pengaruh visi dan misi terhadap pembentukan - zulkifli... · pdf filedan mahasiswa...

Click here to load reader

Post on 08-Mar-2019

215 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1376

PENGARUH VISI DAN MISI TERHADAP PEMBENTUKAN DASAR DAN AMALAN PENERBIT UNIVERSITI: SATU ANALISIS

Zulkifli Abd. Latiff

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM ABSTRAK Kewujudan sesebuah organisasi ditentukan dengan adanya visi dan misi yang mempengaruhi dan menjadi dasar serta amalan bagi merencana kesejahteraan dan kecemerlangan struktur dan sistem organisasinya. Penerbit universiti diperlukan bagi semua universiti awam demi memberi peluang kepada para sarjananya untuk berkarya dalam bentuk penulisan buku dan jurnal. Hal ini diperhebatkan lagi dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bahawa peluang kenaikan pangkat turut dinilai menerusi kerja-kerja penulisan dan penerbitan karya-karya akademik. Begitu juga dengan kewujudan sesebuah penerbit universiti yang terbina daripada visi dan misi universiti, dan perihal kewujudannya termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti. Namun begitu, adakah visi dan misi yang dibentuk benar-benar mempunyai pertalian dan ikatan dengan peranan dan tanggungjawab sesebuah universiti dan penerbit universiti. Kajian ini cuba merungkai sejauhmanakah universiti dan penerbit universiti meletakkan kepentingan penerbitan dan komunikasi ilmiah dalam mempertingkatkan jumlah penghasilan buku negara serta memartabatkan karya-karya ilmiah di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Kajian analisis kandungan ini melibatkan 11 buah universiti dan penerbit universiti dan setiap visi dan misi dipetik daripada muat turun yang diambil menerusi halaman sesawang setiap universiti dan penerbit universitinya. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada wujudnya kesinambungan antara visi dan misi dengan penerbit universiti ataupun sebaliknya. Hasil dapatan kajian ini mampu membantu universiti dan penerbit universiti memperkasakan pentadbirannya demi untuk mengangkasarayakan penerbitan ilmiah sebagai gedung atau industri yang menghasilkan produk kesarjanaan yang mampu dikongsi bersama pengisiannya untuk semua lapisan masyarakat terutama para akademik dan mahasiswa universiti. Kata Kunci: visi, misi, dasar, amalan, penerbit universiti PENGENALAN Kewujudan dan perjalanan sesebuah organisasi didasarkan menerusi visi dan misinya yang menjadi sebagai tulang belakang atau tonggak bagi mencapai hala tuju dan sasaran yang dikehendaki. Visi dan misi menjadi aturan sistematik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab organisasi termasuklah institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Universiti yang baik dinilai menerusi pencapaian akademik dan penyelidikan serta perundingan sejajar dengan matlamat yang disasarkan sama ada untuk para akademik mahupun para pelajarnya. Menerusi pencapaian akademik ukuran kesarjanaan tidak sahaja bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran, malahan penglibatan penerbitan dan penyelidikan turut termasuk sebagai suatu ukuran penting dalam memartabatkan sesebuah universiti. Namun, sejauh mana visi dan misi selari dengan hasrat yang diimpikan menjadi persoalan wujud atau tidak kesinambungan antara gagasan dan matlamat sebenar.

Justeru, satu analisis telah dibuat terhadap visi dan misi universiti yang dijadikan sebagai gagasan dan sasaran untuk dicapai segala apa yang direncanakan. Pengkaji telah mengumpulkan semua visi dan misi universiti yang diperolehi menerusi halaman sesawang, atau buku laporan tahunan, atau maklumat daripada pejabat korporat setiap universiti yang terlibat di dalam kajian ini.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1377

Visi merupakan wawasan masa depan atau tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam terutama yang berkaitan dengan perkembangan masa depan (Kamus Dewan, 2005) ke arah satu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.

Manakala misi organisasi merupakan asas atau akar umbi bagi sesuatu keutamaan, strategi, perancangan, dan perlaksanaan kerja (Drucker, 1974). Ianya merupakan kerangka awal dalam membina dan mereka bentuk struktur pengurusan kerana setiap gerak dan nafas organisasi semestinya berkiblatkan kepada misi yang direncanakan. Misi adalah hati kepada sistem tubuh organisasi yang mencorakkan perlakuan jentera yang ada di dalamnya termasuklah manusia yang dikenali sebagai kakitangan. Misi merupakan bayangan syarikat dan merupakan keutamaan syarikat seperti yang ditetapkan oleh pengurusan utama orgnisasi (teks asal bahasa Inggeris), (Falsey, 1989). LATAR BELAKANG Dunia kesarjanaan kini semakin mengecil walaupun organisasi pendidikan tinggi semakin membesar dengan pertambahan universiti awam dan swasta, dan persaingan bagi pengendalian semua institusi begitu mendesak kerana perlumbaan bagi mendapatkan pelanggan yakni pelajar semakin berleluasa. Hal ini terbukti dengan peningkatan periklanan institusi pengajian tinggi yang semakin melata tidak kira di mana sahaja, yang pentingnya pelanggan mesti dicekup, kalau tidak melepas ke tangan pihak lain. Universiti hari ini seolah-olah hilang pendirian dan matlamat penubuhannya semakin kabur, lebih-lebih lagi apabila kerajaan mendesak universiti menjana pendapatannya sendiri bagi menampung segala kos operasi universiti (Sufean, 2004:183). Semua institusi seharusnya berterusan memantau hal ehwal dalam dan luaran yang utama dan aliran ini adalah bertujuan untuk: (i) menilai kekuatan dan kedudukan di antara pesaingan mereka, (ii) ambil kesempatan ke atas peluang-peluang luaran, (iii) meminimumkan ancaman luaran yang mampu memberi kesan kepada institusi mereka (Cochran, David & Gibson, 1985). Justeru itu, langkah pertama dalam memformulasikan strategi ialah mewujudkan atau membina misi organisasi yang sejelas-jelasnya (Chong, J. K. S., & Chow, M. L. J., (1992). Secara umumnya, menurut Chong dan Chow (1992) misi organisasi yang baik seharusnya memenuhi kriteria berikut:

1. mampu untuk menyediakan inspirasi dan motivasi di kalangan pekerja dan pengurusan dengan membina visi yang dikongsi bersama dan setiap individu boleh mengenalnya,

2. seharusnya membenarkan institusi membezakan atau menyisihkan diri dari pesaing mereka,

3. membenarkan ruang-ruang bagi percambahan kreativiti, 4. membantu untuk mengarahkan pengurus dalam proses perancangan dan untuk menjana

strategi bagi mengendalikan situasi yang mungkin timbul, 5. seharusnya mengandungi kaedah objektif yang utuh yang membolehkan kemajuan mereka

dapat diukur, 6. seharusnya mentakrifkan perniagaan yang hendak dilakukan, tidak semestinya

dinyatakan; dan 7. seharusnya wajar kepada semua pemegang saham dan jelaskan kepada mereka apa yang

hendak dilakukan oleh institusi.

Kepentingan analisis visi dan misi universiti dilibatkan di dalam kajian ini ialah untuk melihat universiti yang manakah meletakan penerbitan sebagai kekuatan mereka untuk menjadi sebuah universiti yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Rajah di bawah menunjukkan visi dan misi setiap universiti yang dilibatkan dalam kajian ini.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1378

Rajah Visi dan Misi Universiti Peserta

# 11 Universiti Visi Misi

1. UM Menjadi pusat pentadbiran dan penyelidikan yang cemerlang, terunggul dan berfungsi sebagai pemangkin ilmu dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bagi semua pendidikan tinggi Malaysia.

Menjadi sebuah universiti perdana menuju kecemerlangan dalam memaju dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menjunjung hasrat dan kemuliaan cita-cita rakyat dan negara.

2. USM -Tiada-

Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui:

pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran;

pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan profesional, perkembangan individu yang menyeluruh, dan

komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universiti

3. UKM Menjadi universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Menjadi universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

4. UPM Menjadi universiti bertaraf dunia iaitu sebuah komuniti cendekiawan dan intelek bereputasi antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara kerana sumbangannya dalam penulisan kesarjanaan dan penemuan yang sentiasa memberi pengertian baru kepada kemajuan, perkembangan dan pembangunan negara dan dunia.

Menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang unggul yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu, tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

5. UTM Menjadi pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti.

Menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara.

6. UIAM Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa yang bertujuan mengembalikan dinamika dan peranan progresif umat Islam dalam semua bidang ilmu pengetahuan.

Berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:

integrasi

Islamisasi

keantarabangsaan

kecemerlangan yang menyeluruh.

7. UUM UUM aspires to be a Management University that is a paragon of efficiency and of world class stature.

To serve as a centre of academic eexcellence