visi lintang

Upload: ayun2384

Post on 13-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

visi misi sekolah

TRANSCRIPT

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulai, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

VISI SEKOLAH

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Parit Pechah, MuarPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara SejahteraMISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi NegaraMATLAMAT SEKOLAH

Berusaha memperkembangkan potensi murid dalam bidang Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah serta mengujudkan perkhidmatan pendidikan berkualiti dan kondusif.

OBJEKTIF PENGURUSAN KUALITI

1. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan rancangan tahunan.

2. Memastikan pencapaian 100% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.

3. Memastikan 100% murid dapat perkhidmatan bimbingan dalam kemahiran belajar ,pembangunan diri, motivasi dan kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah.

4. 100% aduan dan maklumbalas pelanggan akan dilayan.

5. Melaksanakan pengurusan kewangan tanpa teguran audit.PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Sekolah Kebangsaan Parit Pechah dengan penuh tekad

dan iltizam serta berpegang kepada motto PENGETAHUAN SULUH HIDUP berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajran yang berkesan dan berkualiti sepanjang masa persekolahan.

2. Mendidik dan memimpin secara tulus ke arah peningkatan ilmu dan sahsiah yang tinggi pada setiap masa.

3. Menentukan anak didik SK Parit Pechah menjadi insan berilmu, beramal, berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam serta mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan mempunyai semangat untuk maju dalam pelajaran.

4. Melaksanakan sistem pengurusan sekolah yang berwibawa tanpa kecacatan selaras dengan konsep Zero Defect.

5. Menyediakan staf yang berdikari, komited, terlatih, brdisiplin, bertanggungjawab, produktif dan proaktif.

6. Berkongsi pendapat dengan ibu bapa bagi membina keperluan pendidikan budaya dan perhubungan yang akrab selaras dengan konsep sekolah penyayang dan permuafakatan.

7. Menyediakan kemudahan pendidikan yang lengkap dan selesa berlandaskan piawaian tertentu selaras dengan tuntutan perkhidmatan penyayang.

8. Mewujudkan suasana terbuka antara sekolah dan masyarakat

tempatan dalammenyelesaikan masalah sekolah.