tujuan kajian dr kamarul shukri

20
TUJUAN KAJIAN

Upload: wmkfirdaus

Post on 23-Jul-2015

4.567 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

TUJUAN KAJIAN

Page 2: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

•Tujuan kajian (The purpose of study) merupakan kenyataan tentang arah atau fokus secara keseluruhan bagi sesuatu kajian.

•Kebiasaannya di tulis dalam satu perenggan dengan jelas dan tepat selepas daripada pernyataan masalah.

•Tujuan kajian terdapat di dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

Page 3: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

•Contoh:

Kuantitatif: The purpose of this study is to examine the relationship between use of internet communication between teachers and parents in Kuala Terengganu school district and students achievement on test in secondary school social studies.

Kualitatif: The purpose of this study is to explore parent stories regarding internet communications with teachers about their students in Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.

Page 4: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

OBJEKTIF KAJIAN

Page 5: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

•Objektif kajian (Research objective) merupakan kenyataan yang menjelaskan matlamat kajian secara khusus yang hendak dicapai oleh pengkaji. Ia kebiasaannya digunakan di dalam penyelidikan kuantitatif.

•Objektif kajian ditulis selepas daripada “tujuan kajian”.

Page 6: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

Contoh:

The objectives of this study are:

1. To describe the frequency of internet communication between parents and teachers regarding…

2. To describe the types (or categories) of internet communication between parents and teachers.

3. To relate a frequency and types of communication to student achievement in the class as measured by performance on tests.

Page 7: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

SOALAN KAJIAN

Page 8: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

•Soalan kajian (Research question) merupakan soalan dalam penyelidikan kuantitatif atau kualitatif yang menjuruskan tujuan dan objektif kajian kepada soalan khusus yang hendak dijawab.

•Soalan kajian ditulis selepas daripada objektif kajian.

Page 9: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

•Dalam penyelidikan kuantitatif, soalan kajian adalah berkait dengan ciri-ciri dan karakter individu atau organisasi yang dinamakan sebagai pemboleh ubah atau variabel (variable).

•Dalam penyelidikan kualitatif, soalan kajian memasukkan konsep berpusat yang hendak diterokai yang dinamakan sebagai fenomena berpusat (central phenomenon).

Page 10: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

Contoh:

Kuantitatif: Do parent-teacher internet communications affect student performance in the classroom?

Kualitatif: What types of internet experiences do parents have with teachers about the performance of the parents’ children?

Page 11: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

HIPOTESIS KAJIAN

Page 12: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

•Hipotesis merupakan kenyataan dalam penyelidikan kuantitatif di mana penyelidik membuat ramalan tentang hubungan dan perbezaan antara pemboleh ubah.

•Ramalan ini bukanlah berbentuk “agakan” atau “tekaan” (guess), malah ia berdasarkan kajian lepas dan sorotan literatur.

•Hipotesis kajian penting, terutamanya dalam kajian inferensi di mana sampel dipilih daripada populasi kajian dan ujian statistik dilakukan untuk menguji hipotesis sebelum keputusan digeneralisasikan.

Page 13: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

TUJUAN PEMBINAAN HIPOTESIS

1. Membantu pengkaji menyatakan ramalan dengan tepat dan memberi fokus kepada aspek yang dinyatakan.

2. Membantu pengkaji menguji ramalan kerana ia dapat diuji dengan ujian statistik yang sesuai.

Page 14: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

3. Membantu pengkaji untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dengan membimbing untuk merancang reka bentuk, prosedur, instrumentasi dan pensampelan secara sistematik.

4. Memberi rangka berguna untuk mengorganisasikan dan merumus dapatan kajian.

5. Meningkatkan kebolehpercayaan kajian dengan adanya penetapan aras signifikan.

Page 15: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

SYARAT PERNYATAAN HIPOTESIS

•Hipotesis perlu dinyatakan dalam bentuk pernyataan, ia tidak boleh dinyatakan dalam bentuk soalan.

•Hipotesis penyelidikan perlu diselaraskan dengan fakta, kajian lepas dan teori.

•Hipotesis dinyatakan mengikut objektif kajian berdasarkan masalah kajian.

•Hipotesis hendaklah boleh diuji.

•Hipotesis perlu dinyatakan dengan tepat.

Page 16: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

PEMBAHAGIAN HIPOTESIS1.Hipotesis Penyelidikan/Alternatif:

Pernyataan ramalan pengkaji tentang perhubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang dinyatakan dalam bentuk adanya perbezaan atau hubungan.

Ia boleh dinyatakan dalam bentuk berarah atau tidak berarah. Hipotesis berarah mempunyai arah sama ada positif atau negatif. Hipotesis tidak berarah tidak menyatakan arahnya sama ada positif atau negatif.

Page 17: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

HA Tidak Berarah:

•Terdapat hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.

HA Berarah:

•Terdapat hubungan positif yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik (+ve).

•Terdapat hubungan negatif yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik (-ve).

Page 18: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

2.Hipotesis Sifar/Nol:

Pernyataan ramalan pengkaji tentang perhubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang dinyatakan dalam versi hipotesis negatif atau tiada perbezaan atau hubungan.

Ia juga boleh dinyatakan dalam bentuk berarah atau tidak berarah.

Page 19: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

Ho Tidak Berarah:

•Tidak terdapat hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.

Ho Berarah:

•Tidak terdapat hubungan positif yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik (+ve).

•Tidak terdapat hubungan negatif yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik (-ve).

Page 20: Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri

AKTIVITI….

1. Pelajar mencari artikel jurnal, laporan penyelidikan atau disertasi/tesis.

2. Pelajar membaca dan memahami pernyataan masalah, tujuan, objektif, soalan, hipotesis dan kaedah kajian.

3. Pelajar menerangkan dan menghuraikan elemen-elemen tersebut.