zulaikha artikel

15
1 Kaedah Read It! CUViTS It! Talk It! (RCT) untuk Membantu Murid Menyelesaikan Masalah Berayat Bagi Topik Penambahan dan Penolakan Tahun 4 SITI ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah RCT dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Di samping itu, ia juga dilaksanakan untuk mengkaji sejauh manakah kaedah ini dapat menarik minat murid terhadap matematik. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid tahun 4 di sebuah sekolah di Jerantut. Kaedah RCT merupakan satu model penyelesaian masalah tiga fasa iaitu Read it! CUViTS it! dan Talk it! yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Model penyelesaian masalah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota panduan. Kaedah ini telah dilaksanakan selama empat minggu. Cara pengumpulan data yang digunakan termasuklah ujian pra dan pasca, lembaran kerja, pemerhatian, temu bual, sola selidik, dan jurnal. Data terkumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data mendapati bahawa murid dapat menyelesaikan masalah berayat dengan baik setelah menggunakan kaedah RCT. Malahan, murid-murid juga lebih berminat untuk belajar matematik. Melalui kajian ini, saya telah meningkatkan amalan dan nilai profesional saya sebagai seorang guru matematik Kata kunci: kajian tindakan, penyelesaian masalah berayat, nota panduan PENGENALAN Penyelesaian masalah adalah elemen yang amat penting dalam kurikulum matematik. Hal ini disokong oleh pernyataan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), iaitu penyelesaian masalah adalah kemahiran matematik yang terpenting yang boleh dipertingkatkan dalam kalangan pelajar matematik. Sebagai kemahiran yang paling penting, penyelesaian masalah dibina berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang lalu atau kemahiran matematik yang lain yang kurang kompleks dalam kehidupan. Oleh yang demikian, adalah perlu memastikan kemahiran seperti pengiraan, pengukuran dan komunikasi akan berkembang dalam kalangan pelajar kerana kemahiran-kemahiran tersebut menjadi asas kepada kemahiran penyelesaian masalah. Namun begitu, para guru mendapati bahawa murid-murid sentiasa bergelut dengan soalan penyelesaian masalah berayat. Weber (1966) ada menulis mengenai kesukaran yang dialami oleh para murid dan guru tentang penyelesaian masalah berayat dan melabelkannya sebagai “demon problem. Cummins (1988) pula menyatakan bahawa murid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah adalah kerana mereka gagal untuk mengenalpasti kehendak soalan dan memahami masalah dalam konteksnya. Keadaan ini terjadi ekoran beberapa faktor seperti tidak mempunyai kemahiran mengira dan juga kurang kemahiran linguistik. Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat dalam kalangan murid, para guru hendaklah mengasah kemahiran matematik dan kemahiran membaca murid (Chamot & O‟Malley, 1994). Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai teknik untuk mengajar penyelesaian masalah. Antaranya adalah penggunaan Model Polya, dan juga Newman’s Error. Para guru juga boleh melayari internet untuk melihat kajian-kajian yang telah dijalankan oleh guru di luar negara mengenai kaedah untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru juga boleh menjalankan kajian sendiri bagi memperbaiki amalan pengajaran guru dalam penyelesaian masalah.

Upload: zenith08

Post on 21-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

penyelesaian masalah

TRANSCRIPT

Page 1: Zulaikha Artikel

1

Kaedah Read It! CUViTS It! Talk It! (RCT) untuk Membantu Murid Menyelesaikan

Masalah Berayat Bagi Topik Penambahan dan Penolakan Tahun 4

SITI ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah

RCT dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Di samping itu,

ia juga dilaksanakan untuk mengkaji sejauh manakah kaedah ini dapat menarik

minat murid terhadap matematik. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang

murid tahun 4 di sebuah sekolah di Jerantut. Kaedah RCT merupakan satu

model penyelesaian masalah tiga fasa iaitu Read it! CUViTS it! dan Talk it!

yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Model

penyelesaian masalah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota panduan.

Kaedah ini telah dilaksanakan selama empat minggu. Cara pengumpulan data

yang digunakan termasuklah ujian pra dan pasca, lembaran kerja,

pemerhatian, temu bual, sola selidik, dan jurnal. Data terkumpul dianalisis

secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data mendapati bahawa murid

dapat menyelesaikan masalah berayat dengan baik setelah menggunakan

kaedah RCT. Malahan, murid-murid juga lebih berminat untuk belajar

matematik. Melalui kajian ini, saya telah meningkatkan amalan dan nilai

profesional saya sebagai seorang guru matematik

Kata kunci: kajian tindakan, penyelesaian masalah berayat, nota panduan

PENGENALAN

Penyelesaian masalah adalah elemen yang amat penting dalam kurikulum

matematik. Hal ini disokong oleh pernyataan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Matematik Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), iaitu penyelesaian masalah

adalah kemahiran matematik yang terpenting yang boleh dipertingkatkan dalam kalangan

pelajar matematik. Sebagai kemahiran yang paling penting, penyelesaian masalah dibina

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang lalu atau kemahiran matematik yang lain

yang kurang kompleks dalam kehidupan. Oleh yang demikian, adalah perlu memastikan

kemahiran seperti pengiraan, pengukuran dan komunikasi akan berkembang dalam kalangan

pelajar kerana kemahiran-kemahiran tersebut menjadi asas kepada kemahiran penyelesaian

masalah.

Namun begitu, para guru mendapati bahawa murid-murid sentiasa bergelut dengan

soalan penyelesaian masalah berayat. Weber (1966) ada menulis mengenai kesukaran yang

dialami oleh para murid dan guru tentang penyelesaian masalah berayat dan melabelkannya

sebagai “demon problem”. Cummins (1988) pula menyatakan bahawa murid menghadapi

kesukaran untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah adalah kerana mereka gagal

untuk mengenalpasti kehendak soalan dan memahami masalah dalam konteksnya. Keadaan

ini terjadi ekoran beberapa faktor seperti tidak mempunyai kemahiran mengira dan juga

kurang kemahiran linguistik.

Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat dalam

kalangan murid, para guru hendaklah mengasah kemahiran matematik dan kemahiran

membaca murid (Chamot & O‟Malley, 1994). Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai teknik

untuk mengajar penyelesaian masalah. Antaranya adalah penggunaan Model Polya, dan juga

Newman’s Error. Para guru juga boleh melayari internet untuk melihat kajian-kajian yang

telah dijalankan oleh guru di luar negara mengenai kaedah untuk menyelesaikan masalah.

Guru-guru juga boleh menjalankan kajian sendiri bagi memperbaiki amalan pengajaran guru

dalam penyelesaian masalah.

Page 2: Zulaikha Artikel

2

ISU KEPRIHATINAN

Isu kajian saya adalah murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah matematik

berayat dengan baik. Hal ini sekaligus menjadikan mereka tidak minat terhadap matematik.

Saya memilih isu ini kerana saya telah menilai kembali pengalaman pengajaran dan

pembelajaran saya sepanjang menjalani praktikum selama tiga fasa dan mendapati murid-

murid di tiga buah sekolah ini menghadapi satu masalah yang sama iaitu tidak dapat

menyelesaikan masalah matematik berayat dengan baik.

Antara masalah yang biasa dihadapi adalah mereka tidak dapat mengeluarkan

maklumat-maklumat yang terdapat di dalam masalah berayat tersebut. Mereka juga tidak

dapat mengesan operasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kajian Mohammad Seifi, Majid Haghverdi, dan Fatemeh Azizmohamadi (2012)

mendapati bahawa 45 daripada 88 orang guru (51%) guru melaporkan masalah yang biasa

dialami adalah murid tidak memahami masalah. Seramai 27 orang guru (31%) dan 9 orang

guru (10%) bersetuju bahawa masalah yang juga biasa dialami adalah melibatkan murid

tidak dapat merancang untuk menyelesaikan masalah dan kurang pengetahuan vokabulari.

Hal ini mengakibatkan mereka menjadi putus asa untuk menjawab soalan penyelesaian

masalah berayat sekaligus menyebabkan mereka hilang minat pada matematik.

Sebelum ini, saya hanya menggunakan model polya untuk mengajar penyelesaian

masalah dan murid masih tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah dengan baik.

Maka saya telah mengambil keputusan untuk menghasilkan satu kaedah iaitu ‘Kaedah RCT’

bagi membantu murid saya untuk menyelesaikan masalah matematik berayat di samping

meningkatkan minat mereka terhadap matematik.

PERSOALAN KAJIAN

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan bagi mencapai objektif kajian

iaitu:

(i) Sejauh manakah kaedah RCT dapat membantu murid menyelesaikan

masalah matematik berayat.

(ii) Sejauh manakah kaedah RCT dapat menarik minat murid terhadap

matematik.

PESERTA KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian tindakan ini di sebuah sekolah kebangsaan yang

terletak di Bandar Jerantut.Jumlah peserta kajian adalah tujuh orang yang terdiri daripada

empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Mereka adalah dari satu kelas yang terakhir

iaitu kelas 4Mercury. Saya telah melaksanakan ujian saringan awal yang mengandungi 10

soalan penyelesaian masalah untuk memilih peserta kajian. Tujuh orang murid yang dipilih

adalah yang mendapat markah terendah dalam ujian saringan tersebut.

TINDAKAN

Kaedah Read It! CUViTS It! Talk It! (RCT) merupakan satu kaedah yang telah

direka oleh saya untuk membantu murid menyelesaikan masalah matematik berayat dengan

cara bertulis dan juga melalui komunikasi. Kaedah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota

panduan. Murid akan diberikan nota panduan setiap kali menjawab soalan penyelesaian

masalah. Murid akan membuat jalan penyelesaian mengikut langkah yang telah disenaraikan

dalam nota panduan RCT. Saya memfokuskan kepada penyelesaian masalah yang

melibatkan topik penambahan dan penolakan untuk murid Tahun 4. Terdapat tiga fasa

utama dalam kaedah ini.

Fasa yang pertama ialah Fasa Read It!. Read It! bermaksud baca ia!. Pada fasa ini,

murid akan diberi satu soalan penyelesaian masalah matematik berayat. Saya memilih untuk

menggunakan kemahiran membaca dalam kaedah saya kerana saya mahu murid betul-betul

Page 3: Zulaikha Artikel

3

memahami kehendak soalan sebelum masuk ke fasa seterusnya. Menurut Atan Long(1987),

membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang–lambang itu semula kepada bunyi

bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Fasa yang kedua adalah CUViTS It!. Di dalam fasa ini, murid diperkenalkan dengan

lima langkah untuk menyelesaikan soalan masalah matematik berayat iaitu CUViTS.

Langkah yang pertama adalah C iaitu Circle (Bulatkan). Murid akan membulatkan

maklumat-maklumat yang dirasakan penting yang terlibat di dalam masalah berayat yang

diberi. Langkah yang kedua adalah U iaitu Underlined (Gariskan). Pada langkah ini, murid

akan menggariskan kehendak soalan.

Seterusnya, langkah yang ketiga adalah Vi iaitu Visualisation (Visualisasi). Semasa

langkah ini, murid akan menggambarkan maklumat-maklumat yang telah dibulatkan ke

dalam bentuk visual, seperti jadual, carta pai, lukisan dan sebagainya mengikut kesesuaian

soalan. Rasional saya memilih langkah ini adalah kerana dengan menggunakan visual,

maklumat-maklumat akan disusun dengan lebih teratur sekaligus meminimakan

kemungkinan berlaku kesilapan dalam penyelesaian. Kanak-kanak juga didapati dapat

menyelesaikan masalah berayat dengan lebih baik apabila menggunakan rajah (Yancey,V. et

al,1989; Driscoll, 1979; Riedesel 1969). Pada langkah ini juga, murid akan menentukan

operasi yang akan digunakan bagi menyelesaikan soalan ini.

Langkah yang keempat adalah T iaitu Transform (Mengubah). Dalam langkah ini,

murid akan mengubah maklumat ke dalam bentuk lazim. Langkah yang terakhir adalah S

iaitu Solve (Selesaikan). Murid akan menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah

berayat pada langkah ini.

Setelah murid menyelesaikan masalah tersebut, maka murid akan masuk pada fasa

yang ketiga iaitu Talk It!. Fasa Talk It! juga boleh dilaksanakan semasa murid menyelesaikan

masalah berayat. Pada fasa ini, murid akan diminta menceritakan langkah penyelesaian

secara lisan secara satu persatu. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan lagi kefahaman

murid. Pada fasa ini, akan berlaku soal jawab bersama guru untuk memastikan murid-murid

benar-benar memahami jalan penyelesaian. Bersesuaian dengan pendapat Ismail Zain

(2001), prestasi yang ditunjukkan melalui kemahiran berkomunikasi dapat membuktikan

aras pemikiran, keyakinan diri, serta aras komitmen dapat dinilai dengan lebih tepat. Jadual 1

menunjukkan penerangan beserta contoh penggunaan kaedah RCT.

Jadual 1

Penerangan kaedah RCT berserta contoh.

Langkah Penerangan Contoh

Read It!

(Baca ia!)

Baca soalan

dengan teliti, dan

cuba fahami

soalan.

CUViTS It!

(CUViTS Ia!)

Gunakan lima

langkah CUViTS.

Page 4: Zulaikha Artikel

4

Circle

Bulat

Bulatkan

maklumat yang

penting.

-168 orang budak

lelaki

-245 orang murid

perempuan

-25 orang sakit

Underline

Garis

Gariskan

kehendak soalan.

-Berapakah

jumlah murid-

murid di sekolah?

Visualisation

Gambarkan

Gambarkan

maklumat

mengikut

kreativiti.

Transform

Mengubah

Ubah maklumat

menjadi bentuk

lazim.

Solve

Selesai

Selesaikan soalan.

Page 5: Zulaikha Artikel

5

PELAKSANAAN TINDAKAN

Seperti yang dirancang oleh saya, segala tindakan dijalankan mengikut turutan. Sesi

PdP dijalankan sekali seminggu. Setiap perjumpaan mengambil masa 60 minit. Pada 15

minit yang pertama, saya akan memberi penerangan mengenai penggunaan kaedah RCT.

Seterusnya, murid akan diberi masa selama 35 minit untuk membuat lembaran kerja. Akhir

sekali, murid menulis jurnal tentang apa yang mereka lalui dalam PdP hari tersebut. Proses

pengajaran setiap minggu adalah sama. Jadual 2 menunjukkan turutan aktiviti yang

dilaksanakan setiap minggu.

Jadual 2

Turutan aktiviti yang dilaksanakan setiap minggu.

AKTIVITI AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN MASA

1

Penerangan/pengulangan penggunaan kaedah

RCT, menunjukkan contoh penggunaan kaedah

RCT

15 minit

2 Lembaran kerja mingguan 35 minit

3 Penulisan jurnal mingguan 10 minit

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Ujian pra dan ujian pasca

Ujian pra bertujuan untuk mendapatkan data untuk mengetahui tahap kemahiran murid

dalam kemahiran penyelesaian masalah berayat. Manakala ujian pasca pula bertujuan untuk

melihat hasil tahap prestasi murid dalam kemahiran penyelesaian masalah berayat sama ada

meningkat ataupun tidak selepas menjalani intevensi. Jumlah bilangan soalan adalah

sebanyak 10 soalan melibatkan topik penambahan dan penolakan bagi setiap ujian. Setiap

ujian ditadbirkan selama 60 minit.

Lembaran kerja

Kaedah pengutipan data yang kedua adalah melalui lembaran kerja. Lembaran kerja

yang diberikan melibatkan topik penambahan dan penolakan tahun 4. Jalan penyelesaian

yang baik mengikut lima langkah CUViTS dan jawapan yang betul merupakan aspek yang

akan dinilai menerusi latihan ini. Terdapat empat soalan dalam setiap lembaran kerja.

Lembaran kerja ditadbirkan seminggu sekali dalam masa 35minit semasa sesi pengajaran.

Temu bual

Talk It!

Ceritakan ia!

*boleh juga

dilaksanakan

semasa

menyelesaikan

masalah

berayat.

Ceritakan kepada

rakan jalan

penyelesaian.

Page 6: Zulaikha Artikel

6

Temu bual digunakan untuk mengetahui sejauh manakah kaedah RCT dapat menarik

minat murid terhadap matematik. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid. Soalan

yang digunakan adalah separa berstruktur. Bilangan soalan adalah tidak terhad. Temu bual

dilaksanakan setiap kali selepas sesi intervensi.

Soal selidik

Soal selidik merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk memperoleh data

yang diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui sejauh mana kaedah RCT dapat

menarik minat mereka untuk belajar matematik. Bentuk soalan dalam soal selidik ini adalah

menggunakan soalan tertutup iaitu menggunakan dua pilihan Ya/Tidak. Soal selidik

ditadbirkan sebelum dan selepas intervensi.

Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk mengamati tingkah laku murid sama ada mereka

berminat atau tidak terhadap matematik setelah mempelajari kaedah RCT. Selain itu,

pemerhatian juga dilakukan untuk melihat cara murid menyelesaikan masalah berayat

dengan menggunakan kaedah RCT. Pemerhatian digunakan secara tidak berstruktur.

Pemerhatian dilaksanakan oleh saya dan dilaksanakan pada setiap kali sesi pengajaran dan

pembelajaran. Hasil pemerhatian dicatatkan di atas borang nota pemerhatian.

Jurnal

Menerusi kaedah ini, saya akan dapat mengetahui sejauhmana kaedah RCT dapat

menarik minat mereka untuk belajar Matematik. Jurnal yang disediakan mempunyai soalan-

soalan yang dapat membimbing murid untuk menulis jurnal mereka. Murid akan menulis

perasaan selepas setiap sesi dijalankan. Murid diberi masa selama 10 minit untuk menulis

jurnal.

ANALISIS DATA

Ujian pra dan ujian pasca

Bagi kaedah ujian pra dan ujian pasca, data dianalisis dengan menggunakan dua kaedah

iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikutip melalui peratusan jawapan

yang betul. Jadual dan graf digunakan untuk mempersembahkan data yang diperoleh.

Manakala data kualitatif dapat dilihat melalui perbezaan jawapan murid semasa ujian pra dan

ujian pasca.

Lembaran kerja

Bagi data yang diperoleh daripada lembaran kerja mingguan, markah murid dianalisis

dengan melakukan pengiraan min mengikut minggu. Perbandingan min markah bagi setiap

minggu dilakukan untuk melihat sama ada berlakunya peningkatan ataupun penurunan dari

segi penguasaan murid terhadap topik penyelesaian masalah. Data juga dianalisis secara

kualitatif iaitu melalui langkah penyelesaian yang ditunjukkan oleh murid.

Soal selidik

Bagi kaedah soal selidik, saya menganalisis data berdasarkan skala. Soal selidik ini

mempunyai dua pilihan iaitu Ya atau Tidak, Saya mengira secara gundalan bilangan murid

yang menanda Ya atau Tidak. Seterusnya, saya kirakan kekerapan yang ditunjukkan dalam

kotak-kotak itu dalam bentuk peratusan (%). Akhir sekali, saya mengira min kesemua item

untuk menentukan sejauh manakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid terhadap

matematik.

Pemerhatian, temu bual, jurnal

Bagi ketiga-tiga kaedah ini, saya saya menggunakan kaedah pengekodan untuk

membuat analisis. Pertama sekali, saya baca keseluruhan data bagi mendapatkan gambaran

yang menyeluruh tentang apa yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya, saya baca sekali

Page 7: Zulaikha Artikel

7

lagi dan kemudian gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu. Saya

membaca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan tumpuan kepada aspek-aspek

yang digariskan seperti bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek yang

digariskan itu. Kemudian, saya menyemak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu

gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama agar menjadi beberapa

kategori tertentu, dan akhir sekali saya menggabung tema dan kategori yang terdapat dan

membuat kesimpulan.

DAPATAN KAJIAN

Penguasaan murid dalam topik penyelesaian masalah

Hasil dapatan menunjukkan berlakunya peningkatan markah bagi setiap murid

daripada ujian pra kepada ujian pasca. Perbezaan markah min meningkat sebanyak 39%. Ini

menunjukkan berlakunya peningkatan kemahiran menyelesai masalah berayat dalam

kalangan murid. Jadual 3 menunjukkan perbandingan tahap pencapaian murid bagi ujian pra

dan ujian pasca.

Jadual 3

Perbandingan Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Nama Ujian pra

(%)

Ujian pasca

(%)

Perbezaan

(%)

Afnan 60 80 20

Aiman 60 90 30

Fareez 50 80 30

Wardah 40 80 40

Husaini 30 80 50

Putri 30 70 40

Ruzaimi 20 80 60

Min (%) 41 80 39

Selain daripada itu, ujian pra dan ujian pasca juga dianalisis secara kualitatif. Rajah 1

menunjukkan perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Aiman.

Ujian pra

Ujian pasca

Rajah 1: Perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Aiman.

Seperti yang kita lihat di dalam rajah 1, sewaktu ujian pra, terdapat kecuaian dalam

pengiraan Aiman. Berbeza dengan ujian pasca, jawapan yang diberikan oleh Aiman lebih

Page 8: Zulaikha Artikel

8

teratur. Maklumat juga disalin dengan betul dan kemas. Langkah kaedah RCT yang diikuti

Aiman menjadikan jalan pengiraannya lebih teratur sekaligus mengelakkan berlakunya

kecuaian. Rajah 2 menunjukkan perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Husaini.

Ujian pra

Ujian pasca

Rajah 2: Perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Husaini.

Dalam rajah 2, kesilapan yang dilakukan oleh Husaini sewaktu menjawab ujian pra

adalah dia tertinggal satu maklumat penting. Dia tidak menambah ketiga-tiga nombor yang

terdapat di dalam soalan. Namun begitu, Husaini telah berjaya menebus kesilapannya.

Maklumat-maklumat yang penting dibulatkan terlebih dahulu, serta digambarkan dalam

bentuk lukisan bagi mengelakkan berlakunya kecuaian. Husaini berjaya menyelesaikan

masalah berayat matematik dengan menggunakan kaedah RCT.

Selain itu, saya juga menganalisis lembaran kerja untuk mengetahui adakah kaedah

RCT dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Jadual 4 menunjukkan

perbandingan markah latihan mingguan.

Jadual 4

Perbandingan markah latihan mingguan

Nama Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Markah (%) Markah (%) Markah (%) Markah (%)

Afnan 50 75 75 100

Aiman 50 75 75 100

Fareez 75 75 100 100

Wardah 100 100 100 100

Husaini 75 75 100 100

Putri 75 100 100 100

Ruzaimi 25 50 75 100

Min 64.28 78.57 89.29 100

Jadual 6 menunjukkan perbandingan markah lembaran kerja selama empat minggu.

Saya mendapati bahawa semua murid menunjukkan peningkatan markah. Pada minggu

pertama, markah murid masih lagi berada dalam fasa lemah. Masih terdapat seorang murid

mendapat markah bawah 50% iaitu Ruzaimi. Afnan dan Fareez mendapat 50%. Husaini dan

Putri pula mendapat 75%. Hanya seorang murid berjaya mendapat 100% dalam lembaran

kerja yang diberi iaitu Wardah.

Page 9: Zulaikha Artikel

9

Pada minggu kedua, murid-murid mula menunjukkan peningkatan, tetapi masih lagi

berada pada tahap sederhana. Tiada murid mendapat markah bawah 50%. Ruzaimi mencatat

markah terendah iaitu 50%. Manakala, Afnan, Fareez, Aiman, dan Husaini mendapat markah

75%. Pada minggu ini, terdapat dua orang murid mendapat markah 100% iaitu Putri dan

Wardah.

Pada minggu ketiga, peningkatan markah masih lagi berlaku. Ruzaimi menunjukkan

prestasi yang baik. Dia mendapat 75% markah, manakala Aiman dan Afnan mengekalkan

markah seperti minggu lepas iaitu 75%. Seramai empat orang mendapat 100% markah pada

minggu ini. Pada minggu keempat, semua murid menunjukkan prestasi yang sangat

cemerlang. Buat pertama kalinya, ketujuh-tujuh mereka mendapat 100% dalam lembaran

kerja.

Hasil analisis markah, saya mendapati bahawa Ruzaimi menunjukkan peningkatan

yang paling memberangsangkan. Setiap minggu, markahnya akan meningkat. Ini

menunjukkan bahawa dia sentiasa belajar dan memperbaik pulih kemahiran menyelesaikan

masalahnya. Wardah pula berjaya mengekalkan prestasinya yang cemerlang setiap minggu.

Murid-murid lain juga menunjukkan peningkatan markah dari minggu ke minggu. Min

keseluruhan juga meningkat dari minggu ke minggu. Hasil kerja murid turut dianalisis untuk

melihat perubahan. Jadual 5 menunjukkan analisis hasil kerja murid.

Jadual 5

Analisis hasil kerja murid

Minggu Hasil kerja Catatan

1

C-Tidak membulatkan

maklumat penting.

U-Kehendak soalan digaris.

Vi-Gambaran tidak mengikut

maklumat yang dikehendaki.

T-Tidak semua maklumat

ditukar ke dalam bentuk

lazim.

S-Jawapan akhir salah.

2

C-Semua maklumat

dibulatkan.

U-Kehendak soalan digaris.

Vi-Gambaran tepat mengikut

maklumat.

T-Berlaku kecuaian semasa

proses pengiraan.

S-Jawapan akhir salah.

3

C-Maklumat penting

dibulatkan.

U-Kehendak soalan digaris.

Vi-Gambaran tepat.

T-Maklumat dipindahkan

dalam bentuk lazim dengan

betul.

S-Jawapan akhir tepat

Page 10: Zulaikha Artikel

10

4

C-Maklumat penting

dibulatkan.

U-Kehendak soalan digaris.

Vi-Gambaran tepat.

T-Maklumat dipindahkan

dalam bentuk lazim dengan

betul.

S-Jawapan akhir tepat

Saya menilai langkah penyelesaian murid dengan menggunakan lima langkah

CUViTS. Pada minggu pertama, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh Ruzaimi.

Dia tidak mengikut lima langkah CUViTS dengan baik. Pada minggu dua, terdapat sedikit

perubahan cara menjawab masalah berayat Ruzaimi. Dia mengikut kelima-lima langkah

CUViTS dengan baik, namun berlaku sedikit kecuaian dalam proses pengiraan semasa di

langkah T mengakibatkan jawapannya salah.Pada minggu ketiga dan keempat, Ruzaimi

menunjukkan peningkatan. Dia telah mengikut kelima-kelima langkah CUViTS dengan baik.

Malahan dia mendapat jawapan dengan betul. Jalan pengiraannya semakin teratur dan

kemas. Mutu lukisan Ruzaimi juga semakin baik.

Di samping itu, saya juga ada membuat pemerhatian mengenai teknik murid

menyelesaikan masalah. Saya mendapati bahawa kaedah RCT dapat membantu murid

menyelesaikan masalah dengan lebih teratur. Murid mengikut lima langkah CUViTS dengan

baik, dan memperoleh jawapan yang betul. Rajah 3 menunjukkan jalan penyelesaian dengan

menggunakan kaedah RCT.

Rajah 3: Hasil kerja murid menggunakan kaedah RCT

Murid juga menjadi lebih yakin untuk menceritakan kepada kawan-kawan mengenai

jalan penyelesaian mereka. Rajah 4 menunjukkan transkrip pembentangan fasa Talk It! oleh

Afnan.

Rajah 4: Transkrip pembentangan fasa Talk It! oleh Afnan.

Mula-mula saya baca soalan. Kemudian, saya menggunakan lima langkah

CUViTS. Lepastu saya bulatkan benda yang penting. (Sambil

menunjukkan maklumat yang dibulat). Kemudian, saya garis.. garis

kehen... kehendak soalan. Kemudian, saya lukis gambar ikan. Saya

membuat bentuk lazim. Saya membuat soalan tersebut. Kemudian, saya

menceritakan kepada kawan-kawan.

Page 11: Zulaikha Artikel

11

Berdasarkan analisis ketiga-tiga data tersebut, saya dapat rumuskan bahawa kaedah

RCT dapat membantu murid menyelesaikan malah berayat matematik. Malahan, murid juga

menjadi semakin yakin untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa matematik.

Aspek minat murid terhadap matematik

Sesi temu bual dilaksanakan selepas kaedah RCT diperkenalkan kepada murid-murid.

Temu bual ini berfokus kepada minat murid terhadap matematik selepas mempelajari kaedah

tersebut. Saya mendapati murid lebih bersemangat untuk belajar matematik. Malahan, murid

juga meminta saya memberi latihan yang banyak untuk disiapkan. Rajah 5 menunjukkan

transkrip perbualan bersama Fareez.

Rajah 5: Transkrip temu bual bersama Fareez.

Saya juga mendapati murid-murid gemar hadir ke kelas matematik. Malahan, seorang

murid telah meminta saya mengadakan kelas matematik kerana seronok mempelajari kaedah

baru. Rajah 6 menunjukkan transkrip perbualan antara saya dengan Wardah.

Rajah 6: Transkrip temu bual bersama Wardah.

Saya juga menjalankan soal selidik bagi mengetahui sejauh manakah kaedah RCT dapat

meningkatkan minat murid terhadap matematik. Jadual 6 menunjukkan keputusan soal

selidik murid sebelum dan selepas intervensi.

Jadual 6

Dapatan soal selidik terhadap item-item yang menunjukkan minat murid-murid.

Bil Perkara Sebelum Selepas

Ya Tidak Ya Tidak

1 Saya meminati matapelajaran

Matematik

3

(43%)

4

(57%)

7

(100%)

-

3 Saya rasa seronok untuk belajar

matematik.

3

(43%)

4

(57%)

7

(100%)

-

4 Kaedah baru meningkatkan minat

saya untuk belajar matematik

3

(43%)

4

(57%)

7

(100%)

-

5 Saya sentiasa membuat latihan

matematik

-

7

(100%)

7

(100%)

-

6 Saya akan hadir jika guru

mengadakan kelas matematik.

2

(29%)

5

(71%)

7

(100%)

-

31.6% 68.4% 100% -

Guru : Macam mana kelas matematik sekarang?

Fareez : Seronok, saya rasa semangat nak belajar matematik.

Guru : Sebab apa tu?

Fareez : Sebab sekarang saya boleh jawab soalan ayat-ayat guna RCT. Cikgu

bagilah latihan banyak-banyak. Saya nak jawab guna kipas RCT.

Wardah : Cikgu, buatlah kelas matematik lagi. Seronok.

Guru : Eh, kenapa?

Wardah : Sebab saya suka matematik, matematik senang. Kaedah RCT

ajar buat matematik jadi senang.

Page 12: Zulaikha Artikel

12

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, saya mendapati sebelum menjalani

intervensi, seramai tiga orang murid (43%) menyatakan bahawa mereka meminati

matematik, tetapi setelah menjalani intervensi, ketujuh-tujuh orang murid (100%)

mengatakan bahawa mereka meminati matematik. Selain itu, kesemua mereka (tujuh orang

murid, 100%) bersetuju bahawa mereka seronok belajar matematik setelah mempelajari

kaedah RCT. Malahan, kesemua mereka (tujuh orang murid, 100%) bersetuju bahawa

kaedah baru lebih meningkatkan minat mereka untuk belajar matematik berbanding tiga

orang murid (43%) pada awal kajian.

Sebelum melaksanakan intervensi, hasil dapatan menunjukkan bahawa tiada murid

sentiasa membuat latihan matematik, kesemua murid (100%) bersetuju mereka sentiasa

membuat latihan matematik. Ketujuh-tujuh murid (100%) juga menyatakan kesanggupan

untuk menghadiri kelas matematik setelah menjalani intervensi berbanding hanya dua orang

murid (29%) sebelum menjalani intervensi. Secara kuantitatif, minat murid terhadap

matematik telah meningkat sebanyak 68.4%.

Saya juga menganalisis jurnal dan pemerhatian untuk melihat sejauh manakah kaedah

RCT dapat menarik minat murid terhadap matematik. Berdasarkan pemerhatian saya, saya

mendapati bahawa murid-murid saya lebih bersemangat untuk belajar dalam kelas

matematik. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas,

seperti contoh membentangkan jalan penyelesaian di hadapan kelas. Rajah 7 dan 8

menunjukkan nota pemerhatian yang telah dicatat oleh saya.

Rajah 7: Nota pemerhatian 2.

Rajah 8: Nota pemerhatian 2.

Selain daripada itu, murid-murid juga gemar membuat latihan matematik semasa di

dalam kelas. Malahan mereka berlumba-lumba dengan rakan-rakan untuk menyiapkan

latihan yang diberikan. Rajah 9 menunjukkan nota pemerhatian yang dicatat oleh saya.

Rajah 9: Nota pemerhatian 3.

Semasa menjalani intervensi, saya mendapati bahawa telah berlaku satu perubahan

yang positif kepada murid-murid. Mereka menjadi teruja untuk hadir ke kelas matematik

kerana suka pada kaedah RCT. Mereka dapat menjawab semua soalan dengan betul

sekaligus menyebabkan mereka mula meminati matematik. Rajah 10 dan 11 menunjukkan

nota pemerhatian yang dicatat oleh saya.

Rajah 10: Nota pemerhatian 3.

Husaini dan Fareez berebut-rebut untuk membentangkan hasil kerja masing-

masing.

NP 2 16 Julai 2014

Terdapat perubahan dalam cara pembentangan Afnan, dia kelihatan lebih

yakin.

NP 2 16 Julai 2014

Aiman dan Husaini berlumba-lumba untuk menyiapkan soalan yang

diberikan. Afnan yang sudah siap membantu rakannya menjawab soalan.

NP 3 23 Julai 2014

Apabila waktu sudah tamat, saya meminta mereka bersurai. Namun mereka

merayu kepada saya untuk melanjutkan kelas kerana mereka rasa seronok

untuk belajar. NP 3 23 Julai 2014

Page 13: Zulaikha Artikel

13

Rajah 11: Nota pemerhatian 1.

Catatan jurnal murid juga menunjukkan berlakunya perubahan yang positif terhadap

minat murid dalam matematik. Murid menjadi lebih bersemangat untuk belajar, dan celik

matematik. Rajah 12 menunjukkan catatan jurnal Wardah.

Rajah 12: Catatan jurnal Wardah minggu keempat

Catatan Putri dalam rajah 13 pula menunjukkan bahawa dia menganggap matematik

senang. Hal ini ekoran kaedah RCT yang telah dipelajari sedikit sebanyak mengubah

persepsi Putri terhadap matematik.

Rajah 13: Catatan jurnal Putri minggu keempat

Berdasarkan analisis data tersebut, saya dapat rumuskan bahawa kaedah RCT dapat

membantu murid meningkatkan minat terhadap matematik. Murid-murid lebih bersemangat

untuk belajar dalam kelas matematik. Sifat ingin tahu mereka terserlah. Oleh itu, rumusan

yang boleh disimpulkan adalah, terdapat tiga aspek utama yang menunjukkan mereka minat

terhadap matematik iaitu a) murid lebih bersemangat untuk belajar dalam kelas matematik,

b) murid suka membuat latihan matematik, dan c) murid gemar hadir ke kelas matematik.

RUMUSAN DAPATAN

Berdasarkan hasil analisis dan interpretasi data, saya dapat rumuskan bahawa kaedah

RCT telah berjaya membantu murid menyelesaikan masalah matematik berayat. Saya telah

menggunakan tiga kaedah pengutipan data iaitu ujian pra dan ujian pasca, lembaran kerja,

dan pemerhatian. Berdasarkan hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca, terdapat peningkatan

markah murid sebelum dan selepas menjalani intervensi. Lembaran kerja juga turut

dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Markah murid meningkat dalam setiap lembaran

kerja minggu ke minggu. Kualiti jalan penyelesaian juga semakin baik dari minggu ke

minggu.

Selain daripada itu, kaedah RCT juga telah menjadikan murid lebih berkeyakinan

untuk menjawab soalan penyelesaian masalah di samping membantu murid menyelesaikan

masalah berayat dengan lebih teratur dan kemas. Murid-murid juga menjadi lebih yakin

untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa matematik selepas mempelajari kaedah

RCT.

Kajian tindakan ini juga dapat menjawab soalan saya yang kedua iaitu adakah

kaedah RCT dapat menarik minat murid terhadap matematik. Saya telah menggunakan

empat kaedah untuk mengutip data bagi menjawab soalan ini. Apa yang dapat saya

simpulkan adalah kaedah RCT telah dapat menarik minat murid terhadap matematik. Tiga

Setelah selesai kelas, seorang murid menghampiri saya dan bertanya bilakah

kelas yang seterusnya akan dijalankan dengan nada yang gembira. Dia

kelihatan tidak sabar untuk menghadiri kelas seterusnya.

NP 1 9 Julai 2014

Saya berasa sangat gembira sebab matematik senang untuk saya. Cikgu

Zulaikha ajar kaedah yang mudah.

Jurnal (Putri Minggu ke-4)

Saya suka kaedah ini kerana senang, boleh melukis, boleh membaca, boleh bulat

nombor, saya jadi suka kepada matematik. Saya sangka matematik hanyalah

mengira sahaja.

Jurnal (Wardah minggu ke-4)

Page 14: Zulaikha Artikel

14

aspek utama yang dapat saya lihat yang menunjukkan bahawa minat murid meningkat

terhadap matematik adalah a) murid lebih bersemangat untuk belajar dalam kelas matematik,

b) murid suka membuat latihan matematik, dan c) murid gemar hadir ke kelas matematik.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya mendapati bahawa kaedah RCT berjaya membantu murid menyelesaikan masalah

berayat matematik. Namun begitu, satu kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah terdapat

satu langkah dalam kaedah RCT yang menjadikan murid mengambil masa yang lama untuk

menyelesaikan masalah berayat. Langkah tersebut adalah langkah Vi iaitu Visualisasi.

Mereka lebih menumpukan terhadap mutu lukisan mereka berbanding mahu menyelesaikan

masalah.

Saya mencadangkan untuk menerapkan penggunaan kaedah Think Aloud untuk

menggantikan langkah Visualisasi. Menurut Whimbey (1999), Think Aloud adalah strategi di

mana murid melafazkan dengan kuat pemikiran, keputusan, analisis, dan kesimpulan semasa

menyelesaikan masalah berayat. Beers (2003) pula mengatakan bahawa Think Aloud dapat

membantu murid berfikir apa yang dikehendaki oleh soalan.

Penggunaan langkah Think Aloud dapat menjimatkan masa. Malahan, ianya juga dapat

melatih minda murid untuk berfikir dan mencipta strategi baru untuk menyelesaikan

masalah di samping masih lagi dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam matematik

murid. Penggunaan kaedah Think Aloud sudah menjadi perkara biasa di luar negara. Jadi,

saya ingin memperkenalkan kaedah ini terhadap murid di Malaysia untuk melihat

keberkesanan kaedah ini.

Kaedah RCT tiga fasa masih lagi dikekalkan, cuma sewaktu fasa CUViTS, langkah yang

ketiga, iaitu visualisasi, saya akan menukar langkah itu dengan mengunakan kaedah Think

Aloud. Murid tidak perlu melukis gambar lagi. Mereka hanya perlu membayangkan di dalam

minda dan memikirkan strategi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah berayat.

Selain itu, satu kelemahan lagi yang telah saya kesan adalah terdapat kemungkinan

murid lupa tentang setiap langkah yang perlu di ambil untuk menyelesaikan masalah berayat,

kerana sebelum ini, mereka sentiasa merujuk pada nota panduan.

Sebagai cadangan kajian seterusnya, saya bercadang untuk membina kata kunci yang

melibatkan kaedah RCT. Murid akan dapat menghafal kata kunci bagi setiap langkah tanpa

perlu merujuk nota panduan. Penggunaan kata kunci atau nama sebenarnya adalah teknik

mnemonik sangat popular dalam dunia pendidikan. Antara kelebihan teknik ini adalah dapat

membantu mengingati fakta–fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan,

mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang

maksima. Jadual 7 menunjukkan contoh penggunaan teknik mnemonik dalam langkah RCT

dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jadual 7

Contoh penggunaan teknik mnemonik dalam langkah RCT dalam bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris.

Kaedah Kata kunci Kaedah Kata kunci

Baca Bakri Read Ryan

Bulat Buncit Circle Can

Garis Ganti Underline Use

Gambar Gambar Visualisation Van

Tukar Tuah Transform Trumph

Selesai Sebar Solve See

Cerita Cerita Talk Triumph

Page 15: Zulaikha Artikel

15

REFLEKSI AKHIR

Kekuatan yang pertama adalah saya telah berjaya melatih pemikiran saya untuk menjadi

lebih kritis dan kreatif. Sebelum ini, saya sentiasa merasakan bahawa saya bukanlah seorang

yang kreatif. Apabila melihat senior-senior membentangkan kajian tindakan mereka, saya

berasa sangat kagum. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka memperoleh idea yang

sedemikian untuk menghasilkan pelbagai kaedah menarik bagi membantu murid. Saya tidak

pernah menjangka bahawa saya juga akan menghasilkan kaedah yang menarik setanding

dengan mereka. Kajian tindakan ini telah menolak saya keluar dari zon selesa saya dan

memikirkan idea-idea yang kritis dan kreatif untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Hasilnya, wujudlah kaedah RCT.

Kekuatan yang kedua adalah saya telah berjaya membaiki mutu pengajaran saya. Semasa

praktikum, masalah utama yang saya sentiasa alami adalah tidak tahu cara untuk mengajar

murid menyelesaikan masalah berayat. Saya telah mendapat satu idea untuk membina

kaedah yang mana murid akan nampak dengan jelas apa yang sedang mereka lakukan.

Langkah-langkah yang terdapat dalam kaedah RCT telah membantu murid untuk melihat

soalan penyelesaian masalah dengan pandangan baru. Minda mereka tidak lagi terkongkong

hanya dengan bergantung kepada model polya semata-mata. Kini, mereka mempunyai

variasi kaedah untuk dicuba semasa menyelesaikan masalah berayat. Saya juga tidak

mengalami masalah lagi untuk mengajar menyelesaikan masalah berayat kepada murid-

murid.

Kesimpulannya, terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan hasil

daripada melaksanakan tugasan ini. Kekuatan-kekuatan yang diperolehi akan saya

perkukuhkan lagi supaya menjadi lebih mantap, manakala kelemahan-kelemahan yang telah

disedari akan saya jadikan sempadan dan membuat penambahbaikan supaya teknik

pengajaran saya menjadi lebih baik sekaligus melunaskan impian saya dalam menjadi guru

yang cemerlang.

SENARAI RUJUKAN

Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beers, Kylene, (2003). When Kids Can’t Read, What Teachers Can Do, A Guide for

Teachers 6-12. Portsmouth, NH.: Heinemann.

Chamot, A. U., & O'Malley, J. M. (1994). Kids come in all languages: Reading instruction

for ESL students. Newark, DE: International Reading Association.

Cummins. D., Kintsch. D., Reusser. K and Weimer. R. (1988). The role of understanding in

solving word problems. Cognitive Psychology, 20, 439-462.

Dr.Ismail Zain. (2001) Kemahiran interpersonal di kalangan pelajar. Utusan Malaysia, 10-11

Mohammad Seifil., Majid Haghverdi and Fatemeh Azizmohamadi. (2012). Recognition of

Students’ Difficulties in Solving Mathematical Word Problems from the Viewpoint of

Teachers. Word Problem Difficulties, 2923-2926.

Weber. M. G. (1966). The demon of arithmetic reading word problems. Reading on reading

instruction, 314-318.

Whimbey, Arthur & Lochhead, Jack (1999). Problem Solving and Comprehension.

Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Yancey, Anna V et al.(1989)"Children Must Learn to Draw Diagrams." Arithmetic Teacher

36(7), 15-19.