08 isi pelajaran interaksi 5
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 13 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN
Sinopsis
Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan satu perancangan yang baik dari aspek
ruang, objektif, langkah aktiviti dan menetapkan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan untuk
membolehkan guru melaksanakan aktiviti pengayaan dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menyusun atur ruang di dalam kelas untuk aktiviti pengayaan.
ii. Menulis objektif yang berbeza bagi setiap kumpulan pengayaan.
iii. Menentukan strategi pengayaan yang sesuai.
13.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan rancangan pengajaran supaya aktiviti
dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan yang positif ke arah meningkatkan
kemahiran berbahasa murid. Dalam perancangan pengajaran, guru perlu mengambil
kira aspek ruang pengayaan, objektif aktiviti, langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan
strategi pengajaran pengayaan.
13.1.1 Mengenal pasti ruang pengayaan
Murid berada dalam kumpulan berdasarkan pencapaian, seperti kumpulan
cerdas, sederhana dan lambat. Guru perlu mengatur ruang/tempat di dalam
kelas untuk menempatkan setiap kumpulan murid bagi aktiviti pengayaan supaya
lebih terurus. Bahan disimpan di tempat yang sesuai supaya mudah untuk
diambil dan digunakan. Kumpulan murid tidak sama setiap masa kerana
kebolehan setiap murid tidak sama bagi semua mata pelajaran. Murid perlu
dilatih untuk bergerak dengan cepat dalam kumpulan supaya aktiviti pengayaan
dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu, pengurusan ruang untuk aktiviti
pengayaan secara kumpulan hendaklah dilaksanakan secara mudah alih.
13.1.2 Objektif dan langkah-langkah aktiviti
1
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan harus berbeza. Objektif secara
kumpulan ini dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif P dan P secara
kelas. Aktiviti pengayaan bagi tiga kumpulan berdasarkan kemahiran yang sama.
Peringkat kesukaran objektif setiap kumpulan berbeza sesuai dengan tahap
kebolehan dan pencapaian kumpulan. Pencapaian minimun dalam objektif perlu
sesuai dengan tahap kebolehan setiap kumpulan murid.
Contoh objektif pengayaan untuk kemahiran menulis ayat tunggal dengan
menggunakan kata kerja transitif:
Kelas: Tahun 3
Kumpulan Anggerik (cerdas)
Murid dapat menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa merujuk gambar
tanpa pilihan perkataan.
Langkah:
Guru memberi arahan kepada murid supaya menulis lima ayat tunggal
dengan menggunakan kata kerja transitif selain daripada kata kerja transitif
yang telah dipelajari.
Murid menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa bimbingan guru.
Kumpulan Mawar (sederhana)
Murid dapat menulis lima ayat tunggal secara gramatis berdasarkan gambar
tunggal tanpa pilihan perkataan.
Langkah:
Guru memberikan sekeping gambar tunggal yang mengandungi lima individu
dalam sebuah keluarga sedang melaksanakan tugas masing-masing.
Murid menulis lima ayat tunggal berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh
setiap individu dalam gambar tanpa bimbingan daripada guru.
Kumpulan Cempaka (lambat)
Murid dapat menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri dengan
mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberikan.
Langkah:
2
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Guru memberikan gambar bersiri yang terdiri daripada lima keping gambar
yang menunjukkan individu sedang melakukan sesuatu aktiviti. Di bawah
gambar terdapat satu ayat yang dikosongkan untuk diisi dengan kata kerja
transitif. Lapan pilihan jawapan disediakan oleh guru.
Guru membimbing murid untuk memilih jawapan yang paling tepat.
13.1.3 Menentukan Strategi dan aktiviti
Guru menentukan sama ada ingin melaksanakan aktiviti pengayaan melalui
kumpulan mengikut kebolehan murid atau aktiviti pengayaan bersama kumpulan
menjalankan aktiviti pemulihan atau melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
Jika aktiviti pengayaan dalam kumpulan mengikut kebolehan murid, aktiviti murid
cerdas harus lebih mencabar daripada murid sederhana, aktiviti murid lambat
lebih mudah daripada murid sederhana. Murid cerdas dapat membimbing murid
dalam kumpulan lambat.
Bagi aktiviti pengayaan diberikan kepada murid cerdas dan sederhana manakala
murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan , guru memberikan arahan yang
jelas kepada murid pemulihan kerana guru perlu membimbing murid pemulihan.
Jika guru melaksanakan aktiviti pengayaan dalam kumpulan pelbagai kebolehan,
murid cerdas dilatih untuk membantu/membimbing murid lambat. Sesuai
dilaksanakan jika kekurangan bahan bantu belajar. Wujudkan stesen untuk
meletakkan bahan yang berbeza (jumlah setiap bahan sedikit).
3
Aktiviti
Sediakan rancangan pengajaran harian untuk anda melaksanakan satu
pengajaran dengan memasukkan objektif pengayaan dan langkah-langkah
pelaksaanaan aktiviti berdasarkan strategi yang sesuai.
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 14 SESI LATIHAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN
Sipnosis
Tajuk ini memfokuskan sesi latihan pengajaran aktiviti pengayaan yang perlu dirancang
berdasarkan kemahiran-kemahiran bahasa.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mengenal pasti dan merancang sesi latihan bagi aktiviti pengayaan
ii. Melaksanakan sesi latihan pengajaran bagi aktiviti pengajaran
14.1 Program Pengayaan
Program pengayaan hendaklah dilaksanakan untuk semua murid cerdas, sederhana,
dan lambat di dalam kelas KBSR dan KSSR. Program pengayaan merupakan suatu
rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid memperoleh pelbagai aktiviti-
aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.
Jenis-jenis pengayaan boleh terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, dan
permainan dan rekreasi. Ketika melaksanakan aktiviti pengayaan perkara-perkara yang
berikut hendaklah diambil kira ialah:
Program pengayaan dijalankan secara tidak formal.
Program hendaklah dirancangkan dengan teliti.
Guru berperanan sebagai pendorong
Guru memberikan bimbingan kepada murid lambat ketika aktiviti
pengayaan dijalankan.
Murid cerdas digalakkan mengajar murid yang lambat
Penghargaan diberikan kepada murid yang telah menghasilkan kerja.
4
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
14.2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Lisan)
Lengkapkan kata bual berdasarkan gambar bersiri cerita harimau dengan sang kancil.
Selepas melengkapkannya, murid secara berpasangan dikehendaki mengujarkannya
dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
14.3 Kemahiran Membaca
Bil. Aktiviti-aktiviti kemahiran Aktiviti-aktiviti pengayaan
1
Membunyikan huruf yang
ditunjukkan.
Memadankan kad gambar yang
ejaannya bermula dengan huruf yang
ditunjukkan.
2
Membunyikan suku kata
yang ditunjukkan.Menyesuaikan suku kata dengan
gambar yang diberikan.
3
Membaca perkataan yang
ditunjukkanMemadankan gambar dengan perkataan
yang diberikan.
5
Mula
Tamat
zzz
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
14.4 Kemahiran Menulis
Contoh 1
Bil.Contoh Aktiviti-aktiviti
KemahiranContoh Aktiviti-aktiviti Pengayaan
1
Melawat ke kawasan
sekolah untuk melihat
pelbagai jenis bunga.
Mengkaji bunga, iaitu bau, warna, dan saiz
2Bersoal jawab tentang
bunga-bunga yang dilihat
Memasukkan keratan pokok-pokok bunga
ke dalam botol-botol yang berisi air untuk
dijadikan hiasan bilik darjah dan ditanam ke
dalam pasu apabila tumbuh akarnya.
3
Memadankan gambar
bunga dengan kad
perkataan
Melengkapkan silang kata tentang pokok
atau bunga.
4Mencari kad-kad huruf
bagi menamakan gambar
Mencari benda-benda yang tersembunyi
dalam gambar.
5
Mengisi petak kosong
untuk melengkapkan satu
nama.
Membaca kad-kad atau buku-buku yang
disediakan oleh guru tentang pokok atau
bunga.
6Menyalin perkataan-
perkataan yang dipelajari.
Menulis sebuah cerita pendek dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang
disalin.
7Melukis bunga yang
digemari.
Menyediakan buku skrap berkaitan dengan
bunga-bungaan.
6
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Contoh 2
SAYA PANDAI MENULIS AYAT
Objektif:
Murid-murid dapat membina dan menulis ayat mudah.
Bahan:
Kad yang mengandungi perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka.
Buku latihan atau kertas.
Bentuk permainan:
1. Cara bermain:
Individu
Berpasangan
2. Aktiviti permainan:
Guru memberi kepada murid kad senarai perkataan.
Guru menyuruh murid membina dan menulis seberapa banyak ayat yang boleh
dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
Murid atau kumpulan yang paling banyak dapat membina ayat dengan betul
dikira sebagai pemenang.
7
ada
biru
baru
bapa saya
suka
bajubeli
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Contoh jawapan:1. Saya baca buku. 2. Buku bapa biru.
Saya beli buku. Buku bapa saya. Saya baru beli buku. Buku bapa saya biru. Saya baru beli buku. Buku bapa saya baru. Bapa beli buku baru. Saya suka baca buku. Bapa suka baca buku baru. Saya suka baca buku baru. Bapa baru beli buku. Bapa saya beli buku. Bapa beli buku. Bapa saya beli buku biru. Bapa suka beli buku. Bapa saya baru beli baju. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya baru beli baju biru.
8
Aktiviti:
Bina satu rancangan pengajaran yang memfokuskan aktiviti pengayaan kemudian cadangkan bahan bantu mengajar dan cara-cara mengendalikannya di dalam kelas. Simulasikan pengajaran tersebut.
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 15 PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PENGAYAAN
Sinopsis
Tajuk ini membincangkan kaedah penilaian yang dapat dilaksanakan untuk menilai pencapaian
murid yang mengikuti aktiviti pengayaan, cara rekod penilaian disimpan oleh guru dan tindakan
susulan yang dijalankan oleh guru selepas penilaian dilaksanakan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menghuraikan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menilai hasil daripada aktiviti
yang telah dilaksanakan oleh murid yang mengikuti pengayaaan.
ii. Menjelaskan cara penyimpanan rekod pencapaian murid selepas aktiviti pengayaan
dilaksanakan.
iii. Menyenaraikan tindakan susulan yang dapat dilaksanakan oleh guru hasil daripada
penilaian aktiviti pengayaan.
15.1 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan
Selepas murid melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru hendaklah
membuat penilaian terhadap pencapaian murid semasa proses melaksanakan aktiviti
dan menilai hasil kerja murid selepas aktiviti dilaksanakan. Guru boleh menilai hasil
dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian.
15.1.1 Kaedah Penilaian
Antara kaedah penilaian yang dapat diaplikasikan oleh guru seperti yang berikut:
a. Pemerhatian semasa aktiviti pengayaan murid
Guru boleh menilai murid dari aspek cara murid berinteraksi dengan
rakan-rakan dalam kumpulan, kerjasama, toleransi, tanggungjawab,
kesungguhan, kepimpinan, semangat berpasukan dan aspek lain yang
berkaitan. Penilaian lebih berfokus pada sikap dan sahsiah murid. Guru
boleh menyediakan borang senarai semak yang mengandungi aspek-
aspek yang dinilai, gred pemarkahan dan ulasan guru secara
keseluruhan bagi setiap murid.
9
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
b. Soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti pengayaan
Penilaian dapat dilaksanakan melalui kaedah soal jawab dan
perbincangan. Kaedah ini digunakan oleh guru selepas aktiviti pengayaan
dijalankan. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang
telah dilaksanakan sama ada senang atau sukar bagi murid, masa yang
diberikan mencukupi atau sebaliknya serta kenal pasti masalah yang
dihadapi murid semasa menyiapkan aktiviti. Perbincangan tentang cara
murid mendapatkan idea untuk menghasilkan tugasan yang diberikan
atau berbincang tentang sumber yang digunakan untuk menghasilkan
projek dan sebagainya.
c. Pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti
pengayaan
Guru menilai hasil kerja murid sama ada secara individu atau
berkumpulan. Hasil kerja yang dinilai boleh terdiri daripada hasil aktiviti
yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan aktiviti yang dilaksanakan di
luar bilik darjah. Hasil kerja dinilai berdasarkan jenis aktiviti pengayaan
yang dilaksanakan. Guru boleh menyediakan borang pemarkahan yang
mengandungi kriteria-kriteria yang ingin dinilai seperti kreativiti,
kekemasan, kesesuaian jika menilai aktiviti projek.
Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai aktiviti pengayaan ialah penilaian
formatif, iaitu penilaian yang dibuat setiap kali aktiviti diberikan kepada murid.
Untuk aktiviti yang berbentuk projek, penilaian diberikan selepas projek
disiapkan. Penilaian boleh dilakukan oleh guru sendiri atau mendapatkan
bantuan daripada guru lain atau penilaian sesama murid itu sendiri. Guru perlu
menyediakan borang senarai semak yang mengandungi kriteria penilaian yang
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Penilaian yang diikuti oleh penghargaan
daripada guru dapat membangkitkan semangat belajar dalam kalangan murid.
15.1.2 Penyimpanan Rekod
10
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Keputusan penilaian yang telah dilaksanakan oleh guru semasa dan selepas
aktiviti pengayaan perlu direkodkan dan disimpan di dalam fail. Guru boleh
menyimpan rekod murid di dalam fail secara individu atau secara kumpulan.
Rekod ini penting sebagai rujukan untuk melihat pencapaian dan hasil kreativiti
murid dalam aktiviti pengayaan yang telah dijalankan.
15.1.3 Tindakan Susulan
Guru dapat menjadikan hasil penilaian sebagai asas untuk mengadakan
tindakan susulan seperti memberikan bahan dan aktiviti yang lebih mencabar
dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan mereka berasa bosan
dengan aktiviti yang diberikan manakala guru juga berperanan untuk
mempertingkatkan aktiviti bagi murid yang sederhana dan lambat jika mereka
telah dapat menguasai kemahiran dengan baik berdasarkan aktiviti pengayaan
yang telah diadakan.
Kesimpulannya, guru dapat menyediakan aktiviti yang lebih sesuai dan
mencabar minda untuk setiap individu/kumpulan hasil daripada penilaian yang
telah dilaksanakan.
11
Aktiviti
a. Bincangkan kaedah penilaian yang dapat digunakan dalam
pendidikan pengayaan yang dapat membantu guru untuk meningkatkan
kualiti aktiviti pengayaan seterusnya.
b. Anda dikehendaki menyediakan fail yang mengandungi rekod
hasil penilaian aktiviti pengayaan yang telah anda laksanakan di sekolah
anda dengan memilih satu daripada kaedah penilaian yang telah
dipelajari.