15. laporan reflektif

10
Laporan Reflektif Bina Insan Guru Fasa 4 / 2014 Pada hari Sabtu, 3 Mei 2014, kumpulan kami dari PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1 (Kohort 1) seramai 25 orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 4 bersama 15 orang murid dan 10 orang guru termasuk guru besar serta barisan penolong kanan, 5 orang pekerja dan 5 orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak. Alhamdulillah,tepat pukul 07.30 pagi, pelajar telah mendaftarkan diri di ruang legar kantin sekolah. Sesi pendaftaran berjalan lancar. Sementara menanti kedatangan pelajar selebihnya, ahli jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Menyambut kedatangan pagi dengan sesi bergambar bagi tujuan laporan nanti. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan mengenai posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan apa- apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Kehadiran Tn.Guru Besar ( Pn.Hjh.Rosni Bt Abu Bakar ), Penolong Kanan Pentadbiran ( Pn.Hjh.Latun Adida Bt Kamaruddin ) dan Penolong Kanan Kokurikulum ( Pn.Rohadza Bt Abdul Hamid ) telah melahirkan satu petanda bahawa dengan kerjasama yang mantap daripada semua pihak akan membuahkan hasil yang cukup maksimun bagi menjayakan program ini. Kami juga sangat menghargai kehadiran Pensyarah Pembimbing kami iaitu En.Kahiruddin Bin Saidin yang berusaha sedaya upaya

Upload: ainimad

Post on 16-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Laporan Reflektif Bina Insan Guru Fasa 4 / 2014Pada hari Sabtu, 3 Mei 2014, kumpulan kami dari PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1 (Kohort 1) seramai 25 orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 4 bersama 15 orang murid dan 10 orang guru termasuk guru besar serta barisan penolong kanan, 5 orang pekerja dan 5 orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak.Alhamdulillah,tepat pukul 07.30 pagi, pelajar telah mendaftarkan diri di ruang legar kantin sekolah. Sesi pendaftaran berjalan lancar. Sementara menanti kedatangan pelajar selebihnya, ahli jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Menyambut kedatangan pagi dengan sesi bergambar bagi tujuan laporan nanti. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan mengenai posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Kehadiran Tn.Guru Besar ( Pn.Hjh.Rosni Bt Abu Bakar ), Penolong Kanan Pentadbiran ( Pn.Hjh.Latun Adida Bt Kamaruddin ) dan Penolong Kanan Kokurikulum ( Pn.Rohadza Bt Abdul Hamid ) telah melahirkan satu petanda bahawa dengan kerjasama yang mantap daripada semua pihak akan membuahkan hasil yang cukup maksimun bagi menjayakan program ini. Kami juga sangat menghargai kehadiran Pensyarah Pembimbing kami iaitu En.Kahiruddin Bin Saidin yang berusaha sedaya upaya meredah liku-liku jalanan batu bata, sambil menghirup udara segar sehingga berjaya sampai di SK Sitiawan. Kami amat berbesar hati menyambut kehadiran beliau. Harapan beliau agar peserta dan pihak sekolah dapat mengekalkan penjagaan dan pengurusan taman herba.Selesai pendaftaran, semua peserta program mengambil tempat duduk yang disediakan. Kedatangan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Perak, En.Zuraidi bin Samad ( Pegawai Penyelia Hal Ehwal Murid ) tambah menyerikan lagi suasana program pada hari ini. Ketibaan beliau disambut dengan penuh senyuman dan kegembiraan oleh Tuan Guru Besar SK Sitiawan, barisan guru Penolong Kanan dan Penolong Ketua Kumpulan Pendidikan Islam 1 serta beberpa orang guru lain. Sesi perasmian pembukaan Projek Taman Herba ini diadakan secara santai. Semua peserta berkumpul di hadapan Taman Herba yang pasti akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak. Kehadiran YDP PIBG SK Sitiawan semakin memberi semangat yang kental bagi menjayakan projek ini. Bagi memberkati majlis, acara ini didahului dengan bacaan doa oleh pelajar PPG IPGKTB PA1 iaitu Muhammad Sah bin Daeng. Ucapan Pengerusi Projek lebih membakar semangat kami yang berlobar-kobar untuk memulakan projek ini. Kami sangat memahami bahawa kerjasama yang mantap dan sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum.Ucapan Guru Besar SK Sitiawan yang mengharapkan supaya projek ini sentiasa dipantau secara berterusan. Dengan janaan idea yang mantap , Pn.Hjh.Rosni Bt Abu Bakar menamakan taman ini sebagai Taman Herba Setia Alam. Harapan beliau, jika ada kelapangan masa, semua peserta dialu-alukan untuk melawat Taman Herba ini pada masa akan datang. Ucapan Perasmian daripada En.Zuraidi Bin Samad, PPD Manjung ( Penyelia Hal Ehwal Murid ) telah menyuntik semangat kami untuk memulakan sesi penanaman pokok herba.Gimik Perasmian diteruskan dengan memotong reben untuk masuk ke tapak projek serta menanam sejenis tanaman herba sebagai satu mesej yang diharapkan dalam penjagaan kesihatan secara tradisional. Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni.Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh. Kami sangat gembira dan teruja dengan situasi ini.Program Bina Insan Guru bermatlamatkan untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Berdasarkan matlamat ini, kami merasakan berlaku peningkatan dalam diri kami terhadap kepentingan mengikuti program BIG ini . Setelah mereflek setiap individu peserta tentang program ini, dapatan daripada analisis kumpulan kami, beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya iaitu aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman ( SWOT ). Program ini mengajak dan melatih diri kami untuk berfikir sejauhmanakah kami berkeyakinan menanam ciri-ciri seorang guru yang mampu menjadi agen perubahan yang diperlukan pada zaman ini.Bermula dengan kekuatan yang saya perolehi sekitar 10 jam program dan aktiviti berlangsung di mana satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui aktiviti kemasyarakatan ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran pelbagai dalam masyarakat. Ini adalah kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan berbudaya.Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan masalah kita. Semua maklumat atau informasi berguna yang kami peroleh sepanjang aktiviti tersebut adalah amat penting untuk kami jadikan sebagai panduan pada masa hadapan. Sesungguhnya, program BIG ini adalah satu wacana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.Selain itu, kekuatan lain yang kami peroleh daripada program ini, di mana sangat terujanya kami dalam berinteraksi dan bekerjasama secara berpasukan sehingga tidak sedar perjalanan masa yang terlalu pantas dan jam telah usai dinihari iaitu menghampiri masa untuk bersurai. Malah, kami sedari bahawa komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integriti, bertanggungjawab dan empati perlu dipamerkan dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.Kami juga mempunyai kekuatan dalam usaha mendapatkan pelbagai jenis tanaman herba . Di negeri Perak sendiri terdapat Projek Taman Herba Negeri yang mampu memberi kepelbagaian jenis pokok herba. Dengan kata lain usaha mewujudkan Taman Herba menjadi lebih mudah dengan adanya bekalan anak pokok oleh pihak Jabatan Pertanian Perak.

Melihat kepada kelemahan sepanjang program ini, kos kewangan adalah menjadi agenda utama. Walaupun wujudnya penaja dalam membuat persediaan projek, tetapi permulaan mencari penaja menghadapi kesukaran kerana tidak ramai penaja yang bersikap ikhlas serta jujur dalam memberi bantuan..Ada yang mengharapkan balasan daripada tajaannya itu. Selama lebih kurang sebulan mencari penaja untuk projek ini, kami diberi jalan mudah oleh yang maha kuasa , di mana dua orang kontraktor binaan sukarela untuk memberi bantuan seikhlas mungkin . Peluang seterusnya, saya mendapat menimba ilmu tentang Standard Operational Procedure (SOP) merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas aktiviti telah memantapkan dan menjayakan program ini mengikut prosedur berkenaan. Setiap peringkat prosedur ini dipelajari dan diikuti agar perlaksanaannya teratur dan sistematik Tidak banyak halangan atau ancaman yang berlaku sepanjang Program ini kerana persediaan awal yang telah dilakukan oleh pelajar. Tetapi, kekangan yang saya rasa perlu dinyatakan disini ialah kekangan keletihan bagi semua guru apatah lagi kepada sebahagian guru yang perlu datang awal. Namun begitu kami tetap merasai satu kepuasan yang membahagiakan kerana berjaya melaksanakan projek yang menelan perbelanjaan yang besar. Secara keseluruhannya, program bagi Projek Taman Herba ini berjalan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang mampu merancang, megendali dan menghadiri bengkel dengan sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang serta meningkatkan profesionalisme kendiri berterusan. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, kami sangat berterimakasih kepada pihak yang terlibat dalam menganjurkan program Bina Insan Guru Fasa 4 kali ini. ANALISA SWOT :Kekuatan (S)S1 Sokongan kuat daripada Guru Besar dan PIBG sekolah yang terlibat. S2 Pelarasan dan agihan tugas yang disediakan membantu guru untuk melaksanakan tugas mereka.S3 Persediaan barang dan kelengkapan untuk pembinaan yang mencukupi.S4 Menyediakan sijil dan laporan Kelemahan (W)W1 Sukar mendapatkan tajaan.W2 Tugas yang diberikan tidak jelas memandangkan peserta PPG tinggal jauh dari tempat program.W3 Terdapat beberapa jenis pokok yang tidak diketahui nama dan khasiatnya.

W3 Sukar untuk membuat pemantauan berterusan.

Peluang(O)O1 Hubungan yang baik antara guru dan pentadbir.O2 Sokongan moral dan kewangan . O3 Bantuan peruntukkan dari sumber lain.O4 Pelajar PPG tinggal di sekitar kawasan sekolah.

Ancaman (T)T1 Khuatir akan faktor cuaca.T2 Bimbang kewangan tidak mencukupi.T3 Bimbang akan ketahanan pokok.T4 Ancaman daripada serangga perosak.

Cadangan dan Penambahbaikkan. Urusetia perlu mengambil kira masa dan tarikh supaya tidak mengganggu waktu cuti pelajar dalam menjalankan aktiviti BIG ini. Pihak pengurusan menyediakan barang-barang keperluan yang mencukupi pada masa akan datang. Taklimat atau mesyuarat kali kedua untuk tindakan susulan sebelum aktiviti. Mengadakan mesyuarat post mortem untuk meninjau masalah selepas aktiviti. Pemberitahuan atau menghebahkan Program di media massa. Memohon tajaan dan kerjasama daripada jabatan pertanian untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.

Memohon pihak tertentu datang melawat tapak projek bagi penambahbaikan.

Mendakan program bersama murid bagi mengenali tanaman herba dan kepentingannya.Disediakan oleh:Zalina Binti HashimSetiausaha Program BIG Fasa 4