1 bentuk sajak

19
MEMAHAMI MEMAHAMI SAJAK SAJAK BENTUK BENTUK

Upload: abdul-manaf-bin-mohd-yasir

Post on 27-Jun-2015

19.601 views

Category:

Technology


4 download

DESCRIPTION

Sajak - Bentuk

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Bentuk Sajak

MEMAHAMI MEMAHAMI SAJAKSAJAK

BENTUKBENTUK

Page 2: 1 Bentuk Sajak

PENGENALAN

Sajak ialah hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya. Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan-pecahan baris dan bait yang tersusun.

Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan lihat dari kaca mata luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak itu.

Page 3: 1 Bentuk Sajak

RANGKAP

• Selain 'rangkap', istilah-istilah lain yang digunakan untuk membicarakan sajak ialah 'bait' dan 'stanza'. • Istilah ini ada hubungannya dengan perenggan atau paragraf dalam karya prosa tetapi mempunyai aturan sendiri. • Paling minimum, sesebuah sajak mempunyai SATU rangkap. • Ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.

Page 4: 1 Bentuk Sajak

BARIS• Kita memahami bentuk sajak daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap. • Kita dapat mengenalpasti jumlah baris dalam rangkap-rangkap yang ditulis. • Baris-baris itu memperlihatkan bentuk sebenar sajak. • Jumlah baris dalam rangkap-rangkap boleh berbeza dalam sesebuah sajak.

Page 5: 1 Bentuk Sajak

Monoton - hanya ada SATU baris dalam rangkap.

Distikon - bentuk sajak yang mengandungi DUA

baris dalam satu rangkap.

Terzina - merujuk kepada sajak yang mengandungi

tiga baris serangkap.

Page 6: 1 Bentuk Sajak

Quatrain- sajak yang mengandungi empat baris dalam

satu rangkap.

Quint - sajak yang mengandungi lima baris bagi

setiap rangkap.

Sekstet - berasal dari kata six atau enam. Merujuk

kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap.

Page 7: 1 Bentuk Sajak

SeptainSeptain - sajak yang mengandungi tujuh

baris serangkap.

Oktaf Oktaf - sajak yang mengandungi lapan

baris bagi setiap rangkap

Page 8: 1 Bentuk Sajak

Sajak yang mengandungi empat belas (14) baris yang semuanya dengan empat rangkap.

Rangkap pertama dan kedua mengandungi masing-masing empat baris.

Rangkap ketiga dan keempat masing-masing mengandungi tiga baris.

Soneta

Page 9: 1 Bentuk Sajak

SUKU KATA• Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, perlu juga membuat penelitian terhadap jumlah suku kata (syllable) dalam sesuatu baris sajak. • Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata.• Bagaimanapun, ada sajak yang secara tidak langsung terpengaruh dengan jumlah suku kata. Ini dikaitkan dengan jumlah suku kata yang terdapat dalam pantun dan syair. • Jika sajak itu terpengaruh dengan bentuk puisi tradisi; dikatakan sajak itu terikat( persis bentuk pantun dan syair)

Page 10: 1 Bentuk Sajak

RIMA

•Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris puisi bagi bait-bait tertentu. •Rima mungkin terdapat di awal, di tengah atau di hujung. •Ia memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah puisi lama mahupun puisi moden.

Page 11: 1 Bentuk Sajak

** Rima Awal •Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau moden. •Rima ini bersamaan dengan istilah ANAFORA.

Contoh : Jika engkau angin dukaJika engkau merpati putih Jika engkau laut terbuka Jika engkau awan-gemawan berarak mesra Jika engkau kali mengalir beriring ke kuala Jika engkau bunga mentari di taman indah Di luar diri: engkau adalah musuh mimpi - jahat anak manusia

Page 12: 1 Bentuk Sajak

*** Rima Akhir • Rima akhir pula adalah berlawanan dengan konsep rima awal, iaitu bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama. • Rima sama di hujung; dalam sajak disebut sebagai EPIFORA.

Contoh : Pulau pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Page 13: 1 Bentuk Sajak

Terikat

Terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya pantun dan syair. Kedua-dua puisi tradisi ini kadang-kadang mempengaruhi penulisan sajak mutakhir. Ia mempunyai ciri-ciri yang ketat dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, suku kata dan sebagainya.

Page 14: 1 Bentuk Sajak

Terikat kepada pantun • Terikat kepada pantun dikatakan pada sajak-sajak yang dipengaruhi oleh semua atau sebahagian daripada ciri-ciri dalam pantun. • Dalam pantun, terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b/ atau dalam pantun enam kerat rima akhirnya a/b/a/b/a/b/.• Setiap baris dalam pantung mengandungi kira-kira empat perkataan atau lapan hingga dua belas suku kata. • Dalam sesuatu rangkap empat baris, baris pertama dan baris kedua dikatakan sebagai pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat sebagai maksud. • Sesuatu rangkap pantung boleh berdiri sendiri dan membawa maksudnya secara langsung.

Page 15: 1 Bentuk Sajak

Terikat kepada syair• Terikat kepada syair merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagiaan atau sepenuhnya ciri-ciri syair. • Syair mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a/. • Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku kata. • Syair merupakan gambaran sesebuah peristiwa atau cerita. • Syair jarang boleh berdiri sendiri bagi satu-satu rangkap tetapi ia bersambungan antara satu rangkap dengan rangkap berikutnya. • Cerita lama yang berbentuk syair ialah Syair Siti Zubaidah dan Syair Perahu.

Page 16: 1 Bentuk Sajak

Sajak Bebas

• Bentuk bebas ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang boleh diperhatikan dan dibuat perbandingan.• Sajak-sajak yang ditemui mutakhir ini umumnya berbentuk bebas.

Page 17: 1 Bentuk Sajak

Sajak Visual

• Visual bermaksud pembentukan benda dalam sesebuah sajak. • Selalunya sajak jenis ini tidak dimulakan dengan ayat-ayatnya pada awal baris seperti kebanyakan sajak. • Kadang-kadang, terbentuk suatu objek apabila disambung susunan bentuk ayatnya.

Page 18: 1 Bentuk Sajak

Kesimpulan Apabila kita melihat bentuk sesebuah sajak, elemen-elemen di atas patut diberikan penelitian, walaupun tidak semuanya relevan bagi membicarakan bentuk sebuah sajak.

Paling kurang sesebuah sajak boleh dilihat pada baris, rangkap, rima, suku kata, visual dan unsur keterikatannya dengan puisi lama.

Page 19: 1 Bentuk Sajak

Soalan-soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'sajak terikat'?

2. Dua aspek yang dikaji dalam bentuk sesebuah sajak ialah suku kata dan baris. Huraikan dengan memberikan contoh.

***************