wakaf program

6
WAKAF Program Skim Pinjaman Buku Teks SRI Al Furqan Toward Wakafa School 2013

Upload: manny

Post on 19-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

WAKAF Program. Skim Pinjaman Buku Teks SRI Al Furqan Toward Wakafa School 2013. Apa itu Waqaf ?. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: WAKAF Program

WAKAF Program

Skim Pinjaman Buku TeksSRI Al Furqan Toward Wakafa School

2013

Page 2: WAKAF Program

Apa itu Waqaf?• Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. ia merupakan

amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

• Perkataan "WAKAF" berasal daripada bahasa Arab• Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada

menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum.

• WAKAF AM

Wakaf Am merujuk kepada amalan menyerah harta wakaf kepada pihak pentadbir wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Dalam erti kata lain, harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, asaklan ianya sesuai dengan kehendak syarak.

• WAKAF KHAS

Wakaf Khas ialah wakaf yang diasaskan kepada tujuan pewakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Pewakaf akan menyatakan secara spesifik tujuan wakaf itu seperti wakaf khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. Ini bermakna, harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.

Page 3: WAKAF Program

Keutamaan Wakaf • Diantara lain dapat difahami melalui ayat al-Qur'an berikut:

• "Kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" (Surah al-Hajj 22:77)

•"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi" (Surah Al-Imran 3:92)

• "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, lagi melipui pengetahuan-Nya"(Al-Baqarah 2"261)

Page 4: WAKAF Program

Sejarah Wakaf Rasulallah SAW• Perintis amalan wakaf dalam Islam adalah dipraktikkan oleh Baginda Rasullullah S.A.W apabila Baginda membina

masjid Quba' yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf. Amalan wakaf telah hidup subur dan diteruskan oleh para sahabat dan tabiin yang banyak mewakafkan harta untuk kepentingan dan pengembangan syiar Islam ketika itu. Ringkasnya semangat dan keyakinan masyarakat Arab ketika itu terhadap mekanisme wakaf dalam membantu membangunkan syiar Islam amat menggalakkan dan sesetengah kenyataan menyatakan bahawa telah menjadi tradisi masyarakat Arab akan mewakafkan 1/3 hartanya sebelum meninggal dunia.

Al Azhar • Fakta sejarah telah menyatakan bahawa 3/4 daripada keluasan tanah Arab merupakan tanah wakaf. Model

institusi wakaf yang paling berjaya adalah wakaf Al-Azhar di Negara Mesir di mana ianya dikendalikan oleh sebuah kementerian khas yang dinamakan Kementerian Wakaf. Wakaf Al-Azhar dipercayai mempunyai aset yang banyak sehingga ia mampu membiayai pelbagai program untuk pembangunan masyarakat Islam di Mesir seperti sekolah, hospital, universiti dan sebagainya. universiti Al-Azhar adalah satu institusi pendidikan Islam yang dibiayai sepenuhnya melalui sumber wakaf yang mempunyai puluhan ribu pelajar dari seluruh dunia.

Malaysia • Bagi masyarakat Islam di Malaysia amalan wakaf telah lama dipraktikkan dan menjadi sebahagian dari kehidupan

masyarakat Melayu khususnya sebelum kedatangan penjajahan barat. Sebelum tahun 1950-an kebanyakan harta wakaf adalah untuk tujuan pembangunan institusi keagamaan seperti pembinaan surau, masjid, madrasah, kubur dan sekolah agama. Hal-ehwal pengurusannya pula ketika itu ditadbir oleh cerdik pandai Islam dan pemimpin masyarakat seperti imam, ketua kampung, lebai, kiyai dan ulama'. Di Negeri-negeri Utara dan Pantai Timur banyak madrasah dan ma'had tahfiz yang dibina melalui sumber wakaf dan kebanyakan masjid dan surau di kampung-kampung pada masa dahulu adalah dibina di atas tanah yang diwakaf oleh individu.

Page 5: WAKAF Program

WAKAF Stamp Wakaf SRI AL Furqan

Skim Pinjaman Buku Teks Siri no

Tahun Nama Pelajar Kelas T.T Guru Remark

WAKAF disedekah untuk : < pemanafaat jariah > Tahun :

Page 6: WAKAF Program

To be further discuss with committee

• WAKAF Structure & Pro-term Committee• Criteria of receiver • Tagging List • Administrative • Logistic • What Next to be in WAKAF ( Ambitions ) list – WAKAF School ?– WAKAF Building ?– WAKAF Floor and etc