ypasm.myypasm.my/document-ypasm/borang-permohonan-pela… · web viewpelajar dan guru yang terpilih...

8
STUDENTS ON ICE: ARCTIC EDUCATIONAL EXPEDITION 2020 BORANG PERMOHONAN PELAJAR PENAJA

Upload: others

Post on 06-Aug-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ypasm.myypasm.my/document-YPASM/Borang-Permohonan-Pela… · Web viewPelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais

STUDENTS ON ICE: ARCTIC EDUCATIONAL EXPEDITION 2020BORANG PERMOHONAN PELAJAR

Students On Ice

DISOKONG OLEH

PENAJA

Page 2: ypasm.myypasm.my/document-YPASM/Borang-Permohonan-Pela… · Web viewPelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais

Students on Ice (SOI) adalah pemenang anugerah global dalam program pendidikan. Sejak tahun 1999, SOI telah membawa lebih daripada 2500 pelajar, saintis, pendidik, orang awam, artis, pemuzik dan pemimpin dari 52 negara di seluruh dunia menyertai ekspedisi pendidikan di wilayah Artik dan Antartika.

Melalui program Students on Ice: Arctic Educational Expedition 2020 ini, pelajar Tingkatan 4 dan guru-guru dari negeri Terengganu berpeluang untuk mewakili negara mengikuti ekspedisi pendidikan ke wilayah Artik pada tahun 2020. Program ini ialah satu program antarabangsa yang telah dijalankan oleh YPASM sejak 2015 dengan kerjasama Students On Ice Foundation yang berpusat di Canada. 2 pelajar dan 1 orang guru yang terpilih akan bersama-sama lebih 100 orang pelajar antarabangsa dan petugas dari pelbagai negara mengikuti ekspedisi pelayaran Artik selama 15 hari ini. Para petugas akan diwakili oleh saintis, pelukis, pemuzik, ahli sejarah, komuniti tempatan Artik atau Antartika dan ahli dari pelbagai bidang.

Bermula dari proses pemilihan sehinggalah ke eskpedisi nanti, pelajar dan guru akan didedahkan kepada maklumat tentang hubungkait wilayah Polar dan tropika yang akan merangkumi elemen kefahaman asas pelajar tentang pengunaan sumber secara lestari, memahami dan meramal perubahan ekosistem bumi di samping mencari persediaan untuk penyelesaian kepada impak kesan ekonomi dan sosial melalui projek inovasi atau komuniti bertemakan teknologi hijau.

Pelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais dan kesan kepada flora, fauna, ekonomi, politik dan sosial penduduk di wilayah Polar.

Program ini secara keseluruhannya akan dapat menyentuh dan meningkatkan kefahaman peserta yang terlibat dalam pelbagai isu global dan tempatan melalui satu program utama. Antara isu yang terlibat:

i. Perubahan Iklim;

ii. Pencemaran ;

iii. Pengunaan Sumber Secara Lestari;

iv. Kitar Semula dan Teknologi Hijau;

v. Perubahan Ekosistem Bumi;

vi. dan pelbagai disiplin sains yang lain.

Page 3: ypasm.myypasm.my/document-YPASM/Borang-Permohonan-Pela… · Web viewPelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais

MAKLUMAT EKSPEDISI & PENAJAAN

Arctic Educational Expedition, 5 Julai - 20 Julai 2020Pembiayaan ini meliputi kos keseluruhan ekspedisi bermula dari Kuala Lumpur termasuk semua penginapan, makanan dan termasuk kos perjalanan anda dari Terengganu ke Ottawa dan perjalanan pulang selepas tempoh ekspedisi.

Pembiayaan ekspedisi ini akan dibiayai oleh YPASM melalui sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu. Melalui penajaan ini, YPASM dapat menyediakan peluang kepada dua orang pelajar dan seorang guru dari Negeri Terengganu untuk menyertai program Students on Ice: Arctic Educational Expedition 2020.

LATAR BELAKANG YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN (YPASM)

Penubuhan Yayasan penyelidikan Antartika Sultan Mizan telah diluluskan oleh Kabinet pada 6 Jun 2012. Pada 18 Julai 2012, YPASM telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Company Limited by Guarantee di bawah Akta Syarikat 1965.

Penubuhan YPASM sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dilancarkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu pada 19 Julai 2012 di Kuala Terengganu. Sejak 2018, YPASM telah di bernaung di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Visi YPASM adalah untuk memastikan pemuliharaan Kawasan kutub, terutamanya benua Antartika, untuk promosi penyelidikan dan pemuliharaan, dan mempromosikan penyelidikan dengan kerjasama antara negara untuk kesejahteraan global. Misi YPASM adalah untuk menggalakkan kerjasama nasional dan antarabangsa dalam penyelidikan, dan merangka dasar pemuliharaan untuk Kawasan kutub, terutamanya Antartika.

KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR

Terbuka kepada guru-guru dan pelajar tingkatan 4 negeri Terengganu Warganegara Malaysia, tinggal dan belajar di Malaysia. Pelajar berumur 16 tahun (Tingkatan 4). Keutamaan akan diberikan kepada pelajar

Sains. Pelajar mesti memahami bahawa ini adalah ekspedisi pendidikan dan hendaklah

komited untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam semua aspek program dan membantu apabila diperlukan.

Pengetahuan tentang isu-isu semasa perubahan iklim dan kaitannya dengan Malaysia

Kualiti kepimpinan dan mampu mengutarakan pendapat dan pandangan secara matang. Mempunyai ciri-ciri Duta Kecil Malaysia.

Kebolehan berbahasa dan menulis bahasa Inggeris dengan baik Menunjukkan azam yang kuat untuk melaksanakan perubahan. (Pelajar dan Guru

yang terpilih akan dilibatkan dalam pelbagai aktiviti pasca ekspedisi untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang isu perubahan iklim.

Page 4: ypasm.myypasm.my/document-YPASM/Borang-Permohonan-Pela… · Web viewPelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais

PROSES PEMILIHAN

Sila pastikan anda memenuhi semua kriteria kelayakan dan membaca semua arahan dengan teliti.

Pastikan anda melengkapkan setiap bahagian berikut:

i. Maklumat calon ii. Maklumat Sokongan (Penulisan Esei)

Pihak YPASM ingin Menggalakkan sekolah untuk menghantar lebih penyertaan untuk sesisaringan di peringkat awal.

Untuk tujuan ini, pihak YPASM telah menyediakan insentif seperti berikut:

Bil Kategori Hadiah1 Sekolah yang menghantar penyertaaan terbanyak RM 500.002 Tempat Pertama Esei Terbaik RM 100.003 Tempat Kedua Esei Terbaik RM 70.004 Tempat Ketiga Esei Terbaik RM 50.00

Borang permohonan dan surat rujukan yang lengkap hendaklah di hantar melalui e-mel sebelum atau pada 17 Mac 2020.

E-mail: [email protected]

Untuk makluman, setiap peserta dinasihatkan untuk menghantar borang permohonan dan esei sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini boleh diajukan ditalian 03-2691 0651.

Permohonan yang berjaya akan di panggil untuk sesi temuduga berkumpulan

Peserta yang berjaya dalam sesi temuduga berkumpulan akan di panggil untuk menghadiri Polar Science-Climate Change Camp yang di anjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Polar Science-Climate Change Camp ini akan diadakan di Kuala Terengganu.

Students On Ice: Arctic Educational Expedition 5-20 Julai 2020

Program Pasca Ekspedisi

Page 5: ypasm.myypasm.my/document-YPASM/Borang-Permohonan-Pela… · Web viewPelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais

Bahagian A: Maklumat Peribadi Nama: Lelaki

Perempuan

Tarikh Lahir Hari Bulan Tahun Kewarganegaraan

:

Alamat:

Bandar: Negeri:

Poskod: Negara:

No. Telefon :

Email (Sila tulis dengan jelas):

Saiz Baju (Unisex): S M L XL XXL

Bahagian B: Maklumat hubungan ibu bapa/penjagaHubungan dengan pemohon:

Nama:

Alamat:

Bandar: Negeri:

Poskod: Negara:

No. Telefon :

Email (Sila tulis dengan jelas):

YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZANBORANG PERMOHONAN PELAJAR

Students On Ice Arctic Educational Expedition 2020 5-20 Julai 2020

Tarikh Tutup Permohonan: 17 Mac 2020

Page 6: ypasm.myypasm.my/document-YPASM/Borang-Permohonan-Pela… · Web viewPelajar dan guru yang terpilih akan berpeluang menyaksikan sendiri kesan perubahan iklim kepada pencairan ais

Bahagian D: Maklumat lanjut tentang anda250 patah perkataan bagi setiap soalan.

1. Dalam dokumen yang berasingan, Sila jawab soalan berikut berbentuk esei:

2. 1. Mengapa anda ingin menyertai Students on Ice expedition?

3. 2. Mengapa Artik begitu penting kepada dunia?

4. 3. Apakah hubungan yang boleh dikaitkan antara Artik dan Malaysia?

5. 4. Sebagai pelajar apakah yang anda boleh lakukan untuk mempengaruhi komuniti setempat untuk melindungi

wilayah artik?

Thank you for your interest in Students on Ice Expeditions! Good Luck!

Bahagian C: PendidikanPada masa permohonan, anda sedang mendaftar di Tingkatan:

Sekolah: Alamat:

Bandar: Negeri:

Poskod: Negara:

Nama untuk dihubungi (Guru/Pengetua):

No. Telefon: Fax Sekolah:

Email:

Senarai semak permohonan – Adakah anda mempunyai segala yang diperlukan ?

Sila pastikan permohonan anda termasuk seperti berikut:

Borang permohonan yang lengkap Dokumen berasingan dengan jawapan kepada soalan dalam Bahagian D

Sila emelkan permohonan anda ke pejabat YPASM menggunakan butiran yang disediakan. Kami akan menyemak permohonan anda dan memaklumkan status penyertaan anda.

Tandatangan Pemohon : ___________________________________Tarikh: __________________________