sistem pertandingan dalam permainan futsal (autosaved)

Download SISTEM PERTANDINGAN DALAM PERMAINAN FUTSAL (Autosaved)

Post on 29-Jun-2015

1.653 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SISTEM PERTANDINGAN DALAM PERMAINAN FUTSAL

Terdapat dua jenis Malaysia, iaitu:

sistem pertandingan Futsal yang seringkali digunakan di

(a) Sistem Pertandingan Liga (b) Sistem Pertandingan Kalah -Mati (c) Sistem Separuh Liga

Sistem Pertandingan Liga

Pertandingan Liga memberi peluang penyertaan yang maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan yanng bertanding dan dapat men ghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang panjang.Dalam pertandingan Liga, penentuan pasukan -pasukan teratas atau pemenang akan mengikut susunan hirarki berikut: (a) Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi (b) Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak, jika seri (c) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak, jika seri (d) Pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang terbanyak, jika seri (e) Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya, jika seri (f) Jika seri, pasukan pemenang akan diputuskan oleh pihak penganjur dan keputusan ini adalah muktamad.

Sistem Pertandingan Kalah-Mati

sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta atau pasukan yang tingga l diisytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan: (a) masa yang diperuntukkan untuk pertandingan adalah singkat (b) peruntukan kewangan yang disediakan untu k pertandingan adalah terhad (c) penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya (d) bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad Dalam Pertandingan Kalah -Mati, satu pusingan penentuan pemenang adalah mengikut susunan hirarki yang berikut : (a) Pasukan yang menang dalam masa penuh permainan, jika seri (b) Pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan FIFA, jika seri, dan (c) Pemenang akan ditentukan dengan lambungan syiling

Sistem Pertandingan Separuh Liga

Sistem pertandingan separuh liga merupakan sistem yang pada awal permulaan permainan tersebut menggunakan sistem permainan jenis liga.tetapi, pada akhir masa perlawanan bagi menetukan johan dan naib johan dalam pertandingan tersebut, barulah digunakan sist em kalah-mati. Sistem ini dilakukan bagi mempercepatkan proses perlawanan untuk menentukan johan pertandingan.

BYE

Bilangan peserta yang mendapat bye boleh dikira dengan formula gandaan kuasa bagi angka 2. Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua y ang terdekat iaitu2(4)=16. Jadi bilangan bye=16 -14=2 Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua kumpulan atas dan kumpulan bawah. Sekiranya dua bye yang diperuntukkan, bye akan diberi kepada peserta pilihan pertama dan kedua.

TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

Jika mana-mana pasukan yang menarik diri daripada pertandingan selepas cabutan dibuat, atau sebelum menamatkan jadualnya. Semua pertandingan/ perlawanan yang disertai pasukan yang menarik diri daripada pertandingan atau digantung pada bila-bila masa semasa musim pertandingan akan di anggap sebagai tidak berlaku. Pemain yang berdaftar dengan sesuatu pasukan yang menarik diri atau digantung daripada pertandingan mesti memohon daripada pengurus pertandingan untuk untuk berdaftar dengan pasukan baru dan keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua ahli gabungan.BANTAHAN

(i) Semua pertanyaan mengenai kelayakan, kelulusan pemain, atau tafsiran peraturan akan dirujuk kepada pengurus pertandingan. (ii) Semua surat bantahan mestilah ditandatang ani oleh pengurus pasukan.

Sebarang surat bantahan yang tiada ditandatangani oleh pengurus pasukan tidak akan dilayan. (iii) Tiada bantahan (termasuk bantahan yang berkaitan dengan ukuran padang atau kelengkapannya) akan dilayan.

KEPUTUSAN MUKTAMAD

Keputusan Jawatankuasa pertandingan adalah muktamad.

PERLAWANAN

Semua perlawanan akan diadakan mengikut undang -undang perlawanan seperti yang diiktiraf oleh FIFA/Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam peraturan ini.PEMAIN YANG TIDAK BERDAFTAR

Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang tidak berdaftar atau yang tidak layak akan dikenakan akan di anggap telah kalah dalam perlawanan tersebut. Tindakan lanjut akan di ambil terhadap pasukan tersebut mengikut budi bicara Jawatankuasa Pertandinngan dan sebanyak tiga (3) mata akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 0.PENGADIL

Sekiranya pemain atau pegawai sesuatu pasukan menyerang pegawai perlawanan (pengadil/penolong pengadil/pengadil pengganti dan pegawai pertand inngan yang di lantik). Pasukan itu akan digantung sementara serta merta daripada pertandingan. Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap tiap permainan yang dipertandingkan mulai dengan peringkat awal. Referi kehormat/ Ketua Pengadil hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi semua permainan yang dipertandingkan.

TEMPOH PERLAWANAN

Masa permainan adalah 7 minit secara running time bagi setiap separuh masa. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 1 minit, kecuali dengan izin Pengadil. Jika masih tidak ada keputusan pada akhir perlawanan akan ditentukan dengan tendangan dibuat dari tanda penalti.

AMARAN

Pemain yang mendapat dua(2) amaran (kad kuning) secara automatik digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan ketika mana dia mendapat amaran kedua. Pemain yang menerima amaran ketiga akan secara automatik dilarang daripada bermain dalam perlawanan berikutnya. Pemain yang diperintah keluar padang oleh pe ngadil akan secara automatik digantung dua perlawanan.WARNA JERSI

Apabila warna jersi kedua -dua pasukan adalah sama, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam senarai jadual perlawanan akan menukarkan jersinya. Penjaga gol semasa bermain dalam perlawanan akan memakai warna yang berbeza daripada kedua-dua pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada pengadil. Kecuali penjaga gol, semua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dengan pelapik tulang kering (shin guard), dan pemain akan diberikan amaran jika ingkar. Pasukan yang memakai warna yang tidak didaftarkan dengan jawatankuasa pertandingan mesti mendapat persetujuan tentang pertukaran warna itu dengan pasukan lawan terlebih dahulu. Semua jersi hendaklah bernombor.

ISYARAT PE

ADI

Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga atau kalah mati tertakluk kepada penyertaan seperti berikut:

y

CARA SATU KUMPULAN

Sekiranya hanya 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara LIGA 1 pusingan akan dijalankan. Johan dan Naib Johan ditentukan di dalam pertandingan mengikut ranking pasukan yang teratas.y

CARA DUA KUMPULAN

Pusingan Awal a. Sekiranya enam (6) hingga lapan (8) pasukan mengambil bahagian, pasukan

akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan A dan B. b. Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan akan

berada dalam kumpulan B1. c. Pasukan yang mendapat tempat ketiga dan keempat tahun lalu akan diundi

tempatkan dalam kumpulan A atau B dengan syarat pasukan yang mendapat tempat keempat tidak akan bersama dengan tempat ketiga tahun lalu.

d.

Pasukan lain yang tidak terlibat dalam perkara di atas akan ditempatkan

berasingan secara undian. Penetapan kumpulan akan dibuat melalui undian.

e.

Sekiranya berlaku penarikan diri dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan,

maka pasukan B2 secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan A. Pusingan Separuh Akhir a. Johan A akan bertemu Naib Johan B, dan Johan B akan bertemu Naib Johan A. Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati.

b.

Pusingan Akhir a. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu untuk menentukan Johan dan Naib Johan.y

CARA TIGA KUMPULAN

Sekiranya sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan mengambil bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan (A,B dan C).

Setiap kumpulan mengandungi sekurang -kurangnya 3 pasukan.

Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1. Pasukan yang mendapat tempat ketiga tahun lalu akan ditempatkan di kumpulan C. Manakala untuk pasukan lain, tempat akan ditentukan melalui undian.

Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik masuk ke kumpulan B. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk memasuki pusingan Suku Akhir. Johan A dan Johan B terus layak ke peringkat separuh akhir.

Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.y

CARA EMPAT KUMPULAN

Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan (A,B,C dan D). Setiap kumpulan mengandungi sekurang -kurangnya 3 pasukan. Johan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A manakala naib johan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpu lan B. Tempat ketiga pula akan ditempatkan dalam kumpulan C dan tempat keempat tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan D. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik masuk ke kumpulan B. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan C sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasuk