1. 3053 tugasan sem 2 2014_15 (1)

6
KRM3053 Kemahiran Dalam Matematik (Skills in Mathematics) [PANDUAN KERJA KURSUS] SEMESTER 2, SESI 2014_15 ARAHAN 1. Kursus KRM 3053 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja. 2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. 3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3. 4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan. 5. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Upload: hafiy-iman

Post on 29-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

poji

TRANSCRIPT

KRM3053Kemahiran Dalam Matematik(Skills in Mathematics)

[PANDUAN KERJA KURSUS]

SEMESTER 2, SESI 2014_15

ARAHAN

1. Kursus KRM 3053 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja.2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut.3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3. 4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan. 5. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

KATEGORI TUGASAN PECAHAN TUGASANARAHANMARKAHTARIKH AKHIR MENGHAN-TAR TUGASAN

BAHAGIAN A(ESEI)40 markah

Bahagian A ini mengandungi 2 (DUA) tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.

TUGASAN 1: (Individu)

Satu cabaran yang perlu ditangani oleh para guru matematik ialah memastikan pengajaran berkesan dicapai melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan empat cabaran yang perlu ditangani oleh guru dalam memastikan penggunaan teknologi dalam pengajaran bilik darjah dicapai. Bagi setiap cabaran tersebut bincangkan cadangan mengatasinya. Perbincangan anda perlulah kritikal berasaskan fakta dan juga pendapat anda sendiri.

Nota: Jawapan anda mengandungi lebih kurang 2000 patah perkataan, dengan huruf Arial, bersaiz huruf 11, dan 1.5 spacing.

20 markah

Minggu ke 6

TUGASAN 2: (Individu)

Bagi SETIAP heuristik yang tersenarai di bawah, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran penyelesaian masalah matematik berdasarkan fahaman konstruktivisme kapada murid-murid sekolah rendah. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Tajuk 1: heuristik cuba jaya.Tajuk 2: heuristik matlamat penyudah.

2 x 10 markah =20 markah

Minggu ke 9

BAHAGIAN B(E-FORUM)20 marks dlm forumTerdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3. Pelajar perlu menjawab setiap soalan forum yang diberikan SEBANYAK SEKALI (SEKURANG-KURANGNYA). Kepada setiap soalan forum itu juga, pelajar perlu memberi kementar kepada mana-mana DUA (2, SEKURANG-KURANGNYA) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar yang lain. Jawapan dan komentar mestilah diselesaikan dalam tempoh yang dinyatakan sahaja (Peringatan: lanjutan tarikh forum tidak akan dilakukan). Kualiti jawapan dan komentar yang anda beri akan diambilkira dalam menentukan markah terhadap respond yang anda berikan. Berikut adalah soalan forum:

Soalan forum 1: Bincangkan permasalahan yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah.

Soalan forum 2: Bincangkan cabaran dalam melaksanakan perbincangan berkumpulan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah.

Soalan forum 3: Bincangkan bagaimana guru boleh memupuk kemahiran berfikir aras tinggi melalui pengajaran matematik di sekolah rendah.

Soalan forum 4: Bincangkan cabaran yang dihadapi guru dalam melaksanakan strategi membina perkaitan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Soalan forum 5: Bincangkan permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran membabitkan penggunaan teknologi dan media.

5 x 4 markah

JUMLAH MARKA.H KERJA KURSUS60

MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR40

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN100

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS kerja kursus

AMenepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A-Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

BMenepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

B-Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

C+Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

CKesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

DKesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

ETidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.