10 kamarul-2-psp-full edit

7
PSP’ s Research Digest Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) 31 KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (e-learning) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA) Kamarul Ariffin bin Abd Rashid Politeknik Seberang Perai Muliadi bin Wahid Politeknik Mukah ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA). Kajian ini berbentuk deskriptif yang menentukan tahap persediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran yang dihadapi pelajar. Sampel kajian terdiri dari 123 orang pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, sesi pengajian 2006/2007 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Data hasil dari pengedaran borang soal selidik di kalangan pelajar telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) berada pada tahap yang sederhana. Kesemua elemen yang dipilih sebagai pemboleh ubah kajian ini mencatat nilai skor min dan peratusan yang sederhana. Ini bermaksud bahawa penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses pembelajaran masih kurang dan tidak digunakan sepenuhnya. PENGENALAN Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan dan Rozita, 2002). Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah- ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan ( Jaya Kumar, 2002). Gelombang ekonomi ketiga dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT telah meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan. Pengajaran yang menggunakan media elektronik ini menggunakan media sebagai penyebar sumber maklumat membolehkan pelajar belajar dengan sendiri secara interaktif. Hartley (2000) menyatakan bahawa ICT adalah perluasan atau pendalaman pengertian daripada IT iaitu Information and Communication Technology. PERNYATAAN MASALAH Persoalannya kini ialah, walaupun pelaksanaan pembelajaran elektronik dalam pendidikan ini telah bermula sejak tahun 1998, agenda pendidikan yang dirancangkan ini didapati kurang berjaya dilaksanakan disebabkan banyak masalah yang timbul berkaitan dengan prasarana dan juga sikap dan penerimaan para pelajar sendiri (Abd. Rahman,1992). Walaupun internet menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pembelajaran melalui pembelajaran elektronik namun ada sesetengah pelajar yang tidak tahu menggunakan kemudahan ini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Mereka hanya mengetahui bahawa pembelajaran hanya berlaku di luar kelas sahaja (Hussain,2001). Persoalannya di sini ialah, adakah pelajar-pelajar yang terdapat di IPTA sudah bersedia untuk menerapkan penggunaan pembelajaran elektronik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik kuliah. Kesediaan pelajar merupakan salah satu elemen penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar

Upload: shangeetha385

Post on 10-Jul-2015

73 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

31

KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (e-learning) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA)

Kamarul Ariffin bin Abd Rashid Politeknik Seberang Perai

Muliadi bin Wahid

Politeknik Mukah

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA). Kajian ini berbentuk deskriptif yang menentukan tahap persediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran yang dihadapi pelajar. Sampel kajian terdiri dari 123 orang pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, sesi pengajian 2006/2007 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Data hasil dari pengedaran borang soal selidik di kalangan pelajar telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) berada pada tahap yang sederhana. Kesemua elemen yang dipilih sebagai pemboleh ubah kajian ini mencatat nilai skor min dan peratusan yang sederhana. Ini bermaksud bahawa penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses pembelajaran masih kurang dan tidak digunakan sepenuhnya.

PENGENALAN

Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan dan Rozita, 2002). Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan ( Jaya Kumar, 2002). Gelombang ekonomi ketiga dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT telah meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan. Pengajaran yang menggunakan media elektronik ini menggunakan media sebagai penyebar sumber maklumat membolehkan pelajar belajar dengan sendiri secara interaktif. Hartley (2000) menyatakan bahawa ICT adalah perluasan atau pendalaman pengertian daripada IT iaitu Information and Communication Technology.

PERNYATAAN MASALAH

Persoalannya kini ialah, walaupun pelaksanaan pembelajaran elektronik dalam pendidikan ini telah bermula sejak tahun 1998, agenda pendidikan yang dirancangkan ini didapati kurang berjaya dilaksanakan disebabkan banyak masalah yang timbul berkaitan dengan prasarana dan juga sikap dan penerimaan para pelajar sendiri (Abd. Rahman,1992). Walaupun internet menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pembelajaran melalui pembelajaran elektronik namun ada sesetengah pelajar yang tidak tahu menggunakan kemudahan ini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Mereka hanya mengetahui bahawa pembelajaran hanya berlaku di luar kelas sahaja (Hussain,2001). Persoalannya di sini ialah, adakah pelajar-pelajar yang terdapat di IPTA sudah bersedia untuk menerapkan penggunaan pembelajaran elektronik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik kuliah. Kesediaan pelajar merupakan salah satu elemen penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar

Page 2: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

32

menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi yang baru. Sekiranya pelajar tidak bersedia, maka segala program yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian yang melibatkan teknologi baru tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan (Rohayu, 2001). Penggunaan pembelajaran elekronik (e-learning) masih tidak meluas di institusi pengajaran. Kebanyakan institusi-institusi pengajaran masih mengamalkan sistem atau kaedah pembelajaran tradisional kerana menganggap ia sesuatu yang sukar untuk digunakan atau dilaksanakan. Namun begitu, teknologi dan penyelidikan tetap digunakan di dalam pembelajaran untuk anjakan paradigma dan perubahan budaya (Yusof, 2000). Halim (2000) dalam kajiannya, melihat kesediaan di dalam penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar kejuruteraan di IPTA dan mendapati pelajar tersebut tidak begitu bersedia di dalam penggunaan pembelajaran elektronik. Badrul Hisham (1998) menjalankan kajian tentang aplikasi pelajar menggunakan pembelajaran elektronik di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di UiTM. Hasil yang didapati menunjukkan pelajar kurang didedahkan dengan penggunaan pembelajaran elektronik. Namun apa yang berlaku adalah sebahagian pelajar di UTHM ini masih tidak menggunakan pembelajaran elektronik ini kerana tidak tahu cara menggunakannya. Pembelajaran elektronik masih kurang digunakan oleh pelajar sebagai salah satu alternatif menggantikan kaedah pembelajaran tradisional. Daripada statistik yang diperolehi daripada pusat pembelajaran dan pengajaran iaitu penggunaan pembelajaran elektronik di UTHM adalah 39.64%. Ini menunjukkan tahap penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar adalah pada tahap rendah. Perkara ini perlu diberikan perhatian supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dari pelbagai bidang. Selain itu, kajian seperti ini masih kurang dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dengan adanya kajian ini ia dapat mengukuhkan lagi rasional pengkaji untuk membuat penyelidikan ini. Pengenalpastian terhadap tahap persediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran akan dapat membantu pihak pengurusan universiti untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembelajaran elektronik supaya lebih berkesan dan efektif.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif yang berikut: a) Mengenal pasti tahap kesedaran, kesediaan

dan penggunaan pembelajaran elektronik (e-learning) di kalangan pelajar.

PERSOALAN KAJIAN

a) Sejauh manakah tahap kesedaran, kesediaan

dan penggunaan pembelajaran elektronik (e-learning) di kalangan pelajar ?

SKOP KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik yang ditawarkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dalam kajian ini rekabentuk pensampelan adalah secara rawak. Populasi sasaran adalah terdiri daripada pelajar kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM, sesi pembelajaran 2006/2007. Manakala sampel adalah pelajar tahun akhir dari kursus yang sama yang dipilih secara rawak. Tumpuan kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik (e-learning) di dalam proses pembelajaran. Kajian ini ditumpukan kepada persediaan dan penerimaan pelajar dalam menggunakan teknologi pembelajaran elektronik (e-learning). e- Learning dalam konteks kajian ini merujuk kepada “Sistem Pembelajaran Blackboard” yang digunakan di UTHM dalam melaksanakan proses P&P.

METODOLOGI KAJIAN

POPULASI KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu penyelidikan, pengenalpastian terhadap populasi adalah penting. Populasi kajian hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu, kerana menurut Mohd. Najib (1999), ia menentukan bidang masalah dalam sesuatu penyelidikan yang perlu dikaji serta data dan maklumat yang akan dikumpulkan. Dalam sesebuah kajian, populasi tidak merujuk kepada semua individu dalam masyarakat. Perkataan ‘populasi’ digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan individu dalam kumpulan di mana dapatan kajian akan diperolehi. Dalam kajian ini, responden yang terpilih adalah terdiri daripada pelajarpelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM , bagi sesi pembelajaran

Page 3: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

33

2006/2007. Jumlah pelajar tahun akhir di FKEE UTHM adalah seramai 152 orang. Mereka terdiri pelajar lepasan SPM, Diploma dan Matrikulasi.

SAMPEL KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA). Sampelan rawak digunakan apabila tidak terdapat sebarang petanda dalam peringkat pensampelan untuk memilih sampel secara tidak rawak (Mohd. Najib, 1999). Menurut Meriam (1998), pemilihan sampel adalah bergantung kepada pengkaji berdasarkan kesesuaian tujuan kajian. Justeru itu, pengkaji memilih sampel kajian dipilih melalui persampelan rawak. Di mana pengkaji mengambil sampel yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji mengehadkan sampel kajian pada pelajar tahun akhir, sesi 2006/2007.

KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Data yang di kumpul dalam kajian ini akan dianalisis oleh pengkaji untuk mengetahui keputusan akhir kajian. Pengkaji akan menganalisis data yang dikumpul dengan menggunakan kaedah analisis diskriptif kuantitatif digunakan untuk menganalisis item-item yang telah dibentuk dalam borang soal selidik.

ANALISIS KUANTITATIF

Data-data dan maklumat yang dikumpul daripada soal selidik dalam kajian ini akan dianalisis secara kuantitatif. Analisis kuantitatif dijalankan dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package For Social Science) untuk windows. Borang soal selidik yang dijawab oleh responden akan dianalisis oleh pengkaji secara diskriptif seperti kaedah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Skala Likert Lima Mata telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat penilaian terhadap maklumat responden.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

ANALISIS TAHAP KESEDARAN Hasil analisis data menunjukkan tahap kesedaran pembelajaran elektronik di UTHM tersebut berada pada tahap sederhana. Berdasarkan jadual 1.1, skor min purata bagi tahap kesedaran penggunaan pembelajaran elektronik adalah 3.66 dengan sisihan piawai purata iaitu 0.946. Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat skor min yang tertinggi

diperoleh daripada soalan yang kedua (S2) iaitu sebanyak 3.85. Secara terperincinya ini adalah kerana 2 orang responden mengatakan sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. 10 orang responden pula tidak setuju, 27 orang responden kurang setuju , 50 orang responden adalah setuju dan 34 orang sangat setuju terhadap penyataan bahawa pembelajaran elektronik mempunyai banyak kelebihan. Min bagi penyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sangat tinggi. Di samping itu juga, skor min yang terendah diperoleh daripada soalan yang pertama (S1) iaitu sebanyak 3.44. Secara terperincinya ini adalah kerana 4 orang responden mengatakan sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. 17 orang responden pula tidak setuju, 36 orang responden kurang setuju , 53 orang responden adalah setuju dan 13 orang sangat setuju terhadap penyataan bahawa pembelajaran elektronik diaplikasikan di UTHM. Min bagi penyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sederhana.

ANALISIS TAHAP KESEDIAAN Hasil analisis data menunjukkan tahap kesediaan pembelajaran elektronik di UTHM tersebut berada pada tahap sederhana. Berdasarkan jadual 1.2, skor min purata bagi tahap kesediaan penggunaan pembelajaran elektronik adalah 3.58 dengan sisihan piawai purata iaitu 0.968. Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat skor min yang tertinggi diperoleh daripada soalan yang kesembilan belas (S19) iaitu sebanyak 3.71. Secara terperincinya ini adalah kerana 3 orang responden mengatakan sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. 14 orang responden pula tidak setuju, 30 orang responden kurang setuju , 63 orang responden adalah setuju dan 13 orang sangat setuju terhadap penyataan bahawa pelajar bersedia untuk untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik pada bila-bila masa. Min bagi penyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sangat tinggi. Di samping itu juga, skor min yang terendah diperoleh daripada soalan yang enam belas (S16) iaitu sebanyak 3.43. Secara terperincinya ini adalah kerana 3 orang responden mengatakan sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. 12 orang responden pula tidak setuju, 52 orang responden kurang setuju, 41 orang responden adalah setuju dan 15 orang sangat setuju terhadap penyataan bahawa pembelajaran elektronik diaplikasikan di UTHM. Min bagi penyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sederhana.

Page 4: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

34

Jadual 1.1: Analisis Tahap Kesedaran Pembelajaran Berasaskan Elektronik

Item 1 STS

2 TS

3 KS

4 S

5 SS

Min Sisihan Piawai

4 17 36 53 13 1. Saya sedar bahawa pembelajaran

elektronik diaplikasikan di UTHM

3.3% 13.8% 29.3% 43.1% 10.6%

3.44 0.968

2 10 27 50 34 2. Saya sedar bahawa pembelajaran

elektronik mempunyai banyak kelebihan

1.6% 8.1% 22.0% 40.7% 27.6%

3.85 0.975

1 14 34 45 29 3. Saya sangat bermotivasi untuk

menggunakan kaedah pembelajaran elektronik

0.8% 11.4% 27.6% 36.6% 23.6%

3.71 0.981

1 15 34 46 27

4. Saya tahu bahawa saya akan ketinggalan jika tidak menggunakan pembelajaran elektronik.

0.8% 12.2% 27.6% 37.4% 22.0%

3.67 0.979

1 15 43 39 25

5. Saya sentiasa memberi galakan kepada rakan-rakan supaya menggunakan pembelajaran elektronik.

0.8% 12.2% 35% 31.7% 20.3%

3.59 0.974

1 12 34 43 33 6. Saya tahu bahawa banyak bahan

pembelajaran dapat diperolehi melalui pembelajaran elektronik

0.8% 9.8% 27.6% 35.0% 26.8%

3.77 0.982

1 12 42 42 26 7. Saya akan ketinggalan sekiranya

tidak menggunakan pembelajaran elektronik

0.8% 9.8% 34.1% 34.1% 21.1%

3.65 0.949

1 10 27 59 26 8. Saya sedar bahawa pembelajaran

elektronik boleh membantu pencapaian akademik saya.

0.8% 8.1% 22.0% 48.0% 21.1%

3.80 0.893

3 14 30 63 13 9. Saya sedar bahawa saya perlu

menggunakan pembelajaran elektronik semasa saya berada di UTHM

2.4% 11.4% 24.4% 51.2% 10.6%

3.56 0.916

6 9 43 55 10 10. Saya sentiasa bersikap positif

terhadap penggunaan pembelajaran elektronik 4.9% 7.3% 35.0% 44.7% 8.1%

3.44 0.925

2 9 41 55 16 11. Kaedah pembelajaran elektronik

adalah kaedah pembelajaran pilihan saya 1.6% 7.3% 33.3% 44.7% 13.0%

3.60 0.866

1 11 33 52 26 12. Pembelajaran elektronik banyak

membantu pengajian saya di UTHM 0.8% 8.9% 26.8% 42.3% 21.1%

3.74 0.922

1 12 27 57 26 13. Pembelajaran elektronik memberi

nilai tambah kepada pembelajaran saya 0.8% 9.8% 22.0% 46.3% 21.1%

3.77 0.922

4 8 36 47 28 14. Saya merasakan satu kerugian

sekiranya tidak menggunakan pembelajaran elektronik 3.3% 6.5% 29.3% 38.2% 22.8%

3.71 0.998

Nilai Keseluruhan 3.66 0.946

Page 5: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

35

Jadual 1.2: Analisis Tahap Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik

Item 1 STS

2 TS

3 KS

4 S

5 SS

Min Sisihan Piawai

1 16 29 52 25 1. Saya bersedia untuk menggunakan pembelajaran elektronik pada bila-bila masa

0.8% 13.0% 23.6% 42.3% 20.3%

3.68 0.969

3 12 52 41 15 2. Saya sentiasa menggunakan kaedah pembelajaran elektronik

2.4% 9.8% 42.3% 33.3% 12.2%

3.43 0.915

1 18 37 44 23

3. Saya sentiasa mempelajari cara penggunaan pembelajaran elektronik

0.8% 14.6% 30.1% 35.8% 18.7%

3.57 0.984

3 14 30 63 13

4. Saya mempunyai kemahiran untuk menggunakan kaedah pembelajaran elektronik

2.4% 11.4% 24.4% 51.2% 10.6%

3.56 0.916

4 8 36 47 28

5. Saya bersedia untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran saya

3.3% 6.5% 29.3% 38.2% 22.8%

3.71 0.998

4 16 47 38 18

6. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam penggunaan pembelajaran elektronik

33.3% 13.0% 38.2% 30.9% 14.6%

3.41 0.999

2 14 42 40 25 7. Saya tidak menghadapi sebarang halangan untuk menggunakan pembelajaran elektronik 1.6% 11.4% 34.1% 32.5% 20.3%

3.59 0.991

1 20 29 54 19 8. Saya selalu cuba untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui pembelajaran elektronik 0.8% 16.3% 23.6% 43.9% 15.4%

3.57 0.967

1 14 37 44 27 9. Saya sangat selesa dengan kaedah pembelajaran elektronik

0.8% 11.4% 30.1% 35.8% 22.0%

3.67 0.972

Nilai Keseluruhan 3.58 0.968

Page 6: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

36

ANALISIS TAHAP PENGGUNAAN Hasil analisis data menunjukkan tahap penggunaan pembelajaran elektronik di UTHM tersebut berada pada tahap sederhana. Berdasarkan jadual 1.3, skor min purata bagi tahap penggunaan pembelajaran elektronik adalah 3.51 dengan sisihan piawai purata iaitu 0.940. Berdasarkan jadual tersebut juga dapat dilihat skor min yang tertinggi diperoleh daripada soalan yang dua puluh empat (S24) iaitu sebanyak 3.66. Secara terperincinya ini adalah kerana 1 orang responden mengatakan sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. 7 orang responden pula tidak setuju, 46 orang responden kurang setuju , 48 orang responden adalah setuju dan 21 orang sangat setuju terhadap penyataan bahawa pelajar boleh menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan. Min bagi penyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sederhana. Di samping itu juga, skor min yang terendah diperoleh daripada soalan yang dua puluh lima (S25) iaitu sebanyak 3.35. Secara terperincinya ini adalah kerana seorang responden mengatakan sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. 27 orang responden pula tidak setuju, 37 orang responden kurang setuju, 44 orang responden adalah setuju dan 14 orang sangat setuju terhadap penyataan bahawa pelajar menggunakan kaedah pembelajaran elektronik bagi semua mata pelajaran. Min bagi penyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sederhana. Jadual 1.4: Analisis Tahap Kesediaan, Kesedaran dan Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik

Aspek Min Tahap Kesediaan

3.66

Tahap Kesedaran 3.58 Tahap Penggunaan 3.51 Min Keseluruhan 3.58

Secara keseluruhan analisis ini, didapati tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dikalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik dapat disimpulkan berada pada tahap sederhana iaitu skor min purata adalah 3.58. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik (e-learning) di kalangan pelajar. Untuk mengetahui tahap pelajar dari aspek ini, maka dua puluh lapan soalan telah dikemukakan di dalam soal selidik. Daripada hasil analisis kajian dalam

bab empat, objektif pertama dalam kajian ini telah dicapai kerana pengkaji dapat memperolehi nilai min keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji dalam borang soal selidik. Sebanyak 28 soalan telah dibentuk dalam borang soal selidik dan ia dikategorikan kepada tiga aspek iaitu 14 soalan bagi aspek tahap kesedaran, 9 soalan bagi aspek tahap kesediaan dan 5 soalan bagi aspek tahap penggunaan. Dalam aspek kesedaran, hasil kajian menunjukkan pernyataan kedua mempunyai nilai min yang tinggi iaitu berkaitan dengan pembelajaran elektronik mempunyai banyak kelebihan. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa pembelajaran elektronik banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada mereka dalam hal pembelajaran. Dalam pernyataan keenam, hasil kajian menunjukkan min berada pada tahap tinggi. Pernyataan ini adalah berkaitan dengan banyak bahan pembelajaran dapat diperolehi melalui pembelajaran elektronik. Kebanyakan responden sedar bahawa dengan menggunakan pembelajaran elektronik, mereka dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan-bahan pembelajaran sebagai tambahan kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah. Hasil kajian dalam pernyataan kelapan menunjukkan min berada pada tahap tinggi iaitu berkaitan dengan pembelajaran elektronik dapat membantu pencapaian akademik pelajar. Menurut Azma (1990), pembelajaran adalah satu proses yang memerlukan interaksi empat komponen utama yang terdiri daripada pelajar, pengajar, pendekatan dan bahan pembelajaran. Pembelajaran merupakan satu proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang serta menggunakan ilmu dan kemahirannya. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa pelajar sentiasa bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran elektronik. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menerima pembelajaran elektronik sebagai alternatif untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan dalam proses pembelajaran. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar merasakan satu kerugian sekiranya mereka tidak menggunakan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran. Menurut Knowles (1980,1984) pelajar dewasa lebih bersedia untuk belajar jika pembelajaran dapat membantunya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dan pengetahuan tersebut boleh diaplikasikan di dalam kehidupannya. Dalam aspek kesediaan pula, hasil kajian menunjukkan pelajar bersedia untuk menggunakan

Page 7: 10 kamarul-2-psp-full edit

PSP’ s Research Digest

Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)

37

pembelajaran elektronik pada bila-bila masa. Selain itu, mereka juga bersedia untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran mereka. Para pelajar juga bersedia menghadapi cabaran dalam penggunaan pembelajaran elektronik. Aspek terakhir yang dikaji dalam borang soal selidik ialah aspek tahap penggunaan. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan para pelajar bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran elektronik. Antaranya ialah mereka boleh menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan dan menggunakan pembelajaran elektronik untuk mendapatkan nota dan bahan-bahan pembelajaran lain.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tahap persediaan pelajar kejuruteraan elektrik terhadap penggunaan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berada pada tahap sederhana iaitu 3.58. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia masih mempunyai kelemahan dan perlu diperbaiki supaya tahap penggunaannya akan mencapai tahap tinggi pada masa akan datang. Selain itu, analisis kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan, kesedaran dan penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Ini bermaksud bahawa penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses pembelajaran masih kurang dan tidak digunakan sepenuhnya. Pihak universiti perlu memberikan pendedahan yang meluas kepada para pelajar tentang kepentingan menggunakan pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran.

RUJUKAN [1] Abd. Rahman Daud (1992). Faktor-faktor yang berkaitan

dengan Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan di Kalangan Pelajar Kolej Menengah di Negeri Perlis : Tesis Sarjana; UKM .

[2] Azwan Dan Rozita (2002). Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi DalamPengajaran Dan Pembelajaran: Perspektif Mata Pelajaran Kimia Spm. Universiti Kebangsaan Malaysia.

[3] Adanan b. Mat Junoh ( 1995). ”Penilaian Kesediaan dan Kepenggunaan Aplikasi e-Learning di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia”: Satu Kajian ke Atas Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

[4] Ahmad et. al. (2000). “Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran Menerusi Laman Web NiceNet dan E-mel: Satu Kajian Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).”

[5] Azma A. Hamid (1990). “Teknologi dalam Pendidikan: Mampukah Guru-guru Mengeksploitasinya?.” Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. 34(74). 20-24.

[6] Badrul Hisham Hj.Alang Osman. (1998). ”Aplikasi pelajar menggunakan pembelajaran elektronik di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di UiTM”. Universiti Teknologi Mara.

[7] Best, J. W dan Khan, J.V (1998),” Research In Education.” MA : Allyn And Bacon

[8] Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan: “Penggunaan TMK dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan.” 18-19 Sept. 2002, Kuching, Sarawak.

[9] Hussain Hj Othman (2001). “Pembelajaran secara ‘online’: Tinjauan terhadap perbincangan isu-isu social dan agama dalam ICA nicenet di kalangan pelajar sarjana KUiTTHO di seminar kebangsaan sosio ekonomi dan IT, UUM.

[10] Halim Jajuli. (2000). “Tahap Kesediaan di dalam penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar kejuruteraan di IPTA. Universiti Teknologi Malaysia.

[11] Jamaludin Mohaiadin. (2000). Isu Dan Implikasi “E-Learning” Terhadap Sistem Pendidikan. Kertaskerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia Ke-13: Ipoh, Perak, 19-21 Sept. 2000.

[12] Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini, Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

[13] Junaidah Mohamed Kassim et.al (2003). “Aplikasi E-Pembelajaran Pengajaran Dan Pembelajaran”.Universiti Kebangsaan Malaysia.

[14] Kamal Kishore Jain. (2003). Motivating Factors in E-learning – A Case Study of UNITAR. Student Affairs Online, Vol. 4 no. 1 - Winter 2003.

[15] Laudon, Kenneth C. 2002. Pengurusan Sistem Maklumat . Terjemahan Ainin

[16] Sulaiman,Shamsul Bahri Zakaria, Siti Rohani Yahya. Edisi Ke-6.Prentice Hall, Malaysia.

[17] Mohamad Hassan (2004). “Sumber Terbuka Dan E-Pembelajaran”: Pengalaman Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi”:Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[18] Mohd. Selim (2003) . “Faktor-faktor kejayaan kritikal di dalam e-learning: Satu kajian terhadap persepsi pelajar.”Universiti Kebangsaan Malaysia.

[19] Mohd. Najib Abd. Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.