kajian kes- masalah matematik

Upload: nhafizzi

Post on 19-Jul-2015

1.550 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SOALAN : KAJIAN KES TERHADAP KANAK-KANAK YANG LEMAH MATEMATIK

1.0 1.1.

Pengenalan Kognitif merujuk kepada intelek atau individu .Perkembangan Kognitif merujuk kepada

cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Perkembangan kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur mental kanak-kanak.Ia melibatkan bahasa , imaginasi, mental, fikiran,penaakulan,penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah salah satu cara yang boleh kita gunakan bagi mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut Jean Piaget (1930), Perkembangan Kognitif berlaku melalui Skema iaitu bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat kelahiran. 1.2. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama Pendidikan Awal Kanak-kanak

kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik. Penguasaan asas kemahiran kognitif ini penting bagi memahami sesuatu konsep dalam semua komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) terutama dalam bahasa , agama dan moral serta kreativiti dan estetika. Kemahiran kognitif terdiri daripada kemahiran pengelasan , konsep ruang konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. 1.3 Komponen perkembangan kognitif membolehkan kanak-kanak 1.3.1 1.3.2 1.3.3 Meningkatkan kemahiran berfikir Berfikir secara logical matematik melalui manipulasi objek secara konkrit Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian 1.3.4 Memberi peluang memegang , meneroka, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik

1.3.5

Mengambil bahagian dalam aktiviti, bermula daripada aktiviti fizikal kepada idea di dunia yang abstrak

1.3.6 1.3.7

Menyedari konsep ruang , masa dan menggunakan symbol Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding,turutan ,menyukat , graf , membilang dan operasi nombor.

2.0 2.1

Kefahaman Konsep Matematik Kebolehan Matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan

seharian. Kanak-kanak sudah faham konsep Matematik dari awal lagi. Semasa bayi konsep matematik yang sudah ada pada mereka adalah mereka boleh membezakan antara ibu dan bapa mereka . Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanakkanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna , saiz, dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka. Ia berlaku secara spontan dan semulajadi kerana kanak-kanak secara semulajadinya mempunyai kebolehan ingin tahu yang tinggi. 2.2 Jean Piaget berpendapat setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik

dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak. Kanak-kanak peringkat ini perlu diberi pengalaman dengan benda maujud apabila mempelajari konsep nombor. 2.3 Urutan perkembangan pembelajaran matematik adalah melalui tiga tahap iaitu : 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Tahap Konkrit iaitu penggunaan bahan maujud dan objek Tahap Gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram Tahap Simbol iaitu penggunaan symbol 1,2,3,

3.0

Objektif Pendidikan Matematik Objektif pendidikan Matematik adalah :

3.1

Kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak

3.2

Memberi peluang kepada kanak-kanak memegang ,meneroka bahan, dan mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik

3.3 3.4

Kanak-kanak dapat memahami konsep ruang, masa,dan menggunakan symbol Memmberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan kemahiran mengelas ,membanding,turutan, menyukat,graf , membilang dan operasi nombor. Kurikulam pengajaran matematik kanak-kanak memberi penekanan keatas proses memahami konsep matematik, penaakulan dan penyelesaian masalah semasa proses pembelajaran dengan menggunakan pelbagai rangsangan, media, kaedah dan aktiviti

4.0 4.1

Prinsip Pembelajaran Matematik Matematik adalah contoh pemikiran logik atau pengetahuan. Pengetahuan matematik berbeza daripada pengetahuan sosial dan fizikal . - Sumber Pengetahuan Sosial adalah manusia, budaya dan cara mereka melakukan kerja - Sumber Pengetahuan Fizikal adalah pengetahuan semulajadi bahan atau objek tersebut ( Piaget 1952 )

4.2

Pengetahuan Matematik tidak ujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan ( Kamii 1982 ). Contoh nya , jika seorang kanak-kanak ada 5 batang pensel - Sosial - orang akan mengenalinya sebagai pensel - Fizikal - ianya berasal daripada kayu - Matematik - bilangan pensel itu sebenarnya lebih daripada 4 batang

5.0

Sampel Kajian Saya mengambil anak kajian saya bernama Ahmad Shah bin Ibrahim sebagai responden.

Dilahirkan pada 4 November 2004. Responden merupakan anak sulung daripada isteri kedua bapanya. Bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya berketurunan peribumi atau orang asli. Ibunya merupakan seorang mualaf daripada keturunan asli. Responden tinggal di sebuah pondok yang dibina di tepi ladang walaupun sebelum ini ayahnya merupakan seorang peneroka dan memiliki rumah yang besar dan lengkap bersama isteri pertama. Dia tinggal di kawasan terpencil di rumah kecil yang di bina sendiri didalam kebun ditepi ladang dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat.

Dari segi latar belakang keluarga, responden kurang mendapat kasih sayang kerana kedua ibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan pada anak-anak. Responden juga suka ponteng dan seringkali dibawa ke kampung orang asli untuk bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Mempunyai perangai agak pelik kerana jika ditegur apabila melakukan kesalahan beliau akan terus bergulung seperti tenggiling. Beliau bersifat pemalu dan kurang keyakinan diri.

Responden merupakan seorang yang lemah dalam perkembangan kognitif iaitu lemah matematik. Responden masih tidak mengenal nombor dan nilai, serta masih tidak lancar dalam membilang 1-10. Namun beliau agak mahir mengenal dan mengecam keindahan alam. Responden mudah mengenal tumbuh-tumbuhan dan jenis-jenis haiwan kerana kerap didedahkan dengan suasana semulajadi di hutan.

Saya membuat pemerhatian

keatas responden iaitu adik Ahmad Shah bin Ibrahim

berkaitan perkembangan kognitif iaitu lemah dalam matematik, dimana masih tidak mengenal nombor dan nilai juga tidak dapat membilang dengan lancar walaupun sudah berumur 6 tahun. Saya berazam untuk cuba menolong responden mengatasi masalah yang di hadapinya.

Aktiviti pertama yang saya buat untuk menolong beliau ialah menyambung titik-titk . Saya juga memperbanyakkan latihan menyambung titik-titik membentuk nombor dan nilai agar beliau lebih mahir menggunakan otot-otot halusnya. Alhamdulillah berkat latih tubi yang sering dijalankan keatasnya,beliau semakin boleh mengenal nombor dan nilai 1-5 dan agak mahir membentuk nombor tersebut melalui aktiviti menyambung titik-titik.

Pemerhatian ke 2 ialah semasa saya memintanya tampil kehadapan untuk menulis nombor di papan putih. Responden kurang yakin dan teragak-agak untuk menulis nya kerana belum mahir menulis nombor tanpa garisan titik-titik. Untuk menolong beliau mengatasi masalah ini saya memberikannya aktiviti menulis diatas beras. Ini adalah salah satu latihan untuk mengawal pergerakkan otot-otot jari. Setelah di beri peluang beberapa kali dengan bantuan kawan-kawan beliau sudah menampakkan banyak kemajuan. Walaupun hasilnya tidak kemas tetapi saya dapati responden sudah mula boleh menulis nombor 1 hingga 5,tetapi kadang-kadang dia tertukar antara nombor 2 dengan nombor 5, untuk mengatasi masalah ini saya menjalankan latih tubi dan responden menunjukkan keyakinan dalam membezakan nombor tersebut. Aktiviti menulis dan membentuk nombor diatas beras ini juga adalah gabung jalin antara perkembangan kognitif dan bahasa.

Pemerhatian saya yang ke3 ialah pada 14.9.2010 iaitu semasa adik Ahamd Shah membuat aktiviti kognitif didalam kumpulan. Beliau diminta menyusun nombor 1-10 mengikut turutan. Setelah siap menyusun nombor saya memintanya memadankan nombor dan nilai. Saya lihat beliau sudah menampakkan perkembangan yang memberangsangkan kerana sudah mengenal nombor dan nilai tetapi agak perlahan.

Aktiviti yang seterusnya saya menjalanakan kajian terhadap beliau semasa aktiviti pendidikan fizikal iaitu melalui permainan membaling tin bernombor dan kemudian responden diminta meneka nombor yang jatuh. Untuk aktiviti ini saya dapat melihat responden masih keliru membezakan nombor 6 dan 9. Bagi mengatasi masalah ini saya telah menjalankan latih tubi dengan meminta beliau menyusun tin tersebut dengan kedudukan yang betul dengan bimbingan. Setelah beberapa kali aktiviti dijalankan responden telah mulai boleh mengenal nombor 6 dan nombor 9. Aktiviti permainan membaling tin nombor diteruskan dan responden dapat meneka nombor yang jatuh dengan tepat.

Saya juga berusaha untuk membantunya dengan memperbanyakkan latihan bermain dengan nombor, contohnya Permainan Dam Ular. Melalui aktiviti ini responden telah boleh mengenal semua nombor 1-10 dan beroleh kemahiran menyusun nombor mengikut turutan dengan baik dan betul .Saya merasa bangga kerana dapat menolong mengatasi masalah Ahmad Shah kerana melalui berbagai aktiviti yang dijalankan responden sudah banyak menampakkan kemajuan dan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar terutama permainan yang melibatkan nombor. Ini dapat dilihat dari pemerhatian saya keatas adik Ahmad Shah semasa aktiviti bebas, beliau begitu suka bermain dengan alat bahan yang bernombor bersama kawankawannya.

Rumusan Keseluruhan Dari semua aktiviti yang dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa adik Ahmad Shah dapat mengecam dan mengenal nombor yang dipelajarinya, tetapi memerlukan banyak bimbingan dari guru dan memerlukan latih tubi yang berterusan. Beliau juga memerlukan banyak perhatian dan galakan supaya mempunyai lebih keyakinan diri dalam mengatasi masalah lemah dalam pelajaran yang dihadapinya. Penglibatan ibu bapa dan keluarga juga amat diperlukan untuk bersama membantu agar ada kesinambungan pembelajaran dari sekolah ke rumah. Dengan penglibatan semua pihak iaitu guru, rakan-rakan sekelas dan juga ibu bapa akan memberi kesan positif kepada kanak-kanak ini, agar beliau merasa dihargai dan diberi perhatian. Ini dapat membantu perkembangan beliau dari segi emosi, kognitif, bahasa dan perkembangan yang lain berlaku seiring untuk membentuk potensi yang ada pada dirinya.

Latihan 1

PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT SATU WAKTU

Nama Kelas Bil. Kanak-kanak Umur Masa Komponen Aktiviti Tema Sub tema Tunjang

: : 23 Orang : 4,5, dan 6 tahun : 9.30- 10.30 pg : Kognitif (matematik ) : Kumpulan : Anggota badan : Jari : ST 7.1.1 Menyebut nama nombor 1 hingga 10 (rote counting)

Hasil Pembelajaran

: Kanak-kanak dapat menyambung titik-titik : Kanak-kanak dapat menyebut nombor 1-5

Pengetahuan sedia ada Kemahiran berfikir Nilai

: Kanak-kanak pernah melihat nombor 1-5 : Menjana idea , membanding beza : Cermat

Slot 1 Menyambung Titik-titik nombor 1-10 Langkah Isi pelajaran Menyanyi lagu Satu Jari Aktiviti BBM, Kesepaduan, Nilai dan Lain-lain Set Induksi *Guru menyanyi lagu satu jari diikuti kanak-kanak *Nyanyi berulang kali Langkah 1 (10 minit) Melakar nombor di udara dan kertas pasir *Guru melakar nombor di udara dan kertas pasir *Kanak-kanak meniru pergerakan guru *Kanak-kanak melakukan dengan bimbingan Kertas pasir *Carta lagu Kesepaduan :Kreativiti

Langkah 2 (10 minit)

Mengenal dan mengecam nombor 1-10

*Guru tunjukkan kad nombor 1-10 *Kanak-kanak mengikut guru menyebut nombor 1-10 *Kanak-kanak menyebut nombor 1-10 dengan bimbingan

Kad nombor 1-10

Langkah 3 (30 minit)

Menyambung titik-titik nombor 1-10

*Guru menerangkan tentang aktiviti *Kanak-kanak menyambung titiktitik menggunakan pensel warna *Kanak-kanak menyambung titik dengan bimbingan *Kanak-kanak menyebut nombor 1-10 dengan bimbingan

Lembaran kerja Pensel warna Kad nombor Nilai : Cermat

Penutup (5 minit)

Peneguhan

Kanak-kanak menceritakan semula Carta lagu dan menyebut nombor yang telah ditulis dengan bimbingan Menyanyi lagu Satu jari

Lampiran bergambar latihan 1

Ulasan aktiviti latihan 1

Latihan 2 PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT SATU WAKTU

Nama Kelas Bil. Kanak-kanak Umur Masa Komponen Aktiviti Tema Sub tema Tunjang

: : 23 Orang : 4,5, dan 6 tahun : 9.30- 10.30 pg : Kognitif (matematik ) : Kumpulan : Makanan : Beras : ST 7.1.1 Menyebut nama nombor 1 hingga 10 (rote counting)

Hasil Pembelajaran

: Kanak-kanak dapat melakar nombor 1-5 : Kanak-kanak dapat menyebut nombor 1-5

Pengetahuan sedia ada Kemahiran berfikir Nilai

: Kanak-kanak pernah melihat nombor 1-5 : Menjana idea , membanding beza : Cermat

Slot 2 Latihan menulis nombor diatas beras

Langkah Set Induksi (5 minit)

Isi pelajaran Menyanyi lagu Mana Ibu

Aktiviti Guru menyanyi lagu Mana ibu diikuti kanak-kanak. Nyanyi berulangkali sambil membuat pergerakan. Guru dan kanak-kanak keluar ke bahagian dapur Tabika. Kanak-kanak mengecam beras dan merasa struktur beras bergilir-gilir. Kanak-kanak menyebut struktur beras licin dan bewarna putih Guru tunjukkan cara menulis nombor 1-5 dipapan putih Kanak-kanak dinilai menulis nombor 1-5 dipapan putih dengan bimbingan Kanak-kanak dinilai menyebut nombor 1-5 dengan bimbingan. Guru menerangkan cara menjalankan aktiviti melakar dan menulis di atas beras. Kanak-kanak menulis di atas beras dengan bimbingan. Menulis nombor 1-5 diatas beras dengan bimbingan. Kanak-kanak menyebut nombor yang di tulis dengan bimbingan. Kanak-kanak menceritakan hasil kerja sendiri melakar nombor diatas beras. Menyanyi lagu Mana ibu

BBM,Kesepaduan, Nilai dan lain-lain Carta lagu

Langkah 1 (10 minit)

Mengenal dan mengecam struktur beras licin

Beras Dulang Nilai mengikut giliran

Langkah 2 (10 minit)

Mengenal dan mengecam nombor 1-5

Kad nombor 1-5 Papan putih

Langkah 3 (30 minit)

Melakar dan menulis nombor di atas beras

Beras Dulang Kad nombor

Penutup (5 minit)

Peneguhan

Carta lagu

Ulasan aktiviti latihan 2

Lampiran bergambar latihan 2

Menulis nombor 1-5 dipapan putih

Menulis nombor 1-5 diatas beras

Latihan 3.

PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT SATU WAKTU

Nama kelas Bilangan kanak-kanak Umur Tarikh Komponen Tema Subtema

: : 23 orang : 4,5 & 6 tahun : : Perkembangan kognitif : Buah-buahan : Epal

Kemahiran

: ST 7.1.3 Membilang objek 1-10

Pengetahuan sedia ada

: Kanak-kanak pernah melihat dan makan buah epal

Hasil pembelajaran

:1) Kanak-kanak boleh membilang objek 1-10 :2) Kanak-kanak boleh menyebut nombor 1-10

Kemahiran Berfikir

: Membanding bezakan nombor, menjana idea

Nilai

: Teliti, sabar

Bahan Bantu Mengajar

: Epal, kad nombor

Gabung Jalin Komponen

: Kreativiti, bahasa

Slot 3 Latihan menyusun kad nombor dan nilai Langkah Set Induksi (5 minit) Isi pelajaran Permainan kotak misteri Aktiviti Guru menunjukkan kotak misteri kepada kanak-kanak. Minta kanak-kanak meneka objek didalam kotak. Kanak-kanak mengambil sejenis buah di dalam kotak dan memberitahu kepada kawan-kawan. Guru menunjukkan carta bergambar buah-buahan Kanak-kanak menyebut bersama-sama jenis buahbuahan tersebut. Menyebut bilangaan jenis buah didalam gambar Sediakan beberapa biji epal dan bakul kecil yang bernombor Kanak-kanak membilang buah epal dan memasukkan ke dalam bakul yang disediakan Guru mengeluarkan kad nombor 1-10 Terangkan cara membuat aktiviti Kanak-kanak yang dinilai menyusun kad nombor 1-10 secara urutan dengan bimbingan kawan-kawan Membaca nombor 1-10 BBM,Kesepaduan, Nilai dan lain-lain Kotak misteri Buah-buahan Contoh:- epal, limau, jambu, oren, anggur

Langkah 1 (10 minit)

Menyebut jenis-jenis buah-buahan. Contoh :- epal, limau, jambu, oren, betik, anggur

Carta buahbuahan

Langkah 2 (20 minit)

Memadankan bilangan epal dan nombor

Epal Bakul bernombor

Langkah 3 (20 minit)

Menyusun kad nombor 1-10

Kad nombor

Penutup (5 minit)

Peneguhan

Kad nombor

Ulasan aktiviti latihan 3

Lampiran bergambar latihan 3Menyusun kad nombor 1-10

Menyusun nombor dan nilai

Latihan 4

PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT SATU WAKTU

Nama kelas Bilangan kanak-kanak Umur Tarikh Komponen Tema Subtema

: : 23 orang : 4,5 & 6 tahun : : Perkembangan kognitif : Susu : Tin susu

Kemahiran

: ST 7.1.3 Membilang objek 1-10

Pengetahuan sedia ada

: Kanak-kanak pernah melihat tin susu

Hasil pembelajaran

:1) Kanak-kanak boleh membilang objek 1-10 :2) Kanak-kanak boleh menyusun tin nombor

Kemahiran Berfikir Nilai Bahan Bantu Mengajar Gabung Jalin Komponen

: Membanding bezakan nombor, menjana idea : Berhati-hati, sabar, mengikut arahan : Tin susu bernombor, gelung, kad nombor. : Perkembangan fizikal

Slot 4 Permainan menyusun tin nomborLangkah Set Induksi (5 minit) Isi pelajaran Menyanyi lagu Sepuluh anak ayam Langkah 1 (10 init) Menyebut nombor 110 Aktiviti Guru menyanyikan lagu sepuluh anak ayam, diikuti kanak-kanak Nyanyi berulang kali. Tunjukkan tin nombor kepada kanak-kanak Kanak-kanak dinilai menyebut nombor yang ditunjukkan.. Guru tunjukkan kad nombor 1-10 dan menyebutnya. Kanak-kanak yang dinilai mengikut guru menyebut nombor berulangkali. Kanak-kanak dinilai memadankan kad nombor dengan tin nombor yang sama dengan bimbingan BBM,Kesepaduan, Nilai dan lain-lain Carta lagu

Tin nombor

Langkah 2 (10 minit)

Mengenal dan mengecam nombor 1-10

Kad nombor 1-10 Tin nombor

Langkah 3 (30 minit)

Aktiviti permainan Menyusun tin nombor

Guru terangkan cara permainan tin nombor. Kanak-kanak dinilai menyusun tin nombor dengan bimbingan seperti contoh Kanak-kanak dinilai menyusun tin nombor bermula dengan 7,8,9,10, Susun diatasnya 4,5,6 Susun diatas lagi 2,3 dan Diatas sekali nombor 1

Tin nombor 110

Contoh :-

1 2 4 7 8 5 9 3 61

Penutup (5 minit)

Peneguhan

Membaca nombor 1-10 Menyanyi semula lagu Sepuluh anak ayam

Carta lagu

Ulasan aktiviti latihan 4

Lampiran bergambar slot 4

Latihan 5

PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT SATU WAKTU

Nama kelas Bilangan kanak-kanak Umur Tarikh Komponen Tema Subtema

: : orang

: 4,5&6 tahun : 22/06/2010 : Perkembangan kognitif : Haiwan Liar : Ular

Kemahiran

: ST 7.1.1 Menyebut nama nombor 1 hingga 10 (rote counting)

Pengetahuan sedia ada Hasil pembelajaran

: Kanak-kanak pernah melihat ular. :1) Kanak-kanak boleh membilang :2) Kanak-kanak boleh menyebut nombor.

Kemahiran Berfikir Nilai Bahan Bantu Mengajar Gabung Jalin Komponen

: Membanding bezakan nombor : Bekerja sama : Dam ular, dadu : Bahasa

Slot 5 Permainan Dam UlarLangkah Set Induksi (5 minit) Isi pelajaran Teka-teki Badan saya panjang Warna saya bermacammacam Saya boleh menyusur Cuba teka siapa saya? Membaca cerita Ular dan dan arnab Aktiviti Guru membacakan teka-teki Kanak-kanak menjawab tekateki setelah diberi kata pembayang jawapan nya ular Guru mengenalkan watak didalam cerita : 1)Sang Ular 2)Sang Arnab Guru bacakan cerita Ular dan Arnab Bersoal jawab tentang jumlah ular dan arnab yang terdapat dalam cerita. Guru tunjukkan kad nombor 1-10 dan menyebutnya. Kanak-kanak mengikut guru menyebut nombor berulangkali. Kanak-kanak menyebut nombor dengan bimbingan. Guru menerangkan cara bermain dam ular. Kanak-kanak dinilai mengecam nombor yang terdapat dipapan dam dan menyebutnya dengan bimbingan. Melambung dadu, contoh nilai 5 ***** penanda akan digerakkan sebanyak lima langkah Sekiranya nombor yang dipilih berada dimulut ular penanda akan diturunkan kenombor diekor ular Kanak-kanak akan membilang mengikut jumlah nilai dadu yang diperolehi Membaca nombor 1-10 BBM,Kesepaduan, Nilai dan lain-lain Pupet ular

Langkah 1 (10 minit)

Buku cerita

Langkah 3 (30 minit) Bermain Permainan Dam Ular

Langkah 2 (10 minit)

Mengenal dan mengecam nombor 1-10

Kad nombor 1-101 3 2 4

Dam ular

Penutup (5 minit)

Peneguhan

Carta nombor

Ulasan aktiviti Latihan 5

Lampiran bergambar Latihan 5

Permainan Dam Ular

Rumusan keseluruhan aktiviti

Bibliografi