1.0 konsep pedagogi relevan budaya

Upload: saifu-ismail

Post on 03-Apr-2018

413 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 1.0 Konsep Pedagogi Relevan Budaya

    1/3

    Konsep Pedagogi Relevan Budaya

    Pedagogi relevan budaya merupakan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang

    menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran yang

    dijalankan di dalam bilik darjah menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Dalam amalan ini,

    penekanan akan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta

    memupuk nilai-nilai murni bagi menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek

    kepelbagaian kebolehan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

    mengambilkira aspek kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh murid-murid supaya setiap

    murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka serta mereka dapat terlibat secara

    aktif.

    Dalam konteks sosiologi, konsep kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang

    dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat

    tertentu. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan murid tanpa

    ada sikap prejudis terhadap setiap budaya murid yang berbeza-beza tersebut. Guru-guru

    perlulah tahu untuk memilih strategi, teknik atau kaedah yang bersesuaian dengan perbezaan

    dan kerelevanan budaya yang wujud dalam kalangan murid-murid.

    Menurut Gloria Ladson Billings (1992), pedagogi relevan budaya ialah pedagogi yang

    mengupayakan kekuatan intelek, sosial, emosi dan politik murid dengan merujuk budaya dalam

    menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ini bermakna bahawa pedagogi relevan budaya

    melibatkan pelbagai aspek keperluan murid murid iaitu intelek, sosial, emosi dan termasuklah

    politik terhadap murid. Oleh itu,kesemua aspek ini perlu dititikberatkan dalam menyediakan

    bahan pengajaran kepada murid-murid.

    Menurut Gay (2000) pula, pendekatan pedagogi relevan budaya merupakan pendekatan

    yang menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang

    berbeza-beza mengikut perbezaan etnik murid dan hal ini menjadikan pembelajaran lebih

    berkesan dan bermakna. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuan tentang budaya itu sendiri

    akan membantu murid untuk memahami pembelajaran di samping pengalaman mereka sendiri

    yang menjadi rujukan kepada mereka serta perbezaan dalam gaya persembahan dalam setiap

    etnik yang mempunyai keunikan masing-masing. Antara perkara yang diketengahkan Gay

    (2000) ialah:

    Pendekatan ini wajar dimasukkan ke dalam kurikulum.

  • 7/29/2019 1.0 Konsep Pedagogi Relevan Budaya

    2/3

    Pedagogi relevan budaya dapat menghubungkan pengalaman di rumah dengan

    pengalaman di sekolah.

    Pedagogi relevan budaya menggunakan strategi bimbingan yang meluas serta mampu

    dikaitkan dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza.

    Pendekatan ini juga mengajar murid mengetahui dan menghargai warisan budaya.

    Pendekatan ini mampu membekalkan maklumat pelbagai buday, sumber dan bahan

    dalam semua subjek dan kemahiran yang diajar di sekolah.

    Ciri-Ciri Pedagogi Relevan Budaya

    Pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan

    pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum.

    Memanfaatkan latar belakang, pengetahua dan pengalaman murid untuk memahami

    pengajaran guru.

    Menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Meningkatkan perkembangan murid dalam bidang pembelajaran dengan memberi

    penumpuan membantu dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca,

    menulis, bertutur dan mampu menyelesaikan masalah bersama-sama rakan yang lain.

    Kesediaan mempelajari dan menyokong budaya sama ada budaya di sekolah mahupun

    budaya di rumah. Guru pula berperanan untuk menilai dan membina kemahiran sedia

    ada pada murid berdasarkan budaya yang dibawa dari rumah.

    Guru membantu murid untuk mengenal pasti, mengkritik dan menambah baik

    ketidaksamarataan sosial melalui pembangunan sosiopolitik dan kesedaran kritikal.

    Tindakan Guru Dalam Melaksanakan Pedagogi Relevan Budaya

    Antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh duru dalam melaksanakan pedagogi relevan

    budaya ialah:

    Menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi budaya,etnik,

    bahasa dan kelas sosial secara positif.

    Perlu mengenalpati pendekatan- pendekatan yang sesuai untuk dilaksanakan kepada

    murid yang berbeza budaya.

    Memilih pendekatan yang sesuai untuk menghubungkan pengalaman murid- murid di

    rumah dengan di sekolah.

  • 7/29/2019 1.0 Konsep Pedagogi Relevan Budaya

    3/3

    Guru perlu meluangkan masa untuk terlibat dalam majlis komuniti supaya menunjukkan

    sokongan moral.

    Mewujudkan hubungan dan ikatan yang baik dengan murid supaya dapat

    membangunkan komuniti yang boleh bekerja secara kolaboratif dan bertanggungjawab.

    Pendekatan Dalam Pedagogi Relevan Budaya

    Pendekatan

    Pedagogi

    RelevanBudaya

    Pendekatan

    Kolaboratif

    Direktif

    Mediatif

    Generatif

    Kontekstual

    Metakognitif

    Konteks Luar

    Kajian Masa

    Depan

    Pendekatan

    Koperatif