riwayat hidup - halimlading21.files.wordpress.com  · web viewjamaluddin al-afghani lahir sebagai...

26
PENDAHULUAN Jamaluddin al-Afghani, merupakan seorang pejuang Islam yang berjiwa besar, di setiap negeri Islam yang di singgahinya, beliau menyebarkan fahaman Islam yang dibawanya, kerana Islam tidak membataskan sempadan dan negeri. Kekentalan semangat dan kegigihan usahanya ingin melihat negara yang didiami oleh umat Islam bebas dari cengkaman penjajah dan berhasrat menyatukan mereka di bawah satu naungan iaitu Islam. Perjuangan demi agama dan anti imperialisme membawa beliau merantau ke segenap kota di Asia Barat bahkan ke Eropah untuk melihat dan mengalami sendiri nasib umat Islam yang kian tertindas disebabkan oleh kerakusan penjajahan Inggeris. Negara-negara yang pernah dijejakinya ialah Iran, Afghanistan, India, Turki, Mesir, England, Perancis dan Rusia. Turki adalah negara terakhir yang menerima kunjungan beliau, disanalah beliau kembali kehadrat Ilahi. Kunjungannnya ke beberapa buah negara tidaklah hanya sekali bahkan berulangkali. Kunjungan 1

Upload: dangdiep

Post on 13-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Jamaluddin al-Afghani, merupakan seorang pejuang Islam yang berjiwa besar, di

setiap negeri Islam yang di singgahinya, beliau menyebarkan fahaman Islam yang

dibawanya, kerana Islam tidak membataskan sempadan dan negeri. Kekentalan semangat

dan kegigihan usahanya ingin melihat negara yang didiami oleh umat Islam bebas dari

cengkaman penjajah dan berhasrat menyatukan mereka di bawah satu naungan iaitu

Islam.  Perjuangan demi agama dan anti imperialisme membawa beliau merantau ke

segenap kota di Asia Barat bahkan ke Eropah untuk melihat dan mengalami sendiri nasib

umat Islam yang kian tertindas disebabkan oleh kerakusan penjajahan Inggeris. Negara-

negara yang pernah dijejakinya ialah Iran, Afghanistan, India, Turki, Mesir, England,

Perancis dan Rusia. Turki adalah negara terakhir yang menerima kunjungan beliau,

disanalah beliau kembali kehadrat Ilahi. Kunjungannnya ke beberapa buah negara

tidaklah hanya sekali bahkan berulangkali. Kunjungan tersebut bukanlah kerana

kemahuannya tetapi kerana diusir oleh pemerintah yang bimbang terhadap pengaruh islah

yang dibawanya akan membangkitkan penentangan rakyat terhadap pemerintah. Ideal

islahnya digeruni oleh pemerintah yang zalim kerana bimbang mencetuskan revolusi

rakyat, ia sangat tidak disenangi oleh golongan ulama tradisional dan dianggap

bertentangan dengan pegangan tradisi. 

1

RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin al-

Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan bahawa nama

sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi

bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu di Asadabad,

iaitu salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan. Jamaluddin al-Afghani lahir

sebagai seorang tokoh pemikiran dalam dunia Islam. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal

untuk sementara waktu di Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani.

Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844

Masihi bersama keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan,

Iran, disebabkan tekanan politik yang diamanahkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan.

Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan

di As’adabad di Zon Hamedan, Iran.

Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang

periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin

Abi Talib.

Masa remajanya, banyak dihabiskan di Afghansitan. Beliau adalah seorang anak

yang cergas. Sejak umurnya 12 tahun, beliau telah menghafal al-Qur`an, kemudian

apabila usianya menginjak 18 tahun, beliau sudah mendalami pelbagai bidang ilmu

keislaman dan ilmu umum. Al-Afghani dikenali sebagai orang yang banyak

2

menghabiskan hidupnya hanya demi kemajuan Islam. Beliau sanggup berpindah dari

suatu negara ke negara yang lain demi menyebarkan pemikiran-pemikiran revolusinya,

demi mengangkat posisi dan martabat Islam yang jauh ketinggalan dari dunia barat.

Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara. Beliau telah

mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika

berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada tahun 1944, jenazah Sayid

Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan.

Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah

dirikan untuknya.

Selepas kewafatan beliau, maka bermulalah sejarah kegemilangannya. Apa yang

beliau ramalkan sebahagian besarnya telah menjadi kenyataan. Pemikiran beliau tentang

bahaya dan taktik penjajahan Barat ke atas dunia Islam telah terjadi sebagaimana yang

beliau katakan.

Sepanjang beliau hidup, harapan beliau satu-satunya yang akan dapat menyusun

kembali kekuatan kerajaan turki uthmaniyyah. Pada asalnya Sultan Abdul Hamid yang

berkuasa pada waktu itu hanya menurut nasihatnya, akan tetapi lama kelamaan,

nasihatnya tidak didengari lagi. Bahkan dan tidak dapat bergerak lagi sehingga beliau

menutup mata di negeri tersebut. Sebelas tahun selepas kewafatan beliau, sultan Abdul

Hamid telah jatuh dari singgahsana dan 17 tahun selepas kewafatan beliau juga terjadilah

Perang Dunia Pertama, yang mana Turki telah berpihak kepada Jerman dalam

3

peperangan sehingga kalah dan menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah untuk selama-

lamanya.

Bangsa-bangsa penjajah berharap agar dengan jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah

maka tamatlah zaman kegemilangan Islam. Tetapi kehendak Tuhan berlaku diluar

kemahuan musuhnya. Kesan dari Perang Dunia Pertama telah menghembuskan semangat

baru dalam dunia Islam lebih hangat daripada yang dahulu. Sehingga setelah terjadi

Perang Dunia Kedua, maka bangkitlah kekuatan dalam dunia Islam yang jauh melebihi

dari kekuatan Kerajaan Uthmaniyah yang telah hilang itu.1

1 http://ms.wikipedia. Org/wiki/Sayid Jamaluddin Asadabadi

4

PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan daripada

orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau mempelajari asas-asas

bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu, beliau mempelajari ilmu-

ilmu keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.

Sayid Jamaluddin telah menghafal al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau

mendalami beberapa bidang ilmu seperti hadis, falsafah, mantik, usuluddin, perubatan,

dan ilmu kalam ketika berada di Najaf. Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke

India, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik.

Pada ketika itu juga, Sayid Jamaluddin al-Afghani sudah mula menulis karyanya.

Karya Sayid Jamaluddin al-Afghani yang pertama bertajuk Keterangan Lengkap tentang

Sejarah Afghanistan.

Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut Universiti

al-Azhar yang datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh

Muhammad Abduh. Hasil pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran

Jamaluddin di Mesir. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah.2

2 ibid

5

KETOKOHAN DAN KEPERIBADIAN

Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang pelopor kebangkitan masyarakat Islam

di beberapa tempat seperti di Tehran, Moscow dan lain-lain. Beliau berjaya meniupkan

semangat perjuangan dan menyedarkan masyarakat Islam supaya menentang penjajah

demi kemajuan diri, masyarakat, agama dan negara. Pidatonya yang bernas dan

bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Beliau cuba mengembalikan

keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Antara

teks pidato beliau ialah:

Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan

nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris

dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu

sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan

dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India

dalam keadaan selamat.

Sayid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh ilmuan dan pemikir Islam

yang terkenal pada kurun ke-19 Masihi. Beliau begitu kreatif dalam menghasilkan karya-

karya yang bermutu.

Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah.

Antara keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

6

Mencintai ilmu pengetahuan.

Mempunyai akal fikiran yang cergas, tajam, dan berpandangan jauh.

Memiliki semangat jihad yang tinggi.

Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan bebas

daripada penjajah.

Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin.

Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan

masyarakat Islam.

Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untuk menyedarkan

rakyat ke arah kemajuan dan pembangunan.

Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan di

samping berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang

sebenarnya.3

3 ibid

7

SUMBANGAN DAN KESAN PENINGGALAN

Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa

setahun di Delhi. Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali ke Afghanistan

pada tahun 1858 Masihi. Beliau menjadi seorang kaunselor kepada Raja Dost

Mohammad Khan dan Mohammad Azam.

Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan semangat

perjuangan kepada rakyat supaya menentang penjajah Inggeris di Afghanistan. Semangat

perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. Segala hasil

tulisannya yang bernas dan tajam telah membangkitkan semangat masyarakat Islam

untuk menentang penjajah. Pada tahun 1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan

dan Sayid Jamaluddin al-Afghani diarah untuk meninggalkan negara tersebut.

Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula

menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea beliau

dikategorikan sebagai radikal, dan beliau telah dibuang negeri pada tahun 1879. Semasa

beliau berada di Mesir, beliau telah bekerjasama dengan Syeikh Muhammad Abduh

melalui Gerakan Islah untuk mengubah pemikiran orang-orang Islam ke arah zaman

kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani dibuang negari, beliau merantau ke

beberapa tempat di Eropah dan di luar Eropah seperti Istanbul, London, Paris, Moscow,

St. Petersburg dan Munich.

Negara yang paling memberikan kesan dalam perjuangannya ialah Mesir. Dalam

kunjungannya buat kali kedua ke sana pada tahun 1871, beliau menetap di salah satu

8

Roak al-Azhar dan menyebarkan ilmu di kediamannya sendiri. Di bumi Mesir ini,

walaupun tidak diterima oleh majoriti warga al-Azhar, beliau tetap menyebarkan

pandangan politiknya yang amat mempengaruhi pemikiran para pelajarnya, sehingga

meninggalkan kesan di jiwa salah seorang pelajar yang mana merangkap sahabatnya iaitu

Muhammad Abduh.

Kesan pengaruh politiknya ini mencetuskan kebangkitan kebangsaan dan tuntutan

rakyat Mesir kearah pemerintahan berpelembagaan. Al-Afghani diusir dari Mesir pada

tahun 1879 setelah menetap hampir 8 tahun disana, apabila penjajah Inggeris

menganggap beliau sebagai pengancam keselamatan negara tersebut. Tidak kurang juga

nasib yang dialami oleh Muhammad Abduh yang di singkir dari Kaherah. Al-Afghani

dihantar ke India dan menetap di sana selama tiga tahun. Setelah itu, beliau berpindah

seketika ke London lalu meneruskan pengembaraan ke Paris.

Kota Paris menyaksikan kemuncak sejarah kegemilangan beliau, di sinilah beliau

mengeluarkan majalah Islam pertama yang membuka mata dan minda umat Islam.

Majalah tersebut melukiskan segala tinta Sayyid Jamaluddin dan muridnya Muhammad

Abduh. Majalah ini bertajuk ‘al-‘Urwah al-Wuthqa’, yang mana keluaran sulungnya pada

5 Jamadil Awwal 1301 / 13 Mac 1884. Ia berjaya disebarkan sebanyak lapan belas

keluaran sebelum diberhentikan penerbitannya pada Oktober 1884. Majalah ini menjadi

wadah penyebaran ideologi politik dan Pan-Islamismenya. Menerusi majalah ini, Sayid

Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar Islam,

dan bersatu padu. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat

kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

9

Perjuangannya di Perancis tidak dapat diteruskan, sekatan terhadap pengeluaran

majalah membataskan pergerakannya. Jiwanya masih gagah untuk terus berjuang di

medan yang lain pula, namun pertentangan pendapat dengan muridnya tidak dapat di

elakkan. Mereka mengambil keptusan untuk berjuang dengan cara masing-masing kerana

kecenderungan mereka nyata berbeza, Al-Afghani lebih cenderung kepada politik,

manakala Muhammad ‘Abduh lebih menekankan kepada aspek pendidikan. Mereka

berpisah mencari ruang yang sesuai untuk terus berjuang dengan cara masing-masing.

Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat

Islam ialah:

Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan

melaksanakan syariat Allah s.w.t.;

Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang akhirnya

berkembang ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;

Membetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya, antaranya:

al-A'mal al-Kamilah

ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin

Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan

10

al-Khatirat

at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah

dan al-Khafiqin.4

4 40 Masalah Agama.K.H.Sirajuddin Abbas,Pustaka Aman Press.SDN.BHD, 1978.

11

PEMIKIRAN POLITIK AL-AFGHANI

Selama di Mesir Jamaluddin al-Afghani mengutarakan beberapa konsep

pembaharuannya, iaitu :

a. Musuh utama umat Islam ialah penjajah (Barat),

b. Umat Islam harus menentang penjajahan bila dan di mana sahaja.

c. Untuk mencapai tujuan itu umat Islam harus bersatu (Pan-Islamisme).

Pan-Islamisme bukan bererti leburnya kerajaan-kerajaan Islam menjadi satu,

tetapi mereka harus mempunyai satu pandangan yang bersatu dan bekerjasama. Persatuan

dan kerjasama merupakan sendi yang amat penting dalam Islam. Persatuan Islam hanya

dapat dicapai apabila berada dalam kesatuan dan kembali kepada ajaran Islam yang

murni iaitu Al-Qur’an dan Sunnah Rasul.

Untuk mencapai usaha-usaha pembaharuan tersebut :

a. Rakyat harus dibersihkan dari kepercayaan kepada perkara-perkara yang berunsur

tahyul

b.Umat islam harus yakin bahawa Al-Quran dan As sunnah merupakan pegangan hidup

c.Rukun iman menjadi landasan hidup

12

d. Setiap generasi umat mempunyai keistimewaan untuk memberikan pengajaran dan

pendidikan pada manusia yang bodoh dalam memerangi hawa nafsu jahat.

Dari Mesir, Jamaluddin al-Afghani telah pergi ke Turki dan tokoh-tokoh

terkemuka di sana sangat terpengaruh dengan ajarannya. Pada tahun 1871 beliau kembali

ke negeri Mesir untuk membangkitkan kegemilangan umat Islam dan ajaran-ajarannya.

Beliau juga mengkhidmatkan dirinya dalam kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Beliau

telah mendesak pihak yang berwajib supaya mengiktirafkan bahasa Urdu sebagai bahasa

pengantar dalam pemerintahan, bahkan menjadikannya sebagai bahasa rasmi negara.

Akibat dari keberaniannya itu, beliau telah ditangkap lalu di bawa ke Culcutta. Dari sana

Jamaluddin di bawa ke Inggeris.

Dikota Paris, Jamaluddin telah mengasaskan Badan "Pertubuhan Alurvatul

Vusuka" lalu menerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam bahasa Arab yang bertujuan

untuk menyemarakkan gerakan Pan-Islamisme. Fahaman yang hendak dibawa oleh

Jamaluddin al-Afghani ialah untuk membebaskan umat islam dari menjadi mangsa

penjajahan Barat serta menghalang daripada penyebaran idea-idea pihak Barat yang

bersifat jahat untuk menjatuhkan umat islam ke arah kemunduran.

Dari kota Paris Jamaluddin Al Afghani telah pergi ke Moscow dan kemudian ke

bandar St.Petersburg. Dimana beliau telah menetap di sana selama lebih empat tahun. Di

sana beliau berjaya memujuk Maharaja Czar Russia bagi membenarkan rakyatnya yang

13

beragama Islam supaya menerbitkan Kitab Al Qur'an dengan bebas serta buku-buku

agama yang lain. Al Afghani telah menekankan satu hakikat bahawa keteguhan sebuah

negara tidak bergantung kepada tentaranya sahaja bahkan juga semangat juang rakyatnya.

Terdapat dua bentuk dalam pengajaran Jamaluddin Al Afghani. Pertama beliau

menekankan supaya pengajaran agama Islam itu diperbaiki supaya sesuai dan dapat

mengikut tamadun moden dan yang kedua bertujuan untuk membebaskan negara Islam

dari kekuasaan Barat. Beliau berpendapat bahawa umat Islam telah merosot akhlaknya

dan lemah semangat serta dikuasai oleh hawa nafsu jahat. Beliau menaruh keyakinan

penuh bahawa kekuasaan Barat kepada negara Islam adalah amat bahaya dengan keadaan

demikian. Jika umat Islam tidak berubah, mereka pasti akan menerima nasib yang lebih

buruk lagi. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah bangkit untuk kembali pada

agama dan diri mereka sebagai umat Islam yang mulia lagi terpuji.5

5 Said Djamaluddin Al-Afghany.Prof Dr Hamka,Butan Bintang,Jakarta.1970.

14

KONSEP NEGARA MENGIKUT AL-AFGHANI

Selain Pan-Islamisme, Al-Afghani juga mengutarakan konsep negara republik

yang demokrasi bagi negara-negara Islam. Al-Afghani banyak mencela sistem

pemerintahan umat Islam yang bercorak autokratik. Menurutnya, ketua negara harus

mengadakan syura dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang memiliki banyak

pengalaman. Pengetahuan manusia secara individu amat terbatas. Islam dalam pandangan

Al-Afghani menghendaki pemerintahan Republik di mana kebebasan mengeluarkan

pendapat dan kewajiban ketua negara untuk tunduk kepada Undang-undang.

Menurut Al-Afghani, Islam menghendaki bentuk republik kerana  di dalamnya

terdapat kebebasan berpendapat dan  ketua negara harus tunduk kepada Undang-Undang

Dasar. Pendapat ini baru dalam sejarah politik Islam. Sebelumnya umat Islam hanya

mengenali sistem khalifah yang mempunyai kuasa.

Dalam pemerintahan republik, yang berkuasa adalah undang-undang dan hukum,

bukan ketua negara. Ia hanya berkuasa untuk menjalankan undang-undang dan hukum

yang digariskan oleh lembaga untuk memajukan kemaslahatan rakyat.

 Pendapat Al-Afghani  tersebut jelas dipengaruhi oleh pemikiran  Barat.

Penafsiran Al-Afghani tersebut lebih maju dari Muhammad Abduh. Islam dalam

pemikiran Abduh tidak menetapkan  suatu bentuk pemerintahan, Jika sistem khalifah

masih tetap menjadi pilihan sebagai model pemerintahan, maka bentuk demikian juga

harus mengikut  perkembangan masyarakat dalam kehidupan. Kemunculan Al-Afghani

15

disebut sebagai penyebab kepada salah satu sebab kemunduran umat Islam yang bersifat

politik. Abduh, sebagaiman gurunya Al-Alghani berpendapat bahawa Islam mempunyai

unsur dinamis, yang dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman, dengan jalan

ijtihad.

Demikian juga para pemegang kekuasaan haruslah orang-orang yang paling taat

terhadap undang-undang. Kekuasaan yang diperolehi bukanlah kerana  kehebatan suku

kaum, bangsa, kekuatan material dan kekayaannya. Model inilah yang berlaku di dalam

sistem khalifah, yang mana bagi Al-Afghani tidak sesuai  dengan ajaran Islam. Baginya,

kekuasaan itu harus diperolehi melalui pemilihan dan disepakati oleh rakyat. Dengan

demikian orang yang dipilih haruslah mempunyai dasar hukum untuk melaksanakan

kekuasaanya itu.

Meskipun  semua idea Al-Afghani bertujuan untuk mempersatukan umat Islam

dalam menghadapi penjajah Barat dan kekuatan Turki Uthmaniyyah yang dipandangnya

menyimpang dari Islam, tapi idea Pan-Islaminya tidak jelas. 6

 

6 http://muhammadzulifan.multiply.com/journal/item/35

16

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, telah kita ketahui bahawa segala jasa dan sumbangan Jamaludin Al-

Afghani di dalam dunia islam adalah sangat besar. Karya-karya yang dihasilkan oleh

beliau dalam bidang keagamaan dan keduniaan meninggalkan kesan yang megah, utuh,

abadi sepanjang zaman kepada umat manusia. Jasa-jasa beliau yang masyhur adalah

dalam menegakkan Negara islam daripada dijajah oleh Negara-negara barat, tidak dapat

dilakukan oleh orang lain, malah ianyal kekal dalam lipatan sejarah dan dapat disaksikan

sehingga kini. Pemikiran Afghani, diteruskan dan dikembangkan oleh murid-muridnya

yakni Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha. Selanjutnya, pemikiran Islam modern yang

mereka kembangkan bukan hanya pada tingkat wacana, namun ditransformasikan oleh

pengikut-pengikut selanjutnya menjadi gerakan. Dapat dikatakan bahwa gerakan Islam di

abad kedua puluh banyak terpengaruh olehnya dan menjadikannya sumber inspirasi.

Pengaruh tersebut terlihat dalam tokoh dan gerakan-gerakan Islam modern masa kini

seperti Hasan al-Banna dengan Ikhwanul Muslimin, Abul A’la al-Maududi dengan

Jama’atul Islam dan termasuk Muh Natsir dengan Masyuminya. Wallahu’alam

17

RUJUKAN

1. 40 Masalah Agama.K.H.Sirajuddin Abbas,Pustaka Aman Press.SDN.BHD, 1978.

2. Said Djamaluddin Al-Afghany.Prof Dr Hamka,Butan Bintang,Jakarta.1970.

3. http://muhammadzulifan.multiply.com/journal/item/35

4. http://ms.wikipedia. Org/wiki/Sayid Jamaluddin Asadabadi

18