kajian kes ict

35
CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM TAJUK KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAWASAN KODIANG Universiti Utara Malaysia CCA 2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi Disediakan oleh: AZHAR BIN IBRAHIM (192216) NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) NORSHIDA BT. MAHAMAD (192035) Pensyarah Dr. MOHD KHAIRIE B. AHMAD 192216, 192028, 192035 Page 1

Upload: azharfaiz

Post on 24-Apr-2017

283 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

TAJUK KAJIAN

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN

KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN

MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SAINS DAN

MATEMATIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAWASAN

KODIANG

Universiti Utara Malaysia

CCA 2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi

Disediakan oleh:

AZHAR BIN IBRAHIM (192216)

NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028)

NORSHIDA BT. MAHAMAD (192035)

Pensyarah

Dr. MOHD KHAIRIE B. AHMAD

192216, 192028, 192035 Page 1

Page 2: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

1.0 PENDAHULUAN

Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima

komponen. Komponen yang dimaksudkan ialah rekabentuk, pembangunan,

penggunaan, pengurusan dan penilaian. Komponen ini membentuk domain bagi setiap

bidang teknologi pengajaran.

Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting dalam teknologi

penagajaran. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan

menggunakan proses-proses dan sumber-sumber untuk pembelajaran melalui

pengaplikasian prinsip-prinsip dan teori-teori penggunaan media, difusi inovasi,

implementasi dan membuat polisi.

Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan

taraf soasial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini

memasuki era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan

mengalami anjakan daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan seterusnya ke

konstruktivisme.

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan

di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi

mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi

arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian,

komputer bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,

malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran

dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Melalui rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik mulai

diajar dalam Bahasa Inggeris. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan

bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris yang

192216, 192028, 192035 Page 2

Page 3: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

dibantu oleh ICT, menyediakan peluang yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh

negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk

membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang

lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion

bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh

negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan

berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006)

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua

subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu

pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil

aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu

dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk

memenuhinya.

Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan

untuk merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media

penting yang digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini

dalam memantapkan ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.

2.1 Kepentingan Kemahiran Komputer dalam kalangan Guru-guru Sains dan

Matematik

Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan

Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan

Tingkatan 6 Rendah pada tahun hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia 10

192216, 192028, 192035 Page 3

Page 4: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

Ogos 2002). Persoalannya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan dalam masa yang

singkat dan berkesan. Maka kerajaan mencadangkan ICT digunakan bagi

memudahkan dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

kedua-dua mata pelajaran tersebut. Persoalan seterusnya, adakah guru-guru yang

terlibat bersedia menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Adakah guru-guru Sains dan Matematik mempunyai kemahiran komputer yang

mencukupi bagi melalui proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

ini.

Badjet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat

Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk

tempoh antara 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan

kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Sekarang, setelah

empat tahun berlalu, kemudahan dan kelengkapan komputer di sekolah telah

mencapai tahap yang memuaskan.

2.2 Guru Sains dan Matematik dan Komputer

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang

paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta

mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan

sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh

media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer,

perisian kursus dan internet.

Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kemahiran komputer guru-guru

juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu

alat, betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan

atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan

192216, 192028, 192035 Page 4

Page 5: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang

disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak

menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah :

a) Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu

dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

b) Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap

kemahiran penggunaan komputer dan internet di kalangan responden.

c) Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk

mendapatkan bahan pengajaran.

d) Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang

dibekalkan.

e) Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan,

adakah ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran.

f) Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian

kursus yang dibekalkan.

g) Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru-

guru Sains dan Matematik dalam pengajaran.

4.2 Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan

perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru

Sains dan Matematik di sekolah terbabit.

4.3 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran.

192216, 192028, 192035 Page 5

Page 6: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

5.0 KEWAJARAN KAJIAN

Sejak PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris) dilaksanakan, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang

yang begitu besar bagi melicinkan perjalanan perlaksanaan PPSMI. Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan ’laptop’, ’LCD projector’ dan

CD perisian kursus kepada guru-guru Sains dan Matematik untuk membantu mereka

melaksanakan PPSMI dengan berkesan. Maka sewajarnyalah kemudahan yang diberi

itu digunakan sepenuhnya untuk faedah anak-anak didik mereka.

Namun, sejauh manakah guru-guru Sains dan Matematik ini telah

menggunakan kemudahan yang diberi dalam melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan. Oleh itu suatu kajian perlu dijalankan bagi menjawab

persoalan di atas. Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap

penggunaan media komputer (internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam

pengajaran Sains dan Matematik dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik.

Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada

pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam

membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan

Matematik dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat

menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif.

Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil

langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan

Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat

dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit

secara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran

dan impak globalisasi.

192216, 192028, 192035 Page 6

Page 7: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

6.0 ULASAN KARYA

Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang

mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang

guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap

penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan

menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam

pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka

memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di

dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak

mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan

komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas

lain yang dipertanggungjawabkan.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang

guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru

yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia. Kurang mahir

merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan

pengajaran berbentuk multimedia.

Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah

daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa

pengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat

mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh

dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa

Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4

di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap

kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan

192216, 192028, 192035 Page 7

Page 8: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal

dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-

guru sains di Kuching/Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap

pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati

tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran

adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu

dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan

teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Responden dalam kajian ini terdiri dari 33 guru Sains dan Matematik (15 guru

sains dan 18 guru matematik) di sekitar kawasan kodiang. Empat buah sekolah telah

dipilih dan sekolah-sekolah tersebut adalah :

a) SK Tunku Bendahara – 6 guru sains dan 2 guru matematik

b) SK Kodiang – 3 guru sains dan 3 guru matematik

c) SK Siputeh – 6 guru sains dan 6 guru matematik

d) SK Dato’ Syed Nahar – 3 guru sains dan 4 guru matematik

Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang dan 26 guru

perempuan.

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah

borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumat

latar belakang respondan, Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran

dalam pengajaran Sains dan Matematik, Bahagian C: tahap penggunaan media

komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam

penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang

Sains dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan.

Jika peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan

192216, 192028, 192035 Page 8

Page 9: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

baik, 50% hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap

rendah.

8.0 DAPATAN KAJIAN

a) Latar belakang responden

Guru Sains Guru Matematik

Dari hasil kajian hanya 16.7% dari

bilangan responden terdiri daripada guru-

guru lelaki, selebihnya guru-guru

perempuan. 94.4% guru Melayu, 5.6%

guru Cina dan tiada guru India.

Kebanyakan guru berumur 41 tahun ke

atas iaitu 38.9% berumur 41-45 tahun dan

33.3% berumur 46 tahun ke atas dan ini

bermaksud majoriti guru-guru sains di

sekolah yang dikaji mempunyai

pengalaman mengajar lebih dari 15 tahun.

Dari hasil kajian terdapat 26.7% daripada

responden adalah guru lelaki dan 73.3%

adalah guru perempuan. 53.4% berumur

antara 24-35 tahun dan ini menunjukkan

majoriti respondan mempunyai

pengalaman mengajar kurang dari 10

tahun. Dari segi ras, 93.3% merupakan

guru Melayu, 6.7% guru Cina dan tiada

guru India.

192216, 192028, 192035 Page 9

Taburan Sampel Kajian Mengikut Gender

26.7%

16.7%

73.3%

88.3%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Sains Matematik

Mata Pelajaran

Pera

tus

Lelaki

Perempuan

94.4

5.60

93.3

6.70

0102030405060708090

100

Peratus

Sains Matematik

Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras

Melayu

Cina

India

Taburan Sampel Kajian Mengikut Umur

11.1

5.6

11.1

38.9

33.3

26.7 26.7

13.3

20

13.3

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

24-30 31-35 36-40 41-45 46+

Umur

Pera

tus

SainsMatematik

Taburan Sampel Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar

16.7

0

11.1

72.2

40

2013.3

26.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

1-5 6-10 11-15 15+

Tahun

Pera

tus

Sains

Matematik

Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

72.266.7

86.7

73.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom Sed MahirInternet

Tidak MahirKom

Tidak MahirInernet

83.3

66.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Sains Matematik

Hadir dan Tidak Hadir Kursus Komputer

Rajah 1 : Latar belakang responden yang membuat perbandingan dalam kategori jantina, ras, umur dan pengalaman mengajar

Page 10: Kajian Kes Ict

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

95

87

60

22

52

62

22

7

20

65

53

100

86

71

72

79

83

31

24

36

86

78

0 20 40 60 80 100 120

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

Skor Kekerapan Penggunaan

Buku Teks

Lembaran Kerja

Buku Kerja

OHP

Komputer(ppt,msword,excel)

Komputer(Perisian kursus)

Komputer(Internet)

Radio(Audiotape/ audio CD)

Objek Sebenar

Video(tape/DVD/VCD)

Carta

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

Guru Sains Guru Matematik

Merujuk rajah 2, majoriti responden

mempunyai kemahiran yang sederhana

dalam penggunaan komputer dan internet

iaitu 72.2% sederhana mahir

menggunakan komputer dan 66.7%

sederhana mahir menggunakan internet.

Ini mungkin disebabkan kebanyakan guru

telah diberi pendedahan tentang

penggunaan komputer dan internet

semasa menghadiri kursus komputer.

83.3% responden pernah mengikuti

kursus komputer.

Merujuk rajah 2, 86.7% responden

sederhana mahir menggunakan komputer

dan 73.3% sederhana mahir

menggunakan internet. Peratus yang

tinggi ini juga di sebabkan kebanyakan

guru iaitu 66.7% pernah mengikuti kursus

komputer.

Jika dibandingkan penggunaan komputer dengan penggunaan internet, sama ada di

kalangan guru-guru sains atau matematik, di dapati peratus responden yang

menggunakan komputer lebih daripada peratus responden yang menggunakan

internet. Ini mungkin disebabkan ada di antara responden yang tidak mempunyai

talian internet di rumah.

b) Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains dan

Matematik

192216, 192028, 192035 Page 10

Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

72.266.7

86.7

73.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom Sed MahirInternet

Tidak MahirKom

Tidak MahirInernet

83.3

66.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Sains Matematik

Hadir dan Tidak Hadir Kursus Komputer

Page 11: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

Sains Matematik

Berdasarkan dapatan di atas didapati

media pengajaran yang berada pada tahap

penggunaan yang sangat baik ialah buku

teks (100%), lembaran kerja dan objek

sebenar (86%), dan

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang baik ialah

komputer(perisian kursus- 83% ),

komputer(msword, ppt, excel-79%),

carta(78%), OHP(72%) dan buku

kerja(71%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang rendah pula ialah

komputer(internet-31%), video(36%),

radio(24%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang sangat baik ialah buku

teks(95%) dan lembaran kerja(87%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang sederhana ialah objek

sebenar(65%), komputer(perisian kursus-

62%), buku kerja(60%), carta(53%) dan

komputer(msword, ppt, excel-52%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang rendah ialah

OHP(22%), komputer(internet-22%),

video(20%) dan radio(7%)

Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru sains yang

menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana

peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah

dilengkapkan di dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa

192216, 192028, 192035 Page 11

Page 12: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

peralatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau

bilik media untuk menggunakan perisian kursus ini. Guru-guru Matematik pula

terpaksa menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa

peralatan seperti ”laptop, lcd, extension wire” di samping buku rekod mengajar ke

dalam kelas. Jika dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih pada

tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia sains dan matematik.

c) Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran

i) Perisian Kursus

192216, 192028, 192035 Page 12

Penggunaan Perisian Kursus Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

100

83.3

100 94.4 94.4

44.455.6

93.3 93.3100

80

6066.7

40

0

20

40

60

80

100

120

Pera

tus Sains

Matematik

Page 13: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

Sains Matematik

Dari segi pengenalpastian perisian kursus

yang sesuai, penginstalsian, ”explore”

sebelum digunakan dan suka

menggunakan perisian, guru-guru sains

menunjukkan peratusan persetujuan yang

tinggi. 94.4% guru-guru sains bersetuju

perisian kursus membantu mereka

mencapai objektif pengajaran.

Hanya 44.4% guru mengambil masa yang

lama untuk memasang alatan dan 44.6%

guru tidak boleh mengatasi masalah

teknikal yang berlaku.

Di kalangan guru-guru matematik juga

peratusan persetujuan agak tinggi dari

segi pengenalpastian perisian kursus yang

sesuai, penginstalsian dan ”explore”

sebelum digunakan. Cuma dari segi

penggunaan, hanya 60% guru matematik

suka menggunakan perisian kursus.

Walaupun begitu, 80% guru bersetuju

perisian kursus membantu mereka

mencapai objektif pengajaran.

66.7% guru mengambil masa yang lama

bagi memasang alatan dan 60% guru

tidak boleh mengatasi masalah teknikal

yang berlaku

Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru-guru sains dan

matematik, guru-guru sains lebih menampakkan minat menggunakannya dalam

pengajaran.

192216, 192028, 192035 Page 13

Page 14: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

ii) Internet

Sains Matematik

Hasil dapatan menunjukkan majoriti

guru-guru sains mempunyai tahap

pengetahuan yang baik tentang

penggunaan internet.

Guru-guru matematik juga mempunyai

tahap pengetahuan yang baik tentang

internet.

192216, 192028, 192035 Page 14

Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

88.983.3

77.883.3

80

66.773.3

86.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Tahu layari internetuntuk dapatmaklumat

Penggunaan lamanweb pendidikanmencari bahan

mengajar

Tahu muat turunbahan dari internet

Copy-paste' bahandari internet ke

MsWord/ppt/excel

Pera

tus

SainsMatematik

Page 15: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains dengan guru-guru matematik,

di dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan tentang internet berbanding guru-guru

matematik, namun perbezaannya tidak begitu ketara.

d) Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran

Daripada dapatan, di dapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi

oleh guru-guru sains dan matematik dalam menggunakan media komputer

dalam pengajaran sains dan matematik :

i) Sains

Lebih 50% guru-guru sains bersetuju bahawa :

1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan

perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(83.3%)

2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana

dibebani dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas yang

dipertanggungjawabkan.(83.3%)

3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku

rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(61.1%)

4. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan

baik.(61.1%)

5. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(50%)

(kurang dari 50% guru sains bersetuju bahawa : )

1. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media

komputer dalam pengajaran.(38.9%)

192216, 192028, 192035 Page 15

Page 16: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

2. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan

yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.

(27.8%)

3. Tiada talian internet di rumah.(27.8%)

4. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh

dari bilik guru.(27.8%)

5. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk

guru.(16.7%)

6. Perisian kursus sukar diperolehi.(16.7%)

7. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan

media komputer.(16.7%)

Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.

ii) Matematik

(lebih 50% guru matematik bersetuju bahawa :)

1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau menggunakan

perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(93.3%)

2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana

dibebani dengan tugas mengajar dan tugas-tugas lain yang

dipertanggungjawabkan.(93.3%)

3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku

rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(80.0%)

4. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media

komputer dalam pengajaran.(60.0%)

(kurang dari 50% guru matematik bersetuju bahawa : )

1. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan

yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.

(46.7%)

2. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan

baik.(46.7%)

3. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk

guru.(40.0%)

4. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(40.0%)

192216, 192028, 192035 Page 16

Page 17: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

5. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan

media komputer.(40.0%)

6. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh

dari bilik guru.(33.3%)

7. Tiada talian internet di rumah.(33.3%)

8. Perisian kursus sukar diperolehi.(33.3%)

Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.

9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru sains di empat buah sekolah

di kawasan kodiang ini telahpun menggunakan kemudahan yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan PPSMI

dengan berkesan. Mereka telah menggunakan perisian kursus dengan baik. Ini

dibuktikan dengan tahap penggunaan perisian kursus sebanyak 83%. Ini menunjukkan

guru-guru sains di daerah ini mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan

perisian kursus dalam membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Walaupun

kebanyakan guru sains adalah guru yang berumur lebih daripada 41 tahun, namun

mereka tidak takut untuk menggunakan teknologi. Sikap beginilah yang sepatutnya

ada pada setiap guru sains dan matematik dalam melaksanakan PPSMI dengan

berkesan.

Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-

guru matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 62%. Ini kerana

pengajaran dan pembelajaran matematik banyak dilakukan di dalam kelas atau bilik

media atau bilik tayangan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran Sains

dilakukan di dalam makmal yang memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT

seperti ”lcd projector”, skrin dan ”speaker”. Disamping itu juga setiap makmal

mempunyai pembantu makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan

peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis

pengajaran. Mungkin pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan ICT

dapat dijalankan dengan lebih baik andainya setiap sekolah mempunyai makmal

matematik yang dapat menempatkan banyak peralatan ICT dan alat-alat bantu

192216, 192028, 192035 Page 17

Page 18: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

mengajar matematik yang lain. Guru-guru matematik tidak perlu lagi ”berebut-rebut”

menempah bilik tayangan atau bilik media yang sangat terhad dalam melaksanakan

pengajaran menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.

Walau bagaimanapun, tahap penggunaan internet agak rendah dan perlu ada

suatu tindakan dilakukan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan internet

dengan berkesan. Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada internet,

namun masih ramai guru yang tidak menggunakannya.

Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri kursus

pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti Bimbingan Perguruan

Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan oleh Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam kursus-kursus berkenaan

guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran menggunakan internet dalam mencari

maklumat atau bahan pengajaran dan guru-guru juga diberi kemahiran tentang

penggunaan komputer dalam menghasilkan bahan pengajaran. Jadi, dari segi

pengetahuan dan kemahiran, guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang

sederhana.

Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada guru-guru sains atau

matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet

dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran

menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru tidak

sempat meneliti bahagian-bahagian perisian kursus yang sesuai digunakan bagi tahap

pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu.

Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :

1. Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan kursus dalaman

berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir

menggunakan internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran, juga

kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan komputer untuk

membina bahan pengajaran.

2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi

meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan dalam

kumpulan mengikut Tahap yang diajar dan membincangkan kaedah terbaik

menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. Jika perlu sama-sama

192216, 192028, 192035 Page 18

Page 19: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

menghasilkan suatu modul untuk digunakan bersama perisian kursus

berkenaan.

3. Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan pembina bahan

pengajaran menggunakan komputer dan internet dan bahan yang dihasilkan

dikongsi bersama. Topik diagih mengikut sekolah.

Kesimpulannya, guru-guru sains dan matematik mempunyai persepsi yang sangat

baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi

penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang

disebabkan tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang

terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam

pengajaran mereka.

Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia daerah dapat memainkan

peranan bagi membantu guru-guru ini menggunakan media komputer dalam

pengajaran agar perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pihak

pentadbir pula harus meneliti kelengkapan infrastruktur ICT yang ada di sekolah agar

semuanya boleh berfungsi dengan baik dan berkesan.

10.0 KESIMPULAN

Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para

guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam

pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan matematik ini dapat menyahut cabaran

masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti

dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi

secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai

halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya

dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan metematik. Harus diingat bahawa

teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia

tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan

hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

192216, 192028, 192035 Page 19

Page 20: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

11.0 Rujukan:

1. Che Su Mustaffa, Syd Abdul Rahman Syd Zain, Rosli Mohamed, Nor Hayati

Abdul Jalil (2009). Kaedah Penyelidikan Komunikasi. Universiti Utara Malaysia,

Sintok.

2. Effandi, Norazah & Sabri.(2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

3. Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi

Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL.

Jilid 5,2004

4. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s

Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13

Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing

Countries

5. Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition

and domains of the field. Washington D.C: Association for Educational

Communication and Technology.

6. Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors.

7. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam

Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia

8. Titian,Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,.(2006). Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006

192216, 192028, 192035 Page 20

Page 21: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

Atas talian : http://web.utm.my/cict/index.php?option=content&task=view&id=400&Itemid=246

Lampiran ABahagian A: Latar Belakang RespondenSila pilih jawapan anda1. Jantina:1. [ ] Lelaki 2. [ ] Perempuan

2. Keturunan:1. [ ] Melayu2. [ ] China3. [ ] India4. [ ] Lain-lain. Sila sebutkan ... ... ... ... ... ... ..

3. Agama:1. [ ] Islam2. [ ] Lain-lain. Sila sebutkan ... ... ... ... ... ... ..

4. Mata Pelajaran yang Diajar1. [ ] Sains 2. [ ] Matematik

5. Umur1. [ ] 24 hingga 30 Tahun2. [ ] 31 hingga 35 Tahun3. [ ] 36 hingga 40 Tahun4. [ ] 41 hingga 45 Tahun4. [ ] 46 Tahun ke atas

6. Pengalaman Mengajar:1. [ ] 1 hingga 5 Tahun2. [ ] 6 hingga 10 Tahun3. [ ] 11 hingga 15 Tahun4. [ ] 15 Tahun ke atas

192216, 192028, 192035 Page 21

Page 22: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

7. Kemahiran menggunakan komputer?1. [ ] Mahir2. [ ] Sederhana Mahir3. [ ] Tidak Mahir

8. Kemahiran menggunakan internet?1. [ ] Mahir2. [ ] Sederhana Mahir3. [ ] Kurang Mahir

9. Kursus berkaitan komputer1. [ ] Pernah hadir2. [ ] Tidak pernah hadirBahagian B: Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains dan Matematik

Soalan 1-11 berkaitan dengan tahap penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sila bulatkan jawapan yang sesuai untuk setiap soalan.1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak yakin4. Setuju5. Sangat setuju

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Penggunaan media pengajaran yang berikut dapat memberi impak yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

Buku Teks

Lembaran Kerja

Buku Kerja

OHP

Komputer (ppt, msword, exel)

Komputer (perisian Kursus)

Komputer (Internet)

Radio/Audiotape/audio cd

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

192216, 192028, 192035 Page 22

Page 23: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

9.

10.

11.

Video (tape/DVD/VCD)

Objek Sebenar

Carta

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran Sains dan MatematikSoalan 1-11 berkaitan dengan tahap Penggunaan perisian kursus dan internet di kalangan guru-guru Sains dan Matematik. Sila bulatkan jawapan yang sesuai untuk setiap soalan.1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak yakin4. Setuju5. Sangat setuju

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Penggunaan perisian kursus dan internet di kalangan guru-guru Sains dan Matematik

i) Perisian KursusPengenalpastian perisian yang sesuai

Install perisian

”Explore” perisian

Perisian bantu capai objektif

Suka menggunakan perisian

Ambil masa lama untuk pasang alatan

Boleh atasi masalah teknikal

ii) InternetTahu layari internet untuk dapat maklumat

Penggunaan laman web pendidikan untuk mencari bahan mengajar.

Tahu muat turun bahan dari internet

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

192216, 192028, 192035 Page 23

Page 24: Kajian Kes Ict

CCA2013 Kaedah Penyelidikan Komunikasi PLK/UUM

11. ’copy-paste’ bahan dari internet ke MsWord/ppt/excel

1 2 3 4 5

Bahagian D: Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer dalam PengajaranSoalan 1-11 berkaitan dengan kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sila bulatkan jawapan yang sesuai.

1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak yakin4. Setuju5. Sangat setuju

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak

Guru tiada masa melayari internet kerana beban tugas mengajar dan tugas yang dipertanggungjawabkan

Guru terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, lcd, buku rekod dan lain-lain ke dalam kelas

Alatan yang disediakan di dalam kelas tidak berfunsi dengan baik.

Talian internet disekolah kurang memuaskan

Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media.

Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.

Tiada talian internet di rumah

Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan speaker terletak jauh dari bilik guru.

Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.

Perisian kursus sukar diperolehi

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

192216, 192028, 192035 Page 24