122945365-modul-bmm-3109

Upload: md-yazid

Post on 14-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    1/75

    MODUL BMM 3109 - MORFOLGI BAHASA MELA

    as salam and welcome..

    TAJUK 1 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

    Konsep Morfologi

    Bentuk kata Bahasa Melayu

    Golongan kata Bahasa Melayu

    Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk

    perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan

    susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang

    bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau

    hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan

    kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi

    dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa

    Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam

    bahasa Melayu.

    Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk

    perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk

    tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan

    bahasa manusia.

    Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam

    kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-

    unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    2/75

    terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

    Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang

    lengkap dan dapat berdiri sendiri.

    Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentukperkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggaldanputih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada prosespengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secarapengimbuhan ialah meninggaldan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuksecara pemajmukan ialah reka bentukdan surat khabar. Manakala contoh perkataanyang dibentuk secara penggandaan ialah besar besardan baju baju.

    Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar

    untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran

    dan sisipan. Imbuhan imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar

    membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja

    dan kata adjektif.

    Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan

    bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan

    bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan

    unsur lain.

    Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata

    dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau

    penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu

    berdasarkan rentak bunyi tertentu.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan konsep Imbuhan.

    2. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.

    3. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    3/75

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

    1.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep

    Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan

    Kata dalam Bahasa Melayu

    1.1 Definisi Imbuhan

    Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?

    Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri

    daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang

    imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas

    bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang

    dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain

    yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah

    bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk

    fleksi.

    Abdullah Hassan (2004) :Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan

    pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu

    awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan

    dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu

    kata kerja, dan kata adjektif.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    4/75

    Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa

    merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.

    Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

    Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri

    dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan

    perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara

    mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan

    demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

    1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

    Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang

    besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan

    yang dipinjam daripada bahasa asing.

    1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

    Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan

    pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    5/75

    1

    .2.1.1

    Awala

    lan

    Imbuh

    an

    yang

    diletak

    kan di

    awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-,

    men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain.Misalnya ber- dalam

    ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

    1.2.1.2 Akhiran

    Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata

    dasar) dalam pemakaian. Misalnyakan dalamjalan+kan dan -i dalam akhir+i.

    1.2.1.3 Apitan

    Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan

    hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an

    dan di-.....-idalam di+ikut+i,

    1.2.1.4 Sisipan

    Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu

    er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er-

    dalam s+er+uling danem-, dalam g+em+uruh.

    1.2.1.5 Morfem Kosong

    Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

    1.2.1.5 Fleksi

    Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    6/75

    1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu

    Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan

    mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :

    1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit

    Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama

    ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif

    dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu.

    Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan

    dan akhiran.

    Awalan Akhiran

    maha maharaja man seniman

    tata tatabahasa man budiman

    pra prakata wan angkawan

    swa swadaya wan jelitawan

    tuna tunabusana wati olahragawati

    eka ekabahasa wati seniwati

    dwi dwitahunan nita karyanita

    tri tribulan nita biduanita

    panca pancaindera

    1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi

    Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam

    ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam,

    bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    7/75

    memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu,

    terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat

    dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

    Awalan Akhiran

    bi- biadap -wi duniawi

    bilazim -i abadi

    binormal -iah lahiriah

    -in hadirin

    munafikin

    -at hadirat

    munafikat

    -ah qariah

    solehah

    1.2.2.3 Imbuhan Yunani Latin - Inggeris

    Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal

    daripada imbuhan bahasa Yunani Latin Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak

    berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan

    seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

    Awalan Akhiran

    pro- probarat -isme sosialisme

    anti- antikerajaan -isme nasionalisme

    poli- poliklinik -ik prolifik

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    8/75

    auto- autograf -ik saintifik

    sub- subbidang -si sensasi

    supra- supranasional -si revolusi

    hetero- heterograf -al praktikal

    heksa- heksagon -al klinikal

    hidro- hidrolisis -is potensi

    homo- homogen -is praktis

    hiper- hiperbola

    kilo- kilometer

    makro- makrolinguistik

    infra- intrajabatan

    inter- intervokal

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    9/75

    Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa MelayuMengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

    1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

    Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,

    kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses

    pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-

    proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim

    Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa MelayuMengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

    1.3.1 Proses Pengimbuhan

    Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata

    dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,

    akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata

    dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan

    kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

    Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan

    Pem- bawa pembawa

    Memper- kuat memperkuat

    -isme nasional nasionalisme

    -i dekat dekati

    Peng-.....-an isytihar pengisytiharan

    Men-.....-i ikut mengikuti

    Ke-...-an sihat kesihatan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    10/75

    Ber-....-an lari berlarian

    -er- gigi gerigi

    -em- gilang gemilang

    Prose

    s

    pengi

    mbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada

    sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke-

    + mudi ( kemudi ).

    Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan

    kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi

    kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasarkarang, misalnya,

    dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima

    apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.

    Berikut ialah beberapa contoh lain :

    1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN

    Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih

    dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusidan malas

    masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk

    kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasarini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas

    atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

    1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk

    Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan

    libat terlibat keterlibatan

    lanjur terlanjur keterlanjuran

    balik terbalik menterbalikkan

    sambung sinambung kesinambungan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    11/75

    Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara

    pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

    3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.

    Contohnya :

    urus niaga berurus niaga

    cari gali mencari gali

    reka bentuk direka bentuk

    daya serap daya serapan

    3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,

    Contohnya :

    lipat ganda melipatgandakan

    surat khabar persuratkhabaran

    urus niaga diurusniagakan

    ibu bapa keibubapaan

    1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk

    Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk

    melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

    Contohnya :

    rumah sakit rumah-rumah sakit

    guru besar guru-guru besar

    Raja Muda Raja-raja Muda

    Timbalan Naib Canselor Timbalan-timbalan Naib Canselor

    Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap.

    Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    12/75

    Contohnya :

    setiausaha setiausaha-setiausaha

    jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa

    tanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab

    1.3.3 PROSES PENGGANDAAN

    Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada

    secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan

    kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;

    1. Penggandaan penuh,

    2. Penggandaan separa, dan

    3. Penggandaan berentak.

    1.3.3.1 Penggandaan penuh

    Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.

    Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :

    Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.

    Contohnya :

    Sekolah sekolah-sekolah

    makan makan-makan

    besar besar-besar

    baju baju-baju

    Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

    Contohnya :

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    13/75

    1.3.3.2 Penggandaan separa

    Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.

    Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

    pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya

    serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk

    gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini

    dapat digambarkan seperti yang berikut :

    jari jejari jejari

    siku sisiku sesikusungut susungut sesungut

    pohon popohon pepohon

    laki lalaki lelaki

    pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya

    mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada

    kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di

    bahagian hadapan kata dasar.

    pelari pelari-pelari

    perbualan perbualan-perbualan

    kekasih

    kekasih-kekasih

    kejadian kejadian-kejadian

    Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan

    tersenyum tersenyum-senyum

    bercakap bercakap-cakap

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    14/75

    1.3.3.3 Penggandaan Berentak

    Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi

    tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar

    digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan

    pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

    1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

    2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

    3 Penggandaan Berentak Bebas

    Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas

    Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri

    keharmonian vokal,

    Contohnya :

    sayur sayur-mayur

    ramah ramah-tamahcerai cerai-berai

    Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

    Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan

    tertentu,

    setinggi setinggi-tinggi

    membantu bantu-membantu

    mencuit cuit-mencuit

    menari tari-menari

    mengejar kejar-mengejar

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    15/75

    Contohnya :

    kayu kayu-kayan

    tanah tanah-tanih

    simpang simpang-siur

    Perhatian:

    Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.

    1.3.4 KATA AKRONIM

    Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah

    kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan

    menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata

    daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

    Contohnya :

    ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

    Bernama - Berita Nasional Malaysia

    Kugiran - kumpulan gitarrancak

    Cara Menulis Kata Akronim

    Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada carapembentukkannya.

    1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya

    Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

    disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

    Contohnya :

    ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

    UMNO - United Malay National Organisation

    1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya

    Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis

    dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    16/75

    Contohnya :

    tabika - taman bimbingan kanak-kanak

    purata - pukul rata

    kugiran - kumpulan gitarrancak

    1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar

    Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku

    katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf

    besar.

    Contohnya :

    Bernama - Berita Nasional Malaysia

    Intan - Institut TadbirAwam Negara

    Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

    # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

    pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,

    proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan

    kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

    1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk

    mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.

    2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat

    tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.

    BACAAN TAMBAHAN

    Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    17/75

    Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

    Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

    TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA

    MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata

    majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal

    dan kata terbitan.

    HASIL PEMBELAJARAN

    (i) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal

    (ii) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan

    (iii) Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk

    (iv) Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda

    (v) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal

    (vi) Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    18/75

    2.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan

    bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal

    pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk

    kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata

    terbitan.

    2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal

    Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,

    pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri

    hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya :

    Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat,dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru

    Kata Tungga Dua Suku Kata dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh,dekat, sini, sana

    Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya, cahaya, gembira, berita, almari,laksana, isyarat

    Kata Tunggal Empat SukuKata dan lebih

    universiti, sayembara, mahasiswa,cenderamata, personifikasi

    Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Huruf Awal)

    ABIM, UMNO, ADUN, MAS.

    Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Suku Kata)

    cerpen, purata, tadika, taska, cereka

    Kata Tunggal - Akronim

    (Gabungan Huruf Awal dan/Suku Kata - Nama Khas)

    Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)

    Mara (Majlis Amanah Rakyat)Pernas (Perbadanan Nasional)

    2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    19/75

    Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses

    mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama,

    kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang

    merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

    Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Nama)

    peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-,sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-,mikro-, pro-, semi-, tele-

    Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Kerja)

    meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-

    Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Adjektif)

    ter-, se-, te-

    Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Nama)

    -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,-ita, -is, -

    Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Kerja)

    -kan, -

    Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Nama)

    peN-, -an, per-, -an, pel--an, ke--an

    Kata Terbitan Berapitan

    (Apitan Kata Kerja)

    meN--kan, ber--kan, ber-, -an, di--

    kan, meN-- , di-- , diper--kan, diper--,memper--kan, memper--

    Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Adjektif)

    ke--an

    Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Nama)

    -el-, -em-

    Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Adjektif)

    -el-, -er-, -em-, -in-

    2.3

    Kata

    LATIHAN :

    Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-

    contoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    20/75

    Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk

    Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau

    lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai

    satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah.

    Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih,tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri,Perdana Menteri, Naib Canselor, DutaBesar

    Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar, cakerapadat, telefon dail terus

    Kata Majmuk Kiasan/SimpulanBahasa

    anak emas, berat mulut, buah tangan,kaki ayam, kaki bola

    Kata Majmuk yang Mantap antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan,

    matahari, kerjasama, pesuruhjaya,bumiputera, beritahu, kakitangan,jawatankuasa, sukarela, setiausaha,olahraga, warganegara, tanggungjawab

    Kata Majmuk Jamak(Gandaan kata pertama)

    alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,

    Kata Majmuk Jamak(Penada Jamak - semua, banyak,sekumpulan, persatuan, para,

    pertubuhan, barisan, sebahagian)

    semua Ketua Setiausaha, sekumpulanguru penolong kanan, Persatuan BekasPerajurit,

    Kata Majmuk Terbitan(Awalan dan Akhiran)

    dicampur aduk, mengambil alih, dikenalpasti, daya serapan

    Kata Majmuk Terbitan(Apitan)

    mencampuradukkan, pengambilalihan,pengenalpastian.

    LATIHAN :

    Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk dikampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.

    2.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    21/75

    Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.

    Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan

    secara berima. Contohnya seperti di bawah.

    Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok,kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau

    Kata Ganda Separa lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya,tolong-menolong

    Kata Ganda Berentak lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-perenang, gunung-ganang

    2.5 Golongan Kata Tunggal

    Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan

    penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata

    atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.

    2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama

    Kata Nama Am (Konkrit) baju, seluar, kucing, masjid

    Kata Nama Am (Abstrak) mimpi, perasaan, kemahuan, idaman,kehendak, keadaan

    Kata Nama Khas(Hidup - Manusia)

    YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham TunAbdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, SudirmanSang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok,

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    22/75

    Kata Nama Khas(Hidup - Bukan Manusia)

    Vanda Diana (orkid)Jibrail, Jin.

    Kata Nama Khas(Tak Hidup)

    Proton Perdana V6, Proton Waja, BangunanPentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah

    Kata Ganti Nama (DiriPertama)

    aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

    Kata Ganti Nama (DiriKedua)

    anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian,tuanku, tuan hamba

    Kata Ganti Nama (DiriKetiga)

    baginda, beliau, dia, ia, mereka

    Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini, itu

    Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa

    Kata Ganti Nama (Tempat) sana, sini, situ

    LATIHAN :

    Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikutjenisnya.

    2.5.2 Golongan Kata Terbitan

    Penggolongan Kata: Kata Kerja

    Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli, menggunakan, mendiami,mengabaikan, mempererat, menyiram

    Kata Kerja Transitif (Pasif) dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat,disiram

    Kata Kerja Tak Transitif(Tak Berpelengkap)

    bangun, datang, tersenyum, kerkibaran,menguning, membesar, terduduk,

    Kata Kerja Tak Transitif(Berpelengkap)

    tinggal, beransur, berbantalkan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    23/75

    LATIHAN :

    Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis katakerja mengikut kumpulannya.

    2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif

    Kata Adjektif Sifat/Keadaan berani, cerdik, cerdas, gopoh

    Kata Adjektif Warna hitam, putih, merah, biru

    Kata Adjektif Ukuran cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

    Kata Adjektif Bentuk bukur, bundar, bulat, leper

    Kata Adjektif Pancaindera ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat,manis, basah, halus

    Kata Adjektif Waktu Baru, lama, spontan, segera

    Kata Adjektif Cara cepat, deras, laju, perlahan

    Kata Adjektif Perasaan benci, cinta, ghairah, ingin

    LATIHAN :

    Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kataadjektif mengikut jenisnya.

    2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas

    Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik

    predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-

    tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria

    kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada :

    kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

    2.5.4.1Kata Penyambung Ayat

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    24/75

    Kata Penyambung Ayat

    Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan,

    sambil, kemudian.

    Kata Hubung Pancangan Relatif yang

    Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk

    2.5.4.2Kata Praklausa

    Kata Praklausa

    Kata Seru wah, amboi, aduh

    Kata Tanya bagaimana, siapa, bila, berapa

    Kata Perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.

    Kata Pembenar ya, benar, betul.

    Kata Pangkal Ayat Maka, alkisah, hatta, syahadan

    2.5.4.3Prafrasa

    Kata Prafrasa

    Kata Bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum

    Kata Penguat amat, sangat, paling

    Kata Penegas juga, lah, kah, tah, pun

    Kata Nafi tidak, bukan

    Kata Pemeri ialah, adalah

    Kata Sendi Nama di, dari, dalam, ke, pada

    Kata Bilangan beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima

    Kata Arah atas, situ, dalam

    2.5.4.4Kata Pascakata

    Kata Pascakata

    Kata Pembenda yang, -nya

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    25/75

    Kata Penekan -nya

    LATIHAN :

    1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi nya sebagai

    kata pascakata.

    BACAAN TAMBAHAN

    Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

    Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.

    Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan

    kepada kata tunggal dan kata terbitan.

    TAJUK 3 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

    Kata Tunggal

    Kata Terbitan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    26/75

    HASIL PEMBELAJARAN

    i. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

    ii. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    3.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian

    Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.

    3.1 Definisi Kata Tunggal

    Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang

    imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses

    penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).

    Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar,

    iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal

    mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

    3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal

    Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata,

    Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan

    akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang

    berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    27/75

    suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai

    kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

    3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu

    3.1.3.1 Kata Tunggal

    Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada

    dua jenis (rujuk Rajah 1.5):

    i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri

    Contoh:

    i. Kamu.

    ii. Sudah?

    iii. Ini?

    ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya

    satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.

    Contoh:

    i. di mana?

    ii. ke Kuala Lumpur

    iii. dari Terengganu

    3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

    Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500.

    Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan

    bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa

    Melayu adalah seperti berikut :

    1. KV Contohnya : yu, ru, ya

    2. VK Contohnya : am

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    28/75

    3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

    4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek

    5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,

    6. KKKV Contohnya : skru, skaf,

    7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

    3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

    Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :

    1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri

    2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air

    3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat

    4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta

    5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan

    6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria

    7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih

    8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko

    9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris

    10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda

    11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting

    # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri

    daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.

    3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

    Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola

    suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku

    kata merupakan kata pinjaman.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    29/75

    1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola

    2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang

    3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea

    4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua

    5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar

    6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan

    7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat

    8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi

    9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat

    10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama

    11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna

    12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu

    13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun

    14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah

    15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat

    16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan

    17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda

    18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna

    19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

    3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

    Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.

    Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :

    1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda

    2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana

    3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara

    4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa

    5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema

    6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur

    7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter

    8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    30/75

    9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional

    10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti

    11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan

    12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

    3.1.3.1.5 Kata Akronim

    Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata

    akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan

    huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai

    kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

    Contohnya :ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

    Bernama - Berita Nasional Malaysia

    Kugiran - kumpulan gitarrancak

    3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim

    Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara

    pembentukkannya.

    a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya

    Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

    disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

    Contohnya :

    ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

    b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya

    Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis

    dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

    Contohnya :

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    31/75

    tabika - taman bimbingan kanak-kanak

    purata - pukul rata

    kugiran - kumpulan gitarrancak

    c. Ditulis bermula dengan huruf besar

    Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu

    menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

    Contohnya :

    Bernama - Berita Nasional Malaysia

    Intan - Institut TadbirAwam Negara

    Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

    # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

    pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,

    proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan

    kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

    3.2 Kata Terbitan

    Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu

    proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

    Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk

    morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu:

    1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam

    diambil,

    2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya kan dalamjalankan dan -idalam

    ikuti,

    3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir

    serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-

    .....-idalam diikuti,

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    32/75

    4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya el- dalam telunjukdan -in- dalam

    sinambung.

    Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan

    dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan

    ini dihuraikan di bawah ini.

    3.2.1 Imbuhan awalan

    Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :

    1. awalan kata nama

    2. Awalan kata kerja

    3. Awalan kata adjektif

    3.2.1.1 Awalan Kata Nama

    Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

    membentuk kata nama,

    Contohnya :

    Awalan Perkataan

    peN-=

    per-pe-ke-

    juru-maha-tata-pra-sub-supra-eka-dwi-

    pe-pem-

    pen-peng-penge-

    pelukis, pewangi, penyanyipembalut, pembeli, pemberi

    pendatang, pencari, penjualpengguna, pengayuh, pengukurpengebom, pengetin, pengecatperasap, perbara, pertapapesara, pekedai, peguamketua, kehendak, kelepek

    jurubahasa, jurujual, juruterbangmahasiswa, mahaguru, maharajatatabahasa, tatanegara, tatanamaprasejarah, prakata, prasangkasubbidang, subsistem, subkategorisuprakelas, suprasistem, suprakategoriekabahasa, ekasuku, ekahaladwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

    3.2.1.2 Awalan Kata Kerja

    Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk

    kata kerja.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    33/75

    Contohnya :

    Awalan Perkataan

    meN- = me-mem-men-

    meng-menge-

    melukis, menari, merasamembeli, memberi, membalutmendaki, menduga, mentadbir

    mengaji, mengasuh, menghasutmengebom, mengetin, mengecat

    memperisteri, memperbesar, memperolehberkata, bersetuju, berbanggaterkata, terasa, tersenyumdiatur, dibeli, disuruh

    diperisteri, diperbesar, diperoleh

    memper-ber-ter-

    di-diper-

    3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif

    Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

    membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :

    Awalan Perkataan

    ter -se-

    terpandai, termerah, terpanjangseputih, sehalus, sejernih

    3.2.1.4 Imbuhan Akhiran

    Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :

    1. akhiran kata nama, dan

    2. akhiran kata kerja

    3.2.1.5 Akhiran Kata Nama

    Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

    membentuk kata nama.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    34/75

    Contohnya :

    Akhiran Perkataan

    -an-wan-man

    -wati-isme--in-at-ah

    ajaran, silaan, bacaanilmuwan, budayawan, usahawanbudiman, seniman

    seniwati, peragawatinasionalisme, sosialisme, komunismehadirin, musliminhadirat, muslimatustazah, sultanah

    3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja

    Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja.

    Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu

    kan dan

    i .

    Contohnya :

    Akhiran Perkataan-kan-i

    lahirkan, ambilkan, hulurkanikuti, jalani, sertai

    3.2.1.7 Imbuhan Apitan

    Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :

    1. apitan kata nama

    2. apitan kata kerja

    3. apitan kata adjektif

    3.2.1.8 Apitan Kata Nama

    Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan

    membentuk kata nama.

    Contohnya :Apitan Perkataan

    peN-.....-an:pe-....-anpem-.....-anpen-....-anpeng-.....-anpenge-.....-an

    pelaksanaan, perusuhan, penyuluhanpembukaan, pemburuan, pemfitnahanpendakian, pencucian, pentauliahanpenguduran, penggandaan, pengkhayalanpengesahan, pengeboman, pengekodan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    35/75

    pe-......-anper-.....-anke-...-an

    pendalaman, pesisiran, petempatanperjumpaan, persamaan, perlumbaankecantikan, kebijakan, kelurusan

    3.2.1.9 Apitan Kata Kerja

    Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar,

    membentuk kata kerja.

    Contohnya:

    Apitan perkataanmeN-......kanme-.....-kanmem-.....-kanmen-....-kan

    meng-....-kanmenge-....kanber-....-kanber-....-andi-...-kanmeN-.....-ime-....-imen-...-imem-...-imeng-....-idi-......-i

    diper-.....-kandiper-....-imemper-.....-kanmemper-....-ike-....-an

    memajukan, melakukan, menanyakanmembezakan, memfatwakan, memberikanmendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan

    menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkanmengehadkan, mengesyorkan, mengepinkanberalaskan, berbekalkan, berjudulkanbertaburan, bergantungan, beratapanditaburkan, didorongkan, digulingkan

    melalui, menyedari, mewarnaimendahului, mencucuri, menjauhimembanjiri, membelakangi, membasahimenghendaki, mengawasi, mengkhianatidianugerahi, didekati, dianuti

    diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskandiperingatimemperdengarkan, memperlihatkan,memperingatikehujanan, kepanasan, kecurian

    3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif

    Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar,

    membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.

    Contohnya :

    Apitan Perkataan

    ke-.....-anke-.....-anke-.....-an

    kemelayuankeinggerisankearaban

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    36/75

    3.2.1.11 Imbuhan Sisipan

    Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk

    perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan.

    Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir

    dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.

    Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:

    1. sisipan kata nama, dan

    2. sisipan kata adjektif.

    3.2.1.12 Sisipan Kata Nama

    Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk

    kata nama.

    Contohnya :

    sisipan perkataan

    -el--er--em-

    telunjuk, telapak, kelemumurseruling, kerupingkemuning, kemuncup

    3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif

    Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk

    kata adjektif.

    Contohnya :

    Sisipan Perkataan

    -el--er--em--in-

    selerak, gelembungserabut, gerodakgemilang, gemuruh, sementarasinambung

    Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata

    tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.

    Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    37/75

    Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata

    terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.

    Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

    LATIHAN

    1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:

    (i) ghairah (vi) balai

    (ii) cabar (vii) laut

    (iii) masyhur (viii) sepoi

    (iv) dekad (ix) tekukur

    (v) pulau (x) sarat

    2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda

    pelajari.

    BAHAN BACAAN

    Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

    Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

    Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    38/75

    TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

    Kata Majmuk

    Kata Ganda

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang

    terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan

    kepada definisi, jenis dan perinciannya.

    HASIL PEMBELAJARAN

    (i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

    (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

    4.0 KANDUNGAN ISI

    Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk

    dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada

    perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.

    4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    39/75

    Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil

    membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu

    bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996).

    Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.

    Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan

    menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh

    menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan

    perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini

    berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang

    besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan

    mangkuk ).

    4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk

    Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar

    terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan

    kepada tiga kategori, iaitu :

    i. Kata Majmuk Rangkaian bebas

    ii. Kata Majmuk Pengimbuhan

    iii. Kata Majmuk Penggandaan

    4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas

    Contohnya :

    bandar hijau

    hijau daunterima kasihguru besar

    bom tangan

    kuning langsatcampuk aduksegi empat panjang

    dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,

    contohnya :

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    40/75

    Duta BesarSetiausaha PolitikProfesor Madya

    Ketua SetiausahaTimbalan Ketua PerpustakaanTimbalan Naib Canselor

    4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus

    Contohnya :

    deria rasatelefon dail terus

    segi tigapita suara

    medan sinaransegi empat panjang

    4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa

    Contohnya :

    kaki ayam

    rabun ayam

    panjang tangan

    pilih kasih

    anak emas

    tumbuk rusuk

    4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap

    Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia.

    Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap

    mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata

    mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja

    sebagai satu perkataann, iaitu :

    antarabangsasukarela

    jawatankuasatanggungjawabolahraga

    setiausahabumiputeratandatangankerjasamapesuruhjaya

    beritahusuruhanjayakakitanganwarganegaramatahari

    Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan

    dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.

    Antaranya :

    Kata Nama

    Contohnya : peribadi, hulubalang

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    41/75

    Kata Adjektif

    Contohnya : sukacita, dukalara

    Kata Sendi Nama

    Contohnya : daripada, kepada

    Kata Hubung

    Contohnya : manakala, walhal, barangkali

    Kata Tanya

    Contohnya : bagaimana

    4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk

    Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur

    pertama kata sahaja.

    Contohnya :

    Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-

    guru Besar

    Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah

    mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.

    Contohnya :

    Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha

    4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk

    Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat

    dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :

    a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja

    terpisah. Contohnya :

    campur aduk menjadi bercampur aduk

    ambil alih menjadi mengambil alih

    daya serap menjadi daya serapan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    42/75

    b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum.

    Contohnya :

    campur aduk menjadi mencampuradukan

    ambil alih menjadi pengambilalihan

    satu padu menjadi menyatupadukan

    4.3 Kata Ganda

    Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar

    (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikankepada tiga jenis, iaitu :

    ta ganda penuh,

    ata ganda separa, dan

    ata ganda berentak

    4.3.1 Kata Ganda Penuh

    Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata

    ganda penuh boleh terdiri daripada :

    1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.

    Contohnya :

    rumah-rumah

    buku-buku

    masjid-masjid

    2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.

    Contohnya :

    pelajar-pelajar

    ajaran-ajaran

    kementerian-kementerian

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    43/75

    4.3.2 Kata Ganda Separa

    Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian

    kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :

    1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya

    berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata

    tersebut kepada vokal e pepet.

    Contohnya :

    Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki

    Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku

    Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari

    Langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit

    2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan

    berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa

    jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan

    boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.

    Contohnya :

    Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasarberlari-larimencari-carisepandai-pandai

    cinta-mencintaibantu-membantukejar-mengejar

    4.3.4 Kata Ganda Berentak

    Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar

    mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan

    bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan

    bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

    1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.

    Contohnya :

    Sayur-mayurCalar-balar

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    44/75

    Saki-baki

    2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonanContohnya ;mundar-mandirtanah-tanihkayu-kayan

    3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi

    tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.

    Contohnya :

    kusut-masai

    ipar-duai

    rempah-ratus

    lintang-pukang

    LATIHAN

    1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian,

    Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.

    a. Simpang siurb. Mengadu dombac. Penyahtaksaan

    d. Melatih tubie. Pengambilalihan

    2. Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian,nyatakan kata terbitan tersebut.

    a. Gunung-ganangb. Lintang pukangc. Lelabi

    d. Pokok-pokoke. Anak beranak

    BAHAN BACAAN

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    45/75

    AbdullahHassan

    .(1980).

    Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

    Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    nah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih MaktabPerguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

    SINOPSIS

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

    Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;

    Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

    Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

    Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

    Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke

    dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur

    fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?.

    Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan

    (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria

    sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam

    binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

    TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    46/75

    Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang

    berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.

    Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum

    yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan

    klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.

    Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat

    dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif

    (FA) dan frasa sendi nama (FS).

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;

    2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa

    Melayu;

    3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa

    Melayu;

    4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja

    Bahasa Melayu;

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    5.0 KANDUNGAN ISI

    Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

    konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza.

    Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata

    nama dan kata kerja Bahasa Melayu.

    5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    47/75

    Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu

    berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula

    membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al.

    2010) seperti berikut:

    a.Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

    Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)

    b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

    Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

    c.Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

    Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)

    d.Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

    Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

    5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu

    Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun

    perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan

    perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu,

    perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata

    kerja Bahasa Melayu

    5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

    Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti

    kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau

    benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    48/75

    berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama

    seperti rajah di bawah.

    Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

    5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

    Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu

    perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

    5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama

    Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata

    nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

    a. Kata Nama Khas

    Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama

    am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, katanama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang,

    haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan

    seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam

    tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan

    nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan

    bukan manusia.

    Rajah 5.6: Kata nama khas

    b. Kata Nama Am

    Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum

    sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil

    berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    49/75

    bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v)

    berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

    Rajah 5.7: Kata Nama Am

    c. Kata Ganti Nama

    Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi

    pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada

    dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

    Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan

    kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada

    tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata

    ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

    Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

    5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

    Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti

    dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua

    kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula

    boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik

    Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

    Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

    5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja

    Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat

    jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja

    pasif.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    50/75

    (a) Kata kerja aktif transitif

    Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek

    tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja.

    Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada

    sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-kan,

    me-i, memper-kan, memper-i atau akhiran i denganmenduduki kedudukan kata

    kerja dalam rangkai kata predikat.

    Contoh:

    i) Samad membacakan ayahnya surat.

    ii) Pengarang itu menulis buku.

    iii) Aminah sedang mencuci pakaian.

    iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

    (b) Kata kerja aktif tak transitif

    Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-

    ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh

    dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima

    sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi

    dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-

    an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

    Contoh :

    i) Pegawai itu berkereta ke pejabat.

    ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.

    iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.

    iv) Gadis itu tersenyum.

    v) Padi sedang menguning.

    vi) Pemuda itu sedang berbual.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    51/75

    (c) Kata kerja pasif

    Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.

    Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu

    (i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis

    dan sebagainya.

    (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai

    dan sebagainya.

    (iii) Kata kerja pasif ke ..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan

    dan sebagainya.

    AKTIVITI

    1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata

    ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:

    Tugu Negara Dia

    Cangkul Cantik

    Sepet Hospital

    Siti Mereka

    Meja Kuala Lumpur

    Sedih Komputer

    Kamu TunAli

    2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar

    yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    52/75

    i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.

    ii.Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.

    LATIHAN

    Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama

    dan kata kerja.

    i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______

    nama _____dan nama_______.

    ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda,

    perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr.

    iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan

    nama khas_______ ___________.

    iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.

    v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________

    vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata kerja

    ____ ____________.

    BAHAN BACAAN

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    53/75

    Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

    Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

    Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.

    Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

    Lumpur:Open University Malaysia.

    Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open

    University Malaysia

    Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

    Pustaka

    Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

    Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.

    TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

    Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;

    Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;

    Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

    Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau

    keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri

    sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu,

    kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    54/75

    Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu

    tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,

    pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

    1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa

    Melayu;

    2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugasBahasa Melayu;

    3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    6.0 KANDUNGAN ISI

    Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep

    golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan

    khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli

    bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-

    jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

    6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif

    Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan

    perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula

    boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    55/75

    dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif

    adalah seperti contoh yang berikut:

    Ahmad sangatpandaibermain muzik.

    Pemuda itu baiksungguh.

    Buah cempedak itu enaksekali.

    6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif

    Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat

    merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

    Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau

    frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata

    penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh

    terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama

    ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)

    Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-

    kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif

    warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata

    adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif

    pancaindera

    Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi

    menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti

    contoh berikut:

    kuat pintar nakal

    keras lemah sihat

    bijak cergas jahat

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    56/75

    Contoh ayat: i. Budak nakalselalu kena marah

    ii. Dia lemah dalam matematik

    iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.

    iv.Anak Pak Kamarbijaksekali.

    v. Peserta itu berdiri dengan cergas.

    Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

    jingga perang hitam

    putih biru kelabu

    Contoh ayat: i. Adik suka pakai baju hijau.

    ii. Pakaian pelajar sekolah berwarnaputih.

    iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning.

    iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.

    v. Dia memiliki mata berwarna biru.

    Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

    tebal gemuk panjang

    nipis kurus pendek

    tinggi rendah kecil

    Contoh ayat: i. Buku tebalitu sudah saya baca.

    ii. Anaknya masih kecillagi.

    iii. Badannya semakin kurus.

    iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.

    v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    57/75

    Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:

    lurus bulat bujur

    bengkok leper bundar

    lonjong buncit tajam

    Contoh ayat: i. Jalan lurus mudah dilalui.

    ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

    iii. Mukanya bujursirih.

    iv. Pinggan leperitu untuk pinggan makan.

    v. Matanya tajam memandang ke hadapan

    Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

    kerap awal sering

    jarang lewat silam

    baharu dahulu lampau

    Contoh ayat: i. Kedatangannya lewathari ini.

    ii. Dia berada di kampus sehari suntuk.

    iii. Kenangan silam sukar dilupakan.

    iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.

    v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

    Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan

    yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

    nyaris dekat

    hampir jauh

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    58/75

    Contoh ayat: i. Rumahnya tidakjauh dari Pejabat Pos.

    ii. Universiti itu dekatdengan lebuhraya.

    iii. Dia berdiri hampirdengan kereta saya.

    Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan

    yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:

    pantas deras ligat

    lambat gopoh perlahan

    laju cermat cepat

    Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu dengan laju.

    ii. Siapa cepatdia dapat.

    iii. Gasing itu berpusing ligat.

    iv. Arus sungai itu sangat deras.

    v. Dia cermatapabila berbelanja.

    Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur

    keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti

    contoh yang berikut:

    kasih takut malu

    sayang hendak geram

    cinta rindu marah

    Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya.

    ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.

    iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman.

    iv. Kanak-kanak itu takutakan kucing.

    v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    59/75

    Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti

    contoh yang berikut:

    Indera sentuh

    lembik kasar licin

    halus kesat keras

    i. Lantai itu licin kerana baru dicuci.

    ii. Kulit mukanya sangat halus.

    iii. Kain yang kesatitu ialah kain lap.

    iv. Buku itu berkulit keras.

    v. Dawai kasaritu untuk dibuat ampaian.

    Indera dengar

    nyaring lembut mersik

    merdu garau serak

    i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.

    ii. Teriakannya nyaringsungguh.

    iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau.

    iv. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.

    v. Alunan musik itu mersik.

    Indera pandang

    comel hodoh molek

    cantik buruk segak

    i. Pemuda segakitu guru saya.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    60/75

    ii. Kakaknya suka berpakaian cantik.

    iii. Rumah burukitu tidak berpenghuni.

    iv. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.

    vi. Pakaian pengantin itu moleksungguh.

    Indera bau

    wangi hanyir harum

    busuk hancing tengik

    i. Bunga ros itu harum baunya.

    ii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.

    iii. Nasi tengikitu tidak boleh dimakan.

    iv. Setiap hari dia memakai minyak wangi.

    v. Bau busukitu datangnya dari lori sampah.

    Indera rasa

    manis kelat masammasin payau lazat

    i. Setiap hari kita minum airtawar.

    ii. Semua orang suka makanan lazat.

    iii. Buah limau masam rasanya.

    iv. Saya tidak suka minum ubatpahit.

    v. Kuih tradisional itu terlalu manis.

    6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    61/75

    Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis

    (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi

    golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak

    boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

    Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk

    mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas

    dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,

    penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan

    contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam

    sintaksis tertentu.

    kata hubung : dan, atau, tetapikata seru : wah,amboi,ciskata tanya : apa, berapa, siapakata perintah : sila, tolong, harapkata pangkal ayat : hatta, maka, syahadankata bantu : akan, sudah, pernahkata penguat : sangat, amat, palingkata penegas : juga, lah, tah, kah, punkata nafi : tidak, bukankata pemeri : ialah, adalah

    kata sendi nama : di, dari, dalam, daripadakata pembenar : ya, betul, benarkata bilangan : dua, segala, banyakkata arah : atas, bawah, tepi

    6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas

    Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk

    mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai

    kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut

    untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)

    Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

    Kata Hubung Gabungan

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    62/75

    1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

    Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu,malahan, sambil, kemudian

    Aminahmengemas rumahdan ibunyamembasuh kain.

    Mereka mungkinpergi ke Johoratau ke Perak.

    Sampah itudipungutnyakemudiandicampakkannyake dalam tongsampah.

    Kata Hubung Pancangan

    1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atauklausa induk.

    Relatif yang Budaya hidupyang bertoleransidapat menjaminkesejahteraan.

    Mereka beramai-ramai pergi kesekolah yangmenawarkan

    kursus komputer.

    Komplemen bahawa Guru itumenyatakanbahawa muridnyasangat rajin.

    Semua pihakharus menyedaribahawa perkarayang dihadapiadalah amatmencabar.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    63/75

    Keterangan kerana, agar, meskipun, sekiranya,semoga, supaya, kalau, andai kata,kendatipun, hingga, jikalau, semasa,sementara, setelah, sewaktu,ketika, untuk, tatkala, walaupun,sungguhpun, apabila

    Pertandinganbadminton akanditangguhkansekiranya tiadasambutan.

    Dia membacaterlalu banyakhingga terlupauntuk makan.

    Sementaramenanti padimasak, petani itumenanam jagung.

    Kalau musuhmenyerang, kamiakan melawan.

    Sewaktu

    diumumkan beritapenting itu kamitiada di sini.

    Orang tua ituberdoa semogakeluarganyasentiasa sihat.

    Kata Praklausa

    1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kataseru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

    2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan,pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa

    Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh,wah, syabas, aduhai, wahai

    Syabas, awaktelah berjaya!

    Aduhai, awakdatang lambatsangat!

    Kata tanya berapa, bila, bagaimana, mengapa,apa, siapa, mana

    Harga barang ituberapa?

    Mengapakah diamenangissemalam?

    Kesihatannyasekarang

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    64/75

    bagaimana?

    Berapa tahunkahdia belajar di luarnegeri?

    Manakah baju

    baharu saya? Siapakah yang

    datang semalam?

    Kata perintah jangan, usah, sila, jemput, minta,tolong, harap, sila, jangan,

    Jangan buangsampah di sini.

    Janganlahbersusah hati.

    Harap saudaradapat datangpetang ini.

    Silalah masuk.

    Kata pembenar ya, benar, betul, benar Ya, itulahorangnya.

    Betul, tanyalah diauntukmendapatkankepastian.

    Benar, itulah cikgubaru di sekolahkita.

    Kata pembenar hatta, maka, syahadan, adapun,alkisah, kalakian, sebermula, sekaliperistiwa, arakian

    Hatta istana itupun siaplah.

    Kalakianberlakulahpermusuhanantara kedua-dua

    kerajaan itu. Maka baginda pun

    bertitah kepadaBendaharaPaduka Raja.

    Sebermulaberburulahbaginda bersama-

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    65/75

    samahulubalangnya.

    Kata Prakfrasa

    1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasakerja, atau frasa adjektif.

    2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu,menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkanarah, dan membilang.

    Kata bantu 1. Bantu Aspek: telah, baru,pernah, sedang, masih,akan, belum

    Pekerja itu telahpulang.

    Murid-murid itubaru tiba.

    Mereka pernah keutara Malaysia.

    Mereka sedangmenyiapkanpengaturcaraankomputer.

    Semua pihaksedang sibukmenyiapkan kerja.

    Adik masihmembersihkanmeja.

    Semua kenderaanakan diperiksaesok.

    Pembesaran tasikmasih belumdapat dimulakanlagi.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    66/75

    2. Bantu Ragam: hendak,mahu, harus, mesti, boleh,dapat

    Cikgu Ramlibersungguh-sungguh hendakmengadakan kelastambahan.

    Ramai graduanyang mahubekerja sendiri.

    Halaman dihadapan rumahharus dibesarkanlagi.

    Keputusan mestidiumumkan padahari ini juga.

    Semua pihakboleh memberikan

    pendapat mereka. Atuk dapat

    mengerjakanfardhu haji padatahun ini.

    Kata penguat 1. Penguat Hadapan: terlalu,paling, agak, terlalu, paling,agak

    Kata penguathadapan ialahperkataan yang

    letaknya di hadapankata adjektif.

    Bangau itu terlalukurus.

    Cadangan yangdikemukakannyapaling menarik.

    Pendapatnya agak

    bernas.

    2. Penguat belakang: sekali,benar, nian

    Kata penguatbelakang ialahperkataan yangletaknya dibelakang kataadjektif.

    Lukisan di dindingitu cantik sekali.

    Lambat benar basitu tiba.

    Dia keluarsebentar nian.

    3. Penguat bebas: amat,sangat, sungguh

    Kata penguat bebasialah perkataanyang letaknyabebas, sama ada di

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    67/75

    hadapan atau dibelakang kataadjektif.

    Kata penegas -

    Kata penegasmemberipenekananpada bahagiantertentu dalamayat.

    1. Penegas frasa predikat: -

    kah, -tah, -lah. Hanya berlaku

    apabila frasapredikat ataubahagian yangditegaskanmengalami prosespendepanan.

    Siapakah majikan

    kamu itu? Apatah daya kita.

    Orang itulahbapanya.

    1. Penegas frasa subjek ataufrasa predikat: juga, pun,jua, hanya, lagi, hanya,memang

    Bersifat bebas darisegi kehadirannyadalam ayat

    Kami juga ingin kebandar.

    Kami ingin juga ke

    pekan. Hujan hanya turun

    pada musimdingin.

    Hujan turun hanyapada musimdingin.

    Kata nafi -Kata nafi ialahperkataan yangmenjadi unsur

    nafi frasapredikat, iaitufrasa nama,frasa kerja,frasa adjektif,dan frasa sendinama

    1. Menjadi unsur nafi frasanama dan frasa sendinama: bukan

    Itu bukan mereka.

    Roti bukandiperbuat daripadabesi.

    2. Menjadi unsur nafi frasakerja dan frasa adjektif:tidak.

    Dia tidak berlari.

    Rumah lama itutidak besar sangat

    3. Menjadi unsur nafi frasakerja dan frasa adjektif jika

    kedua-dua frasamendukung maksudpertentangan maklumat:bukan

    Dia bukan hendakbelajar tetapi

    hendak bermainsahaja.

    Pak Ali bukankaya sangat tetapipemurahorangnya.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    68/75

    Kata pemeri -Kata pemeriialah unsuryang menjadipemeri hal atauperangkai

    antara subjekdengan frasautama dalampredikat.

    1. Hadir di hadapan frasanama: ialah

    Yang dapat dilihatialah usaha dankerajinannya.

    Kereta api laju keKLIA ialah jenis

    pengangkutanyang dapatmenjimatkanmasa.

    2. Hadir di hadapan frasaadjektif dan frasa sendinama: adalah

    Kenyataan ituadalah tidakbenar.

    Kejadian yangberlaku itu adalahdisengajakan bagimengelakkansalah faham.

    Kata sendinamaKata sendinama ialahperkataan yangletaknya dihadapan frasanama.

    1. Menunjukkan tempat: di Tempat:Pengembara itusesat di dalamhutan.

    2. Menunjukkan: tempat,arah dituju, waktu ataumasa: ke

    Tempat: Merekaakan ke Kuantanesok.

    Arah: Merekamenuju ke selatan.

    Waktu atau masa:Ali menungguhingga ke petang.

    3. Menyatakan tempat atauarah,waktu atau masa: dari

    Tempat atau arah:Angin bertiup dariarah selatan.

    Waktu atau masa:Tempohpembayaranbermula dari esok.

    4. Menyatakan punca bagimanusia, haiwan, benda,unsur mujarad, sumber,asal kejadian, perbezaan,dan perbandingan:daripada

    Punca: Diamenerima suratdaripada kakak.

    Sumber atau asalkejadian: Ukiranitu diperbuatdaripada logam.

    Perbezaan atau

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    69/75

    perbandingan:Kami tiba lewatdaripada mereka.

    5. Menyatakan sasaran yang

    merujuk manusia, haiwan,unsur mujarad,menyatakan pecahan danmenyatakan perubahankeadaan: kepada

    Sasaran: Sila

    kembalikanborang itu kepadakerani.

    Pecahan: Pesertadibahagikankepada duakumpulan.

    Perubahankeadaan: Keadaanberubah kepadayang lebih baik.

    6. Menunjukkan keteranganwaktu dan tempat: pada Waktu: Bas

    bertolak padapukul tujuh pagi.

    Tempat: Tuliskannama anda padakertas ini.

    7. Menunjukkan kegunaanuntuk sesuatu: untuk, bagi

    Kegunaan untuksesuatu: Rumahuntuk pekerjasedang dibaiki.

    Rumah bagipekerja sedangdibaiki.

    8. Menyatakan maksudbahagian yang ditentukanatau diperuntukkan: untuk

    Bahagian yangditentukan ataudiperuntukkan:Hadiah iniuntukmu.

    9. Bertugas membawamakna tujuan: demi

    Tujuan: Kita mestibersatu demi

    keadilan negara.

    10.Membawa maksudrujukan: tentang

    Rujukan: Merekaberbincangtentang masalahnegara.

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    70/75

    11.Membawa maksudperbandingan: seperti,bagai, umpama, laksana

    Perbandingan:Hatinya keras{seperti, bagai,umpama, laksana}batu.

    12.Membawa maksudbersama-sama, carasesuatu dilakukan,memakai ataumenggunakan,menyatakanperbandingan yangserupa: dengan

    Bersama-sama:Ayah ke pekandengan ibu.

    Cara sesuatudilakukan: Diamemulakan majlisdengan doa.

    Memakai ataumenggunakan: Ani

    melukis potret itudengan cat air.

    Menyatakanperbandingan: Diasentiasasependapatdengan ketuanya.

    13.Membawa maksudpenanda waktu ataumasa: sejak, semenjak

    Penanda waktuatau masa: Kamitinggal di kampung{sejak, semenjak}

    dua tahun yanglalu.

    14.Membawa maksudrujukan: terhadap

    Rujukan:Tanamilah rasabelas kasihanterhadap binatang

    15.Mendahului kata adjektifyang bersifat emotif: akan

    Mendahului kataadjektif yangbersifat emotif:Wanita itu amatrindu akananaknya.

    16.Membawa maksudhubungan pembuat dalamayat pasif, hubungan yangmembawa maksud sebab:oleh

    Hubunganpembuat dalamayat pasif: Kuih itudibeli olehnya.

    Hubungan yangmembawa maksud

  • 7/29/2019 122945365-modul-bmm-3109

    71/75

    sebab: Pemainbadminton itukalah oleh (sebab)kekuranganlatihan.

    17.Membawa maksud perihalperingkat dan had masa,waktu, atau tempat:hingga, sampai

    Perihal peringkatdan had masa:Anaknya belajar{hingga, sampai}peringkatuniversiti.

    18.Memba