artikel fresilla

13
PENGGUNAAN BUKU SKRAP DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KERJA MURID TAHUN 3 FRESILLA BINTI MAGIAL Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 8 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau [email protected] ENCIK MAZLAN BIN NGAH ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan buku skrap dalam meningkatkan penguasaan kata kerja murid tahun 3. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti minat murid dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 11 orang murid dari tahun 3 Dinamik yang memperoleh markah terendah bagi ujian aspek tatabahasa, kata kerja yang lalu. Data dikumpulkan melalui praujian, pascaujian, lembaran kerja murid, senarai semak pemerhatian dan temu bual bersama Guru Bahasa Malaysia Tahun 3 Dinamik. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus, gred dan min. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 7 orang kumpulan sasaran yang mendapat gred A dalam pascaujian yang telah dilakukan selepas 8 sesi intervensi dijalankan. Purata peningkatan markah, iaitu perbandingan markah praujian dan pascaujian adalah sebanyak 25.2%. Manakala murid juga menunjukkan purata min 4.25 bagi minat dalam pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan buku skrap sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan dalam aspek tatabahasa, kata kerja. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa murid-murid amat berminat untuk menggunakan buku skrap sebagai bahan bantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Implikasinya guru-guru boleh menggunakan buku skrap dalam pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa, kata kerja. Kata kunci: penggunaan, buku skrap, kata kerja, minat, penguasaan 1

Upload: fresilla-magial

Post on 20-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN BUKU SKRAP DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KERJA MURID TAHUN 3

FRESILLA BINTI MAGIALPelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 8Institut Pendidikan Guru Kampus [email protected] MAZLAN BIN NGAH

ABSTRAK

2

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan buku skrap dalam meningkatkan penguasaan kata kerja murid tahun 3. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti minat murid dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 11 orang murid dari tahun 3 Dinamik yang memperoleh markah terendah bagi ujian aspek tatabahasa, kata kerja yang lalu. Data dikumpulkan melalui praujian, pascaujian, lembaran kerja murid, senarai semak pemerhatian dan temu bual bersama Guru Bahasa Malaysia Tahun 3 Dinamik. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus, gred dan min. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 7 orang kumpulan sasaran yang mendapat gred A dalam pascaujian yang telah dilakukan selepas 8 sesi intervensi dijalankan. Purata peningkatan markah, iaitu perbandingan markah praujian dan pascaujian adalah sebanyak 25.2%. Manakala murid juga menunjukkan purata min 4.25 bagi minat dalam pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan buku skrap sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan dalam aspek tatabahasa, kata kerja. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa murid-murid amat berminat untuk menggunakan buku skrap sebagai bahan bantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Implikasinya guru-guru boleh menggunakan buku skrap dalam pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa, kata kerja. Kata kunci: penggunaan, buku skrap, kata kerja, minat, penguasaan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDalam Standard kandungan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terdapat lima kemahiran utama iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Semasa pengkaji mengajar aspek tatabahasa iaitu kata kerja terhadap murid tahun 3 Dinamik, pengkaji mendapati terdapat banyak kesalahan penggunaan kata kerja dalam binaan ayat mereka. Perkara ini menyebabkan pengkaji sukar untuk mengajar murid khususnya dalam binaan ayat. Malahan, perkara yang merisaukan pengkaji lagi apabila hampir kesemua murid masih tidak mengetahui maksud kata kerja apatah lagi untuk memberi contoh kata kerja yang sesuai. Ini menjadi lebih jelas apabila guru mengajukan soalan tentang maksud kata kerja, tidak ada seorang murid pun yang dapat menjelaskannya. Antara respon yang diterima oleh pengkaji termasuklah apa itu cikgu?, kami tidak tau. Seharusnya murid-murid ini sudah mengetahui serba sedikit tentang aspek kata kerja, namun dalam senario ini, murid masih kurang jelas dan menyebabkan murid tidak dapat memberikan contoh kata kerja dengan betul. Berikut merupakan salah satu contoh kesalahan penggunaan kata kerja dalam lembaran kerja murid: Jadual 1: Kesalahan Penggunaan Kata KerjaKesalahan penggunaan kata kerjaPenggunaan kata kerja yang betul

Pemandu bas mini itu membawa dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para penumpang. Pemandu bas mini itu memandu dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para penumpang.

Jadual 1 merupakan kesalahan penggunaan kata kerja murid dalam soalan aneka jawapan. Antara pilihan jawapan yang telah disediakan termasuklah membawa, memandu, mengangkut dan menunggang. Berdasarkan konteks ayat tersebut, kata kerja yang paling sesuai ialah memandu. Ini disebabkan bagi kenderaan yang mempunyai roda dan digerakkan oleh enjin (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010) haruslah menggunakan kata kerja memandu. Ini bermakna kata kerja membawa tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks ayat tersebut. Sejajar dengan masalah murid ini, pengkaji telah menjadikan aspek penguasaan kata kerja sebagai fokus dalam kajian tindakan pengkaji. Melalui pemerhatian pengkaji, murid-murid tahun 3 Dinamik amat tertarik dengan aktiviti seperti melekatkan gambar, menyusun puzzle serta melukis. Minat murid ini adalah selari dengan pendapat Noriati et al., (2009). Melalui penggolongan gaya pembelajaran yang telah dijelaskan oleh mereka, murid-murid tahun 3 ini dapat digolongkan dalam kumpulan murid visual. Ini kerana sepanjang pengalaman pengkaji dalam pengajaran murid tahun 3, mereka lebih mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Justeru, pengkaji mendapat inspirasi daripada pendapat Noriati et al., (2009) mengenai aktiviti yang sesuai bagi murid-murid visual ini. Lantaran pengkaji telah membuat keputusan untuk memilih penggunaan buku skrap sebagai medium bagi pengajaran dan pembelajaran aspek kata kerja. Ini sejajar dengan pendapat Ismail (2001) yang mengatakan bahawa buku skrap merupakan buku yang mengandungi catatan ringkas, lukisan dan koleksi gambar. Kajian ini harus dijalankan bagi membantu murid mengurangkan kesalahan penggunaan kata kerja seterusnya memperbaiki kemahiran membina ayat mereka.

FOKUS MASALAHMasalah utama dalam kajian ini adalah kurangnya penguasaan murid dalam aspek tatabahasa, dikhususkan untuk penguasaan kata kerja. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah mengenal pasti kesan penggunaan buku skrap dalam membantu meningkatkan penguasaan murid bagi aspek tatabahasa kata kerja. Selain itu, pengkaji juga akan mengenal pasti minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran kata kerja melalui penggunaan buku skrap. Pengkaji berharap murid-murid dapat menggunakan buku skrap ini sepenuhnya untuk pengajaran aspek tatabahasa kata kerja. Pengkaji telah melakukan analisis masalah melalui lembaran kerja murid-murid tahun 3 yang berkaitan dengan latihan kata kerja dan mendapati bahawa penggunaan kata kerja murid masih berada dalam tahap yang lemah. Salah satu punca penguasaan kata kerja yang lemah dalam kalangan murid adalah dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Ini dapat dibuktikan semasa pengkaji memberikan latihan kata kerja kepada murid-murid. Pengkaji telah memberikan gambar ransangan seekor anjing yang sedang menyalak. Pengkaji meminta murid untuk membina ayat berdasarkan gambar rangsangan tersebut. Setelah pengkaji menyemak salah satu hasil kerja murid, murid tersebut telah menulis ayat seperti ini, iaitu Anjing itu menusik. Dalam bahasa ibunda murid tersebut, perkataan menusik bermaksud menyalak. Namun, disebabkan pengaruh bahasa ibunda, murid tersebut cenderung untuk menggunakan kata kerja yang digunakan dalam bahasa ibundanya. Berikut merupakan contoh penggunaan kata kerja yang tidak sesuai di dalam ayat:

Rajah 2 : Kesalahan Penggunaan Kata Kerja dalam AyatMalahan, pengkaji juga mendapati murid sukar untuk memilih kata kerja yang paling sesuai dalam konteks ayat yang diberikan. Berikut merupakan contoh kesalahan penggunaan kata kerja yang dilakukan oleh murid:

Rajah 3: Contoh Kesalahan Pemilihan Kata Kerja yang Sesuai Mengikut Konteks AyatManakala dalam Rajah 3 pula, jawapan yang paling sesuai bagi ayat tersebut ialah mengucapkan, namun begitu murid tersebut telah memilih jawapan menaiki dan jawapan ini sudah tentu tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Selaras dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 ini, pengkaji telah memilih penggunaan buku skrap bagi membantu murid meningkatkan penguasaan dalam pengunaan kata kerja. Dengan adanya penggunaan buku skrap sebagai medium untuk menyimpan maklumat-maklumat berkaitan kata kerja, diharapkan murid lebih memahami dan dapat meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam penggunaan kata kerja. OBJEKTIF KAJIANKajian ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif berikut:1. Mengenal pasti kesan penggunaan buku skrap dalam penguasaan kata kerja murid tahun 3. 2. Mengenal pasti adakah penggunaan buku skrap dapat meningkatkan minat murid dalam penguasaan kata kerja. KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran dalam kajian ini hanya kepada populasi murid-murid tahun 3 Dinamik Sekolah Kebangsaan Liau, Keningau seperti yang telah dinyatakan dalam jadual yang berikut:Jadual 2: Kumpulan Sasaran dalam Kajian TindakanBilangan2 (Perempuan), 9 (Lelaki)

Tahap pencapaian Sederhana dan lemah (30% - 60%)

SosioekonomiSederhana (petani, penoreh getah, penjual kecil-kecilan)

Bangsa Dusun, Murut, Sino

Kelas3 Dinamik

Jumlah Keseluruhan11

Dalam kajian ini, pengkaji sendiri juga terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peranan pengkaji dalam kajian ini adalah sebagai guru yang akan memberi latihan, arahan, bimbingan dan menyediakan bahan bantu belajar yang diperlukan sepanjang aktiviti sesi intervensi yang dijalankan. PELAKSANAAN TINDAKANSatu model kajian tindakan yang telah dipilih sebagai panduan penyelidikan tindakan ini. ialah model kajian Stephen Kemmis dan Robbin MC Taggart tahun 1988 dalam Cohen et al., (2007). Model ini menerajui empat fasa utama iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Perancangan TindakanTindakan dimulakan dengan fasa merancang, fasa bertindak, fasa memerhati dan fasa mereflek. Berikut merupakan rajah yang menunjukkan perancangan tindakan yang telah dijalankan:Penambahbaikan/ ubahsuai Refleksi AwalMengenal pasti masalah murid: Lemah dalam penguasaan kata kerjaMereflek gaya pengajaran yang diminati murid-murid: Murid aktif dan minat dengan bahan visualMerancangBertindak Penggunaan buku skrap: 8 kali sesi intervensi dijalankanMemerhati Refleksi Ada peningkatanTiada peningkatanDiteruskan

Rajah 4: Carta Alir Pelaksanaan TindakanInstrumen KajianTerdapat lima instrument utama yang telah digunakan sebagai langkah untuk mencapai objektif kajian ini. Instrumen tersebut terdiri daripada lembaran kerja murid, praujian, pascaujian, senarai semak pemerhatian dan temu bual bersama guru bahasa Malaysia tahun 3 Dinamik. Jadual 3: Instrumen Kajian dan Cara Analisis DataInstrumen Aspek Cara analisis data

PraujianMengenal pasti Pencapaian murid Peratus/ gred

Lembaran kerja murid Mengenal pasti pencapaian dan minatGred

PascaujianMengenal pasti keberkesanan rawatanPeratus / gred

Pemerhatian dan senarai semakMengenal pasti minat muridKekerapan/ min

Temu bual bersama guru bahasa Malaysia tahun 3Mengenal pasti minat muridTemu bual bertema

Kesan penggunaan buku skrap dalam meningkatkan penguasaan kata kerja murid diukur menggunakan peratus mengikut jadual berikut:Jadual 4: Peratus dan Gred Tahap Pencapaian MuridPeratus %GredTahap Pencapaian

100-80ASangat baik

60-79BBaik

40-59CSederhana

20-39DLemah

0-19ESangat lemah

TTidak hadir

Sumber: Lembaga Peperiksaan Awam (Gred Peperiksaan Awam), (2010)Tahap minat murid dalam borang senarai semak akan diukur menggunakan min mengikut jadual yang ditentukan oleh Jamil Ahmad (2002). Jadual 5: Jadual Penentu Tahap Minat MuridSkorTahap

1.00-2.33Rendah

2.34-3.66Sederhana

3.67-5.00Tinggi

Sumber: Jamil (2002)DAPATAN KAJIANSoalan Kajian 1: Apakah kesan penggunaan buku skrap dalam penguasaan kata kerja murid tahun 3?Berikut merupakan graf perbandingan praujian dan pascaujian murid:

Rajah 5: Perbandingan Markah (%) Praujian dan PascaujianBerdasarkan Rajah 5, didapati murid D menunjukkan perubahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 37% (47% 84%). Manakala peningkatan terendah dalam Rajah 5 adalah daripada murid K iaitu 16% (51% 67%). Markah pascaujian. Murid A, Murid C, Murid E, menunjukkan perubahan peratus sebanyak 20%. Manakala Peratus peningkatan bagi Murid B dan Murid J adalah sebanyak 24%, Murid I memperoleh peratus peningkatan sebanyak 26%, Murid G sebanyak 27% diikuti oleh Murid H sebanyak 31% dan Murid F sebanyak 32%. Penggunaan buku skrap ini amat sesuai untuk digunakan sebagai medium pengajaran bagi murid D yang mempunyai sifat introvert. Carl Jung (1933) dan J. Eysencek (1967) seperti yang terdapat dalam Mohd Sharani dan Zainal (2005) telah menyatakan dua jenis teori personaliti iaitu teori introvert dan ekstrovert. Kanak-kanak yang digolongkan dalam kumpulan introvert mempunyai personaliti suka membaca ataupun membuat kerja sendirian, suka merancang dengan teratur demi kepentingan masa depan dan lain-lain ciri. Murid D mempunyai sifat introvert yang suka membuat kerja sendirian. Murid D sangat fokus semasa aktiviti melengkapkan buku skrap. Oleh itu, melalui teori ini, gaya pembelajaran yang lebih bersifat individu dan kreatif merupakan gaya pembelajaran yang mudah diterima oleh murid tersebut seterusnya membantu murid itu untuk fokus dalam penguasaan kata kerja. Sifat Murid D ini pula bertentangan dengan sifat Murid K yang menunjukkan peratus peningkatan paling rendah iaitu hanya sebanyak 16%. Murid K merupakan murid yang bersifat ekstrovert iaitu sentiasa aktif dan suka bergembira, mempunyai mental-emosi yang stabil, dan lain-lain. Pencapaian yang ditunjukkan dalam setiap lembaran kerja amat memberansangkan. Namun begitu semasa pascaujian dijalankan, sifat ekstrovert murid ini telah menyebabkan murid tersebut terganggu semasa menjawab soalan. Akibat suka bercerita dengan rakan, murid K kurang fokus dan lambat menyiapkan pascaujian yang diberi. Bagi mengukuhkan dapatan kajian ini, pengkaji juga telah merekodkan pencapaian gred yang diperoleh oleh murid-murid dalam lembaran kerja mereka yang terdapat dalam buku skrap mereka masing-masing.Berikut merupakan data gred pencapaian murid-murid melalui aktiviti melengkapkan buku skrap mereka:Jadual 6: Gred Pencapaian Murid Semasa IntervensiMurid ABCDEFGHIJK

Jumlah GredA42242853438

B44526035450

C02120000000

Berdasarkan Jadual 6, dapat dilihat bahawa Murid D mempunyai keputusan gred pencapaian yang sederhana iaitu empat kali intervensi mendapat gred A, dua kali intervensi mendapat gred B dan dua kali intervensi mendapat C. Manakala Murid K pula menunjukkan keputusan yang konsisten sepanjang lapan kali intervensi dijalankan iaitu lapan kali intervensi mendapat gred A, Walau bagaimanapun, keputusan yang ditunjukkan oleh murid semasa pascaujian kurang memberansangkan kerana mendapat peratus peningkatan yang paling rendah iaitu hanya sebanyak 16%. Secara keseluruhannya, kesemua 11 orang murid kumpulan sasaran telah menunjukkan perubahan yang positif dalam penguasaan kata kerja melalui penggunaan buku skrap.

Kajian 2: Adakah murid berminat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kata kerja semasa penggunaan buku skrap?Borang senarai semak telah digunakan bagi pemerhatian minat murid yang dijalankan sepanjang 8 kali intervensi dengan penggunaan buku skrap. Hasil pemerhatian pengkaji ini juga ditriangulasikan dengan temu bual yang dijalankan bersama guru bahasa Malaysia tahun 3 Dinamik (Guru X).Berikut merupakan jadual bagi taburan data analisis minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap: Jadual 7: Taburan Data Analisis Minat Murid P&P semasa Penggunaan Buku SkrapBilKriteriaKekerapan/skalaMin

12345

1Terlibat secara aktif dalam aktiviti melengkapkan buku skrap 00031574.65

2Menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan 04031534.52

3Bersungguh-sungguh melakukan setiap tugasan yang diberikan 02037494.51

4Menggunakan pelbagai kreativiti dalam buku skrap07060214.08

5Melengkapkan buku skrap mengikut arahan guru0009794.51

6Kerap bertanya tentang pembelajaran yang menggunakan buku skrap 1115120413.74

7Menggunakan buku skrap semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 1113023413.80

Purata Keseluruhan 4.25

Sumber: Senarai semak diadaptasi dan diubahsuai daripada Ahisah (2011)Berdasarkan Jadual 7, min tertinggi adalah daripada kriteria terlibat secara aktif dalam aktiviti melengkapkan buku skrap iaitu sebanyak 4.65. Min tertinggi adalah disebabkan murid-murid amat berminat dengan penggunaan buku skrap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid menjadi lebih aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengurangkan masa bermain dan fokus dengan pembelajaran mereka semasa penggunaan buku skrap. Manakala kriteria yang mempunyai min terendah adalah kriteria kerap bertanya tentang pembelajaran yang menggunakan buku skrap iaitu min sebanyak 3.74. Min terendah ini adalah disebabkan oleh terdapat beberapa orang murid yang agak pendiam dalam kalangan kumpulan sasaran ini. Namun begitu, minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap ini dapat dilihat apabila mereka diberikan tugasan untuk melengkapkan buku skrap mereka. Ini berhubung secara langsung dengan kriteria yang mempunyai min dalam lingkungan 4.08 hingga 4.52 . Kriteria bersungguh-sungguh melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan min 4.15. Manakala kriteria melengkapkan buku skrap mengikut arahan guru juga mempunyai min 4.15. Kriteria menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan mempunyai min 4.52. Kriteria menggunakan pelbagai kreativiti dalam buku skrap mempunyai min 4.08. Kriteria menggunakan buku skrap semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mempunyai min 3.80.Hasil daripada analisis ini, didapati purata min adalah 4.25. Berdasarkan ukuran min mengikut jadual yang ditentukan oleh Jamil (2002), purata min 4.25 terletak pada tahap skor yang tinggi. Ini membuktikan bahawa minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa menggunakan buku skrap amat tinggi dan memuaskan. Malahan dapatan data ini juga disokong oleh temu bual bersama Guru X selaku guru bahasa Malaysia yang mengajar kelas tahun 3. Jadual berikut menunjukkan item dan intipati temu bual bagi mengenal pasti minat murid melalui Guru X:Jadual 8: Senarai Item Soalan yang Digunakan dalam Temu bual Bersama Guru XBilItem soalan

1Pendapat guru tentang minat yang ditunjukkan oleh murid-murid semasa penggunaan buku skrap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

Murid-murid lebih menumpukan perhatian, kurang bermain dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh guru.

2Adakah murid lebih suka membuat latihan kata kerja menggunakan buku skrap?

Murid-murid ini lebih menunjukkan minat yang tinggi dalam membuat latihan kata kerja di dalam buku skrap berbanding latihan biasa mereka.

3Adakah murid seronok semasa belajar kata kerja menggunakan buku skrap?

Murid seronok dengan cara pembelajaran menggunakan buku skrap dan salah satu sebab keseronokan ini adalah murid mempunyai rasa sayang pada buku skrap mereka.

4Adakah murid-murid bosan melengkapkan buku skrap ini?

Murid-murid kumpulan sasaran ini tidak menunjukkan kelakuan yang kebosanan dengan aktiviti melengkapkan buku skrap ini.

5Adakah murid yang mengantuk sepanjang pembelajaran menggunakan buku skrap?

Disebabkan semangat bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh murid, maka dapat menghilangkan perasaan mengantuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber: Item temu bual diadapatasi dan diubahsuai daripada Flora (2012)Tegasnya, buku skrap ini telah dapat menarik minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Min senarai semak pemerhatian dan temubual bersama Guru X ini secara langsung telah membuktikan bahawa penggunaan buku skrap dapat meningkatkan minat murid dalam akiviti pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN Implikasinya, melalui penggunaan buku skrap ini, murid dapat meningkatkan penguasaan dalam aspek tatabahasa, kata kerja. Murid juga semakin menunjukkan minat yang tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun teknik ini telah terbukti keberkesanannya, namun begitu, pengkaji berpendapat untuk melakukan beberapa penambahbaikan pada masa akan datang. Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Oleh itu berdasarkan batasan-batasan ini, berikut merupakan beberapa cadangan bagi kajian lanjutan:1. Kajian lanjutan dicadangkan supaya lebih ramai kumpulan sasaran akan dilibatkan dan juga dijalankan di sekolah yang lain. Selain itu, juga dijalankan kepada murid tahap 2 dan di peringkat sekolah menengah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan menyeronokkan.

2. Justeru, kajian lanjutan dicadangkan supaya, penggunaan buku skrap juga digunakan untuk pengajaran aspek tatabahasa yang lain. Begitu juga dengan mata pelajaran lain yang dapat disesuaikan menggunakan bahan bantu belajar ini.

3. Kajian ini merupakan kajian yang bersifat individualisme. Oleh itu, bagi kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan untuk menggunakan buku skrap ini secara berkumpulan.

4. Dari segi rancangan pelaksanaan pula, murid boleh dilibatkan dengan penggunaan buku skrap digital. Sehubungan itu, pengkaji berharap pada kajian lanjutan, pembaharuan dan penambahbaikan ini akan dapat dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lain agar dapat meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan buku skrap.

RUJUKAN Ahisah Wasli. (2011). Penggunaan teknik Akrostik dalam pengajaran danpembelajaran Sains darjah Lima. Institut Pendidikan Guru KampusKeningau:Tesis Sarjana Muda. Cohen L., Monion L. Morrison K. (2007). Research methods in education (6thedition).Madison Avenue, New York: Taylor & Francis Group. Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Flora Gubin. (2012). Penggunaan Team Games Tournament (TGT) terhadap kebolehanmengenal nombor dalam kalangan murid LINUS. Institut Pendidikan GuruKampus Keningau, Sabah: Tesis Sarjana Muda.Ismail Zain. (2001). 7 Strategi pemantauan pembelajaran untuk ibu bapa. KualaLumpur:Utusan Publications. Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satupenilaian. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Standard Kurikulum SekolahRendah PelajaranBahasa Malaysia Tahun 3. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Gred Peperiksaan Awam. Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon. (2005). Panduan mengurus remajamoden.Kuala Lumpur. PTS Professional. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2009).Murid danalam belajar:Siri pendidikan guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.