kajian kes masalah bahasa

22

Click here to load reader

Upload: raty-izam

Post on 05-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Masalah Bahasa

1.0 PENDAHULUAN

Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan

dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah

proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga

adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan

dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi normal

biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan

mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula

merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam

pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili

perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan,

masalah bahasa ataupun keduanya sekali. Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi

bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan

dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku

setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang

diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada

kecergasan otak. Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara

lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada

keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan

tatabahasa yang sesuai. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi

kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi

suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang

mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami

masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan,

kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan

pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak

tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya

menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami

masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan

yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya

membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam

kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad.

Page 2: Kajian Kes Masalah Bahasa

2.0 PROFIL MURID

2.1 Biodata

Nama : Muhd. Fatih b. Naim

Umur : 12 tahun

Keturunan : Melayu

Agama : Islam

Tarikh lahir : 2/1/2002

Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Lumpur

Bil. Adik Beradik : 3 orang (anak ke-2)

Nama ibu : Sarahlina binti Jupli

Umur Ibu : 46 tahun

Pekerjaan Ibu : Surirumah

Nama Bapa : Naim bin Derus

Umur bapa : 45 tahun

Pekerjaan Bapa : Pekerja kilang

2.2 Masalah Kesihatan

Muhd. Fatih tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Di dalam kalangan ahli

keluarga serta saudara-mara Muhd. Fatih, tiada siapa yang mengalami masalah

kerencatan akal atau berkeperluan khas.

2.3 Tahap Masalah Yang dihadapi

Setelah menjalankan beberapa ujian dan temubual bersama Fatih, ada ciri-ciri

lain yang kelihatan iaitu berkemungkinan beliau juga mempunyai masalah disleksia

kategori apraksia iaitu merupakan gangguan pengucapan dan percakapan.

Kebiasaanya mereka ynag mempunyai masalah ini sukar mengeluarkan kata, bunyi atau

pengucapan secara konsisten atau lancar. Menurut Ott (1997) menyenaraikan beberapa

ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami disleksia antaranya melalui pertuturan,

mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang contohnya

‘hostipal’ apabila ingin menyebut ‘hospital’, menghadapi masalah pembacaan yang

lambat, terputus-putus atau tidak tepat contohnya sentiasa mencicirkan ataupun salah

baca kata penghubung contohnya di, dan dan sebagainya. Gangguan ini dipanggil

apraksia verbal kerana kesukaran untuk membentuk bunyi dan berkomunikasi dengan

berkesan seperti tidak konsisten dalam pengeluaran suara contohnya dapat

Page 3: Kajian Kes Masalah Bahasa

mengeluarkan suara yang betul dalam minit pertama namun tidak mampu

mengeluarkan bunyi yang betul pada minit yang seterusnya. Kanak-kanak yang

mengalami masalah ini tidak berkemampuan menyatakan keperluan, kehendak dan

perasaannya yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksinya dengan

orang lain. Apabila mengalami kesukaran ini, mereka akan berasa kecewa dan

menunjukkan tingkah laku yang agresif. Antara ciri-ciri murid yang mengalami gejala

apraksia ialah mereka mempunyai masalah untuk membentuk semua bunyi dalam kata

atau membentuk bunyi-bunyi perkataan. Murid-murid yang terjejas oleh apraksia juga

mungkin mengalami kesukaran terhadap intonasi dalam sebutannya, nada suara

mereka dan mungkin tidak sesuai dengan perkara yang mereka ingin sampaikan.

Contohnya, jika dia mahu menceritakan sesuatu kepada rakan atau guru,

percakapannya akan tiba-tiba gagap atau tersekat-sekat kerana mungkin dia terlalu

gembira atau teruja untuk bercerita. Beliau juga kurang berkeyakinan dan rendah diri

jika perlu bercakap atau menyanyi di hadapan kelas.

2.4 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik murid ini ialah murid ini bukanlah murid yang corot di dalam

kelas. Pencapaian murid didalam kelas adalah pada tahap sederhana. Masalah bahasa

dan komunikasi murid ini yang membataskan pergaulan dan komunikasi dengan guru

dan juga rakan-rakan sebaya yang lain.

Page 4: Kajian Kes Masalah Bahasa

3.0 Pentaksiran Bahasa

3.1 Kaedah ujian Diagnostik

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur

daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti

apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan

memudahkan guru merancang merancang satu program pengajaran yang khusus pada

individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Setelah selesai pelaksanaan

ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan

murid. Guru juga dapat mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan

kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Kaedah yang dipilih bagi

melaksanakan ujian diagnostik iaitu menggunakan kaedah fonik dan fonetik serta

kaedah elektik.

3.1.1 Kaedah Fonik dan Fonetik

Merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya

dengan suku kata yang lain. Contohnya :

HURUF BUNYI

d deh

c ceh

s seh

Dalam kaedah mengeja pula, murid perlu membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu

kemudian menjadikannya sebagai suku kata dan akhirnya menjadi satu perkataan.

Contohnya ialah mengeja bola. Mengikut kaedah fonik dan fonetik cara mengejanya

atau menyebutnya ialah [b (beh) + o (o) = bo dan [l (leh) + a (a) = la]. Apabila kedua-dua

suku kata ini digabungkan iaitu [bo] tambah [la] maka jadilah perkataan [bola].

3.1.2 Kaedah Elektik

Merupakan kaedah mengajar ejaan dengan menggunakan kaedah campuran dan ia

terdiri daripada dua cara iaitu cara membina dan cara cerakinan.

1) Cara binaan - mempunyai kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata.

Huruf Suku k ata Perkataan

Contoh KV +KV

Aktiviti :

i. Perkenal dan bunyikan huruf-huruf vokal awalan (a,u) dan huruf

Page 5: Kajian Kes Masalah Bahasa

konsonan (b,l,j,d) berdasarkan tajuk ’Baju’.

ii. Perkenalkan suku kata, mengeja dan sebut suku kata (mi, ba, su, ki,

ju,ye)

iii. Bentuk perkataan daripada suku kata dan mengeja perkataan (bola, jadi).

Contoh aktivivti binaan :

Huruf

b o l a

Suku kata

bo la

Perkataan

bola

2) Cara cerakinan – mengandungi kaedah perkataan, rangkai kata dan kaedah

ayat.

Ayat Perkataan Suku kata Huruf

Aktiviti :

i. Perkenalkan ayat mudah yang mengandungi perkataan tertentu.

Contoh : Siti pakai baju.

ii. Keluarkan perkataan

Siti sepak bola

iii. Bahagikan perkataan menjadi suku kata KV + KV

bola

iv. Mengeja dan menyebut suku kata

bo la

v. Bahagikan suku kata kepada huruf vokal (a,u) dan huruf konsonan (b,j)

vi. Bunyikan setiap huruf secara berlagu

b o l a

Semua kaedah ini disebut kaedah audiovisual. Pendekatan ini adalah mengikut prinsip

Page 6: Kajian Kes Masalah Bahasa

psikologi membaca. Oleh yang demikian, ia dapat mengikut kehendak dan kebolehan

murid untuk membaca dalam sebarang keadaan. Pendekatan ini juga menggabungkan

kaedah baharu dengan kaedah lama supaya kebolehan mengeja dapat dipertingkatkan.

Pendekatan seperti ini, membantu Fatih membaca ayat-ayat pendek, mengenal huruf,

mengenal suku kata dan memahami isinya.

4.0 Langkah-langkah tindakan

Cara menggunakan pendekatan yang telah dipilih iaitu Kaedah Elektik dan Kaedah

Fonik dan Fonetik bagi kaedah ujian diagnostik ini adalah seperti berikut :

Langkah 1

- Guru merancang aktiviti, instrumen / latihan murid serta alat bantu mengajar

yang sesuai digunapakai sepanjang sesi ujian diagnostik berjalan. Alat bantu

mengajar yang dipilih perlu mempunyai ciri-ciri bantu mengajar yang baik

iaitu murah, mesra pengguna,warna-warni, boleh digunapakai berulang kali,

tahan lama, menarik, mudah disimpan, bersifat semasa dan merentasi mata

pelajaran yang lain seperti mata pelajaran Matematik, Sains dan sebagainya.

Contoh alat bantu mengajar yang boleh digunakan bagi kajian ini ialah kad

suku kata, kad huruf, kad ayat, kad perkataan dan sebagainya. Huruf-huruf

yang ditulis oleh guru mestilah terang dan jelas supaya setiap murid dapat

melihatnya (Kamarudin Haji Husin, 1988).

Langkah 2

- Guru memperkenalkan bunyi huruf sahaja iaitu bunyi huruf konsonan dan

huruf vokal misalnya: bunyi huruf (c) – ceh, bunyi huruf (b) – beh

- Guru mengaitkan bunyi huruf dengan huruf awal perkataan contohnya:

a – ayam p – payung b - buku

Langkah 3

- Guru memperkenalkan suku kata yang akan diajar menerusi perkataan

misalnya:

ba – bakul, bawang, baju

Langkah 4

- Guru memberi murid ayat pendek dan mudah supaya murid dapat

membacanya dengan lancar dan akan bertambah tahap kesukarannya jika

murid menunjukkan peningkatan.

- Segala peningkatan dan kemajuan murid akan diberi token atau

Page 7: Kajian Kes Masalah Bahasa

penghargaan sebagai ganjaran.

5.0 Cadangan Intervensi Untuk membantu Masalah Bahasa dan Komunikasi

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan

sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam

perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan

menghalang pembelajaran. Memandangkan disleksia merupakan masalah kecacatan

sepanjang hayat, maka adalah mustahil untuk menyembuhkan kanak-kanak disleksia

menjadi normal seperti kanak-kanak biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak

disleksia dapat dipulihkan menjadi lebih baik jika diberi intervensi yang bersesuaian

dengan mereka. Masalah bahasa dan komunikasi yang mereka hadapi boleh

dikurangkan sedikit sebanyak dan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk

berinteraksi seperti biasa.

Apabila faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi tidak diambil kira sepanjang

tempoh perkembangan bahasa dan komunikasi yang sepatutnya dicapai pada peringkat

umur yang tertentu. Masalah ini khususnya akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak

berkeperluan khas.

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklah diberi

perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan

atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai

intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak

masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran

yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Dari aspek

bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah intervensi

yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon,

meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah,

menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini

secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.

Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira

kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu

perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.

Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah:

i. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang

Page 8: Kajian Kes Masalah Bahasa

digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

ii. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan

perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi

dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu

berdasarkanmasa.

Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu

cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap

tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

Selepas itu terangkan apa yang orang lain lakukan dengan cara meminta mereka

menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat

adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

Disamping itu, gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran

bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya

kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis

misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau

menayangkan rakaman pembaca berita televisyen iaitu membaca berita. Selepas itu,

gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam

lingkungan konteksnya. Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah

boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh

mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan

atau tema pengajaran bahasa. Dalam merangka intervensi pengajaran dan

pembelajaran bahasa aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

5.1 Intervensi Bacaan

Kanak-kanak disleksia sukar menumpukan perhatian kepada bacaan yang

mempunyai perenggan yang panjang dan mengandungi perkataan yang susah. Mereka

lebih cenderung untuk mudah menghafal perkataan yang singkat. Dengan ini, guru-guru

boleh menarik perhatian kanak-kanak dislekisa dengan menggunakan tiga peringkat

dalam usaha mendidik mereka untuk belajar membaca. Peringkat-peringkat ini ialah,

penggunaan gambar, penggunaan gambar dan suku kata pendek dan penggunaan suku

kata panjang pada kad imbas.

Penggunaan gambar pada kad imbas tersebut bertujuan untuk menarik minat

pelajar dan seterusnya guru perlu menyebut objek yang terdapat dalam gambar tersebut

berulang kali bersama-sama dengan pelajar. Mengunakan gambar yang sama, guru

Page 9: Kajian Kes Masalah Bahasa

perlu beralih kepada peringkat yang kedua iaitu denga meltakkan perkataan di bawah

gambar tersebut. Kanak-kanak perlu diajar untuk membaca perkataan tersebut

berulang-ulang dan akhirnya, guru perlu membuang gambar pada kad imbas tersebut

dan melatih kanak-kanak untuk menyebut perkataan tersebut tanpa bantuan gambar.

Kaedah ansur maju ini sediikit sebanyak mampu memberi kesan positif kepada kanak-

kanak autistik untuk memperbaik kemahiran membaca mereka.

Selain itu, guru perlu menggunakan bahan ICT dalam mendedahkan tentang

bahan bacaan kepada kanak-kanak autistik. Bahan bacaan ICT yang terdiri daripada

audio dan visual yang menarik sedikit sebanyak mampu menarik minat mereka untuk

mendengar sambil membaca apa yang tertera di skrin komputer atau televisyen. Guru

boleh menggunakan perisian(software) ringkas yang boleh dimuat turun daripada

internet yang mengandungi bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak disleksia.

Di samping itu, penggunaan muzik dalam proses pengajaran kaedah membaca

dapat membantu kanak-kanak membaca dengan lebih baik. Ahli sains menyatakan

bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada muzik dan instrumen mempunyai potensi

yang lebih baik untuk cemerlang dalam akademik. Dengan ini, guru boleh menggunakan

lagu sebagai set induksi untuk mengajar murid autisme. Dengan adanya muzik iringan,

kanak-kanak disleksia dapat menyanyi sambil membaca lirik. Hal ini dapat memberi

kesan positif kepada kanak-kanak ini dalam aspek pembacaan.

5.2 Intervensi Lisan

Untuk lisan pula, terdapat banyak perkara yang boleh guru lakukan untuk

memperbaik masalah lisan murid autistik. Pertama, guru perlu melatih murid untuk

mematuhi arahan yang mudah. Sebagai contoh, arahan ‘Duduk’ , ‘Lihat’ dan

sebagainya. Arahan yang mudah ini akan memberi pemahaman kepada murid dan dia

mampu mengikutinya. Guru juga perlu memastikan murid autistik menyebut perkataan

arahan bersama guru dengan tujuan murid tersebut dapat mengingat arahan dan

melakukannya. Seterusnya guru boleh memberi arahan yang lebih panjang selepas

terdapat perubahan pada murid yang mematuhi arahan mudah.

Kedua, guru perlu mengaplikasikan teknik Komunikasi Augmentatif dan Alternatif

(AAC) dalam proses memperbaik masalah komunikasi kanak-kanak disleksia. Teknik

AAC yang mempunyai 3 komponen iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan

kemahiran komunikasi. Teknik komunikasi terbahagi kepada dua iaitu dengan bantuan

dan tanpa bantuan. Teknik komunikasi tanpa bantuan ini boleh dipraktikkan oleh guru

Page 10: Kajian Kes Masalah Bahasa

bersama murid autistik dalam kelas. Hal ini kerana kaedah ini tidak memerlukan alat

sokongan luaran atau prosedur khas. Guru hanya perlu menggunakan kaedah

pertuturan, bahasa isyarat, bahasa badan dan mimik muka. Selain itu, kaedah ini tidak

menggunakan kos mahupun sebarang alat sokongan luar. Namun demikian, guru perlu

melakukan kaedah ini berulang kali setiap hari untuk memastikan kanak-kanak disleksia

dapat mengingat pembelajaran mereka dengan mudah.

Ketiga, intervensi yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak disleksia ialah

dengan membawa mereka ke lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar mampu

membuatkan murid lebih seronok untuk belajar di samping melihat tempat yang menarik.

Murid juga dapat menambah perbendaharaan kata dengan lawatan sambil belajar.

Misalnya, lawatan ke zoo untuk kanak-kanak autistik boleh memberi peluang kepada

mereka untuk mengenal nama-nama haiwan di alam sebenar. Dengan adanya

pengalaman langsung, murid autistik dapat belajar untuk memperbaik lisan dengan

lebih baik.

5.3 Intervensi Tulisan

Aspek tulisan kanak-kanak dislekisa juga boleh diperbaik dengan melakukan

beberapa intervensi. Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu masalah tulisan

kanak-kanak autistik. Misalnya, kanak-kanak autistik perlu diajar cara memegang pensel

dan alat tulis dengan betul.

Guru perlu membimbing murid dengan memegang tangan murid sambil

membimbing menulis. Murid juga perlu mengimbangkan kestabilan tangan ketika

menulis dan menggerakkan tangan secara konsisten. Selain itu, sebelum murid boleh

diajar dengan kemahiran menulis, guru perlu memastikan tahap kemahiran motor halus

kanak-kanak tersebut. Guru perlu menekankan kemahiran motor halus kanak-kanak

dengan melakukan aktiviti ringkas seperti menguli doh. Dengan menguli doh, saraf dan

urat murid tidak akan menjadi tegang dan seterusnya memudahkan murid untuk

memegang pensel dengan baik. Latihan pra-tulisan amat penting bagi kanak-kanak

yang mempunyai masalah dengan tulisan. Guru perlu memperkenalkan latihan pra-

tulisan yang terdiri daripada menulis mengikut garisan bertitik, membentuk huruf di

udara, dalam air dan di atas pasir, latihan membentuk garisan lurus, bentuk melengkung

dan sebagainya.

Selain itu, Yusop Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Jiniti (2010) mencadangkan bahawa

kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada cadangan kaedah

Page 11: Kajian Kes Masalah Bahasa

yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik Kad huruf

boleh digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan

dibina. Hal ini kerana murid diberi peluang untuk memilih kad yang disukainya dan

membina perkataan atau ayat sendiri. Kaedah ansur maju ini perlu diikuti dengan murid

disleksia menyalin kembali perkataan berkenaan ke dalam buku latihan. Cara lain ialah,

murid menyusun kad huruf membentuk perkataan dengan dibantu guru, dan menulis

semula perkataan tersebut ke papan hitam. Perkara ini bukan sahaja memberi

kemahiran baharu kepada murid untuk menulis di papan hitam, malah membina

keyakinan murid untuk tampil ke hadapan dan menulis.

6.0 REFLEKSI

Hasil pemerhatian saya terhadap murid tersebut, murid agak pendiam dan agak

pasif berbanding kanak-kanak yang lain. Semasa berada dalam kelas dia tidak

bercampur dengan orang lain dan membuat hal sendiri. Dia mempunyai masalah

bersosial dengan rakan-rakan mungkin kerana untuk memulakan sesuatu perbualan

atau pun komunikasi agak sukar baginya kerana perlu mengatur ayat dan untuk

melahirkan sesuatu perkataan. Ketika diajukan soalan kepadanya, jawapan yang diberi

tidak memuaskan. Kadang-kadang perkataan yang dituturkan tidak berapa jelas dan

hanya dapat menyebut suku kata akhir sahaja

Saya juga mendapati, apabila dia ingin menyebut sesuatu perkataan dia teragak-

teragak dan kerap mengulang-ulang menyebut perkataan itu. Di sini, hasilnya dapatan

saya menunjukkan murid ini mempunyai kecelaruan bahasa iaitu masalah gagap

semasa berkomunikasi. Disamping itu juga, saya mendapati murid ini mengalami

kesukaran untuk membezakan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama

seperti ‘pasu’ dan ‘paku’.

Berdasarkan pemerhatian yang saya telah jalankan, terhadap murid bermasalah

pembelajaran dalam bahasa dan komunikasi memberi ruang kepada saya mempelajari

dan memikirkan intervensi yang perlu saya laksanakan apa bila berhadapan dengan

kanak-kanak berkeperluan khas. Mendidik kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini

bukanlah suatu tugas yang mudah malah ianya merupakan suatu cabaran yang perlu

dihadapi oleh guru-guru yang terlibat dalam pengajaran pendidikan khas.

Saya akhirnya menemui bahawa ada banyak faktor yang mempengaruhi

kemahiran berbahasa dalam individu berkenaan dan cara-cara untuk mengatasi

masalah tersebut. Apabila mereka menerima tugasan tertentu, mereka tentu merasa

Page 12: Kajian Kes Masalah Bahasa

seronok untuk melaksanakannya. Namun demikian, tahap kefahaman mereka adalah

bergantung pada pengetahuan sedia ada yang mereka perolehi. Sekiranya kanak-kanak

tidak mempunyai pengalaman sedia ada dalam menggunakkan bahasa dan komunikasi,

mereka secara tidak langsung akan lambat menerima ataupun mungkin seringkali gagal

mencapai objektif yang hendak dicapai.

Oleh hal yang demikian sebagai pembimbing iaitu tanpa mengira samada mereka

adalah guru, ibu bapa atau masyarakat sekeliling, kita haruslah bijak mengatur strategi

untuk memastikan bahawa individu tersebut mampu menguasai kemahiran berbahasa

dengan betul. Pihak terbabit haruslah bijak menggunakan pengetahuan sedia ada pada

individu berkenaan untuk membawanya memperkembangkan lagi pengetahuan ke arah

konsep yang baru.

7.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas

sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh

beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri

mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan

berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah

untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi

pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh

menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan

ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak

perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

Oleh kerana pada zaman ini, manusia saling memerlukan antara satu dengan

yang lain, maka saya menyimpulkan bahawa masalah yang terbesar yang harus

ditangani segera adalah masalah bahasa dan komunikasi. Hal ini demikian kerana

hanya melalui komunikasi dengan menggunakan bahasa sebagai perantaraan, manusia

dapat mencapai, meluahkan seterusnya memiliki keinginan dan kepuasan dalam

kehidupannya. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah

ini. Walau bagaimanapun warga pendidik jangan alpa dengan masalah pembelajaran

yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Jangan kerana taksub untuk

Page 13: Kajian Kes Masalah Bahasa

mencapai objektif pengajaran sehingga melupakan nilai hati dan perasaan kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Sesungguhnya, mereka adalah anak-anak yang unik

dan istimewa.

Page 14: Kajian Kes Masalah Bahasa

8.0 LAMPIRAN

CONTOH BENTUK INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN

INSTRUMEN 1

Tulis huruf awal perkataan berdasarkan gambar di bawah.

a e i o u

INSTRUMEN 2

Tuliskan suku kata awal yang betul berdasarkan gambar.

ma ke ka so ku

______kan

______pi

______lar______pal

______tak

Page 15: Kajian Kes Masalah Bahasa

INSTRUMEN 3

Padankan huruf awal perkataan dengan gambar yang betul.

6.0 Rujukan

_____ki _____ta

_____fa

_____ra_____da

e

g

j

Page 16: Kajian Kes Masalah Bahasa

9.0 Rujukan

Jabatan Pendidikan Khas (2003). Instrumen senarai semak disleksia. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Jamila K.A Mohamed (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa.

Selangor:PTS Professional Publishing SDN.BHD.

K.A.Razhiyah (2006). Anak istimewa panduan bagi ibu bapa membesarkan anak

istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing SDN.BHD.

Mohd Zuri Ghani, Aznan C.A (2011). Pengantar pendidikan khas. Pulau Pinang:

Universiti

Sains Malaysia Press.

Mohd Zuri Ghani, Aznan C.A (2011). Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak

berkeperluan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Press.

Mohd Sharani Ahmad (2006). Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Selangor:PTS

Professional Publishing SDN.BHD.

Sheila Devaraj, Samsilah R. (2006). Apa itu disleksia? Panduan untuk ibu bapa, guru

dan

kaunselor. Selangor: PTS Professional Publishing SDN.BHD.

Zainal Kassan & Shuhaila A.(2010). Pendidikan disleksia. Selangor: Penerbitan

Multimedia SDN. BHD.