131613257-refleksi-pertandingan-permainan-tradisional.pdf

6
PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013 REFLEKSI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL NAMA : AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE NO. K/P : 9101908-08-5888 Pada 12 Mac 2013 bersamaan dengan hari Selasa, seramai 19 orang pelatih guru tahun 3 Pengajian Melayu Semester 5 Ambilan Januari 2011 bersama dengan pensyarah pembimbing bagi subjek PJM 3112 iaitu encik Syed Ameer Ali bin Rahaman, telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Dato Kramat Jalan Perak, Pulau Pinang. Tujuan utama pelaksanaan pertandingan ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan kursus pengurusan dan pentadbiram Pendidikan Jasmani dan Sukan PJM3112. Pelaksanaan permainan tradisional ini juga dapat membantu dalam memberikan satu gambaran dan sudut perspektif baru kepada pelatih guru dalam membangkitkan warisan tradisi nenek moyang kepada pelajar-pelajar yang hidup dalam zaman yang berbeza dari aspek cara hidup dan sosibudaya. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat melatih dan memberi pendedahan awal kepada pelajar guru mengenai pengurusan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Pendedahan ini dapat membantu pelajar- pelajar guru dalam mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani dan sukan di sekolah pada masa akan datang. Sepanjang melaksanakan tugasan pengurusan lawatan ini, saya mendapati ianya bukanlah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan. Pelbagai perkara telah diambil kira terutamanya dalam penetapan tempat dan tarikh pertandingan agar tidak bertindih dengan aktiviti yang telah terkandung dalam takwim institut. Pembentukkan jawatan kuasa lawatan bagi sedit sebanyak membantu dalam pengurusan yang lebih sistematik dan efisyen kerana masing-masing memainkan peranan mereka dan kesannya kerja yang telah dirancang bergerak seperti yang dikehendaki. Alhamdulillah, saya berasa bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan memberikan

Upload: mshubly09

Post on 11-Feb-2016

146 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 131613257-Refleksi-Pertandingan-Permainan-Tradisional.pdf

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

REFLEKSI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

NAMA : AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE

NO. K/P : 9101908-08-5888

Pada 12 Mac 2013 bersamaan dengan hari Selasa, seramai 19 orang pelatih

guru tahun 3 Pengajian Melayu Semester 5 Ambilan Januari 2011 bersama dengan

pensyarah pembimbing bagi subjek PJM 3112 iaitu encik Syed Ameer Ali bin Rahaman,

telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Dato Kramat Jalan Perak, Pulau Pinang. Tujuan

utama pelaksanaan pertandingan ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan

kursus pengurusan dan pentadbiram Pendidikan Jasmani dan Sukan PJM3112.

Pelaksanaan permainan tradisional ini juga dapat membantu dalam memberikan

satu gambaran dan sudut perspektif baru kepada pelatih guru dalam membangkitkan

warisan tradisi nenek moyang kepada pelajar-pelajar yang hidup dalam zaman yang

berbeza dari aspek cara hidup dan sosibudaya. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat

melatih dan memberi pendedahan awal kepada pelajar guru mengenai pengurusan

dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Pendedahan ini dapat membantu pelajar-

pelajar guru dalam mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab dalam hal-hal

berkaitan dengan pengurusan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani dan

sukan di sekolah pada masa akan datang.

Sepanjang melaksanakan tugasan pengurusan lawatan ini, saya mendapati

ianya bukanlah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan. Pelbagai perkara telah

diambil kira terutamanya dalam penetapan tempat dan tarikh pertandingan agar tidak

bertindih dengan aktiviti yang telah terkandung dalam takwim institut. Pembentukkan

jawatan kuasa lawatan bagi sedit sebanyak membantu dalam pengurusan yang lebih

sistematik dan efisyen kerana masing-masing memainkan peranan mereka dan

kesannya kerja yang telah dirancang bergerak seperti yang dikehendaki. Alhamdulillah,

saya berasa bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan memberikan

Page 2: 131613257-Refleksi-Pertandingan-Permainan-Tradisional.pdf

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pertandingan ini dengan begitu baik dan

lancar sekali.

Pengalaman melaksanakan pertandingan ini telah membuka peluang saya untuk

memantapkan diri saya bukan sahaja dari aspek pengurusan semata-mata, malah

ianya juga telah berjaya membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi

saya. Hal ini boleh dijelaskan apabila saya sendiri dikehendaki melakukan interaksi

bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan, sebaliknya ia juga telah membuka peluang

kepada saya untuk membuat interaksi dengan murid-murid di Sekolah Kebangsaan

Dato Kramat apabila melaksanakan pertandingan permainan tradisional tersebut.

Sebagai contoh adalah ketika saya menjadi AJK dalam menjaga stesyen

permainan ikat kaki, saya dikehendaki menerangkan peraturan permainan kepada

murid-murid dan bagi saya penerangan yang diberikan hendakah ringkas dan mudah

difahami oleh murid-murid. Saya juga melakukan komunikasi dua hala dengan

membuka peluang kepada murid-murid untuk bertanyakan soalan sekiranya tidak

faham tentang peraturan yang telah dijelaskan. Keadaan tersebut telah membuatkan

saya berfikir bahawa komunikasi adalah satu kemahiran yang sangat penting kepada

guru, terutmanya dalam menyampaikan atau menerangkan sesuatu agar ilmu yang

ingin disampaikan kepada murid dapat memberi kesan kepada murid-murid.

Sepanjang melaksanakan projek ini, tidak kiralah sama ada sebelum, semasa

dan selepas pertandingan permainan tradisional, saya mendapati tugasan yang telah

diberikan ini telah membantu dalam mengeratkan ikatan ukhwah dalam kalangan

pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu. Hal ini kerana, semasa sesi perbincangan

dijalankan dalam kalangan kami, masing-masing berkongsi pendapat dan idea dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Perbincangan yang dijalankankan bukan

sahaja membantu dalam menjayakan projek ini dengan begitu lancar, sebaliknya ia

juga mengukuhkan hubungan antara kami.

Kerjasama erat dalam satu organisasi pasti akan menjamin kecemerlangan

dalam pelaksanaan dan Alhamdulillah segala berkat usaha dan kerjasama yang

ditonjolkan serta komitmen yang tinggi dalam kalangan ahli jawatan kuasa telah

Page 3: 131613257-Refleksi-Pertandingan-Permainan-Tradisional.pdf

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

menjadikan perjalanan projek ini dilaksanakan dengan begitu lancar sekali ketika

dilaksanakan di sekolah Kebangsaan Dato Kramat. Keadaan ini jelas memperlihatkan

kepentingan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam ahli jawatan kuasa sesuatu

organisasi sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu

matlamat yang dirancang bersama, terutamanya dalam organisasi sekolah.

Pengalaman melaksanakan projek ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran

dalam melaksanakan tugasan, terutamanya berkenaan dengan pengurusan yang mana

ia memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan untuk berurusan dengan pihak-pihak luar

yang berkaitan. Hasil kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Dato Keramat dan Institut

Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah memberikan peluang kepada saya

bersama-sama dengan rakan-rakan untuk memenuhi tuntutan tugasan di samping

membina hubungan dua erat antara organisasi sekolah dan pihak institut. Penerimaan

pihak sekolah dengan sambutan yang baik dan terbuka di samping kerjasama yang

diberikan oleh mereka sama ada dalam kalangan guru-guru mahupun murid telah

menjadikan hasil usaha saya dan rakan-rakan tampak menyerlah.

Pelaksanaan pertandingan ini sebenarnya merupakan satu pendedahan yang

bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak saya dan rakan-rakan, malah

sebenarnya ianya juga satu pendedahan kepada murid-murid di SKDK dalam

mengenali permainan yang telah diwarisi oleh datuk nenek moyang mereka. Hal ini

kerana ada dalam kalangan pelajar itu sendiri tidak pernah bermain permainan

tradisional, maka dengan melaksanakan pertandingan ini, sedikit sebanyak ianya

memberi pendedahan kepada murid-murid di SKDK dalam memberikan mereka

pengalaman untuk bermain permainan tradisional dalam setiap stesyen yang telah

disediakan. Pelaksanaan permainan ini bukan sahaja dapat menghidupkan semula

permainan tinggalan nenek moyang, malah ianya satu tradisi yang harus sentiasa

dikekalkan agar permainan ini tidak lapuk ditelan zaman agar nilai-nilai permainan ini

akan sentiasa terpelihara dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Disebalik kekuatan yang dirasai, terselit juga cabaran yang telah dihadapi oleh

saya dan rakan-rakan sepanjang melaksanakan pengurusan dan pengelolaan

Page 4: 131613257-Refleksi-Pertandingan-Permainan-Tradisional.pdf

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

permainan tradisional. Masalah utama yang dihadapi adalah berkenaan dengan

pemilihan tempat yang sesuai yang mana majoriti dalam kalangan rakan-rakan saya

mempunyai kecenderungan untuk memilih kawasan institut sebagai lokasi untuk

melaksanakan projek ini. Hal ini kerana bagi pandangan saya dengan melaksanakan

permainan tradisonal di institut, saya percaya ianya dapat menjimatkan masa, kurang

menggunakan masa untuk berhubung dengan pihak luar dan kerja akan menjadi lebih

mudah kerana saya dan rakan-rakan sendiri mempunyai komitmen yang lain yang perlu

diuruskan.

Namun begitu, oleh kerana terdapat beberapa permasalahan yang telah

dihadapi, sesi mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan projek permainan

tradisional ini di luar kawasan institut, iaitu di sebuah sekolah. Keputusan yang telah

diambil ini agak mengecewakan namun saya perlu akur. Sesi mesyuarat yang

seterusnya telah dijalankan bagi mengenal pasti tempat yang sesuai untuk

melaksanakan projek permainan tradisional ini dan akhirnya lokasi yang dipilih adalah

sekolah kebangsaan Dato Keramat. Walaupun pada mulanya saya berasa agak

tertekan kerana pengurusan untuk berhubung dengan pihak luar bukanlah sesuatu

perkara yang mudah untuk dilaksanakan, namun saya percaya setiap kesusahan yang

dihadapi merupakan satu peluang untuk mempelajari perkara baharu dalam kehidupan.

Sebagai seorang bakal guru, saya sendiri perlu sedar bahawa setiap kesusahan itu

perlu difikir daripada sudut yang lebih positif agar sesuatu yang dirancangan dan

dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih baik dan efektif. Hal ini kerana saya

percaya persepsi negatif merupakan penghalang kepada tindakkan yang lebih baik.

Oleh kerana pengurusan projek pertandingan permainan tradisional ini

memerlukan pihak kami berhubung dan mendapat pengesahan dengan pihak

pentadbir, ianya telah mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan

pengesahan. Keadaan ini memberi kesan kepada pihak saya dan rakan-rakan dalam

menyelesaikan tugasan dan menyebabkan pihak kami sering kali melakukan

penangguhan kerana mempunyai masalah untuk memilih tarikh yang sesuai. Bagi saya,

walaupun pada hakikatnya ianya telah banyak membuang masa, namun tindakkan bijak

dalam kalangan ahli jawatankuasa adalah mereka sentiasa melakukan perancangan

Page 5: 131613257-Refleksi-Pertandingan-Permainan-Tradisional.pdf

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

awal, iaitu merancangan dan memilih terlebih dahulu aktiviti permainan tradisional yang

ingin dilaksanakan. Jenis-jenis permainan telah dipilih di samping menetapkan

peraturan permainan bagi setiap AJK yang menjaga stesyen mereka.

Kelemahan yang dialami semasa melakukan aktiviti permainan tradisional ini

pula ialah semasa persiapan tempat, saya sebagai ketua bagi stesyen permainan ikat

kaki, masalah yang saya hadapi adalah dalam penetapan masa dan lokasi kawasan

bagi permainan ini. Hal ini kerana saya sendiri tidak dapat membayangkan lokasi

permainan pada awalnya kerana berkemungkinan permainan ini akan diadakan di

lokasi yang bersimen atau mungkin di padang. Penentuan lokasi ini menjadikan saya

sukar untuk menentukan alatan yang sesuai untuk membuat garisan atau penanda

sama ada mahu menggunakan tepung atau pita pelekat putih. Bukan itu sahaja, saya

juga terpaksa membuat beberapa kali perubahan dalam perancangan permainan

apabila mendapat kritikan daripada pensyarah pembimbing dan perubahan di saat-saat

akhir semasa hari program permainan tradisional dilaksanakan. Masalah menjadi

semakin rumit apabila bahan yang dirancang seperti tepung untuk digunakan bagi

membuat garisan hampir habis kerana terdapat beberapa stesyen lain juga turut

menggunakan tepung.

Masalah-masalah ini saya cuba atasi dengan banyak membuat beberapa

perancangan sekiranya berlaku sesuatu yang diluar kawalan. Antaranya adalah saya

telah berbincang dengan ahli jawatan kuasa peralatan untuk menyediakan tepung dan

pita pelekat putih untuk membuat garisan di atas padang. Bagi masalah masa dan

giliran pelajar pula, saya mengambil pendapat pensyarah dan mengubah mengikut logik

masa yang dikehendaki oleh pelajar untuk membuat pusingan secara bergilir-gilir. Bagi

masalah berikutnya, yang mana saya baharu sahaja dimaklumkan bahawa hanya satu

kumpulan bagi setiap stesyen, maka saya terus membuat keputusan secara ad-hoc

untuk membuat perubahan dalam stesyen, terutamanya daripada dua kolum garisan

kepada satu kolum garisan bagi murid-murid untuk berlari dalam permainan tersebut.

Secara kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman dan

pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan, sama ada sebelum, semasa,

Page 6: 131613257-Refleksi-Pertandingan-Permainan-Tradisional.pdf

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

mahupun lepas pertandingan permainan tradisional. Pelaksanaan pengurusan dan

pengelolaan pertandingan ini telah mengajar saya perihal pengurusan yang perlu

dilakukan oleh ahli jawatan kuasa dalam penghasilan kertas kerja, mesyuarat antara

ahli jawatan kuasa, minit mensyuarat dan lain-lain lagi. Kesemua pendedahan ini

merupakan satu kelebihan kepada saya dan pelajar guru yang lain dalam menghadapi

cabaran sebagai guru ketika menjawat dalam posisi sebagai guru tetap pada masa

akan datang. Tidak dinafikan juga ilmu yang telah diperolehi semasa melaksanakan

pertandingan tersebut. Pelaksanaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah membantu

saya dalam mendapatkan gambaran sebenar nilai pengurusan apabila menjadi guru,

iaitu situasi penguruskan sesuatu semasa belajar adalah berbeza semasa bekerja dan

perkara itulah yang perlu saya fahami iaitu situasi sebenar alam pekerjaan semasa

menjadi guru pada masa akan datang. Oleh itu saya mengharapkan segala yang telah

saya pelajari daripada pengurusan pertandingan ini sedikit sebanyak membantu saya

dalam menguruskan sesuatu aktiviti dengan lebih baik pada masa akan datang.

.