10. contoh penulisan pelaksanaan aktiviti p&p (intervensi)

3

Click here to load reader

Upload: adriekaka

Post on 22-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pelaksanaan

TRANSCRIPT

Page 1: 10. Contoh Penulisan Pelaksanaan Aktiviti P&P (Intervensi)

7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL

AVU ZAR ZAD

Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menulis Jawi.

Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf yang mengandungi huruf-huruf yang mewakili

huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar Zad pula adalah Jadual yang

menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf

selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah

huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol ( - ).

Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain

selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan. Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan

Teknik Dalil Avu Zar Zad:

i. Aktiviti I: Memperkenalkan Teknik Dalil

Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana untuk

menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri. (Contoh Kad

di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti persamaan huruf tunggal

Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan penggunaan huruf kaf dan qaf

(iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir suku kata). Seterusnya saya

membimbing murid mengenali dan membezakan huruf-huruf diagraf dan huruf vocal di awal suku

kata.

Pemerhatian: Sesi penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil ternyata dapat menarik

minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&P. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan

sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid.

ii. Aktiviti II: Memberi Soalan Latih Tubi Untuk Teknik Dalil

Setelah soal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi

jawapan, saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang

mengandungi huruf tunggal rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang mempunyai

persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing dengan melihat Kad

Dalil Huruf. Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan

yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau

salah.

Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata terbuka

dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis perkataan-

perkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu murid-murid

menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan menulis dua

Page 2: 10. Contoh Penulisan Pelaksanaan Aktiviti P&P (Intervensi)

huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu, gambar-gambar objek

turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu murid menulis dengan betul.

Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat menuliskan jawapan yang betul pada kertas latihan

masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa sangat

seronok dan sekain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka.

iii. Aktiviti III: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad

Dengan berpandukan kad Avu Zar Zad, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan

bunyi “Avu Zar Zad’ dan menjelaskan bahawa-bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung di

panggkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad, huruf-huruf

tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan maksud symbol ( + )

dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu

huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi jika huruf selain huruf Avu

Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu.

Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya memberi

peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh disambungkan

dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ), maka huruf itu

tidak boleh disambung.

Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap

pemahaman mereka.

Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka

seronok untuk mencuba menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad.

iv. Aktiviti VI: Memberi Latih Tubi Untuk Teknik Avu Zar Zad

Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi

soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid

menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad. Soalan

mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung. Murid-murid

diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang menyiapkan latihan,

murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad sebagai panduan.

Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang keluar

ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka.

Page 3: 10. Contoh Penulisan Pelaksanaan Aktiviti P&P (Intervensi)

Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan. Apabila saya bertanya

siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing

dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira

rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid.