sorotan literatur dr kamarul

10

Click here to load reader

Upload: wmkfirdaus

Post on 15-Jul-2015

5.040 views

Category:

Education


47 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sorotan literatur Dr Kamarul

SOROTAN LITERATUR

KAMARUL SHUKRI MAT TEH

Page 2: Sorotan literatur Dr Kamarul

PENDAHULUAN

Literatur atau kepustakaan merangkumi buku, artikel dalam jurnal ilmiah, penulisan di internet, penulisan dalam akhbar, tesis, kertas seminar dan persidangan, dokumen rasmi dan dokumen-dokumen lain yang mengandungi maklumat lampau dan terkini berkenaan sesuatu topik.

Sorotan literatur (Literature review): kajian literatur, tinjauan literatur, atau ulasan kepustakaan.

Page 3: Sorotan literatur Dr Kamarul

DEFINISI

Sorotan literatur ialah rujukan secara kritikal dan sistematik mengenai maklumat terpilih yang terdapat dalam kepustakaan atau literatur berkenaan topik atau fokus soalan kajian penyelidik. Sorotan itu perlu menghurai, meringkas, menganalisis, mensintesis, menilai dan menjelaskan kepustakaan yang dipilih (Bryman & Bell 2003; Creswell 2005).

Page 4: Sorotan literatur Dr Kamarul

Justeru, sorotan literatur hendaklah:

1. Berkait dengan dan disusun di sekitar fenomena yang dikaji.

2. Mensintesiskan maklumat dan menyatakan apa yang diketahui dan tidak diketahui berkenaan fenomena itu.

3. Mengenal pasti isu-isu kontroversi berkenaan fenomena.

4. Mengungkapkan persoalan yang memerlukan kajian lanjutan.

Page 5: Sorotan literatur Dr Kamarul

TUJUAN SOROTAN LITERATUR

1. Memberikan asas teori untuk penyelidikan.

2. Memberi idea mengenai pemboleh ubah.

3. Membantu penyelidik memahami “nature” atau “contour” fokus penyelidikan.

4. Menjelaskan tentang status kajian di luar sama ada telah banyak diterokai atau belum.

Page 6: Sorotan literatur Dr Kamarul

5. Maklumat tentang kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat mengenai reka bentuk, subjek kajian, alat kajian, dapatan dan kedalaman kajian yang telah dijalankan.

6. Memberikan maklumat tentang makna dan hubungan antara pemboleh ubah. Ia membantu dalam membina hipotesis kajian.

Page 7: Sorotan literatur Dr Kamarul

PENYEDIAAN SOROTAN LITERATUR

Mengenal Pasti Istilah Penting (Identify Key Terms).

Melokasikan Kepustakaan (Locate Literature).

Menilai Secara Kritikal Dan Memilih Literatur (Critically Evaluate And Select The Literature).

Menyusun Semula (Organize The Literature).

Menulis Ulasan (Write A Review).

Page 8: Sorotan literatur Dr Kamarul

Soalan membantu penyediaan sorotan literatur:

1. Apakah yang diketahui berkenaan fenomena yang menjadi fokus soalan kajian? Apakah yang tidak diketahui?

2. Apakah konsep dan teori yang relevan bagi fenomena?

3. Apakah metodologi penyelidikan yang digunakan bagi mengkaji fenomena?

Page 9: Sorotan literatur Dr Kamarul

4. Adakah terdapat isu yang menjadi kontroversi berkenaan fenomena? Apakah isu yang diperdebatkan? Apakah isu yang tidak mencapai kesepakatan?

5. Adakah terdapat ketidakkonsistenan dapatan kajian dalam artikel yang dirujuk? Apakah yang tidak konsisten? Mengapa tidak konsisten?

6. Adakah terdapat lompang dalam bidang ilmu yang diselidiki? Adakah terdapat soalan yang masih tidak terjawab tentang fenomena? Apakah soalan-soalan itu?

Page 10: Sorotan literatur Dr Kamarul

Format Rujukan Dalam Sorotan Literatur

Ramlah (2008) berpandangan …….

……….. adalah tekal (Abdul Kadir 1997).

…….. for research and practice (Creswell 2005, Dornyei et. al 1998, Oxford & Ehrman 2001).

……. of your manuscript (Dornyei et. al, 1998; Oxford & Ehrman, 2001; Creswell, 2005).