program wakaf al quran sempena ramadhan al mubarak 1430h/2009m

47
Program Wakaf Al Quran Sempena Ramadhan Al Mubarak 1430H/2009M

Upload: orenda

Post on 14-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program Wakaf Al Quran Sempena Ramadhan Al Mubarak 1430H/2009M. Wakaf Al Quran untuk kegunaan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan masjid-masjid di Kemboja dan Vietnam. Mashaf berharga RM 30 seunit dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Slide 1

Program Wakaf Al Quran Sempena Ramadhan Al Mubarak 1430H/2009M

Wakaf Al Quran untuk kegunaan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan masjid-masjid di Kemboja dan Vietnam.

Mashaf berharga RM 30 seunit dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Sila hubungi imam/bilal masjid ini untuk urusan akujanji.Tel: 019 9281555 Imam Besar.013 9320446 Ust Roslim Jaafar.

IKLAN JAWATAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU JAWATAN : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S 17 (IMAM)

SYARAT LANTIKAN : Calon hendaklah memiliki kelayakkan sebagaimana berikut: (a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan . (b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau (ii) Sijil Thanawi atau Sijil Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan.

dan (c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JADUAL GAJI : Gred S17: P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2,151.35 P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2,272.50 P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2,379.95

PANDUAN PERMOHONAN MELALUI INTERNET ONLINE

1.Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki sijil kerakyatan Negeri Terengganu.

2.Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah dari mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu. 3.Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi.

4.Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayarilaman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my. TARIKH TUTUP : 30 OGOS, 2009

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Khutbah MultimediaNikmat Kemerdekaan Ubah Gaya Hidup7 Ramadan 1430 / 28 OGOS 2009http://e-khutbah.terengganu.gov.my

Pujian Kepada Allah S.W.T. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.

Syahadah Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Yang tiada sekutu bagiNya.

Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya.

Selawat Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan seluruh sahabatnya rahmat yang berterusan.

Wasiat Taqwa ! Wahai hamba-hamba Allah Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan menjadi orang-orang Islam.

Pesanan Taqwa Bertakwa kepada Allah dengan ketekunanLaksanakan segala suruhanNya& tinggalkan segala laranganNyaMoga mendapat berkat hidup dan bahagia di dunia dan akhirat

Nikmat Kemerdekaan Ubah Gaya Hidup7 Ramadan 1430 / 28 OGOS 2009http://e-khutbah.terengganu.gov.myTajuk Khutbah Hari ini

Memori Kemerdekaan Sambutan kemerdekaan dan pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah500 tahun Tanah Melayu dalam genggaman penjajah seperti Portugis , Belanda dan BritishPenduduk Tanah Melayu mampu pertahankan aqidah dan kekalkan Islam sebagai agama rasmi negara .31 OGOS 1957

Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 19 :-

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (Surah Ali Imran: 19)Maksudnya:-

Pembangunan Malaysia Selepas Kemerdekaan :-

Pencapaian ekonomi Malaysia setanding dengan negara Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong. Tahun 1957 hingga kini Malaysia menjadi negara yang pesat membangun.Kepesatan ekonomi negara telah meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengubah cara hidup.Pencapaian cemerlang negara adalah berkat pengorbanan pejuang dan kebijaksanaan pemimpin.

Kemajuan Negara Mengubah Gaya Hidup Mewah Kepada Rakyat dan Mengundang :-Bahaya Kegemukkan @ ObesitiMudah dihidapi penyakit jantung, kanser, stroke, buah pinggang dan kencing manis.Kementerian Kesihatan mengesahkan 4 daripada 10 orang menghadapi masalah ini.

Kematian Di Negara Ini :-Sehingga kini 23 % adalah kerana penyakit jantungMEROKOK punca serangan jantung dan kanserTahun 2006 kira-kira 21.5% iaitu 2.73 juta orang perokok adalah golongan dewasa.33 juta batang rokok sehari dan lebih RM8.59 juta sehari dibelanjakan.

Sayangilah Diri Anda..Amalan gaya hidup sihat adalah kefardhuan dalam Islam.Manfaat PUASA : Dapat menyembuhkan penyakit zahir dan batin.PUASA adalah salah satu kewajiban yang diperintah Allah Taala.

Kebaikan PUASA dari aspek KESIHATAN:-Dapat membersihkan sistem tubuh badan dari toksin dan keracunan.Dapat mengimbangkan tubuh badan dan mengelakkan dari rosaknya sistem badan. Makan berlebihan punca sistem badan rosak.

Kesederhanaan makan dan minum yang dianjurkan Baginda Rasulullah S.A.W :-Daripada Miqdad yang Bermaksud:

Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bekas yang lebih jahat (hina) melainkan bagi memenuhi perutnya. Sekiranya dia makan memadai dengan suapan yang kecil yang mampu menguatkan tulang sulbinya. Sekiranya dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah disisi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga nafasnya.(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Nikmat daripada Puasa :-Kesegaran hidup memberi keseimbangan kepada sel-sel dalam perut.Dapat memulihkan kembali organ seperti mulut, usus dan nafas yang telah bekerja selama 11 bulan.Dapat merehatkan alat penghadaman dan pernafasan.

Semangat Jihad Melalui Tarbiyyah RamadhanSanggup berkorban demi agama dan negara.Menghidupkan hati erti pengorbanan dan kemerdekaan melawan musuh. Musuh utama Ramadhan adalah nafsu dan Musuh Negara adalahpenderhaka, penceroboh dan pengkhianat negara.

Marilah...Sempena Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-52 dan bersamaan bulan Ramadhan Al Mubarak jadikanlah amalan puasa sebagai usaha mengekalkan gaya hidup sihat.Tingkatkan cinta kepada agama dan negara.

Firman Allah dalam Surah Hud Ayat 88:-

Maksudnya:Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuanhendak melakukan sesuatu yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepadaNyalah Aku kembali.Doa Antara Dua KhutbahAamiin Ya Rabbal Aalamin.. Tuhan Yang Memperkenankan Doa Orang-orang Yang Taat, Berilah Taufik Kepada Kami Di Dalam Mentaatimu, Ampunilah Kepada Mereka Yang Memohon Keampunan.Aamiin

Pujian Kepada Allah S.W.T. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.

Syahadah Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya.

Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya.Yang dibangkitkan sebagai rahmat sekelian alam.

Selawat . Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas Nabi Yang Mulia Muhammad S.A.W., keluarganya dan seluruh sahabatnya dan mereka yang mengikuti sunnahnya sehingga hari akhirat.

Wasiat Taqwa .Wahai Hamba-hamba Allah Bertaqwalah kepada Allah dengan bersungguh .Maka berjayalah orang-orang yang bertaqwa.

Pesanan TakwaBersyukur dan bertaqwalah kepada Allah.Moga dengan nikmat Allah akan meningkatkan iman dan taqwa.Ketaqwaan mengangkat darjat mukmin di sisi Allah.

Sempena Ramadhan iniHidupkanlah Ramadhan dengan SolatTerawih,Tadarus Al Quran dan perbanyakkan Istighfar dan munajat kepada Allah.

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah tentang kelebihan hidupkan Ramadhan:- sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat dalam bulan Ramadhan dengn penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah,Maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu (Hadis : Riwayat Bukhori dan Muslim).

Firman Allah Surah Al Ahzab Ayat 56

Sesungguhnya Allah Taala Dan Para Malaikat Sentiasa Berselawat Ke Atas Nabi (Muhammad),

Wahai Orang-orang Beriman! Berselawatlah Kamu Ke Atasnya Serta Ucapkanlah Salam Sejahtera Dengan Penghormatan Ke Atasnya Dengan Sepenuhnya. Maksudnya :-

Selawat

. Ya Allah, Kurniakanlah Keredhaan Kepada Khulafa Rasyidin Dan Sahabat Seluruhnya serta Para Tabiin Dengan Ihsan Hingga Hari Kemudian.Doa :-

Doa :- Ya Allah, Ampunkanlah Dosa Golongan Muslimin Dan Muslimat,muminin Dan Muminaat Samada Yang Masih Hidup Atau Yang Telah Mati.Ya Allah,Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah Zuriat-zuriatnya Serta Kaum Kerabatnya.Ya Allah,Peliharakanlah Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dan Peliharakanlah Jua Pemimpin-Pemimpinnya, Ulama-Ulamanya, Pekerja-Pekerja Serta Seluruh Rakyatnya Dari Kalangan Umat Islam Dengan RahmatMu. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

Doa :-Ya Allah,Muliakanlah Islam dan Orang-orang Islam, dan hinakanlah kesyirikkan dan kesyirikkan,dan kekufuran dan orang-orang yang kafir dan musnahkanlah musuh-musuh Allah.Dan jadikanlah negeri ini aman dan makmur serta negerinegeri orang Islam yang lain dengan rahmatMu.

Doa :-Ya Allah,Hindarkanlah kami dari sebarang bala, wabak penyakit dan jauhilah kami dari perkara-perkara yang keji samaada yang zahir atau tersembunyi.Jauhkanlah dari kami keburukkan dan jangan jadikan kami tempat menerima segala ujian dan hindarilah kami dan negara kami dari wabak selsema babi.

Doa :-Ya Allah Kami Telah Menzalimi Diri Kami Sendiri Dan Sekiranya Engkau Tidak Mengampunkan Kami Dan Merahmati Kami Nescaya Kami Akan Menjadi Orang Yang Rugi.

Ya Allah Kurniakanlah Kepada Kami KebaikanDi Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat Serta Hindarilah Kami Dari Seksaan Neraka.

Wahai Hamba-hamba Allah.Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

Maka Ingatlah Allah Yang Maha Agung Nescaya Dia Akan Mengingatimu Dan Bersyukurlah Di Atas Nikmat-nikmatnya Nescaya Dia Akan Menambahkan Lagi Nikmat Itu Kepadamu, dan Pohonlah Dari Kelebihannya, Nescaya Akan Diberikannya Kepadamu. Dan Sesungguhnya Mengingati Allah Itu Lebih Besar (Faedah Dan Kesannya) Dan (Ingatlah) Allah Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan.

Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang lurus termasuk dalam kesempurnaan solat