101356359-pengenalan-full-work.pdf

15
 1.0 PENGENALAN Resos mer upa kan bahan–bahan yang boleh dig una kan untuk membant u pro ses pe ng aj aran da n pe mbel aj aran su pa ya me nj ad i lebi h be rkes an da n mena ri k. Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembe lajar an mat ema tik kerana ia akan memuda hka n mur id–mu rid unt uk mema hami kon sep -kon sep yan g ter dapa t dala m mate mati k den gan meng guna kan bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos. Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang palin g penti ng perlu dititikberatkan sup aya murid- mur id dapat belaj ar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik. Guru perlu menyedari bahawa pengguna an resos ya ng baik dan menarik sanga t penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulah be rusa ha untuk meny ed iaka n resos da n ba ha n supa ya da pa t menyampa ikan pengaja ran dengan berke san. De ngan itu , pro ses penga jaran dan pembe laj aran matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid dan guru itu sendiri.  Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan pengaja ran dan pe mbe laj aran men ggu nakan peris ian kompu ter serta teknolo gi maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan kale nder . Con toh baha n mani pul atif pula iala h kit mani pula tif yan g ter diri dari pad a papan geo, blo k Di enes, rod Cr uis enai re dan blo k asas sepul uh. Se lai n itu , ala t pen imba ng dan alat meng ira sep ert i kalk ulat or, aba kus, rod dan batang kayu juga merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan.

Upload: guekpingang

Post on 06-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1.0 PENGENALAN

    Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses

    pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik.

    Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran

    dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan muridmurid untuk

    memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakan

    bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos.

    Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana

    belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek

    yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan

    menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid

    yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan

    baik.

    Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat

    penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan

    menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulah

    berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikan

    pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran

    matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid dan

    guru itu sendiri.

    Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan

    pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi

    maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan

    kalender. Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang terdiri daripada

    papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh. Selain itu, alat

    penimbang dan alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan batang kayu juga

    merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan

    penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan.

  • Oleh itu, dalam tugasan ini guru pelatih telah ditugaskan untuk menghasilkan resos

    yang menarik, kreatif, efektif dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik. Resos ini akan meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran

    dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk pemahaman

    yang lebih baik terhadap sukatan matematik. Resos yang baik akan dapat membantu

    murid- murid dalam proses pembelajaran.

  • 2.0 CARTA PENGURUSAN GRAFIK

    Alat Bantu Mengajar

    Definisi : Sebarang objek, bahan, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang

    kemudahan yang menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik.

    Pengelasan Alat Bantu Mengajar

    a) Ruang pengajaran

    b) Buku teks

    c) Bahan bertulis

    d) Alat tayang

    e) Model- model matematik

    Fungsi Alat Bantu Mengajar

    a) Sebagai cara untuk membantu murid memahami konsep dan prinsip matematik

    b) Sebagai cara motivasi

    c) Sebagai cara untuk menggayakan pengajaran

    d) Sebagai cara untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

    e) Sebagai cara untuk mendirikan simulasi mengenai situasi hakikat

    f) Sebagai cara untuk mencapai perwakilan tiga dimensi

    g) Sebagai cara untuk menampung perbezaan individu

    Contoh Alat Bantu Mengajar

    a) Penggunaan papan hitam

    b) Sifat-sifat geometri

    c) Polihedron-polihedron

    d) Model trigonometri

    e) Sifat-sifat algebra

    Jenaka Dalam Matematik-

    Masalah yang menarik, lucu dan menduga akal

    1. Pembelajaran matematik bantu perkembangan fikiran penyelesaian masalah2. Kemahiran fikir dalam matematik bantu dalam subjek lain3. Pelbagai kerjaya boleh diceburi dengan matematik4. Lulus matematik syarat kemasukan IPT5. Penghargaan terhadap murid cemerlang matematik

    1. Mengarahkan murid baca nota sejarah yang berkaitan matematik2. Mulakan pengajaran dengan guna bahan sejarah matematik sebagai set induksi3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik4. Tunjukkan filem dan ahli matematik terkenal5. Memberikan projek berkaitan sejarah matematik

    1. Membina minat murid2. Pengajaran yang bosan menyebabkan murid berpotensi hilang minat terhadap matematik3. Pelajar yang lemah dan tidak berminat menjauhi matematik

    1. Menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangka- sangka2. Penyelesaian menjadi hiburan murid-murid

    1. Contohnya ialah susunkan digit 1, 2, 3, 4 supaya menghasilkan satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 11

    jawapan : 1342, 2134, 1234, 2431, 3124, 4213, 4312

    1. Bermula dengan permasalahan ditimbulkan dalam soalan2. Cara untuk menyelesaikan Dan rumus untuk digunakan3. Jawapan yang akan diperolehi

  • Jenaka Dalam Matematik-

    Masalah yang menarik, lucu dan menduga akal

    1. Pembelajaran matematik bantu perkembangan fikiran penyelesaian masalah2. Kemahiran fikir dalam matematik bantu dalam subjek lain3. Pelbagai kerjaya boleh diceburi dengan matematik4. Lulus matematik syarat kemasukan IPT5. Penghargaan terhadap murid cemerlang matematik

    1. Mengarahkan murid baca nota sejarah yang berkaitan matematik2. Mulakan pengajaran dengan guna bahan sejarah matematik sebagai set induksi3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik4. Tunjukkan filem dan ahli matematik terkenal5. Memberikan projek berkaitan sejarah matematik

    1. Membina minat murid2. Pengajaran yang bosan menyebabkan murid berpotensi hilang minat terhadap matematik3. Pelajar yang lemah dan tidak berminat menjauhi matematik

    1. Menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangka- sangka2. Penyelesaian menjadi hiburan murid-murid

    1. Contohnya ialah susunkan digit 1, 2, 3, 4 supaya menghasilkan satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 11

    jawapan : 1342, 2134, 1234, 2431, 3124, 4213, 4312

    1. Bermula dengan permasalahan ditimbulkan dalam soalan2. Cara untuk menyelesaikan Dan rumus untuk digunakan3. Jawapan yang akan diperolehi

  • BAHAN PENGAJARAN

    Artikel- digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik

    Jenaka Dalam Matematik-

    Masalah yang menarik, lucu dan menduga akal

    Matematik Rekreasi Pengajaran dan

    pembelajaran dalam bentuk hiburan

    Misteri Dalam Matematik- Teka- teki dan masalah kod merupakan soalan misteri yang mengkagumkan murid

    Aspek Sejarah Matematik- menjadikan topik lebih mudah

    difahami, motivasi, pengembangan sikap positif

    Permainan Matematik- Untuk pengembangan

    proses berfikir

    1. Pembelajaran matematik bantu perkembangan fikiran penyelesaian masalah2. Kemahiran fikir dalam matematik bantu dalam subjek lain3. Pelbagai kerjaya boleh diceburi dengan matematik4. Lulus matematik syarat kemasukan IPT5. Penghargaan terhadap murid cemerlang matematik

    1. Mengarahkan murid baca nota sejarah yang berkaitan matematik2. Mulakan pengajaran dengan guna bahan sejarah matematik sebagai set induksi3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik4. Tunjukkan filem dan ahli matematik terkenal5. Memberikan projek berkaitan sejarah matematik

    1. Membina minat murid2. Pengajaran yang bosan menyebabkan murid berpotensi hilang minat terhadap matematik3. Pelajar yang lemah dan tidak berminat menjauhi matematik

    1. Menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangka- sangka2. Penyelesaian menjadi hiburan murid-murid

    1. Contohnya ialah susunkan digit 1, 2, 3, 4 supaya menghasilkan satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 11

    jawapan : 1342, 2134, 1234, 2431, 3124, 4213, 4312

    1. Bermula dengan permasalahan ditimbulkan dalam soalan2. Cara untuk menyelesaikan Dan rumus untuk digunakan3. Jawapan yang akan diperolehi

  • 3.0 PENGGUNAAN RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

    Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

    mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat

    matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar

    pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam

    sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula.

    Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat

    seterusnya. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk

    menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai

    latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran

    tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi

    dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa depan.

    Semenjak sebelum merdeka lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan

    pelbagai dasar mahupun polisi yang mempunyai visi dan misi ke arah mewujudkan

    permodenan dan penambahbaikan daalm bidang pendidikan Negara. Selepas

    Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan, atas dasar

    penambahbaikan kerajaan telah menggubal kembali silibus pelajaran kepada Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat tiga elemen nilai yang ditambah di dalam

    KSSR ialah kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan

    komunikasi.

    KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk

    perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan

    perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah

    pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

  • Kajian ilmiah pada kali ini akan memberi pengkhususan kepada bahan atau resos

    dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di sekolah. Penggunaan sumber atau

    resos bukanlah sesuatu yang masih baru kerana sebelum penciptaan system nombor,

    gambarajah dan benda konkrit telah pun digunakan untuk mengajar idea-idea

    matematik.

    Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan,

    model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat

    menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh dirujuk

    kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk

    kepada set benda yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan

    pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar.

    Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos

    mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat

    pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih

    daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti

    yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir

    dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan

    sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik

    kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk

    mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam

    pengajaran matematik.

    Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep,

    prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan

    seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan

    penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia

    fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi

    dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan

    mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran

  • dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran

    dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu

    belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara

    kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

    Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran

    pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos

    yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan

    kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid

    akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik

    perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus

    disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor

    jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika

    resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan

    kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang

    sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan

    mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan.

    Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan

    gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam

    penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd

    Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar

    atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan

    proses penyimpanan maklumat.

    Oleh yang demikian, para guru haruslah berusaha untuk memperbaiki serta

    meningkatkan kemahiran diri dan kreativiti dalam menghasilkan serta mengendalikan

    resos supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Contohnya, guru perlu

    bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan bahan-bahan resos. Guru haruslah

    mengendalikan pengajaran Matematik dengan bantuan resos matematik dengan cara

    yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif dan berguna. Hasilkan resos yang

  • berlainan dan unik di mata pelajar. Ini serta merta akan meningkatkan daya tarikan

    pelajar terhadap resos yang digunakan oleh guru tersebut. Guru perlu kreatif dan

    inovatif dalam memainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkan murid

    yang berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkan sikap dan nilai yang baik

    serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid.

    Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran

    matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam

    matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi

    mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan

    pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos

    dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid.

    Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat

    dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk

    seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran

    menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.

    Bagi kajian ini, kami ingin memfokuskan kepada resos bahan pengajaran yang baik.

    Pembelajaran matematik melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fakta,

    kemahiran dan prosedur yang lebih tinggi. Ia memerlukan struktur konseptual, strategi

    tentang penyelesaian, kaedah penyelesaian, pendekatan untuk menyelesaikan

    masalah dan sikap penghargaan tehadap matematik. Proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berlaku seharusnya mampu menggalakkan dan meningkatkan

    minat serta kemampuan murid untuk memahami konsep matematik secara maksimum.

    Oleh itu, sebagai seorang bakal guru perlulah mahir untuk memilih resos dan bahan-

    bahan yang mampu merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan

    pembelajaran matematik.

    Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untuk menguasai

    kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menyelesaikan masalah dan membuat

    kesimpulan atau keputusan terhadap sesebuah permasalahan. Oleh itu, resos seperti

    bahan- bahan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan.

  • Terdapat beberapa resos yang menjadi bahan kepada proses pengajaran dan

    pembelajaran seperti artikel, aspek sejarah matematik, matematik rekreasi, jenaka

    dalam matematik, misteri dalam matematik dan permainan matematik.

    Resos yang pertama untuk dibincangkan ialah artikel. Bahan bahan artikel boleh

    digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian

    manusia. Kebanyakan manusia tidak mengetahui akan kewujudan matematik dan

    konsep matematik yang berlaku dalam persekitaran mereka. Dengan artikel, akan

    dapat menerangkan bahawa pembelajaran matematik akan membantu perkembangan

    pemikiran menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan. Matematik melatih

    kita untuk mengenalpasti data, menganalisa data, mengenal konsep, aturan, prinsip

    dan menjangkakan keputusan. Selain itu, kemahiran berfikir dalam matematik akan

    membantu pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Matematik juga akan

    memberikan banyak peluang kerjaya dan pekerjaan untuk diceburi oleh murid- murid

    yang menceburi bidang matematik. Matematik juga menjadi syarat minimum untuk

    kemasukan ke Institusi- institusi pendidikan tinggi.

    Resos yang kedua adalah aspek sejarah matematik itu sendiri yang untuk kerana

    membawa makna yang berbeza kepada individu yang berlainan. Namun demikian

    sejarah matematik membekalkan pengayaan yang baik dalam kurikulum matematik.

    Ramai yang berpendapat bahawa mempelajari matematik adalah untuk lulus dalam

    peperiksaan sahaja, namun dengan adanya pengajaran aspek sejarah matematik yang

    teratur akan memberikan kesedaran kepada kepentingan dan perkembangan

    matematik yang membantu kehidupan nenek moyang kita yang terdahulu. Pengajaran

    sejarah matematik dalam pengajaran harian juga akan menjadikan topik yang

    dibincangkan mudah difahami dan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid.

    Antara kaedah- kaedah yang yang boleh digunakan oleh para guru bagi menyelitkan

    aspek sejarah matematik ialah dengan mengarahkan murid-murid untuk membaca

    nota-nota bahan sejarah yang berkaitan matematik. Aspek sejarah matematik juga

    merupakan resos yang sangat bagus untuk digunakan sebagai set induksi di dalam

    kelas bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh membuat

  • perkaitan dengan menyebut aspek sejarah matematik semasa dalam proses

    pengajaran. Filem-filem dan ahli-ahli matematik boleh dijadikan sebagai sumber

    motivasi untuk memperkembangkan pengetahuan matematik. Selain itu, murid-murid

    juga boleh diberikan projek untuk dilaksanakan melibatkan sejarah atau aspek

    matematik seperti sejaran pengukuran, nombor, cabang-cabang matematik dan

    sebagainya.

    Resos yang ketiga pula ialah matematik rekreasi yang melibatkan jenaka , misteri,

    drama dan permainan. Kaedah tersebut boleh digunakan dalam kelas matematik.

    Penggunaan kaedah yang berbentuk hiburan dan keseronokan ini akan menjadikan

    pengajaran menjadi lebih menarik. Minat murid-murid akan dapat dibina dan dipupuk

    dengan menggunakan beberapa jenis matemati rekreasi. Sekiranya ia tidak diselitkan

    dalam pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan dan

    meyebabkan murid yang pandai dan berpotensi tidak dapat mengembangkan minat

    mereka terhadap matematik. Manakala murid yang lemah dan tidak berminat akan

    menjauhi diri daripada bidang matematik. Oleh itu, penggunaan resos matematik

    rekreasi merupakan satu cara untuk merangsang minat dan tumpuan murid.

    Kegunaannya pula perlulah bersesuaian mengikut umur dan tahap murid tersebut.

    Resos yang keempat ialah jenaka dalam matematik iaitu guru itu sendiri menjadikan

    dirinya sebagai resos iaitu membuat jenaka yang berkaitan matematik. Jenaka

    merupakan masalah yang menarik, lucu dan dapat menduga akal fikiran. Ia akan

    menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangka-

    sangka. Dengan itu, penyelesaiannya akan menjadi hiburan kepada murid-murid.

    Contohnya ialah :

    1. Seekor monyet tejatuh ke dalam perigi yang dalamnya 30 meter. Setiap hari

    monyet memanjat 3 meter tetapi kerana dinding perigi sngat licin, ia tergelincir 2

    meter. Selepas berapa harikah monyet itu dapat keluar daripada perigi trsebut?

  • Jawapannya : Dua puluh lapan hari kerana pada hari yang ke-28 ia akan sampai

    ke atas dan tidak terjatuh semula.

    Kelima ialah misteri yang berlaku dalam matematik seperti masalah ajaib, teka-

    teki dan masalah kod. Ia merupakan soalan- soalan misteri yang boleh

    menyebabkan murid berasa kagum terhadap matematik. Antara masalah yang

    boleh diberikan kepada murid-murid ialah :

    1. Jika anda mendarabkan dua nombor, anda akan mendapati suatu nombor yang

    lebih besar daripada hasil tambah kedua-dua nimbor tersebut. Benar atau Tidak?

    Jawapan : Benar, jika nombor berkenaan adalah lebih besar daripada satu.

    Resos yang terakhir sekali untuk dibincangkan ialah permainan dalam matematik yang

    melibatkan proses berfikir dengan kreatif dan kritis. Soalan dikemukan kepada murid-

    murid dan mereka akan berfikir untuk memahami permasalahan yang ditimbulkan

    dalam soalan tersebut. Mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian dan memilih

    rumus yang bersesuaian untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

    Selepas mendapat jawapan, mereka akan menilai jawapan yang telah mereka perolehi

    dan berfikir bagaimana jawapan yang lebih tepat. Permainan matematik boleh

    dilaksanakan dalam proses pengajaran bagi melatih murid-murid supaya dapat

    memperkembangkan tahap dan keupayaan pemikiran mereka. Contoh permainan

    matematik ialah :

    1. Terdapat tiga cara untuk pergi ke rumah Iskandar, dari rumah Nurul, dan dua

    cara untuk sampai ke rumah Alias, dari rumah Iskandar. Berapakah cara untuk

  • sampai ke rumah Alia , jika dalam perjalanan dari rumah Nurul, singgah sebentar

    di rumah Iskandar?

    Jawapan : Terdapat enam cara.

    4.0 PENUTUP

    Setelah selesai melaksanakan tugasan kerja kursus kami pada kali ini, kami telah

    mempelajarikepentingan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran khususnya dalam subjek matematik. Guru perlu sedar tentang peranan

    resos untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta

    pemikiran matematik murid.

    Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah harus berubah dan

    lebih kreatif, daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar. Salah satu

    kaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. Memilih dan menyediakan

    resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

    merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih

    berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik.

    Resos sangat penting dalam proses pengajaran. Resos yang digunakan oleh guru

    berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik dan

    menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap

    matematik.

  • Selain itu, resos yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian resos dengan isi

    pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru penting bagi memastikan isi pelajaran

    yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya

    kekemasan,kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak resos

    yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan resos tersebut.

    Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi

    maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik

    yang bergelar guru. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan

    berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan

    satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada pelajar mereka.

    5.0 RUJUKAN

    Noraini Idris. (2001). PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK. Siri Pengajian

    dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur. Penerbit Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd.

    Khoo Phon Sai. (1986). Belajar untuk Mengajar MATEMATIK Sekolah Menengah. Siri

    Pendidikan Berita. Kuala Lumpur. Penerbit Berita Publishing Sdn Bhd.

    Mok Soon Sang. (1988). PANDUAN MENGAJAR MATEMATIK KBSR. Siri Pendidikan

    Guru. Kuala Lumpur. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    Norma binti Haji Hassan.(2004). HUBUNGAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN

    MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM,

    PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. Muka surat 25 dan 33.

  • Diakses pada 25 Mac 2012 daripada

    http://mujahid.tripod.com/strategi.html

    Diakses pada 27 Mac 2012 daripada

    http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/penggunaan-alat-dan-teknologi-

    dalam-matematik-0