@media selangor edaran selangorkinidigital · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai tunku...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 1 - 7 Ogos 2019, 29 Zulkaedah - 6 Zulhijjah 1440 MUKA 4 Streamyx murah bantu rakyat era digital MUKA 5 281 projek perkilangan lulus, nilai RM19.6 bilion MUKA 15 Milymaryam penuhi cita rasa Muslimah moden MUKA 17 Sahabat karib obses karakter, figura anime OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Rizab Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan RM2.38 bilion sehingga 30 Jun lalu berbanding RM2.13 bilion, pada Disember 2018. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rizab berkenaan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. “Jumlah terkini rizab Kerajaan Negeri se- hingga 30 Jun 2019 adalah RM2.38 bilion terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan se- banyak RM721.19 juta dan Akaun Amanah Disatukan membabitkan RM1.66 bilion. “Manakala baki rizab pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM2.13 bilion,” katanya, menjawab pertanyaan mulut Ah- li Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Eliza- beth Wong, pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 29 Julai lalu. Amirudin berkata, baki Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan pengurangan 16.39 peratus atau RM467 juta, berkurang daripada RM2.84 bilion kepada RM2.38 bilion berbanding tempoh sama, pada 2018. Manakala katanya, baki Akaun Hasil Disatukan pula, merekodkan pengurangan daripada RM1.6 bilion kepada RM721.19 juta, berkurang sebanyak 55.35 peratus atau RM894.25 juta berbanding tempoh sama, pada tahun lalu. “Sehingga Disember 2019, Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangu- nan berjumlah RM2.64 bilion dan sasaran hasil adalah sebanyak RM2.2 bilion dengan defisit itu akan dibiayai dengan menggu- nakan Akaun Hasil Disatukan. “Justeru, Kerajaan Negeri perlu mengam- bil langkah proaktif dalam mengawal dan melaksanakan perbelanjaan berdasarkan unjuran keselurahan berkenaan,” katanya. Pada masa sama, Amirudin berkata, prestasi kutipan hasil bagi tempoh enam bulan adalah 64.74 peratus, iaitu RM1.42 bilion daripada sasaran RM2.2 bilion. “Prestasi perbelanjaan mengurus se- hingga tempoh ini juga berjumlah RM565.55 juta iaitu 44.18 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1.28 bili- on. Secara perbandingan, perbelanjaan mengurus pada 2018 adalah RM1.34 bilion. “Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus sehingga Disem- ber 2019 adalah sebanyak 95 peratus daripada jumlah peruntukan. Prestasi per- belanjaan pembangunan sehingga 30 Jun 2019 adalah RM661.40 juta atau 51.67 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1.28 bilion. “Secara perbandingannya, perbelanjaan pembangunan pada 2018 adalah sebanyak RM1.4 bilion. Kerajaan Negeri membuat un- juran perbelanjaan pembangunan sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 90 peratus daripada jumlah peruntukan,” katanya. SHAH ALAM - Kerajaan Negeri merancang mewujudkan program lebih berdaya saing termasuk menambah peruntukan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila rizab negeri diperkukuhkan kepada angka lebih stabil. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber- kata, dalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.3 hingga RM1.4 bilion digunakan da- ripada rizab untuk merancakkan program pembangunan. “Jika buat perbandingan, rizab Jun 2018 adalah RM2.8 bilion, namun dalam tempoh tiga tahun ini, kita menggunakan RM1.3 hingga RM1.4 bilion untuk program merancakkan pembangunan. “Justeru, katanya, Kerajaan Negeri kini berhati-hati dan perlu mengukuhkan rizab kepada sekurang-kurangnya RM2.7 bilion untuk merangka program dan menambah peruntukan DUN, tetapi ia bukan dalam masa terdekat. Bersabar…,” katanya. Beliau berkata demikian ketika men- jawab soalan tambahan Ahli Dewan Ne- geri Sungai Pelek, Ronnie Liu, pada sidang Dewan Negeri Selangor, di Dewan Annex, pada 29 Julai lalu. Katanya, bagi meningkatkan prestasi kewangan, Kerajaan Negeri mengambil beberapa tindakan antaranya merangka pengenaan Fi Pemprosesan dan Wang Cagaran Permohonan Papan Iklan di dalam Rizab Jalan Negeri oleh Jabatan Kerja Raya Negeri dan pelaksanaan Kae- dah Perikanan Darat. Katanya, apabila ia dikuatkuasakan ke- lak, semua aktiviti berkaitan perikanan da- rat (akuakultur) akan dikenakan caj tertentu memandangkan ketika ini tiada sebarang ikatan untuk pengenaan caj dan tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan de- ngan lebih baik. “Tindakan yang diambil Kerajaan Nege- ri untuk meningkatkan prestasi kewangan daripada aspek kawalan perbelanjaan pula membabitkan Perbendaharaan Negeri Se- langor memperkemas dan membuat penambahbaikan terhadap perbelanjaan berhemah serta langkah penjimatan dalam menguruskan perbelanjaan wang awam. “Selain itu, kawalan perbendaharaan iaitu Penguatkuasaan Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Pekeliling-Pekeliling Perbendaha- raan bagi memastikan pembayaran dibuat dengan sempurna, contohnya kawalan ter- hadap pembayaran Arahan Perbendahara- an 58(a). “Kita juga akan memastikan penguru- san rizab diurus dengan cekap dan teratur serta memastikan segala dasar, program, projek juga aktiviti yang dirancang bagi pembangunan negeri selain kebajikan rakyat dilaksanakan dengan berkesan,” ka- tanya. Rizab meningkat RM2.38 bilion Rancang lebih banyak program pembangunan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bergambar bersama wakil guru dan pelajar pada Program Selangkah Ke Universiti anjuran Yayasan Selangor dan Yayasan Pelajaran MARA di Sabak Bernam pada 26 Julai 2019. - Foto Oleh Hafiz Othman EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: vuongkiet

Post on 29-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 1 - 7 Ogos 2019, 29 Zulkaedah - 6 Zulhijjah 1440

MUKA 4

Streamyx murah bantu rakyat era digital

MUKA 5

281 projek perkilangan lulus, nilai RM19.6 bilion

MUKA 15

Milymaryam penuhicita rasa Muslimah moden

MUKA 17

Sahabat karib obses karakter, figura anime

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Rizab Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan RM2.38 bilion sehingga 30 Jun lalu berbanding RM2.13 bilion, pada Disember 2018.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rizab berkenaan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

“Jumlah terkini rizab Kerajaan Negeri se-hingga 30 Jun 2019 adalah RM2.38 bilion terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan se-banyak RM721.19 juta dan Akaun Amanah Disatukan membabitkan RM1.66 bilion.

“Manakala baki rizab pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM2.13 bilion,” katanya, menjawab pertanyaan mulut Ah-li Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Eliza-beth Wong, pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 29 Julai lalu.

Amirudin berkata, baki Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan pengurangan 16.39 peratus atau RM467 juta, berkurang daripada RM2.84 bilion kepada RM2.38 bilion berbanding tempoh

sama, pada 2018.Manakala katanya, baki Akaun Hasil

Disatukan pula, merekodkan pengurangan daripada RM1.6 bilion kepada RM721.19 juta, berkurang sebanyak 55.35 peratus atau RM894.25 juta berbanding tempoh sama, pada tahun lalu.

“Sehingga Disember 2019, Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangu-nan berjumlah RM2.64 bilion dan sasaran hasil adalah sebanyak RM2.2 bilion dengan defisit itu akan dibiayai dengan menggu-nakan Akaun Hasil Disatukan.

“Justeru, Kerajaan Negeri perlu mengam-bil langkah proaktif dalam mengawal dan melaksanakan perbelanjaan berdasarkan unjuran keselurahan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, prestasi kutipan hasil bagi tempoh enam bulan adalah 64.74 peratus, iaitu RM1.42 bilion daripada sasaran RM2.2 bilion.

“Prestasi perbelanjaan mengurus se-hingga tempoh ini juga berjumlah RM565.55 juta iaitu 44.18 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1.28 bili-on. Secara perbandingan, perbelanjaan mengurus pada 2018 adalah RM1.34 bilion.

“Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus sehingga Disem- ber 2019 adalah sebanyak 95 peratus daripada jumlah peruntukan. Prestasi per-belanjaan pembangunan sehingga 30 Jun 2019 adalah RM661.40 juta atau 51.67 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1.28 bilion.

“Secara perbandingannya, perbelanjaan pembangunan pada 2018 adalah sebanyak RM1.4 bilion. Kerajaan Negeri membuat un-juran perbelanjaan pembangunan sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 90 peratus daripada jumlah peruntukan,” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri merancang mewujudkan program lebih berdaya saing termasuk menambah peruntukan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila rizab negeri diperkukuhkan kepada angka lebih stabil.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, dalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.3 hingga RM1.4 bilion digunakan da-ripada rizab untuk merancakkan program pembangunan.

“Jika buat perbandingan, rizab Jun 2018 adalah RM2.8 bilion, namun dalam tempoh tiga tahun ini, kita menggunakan RM1.3 hingga RM1.4 bilion untuk program merancakkan pembangunan.

“Justeru, katanya, Kerajaan Negeri kini berhati-hati dan perlu mengukuhkan rizab kepada sekurang-kurangnya RM2.7 bilion untuk merangka program dan menambah peruntukan DUN, tetapi ia bukan dalam masa terdekat. Bersabar…,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika men-jawab soalan tambahan Ahli Dewan Ne-geri Sungai Pelek, Ronnie Liu, pada sidang Dewan Negeri Selangor, di Dewan Annex, pada 29 Julai lalu.

Katanya, bagi meningkatkan prestasi kewangan, Kerajaan Negeri mengambil beberapa tindakan antaranya merangka pengenaan Fi Pemprosesan dan Wang Cagaran Permohonan Papan Iklan di

dalam Rizab Jalan Negeri oleh Jabatan Kerja Raya Negeri dan pelaksanaan Kae-dah Perikanan Darat.

Katanya, apabila ia dikuatkuasakan ke-lak, semua aktiviti berkaitan perikanan da-rat (akuakultur) akan dikenakan caj tertentu memandangkan ketika ini tiada sebarang ikatan untuk pengenaan caj dan tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan de- ngan lebih baik.

“Tindakan yang diambil Kerajaan Nege-ri untuk meningkatkan prestasi kewangan daripada aspek kawalan perbelanjaan pula membabitkan Perbendaharaan Negeri Se- langor memperkemas dan membuat penambahbaikan terhadap perbelanjaan

berhemah serta langkah penjimatan dalam menguruskan perbelanjaan wang awam.

“Selain itu, kawalan perbendaharaan iaitu Penguatkuasaan Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Pekeliling-Pekeliling Perbendaha-raan bagi memastikan pembayaran dibuat dengan sempurna, contohnya kawalan ter-hadap pembayaran Arahan Perbendahara-an 58(a).

“Kita juga akan memastikan penguru-san rizab diurus dengan cekap dan teratur serta memastikan segala dasar, program, projek juga aktiviti yang dirancang bagi pembangunan negeri selain kebajikan rakyat dilaksanakan dengan berkesan,” ka-tanya.

Rizab meningkat RM2.38 bilion

Rancang lebih banyak program pembangunan

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bergambar bersama wakil guru dan pelajar pada Program Selangkah Ke Universiti anjuran Yayasan Selangor dan Yayasan Pelajaran MARA di Sabak Bernam pada 26 Julai 2019. - Foto Oleh Hafiz Othman

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

2Utama

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Teruskan legasi Paduka Ayahanda

Istiadat pertabalan Agong selesai sempurnaKUALA LUMPUR - Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara di sini, pada 30 Julai lalu bagi menan-dakan penyempurnaan istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Datuk Paduka Maharaja Lela, Azuan Effendy Zairakithnaini mengetuai laungan ‘Daulat Tu-anku’ di dalam Balairung Seri manakala tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Kem Sun-gai Buloh sejurus Sultan Abdul-lah menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat penuhi tradisi

Istiadat pertabalan itu, yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu, menjadi lebih bermakna bagi Sultan Abdullah, yang lengkap memakai ‘Muskat’, kerana hari itu juga merupakan ulang tahun keputeraan ke-60 Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang anggun berbu-sana Tenun Pahang berona putih gading, turut berangkat ke istia-dat pertabalan yang penuh ber-sejarah itu.

Istiadat Pertabalan itu, yang di-siarkan secara langsung oleh kes-emua stesen televisyen tempatan ke seluruh negara, amat signifikan kerana sarat dengan nilai esteti-ka dan sentuhan peribadi Tunku Azizah, sekali gus mencatat detik indah bagi Seri Paduka berdua.

Pahat sejarah

Pasangan diraja itu, yang sen-tiasa tampil romantik, turut men-catat sejarah tersendiri kerana Seri Paduka berdua masing-ma-sing merupakan anakanda kepa-da dua Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

Keunikan juga terserlah apabi-la Sultan Abdullah menggunakan singgahsana sama yang pernah digunakan oleh Almarhum Padu-ka Ayahanda semasa ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh.

Lebih nostalgik, detik berse-jarah itu turut dikongsi bersama puteri bongsu Seri Paduka, Teng-ku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatul-lah yang mengenakan busana

yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul-tan Iskandar sebagai Yang di-Per-tuan Agong kelapan.

Istiadat pertabalan juga men-catat sejarah apabila Tun Dr Ma-hathir Mohamad, selaku Perdana Menteri ketujuh, mengisytiharkan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Semasa menjadi Perdana Men-teri keempat, beliau pernah men-gisytiharkan Sultan Ahmad Shah dan Sultan Iskandar masing-ma-sing sebagai Yang di-Pertuan Ag-ong ketujuh dan kelapan.

Pentadbiran adil, pelihara Islam

Istiadat pertabalan menyak-sikan Sultan Abdullah, dalam la-faz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong, bertekad melaksanakan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-un-dang dan Perlembagaan Negara

selain memelihara dengan sem-purna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Dr Mahathir, semasa mem-persembahkan ucapan tahniah dan taat setia, pula berkata, ke-makmuran bersama rakyat men-jadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Ha-rapan (PH) dalam merencana program dan dasar bagi mere-alisasikan Malaysia sebagai se-buah negara maju, bermaruah dan merdeka.

Beliau berkata, walaupun baru sahaja memegang tampuk pemerintahan kira-kira setahun, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan ber-hasil dalam banyak perkara men-gambil kira kedudukan kewangan negara yang diwarisi sebelumnya.

“Dalam hal ini, Patik akan terus memastikan jentera Kerajaan Tu-anku tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai se-

takat ini.“Usaha-usaha akan terus dil-

ipat ganda untuk mengemba-likan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia,” kata Dr Mahathir pada pertabalan itu yang pertama kali diadakan semasa pemerintahan kerajaan PH.

Penghormatan tetamu kehormat luar

Selain Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, dua tetamu diraja dari luar iaitu Putera Mahkota Abu Dhabi merangkap Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan Sultan Brunei, Sul-tan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut berangkat ke istia-dat pertabalan itu.

Ia turut dihadiri wakil Raja-Ra-ja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Men-

teri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ket-ua diplomat asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sultan Abdullah, yang diputer-akan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan, adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Am-puan Afzan Tengku Muhammad.

Seri Paduka dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Ra-ja Khas di Istana Negara pada 24 Januari lepas berikutan pele-takan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu.

Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986.

Seri Paduka dikurniakan em-pat putera dan lima puteri. -BER-NAMA

Foto

- BER

NAM

AEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK - Teknologi percetakan tiga dimensi (3D) adalah elemen penting dalam memajukan in-dustri aeroangkasa di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Amirudin berkata, hal itu ker-ana aeroangkasa adalah industri yang memerlukan ketepatan jitu dalam menghasilkan komponen kapal terbang.

“Dalam industri aeroangkasa ketepatan sangat penting se-hingga kesilapan yang dibenar-kan hanyalah 0.0003 peratus sahaja.

“Maka, sebab itulah teknologi percetakan 3D digunakan bagi mengeluarkan unsur kesilapan manusia,” katanya.

Amirudin berkata demiki-an ketika merasmikan Cabaran Mereka Bentuk Bandar Hijau Pintar 2019 di Sekolah Berasra-

Pembangunan industri aeroangkasa

Teknologi percetakan �D penting

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyusun semula be-berapa persempadanan baharu pi-hak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana se-bahagian kawasan atau bahagian pilihan raya di negeri itu sudah melebihi beberapa kawasan Par-limen luar Selangor.

Katanya, pihak berkuasa negeri dibenar menetapkan sempadan kawasan PBT seperti penukaran nama dan taraf pengubahan sem-padan di bawah mengikut Seksyen 43 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Saya sudah menyampaikan hasrat kepada pengerusi SPR me-lalui pertemuan baru-baru ini dan mereka minta untuk kita cadang-kan beberapa persempadanan ba-haru.

“Kita akan kemukakan cadang-an ini tetapi ia membabitkan kos yang akan dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2020,” ka-tanya pada sesi pertanyaan lisan, di sidang Dewan Negeri Selangor, pada 31 Julai lalu.

Beliau berkata demikian men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Kuang, Sallehudin Amirud-din, berhubung kesukaran dalam urus tadbir sempadan pentadbi-ran PBT dan PTG selepas persem-padanan semula kawasan pilihan raya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Susun semula sempadan baharu

ma Penuh Integrasi Gombak, di sini, pada 28 Julai lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri me-nyokong penuh langkah Kemen-terian Pendidikan menganjurkan

pertandingan yang berlangsung pada 26 hingga 28 Julai lalu.

Amirudin berkata, pertan-dingan seumpama itu mampu memberi pendedahan awal ke-

pada pelajar sekolah terhadap perkembangan industri khasnya membabitkan Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda dunia.

Katanya, ia bagi mengelakkan generasi muda negara daripada ketinggalan dalam aspek kema-juan teknologi dan perkemban-gan industri.

Bagaimanapun katanya, semua pihak berkepentingan juga harus memikirkan aspek kemanusiaan supaya sumber tenaga manusia dapat diman-faatkan secara optimum.

Sementara itu, pada pertan-dingan yang membabitkan seko-lah seluruh negara itu, Sekolah Tun Fatimah, Johor, memenangi Anugerah Perancang Bandar Hi-jau Pintar Kreatif 3D Terbaik.

Anugerah Pilihan Popular pula jatuh kepada Sekolah Sultan Alam Shah dan Sekolah Beras-rama Penuh Intergrasi Gombak.

Anugerah Platinum dimena-ngi Sekolah Tun Fatimah dan Kolej Tunku Kurshiah.

Kolej Tunku Kurshiah turut memenangi Anugerah Inovasi Bandar Hijau Pintar Terbaik.

Manakala, Anugerah Emas di-menangi oleh Sekolah Berasra-ma Penuh Intergrasi Gombak A, Sekolah Berasrama Penuh Inter-grasi Gombak B, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Mene-ngah Sains Sultan Mahmud, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Sultan Alam Shah dan Kolej Melayu Kua-la Kangsar.

Teknologi percetakan 3D digunakan bagi mengeluarkan unsur kesilapan manusiaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Pangkat Brigadier Jeneral Kehormat atas kapasiti MBSHAH ALAM - Pangkat Briga-dier Jeneral (Kehormat) yang di-berikan kepada Amirudin Shari adalah atas kapasitinya sebagai Dato’ Menteri Besar.

Amirudin yang ditemui di Dewan Annex, di sini, memak-lumkan penganugerahan itu juga atas kapasitinya sebagai penaung Jawatankuasa Pendu-kung Askar Wataniah Selangor (JAKPAW).

“Tiada apa-apa isu. Bukan saya yang mohon, pada asalnya ia di-sarankan panglima Briged ke-11 dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Bagi pihak saya, tidak ada kekangan apa-apa kerana ia tu-rut diusulkan menteri pertaha-

nan,” katanya kepada pemberita.Pada 23 Julai lalu, Kementeri-

an Pertahanan menganugerah-kan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepa-da Amirudin dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, atas kapasiti mereka sebagai penaung JAK-PAW di negeri masing-masing.

Mohamad Sabu menyempur-nakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan kepada kedua dua pemimpin negeri itu, baru-baru ini.

Sebelum ini, Mohamad per-nah menegaskan beliau akan memastikan tiada pemberian sebarang pangkat kehormat

tentera kepada ahli politik atau orang awam dan ia dilaporkan semua media tempatan.

Bagaimanapun, Kementeri-an Pertahanan dalam kenyata-an berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor dan Ketua Men-teri Melaka sebagai Penaung JAKPAW di peringkat negeri di-perkenankan melalui kelulusan Majlis Angkatan Tentera Ke-575, berkuat kuasa pada 24 Mei 2019.

Malah katanya, penaung JAK-PAW di setiap negeri adalah Men-teri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik melalui kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Amirudin berkata, pelaksa-naan itu perlu mengambil kira aspek geografi, demografi dan kepadatan penduduk termasuk kawasan persempadanan pilihan raya supaya dapat menjamin ke-cekapan sistem penyampaian ser-ta perkhidmatan kepada seluruh lapisan rakyat.

“Mengikut laporan kajian per-sempadanan semula, syor ka-wasan atau bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri yang dicadangkan berdasarkan beber-apa faktor iaitu keadaan geografi juga topografi selain tahap pem-bangunan kawasan terbabit.

“Selain itu, ia meliputi keadaan demografi dan kepadatan pen-duduk termasuk bilangan pemilih serta kemudahan asas infrastruk-tur seperti jalan raya juga sistem komunikasi,” katanya.

Saya sudah menyampaikan hasrat kepada pengerusi SPR melalui pertemuan baru-baru ini dan mereka minta untuk kita cadangkan beberapa persempadanan baharuAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri BesarEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

4Utama

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

PENASIHAT Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN Fathi Aris Omar

PENGARANG Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera, Hafizan Taib & Aishah Amin

WARTAWAN: Nazli Ibrahim [email protected], Afix Redzuan [email protected],

Norhayati Umor [email protected], Sheeda Fathil [email protected]

Nadiah Zamlus [email protected] Muzammil [email protected]

JURUGAMBAR Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANANNadhrah Azlan [email protected]

Syahir Khadri [email protected]

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Kembara Digital Malaysia

Inisiatif bantu rakyat berhubung dunia global

IPOH - Dalam satu lagi usa-ha membantu rakyat Malaysia menghadapi era digital, Kemen-terian Komunikasi dan Multime-dia (KKMM) melancarkan Program Kembara Digital Malaysia (KDM) yang mempamerkan pelbagai kelebihan teknologi komunikasi dan perkhidmatan digital kepada rakyat dan negara.

Menterinya, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa KKMM amat menyedari keperluan mening-katkan usaha mengukuhkan in-frastruktur telekomunikasi bagi memastikan Malaysia mampu menghubungkan rakyatnya serta perniagaan dan industri ke dunia global.

Beliau mengutip dapatan Fo-rum Ekonomi Dunia dalam men-egaskan mengapa Malaysia perlu terus berusaha ke arah penembu-san jalur lebar yang lebih besar.

“Laporan Forum Ekonomi Du-nia mendapati peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar di sesebuah negara membangun menyumbang 1.38 peratus kepa-da Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM18 bilion dalam konteks Malaysia,” kata Gobind ke-tika berucap pada perasmian pro-gram itu pada 27 Julai lalu.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komu-nikasi, Multimedia, NGO dan Pen-

erangan negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili Men-teri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi jalur lebar kepada penduduk Malaysia, menteri itu menarik perhatian bahawa ia ti-dak hanya tertumpu kepada pen-duduk di kawasan bandar sahaja malah turut merangkumi pen-duduk di kawasan pinggir bandar.

Dengan mengambil Perak se-bagai contoh, Gobind berkata, sehingga Mei lalu, 174,000 sam-bungan port jalur lebar telah di-pasang di seluruh negeri meliputi kawasan bandar dan pinggir ban-dar dan 49 peratus telah dilanggan oleh penduduk.

“Saya amat mengalu-alukan agar rakyat Perak dapat menggu-nakan perkhidmatan jalur lebar yang disediakan supaya mereka menjadi masyarakat lebih berin-

formasi dan dapat menggunak-an pelbagai manfaat daripada perkembangan teknologi digi-tal pada masa kini dengan sewa-jarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind memuji apa yang beliau sifatkan pencapa-ian sangat memberangsangkan inisiatif ‘Double the Speed, Half the Price’.

“Inisiatif ini berjaya menurunk-an harga sebanyak 49 peratus dan meningkatkan kelajuan perkhid-matan sehingga tiga kali ganda,” katanya sambil menambah ia juga meningkatkan permintaan terh-adap perkhidmatan jalur lebar tetap sebanyak 21.7 peratus dalam tempoh enam bulan.

Gobind berkata, kepentingan yang diletakkan kepada penem-busan jalur lebar adalah kerana ia antara penentu kelangsungan ekonomi negara.

Beliau turut menjelaskan ten-

tang komitmen kerajaan dalam mengiktiraf kesalinghubungan sebagai utiliti sama seperti beka-lan air dan elektrik.

“Ini adalah penting bagi me-macu pembangunan dalam sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, pembangunan bandar pintar dan sebagainya,” katanya.

Program KDM itu antara lain bertujuan meningkatkan keseda-ran dan pengetahuan masyara-kat mengenai kepentingan dan kaedah penggunaan teknologi komunikasi selain merangsang pertumbuhan ekonomi digital dalam kalangan masyarakat khu-susnya di peringkat akar umbi.

Ia juga bertujuan merapatkan jurang saluran komunikasi antara kerajaan dan rakyat serta mem-bina masyarakat bermaklumat melalui penyampaian informasi secara cepat, tepat dan cermat.

Kira-kira 50 khemah untuk pem-pamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, penge-luar/pengedar perkakasan dan perisian ICT serta agensi kerajaan Persekutuan dan negeri dise-diakan sepanjang dua hari KDM 2019. - BERNAMA

Harga istimewa untuk pelanggan StreamyxIPOH - Pelanggan sedia ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikma-ti internet pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September ini, kata Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man.

Beliau berkata, bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 se-bulan.

“Kami di TM amat prihatin dengan keluhan pelanggan. Jadi, dengan langkah ini, kami harap pelanggan Streamyx yang telah pergi, datanglah balik kepada kami,” katanya dalam sidang me-dia selepas perasmian Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019 di Bu-latan Sultan Azlan Shah, Meru di

sini, pada 27 Julai lalu.KDM 2019 dirasmikan Pengeru-

si Jawatankuasa Komunikasi, Mul-timedia, NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Mu-naim. Turut hadir, Menteri Komu-nikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menurut Rosli, TM telah berja-ya menaik taraf 973,000 pelang-gan Unifi kepada kelajuan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, TM akan menan-gani kekangan jalur lebar rang-kaian tembaga menerusi pelbagai teknologi yang bersesuaian terma-suk fiber, wayarles dan GigaWire yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2021. - BERNAMA

�.� peratus purata pengangguran SelangorSHAH ALAM - Kadar pengang-guran di Selangor mencatat pu-rata sekitar 2.8 peratus setakat ini didorong perkembangan pelu-ang pekerjaan ditawarkan maji- kan merangkumi pelbagai bidang.

EXCO Pembangunan Usaha-wan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berka-ta, mengutip dapatan Data Ja-batan Perangkaan, jumlah itu sekali gus, mengatasi purata 3.3 peratus kadar pengangguran di Malaysia.

Katanya, sebanyak 3.45 juta rakyat memiliki pekerjaan dari-pada keseluruhan 6.6 juta kepen-dudukan di negeri itu dengan majoriti 50.8 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan.

“Kita bukan mahu menunjuk-kan peratusan itu sudah cukup membanggakan tetapi kalau boleh kita tidak mahu tahap pe-kerjaan sahaja yang menjadi uku-ran, sebaliknya rakyat di negeri ini boleh berpendapatan tinggi.

“Malah, kita juga ingin kadar pengangguran boleh menunjuk-

kan indeks paling minimum dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Hari Ker-jaya @ Shah Alam, Dewan Tera-tai Seksyen 19, di sini, pada 27 Julai lalu.

Turut hadir, Ahli Dewan Neg-eri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi; Pengarah Pertubuhan Ke-selamatan Sosial (PERKESO) Se-langor, Mustafa Deraman dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohamad Jamil Abdul Rahim.

Pada masa sama, Rodziah ber-kata, warga Selangor digesa tidak memberi penumpuan terhadap kerjaya makan gaji sahaja, tetapi perlu mencari alternatif menjana pendapatan dengan berkecim-pung dalam bidang keusahawa-nan.

“Graduan yang memiliki bakat bagus hanya memerlukan sedikit pendedahan dan akhirnya mere-ka boleh memulakan perniagaan sendiri.

“Memiliki perniagaan sendi-ri sudah pasti mempunyai kele-bihan berbanding kerja makan gaji kerana golongan peniaga adalah mereka yang sentiasa kre-atif memikirkan perkara baharu bagi memastikan kelangsungan perusahaan,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Nilai pelaburan RM19.6 bilion

��� projek perkilangan lulusOLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Sebanyak 281 pro-jek perkilangan di Selangor dilu-luskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh April 2018 hingga Mac tahun ini.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim berkata, projek itu diluluskan dengan nilai pelaburan RM19.656 bilion.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 43 peratus adalah pela-buran tempatan, manakala 57 pe-ratus daripada pelaburan asing.

“Jumlah kos yang digunakan Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sepanjang usaha men-cari pelabur bagi tempoh Janu-ari hingga Disember 2018 adalah RM20.592 juta dan kos yang di-belanjakan bagi tempoh Janu-ari hingga Jun tahun ini adalah RM7.109 juta.

“Antara usaha dilaksanakan In-vest Selangor bagi menarik pela-bur asing adalah melalui acara seperti mempromosi Selangor di International Business Summit 2019, program pembangunan dan latihan usahawan secara ‘online’, misi promosi pelaburan ke luar negara serta pembabitan dalam pameran tempatan juga luar neg-ara,” katanya pada sesi pertanyaan lisan, di Sidang Dewan Negeri Se-

langor (DNS), pada 31 Julai lalu.Beliau berkata demikian men-

jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Dato’ Mohd Imran Tamrin, berhubung usaha Kerajaan Negeri menarik pelaburan antarabangsa ke Se-langor.

Chang Kim berkata, antara usa-ha lain adalah babit urus dengan pelabur sedia ada melalui program dialog, lawatan kilang, penyele-saian masalah, penerbitan bahan promosi pengiklanan, penerbi-tan artikel dan Investment Guide Book.

“Daripada segi peratus per-belanjaan berbanding nilai pela-buran diluluskan bagi tahun lalu, Invest Selangor hanya membelan-jakan sebanyak 0.1 peratus bagi menarik pelaburan berjumlah RM18.947 bilion.

“Manakala bagi 2019, sebanyak 0.4 peratus kos dibelanjakan un-tuk menarik pelaburan berjumlah RM1.522 bilion,” katanya.

PTK Desa bakal muktamad rancangan SHAH ALAM - Pelan Tindakan Penstrukturan Semula Kampung Dalam Bandar Negeri Selangor 2019-2023 (PTK Desa) sedang dimuktamad sebagai dokumen perancangan terperinci kepada agensi pelaksana bagi projek di 27 kampung dalam bandar.

EXCO Pembangunan Usaha-wan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodzi-ah Ismail berkata, pelan berkenaan dasar, cadangan dan tindakan bersifat jangka masa pendek (quick win), sederhana serta masa panjang, sehingga 2035.

Beliau berkata, pelaksanaannya juga sebagai inisiatif awal susulan penyediaan PTK melalui Unit Pe-rancang Ekonomi Negeri Selangor dan PLANMalaysia@Selangor.

“PTK Desa merangkumi cadan-gan yang akan memandu peme-gang taruh dan agensi pelaksana mengenal pasti isu serta cadangan projek yang boleh dilaksanakan.

“Ia membantu dalam pro-ses membuat keputusan secara berkesan dalam mengagihkan sumber peruntukan bagi meni- ngkatkan kualiti persekitaran tem-pat tinggal, khususnya di kawasan perkampungan yang menerima tekanan perbandaran.

“Ini penting dalam mening-katkan tahap kesejahteraan pen-duduk kampung dalam bandar daripada aspek fizikal, ekonomi

dan sosial selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempa-tan,” katanya ketika sesi perta- nyaan lisan, pada sidang Dewan Negeri Selangor, pada 31 Julai lalu.

Beliau berkata demikian men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sijangkang, Dato’ Dr Ah-mad Yunus Hairi, berhubung ini-siatif dimulakan Kerajaan Negeri bagi mencapai matlamat Pelan Halatuju Strategik Negeri Sela-ngor 2035.

Antara kampung dikenalpasti ialah daerah Klang sebanyak 14, Petaling (4), Gombak (3), Hulu Se-langor (1), Kuala Selangor (2), Kua-la Langat (2) dan Hulu Langat (1).

Pada masa sama, Rodziah ber-kata, pelan itu dapat mengenal pasti tindakan yang perlu diam-bil untuk memastikan kelesta- rian pembangunan kampung di Selangor, selain mencadangkan penstrukturan semula kampung yang dikenalpasti.

“71 projek dicadangkan bagi memacu hala tuju pembangunan ini dan 27 projek dikategorikan sebagai ‘quick win’, tujuh projek berimpak tinggi serta 37 projek sokongan yang akan dibangun-kan secara berfasa dan satu projek sahaja sudah dilaksanakan agensi.

“Projek yang dicadangkan akan diselaras dan dilaksanakan oleh setiap peneraju berkaitan dengan inisiatif terbabit,” katanya.

���,��� mohon Rumah SelangorkuSHAH ALAM - Sebanyak 189,829 permohonan Rumah Selangorku diterima Kerajaan Negeri sehing-ga 1 Julai lalu, kata EXCO Peruma- han dan Kehidupan Bandar, Ha-niza Talha.

Beliau berkata, sebanyak 255 projek sudah diluluskan untuk dibangunkan, sehingga 30 Jun lalu.

Katanya, perincian data Rumah Selangorku direkodkan mengikut perincian Pihak Berkuasa Tempa-tan (PBT) dan tidak mengikut De-wan Undangan Negeri.

“Daripada 255 projek, 31 projek sudah siap dibina, 61 sedang di-bina manakala 163 projek adalah dalam perancangan” katanya men-jawab pertanyaan Ahli Dewan

Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, pada sidang Dewan Negeri Selangor di Dewan Annex, 29 Julai lalu.

Berdasarkan status projek Rumah Selangorku mengikut PBT, Majlis Perbandaran Kajang me- rekodkan jumlah tertinggi iaitu 55 projek dengan pecahan 10 projek siap bina, sembilan sedang bina manakala 36 lagi dalam peran-cangan.

Majlis Perbandaran Sepang kedua dengan 37 projek, Maj-lis Bandaraya Shah Alam (30), manakala Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya dan Majlis Daerah Sabak Bernam terendah iaitu masing-masing sebanyak tiga projek.

MDKS perlu rangka pelan tindakan pelanconganSHAH ALAM - Majlis Daerah Kua-la Selangor (MDKS) dipertang-gungjawab merancang pelan tindakan dalam usaha menjadi-kan sektor pelancongan di dae-rah itu terbaik di Malaysia dan antarabangsa.

EXCO Kebudayaan dan Pelan-congan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, pihak berkuasa tempatan itu akan bertindak menjalankan pembangunan sek-tor pelancongan mengikut fasa serta keperluan.

Katanya, ketika ini ia ma-sih dalam proses pelaksanaan pengindahan semua pusat pelancongan, sekali gus menye-diakan kemudahan dan prasara-na bertaraf antarabangsa.

“Ini bagi meningkatkan kein-dahan imej pelancongan Kua-la Selangor serta mengekalkan warisan sejarahnya yang sema-kin menjadi tumpuan.

“MDKS akan terus menyokong Kerajaan Negeri dalam mem-perkenalkan Selangor khususnya Kuala Selangor kepada masyara-kat dunia tanpa mengabaikan se-jarah warisan yang wujud sejak beribu tahun dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi

menjawab pertanyaan Ahli De-wan Negeri Bukit Melawati, Ju-wairiya Zulkifli, pada sidang Dewan Negeri Selangor di De-wan Annex, pada 29 Julai lalu.

Abdul Rashid berkata, pem-bangunan yang bakal di-laksanakan itu juga akan menekankan kesejahteraan rak- yat dan pemuliharaan alam seki-tar melalui peruntukan yang akan disalurkan Kerajaan Negeri.

Pada masa sama, katanya, MDKS mengambil maklum terha-dap keputusan itu dan akan turut menyusun perancangan dalam merangka jawatankuasa induk serta membabitkan jabatan juga agensi bertanggungjawab.

“Hal ini bagi memastikan se-gala perancangan serta pelan tindakan dibuat akan menjadi-kan sektor pelancongan daerah Kuala Selangor terbaik di Malay-sia dan dunia serta Gugusan Eko-Pelancongan Selangor,” katanya.

Teng Chang Khim

Foto halaman tiga edisi 25 - 31 Julai 2019 menunjukkan Dato' Men-teri Besar, Amirudin Shari meninjau kawasan sungai yang dicemari minyak diesel di Kuala Selangor, baru-baru ini.

RALAT

MDKS akan terus menyokong Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan Selangor khususnya Kuala Selangor kepada masyarakat duniaABDUL RASHIDEXCO Kebudayaan dan Pelancongan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

6Utama

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Lesen perniagaan kecil dan sederhana

Pemilik pasport, visa dagang sah boleh berniaga

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bertegas tidak melesenkan perni-agaan kecil dan sederhana (penja-ja) kepada warga asing melainkan mereka mempunyai pasport serta visa dagang yang sah.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pemban-gunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, langkah itu selaras Pekeliling Ketua Setiausaha Ke-menterian Perumahan dan Kera-jaan Tempatan Bil 3 tahun 2008, Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil oleh Pihak Berkuasa Tempa-tan (PBT).

“Ini bermakna permit perlu dikeluarkan kepada warganeg-ara Malaysia sahaja dan pemilik permit perlu berada di tempat

perniagaan sepanjang masa.“Tindakan membatalkan permit

akan diambil ke atas warganega-ra Malaysia yang memindah milik permit perniagaan mereka kepada warga asing atau tidak menjalank-an perniagaan terbabit,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan, pada sidang Dewan Negeri Selangor, pada 31 Julai lalu.

Beliau berkata demikian men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat, berhubung tindakan diambil Kera-jaan Negeri bagi mencegah pemi-likan perniagaan daripada warga asing.

Katanya, PBT ada mengelu-arkan lesen perniagaan kepada warga asing yang sudah mendaf-tarkan syarikat mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

dengan melampirkan pasport sah dan mempunyai visa dagang.

Bagaimanapun Sze Han berka-ta, kategori lesen yang dikeluar-kan hanya membabitkan aktiviti trend perniagaan dan perindus-trian sahaja.

“Tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kelakuan sewaan lesen perni-agaan atau tapak pasar malam kepada pihak ketiga adalah den-gan melakukan pemeriksaan se-cara berterusan.

“Jika didapati lesen perni-agaan atau tapak pasar malam melanggar syarat termasuk per-niagaan dijalankan atau dikend-ali oleh pihak ketiga, maka PBT akan mengeluarkan kompaun atau merampas dan membatal-kan lesen,” katanya.

Komited atasi kebakaran tanah gambutSHAH ALAM - Dua telaga tiub dibina di Kampung Johan Setia, Klang, bertujuan melembapkan kawasan tanah gambut supaya ti-dak mudah terbakar.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, telaga tiub itu juga dijadikan sebagai sumber air bagi kerja pemadaman jika ber-laku kes kebakaran.

“Kebakaran memberi kesan kepada kesihatan awam melalui tindakan pencegahan dan pen-guatkuasaan kepada individu atau pihak yang terbabit, namun usaha itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

“Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri dan Jabatan Alam Seki-

tar (JAS) bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Perhutanan menyediakan kemudahan infra-struktur bagi pemadaman keba-karan di hutan tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Bersama Pet-ani dan Komuniti Sempena Pro-gram Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Sekolah Kebangsaan Johan Se-tia, di sini, baru-baru ini.

Loy Sian berkata, selain 'tube well', kaedah pengurusan air yang mampan seperti sekatan saliran (check dam), kolam takungan dan saluran paip air di empat kawasan

tanah gambut yang sering terba-kar turut disediakan.

Antara kawasan berkenaan ial-ah kawasan pertanian Johan Se-tia, Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Hutan Simpan Kuala Lan-gat Selatan dan Hutan Simpan Be-stari Jaya.

“Ini menunjukkan bahawa ker-ajaan sentiasa mengambil berat permasalahan dihadapi masyara-kat di sekitar kawasan Johan Setia bagi mengurangkan kes pemba-karan yang berlaku.

“Selain itu, aktiviti pemantauan di Johan Setia ini juga dilaksanakan melalui udara dan rondaan darat oleh pasukan rondaan JAS Selan-gor serta skuad pantas Majlis Per-bandaran Klang,” katanya.

Dr Xavier selami masalah Orang AsalSHAH ALAM - Ahli Parlimen Kua-la Langat, Dr Xavier Jayakumar menganjurkan sesi Pendengaran Awam bagi mendekati kumpu-lan Orang Asal untuk menden-gar permasalahan yang dihadapi golongan itu.

Dr Xavier berkata, antara isu yang dikemukakan ialah berke-naan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

Katanya, turut dibincangkan ialah peruntukan buat Orang Asal yang dikawal Jabatan Kema-juan Orang Asli (JAKOA), prasa-rana sekolah dan harga kelapa sawit.

“Ini adalah program yang sangat positif dan menunjuk-

kan kepada masyarakat Orang Asal bahawa Kerajaan Negeri dan Pusat prihatin terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan.

Program yang turut melibat-kan 15 wakil kampung Orang Asal itu adalah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuala Langat.

Penjajaran Smart Selangor IPR dilancar �� OgosSHAH ALAM - Penjajaran Smart Selangor Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bakal dilancarkan pada 30 Ogos ini, kata Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, sebanyak lapan skim IPR terbabit dalam penjajaran itu antaranya Kasih Ibu Smart Se-langor, Skim Peduli Sihat, Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas, Skim Kesihatan Wanita, Bantuan Sihat Selangor dan Skim Rumah Selangorku.

“Kelapan-lapan data skim ini sudah dikumpulkan 100 peratus dan bulan Ogos nanti kita akan melancarkan serta jelaskan apak-ah Smart Selangor IPR ini kepada umum.

“Kerajaan Negeri meletak-kan satu jaringan kepada syari-

kat Communication Corporation Sdn Bhd untuk menggabungkan semua pengkalan data Smart Se-langor IPR ini ke dalam satu sistem.

“Oleh itu, selepas ini penyeleng-gara dan pengendali boleh meny-emak serta menggalakkan rakyat untuk daftar ke dalam satu sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan yang menerangkan kepada DNS terhadap penjajaran program IPR dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan menggabungkan lagi 25 skim IPR sehingga 5 Mac 2020.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah menetapkan skim IPR yang per-lu diteruskan, dijenamakan atau digugurkan.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Kukuh perdagangan New Delhi-Putrajaya

Teresa Kok ketuai misi pelaburan ke India

KUALA LUMPUR - Menteri Indus-tri Utama,Teresa Kok, mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Min-yak Sawit dan Getah ke India mulai 29 Julai lalu untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan anta-ra New Delhi dan Putrajaya.

Misi lima hari itu juga bertu-juan menyelesaikan isu berkaitan perdagangan serta untuk men-erokai peluang pasaran dan pela-buran terutama dalam minyak sawit serta getah.

“India dan Malaysia berkong-si susur galur sejarah yang lama dan persamaan kebudayaan serta hubungan baik yang sudah terjalin sejak sekian lama selain berkem-bang juga membantu mencar-takan landskap bagi hubungan ekonomi dan perdagangan anta-ra kedua-dua negara,” kata kemen-terian itu dalam kenyataan, pada 30 Julai lalu.

Delegasi itu terdiri wakil daripa-da kementerian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Majlis Min-yak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Promosi Eksport Getah Ma-laysia (MREPC).

Kementerian berkata, Malay-sia sentiasa melihat India sebagai rakan kongsi perdagangan strate-gik dan penting dengan perda-gangan yang sudah mengalami evolusi daripada barangan sep-erti rempah ratus, pakaian dan makanan kepada barangan seperti komoditi terutama minyak sawit serta getah ketika ini.

Pada 2018, India ialah pengim-

port ketiga terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit bernilai RM6.84 billion atau 10.1 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit serta produk berasaskan minyak sawit negara.

Bagi sektor getah pula, India mengimport 1.5 peratus daripada jumlah eksport getah dan produk berasaskan getah negara yang bernilai RM476.56 juta.

Pada misi itu, Kok akan meng-hadiri Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malay-sia-India (POTS) 2019, yang bakal diadakan di Mumbai.

Seminar itu akan menyediakan sokongan kepada industri minyak sawit Malaysia dalam membangun dan meningkatkan peluang perda-gangan di India serta menerokai usaha sama perniagaan selain un-tuk memberikan perkembangan terkini dalam industri minyak juga lelemak.

Kok juga akan menghadiri Seminar Pendidikan: Pengurusan Kawalan Jangkitan – Memilih Sa-rung Tangan Yang Betul, yang di-anjurkan MREPC di New Delhi.

Seminar itu bertujuan mendidik pengamal perubatan di India ber-hubung kepentingan dan isi kand-ungan sarung tangan getah untuk mengawal jangkitan dan mempro-mosikan sarung tangan getah pe-rubatan negara dalam kalangan pengamal perubatan serta pekerja penjagaan kesihatan, di India.

Pada misi itu, beliau turut di-jadual mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Kesatuan

bagi Perdagangan dan Industri, Pi-yush Goyal; Menteri Kesatuan bagi Industri Pemprosesan Makanan, Harsimrat Kaur Badal dan Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga, Harsh Vardhan.

Kok juga dijangka menghadiri majlis makan malam dan dialog dengan komuniti perniagaan tem-patan serta diaspora Malaysia.

Objektif dialog itu untuk mem-perkukuhkan jaringan perhubun-

gan serta meningkatkan usaha mempromosi khasiat minyak sawit juga sarung tangan getah.

Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit dan Getah ke India adalah sebahagian daripada aktiv-iti yang sedang dilaksanakan ke-menterian untuk mempromosikan produk berasaskan minyak sawit serta produk berasaskan getah ke pasaran utama terutama negara di Asia Selatan. -BERNAMA

India dan Malaysia berkongsi susur galur sejarah yang lama dan persamaan kebudayaan serta hubungan baik yang sudah terjalin sejak sekian lamaTERESA KOKMenteri Industri Utama

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

8Nasional

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72,356 kes denggi dilaporkan sepanjang Januari hingga 20 Julai tahun ini ber-banding 38,190 kes pada tempoh yang sama 2018, peningkatan dras-tik sebanyak 89.5 peratus pada 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes ke-matian yang disebabkan penyakit itu juga meningkat sebanyak 108 kematian berbanding 61 kes tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 77 peratus.

“Kes denggi telah menunjukkan peningkatan bermula bulan Mei tahun ini,” katanya satu dalam ke-nyataan di sini, pada 28 Julai lalu.

Dr Dzulkefly berkata, Selangor merekodkan kes denggi tertinggi sebanyak 40, 849 kes manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan seba- nyak 8,794 kes, diikuti Johor seba-

Kes denggi meningkat ��.� peratus

KEPALA BATAS - Kerajaan ma-sih mengkaji secara menyeluruh mengenai elaun kritikal penjawat awam yang sehingga kini belum dimuktamadkan, kata Ketua Se-tiausaha Negara, Datuk Seri Dr Is-mail Bakar.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang mak-lum balas mengenai kertas cadan-gan berhubung elaun kritikal bomba yang akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, penyerahan kertas cadangan tersebut perlu dirujuk kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Ka-maruddin.

“Saya belum dengar secara rasmi lagi mengenai penyerahan kertas cadangan tersebut, tapi se-tahu saya ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Zuraida,” katanya pada sidang media sempena la-watan kerja rasmi ke Kolej Komu-niti Kepala Batas, di sini, pada 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya, kera-jaan akan mengkaji secara menye-

luruh mengenai elaun yang telah diberikan kepada semua penjawat awam sama ada anggota bomba, pegawai kesihatan, guru, polis, tentera dan sebagainya.

Pada 20 Julai lalu, cadangan elaun kritikal tersebut telah diza-hirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin terhadap nasib anggota bomba dalam isu pemberian elaun kriti-kal sebanyak RM200 sebulan.

Zuraida menerusi kementeri-annya sebelum ini, dilaporkan sedang menunggu kata putus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung pemberian insentif elaun khas itu yang sudah beberapa kali diusulkan, sekali gus bakal memberi manfaat kepada seramai 14,000 anggota bomba di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Is-mail turut menyatakan bahawa waktu bekerja fleksibel yang akan dilaksanakan mulai 1 Ogos ini akan menentukan sama ada ia dapat di-laksanakan dengan lebih efisien

bagi penjawat awam yang bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Waktu kerja fleksibel ini bukan perkara baharu tetapi sudah dilak-sanakan sejak 10 tahun lalu. Kita hendak lihat sejauh mana keber-kesanan pelaksanaannya terlebih dahulu sama ada produktif atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan membuat penilaian bergantung kepada permintaan terhadap se-tiap kumpulan penjawat awam terbabit sama ada ia memberikan kesan efektif ke atas mereka yang bekerja dalam waktu berkenaan.

“Kita juga akan kaji setiap mak-lum balas yang diterima sama ada mereka terima (waktu bekerja fleksibel dari pukul 9 pagi hingga 5 petang) atau sebaliknya,” katanya.

Waktu bekerja fleksibel ini adalah kemudahan yang kerajaan sediakan untuk penjawat awam, antaranya mengelak kesesakan lalu lintas dan tempoh lebih fleksi-bel bagi mereka yang ingin meng-hantar anak ke sekolah, tadika dan sebagainya, katanya. - BERNAMA

Kerajaan kaji elaun kritikal penjawat awam

KUCHING - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula Prosedur Operasi Stan-dard (SOP) permohonan ke-warganegaraan bagi memastikan setiap permohonan dapat diper-timbangkan secara lebih teliti, adil dan cepat.

Menterinya, Tan Sri Muhyid-din Yassin (gambar) berkata, di bawah SOP baharu yang dirang-ka KDN, terdapat garis panduan lebih jelas dalam pengendalian dan pertimbangan permohonan kewarganegaraan khususnya di bawah Perkara 15A.

Langkah itu bagi memas-tikan setiap keputusan yang dibuat mengambil kira faktor kebajikan anak yang memo-hon taraf kewarganegaraan dan membabitkan tempoh masa yang dipendekkan daripada tiga tahun kepada paling lama hanya satu tahun.

“Saya amat memahami kesu-karan yang dihadapi oleh mereka yang terpaksa menjalani kehidu-pan tanpa status warganegara untuk sekian lama,” katanya pada majlis penyampaian surat kelulu-san kewarganegaraan Malaysia kepada 31 orang di UTC Kuching di sini, pada 29 Julai lalu.

Majlis berkenaan sebahagian daripada janji dalam manisfesto Kerajaan Pakatan Harapan un-tuk menyelesaikan masalah ke-warganegaraan yang dihadapi oleh penduduk di negara ini ter-masuk di Sarawak.

Muhyiddin turut menegas-kan tidak ada pintu belakang dalam meluluskan permohonan kewarganegaraan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Dalam membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak meluluskan sesuatu permoho-nan, saya dibantu pegawai yang profesional dalam menjalankan tugas mereka dan setiap satu

Kaji semula SOP mohon kewarganegaraan

KUALA LUMPUR - Polis menge-sahkan tiada unsur sabotaj ber-hubung kes pencemaran diesel di Sungai Selangor, sebaliknya ia adalah akibat kecuaian.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasa-tan mendapati pencemaran itu ekoran kecuaian pekerja syarikat yang dilantik Kerajaan Negeri un-tuk membersihkan sungai berke-naan.

“Kami juga akan menyiasat laporan palsu yang dibuat sebe-

lum ini untuk melindungi kepen-tingan syarikat tertentu.

“Siasatan masih giat dijalankan dan hasil siasatan penuh akan se-lesai dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas meras-mikan Jerayawara Autisme: Garis Panduan PDRM di Maktab PDRM di sini, pada 29 Julai lalu.

Pada 25 Julai lalu, polis mena-han pengusaha pontun dan peker-janya berusia awal 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan punca pencemaran diesel di su-

ngai berkenaan.Abdul Hamid berkata, seorang

daripada mereka dibebaskan de-ngan jaminan polis manakala tem-poh tahanan reman seorang lagi yang tamat pada 29 Julai dilanjut-kan.

Beliau berkata, Polis Diraja Ma-laysia mengambil serius kes pence-maran di Sungai Selangor kerana mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Pan-jang terpaksa dihenti tugas yang

menyebabkan gangguan beka-lan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan.

Susulan insiden pencemaran itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membuat laporan po-lis bagi membolehkan siasatan di-jalankan terhadap kemungkinan wujudnya elemen sabotaj.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara se-hingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Kes pencemaran Sungai Selangor

KPN: Tiada unsur sabotaj

nyak 6,057 kes.Sementara itu, Dr Dzulkefly ber-

kata, sambutan Hari Denggi ASEAN peringkat kebangsaan juga disam-but bersekali dengan Konvensyen COMBI (Communication For Beha-vioral Impact) dan tema yang dipi-lih tahun ini ialah “Banteras Denggi, bermula dengan saya”.

Beliau berkata, tema ini bertepa-

tan untuk membuktikan peranan setiap individu dan komuniti amat penting bagi aktiviti pencegahan denggi.

Beliau juga menegaskan semua pihak termasuk masyarakat, agensi swasta dan media memainkan per-anan penting bagi menjamin ke-jayaan pencegahan Denggi secara berterusan. - BERNAMA

permohonan beserta dokumen pembuktian akan diteliti dengan rapi,” katanya.

Berhubung inisiatif, Muhyid- din berkata, KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sen-tiasa melaksanakan pelba-gai inisiatif untuk menangani isu pengenalan diri dan ke-warganegaraan terutama di Sa-rawak.

Ini termasuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan se-cara berterusan menerusi pelak-sanaan Program Turun Padang dan perkhidmatan Unit Mobile dan Bus Mobile di negeri ini.

Beliau berkata, inisiatif berke-naan dilaksanakan untuk memas-tikan setiap permohonan yang layak dapat diterima, di samping memberi kesedaran dan kefaha-man kepada pemohon melalui khidmat nasihat berkaitan per-mohonan kewarganegaraan.

“Sehubungan itu, saya amat menyambut baik penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri PAKATAN di Sarawak untuk bekerjasama de-ngan JPN Negeri Sarawak dalam memudahcara permohonan ke-warganegaraan bagi penduduk di negeri ini,” katanya.

Kemudian beliau turut me-ngadakan walkabout sekitar UTC Kuching untuk melihat sendiri urusan yang dijalankan di kaun-ter JPN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). - BERNAMA

Abdul Hamid Bador

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

RUMAH IDAMANMAMPU MILIK

Pangsapuri SederhanaBayaran Ansuran daripada RM800 sebulan*Saiz daripada 900 kps & 1,000 kpsBerdekatan UiTM Puncak AlamMerupakan sebahagian daripada perbandaran550 ekar Hillpark Shah Alam NorthHarga daripada RM180,000 ke atas

Hillpark Sales Gallery

019-335 3177

Terletak DiPerbandaran Yang

Berintegrasi

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pangsapuri Perkhidmatan Mampu MilikPegangan Kekal

Saiz 550 kps (1 Bilik Tidur + 2 Bilik Air)Berdekatan Stesen MRT Kajang

Dengan harga RM 250,000

MKH Avenue Sales Gallery

03-8733 0777

DIBUKA UNTUK JUALAN

DAFTAR SEKARANG

MKH Berhad (50948-T)Tingkat 5, Wisma MKH, Jalan Semenyih, 43000 Kajang Selangor Darul EhsanT +603-8737 8228 F +603-8736 5436

03-8737 232303-8737 8228www.mkhberhad.com

Bandar Hillpark Puncak Alam (Residensi Pinang) • No. Lesen Pemaju: 12278-8/03-2020/01239(L) • Tempoh Sah: 05/03/2019 – 04/03/2020 • No. Permit Iklan & Jualan: 12278-8/03-2020/01239(P) • Tempoh Sah: 05/03/2019 – 04/03/2020 • Jenis Hartanah: Pangsapuri Sederhana • Pihak Berkuasa Yang Meluluskan: Majlis Daerah Kuala Selangor • No. Pelan Bangunan: MDKS 280/4/12/2014-172 • Tarikh Dijangka Siap: 3 Tahun dari Tarikh Pelancaran • Jenis Pegangan Tanah: Pajakan (26 Julai 2091) • Bebanan Tanah: Tiada • Jumlah Unit: 396 unit • Jenis: C & D • Harga Jualan: RM180,000 (Min.) – RM220,000 (Maks.) IKLAN INI TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA.MKH Boulevard II • Pemaju: Stand Allied Corporation Sdn. Bhd. (190100-W) Tingkat 5, Wisma MKH, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. • No. Lesen Pemaju: 10332-2/10-2020/0871(L) • No. Permit Iklan & Jualan: 10332-2/10-2020/0871(P) • Tempoh Sah: 04/10/2018 – 03/10/2020 • Tarikh Dijangka Siap: September 2022 • Jenis Hartanah: Pangsapuri Perkhidmatan • Pihak Berkuasa Yang Meluluskan: Majlis Perbandaran Kajang • No. Pelan Bangunan: MPKj 1/P/31/2016 • Jenis Pegangan Tanah: Pegangan Kekal • Bebanan Tanah: Tiada • Jumlah Unit: 604 unit • Jenis: A1, A2, B1, B2, C1, C2 • Harga Jualan: RM 250,000 (Min.) – RM 678,000 (Maks.) • 10% Diskaun Untuk Bumiputera. IKLAN INI TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA

PinjamanSehingga

100%*

http://lphs.selangor.gov.myDAFTAR SEKARANG

Pegangan KekalSaiz daripada 700 kps, 750 kps,900 kps & 1,000 kps3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air

03-8723 4493Kajang East Sales Gallery

KAJANG EAST

Gambaran Artis

Gambaran Artis

Gambaran Artis

DIBUKA UNTUK JUALAN

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan saringan kanser serviks percuma di bawah seliaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Neg-ara (LPPKN) telah dimanfaatkan oleh 14,875 wanita setakat Julai lalu, kata Timbalan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerajaan menyediakan perun-tukan RM7 juta untuk pelaksanaan ujian HPV DNA berkenaan di klinik Nur Sejahtera LPPKN.

“Ujian HPV DNA secara percu-ma ini boleh dilakukan di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN sehingga hujung tahun ini selain perkhidmatan subsidi mamogram dan vaksinasi HPV,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program saringan serviks percu-ma kelolaan Etiqa bersama ROSE Foundation di sini, pada 28 Julai lalu.

Kerajaan menggalakkan wanita Malaysia menjalani ujian HPV DNA untuk mengesan kehadiran virus HPV atau ‘human papillomavirus’ dengan lebih awal sebelum ber-laku perubahan pada sel tisu di ka-wasan serviks.

SERI ISKANDAR - Kementerian Ke-sihatan akan menggubal satu akta baharu bagi mengawal selia peng-gunaan tembakau, vape, rokok ele-ktornik dan shisha.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulke-fly Ahmad berkata, akta yang dina-makan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan.

“Kita di kementerian sedang merangka Akta Tembakau yang akan menggarap secara keseluru-han permasalahan itu yang sek-arang ini agak terhad dan akan dibentangkan dalam waktu ter-dekat.

“Pada saat ini, ia dalam pemer-hatian Penasihat Undang-Undang (PUU) Kementerian Kesihatan dan bakal dimajukan ke kamar peguam negara dalam waktu ter-dekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kon-vensyan Communication For Be-havioral Impact (COMBI) sempena Hari Denggi ASEAN dan Anugerah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Be-bas Denggi peringkat kebang-saan di sini, pada 28 Julai lalu.

Dalam pada itu, ditanya sama ada gula-gula “Ghost Smoke” (Cool Fruit Powder) akan dima-sukkan di bawah akta tersebut, Dzulkefly berkata, produk berke-naan masih dalam siasatan.

“Produk tersebut dalam pemer-

hatian kami dan dalam waktu ter-dekat kami akan buat penjelasan atas perkara tersebut.

“Kita telah buat siasatan dan ujian sampel telah kita ambil. Mungkin minggu depan kita akan dapat jelaskan posisi pendirian Kementerian Kesihatan , buat masa ini belum dapat dijelaskan dengan tuntas,” katanya.

Sementara itu, menjawab ke-pada gesaan Naib Pengerusi Kan-an Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye supaya tindakan tegas dan bersepadu perlu diambil bagi mengatasi isu penularan gejala menghisap vape dan rokok ele-ktronik di kalangan pelajar, be-liau berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan kementerian-nya akan memastikan agar isu itu diatasi.

“Timbalan Menteri Kesihat-an, Dr Lee Boon Chye yang men-getuai jawatankuasa khas ini sedang melihat kepada persoa-lan mengenai vape, shisha yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FCTC (Rangka Kerja Kawalan Tem-bakau) dan farmasi Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melihat produk-produk tembakau yang mengandungi nikotin. - BER-NAMA

Saringan kanser serviks percuma

Lebih ��,��� wanita terima manfaat

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menarik perha-tian bahawa ini antara inisiatif ke-sihatan itu bagi membantu wanita khususnya daripada golongan berpendapatan rendah B40.

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis pelancaran itu, Dr Wan Azizah menyatakan penghargaan atas usaha sama Etiqa dan ROSE Foundation kerana mengadakan program saringan kanser serviks percuma bermula di kawasan Pan-dan di sini.

Menurutnya, Etiqa menyum-bang RM1.2 juta kepada Rose Foundation untuk menyediakan program berkenaan kepada 6,000 wanita golongan B40 berusia an-tara 30 dan 49 tahun.

“Saya difahamkan program saringan ini dijadual diadakan di Miri, Sarawak pada Ogos ini dan di Bakri, Johor pada September,” katanya.

Inisiatif ROSE atau ‘Removing Obstacles to Cervical Screening’ dilancarkan beliau pada Januari lalu. - BERNAMA

Akta baharu vape, rokok elektronik dan shisha

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

10Global

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

ISTANBUL - Tun Dr Mahathir Mo-hamad berkata, Malaysia meng-hargai kesediaan Turki untuk menawarkan peluang pemind-ahan teknologi terutama dalam bidang industri aeroangkasa dan pertahanan.

Perdana Menteri mene- gaskan peluang seperti itu perlu direbut oleh Malaysia memandan-gkan Turki telah mencapai kejay-aan yang luar biasa dalam bidang “aerospace industries”, dalam jang-ka masa yang pendek dan ia ses-uatu yang sangat luar biasa.

“Semasa saya di sini, mereka telah menunjukkan kebolehan mereka dalam teknologi seperti pesawat, helikopter dan UAV (ken-deraan aerial tanpa pemandu).

“20 tahun lalu, waktu saya datang ke sini (Turki), mereka han-ya boleh assemble (memasang) pesawat F16. Sekarang mereka bo-leh mereka bentuk dan menguji produk mereka sendiri. Helikop-ter mereka nampak begitu cang-gih. Dalam jangka masa pendek mereka telah berjaya menguasai

Hargai kesediaan Turki

Tawar pindah teknologi

teknologi canggih,” katanya ke-pada wartawan Malaysia di akh-ir lawatan rasmi beliau ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, pada 27 Julai lalu.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada 24 Julai lalu untuk memulakan lawatan em-pat hari dan berada di sini sejak 26 Julai. Dr Mahathir berkata, ker-jasama yang ditawarkan agak menarik. Turki bersedia memberi akses yang baik kepada teknologi, sesuatu yang sukar untuk didapati daripada pihak lain.

“Mereka menawarkan kerjasa-ma dalam bidang-bidang tertentu dan kita tidak payah mencarinya di tempat-tempat lain (negara lain).Kita berpendapat peluang yang diberi perlu diambil untuk ‘leap-frog’ (memintas), untuk mencapai teknologi dalam bidang pesawat dan UAV. UAV amat penting sekali, segala-segala gunakan UAV yang dikawal dari darat. Ini telah dipa-merkan Turki tentang kebolehan mereka, melakukan banyak perka-

ra tindakan tentera,” katanya.Perdana Menteri berkata, syari-

kat-syarikat Turki menunjukkan minat yang tinggi terhadap Ma-laysia dan ini dibuktikan dalam la-watan empat hari beliau.

“Biasanya syarikat-syarikat yang ada teknologi canggih tak sang-gup dedah kebolehan mereka tetapi di sini mereka menyatakan

kesanggupan ambil engineer kita (dari Malaysia) untuk bersama mereka dalam pelbagai bidang – mereka bentuk, pengeluaran, menguji dan sebagainya.

“Kerjasama dalam bidang per-tahanan amat penting bagi kita. Kita boleh menguasai teknologi tetapi ia mengambil masa yang panjang,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Turki adalah sebuah negara yang ber-beza daripada kebanyakan negara Islam kerana tidak banyak negara Islam yang mencapai tahap pem-bangunan seperti Turki.

“Saya berpendapat bahawa mereka sudah mencapai satu ta-hap yang tak jauh daripada negara maju,” katanya. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Raja Arab Sau-di, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia un-tuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah).

Program tahunan kendalian Ke-menterian Hal Ehwal Agama, Da-kwah dan Bimbingan Arab Saudi ditaja sepenuhnya melalui perun-tukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta kos di Masya’ir Haram.

Duta Besar Arab Saudi ke Ma-laysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan berkata, melalui program Istidhofah terbabit, kerajaan Arab Saudi berjaya menghimpunkan se-jumlah besar umat Islam dari selu-ruh dunia.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendali pro-gram terbabit kerana sudah men-ganjurkannya lebih 20 tahun.

“Saban tahun kami mendapat maklum balas positif daripada je-maah seluruh dunia bagi mem-bantu peserta tetamu Raja Arab Saudi menunaikan haji.

“Kami akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan program ini dari semasa ke sema-sa,” katanya kepada BERNAMA selepas program Majlis Meraikan

JAKARTA - Tourism Ma-laysia di Indonesia menyasarkan em-pat juta pelan-cong dari negara itu berkunjung ke Malaysia sem-pena Tahun Mela-wat Malaysia 2020.

Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Ro-slan Othman berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan ejen

Raja Salman taja �� jemaah Malaysia tunai haji

Tetamu Raja Arab Saudi 2019, di sini, pada 29 Julai lalu.

Antara tujuan utama program terbabit ialah menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia untuk saling bertukar pandangan berke-naan Islam dan mengeratkan sila-turahim sesama umat Islam.

Mereka yang terpilih terdiri dar-ipada kalangan agamawan, wakil kerajaan, ahli akademik, pendak-wah dan pertubuhan bukan kera-jaan (NGO).

Antara yang terpilih di dalam program terbabit ialah Mufti Mela-ka, Datuk Abdul Halim Tawil; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Da-

Tun Dr Mahathir Mohamad (empat, kanan) melihat kereta berkuasa tinggi keluaran syarikat Onuk di akhir lawatan rasmi beliau ke Turki di Istanbul pada 27 Julai 2019. - Foto BERNAMA

Sasar empat juta pelancong IndonesiaTahun Melawat Malaysia 2020 kepada lebih 50 ejen pelancon-gan di Indonesia, di sini.

Beliau berkata, Tourism Ma-laysia di Indonesia juga akan mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia di kota lain di negara itu.

“Bagi 2019, kami menyasar-kan 3.4 juta pelancong Indonesia. Sehingga Mei lalu, lebih 1.5 juta pelancong Indonesia melawat Malaysia,” katanya. - BERNAMA

tuk Khairul Dzaimee Daud; Ketua Penolong Mufti Wilayah Perseketu-an, Ridzuan Awang dan Wartawan Meja Multimedia Pertubuhan Ber-ita Nasional (BERNAMA), Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman.

Kumpulan itu akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang An-tarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Ogos dan berada di Arab Saudi sehingga 17 Ogos ini.

Selain itu, Raja Salman turut menaja 1,300 jemaah dari 72 nega-ra di bawah program terbabit.

Penjaga dua kota suci itu tu-rut mengundang 200 keluarga mangsa serangan keganasan di Christchurch, New Zealand men-

pelancongan di Indonesia, bagi mencapai sasaran

itu.“Indonesia adalah

pasaran utama yang boleh menjadi pe-nyumbang kepada

kedatangan pelan-cong ke Malaysia yang

disasarkan sebanyak 30 juta. Kami menyasarkan empat

juta pelancong Indonesia,” katanya pada majlis memperkenalkan logo

jadi tetamunya untuk menunai-kan haji.

Raja Arab Saudi itu turut mena-ja 2,000 ahli keluarga tentera Ya-man untuk menunaikan haji tahun ini.

Arab Saudi turut merancang untuk menampung sehingga 30 juta jemaah haji dan umrah pada tahun-tahun akan datang ber-dasarkan Wawasan 2030 yang diperkenal Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Kerajaan itu juga prihatin den-gan kesejahteraan jemaah haji serta umrah dan perkara itudicer-minkan menerusi wawasan berke-naan. - BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

11SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB

Ibadah korban adalah salah satu daripa-da tuntutan fardu kifayah dalam Islam. Ia juga satu ibadah sunnah yang di-angkat kemuliaannya oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, sebagai umat Islam kita

seharusnya menjadikan ibadah yang sangat mulia ini sebagai ibadah tahunan untuk di-laksanakan, sama ada di peringkat keluarga juga dalam kelompok masyarakat kita.

Firma Allah SWT di dalam Surah Al-Haj ayat 37 yang bermaksud : “Daging dan da-rah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah SWT, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan bina-tang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah SWT kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang se-baik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha, supaya baik amalannya.”

Ternayata sekali bahawa penyembelihan korban yang diperintah supaya kita lakukan itu perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Di dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS iai-tu seorang bapa diperintahkan supaya me-nyembelih anak kesayangan. Jelas bahawa ibadat korban itu disunnahkan sebagai satu latihan dan ujian bagi kita untuk memupuk semangat berkorban dengan cara menge-luarkan sebahagian daripada nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk dirasai oleh golongan fakir miskin.

Kerajaan Negeri serta anak syarikat juga badan berkanun sudah disatukan untuk di-laksanakan Ibadah Korban Peringkat Ne- geri Selangor. Sebanyak sembilan agensi di bawah naungan Kerajaan Negeri sudah menghulurkan sumbangan untuk dilak-sanakan Program Serahan Perdana Lembu Korban Negeri Selangor ini iaitu Perbada- nan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Per-modalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Worldwide Holdings Berhad (WHB), Central

Spectrum Sdn. Bhd. , Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) dan KDEB Waste Manage-ment (KWM).

Saya ingin mengambil kesempatan un-tuk mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama serta sum-bangan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan ibadah korban untuk rakyat Selangor. Terima kasih sekalung budi. Program ini membolehkan kita berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemam-puan termasuk fakir dan miskin yang ting-gal di Selangor khususnya. Mereka tentunya akan mensyukuri nikmat pemberian daging korban ini, sementara di pihak orang yang menyumbangkan pula akan terpancar rasa gembira yang tidak terhingga kerana dapat membantu meringankan kesusahan yang menimpa saudara seIslamnya.

Inilah sebenarnya hikmah di sebalik pro- gram ibadah korban yang kita anjurkan ini iaitu menimbulkan kesedaran kepada se-luruh umat Islam khususnya rakyat Sela- ngor. Begitu juga supaya dapat diimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang tinggal beberapa hari sahaja lagi dengan memper-banyakkan majlis ibadah korban di kawasan masing-masing.

Program ini sudah dirancang YB Ir Izham Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani dan dilaksanakan oleh PKPS. Tahniah ke-jayaan menganjurkan majlis ini dan terima kasih diucapkan atas usaha yang sudah di-lakukan bagi mengembeleng tenaga untuk menjayakan serahan lembu korban.

Sebanyak 1,200 lembu akan diagihkan melalui penerima iaitu masjid, surau, badan bukan kerajaan, PPRT, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan pihak lain. Saya ber-harap penerima ini akan meneruskan usaha Kerajaan Negeri dalam mengerjakan ibadah korban ini iaitu melaksanakannya pada Hari Raya Aidiladha 2019 iaitu bermula pada 11 Ogos ini.

Sejarah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS sentiasa diulang-ulang apa-bila tibanya sambutan Aidiladha. Ia mem-perlihatkan kepatuhan serta pengorbanan

dan kesabaran mereka menjunjung perin-tah Allah SWT. Bagi mencontohi pengorban-an ini, Rasulullah SAW menyarankan supaya menyembelih binatang pada Aidiladha se-bagaimana sabda baginda: “Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan tidak menger-jakan ibadat korban, janganlah mendekati tempat solat kami.”(Petikan Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Ini membuktikan bahawa ibadah korban adalah satu perkara yang benar-benar di-tuntut oleh Islam. Oleh itu, marilah kita ber-sama-sama menjadikan Hari Raya Aidiladha nanti sebagai satu proses untuk melangkah ke hadapan di dalam memantapkan kei-manan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Di dalam konteks pengorbanan iaitu mengorbankan sikap buruk kita ke arah kebaikan mampu membawa kepada ke-jayaan di dalam sesebuah organisasi juga masyarakat. Sikap sukakan perubahan yang lebih baik demi kemaslahatan rakyat itu per-lu diterapkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri ini.

Kita perlu ingat kejayaan yang dicapai melalui kerja berpasukan adalah lebih indah berbanding kejayaan individu. Membangun sebuah negeri memerlukan pengorbanan yang tinggi dan kental selain berusaha mendapat keredhaan Allah SWT. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menerajui pe-rubahan daripada segenap segi sama ada mutu perkhidmatan, mutu kerja dan pen-capaian, demi membangunkan negeri yang kita cintai ini.

Umat Islam seharusnya memahami erti pengorbanan supaya dapat menjamin kejayaan yang diredhai Allah SWT. Islam sebenarnya menuntut umatnya supaya me-miliki kesabaran dan sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam. Kesabaran dan pengorbanan yang benar-benar disan- darkan atas sifat kehambaan serta ketak-waan kepada Allah SWT.

Dalam konteks hari ini, umat Islam se-harusnya mengambil mesej penting ini sebagai panduan hidup bagi menghada-pi pelbagai bentuk dugaan dan cabaran. Umpamanya, pelbagai bentuk pengaruh kehidupan barat hari ini yang sudah menu-

lar dalam kehidupan umat Islam. Dalam hal ini, umat Islam seharusnya menolak sama sekali semua pengaruh kehidupan barat kerana ternayata ia lebih banyak membawa kepada kerosakan dan kemusnahan.

Justeru, ia menuntut pengorbanan umat Islam supaya mengenepikan pengaruh ti-dak sihat ini daripada memusnahkan ke-hidupan kita walaupun penolakan itu mungkin dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak.

Begitu juga umat Islam perlu mengor-bankan gaya hidup yang mengutamakan kemewahan dan kesenangan duniawi se-mata-mata, sebaliknya mengamalkan ke-hidupan yang sederhana dan istiqomah. Firman Allah SWT bermaksud: “Maka tetap- lah kamu pada jalan yang benar sebagaima-na yang diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesung-guhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Hud, ayat 112) .

Ayat ini menjelaskan konsep istiqamah melaksanakan sesuatu perbuatan. Istiqa-mah bermaksud berterusan dalam mendiri-kan perintah agama yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia. Pada masa sama, manusia diberi amaran untuk tidak bersikap berlebih-lebihan atau melampaui batas dalam beramal kerana dibimbangi akan mendatangkan kesan tidak baik se- perti penat dan jemu.

Justeru, dengan pendekatan terbabit, kita bukan sahaja dapat menikmati kehidu-pan yang lebih selesai dan harmoni, mala-han lebih penting daripada itu, umat Islam akan sentiasa memperoleh rahmat dan ke-berkatan daripada Allah SWT, di dunia juga di akhirat nanti. Insya Allah.

Semoga dengan pelaksanaan ibadah kor- ban dan ketibaan Hari Raya Aidiladha serta Tahun Baru Hijrah 1441H , kita akan sentiasa bersatu untuk membangun sebuah negeri maju serta ummah yang sejahtera.

Majlis Serahan Perdana Program Sumbangan Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2019/1440H

Sumbangan lembu korban

Imarahkan Aidiladha

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

Album Klik!13SelangorKini 1 - 7 Ogos 201912 SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Menyerahkan sumbangan kepada penduduk di kawasan DUN beliau

KIRIIzazilatil, 6 (tengah) bersama rakannya memampatkan sisa plastik ke dalam botol untuk dijadikan Eco Bricks di Perpustakaan Awam Lembah Jaya l ASRI SAPFIE

KANANEkspresi Tari Selangor 2019 yang berlangsung di Teater Diraja Shah Alam menampilkan keunikan tarian tradisional Melayu l REMY ARIFIN

KIRIDania Arissa,4 (kiri) teruja melihat replika bangunan Datum Jelatek yang dipamerkan sempena Program Koleksi Hartanah PKNS 2019 di Bangunan PKNS Shah Alam - ASRI SAPFIE

KANANPengunjung tidak melepas-kan peluang bergambar bersama pelbagai model motor dalam Festival Art of Speed di MAEPS Serdang - REMY ARIFIN

KIRISekumpulan remaja menjalani latihan permainan tradisional Kavaddi di Padang Awam, Batu Caves l HAFIZ OTHMAN

KANANLim Tyng Xian (kanan) bersama rakannya memasang replika mini kereta kabel dalam Program “Smart Green City 2019” di Gombak I FIKRI YUSOF

KIRIVishan Shan, 9 bersama bapa menaiki kereta kayuh berhias ketika beriadah di Stadium Kajang I FIKRI YUSOF

KANANPelajar Sekolah Agama Menengah Muhammadiah mencuba permainan Buzz Wire di Program Selangkah Ke Universiti Yayasan Pelajaran Mara di Sungai Besar l HAFIZ OTHMAN

Memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan

Berbincang bersama wakil penduduk bagi merancang program

Menyalurkan sumbangan kepada KAFA Saujana Putra untuk aktiviti pembelajaran

ADN BUKIT MELAWATIJuwairiya Zulkifli

Menyampaikan Pembiayaan HIJRAH Selangor di Dewan Biru Muda, PermatangADN PERMATANG

Rozana Zainal AbidinADN KUANG

Sallehudin Amiruddin

Merasmikan Program Kemuncak 50 Keluarga Sihat dan Hari Tanpa Tembakau di Taman Medan Cahaya

ADN TAMAN MEDANSyamsul Firdaus

ADN SUBANG JAYAMichelle Ng

ADN SIJANGKANGDr Yunus Hairi

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

14ADN

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Statistik dikeluarkan Ja-batan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penganiayaan dan penderaan terhadap kanak-kanak berada di tahap membim-bangkan.

Ahli Dewan Negeri Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, statistik itu menunjukkan sebanyak 4,982 kes direkodkan pada 2016 sebe-lum terus meningkat pada tahun berikutnya.

“Angka ini meningkat pada 2017 iaitu pertambahan seba- nyak 460 kes menjadikan jumlah kes dilaporkan sebanyak 5,442 kes.

“Pada 2018 pula iaitu Janu-ari hingga April sahaja 1,929 kes telah dilaporkan di seluruh nega-

KLANG - Kanak-kanak perlu di-berikan maklumat tentang kesan buruk penggunaan internet tan-pa batas bagi mengelakkan diri mereka daripada terjebak gejala sosial.

Ahli Dewan Negeri Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, ini kera-na kajian mendapati kanak-kanak yang terdedah dengan internet untuk tempoh satu hingga empat jam setiap hari berdepan dengan pelbagai ancaman siber.

“Kajian mendedahkan kanak-kanak menggunakan internet untuk tempoh satu hingga em-pat jam setiap hari mengakibat-kan risiko berdepan dengan tiga ancaman siber iaitu buli siber, pe- ngaruh media sosial dan jenayah siber,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Komik Hormat

Kini tahap membimbangkan

Penganiayaan, penderaan kanak-kanak meningkat

ra,” katanya.Beliau berkata demikian pada

Majlis Pelancaran Komik Hormat Wanita Kak Nam di Sekolah Ke-bangsaan Sementa di sini, pada 26 Julai lalu.

Daroyah berkata, pengania- yaan kanak-kanak bukan pend-eraan fizikal sahaja tetapi turut membabitkan penderaan seksual dan juga pengabaian.

Justeru, katanya, Komik Hormat Wanita Kak Nam diterbitkan de- ngan membawa mesej kewajipan melindungi kanak-kanak kepada masyarakat.

Katanya, kanak-kanak meru-pakan sebahagian daripada ma-syarakat yang amat penting dan menjadi aset serta penyambung nadi pembangunan negara pada

Kesan buruk guna internet tanpa batas

nNama: Michelle Ng Mei Sze

nNegeri kelahiran: Selangor

nMakanan kegemaran: Asalkan sedap

nAktiviti masa lapang: Membaca

nFalsafah hidup: Percaya kepada tuhan

nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Peguam

nAlamat Pejabat: 113A, Jalan SS14/1, 47500 Subang Jaya

nNombor Telefon (pejabat DUN): 03-5631 2768

nEmel: [email protected]

YB KitaAhli Dewan Negeri

Subang Jaya

N31 Subang Jaya

Wanita Kak Nam di Sekolah Ke-bangsaan Sementa di sini, pada 26 Julai lalu. Sementara itu, pada ma-jlis sama, Daroyah berkata, komik yang dilancarkan akan diedarkan kepada kanak-kanak di seluruh Se-langor.

“Komik ini dicetak kira-kira 30,000 naskhah dan diedarkan di seluruh Selangor bagi memberi

kesedaran kepada anak-anak, khasnya kanak-kanak perempuan,” katanya.

Watak Kak Nam yang diangkat dalam komik ini digambarkan se-bagai seorang adiwira wanita bagi mempertahankan hak dan maruah wanita dengan memberi keseda-ran kepada masyarakat termasuk golongan kanak-kanak.

masa hadapan.“Kalau wanita lebih tua, hor-

mati dia sebagai kakak atau ibu dan kalau lebih muda hormati se-bagai adik.

“Elak kejadian gangguan emosi dan seksual berpunca tak hormati wanita di mana kesedaran kepada golongan sasar termasuk yang ma-sih muda sangat penting,” katanya.

Statistik itu menunjukkan sebanyak 4,982 kes direkodkan pada 2016 sebelum terus meningkat pada tahun berikutnya.DR DAROYAH ALWIAhli Dewan Negeri Sementa

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

15SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Gaya Hidup MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFEEQA AFEERA

Rekaan yang kian menarik dengan penggunaan rona pelbagai menjadi-kan ramai Muslimah

hari ini semakin selesa bergaya dengan hanya menyarung jubah.

Selain sopan dan menutup au-rat, jubah memberi keselesaan serta memudahkan pergerakan si pemakai ketika melakukan ak-tiviti seharian.

Berani mengambil peluang, Mi-lymaryam, sebuah jenama baru dalam industri fesyen memperke-nalkan busana Muslimah yang di-reka mengikut kehendak serta keperluan masa kini.

Walaupun masih hijau, Mily-maryam berjaya menonjolkan ke-lainan apabila memperkenalkan rekaan menggabungkan blaus, jubah dan telekung bagi memu-dahkan wanita menunaikan rukun Islam kedua.

Mula dikenali melalui penjua-lan ‘shawl’ secara kecil-kecilan kira-kira empat tahun lalu, pen-gasas dan pemiliknya, Nik Zaleha Ismail, 41, kemudian mengem-bangkan empayar melalui peng-hasilan telekung blaus. Katanya, produk itu dihasilkan atas permin-taan pelanggan setianya yang ma-hukan pakaian selesa, menutup aurat serta mudah dipakai ketika mengembara atau bersiar-siar.

“Milymaryam mula menghasil-kan telekung blaus yang dijahit sekali dengan tudung untuk digu-nakan pelanggan ketika menunai-kan umrah.

“Daripada situ, kita banyak

menerima tempahan terutama pelanggan dari Singapura sebe-lum kita tambah baik sedikit demi sedikit berdasarkan maklum balas mereka.

“Selepas mengambil kira semua aspek, maka kita perkenalkan pula telekung jubah yang mula mendapat tempat di hati pelang-gan terutama dari negara luar,” ka-tanya.

‘Trademark’ fabrik berkualiti

Fabrik berkualiti dan tahan lasak antara faktor utama

pelanggan memilih untuk meng-gayakan koleksi Milymaryam, se-lain tampil dengan rekaan moden eksklusif.

Menggunakan bahan ‘mos- crep’e pada bahagian tudung dan tangan jubah, fabrik yang mempu-nyai permukaan lembut itu, seka-

li gus menjadikan busana digayakan nampak mewah.

T e k s t u r n y a yang unik dengan tarikan tersendi-ri menjadikan ma-

terial itu digemari pelanggan, malah-

an ia ringan dan tidak mudah kedut. Tetap

mengikut trend semasa, kebanyakan koleksi yang di-

jual menampilkan rona ‘nude’ dan ‘pastel’ bersesuaian dengan tona kulit wanita Asia.

Nik Zaleha berkata, rekaan yang pada mulanya disasarkan untuk golongan pertengahan turut me-narik minat wanita berusia dalam lingkungan 20-an.

“Saya tidak sangka rekaan tele-kung blaus dan jubah ini menarik minat golongan muda kerana pada fikiran kita, ia hanya dimina-ti oleh ‘makcik-makcik’.

“Menariknya, setiap rekaan yang dihasilkan mempunyai zip di bahagian dada yang memudah-kan pemakai membukanya untuk mengambil wudhuk atau bagi ibu yang ingin menyusukan anak,” ka-tanya.

Tembusi pasaran antarabangsa

Milymaryam yang tercetus hasil gabungan nama dua

puteri Nik Zaleha, iaitu Emily dan Maryam memikat hati pelanggan dari negara jiran seperti Brunei juga Singapura.

Katanya, bagi menjalankan pro-mosi secara meluas, Milymaryam turut menyertai Brunei Islamic Fashion Week selain menyertai beberapa pameran di Singapura dan Malaysia.

Memiliki pengikut sendiri dari kedua-dua negara itu, namun fig-ura yang berasal dari Terengganu itu mengakui pasaran di Malaysia masih kecil dan kurang perminta-an berbanding negara luar.

“Di Singapura misalnya, kita sudah ada stokis dan pelanggan tetap yang mahukan busana dari Milymaryam untuk digayakan, manakala di Brunei telekung jubah ini digunakan ketika majlis agama atau solat tarawih.

“Tetapi di Malaysia saya akui masih belum meluas dan kita sedang perhebatkan pasukan pemasaran untuk memastikan ia diterima baik masyarakat di sini,” katanya.

Mahu terus gah cipta nama

Menanam hasrat untuk mema-sarkan produknya di Indo-

nesia, Nik Zaleha berharap nama Milymaryam setanding jenama Muslimah lain yang sudah men-cipta nama di negara ini.

Berani mencuba dan tidak berputus asa, beliau yakin Mi-lymaryam akan diterima ramai lebih-lebih lagi jenama itu anta-ra pelopor telekung jubah, rekaan yang belum pernah dihasilkan se-belum ini.

Bagi telekung blaus, ia dijual pada harga RM140 (Malaysia) dan RM145 bagi Singapura dan Brunei, manakala telekung jubah yang bo-leh memuatkan sehingga saiz XXL dijual pada harga RM198 (RM180 harga promosi).

Untuk pembelian:MILYMARYAM 6-1 Jalan Putra Mahkota 7/6A,Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor 03-56144484/ 013-9380608 mili_maryam milymarhamhijab

penuhi cita rasa Muslimah moden

Berfesyen dengan telekung

Walaupun masih hijau, Milymaryam

berjaya menonjolkan kelainan apabila memperkenalkan rekaan menggabungkan blaus, jubah dan telekung bagi memudahkan wanita menunaikan rukun Islam kedua.

NIK ZALEHA ISMAILPengasas MILYMARYAM

MILYMARYAM

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

JenakaSangkar itu, akan sentiasa jadi rujukankusetelah lama mengepakkan jalan di awanaku melihat durjana setelah merdekadan diriku semacam merasa kedinginan hidupuntuk hidup, sebeku apa pun, menjadi tubuh yang dirantai adalah perlu. Rantai itu akan mendodoiku sewaktutubuhku melompat-lompat di dalam sangkarsangkar bukan angkara yang mengerikanbahkan, satu kejipan waktu yang membuatku tenang.

tenangnya, adalah nafas si dara hutan

namun tenang di dalam sangkar tidakmengajarku apa-apa. Maka,dengan jenakaku, aku mula ketawakan diri sendiri mengusik, dan membongkar keperibadianku mungkin, jenakaku akan sedikit mengajarku. ternyata, dengan sedikit baki jenaka itu, aku mampu mengajar diri sendirimenyedarinya, aku mula mempersoal sangkar yangdungu dan diam, yang kaku dan sunyi.entah kenapa aku boleh merasa takut dengannyaentah sejak bila sangkar yang begitu membuatku takut. ketakutan adalah kegilaan yang curiga tubuhku melompat-lompat lagi- kini rantai tak dapat mendodoikankerana aku belajar daripada jenakaku sendiribahawa rantai di dalam sangkar adalah alamat burukkerana derap runcingnya selalu membuat tawa senyap dan mulai tidak senang. yang tak senang tak akan mampu menjadi tenang yang tak tenang tak akan mampu membuat sangkar menjadi lemah.

Zahid M Naser

OLEH SHAHKANG

Aku mengerling cermin pan-dang belakang. Tempat duduk penumpang be-lakang telah aku sediakan

kusyen lembut berbulu, bersama semburan wangian lavender. Kotak kertas A4, bantal strawberi Cameron Highland dan kerusi bayi telah aku pindahkan ke dalam but kereta.

Malam bukat. Sepi-nyanyi ceng-kerik yang mengapung adalah suatu keresahan buat warga syari-kat – rakan-rakanku. Syif malam tamat jam satu pagi. Bermula jam empat petang. Tiada siapa pun peduli pada waktu mula. Waktu akhir lebih menggoncang dada. Bekerja bukan masalah. Jangka masa lapan jam itu normal. Ma-salah ada pada perjalanan pulang sesudah tamat kerja – sewaktu le-lah sedang membelit tangkai leher dan bertakung dalam cepu kepala. Kata orang, makhluk halus lebih mudah bertenggek pada orang-orang yang sedang lelah.

Tetapi, ini bukan masalah bagi-ku. Aku sentiasa menanti keha-diran hantu-hantu bertuah yang sempat memuati kenderaanku. Malam ini aku telah janji untuk menceritakan pengakhiran se-buah cerita bertajuk Bawangers kepada para hantu. Cerita ini telah menjadi tular dalam kalangan ko-muniti hantu. Masing-masing tak sabar menanti kesudahannya.

Keretaku membelah angin malam. Setelah melepasi rumah orang kampung terakhir, maka tibalah di laluan yang dikatakan paling menyeramkan. Seorang sa-habat menceritakan pernah ada rambut wanita terjurai dari bum-bung keretanya. Seorang lagi mengatakan keretanya tiba-tiba menjadi perlahan, seolah-olah di-tarik dari belakang. Seorang lagi ternampak rombongan pengebu-mian jenazah, walhal di situ tiada rumah orang kampung atau tapak

perkuburan. Aku mendengar kisah-kisah se-

ram ini dengan penuh bernafsu. Tiada satu pun kenderaan di ha-

dapan dan belakang. Aku memper-lahankan kereta, sekitar cuma 60 kilometer sejam. Aku hanya menan-ti mana-mana hantu yang berjaya tembus ke kereta aku pada malam ini. Kereta ini cuma muat empat ekor hantu. Pernah hantu-hantu ini mencadangkan agar aku membeli kereta tujuh tempat duduk supaya bilangan hantu yang dapat mengi-

kuti cerita Bawangers akan lebih ramai.

Tiba-tiba, kedenga-ran dup-dup dap-dap di bahagian tempat duduk belakang. Kere-taku bergegar sedikit, seperti melalui jalan ti-dak rata dan berlubang. Para hantu ini sedang berebut-rebut memuat-kan tubuh dalam ruang keretaku. Dari cermin pandang belakang, bola mata merah sirap sedang membuntang. Bau busuk serupa mar-jerin luput tarikh me-ngapung-apung dalam ruang kereta. Ada juga dengus kasar serupa orang berdengkur.

“Cepat Tuan, cerita-kan! Kami mahu jadi orang pertama menge-tahui pengakhiran filem Bawangers. Kami mahu popular dan mempun-yai ramai pengikut.”

Sabar tuan-tuan puan-puan, kataku se-belum berdehem.

“Ahli-ahli Bawangers – Ayen Man, Kepten Ame-kira dan konco-konco semuanya mampus. Fit-nah dunia selama ini sebenarya bermula dari-pada mulut jahat mereka. Membawang sehingga tak ingat dunia, menung-gang terbalik kehidupan

“Mengapa pula?”“Setiap hantu mahu menegak-

kan kebenaran bahawa versi peng-akhiran filem Bawangers mereka adalah yang benar.”

Aku membiarkan kata-kata si pocong berlalu.

“Sebagai manusia, Tuan tentu lebih tahu pengakhirannya.”

Aku menjungkit bahu. “En-tahlah, saya belum menonton filem Bawangers. Saya fikir mere-ka menumpang kereta hantu yang menyerupai wajah saya. Saya se-benarnya bercuti sejak minggu lepas. Pulang ke kampung urus-kan hal pertunangan saya. Hari ini baru mula bekerja semula.”

“Oh! Jadi, Tuan fikir ada hantu bertukar, menyamar seperti Tuan, memandu kemudian dengan jahat sengaja menabur salah faham ke dalam komuniti hantu?”

Aku mengangguk pantas. “Tak mustahil. Hantu zaman sekarang tidak lagi gemar mengusik manu-sia, terutamanya komuniti hantu di bandar. Mereka lebih gemar ber-main muslihat, bergembira melihat porak-peranda berlaku hasil per-caturan yang licik. “

“Tapi Tuan, mengapa ada pihak suka melihat perpecahan?”

“Hantu juga sukar difahami, Cong (kependekan nama pocong). Seperti kebanyakan manusia.”

Perbualan kami tamat di situ. Pocong itu telah selamat menzi-arah kematian di tengah bandar.

Semenjak itu, tiada lagi gang-guan hantu di laluan tersebut. Ber-dasarkan info risikanku, komuniti hantu di situ telah berbunuhan sesama sendiri akibat berseng-keta tentang pengakhiran filem Bawangers.

Rakan-rakan sekerjaku tidak lagi digugat gementar tika pulang bekerja lewat malam.

“Zack, kau suka cari laluan-lalu-an berhantu kan? Semalam aku jumpa pocong baring atas jalan! Dia macam nak bunuh diri.” Ujar te-man sama kubikel di tempat kerja.

“Kenapa dia baring atas jalan? Baringlah di atas rumput” Seorang rakan sekerja wanita mencelah dari kubikel sebelah.

“Mungkin kematian lebih me-nyeronokkan buatnya, daripada terus hidup menjadi hantu.” Men-datar sahaja nadaku. Tiada niat un-tuk berseloroh.

“Sebut pasal laluan berhantu, kakak pun kena kacau tau! Tem-patnya di jambatan dekat rumah kakak.”

“Hmm, jambatan mana ya kak? Oh yang itu! Saya jarang lalu di situ.” Teriakan gembira terpacul dari kerongkongku. Khalayak di situ memandangku aneh.

Malam itu aku kembali menyem-bur pewangi di tempat duduk be-lakang kereta. Di telefon bimbitku ada paparan laman web pawagam. Aku sedang mencari apakah filem-filem terbaru untuk aku ceritakan ke-pada para hantu.

Sejujurnya, aku tidak tahu apa-apa mengenai filem.

orang lalu akhirnya mereka diha-puskan oleh si Tarnos. Dunia kini bebas manusia suka bawa mulut dan menghina orang.”

“Itu saja kesudahannya?”“Ya!”Sejurus kata terakhirku, hantu-

hantu ini hilang, pulang ke komu-niti mereka. Mereka mahu menjadi golongan pertama yang mence-ritakan pengakhiran filem Bawa-ngers kepada komuniti hantu.

Terdengar sayup lolongan para hantu yang mengeloi komuniti hantu untuk mendengar peng-kisahan daripadaku.

Keesokan hari, kenderaanku menempuh sepi malam di lalu-an sama. Aku masih menyediakan wangian dan ruang buat para hantu. Tentu masih ada yang mahu men-dengar perkisahan akhir filem Bawa-ngers daripada mulutku sendiri.

“Tuan, ceritakanlah cepat! Kami sengaja mengurung diri sejak se-malam untuk mengelak terdengar spoiler. Kami mahu dengar sendiri daripada mulut Tuan.”

“Sabar, sabar. Begini pengakhi-rannya...”

Para hantu menjegil mata, me-masang telinga – masing-masing berhenti berbicara.

“Para Bawangers akhirnya berja-ya menewaskan si penfitnah utama iaitu Tarnos. Tarnos menfitnah ad-anya video lucah para pemimpin dunia, memfitnah pemimpin sogok duit – bermacam-macam lagilah kisah jahat. Ayen Man telah berjaya menusuk dada Tarnos dengan se-bilah parang kontot.”

Para hantu menempik sorak, agaknya mereka pro kepada watak Bawangers.

Keesokannya kereta aku ti-dak lagi dikunjungi ramai hantu. Cuma seekor (seorang?) pocong menumpang. Itupun dia hanya in-gin menumpang untuk ke bandar, mahu ziarah orang mati ujarnya.

“Kaum hantu di kawasan ini ber-gaduh besar! Mereka saling ber-bunuhan.”

Aku menyembunyi senyum dalam kemam lidah.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

17SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Sekitar festival Bon Odori

Sahabat karib obses karakter, figura anime

hampir 30 koleksi patung figura dengan pelbagai saiz, bentuk dan jenama sejak serius mengumpul, bebe-rapa tahun lalu.

Katanya, sebahagiannya dibeli terus dari Jepun se-cara dalam talian di laman sesawang dan portal jualan yang boleh dipercayai atau

membuat deposit tunai (COD) menerusi jualan oleh komuniti di laman Facebook.

“Kebanyakan koleksi yang saya miliki bersaiz kecil seperti patung ‘barbie’ dan setakat ini ada lima patung figura bersaiz besar dengan angga-ran 48 sentimeter (skala 1:3), manakala 20 patung figura bagi saiz kecil 30 sentimeter (skala 1:6).

“Harganya pula berbeza mengikut saiz serta kualiti pembuatan atau permintaan pasaran ter-hadap patung ini. Paling besar yang pernah di-beli berharga RM2,500 (65886.58 yen).

“Lebih tinggi permintaan sesuatu keluaran, maka lebih mahal harganya dan jika bukan di portal jualan, ada juga saya beli daripada pen-jual di penganjuran mana-mana festival anime,” katanya yang berpenampilan ala-ala gadis Jepun ketika ditemui di Festival Bon Odori, di Kompleks Sukan Panasonic, di sini, baru-baru ini.

Bagi Amirah pula, dia menjadi pengumpul figura berkenaan sejak lima tahun lalu kerana benar-benar meminati watak ‘cosplay’ anime.

Akuinya yang mesra disapa Miko, disebab-kan hobi ‘gilanya’ itu, dia tidak kisah melabur-kan wang pendapatan bulanan untuk ‘memburu’ perkakas berkenaan yang hampir kebanyakan dibeli dan diterbangkan khas dari negara ma-tahari terbit.

“Duit banyak habis kepada hobi kerana semua patung ini datang dari Jepun. Saya per-caya setiap orang mempunyai hobi masing-ma-

sing, ada yang kumpul kereta dan barang mahal, jadi ma-

cam kami ada boneka untuk mengisi masa ter-luang.

“Slogan hobi ini se-benarnya beli sahaja apa yang kita suka dan jangan fikir banyak kali sebab takut nanti ke-cewa tidak dapat ba-rangan yang kita inginkan.

“Tetapi kena pasti-kan wang cukup dan jangan pula sanggup

berhutang semata-mata ingin memenuhi

kehendak hobi,” kata per-eka grafik yang kini me-miliki hampir 20 patung figura termasuk keluaran edisi khas.

Sokongan keluarga

Bertitik tolak da-ripada itu, Wahidah yang bekerja se-

bagai guru di sebuah sekolah Petaling Jaya ber-kata, setakat ini keluarganya tiada masalah dan tidak pernah menghalang minatnya.

“Keluarga jenis yang memahami, sekurang-kurangnya mereka tahu ke mana saya belan-jakan duit. Saya bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh keluarga untuk meneruskan kecenderungan terhadap hobi ini.

Bagaimanapun katanya, dia perlu mem-bahagikan masa sebaik-baiknya supaya tidak mengganggu tugas harian sebagai pendidik di sekolah.

“Hobi ini hanya sampingan kerana fokus saya tetap pada kerja, cuma bila ada kelapangan saya akan menyolek patung figura ini dan bawa ke acara yang menghimpunkan peminat anime dan ‘cosplay’ atau festival seperti Bon Odori.

Senada dengannya, Miko berkata, walaupun gemar mencari perkakas berkenaan tetapi dia masih mampu mengawal diri dengan tidak mengabaikan urusan hariannya.

Kerana itu, katanya, dia akan terus melaku-kan hobi berkenaan dan berharap dapat men-gumpul lebih banyak koleksi patung pada masa akan datang.

“Saya ada juga berhubung dengan peniaga patung yang menjalankan perusahaan itu di Facebook bagi membolehkan saya menambah koleksi figura anime yang memang sukar untuk didapati di kedai permainan dalam negara kerana dikeluarkan mengikut musim tertentu,” katanya.

Jalin persahabatanbersama pengumpul

Selain memberi kepuasan, hobi berkenaan turut memberi peluang buat dua sahabat ini menjalin hubungan persahabatan dengan pen-gumpul figura anime lain.

Wahidah berkata, mereka berdua kerap me-nyertai acara terhebat Toys, Anime, Game dan Comic Con (TAGCC) yang diadakan di ibu kota atau lokasi tertentu.

“Di situ menghimpunkan komuniti peng-umpul patung permainan dengan bermacam jenama dan kami akan bertemu ramai kena-lan baharu.

“Bukan sahaja figura anime, kami juga dapat mengenali pengumpul koleksi permainan lain seperti Dragon Ball, UItraman, Super Sentai dan Transformers.

“Setiap karakater ada komuniti masing-ma-sing, maka sudah tentu ia memberi peluang kepada kami untuk berkongsi minat dengan pengumpul lain,” katanya.

Ketika tenggelam dalam suasana gamat fes-tival kebudayaan masyarakat Jepun malam itu, Miko sempat menyarankan orang ramai teru-tama generasi muda yang mahu berjinak-jinak dengan hobi mengumpul figura supaya boleh bermula dengan mengumpul karakter.

Malah, dia berharap lebih ramai remaja ter-masuk dewasa, khususnya wanita terdedah de-ngan hobi mengumpul figura.

“Mereka boleh mulakan dengan membeli koleksi kecil seperti karakter kerana lama-kela-maan perkakas itu akan bertambah, apatah lagi apabila dapat berjumpa dengan kenalan baharu yang memiliki minat sama dan boleh beli dari-pada rakan,” katanya.

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

Sama ada yang berumur belasan tahun hingga lewat 30-an, ada individu sang-gup mengumpul pelbagai figura jika mempunyai keunikan dan daya tarikan

tersendiri.Untuk jejaka, figura lego, adiwira, alien atau

karakter filem pasti menjadi pilihan, manaka-la si gadis pula lebih menggemari teddybear. Malah, tidak mustahil ada yang masih men- yimpan koleksi lama yang dikumpul sejak kecil.

Walaupun ramai memberi persepsi hobi mengumpul patung figura sinonim dengan kanak-kanak, tetapi lain pula bagi dua sahabat karib ini yang berkongsi hobi sama dan terlam-pau obses terhadap figura anime Jepun.

Wahidah Abd Manan, 29, dan Amirah Putri, 30, mengakui keghairahan mereka mengumpul figura anime disebabkan keinginan menambah koleksi peribadi sehingga sanggup menabung untuk membeli boneka berkenaan.

Wahidah berkata, segelintir individu me-nganggap wang itu boleh dibelanjakan untuk keperluan lain, namun dia menyifatkan ia bu-kan pembaziran tetapi satu kepuasan apabila memperolehnya.

“Sejak kanak-kanak lagi, ibu dan ayah saya se-lalu beli banyak patung untuk dijadikan mainan. Sebab itu saya tergerak hati untuk mengumpul pelbagai koleksi figura anime ini sebab amat menyukai budaya Jepun.

“Jika sebelum ini banyak hobi sudah dicu-ba tetapi semua tidak bertahan lama kerana kurang serasi dengan jiwa saya. Mungkin juga kerana cepat bosan membuatkan semua yang dilakukan itu sekadar separuh jalan.

“Kini, hobi mengumpul patung anime dira-sakan sesuai dengan diri saya, malahan sema-kin menjadi-jadi sejak bekerja. Bukan sekadar kumpul, benda lebih mengujakan apabila saya boleh mencantikkan figura ini dengan me-ngubah suai rambut, mata dan mengenakan aksesori serta pakaian tradisional yukata,” kat-anya memulakan bicara.

30 koleksi figura anime

Bercerita lanjut, wanita kelahiran Klang ini berkata, ber-mula dengan satu, dia kini memiliki

Hobi ini hanya sampingan kerana fokus saya tetap pada kerja, cuma bila ada kelapangan saya akan menyolek patung figura ini dan bawa ke acara yang menghimpunkan peminat anime dan ‘cosplay’ atau festival seperti Bon Odori

WAHIDAHABD MANAN

Wahidah (kanan) dan Amirah bersama koleksi figura anime

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

18PBT

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) komited untuk men-cantikkan lagi beberapa dinding lorong di Jalan Tengku Kelana me-lalui lukisan mural berbentuk 3D.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, kerja mengindahkan lorong terbabit sudah bermula, namun ia ter-paksa ditangguhkan bagi mem-beri peluang kepada kerja baik pulih infrastruktur sekeliling lo-rong berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima peruntukan RM1.4 juta daripada Kerajaan Negeri untuk memperindahkan lorong Jalan Tengku Kelana, pada tahun ini.

“Kita memang bercadang un-tuk memperindahkan lorong Ja-lan Tengku Kelana dan ia sudah bermula sejak awal tahun lalu apabila salah satu mural sudah siap.

“Manakala, mural berbentuk 3D akan dinaikkan juga di ka-wasan itu selepas kerja baik pu-

lih infrastruktur kawasan terbabit selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmi-kan Majlis Pelancaran ‘Heritage X-Plore’ Pusat Pemborong GM Klang di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, katanya, ini-siatif melukis mural itu sebagai salah satu daya penarik untuk pelancong hadir ke Klang dan Selangor khususnya.

“Apabila orang awam melihat mural ini sudah pasti mereka mahu bergambar dan berswafoto, sekali gus menarik lebih ramai pengun-jung ke daerah ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 70 maha-siswa Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA, Shah Alam berjaya menghasilkan mural memaparkan tempat berse-jarah di daerah ini yang menghiasi dinding Blok C GM Klang di sini.

Projek terbabit sebahagian daripada projek tanggungja-wab sosial korporat bersempena sambutan ulang tahun ke-10 GM Klang.

Daya tarikan pelancong

Mural �D hiasi lorong belakang Jalan Tengku Kelana

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) membawa enam kes untuk tindakan undang-undang su-sulan kegagalan mengikut peraturan dan garis panduan pembinaan ba-ngunan.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya kesal apa-bila masih terdapat mereka yang tidak bertanggungjawab mengabai-kan aspek keselamatan membina ba-ngunan tanpa kebenaran MDKL demi meraih keuntungan.

“Enam kes telah dibawa ke mahka-mah Telok Datok untuk dibicarakan. Dua daripadanya difailkan dapat dibi-carakan manakala baki empat kes ti-dak dapat dibicarakan kerana mereka tidak menghadiri hari perbicaraan.

“Selain itu, satu kes membabitkan undang-undang jalan raya juga telah didakwa di mahkamah baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, pada 26 Julai lalu.

Bagi kes pertama, Lay Chee Chuan telah didakwa di mahkamah mengi-kut kesalahan Undang-Undang Kecil 3(1) (a), Undang-Undang Kecil Pen-ternakan Burung Walit dan dijatuhi denda sebanyak RM900.00.

Manakala kes kedua pula, Majita Elanovan didakwa di atas kesalahan Perenggan 51(1) Perintah Pengang-kutan Jalan dijatuhi denda sebanyak RM100 oleh mahkamah.

Bagaimanapun, beliau tidak ha- dir kerana masalah kesihatan dan di-

MDKL bawa enam kes ke mahkamah

SUBANG JAYA - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) kini tidak lagi menyediakan penyedut minuman plastik di kantin premis milik mereka.

Timbalan Yang Dipertuan-ya, Mohammad Zulkurnain Che Ali berkata, langkah itu selaras kempen mengurang-kan penggunaan penyedut minuman oleh Kerajaan Ne-geri menjelang 2025.

“Pada masa sama, MPSJ juga mengingatkan kesemua pemilik premis makanan su-paya tidak menggunakan penyedut minuman plastik memandangkan Kerajaan Negeri sudah memberi inga- tan sebelum ini.

“Untuk makluman, lesen yang dikeluarkan MPSJ juga menasihatkan pemilik pre-mis makanan supaya tidak menggunakan plastik serta mengurangkan penggunaan penyedut minuman.

“Bagi tujuan itu, kami tu-rut mengedarkan surat rasmi kepada semua pemilik pre-mis supaya tidak lagi meng-gunakan penyedut minuman berkenaan,” katanya dalam si-dang media selepas Mesyua-rat Penuh MPSJ di sini, pada

24 Julai lalu.Turut sama, Yang Dipertua

MPSJ, Noraini Roslan.Berkuat kuasa 1 Julai lalu,

semua premis makanan di Selangor dilarang menye-diakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan.

EXCO Alam Sekitar, Tek-nologi Hijau, Sains, Teknolo-gi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian ber-kata, pemilik premis juga dilarang menyediakan pe-nyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

Katanya, dasar itu juga selaras Kempen Bebas Plas-tik yang sedang dijalankan untuk mengurangkan peng-gunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seper-ti beg plastik, polistirena, penutup/pelapis makanan plastik dan bahan plastik pakai-buang.

Ia bertujuan mendidik dan meningkatkan tahap keseda-ran penduduk berhubung kesan jangka panjang peng-gunaan plastik sekali guna khususnya penyedut minu-man plastik terhadap kesi-hatan dan alam sekitar.

Tiada lagi straw plastik di kantin MPSJ

wakili bapanya.Mohamad Zain berkata, beberapa

individu lain yang melakukan kesala-han telah hadir ke Pejabat Undang-Undang MDKL untuk menjelaskan denda masing-masing.

“Toh Tuan Chai yang tidak hadir ke mahkamah baru-baru ini telah ha- dir ke Pejabat Undang-Undang MDKL menjelaskan denda beserta tung-gakan kompaun berjumlah RM1,700.

“Beliau sudah melakukan kesala-han mengikut Undang-Undang Ke-cil 3 (1) (a), Undang-Undang Kecil Penternakan Burung Walit dan telah membayar denda RM900 beserta tunggakan kompaun RM800.

“Selain itu, mereka yang didapa-ti telah melakukan kesalahan juga telah menghadirkan diri ke Pejabat Undang-Undang MDKL serta telah menjelaskan bayaran denda dikena-kan di atas kesalahan dilakukan,” ka-tanya.

Dalam perkembangan lain, MDKL bersama Pejabat Daerah Tanah (PDT) Kuala Langat dan Polis Diraja Malay-sia telah menyerbu sebuah kawasan yang dibangunkan tanpa kebenaran di Bukit Jugra.

Operasi bersepadu yang turut melibatkan Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasa MDKL menyaksikan Jabatan Perancangan Pembangunan mengambil tindakan di bawah Seksyen 18(1) Akta 172 de-ngan sabitan di bawah Seksyen 26(1) Akta 172.

“Tindakan turut diambil di bawah Seksyen 94, Permohonan Perintah Ex Parte iaitu permohonan perintah mahkamah tanpa sabitan dan Sek- syen 70(13) (c) Akta 133 untuk binaan. MDKL kini sedang dalam siasatan dan akan terus menjalankan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

19SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

ADVERTORIAL

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

20Pendidikan

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG - Seramai 46 pelatih sesi pertama program Inisiatif Kema-hiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) berjaya me-namatkan pengajian masing-ma-sing dalam bidang aeroangkasa.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, semua pelatih dibi-ayai Kerajaan Negeri itu membuk-tikan kejayaan perkongsian pintar dijalin bersama Pusat Pembangu-nan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) dan GE Engine Services Malaysia Sdn Bhd (GE Engine Ser-vices).

“Saya gembira berada di sini hari ini untuk menyaksikan pengi-jazahan 46 pelatih dibiayai Kera-jaan Negeri menerusi IKTISASS ini,” katanya.

SHAH ALAM - Seramai 80 guru dari Arab Saudi dan 15 pelajar dari Thai-land bakal menyertai program Fa-miliarization Trip (FAM Trip) anjuran Tourism Selangor, pada 31 Julai ini.

Pengurus Promosi dan Pemba-ngunan Industrinya, Khuzaimah Jamaluddin berkata, mereka akan dibawa ke pelbagai tempat pelan-congan menarik di Shah Alam anta-ranya Pustaka Raja Tun Uda, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sunway Lagoon dan I-City.

Katanya, inisiatif menggunakan aspek pelancongan pendidikan itu salah satu usaha Tourism Selangor meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Pada tahun ini, kita menya- sarkan jumlah kedatangan pelan-cong yang akan berkunjung ke Selangor adalah seramai 7.7 juta

orang.“Oleh itu, kita optimis pelajar

dan guru ini dapat menguar-uar-kan informasi berkenaan keunikan dan kepelbagaian produk pelan-congan Selangor kepada ahli ke-luarga serta rakan mereka apabila pulang ke tanah air nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Squad Kembara Sekolah bersama Tourism Selangor sempena Festi-val Antarabangsa #MySchoolGoals 2019, di Sekolah Menengah Ke-bangsaan TTDI Jaya di sini, pada 29 Julai lalu.

Khuzaimah berkata, pihaknya turut memperkenalkan FAM Trip melalui media sosial supaya ia dapat membuka mata pelancong global untuk berkunjung ke negeri ini, pada masa akan datang.

Perkongsian pintar Kerajaan Negeri, swasta

�� pelatih IKTISASS tamat pengajian

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan 100 Tahun GE Aviation’s dan Pengijaza-han IKTISASS di pejabat GE Engine Services di sini, pada 27 Julai lalu.

Amirudin berkata, GE Engine Services adalah sebuah syarikat mempunyai pengalaman selama 100 tahun dalam industri aero-angkasa.

Katanya, keadaan ini memberi kelebihan kepada pelatih terbabit menimba ilmu dan pengalaman di sepanjang pengajian mereka.

Bercakap kepada media pada majlis sama, Amirudin berkata, selain di GE Engine Services, Ker-ajaan Negeri turut menjalin ker-jasama melahirkan tenaga kerja mahir dengan pelbagai pihak lain membabitkan kira-kira 2,000 pe-lajar di seluruh Selangor.

Pelajar, guru luar negara sertai FAM Trip

SHAH ALAM - Persembahan bertenaga dan penuh harmoni melayakkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang muncul juara Pertandingan Bicara Berirama Pe-ringkat Selangor 2019.

Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sela- ngor dengan kerjasama PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) itu turut menyaksikan SMK Rawang meng-ungguli tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi SMK Pu-lau Indah, Klang.

Pemangku Pengurus Pusat PREC, Syahril Mohd Rashid ber-kata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat menganjurkan program berunsur pendidikan di pusat-membeli be-lah milik syarikat terbabit iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.

“Program pendidikan seperti ini penting kerana ia adalah salah

satu cabang dalam menjayakan aktiviti tanggungjawab sosial kor-porat PREC.

“Pertandingan seperti ini dapat memupuk minat dan meningkat-kan kecemerlangan murid, baik yang bersekolah di bandar juga luar bandar dalam bidang kokuri-kulum serta akademik, di samping memperkukuh konsep pembela-jaran bahasa Melayu yang sudah dipelajari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Per-tandingan Bicara Berirama Pering-kat Selangor 2019 di SACC Mall, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Penyelia Kokuri-kulum JPN Selangor, Yang Mu-lia Tunku Saidatul Bariah Tunku Nizam berkata, pertandingan itu mampu menarik minat pelajar un-tuk terbabit dalam persembahan bahasa puisi berkumpulan.

Katanya, ia membantu mem-bentuk satu paduan suara tema-

tik untuk diperdengarkan kepada penonton, sekali gus membentuk disiplin tinggi dalam kerja berpa-sukan.

“JPN Selangor berharap untuk meneruskan lagi sinergi ini pada masa hadapan bersama PREC yang dilihat sangat berkesan ter-utama dalam memberi pendeda- han kepada masyarakat ber-hubung aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.

“Ia juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menon-jolkan bakat mereka di khalayak ramai,” katanya.

Sebanyak 10 sekolah terdiri da-ripada 300 pelajar dan 100 guru pembimbing dari Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Se-langor, Sabak Bernam, Klang, Kua-la Langat, Sepang, Petaling Utama dan Petaling Perdana berentap bagi mewakili Selangor ke pering-kat kebangsaan yang akan diada-kan di Pahang.

SMK Sultan Abdul Aziz Shah juara Bicara Berirama Selangor

Ahli akademik dipelawa menyumbang artikel kepada SelangorKini. Panjang tulisan antara 600 hingga 700 patah perkataan. Sertakan gambar dan biodata ringkas penulis. Artikel terpilih akan disiarkan di akhbar atau portal SelangorKini.

Hantarkan kepada [email protected]

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

21SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

01 Khamis 5:44 5:54 7:12 1:25 4:46 7:33 8:46 02 Jumaat 5:44 5:54 7:12 1:25 4:46 7:33 8:45 03 Sabtu 5:44 5:54 7:12 1:25 4:46 7:32 8:45 04 Ahad 5:44 5:54 7:12 1:25 4:45 7:32 8:45 05 Isnin 5:44 5:54 7:12 1:25 4:45 7:32 8:44 06 Selasa 5:45 5:55 7:12 1:25 4:44 7:32 8:44 07 Rabu 5:45 5:55 7:12 1:25 4:44 7:32 8:44

01 Khamis 5:43 5:53 7:12 1:22 4:44 7:30 8:43 02 Jumaat 5:43 5:53 7:12 1:23 4:44 7:30 8:42 03 Sabtu 5:43 5:53 7:12 1:23 4:44 7:29 8:42 04 Ahad 5:43 5:53 7:12 1:23 4:43 7:29 8:42 05 Isnin 5:44 5:54 7:12 1:23 4:43 7:29 8:41 06 Selasa 5:44 5:54 7:12 1:23 4:43 7:29 8:41 07 Rabu 5:44 5:54 7:12 1:22 4:42 7:29 8:41

01 Khamis 5:43 5:53 7:12 1:22 4:44 7:30 8:43 02 Jumaat 5:43 5:53 7:12 1:23 4:44 7:30 8:42 03 Sabtu 5:43 5:53 7:12 1:23 4:44 7:29 8:42 04 Ahad 5:43 5:53 7:12 1:23 4:43 7:29 8:42 05 Isnin 5:44 5:54 7:12 1:23 4:43 7:29 8:41 06 Selasa 5:44 5:54 7:12 1:23 4:43 7:29 8:41 07 Rabu 5:44 5:54 7:12 1:22 4:42 7:29 8:41

1 -7 OGOS 201929 zulkaedah - 6 ZULHIJJAH 1440

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Se-langor (LZS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komit-ed bekerjasama membantu keluarga menghidap masalah penglihatan.

LZS menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, bantuan seperti perubatan dan keperluan asas akan diberikan kepada keluarga ter-babit bagi meringankan beban me-reka.

Katanya, suami kepada keluarga berkenaan dipercayai menghidap masalah penglihatan dan hanya se-belah mata sahaja berfungsi pada kadar 20 peratus manakala, sebelah

lagi rosak keseluruhan.“Manakala isteri seorang sauda-

ra baharu (mualaf ) juga menghidap masalah sama iaitu rosak pengliha- tan (retina).

“Namun, selepas setahun mendiri-kan rumah tangga pasangan ini diuji lagi apabila anak yang baru sahaja di-lahirkan menghidap masalah kanser mata iaitu jenis (Retinoblastoma),” ka-tanya dalam kenyataan.

Sementara itu, kenyataan itu tu-rut memaklumkan, anak pasangan berkenaan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dua kali menjalani sesi kemoterapi.

Katanya, pasangan itu cuma menerima RM400 bantuan dari Ja-

batan Kebajikan Masyarakat dan sua-mi hanya bekerja sebagai tukang urut manakala, isteri tidak bekerja kerana perlu menjaga anak di hospital.

“Sejurus menerima aduan, Skuad Saidina Umar LZS turun segera me-nemui keluarga ini di Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak HKL.

“LZS akan bekerjasama dengan Baitulmal MAIWP untuk membantu keluarga ini supaya keperluan me-reka terjamin dan terbela khususnya soal perubatan serta keperluan asas.

“Bersamalah kita mendoakan semoga pasangan ini dan anaknya dikurniakan kesihatan dan kesembu-han serta dipermudahkan Allah sen-tiasa,” katanya.

Kerjasama LZS-MAIWP

Bantu keluarga derita penglihatan

PUTRAJAYA - Penubuhan satu jawatankuasa khas akan diumum-kan sebelum akhir tahun ini bagi memulakan proses pendigitalisasi pentadbiran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, pihaknya se-dang berbincang dengan beber-apa pakar yang relevan dalam hal berkaitan digitalisasi sebelum nama mereka yang menganggo-tai jawatankuasa itu diumumkan.

Katanya, bagi tujuan itu pi-haknya sedang berhubung dengan beberapa entiti seperti Telekom Malaysia, PayHalal dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) di bawah Bank Neg-ara Malaysia (BNM) yang mempu-

nyai kemahiran mengenai konsep berkenaan.

Beliau berkata, proses pen-digitalan itu melibatkan semua agensi yang menguruskan hal berkaitan agama Islam dibawah kendaliannya termasuk haji dan zakat.

“Kita harap proses digitalisa-si itu boleh bermula sepenuh-nya awal tahun depan dengan langkah pertama iaitu pembu-dayaan teknologi kepada pihak yang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Halal Fiesta Malaysia (Halfest Ja-kim) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata, beliau berse-dia mengemukakan saman ter-hadap Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Slim, Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib seki-ranya siasatan polis mendapati ada unsur fitnah berlaku.

Setiausaha Akhbar menteri itu, Siti Zulaikha Zulkifli, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Po-lis Daerah Putrajaya pada 29 Julai lalu terhadap Mohd Khusairi serta laman Facebook yang menggu-nakan nama MyNewsHub kerana memuat naik poster kenyataan fitnah yang melibatkan Mujahid di media sosial.

Laporan polis itu dibuat ekoran penyalahgunaan gambar dan nama Mujahid di poster yang bertulis, “Wendy Loong hina nabi adalah kes terpencil.. Orang Islam jangan terasa hati.. Mujahid”. – BERNAMA

Jawatankuasa khas diumum akhir tahun

LZS akan bekerjasama dengan Baitulmal MAIWP untuk membantu keluarga ini supaya keperluan mereka terjamin dan terbela khususnya soal perubatan serta keperluan asas

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

AIS/PCW/T7/7/2019

AIS/DD/T6/7/2019

AIS/DD/T5/7/2019

PROPOSED 3D TERRESTRIAL LASER SCANNING (TLS) AND MODELLING SERVICES AT 150 LOCATIONS OF PENGURUSAN AIR SELANGOR’S PUMP HOUSES AND RESERVOIRS

SUPPLY, DELIVERY, INSTALL AND COMMISSIONING OF AMR ENABLED ELECTROMAGNETIC FLOW METERS COMPLETE WITH LOGGERS & SPARES

SUPPLY AND DELIVERY OF PERMANENT LEAK NOISE LOGGING & DETECTION EQUIPMENT FOR NRW PROGRAM YEAR 2020 - 2022

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.syabas.com.my/business/supplier dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

OLEH NAZLI IBRAHIM

Selepas mengharungi 22 perlawanan, akhirnya sai-ngan Liga Super Malaysia 2019 melabuhkan tirai-

nya, pada 21 Julai lalu. Bagi pasukan Selangor FA,

walaupun agak hambar di awal musim, namun kejayaan me-namatkan saingan di tempat ke-tiga dengan penuh dramatik adalah satu pencapaian yang wa-jar dibanggakan.

Selangor meraih tempat ketiga, memintas Kedah di ‘selekoh akhir’ selepas mengutip 37 mata di be-lakang juara Liga Super enam kali, Johor Darul Takzim yang me- ngumpul 53 mata sebagai juara dan Pahang ditempat kedua de-ngan 43 mata.

Selangor memastikan tempat ketiga apabila menewaskan PKNS FC 3-2 sebelum disahkan dengan bantuan kemenangan besar 5-1 FELDA United ke atas Kedah pada perlawanan terakhir masing-ma-sing.

Berdasarkan sistem defisit jum-lah gol berbanding bolos, Kedah mampu mengelak daripada dipin-tas Selangor untuk mengekalkan kedudukan ketiga liga jika berjaya membenam FELDA United pada perlawanan ke-22.

Pencapaian Selangor di bawah pimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah ibni Sul-tan Sharafuddin Idris Shah pada ta-hun ini jauh lebih baik berbanding ketika di bawah pengu-

rusan terdahulu kerana Selangor hanya mampu berada di kedudu-kan kelapan dengan mengutip 27 mata, pada musim lalu.

Musim 2019 menyaksikan Se-langor mencatatkan 10 keme-nangan, tujuh kali seri dan lima kekalahan berbanding musim 2018, tujuh kemenangan, enam seri dan sembilan kekalahan.

Pada musim ini, Selangor men-catatkan enam kali menang, tiga seri dan dua kali tewas ketika ber-main sebagai tuan rumah, di Sta-dium Shah Alam.

Sementara ketika bertandang di gelanggang lawan pula, Sela-ngor mencatatkan keputusan em-pat kali menang, tiga seri dan tiga kekalahan.

Berdasarkan perbandingan jaringan gol pula, menyaksikan jentera serangan Selangor pada musim ini lebih efisien berban-ding musim 2018 apabila berjaya mencatatkan 41 gol berbanding musim 2018 sebanyak 35 gol.

Manakala di bahagian per-tahanan pula, Selangor perlu memikirkan strategi lebih ampuh bagi menghadapi saingan Piala Malaysia dan musim akan datang apa-bila menjadi pasukan keenam paling banyak dibolosi dengan 35 kali bolos iai-tu satu jum-lah yang besar.

Bagaimanapun, jumlah ini ma-sih lebih baik berbanding 39 kali dibolosi pada musim 2018.

Kemenangan terbesar Sela-ngor dicatatkan pada perlawa-nan ke-18 liga bertemu Pahang dengan keputusan 5-2 dan perla-wanan ke-21 bertemu PJ City de-ngan kemenangan 3-0.

Kekalahan terburuk pula di-catatkan ketika dimalukan PKNS FC 4-0 pada perlawanan ketiga liga, di Stadium Shah Alam.

Bagi senarai penjaring gol pula, walaupun hanya menyertai Sela-ngor pada jendela perpindahan di pertengahan musim, namun pe-main import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun, menjadi pemain paling berbisa buat kubu pasukan lawan apabila meledak 12 gol, berkong-si jumlah jaringan dengan pe- nyerang prolifik Johor Darul

Takzim, Diogo Luis Santo.Jika berdasarkan tarikh

penyertaan dalam pa-sukan masing-masing, Ifedayo mencatatkan nisbah jaringan 1.2 gol bagi setiap perlawanan lebih baik berbanding

penjaring terbanyak Liga Super, Kpah

Sherman dari PKNS FC

d e n g a n

0.63 gol bagi setiap perlawanan (14 gol keseluruhan).

Manakala Sandro da Silva turut menyinar apabila menjaringkan lapan gol dan Endrick Dos Santos pula empat gol.

Amri Yahyah dan Khyril Muhy-meen muncul sebagai pemain tempatan penjaring gol terba-nyak dengan tiga gol, di samping seorang lagi pemain import, Ru-fino Segovia.

Sean Selvaraj dan Syahmi Sa-fari masing-masing menjaringkan dua gol, manakala Antonio Ger-man, Faiz Nasir dan Syazwan Zai-non satu gol.

Kejayaan Selangor bukan sa-haja melegakan penyokong pa-sukan gergasi merah, sekali gus menutup mulut pengkritik ter-masuk mereka yang melaungkan #sathiaout pada awal musim ini.

Bagaimanapun, anak buah, B Sathianathan, masih mempunyai satu lagi misi penting iaitu mem-bawa pulang sekurang-kurang-nya satu piala ke bumi Selangor seperti disasarkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Se-langor, Dr Johan Kamal Hamidon, di awal musim.

Selepas terlepas peluang dalam saingan Liga Super dan Piala FA, satu-satunya peluang yang masih

ada menerusi saingan Piala Ma-laysia.

Undian Pia-la Malay-sia yang d i l a n g -

sungkan pada 23 Julai lalu me-letakkan Selangor di dalam kumpulan D bersama Melaka, FEL-DA United dan Polis Diraja Malay-sia (PDRM).

Rekod pertembungan Selangor dengan pasukan kumpulan D ta-hun ini memberi sedikit kelebihan kepada Selangor.

Cabaran terbesar Selangor di-jangka hadir menerusi FELDA United apabila tiga pertembu-ngan kedua-dua pasukan bagi tahun ini agak sengit.

Selangor dan FELDA United mencatatkan keputusan seri 1-1 pada pusingan pertama Liga Su-per di Stadium Shah Alam sebelum Selangor mencatatkan kemena-ngan 2-1 pada pertembungan pusingan kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

FELDA United juga menjadi batu penghalang untuk Sela-ngor melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA selepas ditewaskan dengan keputusan 2-1 di Stadium Shah Alam.

Manakala rekod dua pertemuan dengan Melaka United pula mem-beri sedikit kelebihan kepada Se-langor dengan kemenangan 4-3 pada pusingan pertama Liga Su-per di Stadium Hang Jebat dan seri 1-1 di pusingan kedua, di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Selangor masih belum berkesempatan menguji PDRM apabila kedua-dua pasu-kan itu berada dalam kumpulan berbeza dengan Selangor berak-si di Liga Super dan PDRM di Liga Perdana.

Di atas kertas, walaupun bu-kan mudah tetapi Selangor tam-pak mempunyai kelebihan untuk merebut salah satu daripada dua slot untuk ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Analisis prestasi Selangor dalam Liga Super 2019

Akhiri kempen di tangga ketiga

Gam

bar d

ari F

B FA

Sel

ango

r

Ifedayo Olusegun

22Rencana

SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan pelan-caran pusat latihan dan pejabat baharu Per-satuan Bolasepak Selangor (FAS) di Padang Latihan SUK, Seksyen 5 di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang juga Presiden FAS disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Baginda bertitah, fasiliti baharu dina-makan Pusat Latihan FAS itu menyaksikan pusat pentadbiran FAS berpindah dari pe-jabat lama terletak di Kelana Jaya selepas hampir 23 tahun.

“FAS adalah satu entiti yang besar dalam kancah bola sepak Malaysia. Walaupun ter-tubuh hampir 83 tahun dan berjaya meraih pelbagai kejuaraan utama di Malaysia, FAS masih lagi beroperasi di pejabat yang usang di Kelana Jaya serta hanya mempunyai pu-

23SelangorKini 1 - 7 Ogos 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri

(UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

BIL NO. TENDER TAJUK KERJA BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

HARGADOKUMEN

1. MPSepang (KEJ)400-10/12/18

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF PEMBANGUNAN BBST WALK DAN DATARAN AWAM

DI BANDAR BARU SALAK TINGGI UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019.

CIDB, SPKK,G5 B04 DAN CE21

& UPEN

RM450.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 1hb Ogos 2019 hingga 29hb Ogos 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal) adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya. Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 9hb Ogos 2019 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 29hb Ogos 2019.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri

(UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

BIL NO. TENDER TAJUK KERJA BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

HARGADOKUMEN

1. MPSepang (BGN)400-10/12/17

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN PENYELENGGARAAN DI STADIUM MINI BANDAR BARU SALAK TINGGI TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019.

CIDB, SPKK,G4 B04 DAN CE21

& UPEN

RM300.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 1hb Ogos 2019 hingga 29hb Ogos 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal) adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya. Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 9hb Ogos 2019 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 29hb Ogos 2019.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Sela-ngor (FAS) menzahirkan ucapan terima ka-sih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi kebenaran untuk menguruskan padang Pe-jabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, se-lama tiga tahun.

Atas dasar komitmen itu, ia sekali gus menjadikan transformasi fasiliti baharu per-satuan bola sepak berkenaan sebuah realiti.

Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, selepas mengambil alih pucuk pimpinan persatuan, pihak penguru-san baharu menggariskan lima teras untuk memperkasa FAS.

“Pembinaan fasiliti adalah perkara per-tama diputuskan dan alhamdulillah, impian kita untuk mempunyai fasiliti lebih baik ser-ta pusat pentadbiran persatuan lebih mam-pan berjaya direalisasikan.

“FAS mengucapkan jutaan terima ka-sih kepada Kerajaan Negeri terutama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari kerana sen-tiasa memberi komitmen untuk memajukan bola sepak Selangor.

“Tanpa kerjasama beliau, fasiliti serba

moden ini pasti tidak akan berjaya dibina,” katanya sempena Majlis Pelancaran Pusat Lati-han dan Pejabat Baharu FAS di Padang Lati-han SUK, Seksyen 5 di sini, pada 24 Julai lalu.

Pelancarannya disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Fasiliti baharu itu dibina hasil kerjasa-ma FAS bersama Vizione Holdings Berhad (Vizione), iaitu sebuah syarikat perkhid-matan kejuruteraan awam, pembinaan in-frastruktur dan pembangunan hartanah yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Johan berkata, Vizione salah satu rakan strategik persatuan bola sepak berkenaan yang menjadi penggerak utama dalam pembinaan fasiliti bernilai RM1.5 juta itu.

“FAS mengucapkan terima kasih kepa-da Vizione di atas kepercayaan diberikan. Komitmen ini bakal membuatkan pasukan lebih bersemangat untuk memburu ke-menangan di atas padang.

“Kami berharap melalui kerjasama ini, maka lebih banyak syarikat akan tampil se-bagai rakan penaja kepada FAS,” katanya.

Terima kasih Kerajaan Negeri

sat latihan serba kekurangan.“Beta berharap supaya kemudahan baharu

ini dapat menaikkan lagi semangat pemain, barisan kejurulatihan dan staf dalam mem-berikan yang terbaik untuk persatuan, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Merah Kuning di Malaysia,” titah ba-ginda ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Pada masa sama, baginda menyifatkan penubuhan pusat latihan itu sebagai bukti komitmen FAS untuk membawa persatuan ke tahap lebih tinggi.

Titah baginda, kemudahan dan pejabat baharu itu diharap dapat memberi sema-ngat serta inspirasi baharu kepada pemain selain membolehkan pentadbiran persatu-an juga kejurulatihan diletakkan di bawah satu bumbung.

Seusai perasmian berkenaan, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli mela-wat pusat latihan berkeluasan 121,920 meter persegi itu yang dilengkapi padang latihan, gimnasium dan kawasan rawatan fisioterapi.

Baginda turut menunjukkan ketang-

Komitmen majukan bola sepak Selangor

Lancar fasiliti baharu FAS

kasan bermain bola sepak dalam perla-wanan persahabatan antara pasukan Raja Muda Selangor (RMS) dan Dato’ Menteri Besar yang menjadi simbolik perasmian pusat latihan terbabit.

Dalam pertarungan selama 40 minit, RMS berjaya menumpaskan Dato’ Menteri Besar

dengan jaringan 2-1.Terdahulu, fasiliti baharu dibina hasil ker-

jasama FAS bersama Vizione Holdings Ber-had, iaitu sebuah syarikat perkhidmatan kejuruteraan awam, pembinaan infrastruk-tur dan pembangunan hartanah yang terse-narai dalam Bursa Malaysia.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: @Media Selangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · lah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sul - tan Iskandar

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Peminat bola se-pak yang hadir menyaksikan ke-juaraan Piala Sultan Selangor 2019 berpeluang membawa pulang hadiah istimewa motosikal Harley Davidson dan kereta Honda City.

Perlawananan edisi ke-18 yang diadakan pada 24 Ogos di Stadium Shah Alam itu turut menawarkan hadiah penginapan tiga hari dua malam di Hotel Mar-riott Kota Kinabalu, Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pe-ngelola dan Pelaksana Piala Sul-tan Selangor 2019, Tan Sri Abd Karim Shaikh Munisar berkata, hadiah istimewa terbabit boleh dimenangi dalam acara cabu-tan bertuah yang akan diadakan pada perlawanan itu.

“Dengan tiket berharga RM10 sahaja anda berpeluang meme-nangi hadiah istimewa dan menik-mati perlawanan dua musuh utama bola sepak Selangor dan Singapura.

“Istimewanya kejohanan ini, ia satu kejohanan ala karnival kera-

na anda bukan sahaja dapat me-nonton perlawanan bola sepak tetapi juga ada persembahan ar-tis antaranya Datuk Jamal Abdil-lah, pertunjukan laser dan bunga api serta persembahan istimewa pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tiket Piala Sultan Selangor 2019 Kepada Kelab Penyokong di SACC Mall di sini, pada 27 Julai lalu.

Pada majlis itu dianggarkan ki-ra-kira 15,000 tiket diperuntukan kepada kelab-kelab penyokong di seluruh Selangor.

Selain kelab penyokong, Ya-yasan Islam Darul Ehsan turut me- nerima 500 tiket untuk diserah-kan kepada organisasi anak yatim di Selangor.

Menyentuh peluang Selangor pada edisi kali ini, Abd Karim berkata, beliau yakin Selangor mampu mengekalkan tiga ke-juaraan yang dimenangi pada edisi lepas iaitu Piala Utama, Piala Veteran dan Piala Caba-ran Sekolah Singapura-Selangor

Hadiah lumayan Piala Sultan Selangor

Peluang menang Harley Davidson, Honda City

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karni-val Sukan Badan Berkanun (SU-KANUN) 2019 apabila berjaya mengumpul 102 mata.

Kejohanan dilangsungkan di Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 19 hingga 26 Julai itu turut menyaksi-kan satu lagi wakil Lembah Klang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul naib juara.

Walaupun MBPJ dan DBKL berkongsi jumlah mata sama namun MBPJ diisytiharkan pe-menang keseluruhan berdasar-kan pungutan pingat.

MBPJ memungut lima emas dan tiga perak berbanding DBKL dua emas, tiga perak serta tiga gangsa.

Pada kejohanan kali ke-11 itu turut menyaksikan Lembaga Ha-sil Dalam Negeri meraih tempat ketiga dengan 90 mata dan diiku-ti rapat satu lagi kontinjen Lem-

Bawah 16 Tahun.Terdahulu, SACC Mall digegar-

kan dengan deruman lebih 20 motosikal Harley Davidson yang memeriahkan majlis.

MBPJ muncul juara SUKANUN ����

bah Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam di tempat keempat dengan 89 mata.

Manakala UiTM berada di tem-pat kelima (84 mata) diikuti tem-pat keenam, Majlis Perbandaran Subang Jaya (79) dan ketujuh, Majlis Perbandaran Klang (63).

Kejohanan dwi tahunan itu disertai 5,175 atlet bersama 739 pegawai yang mewakili 63 kon-tinjen badan berkanun seluruh

negara.Kejohanan kali ini memper-

tandingkan sebanyak 23 acara antaranya bola sepak sembilan sebelah, sepak takraw, bola ja-ring dan badminton.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib Kanselor UiTM (Jaringan Industri, Komu-niti Alumni dan Keusahawanan), Profesor Datuk Dr Rahmat Moha-mad.

Hala tuju Hafizh Syahrin selepas dua perlumbaanKUALA LUMPUR - Teka-teki ber-hubung pasukan mana bakal di-sertai pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mung-kin diketahui selepas beliau menamatkan dua perlumbaan iaitu masing-masing di Repub-lik Czech hujung minggu ini dan Austria, pada 9 hingga 11 Ogos.

Hafizh Syahrin menegaskan beliau mahu memberi tumpuan kepada dua perlumbaan berke-naan selepas berehat panjang selama tiga minggu, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung statusnya bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3.

“Buat masa sekarang, tidak boleh lagi saya katakan apa-apa sebab saya perlu beri masa sedikit kepada diri saya dan juga penaja kerana saya masih dalam perbincangan.

“Mungkin dalam dua per-lumbaan terdekat ini akan dapat tahu apa keputusan saya, di mana saya pergi,” ka-tanya kepada pemberita selepas pelancaran FIM En-durance World Championship (EWC) and FIA World Touring Car Cup (WTCR), 30 Julai lalu.

Masa depan Hafizh men-jadi tanda tanya apabila pasu- kannya, Red Bull KTM Tech 3, mengikat kontrak dengan pe-lumba dari Afrika Selatan Brad Binder, untuk menggantikan pelumba berusia 25 tahun itu pada akan datang.

Sementara itu, Hafizh Syah-rin berharap pasukannya da-pat melakukan sedikit peruba-han terhadap jentera yang digunakannya menjelang aksi di Republik Czech dan Austria.

“Saya harapkan pakej yang lebih baik untuk jentera saya, kerjasama dari segi ‘turning’ untuk ‘cornerkan’ jentera saya, buat masa sekarang ini agak sukar untuk saya ada ‘feeling’ dengan motor untuk ‘braking’ dan ‘corner’,” katanya.

Hafizh Syahrin yang terkenal dengan jolokan ‘El Pescao’ (little fish) sebelum ini pernah berge-lut dengan masalah jentera yang memberi kesan terhadap prestasinya di perlumbaan per-tama kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Sirkit Antaranbangsa Losail, Qa-tar pada Mac lalu. - BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI