart6

0.75

0.25

Kekesalan Pelajaran Jika Dibuang Sekolah

Sheet1

menyesal75.00%

tidak menyesal25.00%

Sheet1

Kekesalan Pelajaran Jika Dibuang Sekolah

Sheet2

Sheet3

_1384202709.xlsChart7

0.75

0.25

0.05

0

Tahap Pencapaian akademik pelajar

Sheet1

lemah75.00%

sederhana25.00%

memuaskan5.00%

cemerlang0.00%

Sheet1

Tahap Pencapaian akademik pelajar

Sheet2

Sheet3

_1384202313.xlsChart1

0.375

0.313

0.312

Ketidakhadiran Pelajar mengikut Ratio

Sheet1

tidak hadiri 1 hari dalam seminggu37.50%

mesti ponteng dalam setiap bulan31.30%

ponteng melebihi 30 hari31.20%

Sheet1

Ketidakhadiran Pelajar mengikut Ratio

Sheet2

Sheet3

_1384202162.xlsChart3

0.59

0.222

0.188

Kedudukan Pelajar Semasa Ponteng

Sheet1

di rumah59.00%

rumah kawan22.20%

pusat-pusat hiburan18.80%

Sheet1

Kedudukan Pelajar Semasa Ponteng

Sheet2

Sheet3

_1384202192.xlsChart4

0

0.389

0.334

0.277

Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Hukuman displin Ponteng

Sheet1

Kesalahan displin0.00%

bukan kesalahan displin38.90%

tidak akan dikena hukuman displin33.40%

tidak pernah dihukum walaupun selalu ponteng27.70%

Sheet1

Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Hukuman displin Ponteng

Sheet2

Sheet3