harta wakaf

Upload: santaukura2

Post on 03-Jun-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 harta wakaf

    1/29

    H RT W K F

    ~PELABURANAKHIRAT~

    Nurul Ashikin bt AtanSiti Norfatin Afiqah bt Ismail

    Siti Nurashiqin bt Mohd Rais

  • 8/12/2019 harta wakaf

    2/29

    DEFINISIWAKAF

    Bahasa

    Tahan atau berhenti

    Istilah

    Menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halalbentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikandan mendapat manfaat daripadanya.

    Syara

    Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambilmanfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuankebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepadaAllah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau"hibah" pada zat benda yang diwakafkan itu.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    3/29

    HUKUMWAKAF

    Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam

    dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan

    berdasarkan nas al-Quran dan hadis.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    4/29

    DALILDARIAL-QURAN

    Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya padajalan Allah s.w.t.) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, padatiap-tiap tangkai mengeluarkan, seratus biji, Dan ingatlah bahawa Allah s.w.t. melipatgandakan(ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah s.w.t. maha luas lagi maha mengetahui.(Al-Baqarah 2: 261)

    Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usahakamu yang baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan

    janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikanpemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalaudiberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilahsesungguhnya Allah s.w.t. maha kaya lagi sentiasa terpuji.(Al-Baqarah 2: 267)

    Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkansebahagian harta yang kamu cintai, dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya

    Allah s.w.t. mengetahuinya(Ali Imran 3: 92)

    ..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu(Al-Hasy 59:7)

  • 8/12/2019 harta wakaf

    5/29

    HADISNABI

    Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,apabila matinya seseorang itu maka akan terputuslahamalannya kecuali dalam tiga perkara iaitu sedekah jariahyang dilakukan, ilmu yang telah dimanfaatkan serta doa anak-anak yang soleh ke atasnya

    Daripada Abdullah bin Omar telah berkata : Saidina Omar r.a.mempunyai sebidang tanah di Khaibar, maka dia telah datangkepada nabi s.a.w. meminta kebenaran padanya, lalu berkata: wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya saya telahmendapat sekeping atau sebidang tanah di Khaibar yangmempunyai nilaian yang sangat tinggi (mahal) daripada harta-

    harta yang pernah saya dapat. Jadi apakan nasihat kamuterhadap aku mengenai perkara ini. Lalu baginda s.a.w.menjawab jika engkau suka wakafkanlah harta asalnya itudan engkau sedekahkanlah manfaatnya

  • 8/12/2019 harta wakaf

    6/29

    RUKUNWAKAF

    Pewakaf (al-waqif)

    Harta yang diwakafkan (al-mawquf)

    Penerima manfaat wakaf (al-mawquf alaih) Ijab dan Qabul (al-sighah)

  • 8/12/2019 harta wakaf

    7/29

    SYARATSAHWAKAF

    Hendaklah dibuat secara kekal tanpa had untuk

    mana-mana tempoh tertentu. Bagi Wakaf Khas,

    tujuan dan maksud Wakaf hendaklah dinyatakan

    dengan jelas dan tidak sah Wakaf jika tidak

    dinyatakan tujuan dan maksudnya.

    Harta yang telah diwakafkan tidak boleh ditarik

    balik, tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak

    boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain kecualimelalui pelaksanaan wakaf istibdal.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    8/29

    SYARATAL-WAQIF

    Islam

    Merdeka

    Baligh

    Berakal Milik sempurna harta

    Sukarela dan redha mewakafkan harta miliknya

    (ikhtiari)

  • 8/12/2019 harta wakaf

    9/29

    SYARATAL-MAWQUF

    Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya.

    Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktuitu.

    Harta yang diwakafkan itu memberi faedah yangberpanjangan.

    Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidakmenyalahi syarak.

    Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luasdan jumlah.

    Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna orang yangmemberi wakaf.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    10/29

    SYARATAL-MAWQUFALAIH

    Penerima khusus sama ada seorang atau lebih

    Cth: mewakafkan tanah untuk membina masjid

    Penerima tidak khusus

    Cth: mewakafkan harta kepada golongan tertentu

    seperti golongan fakir

  • 8/12/2019 harta wakaf

    11/29

    SYARATAL-SIGHAH

    Kata-kata atau tulisan yang boleh difahami

    mengenai tujuan wakaf.

    Lafaz akad terbahagi dua bahagian:- Lafaz Soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang

    tertentu sahaja seperti Saya mewakafkan rumah saya

    untuk orang-orang fakir.

    Lafaz Kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud

    seperti Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    12/29

    BAHAGIANWAKAF

    Wakaf

    Wakaf Ahli(Keluarga)

    WakafKhairi(Kebajikan)

    Wakaf Am

    Wakaf IrsodWakafSaham

    SahamWakaf

    WakafMusytarak

    WakafMusya

    Wakaf Khas

  • 8/12/2019 harta wakaf

    13/29

    JENISWAKAF

    Wakaf Mutlak (Am) - Seseorang yang mewakafkan

    sesuatu harta untuk maslahah umum.

    Wakaf Muqayyad (Khas)Pewakaf menyatakantujuan wakaf secara spesifik semasa mewakafkan

    harta. Harta tersebut hendaklah digunakan hanya

    untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus.

    Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan

    masjid, surau, perkuburan dan sebagainya.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    14/29

    CIRI-CIRIHARTAWAKAF

    Al-Iqar (Harta Tak Alih)

    Al-Manqul (Harta Alih)

    Al-Musya (Harta Kongsi)

    Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat)

    Al-Irsod (Harta Pemerintah)

  • 8/12/2019 harta wakaf

    15/29

    KEISTIMEWAANHARTAWAKAF

    Pemisahan pemilikan harta dan manfaatnya.

    Wakaf adalah sedekah berterusan.

    Penggunaan harta wakaf hanya untuk kebajikan

    dan perkara yang diharuskan oleh syara.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    16/29

    PROSESWAKAF

    1) Mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkanharta kepada Baitulmal.

    2) Melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa buktipengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan.

    3) Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik

    sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuansumpah bagi mengesahkan perkara di atas.

    4) Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatanterperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supayastatus sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.

    5) Pewakaf kemudiannya dikehendaki menyempurnakansuratcara wakaf yang disediakan oleh baitulmal.

    6) Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di pejabattanah dan menyelesaikan proses wakaf.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    17/29

    MANUAL PENGURUSAN TANAH WAKAF

  • 8/12/2019 harta wakaf

    18/29

  • 8/12/2019 harta wakaf

    19/29

  • 8/12/2019 harta wakaf

    20/29

    SISTEME-WAKAF

    Tujuan e-Wakaf ini dibangunkan adalah untuk

    membolehkan segala harta wakaf diurus dan

    ditadbirkan dengan lebih sistematik dan profesional

    sama ada dari aspek amalan wakaf itu sendiri

    mahupun dari aspek pelaksanaannya, supaya lebihtelus dan relevan dengan perkembangan teknologi

    masa kini.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    21/29

  • 8/12/2019 harta wakaf

    22/29

  • 8/12/2019 harta wakaf

    23/29

  • 8/12/2019 harta wakaf

    24/29

    STATISTIKWAKAF(JAWHAR)

  • 8/12/2019 harta wakaf

    25/29

    STATISTIKWAKAF(JAWHAR)

  • 8/12/2019 harta wakaf

    26/29

    PERBEZAANWAKAFDANSEDEKAH

    Wakaf Sedekah

    Wakaf ditujukan bagi kegunaan

    seluruh masyarakat secara umum,

    meskipun golongan yang memerlukan

    diberikan keutamaan.

    Sedekah diberikan kepada

    golongan yang memerlukan.

    Pewakaf sudah tidak memiliki hak

    dan campurtangan ke atas harta yang

    telah diwakafkan. Harta wakaf kekal

    milik Allah.

    Sedekah boleh dipindah milik.

    Harta wakaf terhad kepada sesuatuharta di mana harta tersebut boleh

    mendatangkan hasil atau menjana

    lebih banyak manfaat secara

    berterusan atau bentuk hasil yang

    boleh disimpan.

    Sedekah boleh diberi di dalam apabentuk sekalipun.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    27/29

    HIKMAHWAKAF

    Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

    Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf danberlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.

    Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematianselagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.

    Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah

    perkuburan dan sebagainya.

    Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anakyatim.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    28/29

    KESIMPULAN

    Dengan adanya pengurusan dan pentadbiranwakaf, seluruh masyarakat akan mendapatmanfaatnya. Ianya boleh disalurkan kepadafakir-fakir miskin, anak-anak yatim, masjid dan

    sebagainya demi meningkatkan ekonomi umatIslam di Malaysia. Bagaimanapun kejayaansebenar institusi wakaf itu sendiri adalahbergantung kepada kefahaman yang jelasmengenai konsep, peranan dan matlamat hartawakaf serta kesedaran yang mendalammengenai amanah yangdipertanggungjawabkan demi kepentinganmenjaga dan memelihara harta wakaf.

  • 8/12/2019 harta wakaf

    29/29

    TERIM K SIH

    Wahai orang-orang yang beriman,jangan sampai hartakekayaanmu, anak-pinakmumelalaikan kamu darimengingati Allah