kajian-kes (1).docx

21
BIMBINGAN DAN KAUNSELING Permulaan Untuk memulakan sesi kaunseling, satu temujanji telah diadakan antara saya dan murid. Pertemuan ini dijangka berterusan sehingga matlamat kaunseling tercapai. Sebelum sesi bermula, saya telah mendapatkan profil klien daripada guru kaunseling untuk memudahkan analisis dan penerokaan. 1.0 Kajian Kes : Profil Klien Nur Haniesa (bukan nama sebenar). Berumur 12 tahun dan masih menuntut ilmu di tahun enam Sekolah Kebangsaan Tok Pawang, Bedong Kedah. Dia Merupakan anak ke enam daripada enma beradik dan dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya bekerja sendiri dan ibunya pula suri rumah sepenuh masa. Nur Haniesa dilahirkan hasil perkahwinan Encik Halim bin Ismail dan Puan Norazian binti Morad. Dilahirkan pada tanggal 4 Julai 2002 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Nur Haniesa bercita-cita untuk menjadi sebagai seorang doctor. Harapan bagi masa yang kini, Nur Haniesa mahu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. 2.0 Analisis Masalah Nur Haniesa (bukan nama sebenar) mengalimi konflik dengan persekitaran sekeliling. Perkara ini menyebabkan dia tidak

Upload: abdul-wafi-al-fendangi

Post on 27-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PermulaanUntuk memulakan sesi kaunseling, satu temujanji telah diadakan antara saya dan murid. Pertemuan ini dijangka berterusan sehingga matlamat kaunseling tercapai. Sebelum sesi bermula, saya telah mendapatkan profil klien daripada guru kaunseling untuk memudahkan analisis dan penerokaan.1.0 Kajian Kes : Profil KlienNur Haniesa (bukan nama sebenar). Berumur 12 tahun dan masih menuntut ilmu di tahun enam Sekolah Kebangsaan Tok Pawang, Bedong Kedah. Dia Merupakan anak ke enam daripada enma beradik dan dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya bekerja sendiri dan ibunya pula suri rumah sepenuh masa. Nur Haniesa dilahirkan hasil perkahwinan Encik Halim bin Ismail dan Puan Norazian binti Morad. Dilahirkan pada tanggal 4 Julai 2002 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Nur Haniesa bercita-cita untuk menjadi sebagai seorang doctor. Harapan bagi masa yang kini, Nur Haniesa mahu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

2.0 Analisis Masalah Nur Haniesa (bukan nama sebenar) mengalimi konflik dengan persekitaran sekeliling. Perkara ini menyebabkan dia tidak dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran. Pada masa yang sama, dia bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Hal ini lebih menggusarkan dia kerana segala urusan berkaitan pelajarannya terganggu. Menurutnya, apabila di sekolah, dia berasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan lain lebih pandai daripadanya. Mata pelajaran yang dirisaukan antaranya Bahasa inggeris, matamtik dan sains.

Di sini dapat saya melihatkan kepada faktor sekeliling dan diri sendiri amat mempengaruhi tindak tanduk klien. Klien tidak dapat menentukan kehendak diri dan keperluan persekitarannya. Dia tidak dapat mengimbangi Antara kehendak dan keperluan, ditambah pula dengan emosi apabila dia berasa amat rendah diri berbanding orang lain dalam kelas. Oleh sebab itu, dengan masalah yang dihadapi, sedikit sebanyak telah menjatuhkan nilai moral dan keyakinan diri untuk berubah dan menyusun semula kehidupannya untuk menjadi lebih baik. Memandangkan keadaan keluarganya yang agak susah, apabila dia balik ke rumah, gangguan persekitaran di rumah menyukarkan dia untuk mengulang kaji pelajaran dan menumpukan dalam membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru. Menurutnya, apabila dia balik ke rumah, dia terpaksa membantu menjaga anak saudara di rumah. Hal ini menjadikannya tidak dapat melaksanakan kerja sekolah di rumah tetapi apabila tiba di sekolah pada awal pagi, dia perlu meniru kerja sekolah rakannya untuk mengelakkan daripada didenda oleh guru. Jika melihat kepada masalah yang di hadapi, sedangkan kerja sekolah tidak dapat disiapkan, bagaimana pula dengan mengulang kaji untuk UPSR. Keadaan atau persekitaran di rumah begitu mendesak dirinya untuk memenuhi segala keperluan sekeliling berbanding dirinya. Dia memperuntukkan semua masanya di rumah dengan kerja-kerja seperti membantu emak, menjaga anak sedara dan pelbagai lagi. Hal ini menyebabkan tiada masa untuk dia mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja yang diperuntukkan untuk disiapkan dirumah.Manusia sememangnya memerlukan orang lain dalam hidup mereka bagi memenuhi kehendak mereka. Manusia sememangnya tidak pernah kurang daripada berkehendakkan sesuatu. Apabila seseorang itu berkehendakkan sesuatu, dia memerlukan orang lain bagi memenuhi kemahuannya. Perkara inilah yang menggusarkan dirinya yang bakal menduduki peperiksaan besar pada akhir tahun ini. Maka klien memerlukan pertolongan untuk membincangkan masalah demi mencari jalan penyelesaian dan sebagainya. Harapannya dengan melalui proses sesi kaunseling ini, guru dapat membimbing ke arah yang benar dan memimpin kepada jalan penyelesaian. Dengan ini sahaja yang sebenarnya juga bagi menggalakkan dirinya mengambil keputusan yang wajar. Dengan sebab itu, Nur Haniesa bersetuju untuk menjalankan sesi kaunseling bersama saya sebagai guru pembimbing bagi membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi olehnya.

3.0 TEORI YANG DIGUNAKAN : TEORI PEMUSATAN PERORANGAN Bagi menjayakan sesi kaunseling ini, beberapa model teori dan pendekatan boleh digunakan. Antara yang terkenal termasuklah teori behavioris, terapi rasional-emotif, pemusatan perorangan dan lain-lain lagi. Setiap pendekatan dan teori ini mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu daripada segi langkah, tatacara dan sebagainya. Bagi kes Nur Haniesa (klien) saya telah memilih untuk menggunakan Teori Pemusatan Perorangan yang dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987) dan rakan-rakannya sekitar tahun 1940-an (Ibrahim Ahmad, 2002). Teori ini yang terhasil berikutan Field Theory yakni perubahan signifikan yang berlaku hasil daripada hubung-kaitan semasa (Khoo Bee Lee, 2013). Perkara ini membawa maksud memang wujud dan berlakunya perubahan disebabkan stiuasi atau keadaan semasa. Secara lebih jelasnya, sememangnya berlaku perubahan pada diri seseorang individu. Teori ini menekankan bahawa perubahan boleh berlaku di dalam diri untuk memajukan diri dan bergerak ke arah kesejahteraan serta mempunyai nilai yang posiitf dan negatif terhadap pengalaman. Abraham Maslow dalam Ibrahim Ahmad (2002) berpendapat teori ini bersifat humanistic. Pendapat diri saya bahawa manusia sememangnya berkehendak untuk berubah ke arah kebaikan bertepatan dengan aliran pemikiran ahli dalam pendekatan pemusatan perorangan ini. Ahli teori ini mengatakan manusia adalah mahkluk yang positif, rasional, realistik dan sentiasa bergerak maju (Arthur & Aminah, 1994). Secara umumnya, teori ini menekankan aspek konsep kendiri, identiti, perhubungan individu dengan dunia luar dan penyesuaian kendiri (Ibrahim Ahmad 2002). Bersesuaian dengan permasalahan Nur Haniesa yang mengalami konflik gangguan persekitaran dengan keperluan diri dalam pembelajaran. Menurut mereka, manusia mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh dipercayai. (Asmah Bee, 1999).

Carl Rogers menegaskan juga bahawa manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri. Selain itu, Carl Rogers membidas tanggapan yang mengatakan manusia secara semula jadinya tidak rasional, tidak boleh bermasyarakat dan suka merosakkan diri sendiri serta orang lain. Tetapi beliau melihat dari aspek positif di mana beliau mengatakan bahawa manusia itu sebagai normal, rasional, bermasyarakat, bergerak maju dan realistik. Pendapat ini seiring dengan kaedah membantu dalam Islam di mana Islam berpegang dengan penciptaan manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dengan sebaik-baik kejadian. Manusia dibekalkan dengan kebolehan menaakul dan bertindak. Dengan sebab itu, manusia berupaya untuk berubah seterusnya dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Pemilihan teori ini juga dikuatkan lagi dengan Rogers menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu.

Dek kerana itu, kesimpulannya bimbingan dan kauseling yang dilaksanakan perlu berlandaskan kaedah dan teknik yang telah dibuktikan oleh ahli dalam bidang kaunseling. Sememangnya manusia begitu memerlukan bantuan dan khidmat seperti ini. Wolberg (1954) dalam Muhd Mansur Abdullan dan S.Nordinar menegaskan bahawa kaunseling diperlukan oleh manusia selagi manusia memerlukan pengertian dan kesedaran terhadap dirinya, penerimaan dirinya sendiri, kehendak dirinya, kemampuan dirinya serta mengambil penyelesaian untuk membuat keputusan yang paling wajar bagi diri sendiri mahupun orang lain di dunia ini seluruhnya. Sejak daripada kanak-kanak lagi sebenarnya perlu dibantu kerana mereka kurang jelas dalam menjejaki matlamat dan kehendak mereka sebenarnya. Sehinggakan mereka terperangkap dalam kancah persekitaran sehingga menyulitkan kehidupan mereka.Kesimpulannya, manusia sememangnya memerlukan perhubungan dengan orang lain. Manusia ingin berkongsi perasaannya dan fikirannya supaya dapat hidup dengan lebih bermakna. Dengan sebab itulah, munculnya bimbingan dan kaunseling yang memperkenalkan teori-teori daripada ahli kaunseling di barat. Kaunseling yang berkesan melibatkan suatu proses yang memerlukan perancangan yang rapi dan teori-teori oleh ahli dalam bidang kaunseling. Sejak berkembangnya bidang ilmu kaunseling, banyak yang boleh diaplikasikan untuk memberi sesi bimbingan dan kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien. Hal ini agar masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan lebih dan berkesan. Objektif kaunseling ialah untuk membebaskan individu daripada kebimbangan dan keraguan yang menghalang individu daripada memperkembangkan potensinya. Disebabkan itu, teori ini secara langsung membimbing klien mencari sumber kekuatan diri yang maksimum sama ada secara dalaman atau luaran (Satir, 1991) Muhd. Mansur Abdullah dan S.Nordinar.

4.0 ASPEK PENTING TEORIInteraksi positif antara guru pembimbing dengan klien menjadi pemangkin kepada perubahan dalaman klien. Konsep kendiri individu merupakan tulang belakang kepada pembentukan personality individu.

Penerimaan tanpa syarat, kongruen dan empati adalah kunci utama proses kaunseling menggunakan teori pemusatan perorangan.

4.1) Penerimaan tanpa syaratAspek ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengalaman rasa hati yang terpendam. Di sini guu atau kaunselor perlu menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai antara kaunselor dan klien. Guru perlu positif dan menerima apa jua keadaan klien. Dalam kata lain, guru menerima klien tanpa penghakiman termasuklah dalam aspek emosi dan tingkah laku. Dengan itu, klien dapat meluahkan segala konflik yang berlaku dalam kehidupannya. Seperti mana dalam kajian kes ini memperlihatkan guru pembimbing sedia meneriman klien. Guru pembimbing tidak memperlihatkan penolakan dalam apa jua tindakan klien. Klien hadir dengan rela hati, dan guru bersedia mendengar dan berlapang dada dengan kehadiran klien.

4.2) KongruenKongruen bermaksud tulen dan keterbukaan. Hal ini membawa maksud, guru atau kaunselor perlu bersifat dengan dirinya yang sebenar atau tidak berpura-pura. Dengan itu akan memberi kesan kepada klien untuk berpotensi berubah dan bekembang. Dalam konteks kaunseling, ianya merujuk kepada kesediaan guru menerima klien sama ada secara ikhlas, rela dan sentiasa berperasaan ingin membimbing atau membantu murid dalam segala keadaan.

4.3) EmpatiGuru perlu faham dan peka dengan keadaan dalaman dari aspek pemikiran dan emosi yang sedang dirasai klien. Dengan itu, dapat membawa kepada perhubungan yang rapat. Hal ini kerana, tingkah laku klien berpunca daripada desakan dalamannya yang menggerakkan kea rah kesejateraan diri. (Ibrahim Ahmad, 2002). Perkara ini mengakibatkan berlaku konflikaAntara kehendak kesempurnaan dengan situasi sebenar. Seterusnya akan menghasilkan suasana kecelaruan dalam diri. Seperti kes Nur Haniesa (bukan nama sebenar) guru dapat merasa apa yang klien fikir dan faham berkenaan permasalahan diri klien.klien mengutarakan masalah dalam tumpuan dalam pembelajaran. Oleh itu, sekiranya guru dapat mewujudkan suasana teraputik, maka dengan sendirinya kesan terapi akan dapat dirasai oleh klien. Klien akan dapat melalui proses peluahan perasaan, membina celik akan dan pemahaman kendiri dan akhirnya membina matlamat baru serta tingkah laku baru yang positif.

5.0 KEBERKESANAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN (HUMANISTIK)

Sekiranya melihat terus kepada hasilnya tidak adil rasanya tanpa melihat terlebih dahulu konsep utama yakni yang menjadi tonggak utama kepada Teori Pemusatan Perorangan yang di pelopori oleh Carl Rogers ini. Teori ini menurut Ibrahim Ahmad dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, mengutamakan individu sebagai kliennya yang dianggap mempunyai banyak pengalaman dan berguna serta boleh dikongsi bersama dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Di sini klien saya Nur Haniesa (bukan nama sebenar), saya membawa tanggapan bahawa dia hadir ke sesi kaunseling ini sebenarnya dengan satu misi atau matlamat yang positif dan saya perlu berfikir berkenaan kehendak dan kepuasan klien bukannya mengikut diri saya sendiri.. Matlamat dalam sesi ini sebenarnya hadir daripada keperluan dan harapan diri klien sendiri. Perkara ini dinyatakan oleh Arbuckle dalam Muhd Mansur Abdullah (1989), boleh jadi matlamat dam objektif yang disampaikan oleh seseorang individu itu adalah gambaran orang yang menyampaikannya dan bukan kehendak orang yang menyampaikannya sebagaimana yang sepatutnya dirancangkan untuk orang itu. Ahli dalam bidang psikologi sepakat bahawa manusia ini ada tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat mereka yang tidak dapat diterangkan dengan mudah, cuma dengan merujuk kepada ilmu-ilmu psikologi. Salah satu cabangnya ialah yang dipelopori oleh Rogers iaitu Teori Pemusatan Perorangan.

Peranan guru dalam teori pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau menyeluruh. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya (Ibrahim Ahmad, 2002). Apabila dalam sesi kaunseling, di mana guru mendengar dan memberi tumpuan kepada klien dalam mengujarkan masalah, di situ merupakan satu peluang yang diberikan oleh guru. Peluang dan ruang di mana klien diberikan kebebasan untuk berkongsi masalah dan menerokai segala ruang lingkup kehidupan dirinya yang mengganggu dan menyebabkan timbulnya konflik dalam kehidupannya. Setiap manusia menurut Rogers mempunyai nilai-nilai positif. Manusia mempunyai persepsi yang penting terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitarannya. Dan dengan persepsi itu mempengaruhi tingkah lakunya. Hal ini merupakan antara garis panduan dalam teori yang ditegaskan oleh Rogers iaitu seseorang itu mendapat kesedaran dirinya, dia membina keperluan pada pandangan positif dan pandangan diri positif. Dalam eritu kata yang mudah, apabila seorang itu dihargai atau tidak dihargai oleh orang lain, bermakna dia akan membina perasaan positif atau perasaan negative terhadap dirinya sendiri hasil daripada persepsi diri. Seperti mana dalam kajian kes ini, klien menceritakan berkenaan situasi dirinya yang tersepit dalam kancah persekitarannya. Persekitan dan orang di sekelilingnya memaksa dirinya menolak kepentingan diri iaitu pembelajaran demi memelihara hubungan dan untuk membantu meringankan beban ahli keluarganya. Pandangannya bahawa, keperluan orang lain lebih penting daripada kehendak dirinya. Pengurusan masa yang tidak efektif menghanyutkannya dan sekiranya dibiarkan berterusan, akan terus menenggelamkannya. Dengan teori ini, sedikit sebanyak membantu klien dalam membentuk satu motivasi dalam diri yang dapat mempengaruhi dirinya cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.

Kaedah teori ini dilaksanakan dengan mewujudkan perhubungan satu dengan satu seperti saya sebagai guru pembinmbing dan klien. Saya membuka peluang dan ruang kepada klien untuk berkongsi dan saya selaku guru pembimbing menerima perasaan klien dengan bersifat empati dan jujur. Saya memberi dorongan minima sebagai pemangkin dan keyakinan kepada klien bahawa menunjukkan saya mendengar rentetan peristiwa dan masalah yang dihadapai. Dalam teori ini menekankan kepentingan diri klien sebagai satu subjek yang utama dan memberi sepenuh kepercayaan kepada klien bagi memilih arah sendiri semasa proses kaunseling dijalankan.

Melalui teori pemusatan perorangan atau klien ini juga, guru pembimbing sentiasa berwaspada dan sedar dengan bahasa yang dituturkan, dan respon oleh klien. Hal ini kerana, teori pemusatan perorangan ini memegang kepada pandangan bahawa manusia mempunyai mempunyai harga dan penghormatan diri. Rogers berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak untuk melontarkan pendapat dan pemikiran. Oleh sebab itu, berdasarkan teori ini, saya sebagai guru pembimbing akan berusaha menolong klien dalam meneroka dan mengetahui keupayaaan diri dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai tanpa mendeskriminasi pendapat dan pemikiran klien. Dengan berpandukan kepada teori ini, klien dibenarkan menetapkan matlamat sendiri, hal ini bertepatan dengan pegangan teori ini yang mengatakan bahawa manusia yang dibenarkan berkembang dengan bebas, maka dia akan berkembang dengan sempurna. Seterusnya akan menjadi individu yang positif dan mencapai kejayaan yang diinginkan (Ibrahim Ahmad, 2002). Teori ini didapati berkesan apabila teori ini menggalakkan guru pembimbing berperanan membantu klien mengenali diri sendiri dan melibatkan diri memahami permasalahan klien. Oleh yang demikian, guru menurut teori ini berperanan mengikut matlamat dan harapan klien. Taylor menegaskan dalam Muhd. Mansur Abdullah dan S.Nordinar Mohd Tamin (1993) bahawa, kaunselor adalah pembantu yang bakal mempercepat proses seseorang yang dibantunya itu membuat pilihan yang wajar bagi masa hadapan dan juga bagi seluruh kehidupannya. Oleh sebab itu, klien dalam kes ini, dengan matlamatnya sendiri hadir dalam sesi kaunseling, agar guru dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa meminggirkan pendapat dan keputusan yang diutarakan oleh klien itu sendiri.

Selaku guru pembimbing dalam teori ini, guru perlu percaya bahawa keputusan yang baik bagi guru tidak semestinya baik untuk klien dan juga sebaliknya. Keputusan yang baik adalah keputusan yang dipersetujui bersama dan mengambil kata sepakat menetapkan strategi yang harus mereka ambil bersama. Bagi teori ini, sebaiknya pilihan strategi penyelesaian itu merupakan di atas kehendak dan keperluan diri klien. Tugas guru pembimbing dalam kajian kes ini, pandai dalam mengenal pasti batasan dalam bimbingan, dengan itu, dapat memberi ruang kepada klien membentuk matlamat yang hendak diambilnya sebagai panduan pembinaan strateginya pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pengaplikasian teori ini, membawa klien membuat perubahan terhadap tingkah laku sekiranya perubahan juga telah dibuat dari aspek tanggapannya dalam bentuk positif. Perkara ini digalas oleh guru pembimbing bagi memandu klien agar melihat kepada sesuatu situasi itu mampu diselesaikan. Contoh mudah, kenapa orang belajar? Orang belajar kerana terdapat keperluan untuk belajar. Seperti juga dalam sesi kaunseling, semua tingkah laku manusia dapat ditafsirkan mengikut pergerakan yang menggerakkan.

Dalam teori ini, klien diberi kebebasan untuk menentukan keputusan sendiri setelah panduan dan bimbingan diberi. Klien dalam kajian kes ini mengakui mengalami masalah dalam pembelajaran. Guru memulakan proses mencari jalan penyelesaian dengan menyoal klien terlebih dahulu. Diharap klien diberi dan membuka minda untuk melihat jalan yang terbaik dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas klien menetapkan keputusan iaitu membuat jadual harian, daripada situ, bermula tugas guru dalam teori ini untuk memandu bagaimana keputusan yang diambil itu membantu klien memadankan dengan situasi yang dihadapi. Hal ini kerana segala tingkah laku individu sebenarnya dipengaruhi oleh tanggapannya terhadap sesuatu situasi itu (Zulkifli, 1992:56) dalam Ibrahim Ahmad (2002).

Tidak kita lupakan kepada aspek yang menggerakkan teori ini semasa berlangsungnya sesi kaunseling. Aspek ini merupakan kemahiran atau prosedur biasa yang digunakan dalam teori pemusatan perorangan ini. Maksud kemahiran biasa digunakan kerana, Rogers sememangnya tidak mengutamakan kemahiran tertentu dalam menjalankan sesi kaunseling, tetapi beliau biasa menggunakan seperti kemahiran soalan terbuka dan tertutup, dorongan minimum, parafrasa, rumusan, refleksi perasaaan, konrontasi dan memfokus. Gabungan kemahiran-kemahiran ini menjadi satu sesi itu terlaksana dengan baik dan teratur. Ditambah pula dengan prinsip dan asas pegangan teori ini lebih melengkapkan lagi seorang guru dalam membantu kliennya menemukan penyelesaian dan penetapan matlamat dalam masalah yang di hadapi.

Aspek lain yang menyumbang kepada keberkesanan teori dalam kajian kes ini ialah penekanan kaunseling pemusatan perorangan. Seperti yang telah dijelaskan, teori ini bukanlah bertumpu kepada teknik semata-mata. Teori ini cederung kepada keupayaan seorang guru melahirkan hubungan erat bersama klien pada awal sesi terlaksana. Oleh sebab itu, guru atau kaunselor perlulah sabar dan menjadi pendengar yang cekap dan menerima dengan penuh minat dalam tiap kata ucapan yang dikeluarkan oleh klien selain berpandangan positif, bersimpati dan memahami klien. Dengan itu, akan menimbulkan rasa selesa dan suasana positif seterusnya dapat membantu klien membina kesedaran dan penyelesaian. Seperti ketika berlangsungnya sesi bersama klien, saya sebagai guru membina hubungan yang posiitf dengan mengambil berat berkenaan keperluan hirarki keperluan manusia seperti mana yang ditegaskan oleh Maslow. Menurut Maslow, setiap manusia sentiasa akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk mencapai kecenderungan seperti keperluan fisiologi, keselamatan, kasih saying, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Perkara-perkara seperti ini, walaupun dilihat kecil, namun besar nilainya di sisi klien. Dengan teori ini, klien akan mudah melaksanakan proses menukar dan mengubahsuai perasaannya, membina kesedaran dan kefahaman diri seterusnya dapat membina matlamat yang baru dan tingkah laku yang dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh klien.

6.0 PENUTUPDapatlah disimpulkan bahawa kaunseling secara individu seperti kajian kes ini perlu dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip atau teori yang betul. Di samping kemahiran-kemahiran asas sebagai pemangkin kepada penjanaan proses berlangsungnya sesi kaunseling. Demi menjamin keberkesanannya, langkah-langkah yang baik dan sistematik perlu dipertimbangkan secara berkesan pada mana-mana kes yang dibawa atau dijalankan. Sekiranya guru pembimbing tidak berupaya mengendalikan sesuatu kes yakni yang terlalu kritikal dan memerlukan kepada kemahiran atau kepakaran yang lebih tinggi, guru perlulah menyatakan secara jujur kepada klien. Hal ini kerana, perlulah diingat bahawa matlamat untuk membantu klien lebih penting.Secara ringkas, bimbingan adalah satu aspek dalam pendidikan yang penting kerana ia merupakan cara membentuk tingkah laku terutama di sekolah ialah murid-murid. hal ini supaya mereka menjadi sempurna dan membawa kesejahteraan kepada diri dan masyarakat. Kauseling sebenarnya dibentuk dengan tujuan demi kesejahteraan manusia. Dengan kaunseling, manusia dipercayai sebenarnya mampu memperkembang potensi diri seperti mana yang ditegaskan oleh Goodyear (1976) dalam Muhd. Mansur Abdullah yang mengatakan bahawa manusia itu hidupnya sentiasa berkembang dengan baik, tetapi oleh kerana sesuatu sebab atau masalah, maka perkembangan itu menjadi terencat. Dengan sebab itu, kemunculan kaunseling dalam era pendidikan khususnya, cuba membantu dan menyedarkan kembali individu supaya dapat berkembang semula dengan baik. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan amat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kaunseling merupakan untuk kebaikan semua pihak, oleh sebab itu, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab bersama agar ia dapat berjalan dengan lancer dan berkesan. Di samping itu juga, segala sesi yang dirancang mestila bersistematik dan teliti agar matlamat-matlamat yang diinginkan tercapai. Oleh itu, menjadi tanggungjawab utama di sekolah para guru mamainkan peranan penting supaya bimbingan menjadi lebih berkesan dalam pembentukan tingkah laku serta proses pengajaran dan pembelajaran

REFLEKSI

Pada kerja kursus ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai kajian kes yang dilaksanakan bersama seorang klien. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan teori ini dalam proses sesi kaunseling yang dilaksanakan. Tugasan ini telah dilaksanakan sepanjang menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang, Bedong Kedah. Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya banyak mempelajari bagaimana suatu proses kaunseling itu dijalankan. Pada mulanya agak sukar kerana dengan ilmu yang cetek, sudah ditugaskan untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi klien. Namun apabila sudah menemui klien yang sesuai, saya telah menyusun jadual pertemuan bersama klien. Namun sebelum itu, saya telah mengambil profil klien daripada guru di sekolah. Dalam aspek pencarian maklumat, bagi maklumat klien mudah diperoleh dan kerjasama yang baik diberikan oleh guru dan juga klien. Dalam pada masa temu bual, agak kekok pada mula, namun lama kelamaan, saya dan klien berjaya membina hubungan yang positif, dan dalam masa yang singkat, klien dapat meluahkan konflik yang dihadapi dan saya dengan teori yang dipilih, secara spontan dapat memandu klien untuk menetapkan matlamat penyelesaian. Selepas selesai temubual, dalam penulisan kritis, bahan agak mudah dicari namun kekangan masa menyukarkan proses mencari maklumat dalam buku yang berada di perpustakaan amat sukar. Balik sekolah agak lewat, menyukarkan saya untuk mendapatkan maklumat melalui buku. Namun saya mengambil kesempatan semasa mendapat undangan latihan gamelan untuk konvokesyen. Saya berpeluang untuk ke perpustakaan di kampus semasa raptai penuh berlangsungnya konvo. Dengan buku-buku yang dapat saya pinjam, sedikit sebanyak membantu saya dalam memperoleh maklumat dan idea dalam penulisan kritis. Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini. Antaranya saya dapati ada perubahan pada diri saya. Terutamanya dalam aspek pembentukan sikap iaitu saya dapat membina sikap positif dalam kemenjadian untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berupaya untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Saya juga dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Dengan kemahiran yang dipelajari, dapat saya praktik dalam menjalinkan hubungan yang positif antara guru di sekolah, staff dan khususnya murid-murid. Selain menambah baik kemahiran sedia ada agar dapat diseimbangkan dalam menjadi seorang guru yang berupaya menguasai bukan sahaja dalam akademik dan pedagogi tetapi dan bidang kaunseling. Selepas melakukan tugasan ini, saya berasa sangat bangga kerana berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu saya turut berasa gembira kerana berpeluang mengambil pengalaman melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri. Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru yang lebih baik terutama dalam aspek pemahaman dan penyelesaian dalam permaslahan murid. rancangan saya pada masa hadapan, saya melihat bidang kaunseling merupakan satu bidang yang unik berbanding bidang yang lain. Walaupun masih dalam latihan, namun perasaan semasa melaksanakan tugasan ini amat menarik. Saya melihat kepada aspek kepelbagaian teori yang dikemukakan dan kesemua sebenarnya mampu dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk meneruskan pembelajaran dalam kaunseling. Hal ini kerana, kaunseling merupakan satu bidang imu yang amat berkaitan dengan diri manusia. Bagaimana kita terutamanya sebagai guru, yang bakal menghadapi generasi baru yang kian mencabar. Dengan kaunseling, bukan sahaja ilmu berkenaan psikologi sahaja yang bakal diperoleh, malah lebih daripada itu sebenar. Daripada satu kes kepada satu kes merupakan pengalaman berharga dalam kaunseling, kerana setipa perkara yang berlaku dan masalah yang timbul, memaksa kita untuk kreatif dan merangka strategi berkesan dalam menyelesaikannya. Dengan sebab itu, akan memberi satu pengalaman berharga sebagai seorang kaunselor, apabila melihat klienya berjaya dalam mengharungi pelbagai masalah yang datang hasil bimbingan dan panduan yang diberikan oleh seorang yang mempunyai kemahiran dalam kaunseling

RUJUKAN

Arthur dan Aminah, (1994), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Bee. (1999). Kertas KerjaMetodologi Kaunseling Dalam Menangani Masalah Akidah Umat Islam Masa Kini. Diakses daripada http://larrijal.tripod.com/umum/counseling2.htmChoong Lean Keow. (2010). Siri Pendidikan Perguruan: Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Ibrahim Ahmad, (2002), Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Khoo Bee Lee, (2013). Siri Kaunseling: Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Mizan Adiliah & Halimatun Halaliah (2002), Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor

Muhd. Mansur Abdullah dan S.Nordinar, (1988). Proses Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Mansur Abdullah, (1987), Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti: KaunselingTeori, Proses dan Kaedah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Mok Soon Sang. (2012). Bimbingan dan kaunseling. Selangor Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd