175995942-23236089-kajian-kes-4.doc

12
KAJIAN KES 4 1.0 SUBJEK Nama : Malik (bukan nama sebenar) Jantina : Lelaki Asal : Ayer Puteh, Selinsing, Perak. Umur : 13 tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Bilangan adik- beradik : Anak tunggal Pekerjaan bapa : Menjual nasi lemak Tinggal bersama : Ayah dan ibu Pencapaian akademik : Sederhana 2.0 KES Nama Kes Ponteng Sekolah Perihal Kes Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan remaja merupakan masalah utama dan kerap berlaku di kalangan para pelajar sekolah. Masalah tingkah laku ini boleh di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat sebagai tingkah laku melarikan diri dari sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sekolah pula ditakrifkan sebagai tempat untuk belajar, mengajar ataupun tempat untuk menerima dan memberi pelajaran.

Upload: mohanaaprkash

Post on 15-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

KAJIAN KES 4

1.0 SUBJEK

Nama : Malik (bukan nama sebenar)

Jantina : Lelaki

Asal : Ayer Puteh, Selinsing, Perak.

Umur : 13 tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Bilangan adik- beradik : Anak tunggal

Pekerjaan bapa : Menjual nasi lemak

Tinggal bersama : Ayah dan ibu

Pencapaian akademik : Sederhana

2.0 KES

Nama Kes

Ponteng Sekolah

Perihal Kes

Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan remaja merupakan masalah

utama dan kerap berlaku di kalangan para pelajar sekolah. Masalah tingkah laku ini boleh

di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia tingkah laku yang menyalahi

norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu

ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas

dan sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat sebagai

tingkah laku melarikan diri dari sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri

daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sekolah pula ditakrifkan sebagai tempat

Page 2: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

untuk belajar, mengajar ataupun tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu

sekolah dalam kata yang mudah ialah tempat untuk menuntut ilmu bagi para pelajar.

Secara keseluruhannya ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tingkah laku remaja

atau golongan pelajar sekolah yang melarikan diri daripada tanggungjawab sekolah yang

merupakan tempat mereka menuntut ilmu pengetahuan. Ini tergolong sebagai tingkah

laku delukien di mana ianya melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah khususnya dan kementerian pendidikan amnya.

Kajian Kes

Malik (bukan nama sebenar) merupakan anak tunggal sebuah keluarga yang

sederhana. Ibu Malik menjual nasi lemak dibantu oleh ayahnya setiap pagi di tepi jalan

raya hadapan rumahnya. Setiap pagi ayahnya akan menjual nasi lemak dibantu oleh

ibunya yang memasak nasi lemak di rumah. Malik hidup dalam serba sederhana. Namun

Malik diberikan dan dibekalkan keperluan yang cukup untuknya ke sekolah. Malik pergi

ke sekolah dengan menaiki basikal. Malik adalah penghidap penyakit asthma.

Namun Malik mempunyai satu masalah di mana Malik selalu ponteng sekolah

terutamanya apabila hari tersebut ada subjek Matematik. Tingkah laku ini memang telah

menjadi kelaziman kepada Malik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Malik memang

tidak akan menghadirkan diri setiap kali tiba waktu subjek Matematik. Keadaan ini

disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu bapa Malik sendiri. Ibu dan ayah tidak

kisah jika Malik tidak ke sekolah kerana perkara ini telah dilazimkan sejak Malik di

bangku sekolah rendah.

Alasan Malik untuk tidak ke sekolah adalah kerana Malik tidak berminat dengan

subjek Matematik dan Malik tidak pernah lulus apabila menduduki ujian Matematik sejak

dari sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan Malik berasa putus asa dan menganggap

Matematik itu susah dan sukar. Di sekolah, Malik sering dimarahi oleh guru Matematik

kerana ponteng sekolah.

Page 3: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih

Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT)

Rasional Teori Dipilih

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek

utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada

pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini

juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran

daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem

kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak

rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem

kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem

pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang

menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa

kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang

yang signifikan dengannya.

Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang

tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya

individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti:

Rasa malu yang teramat (Awfulizing)

Terlalu menuntut (Demandingness)

Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)

Daya toleransi yang rendah

Lemah semangat

Mengalah dan menyalahkan (Deservingness & damnation)

Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Malik seperti Malik mudah mengalah sebelum

mencuba untu mempelajari subjek Matematik dan mengambil jalan mudah dengan

ponteng sekolah.

Page 4: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada

andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional

dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir,

menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain,

berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk

merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu,

mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan

semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan

pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat

membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan

kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Kewujudan Kes Berdasarkan Teori

Seperti di dalam kes ini, Encik Raju telah berputus asa dan tidak lagi pernah

mencuba untuk memperbaiki diri sejak kematian isterinya. Encik Raju mengambil jalan

mudah dengan menolak untuk bersosial dan mengasingkan diri di bilik. Encik Raju

beranggapan beranggapan bahawa kehidupannya sudah tidak bermakna lagi.

Di dalam kes ini, Encik Raju telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional

bahawa dia pasti tidak mampu menjalani kehidupan normal lagi. Encik Raju juga

memberi alasan bahawa kematian isterinya menyebabkan beliau tidak dapat

menumpukan perhatian dalam semua aspek kehidupannya. Dalam REBT, manusia

bermasalah adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara atau peristiwa tetapi adalah

disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu peristiwa

yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi neurosis atau psikosis bukan

disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea dan kepercayaan-kepercayaan

yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi daripada pemikiran yang

karut dan songsang ini akan menimbulkan gangguan emosi dan tingkah laku yang

bersifat self defeating.

Page 5: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian

besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil

daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu

dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Perkataan ini pasti

menjadi sebutan yang sering diulang oleh Encik Raju ketika beliau menyakinkan dirinya

dengan menyatakan “Saya mesti tidak mampu menjalani kehidupan ini tanpa isteri saya.”

Ini jelas menunjukkan bahawa Encik Raju seakan mengaku kalah dengan pemikirannya

yang tidak rasional.

Matlamat Terapi

Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa

verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan

tingkah laku yang dialami oleh klien.

REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi berpandukan

kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah

berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah

bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah

mendorongkan klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya

masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara

maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk

menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses

teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalah-

masalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis.

Proses teraputik REBT merupakan suntikan penyembuhan pemikiran yang tidak

rasional kepada pemikiran yang lebih rasional. REBT membuat andaian bahawa manusia

merupakan makhluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh

pemikiran yang tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari

daripada ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh

Page 6: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

memperolehi kebahagiaan sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan

membuang pemikiran yang tidak rasional.

Teknik/Kemahiran Yang Boleh Diaplikasikan

Main Peranan

Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan

kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian

peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula (reverse role-play) sehingga klien

boleh menerangkan sendiri semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu

boleh berlaku.

Encik Raju sering merasakan dirinya tidak mampu untuk menjalani

kehidupan normal kerana kematian isterinya. Selian itu Encik Raju juga gagal

untuk memberikan perhatian terhadap kebersihan dirinya dan enggan untuk

makan. Kaedah ini akan menerangkan kepada Encik raju dengan melukiskan

diagram yang menjelaskan interaksi pelbagai komponen dengan menggunakan

konsep ABCDE.

A(peristiwa) B(kepercayaan) C(akibat)

- Kematian isteri - saya tidak akan mampu - putus asa

menjalani kehidupan. - tidak menjaga

kebersihan

- tiada selera makan

- tidak bersosial

- memencilkan diri

D(mencabar halangan) E(kesan)

- awak pastikah ini yang isteri anda - saya mula sedar

inginkan setelah ketiadaannya? - saya rasa bersemangat

- adakah ini jalan yang terbaik yang mampu

anda fikirkan? F(perasaan baru)

- Bukankah hidup ini harus diberi peluang untuk kehidupan yang lebih baik?

Page 7: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

Kaedah melukis diagram ini bersama dengan klien dan akan menunjukkan

bagaimana pemikiran rasional itu wujud. Dari setiap pemerhatian, klien akan

menjawab setiap persoalan yang kaunselor ajukan. Dari situ, klien sendiri akan

dapat menerangkan semula perjalanan pemikiran yang tidak rasional itu berubah

kepada pemikiran yang lebih rasional.

Imageri Rasional-Emotif

Klien akan membuat imaginasi kepada sesuatu perkara yang sangat buruk yang

boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri,

ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai

kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat.

Seperti di dalam kes ini, saya cuba membawa Encik Raju untuk berfikir

jika dia berterusan ponteng sekolah, hitung kerugian yang akan ditanggung

apabila awak berusia 40 tahun nanti. Sehari awak tak datang sekolah, berapa

subjek yang telah awak korbankan? Apabila besar nanti awak tidak teringinkah

memakai kereta besar bersama dengan kawan-kawan awak yang lain? Ke mana

awak boleh pergi tanpa kelulusan yang bagus? Adakah awak tak mahu mengubah

kehidupan keluarga awak sekarang?

4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Malik sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar

Malik yang menyebabkannya dia ponteng sekolah. Masalah Malik ini berpunca daripada

persekitaran sekolah dan sikapnya sendiri. Selain itu akibat daripada pengukuhan yang

telah diterima oleh keluarga menyebabkan Malik rasa tidak bersalah untuk ponteng

sekolah. Malik juga sering berputus asa tanpa mencuba sesuatu dan ini Malik dianggap

tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya dibuang dalam diri Malik.

Page 8: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam

menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup,

dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,

memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang

mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk

harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan

menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.

komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang

bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih

banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan

adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti

tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak

nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang

dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu

telus dari Malik sendiri.

5.0 IMPLIKASI

Selepas sebulan, Malik masih lagi tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Ini

terpulang kepada Malik kerana Malik seharusnya memikirkan masa depannya dan jangan

sentiasa berharap sesuatu yang baik jika tidak disusuli dengan usaha. Saya tidak berjaya

membawa kesedaran kepada Malik kerana pengukuhan keluarga yang kuat

mempengaruhi cara Malik. Ini menyukarkan Malik untuk menerima sesuatu yang baru.

6.0 REFLEKSI

Kekuatan

Page 9: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang

tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan mematahkan

sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. saya juga tidak perlu

berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu yang lama atau menunggu

klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara

untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien

menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang

bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih

mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien.

Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.

Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan

pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat suka mengamalkan pemikiran

yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional. Adalah

menjadi tanggunggjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui

menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu

agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional.

Kelemahan

Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan memberi

contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kepada

individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka kerana sudah biasa

dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih sesuai digunakan kepada orang yang

betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak

fleksibel dan juga kurang berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak

geliga.

REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan

dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan, klien

akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja.

Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk

Page 10: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia

berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan.

Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan

diri dan tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri

melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia mengalami

keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk

menjadi rasional.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar

dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia

di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki

kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga

mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan

lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai

asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang

ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),

sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah.

Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara

bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum

dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak

tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru

dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah

umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di

sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata

Page 11: 175995942-23236089-KAJIAN-KES-4.doc

kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga

sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah

cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan

memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing

sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0 PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui

tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan

mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi

kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan,

.............................................................

(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)

(D20021010330)