127739723 laporan lengkap big fasa2

19
LAPORAN BINA INSAN GURU FASA II PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN : PROGRAM ISWAZAH AMBILAN JUN 2014 TARIKH :10 JUN 2011 HARI :JUMAAT TEMPAT : RUMAH AMAL PERMATA KASIH 2, LORONG PAUH JAYA 2/3, TAMAN PAUH JAYA, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG. PENSYARAH : ENCIK DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN PENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PN. JAFIZAH BINTI JAAFAR PENSYARAH TUTOR DISEDIAKAN OLEH : DG NO K/P : 710325-07-5008 0

Upload: via-dolorosa

Post on 09-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

LAPORAN

BINA INSAN GURU FASA II

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN :

PROGRAM ISWAZAH AMBILAN JUN 2014TARIKH :10 JUN 2011

HARI :JUMAAT

TEMPAT :

RUMAH AMAL PERMATA KASIH 2,

LORONG PAUH JAYA 2/3,

TAMAN PAUH JAYA,

13500 PERMATANG PAUH,

PULAU PINANG.

PENSYARAH :

ENCIK DATU RAIMAN BIN DATU KAUMANPENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PN. JAFIZAH BINTI JAAFARPENSYARAH TUTOR

DISEDIAKAN OLEH :

DGNO K/P : 710325-07-5008

Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan seperjuang yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa ll sehingga berjaya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan program BIG ini. Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Puan Jafizah bt Jaafar selaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan masa dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Saya memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang program ini. Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.Sekian terima kasih.

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diwajibkan kepada semua guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus perguruan dan telah mula diolaksanakan sejak 2001.

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama, nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan perkembangan program.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk :-

Memberikan motivasi khususnya kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun 2011

Menberikan khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada

tahun 2011.

Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat termasuklahgotong-royong membersihkan kawasan kediaman.

Memperkasakan jati diri dan perbadi guru yang lebih mantap dan jitu.

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat: 1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran

agama;

2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,

bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;

3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,

emosi, rohani dan sosial;

4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal

serta perpaduan masyarakat;

5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan

berkesan ; dan

6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan

mengendalikan sesuatu program dengan baik.6.0LAPORAN REFLEKSI 6.1 LAPORAN AKTIVITI

A. PRA PERLAKSANAAN

Satu mesyuarat telah diadakan pada 28 Mei 2011, 8.30 malam di Kelas PISMP Pemulihan, IPG Kampus Kent Tuaran untuk membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa ll. Aktiviti bagi Program BIG kali ini meliputi aktivti-aktiviti kemasyarakatan dan kursus yang mengambil masa selama 10 jam.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua peserta kursus PISMP. Sepanjang mesyuarat ini, kami telah membuat perbincangan berkaitan dengan:-

i. Pemilihan tempat masa Program BIG Fasa ll

ii. Penentuan tarikh perlaksanaan

iii. Penentuan organisasi program

iv. Briefing tentang tugasan setiap jawantankuasa kerja

v. Jadual perlaksanaanOleh kerana masalah kekangan masa, setiap jawatankuasa diminta menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa mesyuarat kali kedua. Saya selaku bendahari bagi program ini diberi tanggungjawab untuk mengumpul wang untuk memberi sumbangan kepada kanak-kanak di rumah amal terasebut. Setelah berbincang dengan AJK bahagian cenderamata dan hadiah, kami membuat keputusan untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan dapur seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, sos, kicap dan sebagainya. B. SEMASA PERLAKSANAANKami berkumpul di Dewan Hone IPG Kent pada pukul 2 petang kerana pada awal paginya kami masih mengadakan aktiviti kuliah. Encik Datu Raiman Bin Datu Kauman merupakan pensyarah jemputan dari jabatan JPIP Kent untuk melkasanakan sesi Ceramah guru dan Hubungan Komuniti bagi program ini. Kami sampai di destinasi pada pukul 8.45 pagi. Setiba di sana, kelihatan anak-anak rumah amal tersebut telah bersedia menunggu ketibaan kami dengan penuh ceria dan bergaya. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengacara majlis, Saudara David Dalton dan Saudari Tan Yen Yin bagi memulakan majlis yang akan dijalankan. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Jafizah bt Jaafar sebagai penasihat serta pensyarah iringan .

Pada pukul 9.00 pagi, aktiviti-aktiviti dijalankan seperti yang dirancangkan. Slot motivasi, slot kecemerlangan UPSR Matematik, slot kecemerlangan bahasa Inggeris serta rekreasi matematik dijalankan serentak mengikut stesen. Para penceramah bagi setiap slot akan dibantu oleh fasilitator-fasilitator. Slot motivasi yang diketuai oleh Puan Sarveswari memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak agar mereka lebih bersedia untuk pembelajaran di sekolah dan seterusnya untuk menghadapi cabaran hidup yang akan mereka tempuhi kelak.Bengkel Peningkatan Matematik UPSR dikendalikan oleh Puan Norhayati bt Otkman, Puan Suhain bt Shaharuddini, Puan Azmah bt Awang Ahmad dan Puan Wahida bt Ibrahim.Anak-anak didedahkan tentang format kertas Matematik UPSR secara umum dan cara pengiraan untuk mendapatkan jawapan. Tajuk tajuk utama seperti nombor bulat dan pecahan diterangkan secara teliti kepada mereka agar dapat menguasai kemahiran tersebut. Tip-tip penukaran unit yang melibatkan hari,jam,tahun,bulan,minggu,kg.km diberi dengan harapan mereka dapat menggunapakai tip-tip tersebut semasa menduduki peperiksaan UPSR. Selain daripada itu, anak-anak rumah amal tersebiut juga diajar untuk membentuk bentuk 3 matra seperti kubus, kuboid dan piramid daripada bentangan yang sediakan oleh mereka. Bengkel Peningkatan Bahasa Inggeris UPSR dikendalikan oleh Puan komathy a/p Raja Mogan, Puan Chanderalekha a/p Kalaimutho dan Encik Mohd Izham Abd Hamid. Objektif perlaksanaan bengkel ini adalah untuk membuka minda pelajar untuk mengenali diri dan memahami teknik menjawab soalan soalan berasaskan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris / kertas 2 / bahagian B. Para penceramah member penerangan secara terperinci dengan contoh soalan peperiksaan supaya mereka memahami kehendak soalan-soalan tersebut. Ilmu-ilmu yang disampaikan diharap dapat membantu mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih yakin.

Program Rekreasi Matematik ini dikendalikan oleh tiga orang fasilitator iaitu Pn. Rabiyah bt. Ibrahim, Pn. Rosmawati bt. Muhammad dan Pn. Rosilawati bt. Idris. Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membina jati diri peserta agar lebih bersikap positif, kuat semangat, berani dan yakin pada diri sendiri,. Di samping itu slot inimembawa konsep bahawa Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyenorokkan ( Matematik Is Fun ). Aktiviti ini dijalankan di luar kawasan rumah amal iaitu di padang permainan yang berdekatan. Aktivti nyanyian dan permainan yang dijalankan ternyata berjaya membentuk keyakinan diri ,bersifat positif dan berani berhadapan dengan orang lain.Aktiviti gotong-royong untuk mengecat rumah amal turut dijalankan serentak. Semua peserta kursus yang tidak terlibat dalam program motivasi dan kecemerlangan UPSR melibatkan dirti dalam aktiviti gotong royong. Saya juga turut membantu AJK Gotong royong dalam aktiviti mengecat ini. Sebelum bermula mengecat kami berbincang untuk menentukan bahagian rumah yang akan dicat semula, iaitu bahagian depan termasuk bahagian pintu masuk. Kerja-kerja seperti mengikis berkas-berkas cat yang mengelupas dan membersihkan dinding perlu dibuat sebelum mengecat. Walaupun terpaksa bekerja kuat di bawah kepanasan namum dengan kerjasama dan semangat bekerja yang tinggi dalam diri setiap individu, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna. semua kerja mengecat dalam tempoh masa lebih kurang 3 jam . Setelah selesai semua aktiviti, kami semua berkumpul untuk mengadakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada anak-anak rumah amal.Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak rumah amal. Ketua bagi setiap slot memberi laporan ringkas dan membuat rumusan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan .Majlis tamat dengan ucapan penutup dari Puan Jafizah dan penasihat rumah amal .Jamuan ringkas diadakan pada penghujung majlis. Majlis bersurai. Kami bertolak balik ke institut pada pukul 12.30 tengah hari.Pada pukul 3.00 petang , kami berkumpul semula di perkarangan surau Al Falah di IPG KPP. Kami membahagikan tugas untuk aktiviti seterusnya iaitu menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan suaru Al Falah dan kawasan pra sekolah IPG KPP. Program Bina Insan Guru Fasa ll ini tamat pada pukul 6.00 petang.

6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )Strength (Kekuatan)

Para peserta kursus PGSR merupakan guru yang berpengalaman dalam mengajar dan berurusan dengan murid-murid sekolah. Kepakarana ini dapat digunakan dengan baik dalam melaksanakan slot motivasi dan slot kecemerlangan UPSR khususnya subjek Matematik. Mereka dapat memberi pendedahan yang menyeluruh kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Selain itu, kami juga mempunyai dua orang guru kaunseling yang telah menjalankan sesi motivasi dengan jayanya. Mereka dapat menyemarakkan semangat anak-anak berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Weakness (Kelemahan)

Masalah kekangan masa merupakan kelemahan bagi program BIG kali ini. Jadual waktu kuliah yang padat dan peperiksaan akhir semester menyebabkan kami tidak sempat membuat perancangan yanglebih baik lagi.Masalah ruang rumah yang agak sempit menimbulkan sedikit masalah semasa menjalani lot motivasi dan slot kecemerlangan UPSR. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan serentak di ruang tamu rumah amal tersebut menyebabkan murid tidak dapat member tumpuan sepenuhnya kerana gangguan suara dari kumpulan yang lain.

AJK gotong royong mengecat hanya sempat mengecat semula bahagian depan ruamh amal tersebut kerana kesuntukan masa.

Opportunity (Peluang)

Pengalaman melaksanakan program ini telah membuka peluang kepada kami untuk menganjurkan program khidmat masyarakat dan kursus berbentuk akademik yang lebih menarik dan mencabar pada masa akan datang. Threat (Halangan)

Halangan program ini adalah kesuntukan masa. Input-input yang diberi hanya meliputi kemahiran asas sahaja. Teknik-teknik menjawab soalan Matematik tidak sempat dijalankan. Bilangan peserta program yang tidak ramai dan kurang berpengalaman dalam aktiviti mengecat hanya sempat mengecat bahagian hadapan rumah amal tersebut.

7.0

REFLEKSI KENDIRI

Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti Program Bina Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan untuk memupuk kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan, sikap bekerjasama antara satu dengan lain di samping memberi sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga mahupun wang kepada pihak yang memerlukan dan memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali pertama saya mengikutiprogram sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.Program BIG kali ini kami telah pergi ke Rumah Amal Permata Kasih yang terletak di Permatang Pauh Tujuan kami ke sana adalah untuk memberikan khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini serta menjalani aktivti gotong royong mengecat rumah amal tersebut.

Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , kelihatan semua ahli dalam setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat bekerjasama dan member komitmen yang sungguh tinggi membuat persiapan. Walaupun kami menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya selaku bendahari program bergabung tenaga dengan AJK hadiah dan cenderamata untuk memutuskan jenis sumbangan yang patut disumbangkan. Kami hanya berpeluang membeli barangan sumbangan selepas peperiksaan semester tiga. Kami mencuba sedaya upaya untuk memaksimumkan pembelian dengan jumlah budget di tangan agar dapat memenuhi cadangan barangan keperluan dari pihak penaung rumah amal tersebut.Setiba di rumah amal, kelihatan anak-anak rumah amal tersebut sedang menunggu ketibaan kami di halaman rumah mereka dengan penuh sabar dan penuh ceria. Mereka megenakan pakaian yang cantik dan senyuman yang manis. Saya berasa terharu kerana menurut penaung rumah amal tersebut kebanyakan daripada anak-anak itu telah balik ke pangkuan keluarga masing-masing semasa cuti sekolah. Oleh kerana kunjungan kami, mereka sanggup balik ke rumah amal ini untuk member sokongan bagi program ini. Pada ketika itu,saya tersa untuk membantu mereka sedaya upaya dengan menyumbangkan tenaga saya dengan sebaik mungkin bagi menjayakan program ini.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain,kelihatan mereka menjalankan tugas yang telah diagihkan dengan penuh semangat. Ini menunjukkan bahawa saya dan rakan-rakan begitu prihatin dalam menjalankan tanggungjawab yang dpikul. Daripada aspek ini, saya sebenarnya belajar betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin dan rasa tanggungjawab seorang ahli biasa dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh ketua. Sifat-sifat ini sebenarnya amat penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbirdi sekolah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Dengan kerjasama setiap pasukan kerja,dalam tempoh masa lebih kurang 4 jam, kami berjaya menghabiskan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Dari pengalaman ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya semangat bekerjasama antara satu pasukan kerja. Semangat ini amat diperlukan ketika para guru bertugas di sekolah. Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir , rakan sekerja, ibu bapa para pelajar dan masyarakat setempat amat diperlukan.Saya juga menghadapi cabaran ketika melakukan aktiviti mengecat pada hari tersebut. Ini adalah kerana saya tidak menpunyai pengalaman dalam mengecat. Pada permulaannya saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cat kapur di permukaan di dinding perlu dikikis sebelum aktiviti mengecat dibuat. Oleh sebab itu cat baru yang disapu telah mengelupas. Atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh rakan yang berpengalaman, saya mampu menolong menjalankan tugas ini dengan baik. Saya merasa gembira kerana mampu melakukan tugasan ini dengan baik. Walau bagaimanapun,dalam hati saya masih terasa kemahiran pada diri saya masih tidak mencukupi kerana baju kesayangan penuh dengan bintik-bintik putih ( kesan cat ). Pengalaman ini boleh saya pratikkan kelak untuk mengecat bilik darjah atau rumah sendiri.Saya sempat bersembang dengan beberapa orang kanak-kanak tentang keluarga mereka dan pencapaian mereka dalam pelajaran. Seacara tidak langsung melalui perbualan kami, saya rasa guru-guru di sekolah perlu lebih prihatin kepada anak murid mereka dan memahami mereka sama ada dari segi latar belakang atau segi emosi. Ini adalah kerana pencapaian dalam pelajaran berkaitan rapat dengan latar belakang keluarga .Guru perlu lebih sabar dan bersifat penyayang ketika berurusan dengan mereka agar perasaan mereka tidak tersinggung dan terasa selamat. Keadaan ini akan membawa mereka berjumpa dengan kita jika mereka menghadapi masalah.Kesimpulannya,banyak pengalaman dan cabaran telah saya hadapi sepanjang program ini dijalankan.Program ini sebenarnya memberi saya peluang untuk membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk menjadi seorang guru berdedikasi pada masa akan datang

Disediakan oleh,Tan Yeit Fong

PGSR Matematik Kohort 2 Ambilan Nov. 2009

1