maksud kajian kes

28
NO TAJUK MUKASURAT 1 1.0 PENGENALAN 1.1) MAKLUMAT SEKOLAH 1.2) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MATA PELAJARAN SEJARAH 2 2.0 KAJIAN KES 2.1) DEFINISI KAJIAN KES 2.2) PROFIL PELAJAR 2.3) ANALISIS TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR 3 3.0 PENULISAN LAPORAN 3.1) ANALISIS KEPUTUSAN TEMUBUAL 3.2) FAKTOR-FAKTOR MATAPELAJARAN SEJARAH 4 4.0 PENULISAN REFLEKSI 5 5.0 PENUTUP 6 6.0 BIBLIOGRAFI 7 7.0 LAMPIRAN

Upload: nurizzati

Post on 01-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

NOTAJUKMUKASURAT

1

1.0 PENGENALAN

1.1) MAKLUMAT SEKOLAH1.2) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MATA PELAJARAN SEJARAH

2

2.0 KAJIAN KES

2.1) DEFINISI KAJIAN KES 2.2) PROFIL PELAJAR 2.3) ANALISIS TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR

3

3.0 PENULISAN LAPORAN

3.1) ANALISIS KEPUTUSAN TEMUBUAL 3.2) FAKTOR-FAKTOR MATAPELAJARAN SEJARAH

4

4.0 PENULISAN REFLEKSI

5

5.0 PENUTUP

6

6.0 BIBLIOGRAFI

7

7.0 LAMPIRAN

1.0) PENGENALAN

1.1) MAKLUMAT SEKOLAHNama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Puteri

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Ke arah melahir dan merealisasikan anak didik yang cintakan ilmu, berketrampilan, tekun, amanah dan berakhlak mulia, patuh kepada Tuhan dan menghormati kedua ibu bapa serta membina insan yang cintakan kebenaran, tinggi semangat juang, berkeyakinan dan berani mengamalkan ilmu dan berketrampilan untuk kebaikan dan kesejahteraan diri sendiri dan alam sejagat.

MATLAMAT SEKOLAH

Memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah semua murid Sekolah Tengku Budriah harus memiliki ketahanan dan jati diri yang utuh dalam menghadapi cabaran globalisasi.

OBJEKTIF SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Puteri akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif sekolah seperti berikut: Menyediakan peluang pendidikan asas yang berkualiti bagi menghasilkan individu yang berketrampilan, bertanggung jawab dan berhemah tinggi. Melaksanakan program pendidikan yang berwibawa, bersistem, berkesan dan terkini bagi menghasilkan insan yang bersikap proaktif, kreatif, inovatif dan produktif. Mengamalkan perkhidmatan pendidikan yang professional, adil dan saksama bagi melahirkan insan yang berilmu, penyayang dan setia kepada negara. Menyediakan suasana sekolah yang indah, bersih dan ceria bagi menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan diri, berdisiplin dan mengamalkan budaya sedia berkhidmat.

VISI SEKOLAH

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Puteri sebuah sekolah yang gemilang dan bercirisekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2015.

MISI SEKOLAH

Membudaya amalan bermuafakat dan penggemblengan tenaga semua warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat ke arah mencapai kegemilangan pendidikan dan visi sekolah.

BUDAYA KERJA SEKOLAH

1.Memahami dan menghayati Matlamat Sekolah, Objektif Sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, JPNPs dan KPM setiap masa.3.Mementingkan kualiti dan kesan pendidikan.4.Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.5.Mengamalkan kerja secara berpasukan.6.Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.7.Mengamalkan perkhidmatan penyayang.8.Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.9.Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.10.Kerja adalah ibadah.

MOTO SEKOLAH

Ilmu Asas Hidup

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami berjanji akan melayan semua tetamu sekolah dengan mesra dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran murid sekolah ini.

Kami akan berkhidmat seoptimum mungkin bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti murid-murid, cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kami akan menjaga keselamatan murid-murid semasa di sekolah dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan mereka dalam keadaan terkawal.

Berjanji menyempurnakan dan menjawab surat-surat penting dengan segera sebelum tempoh.

Kami akan sentiasa menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan agensi-agensi setempat bagi meningkatkan kerjasama untuk kebaikan murid-murid.

LAGU SEKOLAH

Megahnya berdiri sekolah kita,Mendidik memimpin anak bangsa,Tekun dan tabah,Rajin berusaha.

Sekolah Seri Puteri tercinta,Sekolah kami semua,Mendidik dan membela,Wawasan untuk berjaya,STBku yang gagah.

Ilmu panduan hidup semua,Penyuluh sinar hari muka,Kami yakin terus berusaha,STB selamanya.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2014

GURU BESARPn. Zaidahbt.Kamarulzaman

PENOLONG KANAN PENTADBIRANTn. Sy. Nizamuddin bin Sy. Ahmad

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDEn.Mohd.Khaleli bin Abu Bakar

PENOLONG KANAN KOKURIKULUMEn.Mustaffa bin Ayub

MAKSUD KAJIAN KESKajian Kes adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan Kajian Kes termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan.Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan Kajian Kes sebagai satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain pula memberi takrifan, Kajian Kes ialah satu metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran.Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan perubatan. The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori Kajian Kes diawal abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada umum.Selepas 1935, penggunaan Kajian Kes semakin berkurangan kerana peralihan dunia penyelidikan kepada kaedah kuantitatif. Walaubagaimanapun, kekangan yang terdapat pada metod kuantitatif, menukar lensa dunia penyelidikan kepada bentuk Kajian Kes pada tahun 1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard University adalah universiti tersohor dalam menggunakan kajian kes sebagai wadah utama pembelajaran. Terkini, pelajaran Sains, Pendidikan, ICT, Ekonomi, Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web yang menawarkan sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara percuma bagi tujuan pedagogi dan endragogi.

Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:- Masalah/Keputusan (Problem/Decision).- Penilaian (Appraisal).- Sejarah (Case Histories).- Catatan Industri (Industry Notes).- Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.Kajian kes tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. Kajian Kes sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua jam.Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian win-win-win. Proses pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun) secara kajian kes akan memperkasakan pembentukan kognitif (pengetahuan), afektif (keperibadian) dan psikomotor (kemahiran) individu (Muhamad Muda, 2003: 3).Tujuan asas penggunaan metode kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebutTEMU BUALSOALAN TEMUBUAL1) Nama pelajar2) Perasaan belajar matapelajaran sejarah3) Aktiviti yang pernah dijalankan di dalam kelas sejarah4) Subtopic yang paling digemari dan mengapa5) Kesukaran yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan6) Markah yang pelajar peroleh7) Video sejarah yang pernah ditonton didalam kelas8) Bahan pengajaran yang paling digemari9) Latihan yang pernah dilakukan di dalam kelas10) Peralatan pembelajaran yang dirasakan paling seronok dan bermakna bagi pelajar

FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR TERHADAP MATAPELAJARAN SEJARAHKaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah punca utama matapelajaran sejarah tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guru hanya menitik beratkan proses menghabiskan syllabus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai sejarah boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long, 1982) dan beranggapan matapelajaran sejarah sebagai suatu beban akademik. CADANGAN TINGKATKAN MINAT PELAJAR1. Sistem Pengajaran Kendiri Teras idea ini datangnya daripada perkembangan aspek teknologi dalam capaian maklumat. Justeru, pendekatan ini boleh menjadi alternatif terbaik dalam pembelajaran sejarah iaitu dengan memindahkan beberapa tajuk atau sub tajuk dalam bentuk paparan komputer yang boleh diakses pada bila-bila masa. Ini membolehkan pelajar bersedia dari segi masa dan mempunyai kebebasan untuk memilih sub topik yang dikehendaki untuk proses pembelajaran kendiri. Ini dapat menjimatkan masa pelajar iaitu topik yang telah difahami tidak perlu diakses semula. Dalam kaedah ini penggunaan teknologi terkini iaitu laman web dan internet dimanipulasi selari dengan minat generasi yang suka meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran yang baru akan menyebabkan pelajar banyak memberikan tumpuan kepada kaedah penggunaan dan penerokaan (Wlodkowski, R.J. 1978).2. Pembelajaran Koperatif dan Jigsaw Dalam kaedah ini guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan tertentu yang perlu disiapkan. Guru sewajarnya memberikan pelajar masa untuk membuat perbincangan dan carian maklumat. Kaedah ini dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004). Pembelajaran Koperatif melalui interaksi bersemuka akan membantu setiap pelajar untuk cuba memahami aspek kemahiran dan juga untuk membina kefahaman bagi memberi penerangan kepada rakan di dalam kumpulan. Kaedah Jigsaw menurut Hafizah Hussain (2006) menekankan lima perkara:a. Pergantungan secara positifb. Tanggungjawabc. Interaksi secara bersemukad. Mempraktikkan kemahiran iunterpersonal mengikut kesesuaiane. Penilaian kendiri secara berterusanPelajar akan di bahagikan mengikut kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang pelajar. Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk berkaitan dengan kursus yang diambil. Setiap pelajar akan mencari maklumat sehingga menjadi pakar dalam tajuk berkenaan. Selepas setiap pelajar menjadi pakar maka satu kumpulan baru akan dibentuk. Justeru aspek pembelajaran akan dilakukan oleh pelajar sebagai pengajar.Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Sistem penilaian prestasi berasaskan peperiksaan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menilai pencapaian seseorang pelajar. Kaedah telah dilaksanakan di China sejak Dinasti Song. Walau bagaimanapun kaedah ini hanya melahirkan generasi yang menghafal tahun, nama watak dan nama tempat tanpa memahami secara rasional sesuatu peristiwa. Sistem peperiksaan turut menyebabkan kreativiti pelajar untuk melahirkan idea baru atau interpretasi baru sesuatu peristiwa dikongkong oleh buku teks untuk tujuan peperiksaan sahaja. Aspek pemahaman menjadi tidak penting. Justeru selepas berakhirnya peperiksaan PMR, SPM dan STPM kebanyakan pelajar gagal untuk mengingati semula fakta disebabkan matlamat belajar sejarah hanya untuk lulus peperiksaan. Contoh yang plaing ketara pelajar yang memperolehi markah yang tinggi tetapi tidak berketrampilan dan lemah dalam aspek pengucapan awam. Akibatnya markah yang tinggi hanya wujud di atas kertas, penilaian aspek lain tidak diambil kira. Keadaan ini meminggirkan pelajar yang aktif dan pandai dalam sukan dan pidato teapi kurang dalam aspek akademik.Kaedah penilaian berasaskan peperiksaan telah diamalkan sejak Dinasti Song harus dinilai semula. Sekiranya kita mahu pelajar yang dihasilkan seperti mana matlamat Falsafah Pendidikan Negara maka penilaian berasaskan peperiksaan harus dikurangkan markah dan dimasukkan unsur-unsur lain dalam penilaian. Diharapkan pengurangan aspek peperiksaan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih menarik dan tidak tertekan hanya kepada satu factor sahaja.

LAPORAN HASIL DAPATANPada Pengalaman Berasaskan Sekolah Siri 4 yang lepas, saya telah menemu ramah 6 orang pelajar tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat, Johor. Saya memilih 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan. Saya memilih pelajar yang mempunyai latar belakang pembelajaran yang berbeza. Pelajar- pelajar tersebut mempunyai tahap pencapaian pembelajaran juga yang berbeza. Terdapat pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan ada yang menghadapi masalah pembelajaran.Pelajar-pelajar tersebut memberi jawapan yang pelbagai. Ada yang sangat menyukai dan menggemari mata pelajaran Sejarah yang diajar disekolah dan ada yang tidak berapa menggemari serta berpendapat subjek ini membosankan. Setiap orang dalam kelas mempunyai pendapat yang berbeza mengikut apa yang mereka rasakan.Alat bantu mengajar juga sangat membantu dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Hal ini adalah kerana semasa ditemu bual, terdapat pelajar yang mengatakan video serta gambar-gambar yang ditayangkan di kelas menyebabkan pelajar tersebut mula menyukai subjek itu. Sebelum ini, pelajar ini juga tidak sukakan Sejarah dan mendapat markah yang agak tercorot dalam kelas. Namun begitu, setelah menemu bual para pelajar, saya dapati guru dan pihak sekolah telah memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik. Guru melakukan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar dan tingkatkan prestasi akademik mereka. Antara teknik pengajaran yang telah digunakan ialah penggunaan Teknologi Maklumat (TMK) , permainan dalam kelas yang menarik dan bahan bantu mengajar yang menyeronokkan. Hal ini telah menyebabkan para pelajar berasa seronokdan tertarik untuk sukakan matapelajaran ini. Selain itu, pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai teknik dan cara bagi tingkatkan minat pelajar terhadap sejarah. Antara yang pernah diadakan ialah Sambutan Hari Kemerdekaan, menulis puisi atau esei tentang tokoh-tokoh kemerdekaan, Hari Sejarah dan menyediakan papan kenyataan nota sejarah. Semua aktiviti ini sangat menarik dan memberi banyak faedah kepada para pelajar. Kebanyakkan pelajar terhibur dengan aktiviti disamping tingkatkan minat mereka.Kesimpulan yang dapat saya simpulkan sepanjang menemu ramah pelajar-pelajar tersebut adalah, matapelajaran sejarah sebenarnya matapelajaran yang menarik dan disukai oleh pelajar bergantung kepada guru dan pelajar itu masing-masing. Guru harus bijak menggunakan pendekatan yang terbaik manakala para pelajar pula harus memberi hati dan menerima dengan hati yang terbuka segala yang disampaikan.

RUJUKAN(Karrie A. Jones and Jennifer L. Jones, 2008: http://www.uncw.edu/cte/ET/articles/Vol8_2/Jones.htmIrwan Mohd Subri. 2003. Pencegahan SARS. Kajian Kes. Universiti Sains Islam Malaysia

REFLEKSISaya telah menemu bual dan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, mentor, guru-guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid.Pada hari pertama persekolahan, saya telah bertemu dan menemu bual guru Penolong Kanan disana bagi mendapatkan maklumat mengenai hal ehwal sekolah dan murid. Bliau menceritakan serba sdikit mengenai kejayaan sekolah dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antaranya adalah Johan Pertandingan Bercerita, Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw dan sebagainya.Murid-murid bukan sahaja dapat menguasai bidang akademik semata-mata malahan bidang kokurikulum juga. Guru-guru tidak hanya tetumpu kepada sesuatu bidang tetapi kepada keseluruhan.Hasil temu bual dengan murid-murid saya mendapati mereka seronok belajar disekolah tersebut. Murid merasakan selesa dan tidak tertekan untuk belajar. Antara sebabnya adalah kerana system pembelajaran yang kondusif, guru yang memberikan sepenuh tenaga serta kawasan sekitar yang mampu memberikan semangat untuk belajar.Guru guru pula sentiasa memberikan PNP yang menarik dan teknik pengajaran yang berbeza mengikut tahap dan kemampuan murid-murid. Mereka sentiasa memperbaharui cara pengajaran mereka seperti menggunakan ICT dan sebagainya.

PENUTUPPengalaman berasaskan sekolah kali ini memberi seribu satu makna kepada saya. Bagi tugasan pertama, saya perlu mencari maklumat yang berkaitan dengan sekolah, mendapatkan takwim daripada pihak sekolah, masukkan maklumat seperti Visi misi sekolah, Carta Organisasi sekolah, bilangan guru, bilangan murid, Carta Pentadbiran dan sebagainya. Saya juga perlu mendapatkan Carta Organisasi Panitia Sejarah yang terdapat disekolah itu.Bagi melaksanakan tugasan ini dengan baik, saya telah menemuramah beberapa orang guru, antaranya ialah Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan juga Ketua Panitia Sejarah. Mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Segala maklumat yang saya perlukan telah saya perolehi dengan senang dan lengkap. Tiada maklumat yang tidak diberikan.Antara yang paling banyak mengajar dan memberikan pengetahuan pada diri saya ialah semasa berada di bilik darjah. Banyak yang saya belajar dari guru-guru dan murid-murid disini. Saya belajar cara untuk membuat rancangan pengajaran harian (RPH) dan teknik-teknik dalam PNP di kelas. Saya juga telah belajar erti kesabaran, bertolak ansur dan bijak mengawal emosi. Hal ini adalah kerana, sekiranya guru-guru tidak mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti ini menyebabkan kelas akan menjadi tidak seronok dan membosankan. Guru yang tidak dapat mengawal emosi akan menghasilkan murid murid yang juga mempunyai sikap seperti itu kerena guru merupakan role-model atau contoh bagi murid-murid.Kesimpulannnya , saya mendapat keputusan dan ilmu mengenai apa yang saya ingin ketahui dan mengenalpasti perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut. Sepanjang aktiviti dijalankan, murid-murid dan guru guru terutamnya memberikan kerjasama yang amat baik terhadap saya dan saya berasa sangat seronok dan bersyukur sepanjang disana. Semoga apa yang dijalankan oleh saya dan rakan-rakan memberi implikasi yang baik terhadap murid-murid dan juga sekolah tersebut.LAMPIRANSAMBUTAN KEMERDEKAAN DISEKOLAH

PAPAN SEJARAH

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELASGURU MENAYANGKAN VIDEO KARTUN

GURU MENGGUNAKAN POWER POINT

KAWASAN SEKOLAH

BANGUNAN SEKOLAH

TEMURAMAH GURU