3. visi,misi,peraturan

30
VISI LEMBAGA PENGAWAS AKAN MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG GEMILANG PADA TAHUN 2015 MISI LEMBAGA PENGAWAS MENYEDIAKAN LATIHAN YANG DAPAT MENGEMBANGKAN POTENSI SETIAP PENGAWAS SERTA PERKHIDMATAN YANG DAPAT MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH

Upload: gloriajaganathan

Post on 03-Jan-2016

153 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

salinan

TRANSCRIPT

Page 1: 3. VISI,Misi,Peraturan

VISI

LEMBAGA PENGAWAS AKAN MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG

GEMILANG PADA TAHUN 2015

MISI

LEMBAGA PENGAWAS MENYEDIAKAN LATIHAN YANG DAPAT MENGEMBANGKAN

POTENSI SETIAP PENGAWAS SERTA PERKHIDMATAN YANG DAPAT

MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH

Page 2: 3. VISI,Misi,Peraturan

IKRAR

BAHAWASANNYA, KAMI PENGAWAS

SEKOLAH MENENGAH DATUK HAJI ABDUL WAHAB

BERJANJI

AKAN BERKHIDMAT

DAN MENJALANKAN TUGAS KAMI

DENGAN SEPENUH RELA

MENJADIKAN DIRI CONTOH YANG BAIK

KEPADA PELAJAR LAIN

SERTA TAAT PATUH KEPADA

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

DEMI KEBAIKAN DAN NAMA BAIK

SEKOLAH KITA

 

Page 3: 3. VISI,Misi,Peraturan

MOTTO

" BERDISIPLIN , BERKHIDMAT, BELAJAR "

SLOGAN

‘ PREFECT SHOULD BE PERFECT ’

Page 4: 3. VISI,Misi,Peraturan

PERLEMBAGAAN

Page 5: 3. VISI,Misi,Peraturan

BAHAGIAN PERTAMA:

1.NAMA                                                                                                          

Pengawas adalah di bawah satu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pengawas Sekolah

Datuk Haji Abdul Wahab,31100 Sungai Siput (U) Perak.

 2. OBJEKTIF DAN TANGGUNGJAWAB

(a) Objektif Lembaga Pengawas ialah:  

i.  Merupakan wakil pihak berkuasa sekolah dan para pelajar.

ii. Untuk menolong menegak serta meningkatkan disiplin para pelajar sekolah ini

dengan menekankan kewujudan peraturan-peraturan sekolah yang sedia ada dan

yang diadakan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa. 

iii. Untuk menunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah laku dan tatatertib

pengawas kepada para pelajar di sekolah ini.

iv. Memberi perkhidmatan sukarela kepada pihak sekolah.

 

(b) Lembaga Pengawas bertanggungjawab terus kepada Tuan Pengetua dan sebarang

perkara yang  memerlukan nasihat hendaklah dirujuk kepada Penasihat Lembaga

Pengawas.

BAHAGIAN KEDUA:

Page 6: 3. VISI,Misi,Peraturan

Tatatertib Am Pengawas

         Pengawas merupakan wakil pihak pentadbir dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan

tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.

         Sebagai seorang pengawas,mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.

         Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa.

 

1) Kualiti seorang pengawas

i)        Ketepatan masa

ii)       Bertanggungjawab

iii)     Pantas berikhtiar

iv)     Inisiatif

v)      Adil

vi)     Boleh dipercayai

 

2)  Tatatertib pengawas

i)      Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya tidak kira dalam apa-

apa jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya

atas sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua

Pengawas atau konsul yang lain.

ii)     Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.

iii)   Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana

dia harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.

iv)     Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.

v)    Seseorang pengawas dilarang makan atau berkelakuan buruk dalam kelas. Nasihat

Ketua Tingkatan mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua

Tingkatan mengawal keadaan dalam kelas.

vi)     Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas,

pengawas haruslah memerhati keadaan di sekolah.

Page 7: 3. VISI,Misi,Peraturan

vii)   Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru. Pengawas harus

selalu memberi bantuan kepada guru jika diperlukan.   

 

3)  Perkara lain

      Seseorang pengawas haruslah :

a)    Sentiasa bekerjasama antara satu sama lain

b)    Bersopan santun setiap masa

c)    Menyokong semua aktiviti Lembaga Pengawas dan sekolah.

d)    Menjaga imej sekolah dan tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang

memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat

demikian.

e)    Tidak ponteng kelas dan sekolah secara sengaja.

 

BAHAGIAN KETIGA:

Page 8: 3. VISI,Misi,Peraturan

Pakaian Seragam Pengawas

1.   Pakaian lengkap pengawas termasuklah

a)      Blazer / West coat dengan tag nama

b)      Tali leher

c)      Baju seragam putih  

d)      Seluar panjang / skirt merah tua

e)      Kasut sekolah putih

f)       Stoking putih

2.   Pengawas perlu mematuhi segala peraturan pakaian seragam

BAHAGIAN KEEMPAT:

Page 9: 3. VISI,Misi,Peraturan

Mesyuarat   Am

1.   Mesyuarat Am pengawas biasanya diadakan sekali sebulan.

2.   Segala mesyuarat adalah penting dan mustahak. Kehadiran pengawas adalah wajib. Ketepatan

masa sangat penting.

3.   Sesiapa yang tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat mesti meminta kebenaran daripada

Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas I.

4.   Sebarang masalah atau cadangan boleh dikemukakan jika perlu. Pengawas harus bertatatertib

sepanjang masa.

5.   Semua perkara sulit yang dibincangkan dalam perjumpaan atau mesyuarat tidak

boleh dibocorkan.

6.   Pengawas hendaklah meminta kebenaran daripada Ketua Pengawas jika hendak keluar dari

bilik mesyuarat.

BAHAGIAN KELIMA:

Page 10: 3. VISI,Misi,Peraturan

Tugas Pengawas

1.   Pengawas yang bertugas harus memastikan para pelajar mematuhi peraturan sekolah dan

sebarang kesalahan pelajar harus ditegur serta dicatat sekiranya perlu.

2.   Pengawas yang tidak dapat menjalankan tugasnya dengan alasan yang munasabah  harus

mencari pengawas untuk mengganti tugasannya dengan pengetahuan Ketua Pengawas atau

konsul.

3.   Pengawas dilarang berbual kosong, makan, minum, membaca, dan lain-lain semasa bertugas.

4.    Pengawas harus sentiasa bersedia untuk berkhidmat atas arahan Ketua Pengawas,konsul dan

pihak pentadbir sekolah.

BAHAGIAN KEENAMPindaan

Page 11: 3. VISI,Misi,Peraturan

1. Sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Lembaga Pengawas hanya boleh dicadangkan

secara bertulis oleh :

a)      Pengawas

b)      Barisan Jawatan Kuasa Induk

c)      Guru Penasihat

2. Cadangan untuk pindaan mestilah dipersetujui oleh jawatan kuasa induk dan guru

penasihat sebelum dibahas.Sekiranya semua pihak tidak bersetuju, cadangan tersebut

akan dibatalkan.

3. Sekiranya cadangan tersebut diterima oleh konsul untuk diperbahas, maka satu sesi

perbahasan akan diadakan dalam suatu perjumpaan pengawas.

4. Keputusan akan dibuat secara undi sulit dan hanya pengawas yang hadir berhak

mengundi.

5. Kuorum kehadiran pengawas dalam perjumpaan tersebut haruslah sekurang-kurangnya

dua pertiga daripada jumlah pengawas yang masih dalam tempoh perkhidmatan.

6. Majoriti dua pertiga daripada pengawas yang hadir diperlukan untuk meluluskan

cadangan pindaan tersebut.

7. Undi berkecuali tidak akan diterima.

8. Kuasa veto Tuan Pengetua dan Guru Penasihat terhadap cadangan pindaan tersebut harus

dihormati.

9. Akhir sekali, cadangan pindaan yang dipersetujui oleh Lembaga Pengawas mestilah

disahkan oleh Tuan Pengetua.

10. Bahagian Keenam ini langsung tidak boleh dibahas dan dipinda.

Peraturan Pakaian Seragam 

Page 12: 3. VISI,Misi,Peraturan

Peraturan menanggalkan blazer 

a)      Selepas masuk ke dalam perpustakaan, blazer mesti ditanggalkan , dilipat dengan baik dan disimpan di kaunter. Tali Leher tidak boleh ditanggalkan.

b)      Apabila hari hujani. Pengawas yang menunggang motosikal dan berjalan kaki  ke sekolah

atau balik rumah dibenarkan     simpan blazer atau menanggalkan blazer di tempat tertutup dengan cara yang betul simpan di dalam     beg.

ii. Pengawas dibenarkan memakai baju hujan atau jaket di luar pakaian seragam semasa datang dan balik dari sekolah. Apabila sampai di kawasan sekolah, baju hujan atau jaket perlu ditanggalkan.

c)    Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan         Sekiranya pengawas perlu pergi ke hospital atau rumah saudara-mara yang ada orang meninggal dunia dengan secara tiba-tiba dan kecemasan, mereka diperlukan untuk menanggalkan blazer, mereka dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa izin pihak berkuasa.

d)    Tugasan Khas       Pengawas hanya boleh menanggalkan blazer di tempat terbuka dengan kebenaran yang diberi oleh guru penasihat jika ada tugasan khas.

 Contoh: Bertugas di padang semasa Hari Sukan              Aktiviti mengatur kerusi di dewan sekolah

e)     Semasa waktu persekolahan Pengawas dibenarkan menanggalkan blazer dengan syaratnya semasa pengawas berada di dalam kelas, pergi ke tandas, menjalankan tugasan pembersihan kelas harian sahaja. Peraturan memakai blazera)     Blazer dan aset-aset lain mesti dipakai sekiranya PAKAIAN SERAGAM

SEKOLAH dipakai.b)     Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang dijalankan,pengawas

dibenarkan untuk memakai atau menanggalkan blazer semasa duduk dengan syaratnya pelajar itu tidak banyak bergerak dalam kelas.

 

Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazera)      Sentiasa menghormati blazer

Page 13: 3. VISI,Misi,Peraturan

Contoh : Jangan main dengan kawan semasa memakai blazer. Jangan terlibat dalam aktiviti sukan semasa memakai pakaian seragam sekolah seperti  bermain.       

b)     Sentiasa memastikan kekemasan blazer dijaga.c)  Blazer pengawas tidak boleh dipinjam kepada kawan atau pelajar lain kecuali

mendapatkan   kebenaran daripada Guru Penasihat dahulu.a)      Kocek Blazer

*( Bagi pelajar lelaki, tidak dibenarkan menyimpan segala barang di dalam kocek  blazer.)*( Bagi pelajar perempuan , hanya aset ( pen, buku nota, dan pemotong kuku) boleh disimpan dalam kocek blazer, barang-barang lain dilarangkan ) 

Semasa Memakai Blazera)      Pengawas tidak boleh gerakkan kaki semasa memakai blazer.b)     Pastikan blazer adalah dalam keadaan baik dan sentiasa dibutangkan semasa

dipakai.c)     Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.

 

Semasa Menanggalkan blazera)      Pengawas tidak boleh mengoyangkan kaki semasa menanggalkan blazer.b)      Jangan biarkan blazer tersentuh lantai apabila ditanggalkanc)      Pastikan blazer dilipatkan dengan cara yang betul.d)      Blazer tidak boleh disimpan di mana-mana dengan sesuka hati.

  

Tali lehera) Selagi seseorang pengawas memakai tali leher Lembaga Pengawas, pengawas tersebut

i)    Tidak boleh bercakap kasarii)   Tidak boleh pergi ke tempat hiburaniii)  Tidak boleh melawan atau memukul guruiv)  Tidak boleh melanggar peraturan sekolahv )  Tidak boleh menunggang motosikal dalam kawasan sekolahvi)  Tidak boleh bermain dalam sebarang aktiviti sukanvii) Tidak boleh menggunakan atau membawa barang larangan.       Contoh: liquid paper, pembaris besi.viii)Tidak boleh memotong kuku di dalam kelas.

b)   Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai

c)   Tidak boleh lipatkan tali leherd)   Tidak boleh meletakkan tali leher di atas bahu.

Pen, Buku Nota dan Pemotong Kukua)      Pengawas harus mempunyai pen yang dapat berfungsi ( Jika tidak ada, hukuman

akan dikenakan )

Page 14: 3. VISI,Misi,Peraturan

b)      Jangan tulis sebarang tulisan di dalam buku nota kecuali kesalahan pelajar sahaja.c)      Jika buku nota pengawas sudah nipis ( kurang daripada 3 keping ), sila gantikan

dengan buku nota yang baru dengan secepat mungkin.

Pakaian kemas Lembaga Pengawasa)      Baju T-shirt Lembaga Pengawas mengikut sesi tersebut. Sekiranya belum dapat,

pengawas boleh memakai baju PJK sekolah.b)      Seluar panjang mesti dipakai dan  jeans tidak dibenarkan.c)      Stoking putih dan kasut.d)      Pen dan  buku nota mesti dibawa.  

Pakaian Kemasa)      Baju dengan kolar, seluar panjang ( Jeans tidak dibenarkan )b)      Stoking dan kasut.c)      Pen dan buku nota mesti dibawa.  

Pakaian Biasaa)      Ikut aktiviti, memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti yang berkaitan  b)      Pemakaian pengawas perempuan perlu bersopan dan tidak berlebihan.  

 

Peraturan-peraturan Tugasan  

Page 15: 3. VISI,Misi,Peraturan

Peraturan-peraturan sebelum bertugas 

1. Pastikan anda jelas dengan semua keadaan tugasan dan cara bertugas di tempat tugasan anda sebelum bertugas.

2. Sentiasa menepati masa untuk sampai di tempat tugasan dan pastikan anda tidak lewat tugas dan kumpul.

3. Bersalam ataupun mengangguk kepala sebagai tanda sopan apabila berjumpa dengan pengawas, J/U Induak atau guru.

4. Tangan harus disimpan di belakang dengan cara yang betul.5. Pastikan anda tidak tersilap dengan tempat tugasan anda.6. Pastikan anda sentiasa beraset lengkap di badan anda. Antaranya:

a)      Pen yang dapat berfungsi.b)      Buku nota yang mempunyai muka surat yang mencukupi.c)      Blazer/ West yang dipakai dengan kemas.d)     Tali leher mesti sentiasa ketat dan kemas.g)   Tidak boleh makan dan membeli makanan sebelum dan selepas waktu rehat.

7. Pengawas yang bertugas hanya diizinkan  keluar dari kelas 10 minit lebih awal sebelum waktu rehat.

 

Peraturan-peraturan semasa bertugas 

1. Serius semasa tugas. ( TIDAK boleh senyum!!! )a)      Tidak bergurau-senda dengan pelajar.b)      Tidak boleh berbual kosong dan senyum dengan kawan atau pelajar lain.

2. Tidak boleh mengeluarkan bunyi geseran tapak kasut semasa meronda.3. Berdiri dengan tegak.

a)      Tidak boleh goyangkan kaki semasa bertugas atau bengkokkan badan dan berdiri dengan tegak dan tangan di belakang.

4. Pastikan anda menjalankan semua tugasan yang perlu dijalankan di tempat tugasan tersebut.

a)      MESTI menangkap pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah dan jangan melepaskan mereka tanpa alasan yang munasabah.

b)      Memberi nasihat yang sepenuhnya kepada pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah dan sentiasa bertoleransi dengan mereka.

5. Mesti membantu pengawas lain yang menghadapi masalah. ( Contoh: pergaduhan )

1. Jangan cuba mencabar pelajar dan mengakibatkan pergaduhan.

Page 16: 3. VISI,Misi,Peraturan

 2.    Tidak boleh makan dan minum semasa bertugas.3.      Bersalam atau menganggukkan kepala apabila berjumpa dengan pengawas,J/U

Induk atau guru semasa bertugas.4. Anda mesti mengutip sampah sekiranya nampak sampah.5. Apabila menahan pelajar yang melanggar peraturan sekolah,pengawas harus

bercakap dengan nada yang sesuai dan sikap yang baik. 

  

 

Peraturan-peraturan selepas bertugas 

1. Mengutipkan sampah sekiranya ternampak sampah.2. Selepas bertugas pengawas perlu balik ke kelas dengan secepat mungkin.3. Pengawas dilarang membeli makanan selepas loceng kedua berbunyi kecuali

mendapat kebenaran .4. Menjaga disiplin sendiri dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain.

  

Peraturan ganti 

1. Pengawas hanya boleh mencari ganti apabila menghadapi masalah seperti sakit atau hal-hal kecemasan.

2. Seseorang pengawas hanya boleh mencari ganti sebanyak 3 kali seminggu.3. Jikalau pengawas terpaksa mencari ganti selama seminggu, mereka harus menulis

surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I untuk menjelaskan alasan.4. Pengawas yang ingin mencari ganti mestilah memberitahu alasan kepada

penggantinya. Penggantinya haruslah mengganti pengawas tersebut sekiranya alasan yang diberikan adalah munasabah.

1. Pengawas yang berjanji untuk mengganti mesti pergi bertugas. Jika tidak, pengawas yang mengganti tersebut  akan dianggap ponteng tugas.

2. Pengawas yang mengganti pengawas lain haruslah melapor kepada J/U yang bertugas di tempat tugasan tersebut.

3. Pengawas yang mengganti pengawas lain jika melakukan kesalahan haruslah menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I dan menerima hukuman yang sepatutnya.

  

Peraturan-peraturan Bilik Pengawas 

1.      Fungsi Bilik Pengawas

Page 17: 3. VISI,Misi,Peraturan

1.1    Pusat operasi Lembaga Pengawas1.2    Bilik pentadbiran Lembaga Pengawas1.3    Tempat menyimpan aset pengawas1.4    Tempat pertanyaan am pelajar dan orang ramai1.5    Tempat menjaga kebajikan pengawas

 2.      Am

2.1    Bilik Pengawas adalah terbuka kepada semua Pengawas.2.2    Kunci Bilik Pengawas hanya boleh dipegang oleh Guru Penasihat dan

J/U Induk.2.3   Pintu Bilik Pengawas hanya boleh dibuka oleh J/U Setelah mendapat

kebenaran daripada Guru Penasihat.2.4   Pelajar tidak boleh memasuki Bilik Pengawas tanpa kebenaran.

 3.      Waktu Operasi

3.1    Bilik Pengawas dibuka pada waktu pagi, rehat, dan waktu balik serta dibuka apabila diperlukan. 

4.      Disiplin4.1    Pengawas dipertanggungjawab supaya sentiasa menjaga suasana Bilik

Pengawas agar berada dalam keadaan tenteram dan harmoni.4.2    Disiplin pengawas mesti sentiasa dijaga ketika berada dalam Bilik

Pengawas. 

5.      Kebersihan Dan Kekemasan5.1    Pengawas dinasihati supaya menjaga kebersihan Bilik Pengawas.5.2   Kerusi, fail, dokumen, alat tulis dan harta benda lain mesti

dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.

1.      Barang Larangan 1.1    Barang-barang yang tidak berkaitan dengan urusan dan objektif Bilik

Pengawas mesti mendapat kebenaran Guru sebelum disimpan dalam Bilik Pengawas. 

2.      Harta Benda2.1    Segala harta benda dalam Bilik Pengawas mesti dijaga dengan baik. Segala kerosakan atau kehilangan hendaklah dibayar ganti rugi.  

2.2    Semua dokumen dalam Bilik Pengawas adalah SULIT. Pengawas DILARANG menyentuh apa-apa dokumen tanpa pengetahuan guru penasihat.

2.3    Segala FAIL dan BUKU di RAK dalam Bilik Pengawas TIDAK BOLEH DISENTUH TANPA KEBENARAN.

2.4   Pengawas haruslah mendapat kebenaran guru terlebih dahulu sebelum menggunakan segala harta benda dalam Bilik Pengawas.

2.5    Keselamatan barang peribadi yang disimpan dalam Bilik Pengawas adalah di bawah tanggungjawab pemiliknya.

Page 18: 3. VISI,Misi,Peraturan

 3.      Pindaan

8.1  Guru Penasihat dan J/U Induk berhak membuat sebarang pindaan ke atas peraturan Bilik Pengawas.

  

Peraturan Kelakuan Diri Sendiri Kelakuan diri sendiri semasa tugas

1.      Pengawas harus sentiasa mengawal emosi diri sendiri dan tidak boleh melepaskan perasaan geram atau tidak puas hati terhadap pelajar lain.

2.      Pengawas harus menangkap kesalahan pelajar dengan cara yang betul iaitu mengelakkan perlanggaran dengan pelajar serta tidak berkelakuan kasar terhadap mereka.

3.      Pengawas tidak boleh memihak kepada pelajar yang telah melakukan kesalahan seperti membantu pelajar menyembunyikan barang larangan dan melepaskan pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah.

4.      Sebelum bertugas di sesuatu tempat tugasan, pengawas mesti memahami tugasannya. Contoh: bertanya kepada pengawas yang berpengalaman atau J/U Induk.

5.     Pengawas mesti menunjukkan teladan yang baik di depan pelajar lain kerana pengawas merupakan pemimpin pelajar.

6.       Pengawas  tidak boleh ponteng tugas dan lewat bertugas 

 

Kelakuan diri sendiri secara am 1.     Pengawas mesti sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan peraturan

Lembaga Pengawas2      Pengawas mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah. Contohnya, apabila

nampak sampah, pengawas perlu mengutip sampah tersebut dan membuangkannya  ke dalam tong sampah.

3.   Pengawas harus sentiasa menjaga penampilan diri. Contohnya, tidak berkuku panjang, tidak berambut panjang, rambut tidak berwarna, tidak memakai barang kemas (cincin, rantai yang bukan berunsur agama, anting-anting yang tidak dibenarkan), tidak boleh memakai cermin mata yang berwarna serta harus selitkan baju.

5.      Pengawas mesti merujuk kepada papan notis pengawas dengan teliti pada awal pagi, waktu rehat, dan waktu balik semasa hari persekolahan.

6.      Pengawas harus sentiasa menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas serta sekolah dengan tidak melakukan perkara yang akan menjejaskan

Page 19: 3. VISI,Misi,Peraturan

imej Lembaga Pengawas dan sekolah seperti mencuri, bercakap kasar, bergaduh, melakukan jenayah dan sebagainya.

7.      Pengawas mesti saling membantu dalam Lembaga Pengawas. Contohnya, apabila pengawas lain menghadapi masalah,pengawas haruslah menghulurkan bantuan.

8.    Pengawas tidak boleh bawa barang larangan seperti telefon bimbit, “ liquid paper”, majalah hiburan, CD, VCD, DVD, Pendrive dan sebagainya.

10.Semasa berkomunikasi dengan guru atau konsul,pengawas harus menggunakan nada yang sesuai  dan bersopan santun.11.Pengawas tidak boleh lewat masuk kelas kecuali ada urusan yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas.12. Pengawas tidak dibenarkan tidur dalam kelas. 13.  Pengawas mesti jelaskan alasan lewat masuk kelas kepada guru jika bukan

urusan Lembaga Pengawas supaya tidak menjejaskan imej Lembaga Pengawas.

  

14.  Hubungan yang disyaki tidak digalakkan dalam Lembaga Pengawas. -   Semua pengawas tidak boleh melakukan perkara-perkara yang tidak

senonoh seperti berikut :  i)                 berpegang tanganii)                  berpeluk-pelukani)                    bercium-ciumanii)                   tidak boleh meraba-rabaiii)                 tingkap dan pintu mesti dibuka jika berada dalam bilik

    

Aktiviti Lembaga Pengawas 1.     Pengawas mesti mengutamakan aktiviti Lembaga Pengawas dengan

meluangkan masa menyertai aktiviti Lembaga Pengawas yang telah dianjurkan.

2.     Pengawas tidak boleh ponteng mesyuarat am atau perjumpaan dan aktiviti Lembaga Pengawas tanpa alasan yang munasabah dan mesti menunjukkan bukti ketidakhadiran.

3.      Apabila berada dalam bilik mesyuarat, pengawas perlu serius dan tidak boleh bising dengan berbual kosong , tidak boleh makan, tidak boleh tidur atau bermimpi.

Page 20: 3. VISI,Misi,Peraturan

4.      Pengawas mesti menepati masa apabila menghadiri mesyuarat, perjumpaan dan segala aktiviti Lembaga Pengawas.

5.     Sebelum menghadiri mesyuarat, pengawas mesti membuat persiapan awal seperti memastikan semua aset adalah lengkap, berpakaian seragam dan memastikan penampilan diri adalah baik.

6.     Semasa agenda disiplin dijalankan,apabila pengawas sedang menjalani hukuman, pengawas yang lain tidak boleh ketawa dan harus belajar daripada kesilapan mereka dengan tidak melakukan kesalahan yang sama.

7.      Pengawas tidak boleh membocorkan segala perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kerana semua maklumat itu adalah sulit.

   Perhimpunan  1.      Sekiranya ada perhimpunan, pengawas dikehendaki berkumpul pada pukul

7.00 pagi atau mengikut masa yang ditetapkan oleh Guru. Pengawas yang bertugas boleh dikecualikan.

2.      Semasa berkumpul, pengawas harus bergerak dengan cepat dan berdiri dalam barisan serta jangan bising.

3.      Pengawas akan dibahagikan tugas oleh Timbalan Ketua Pengawas I. Semasa berada di Tapak perhimpuan, pengawas mesti memastikan semua pelajar berada dalam barisan kelas masing-masing dengan tersusun dan mengawasi keadaan Tapak perhimpunan.

4.      Semasa perhimpunan dijalankan, pengawas akan berdiri di belakang dewan.5.      Semasa menyanyikan lagu sekolah dan lagu “ Negaraku”, tangan pengawas

perlu letak di sisi dan berdiri tegak.6.     Pengawas tidak boleh bercakap dan mesti menumpukan perhatian sepenuhnya

serta tidak boleh membelakangi penceramah.

 

Hak & Kuasa Pengawas 

Page 21: 3. VISI,Misi,Peraturan

Apabila terdapat pelajar cuba menghina, mencabar atau memukul pengawas, pengawas haruslah mengawal emosi sendiri dan bersikap sabar.        i.  Situasi Semasa Berseorangan

        Apabila pengawas telah dihina, dicabar atau dipukul oleh pelajar, pengawas boleh mencatatkan nama dan kelas pelajar tersebut untuk tindakan disiplin.

        Pengawas boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mempertahankan diri sendiri dengan tidak menghina, mencabar atau memukul balik pelajar tersebut.

        Pengawas boleh membawa pelajar tersebut untuk berjumpa dengan guru-guru disiplin apabila dihina, dicabar atau dipukul oleh pelajar tersebut. 

      ii.  Situasi Semasa Terdapat Pengawas Di Kawasan Berhampiran        Apabila pengawas mendapati pergaduhan antara pengawas dan pelajar telah

berlaku di kawasan berhampiran, pengawas perlu pergi menghalang pergaduhan tersebut daripada berterusan.

        Pengawas perlu cuba menenangkan emosi pengawas dan pelajar yang terlibat dalam pergaduhan.

        Pengawas juga perlu pergi mencari guru-guru disiplin dengan secepat mungkin untuk mengelakkan pergaduhan tersebut berterusan. 

Peraturan Surat1.        Sekiranya pengawas melakukan kesalahan dalam tugas harian atau kesalahan lain,

pengawas mesti menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I atas arahan  atau secara automatik.

2.        Setiap surat mesti dihantar kepada Timbalan Ketua Pengawas I dalam tempoh 3 hari.3.        Hari cuti tidak dikira dalam tempoh 3 hari tersebut tetapi hari kokurikulum atau hari

gantian sekolah dikira dalam tempoh 3 hari tersebut.4.       Jika pengawas lewat menghantar surat sehari, pengawas perlu menjalankan hukuman

dengan arahan Timbalan Ketua Pengawas I.5.      Pengawas mesti menulis surat mengikut format surat Lembaga Pengawas dengan

cara lipatan yang betul.6.      Bukti yang diserahkan harus dipastikan adalah betul dan tepat.7.      Surat kesalahan hanya boleh ditulis dengan tangan dan tidak boleh ditulis oleh

Pengawas lain dan juga semasa waktu p&p.8.       Surat hanya boleh ditulis dengan menggunakan pen biru dan hitam.9.       Sampul surat tidak boleh dilekatkan.10.   Pengawas yang melanggar peraturan surat dikehendaki menyalin semula surat

tersebut berdasarkan arahan daripada Timbalan Ketua Pengawas I.11.   Surat meletak jawatan hanya boleh ditulis kepada Ketua Pengawas.

 

FORMAT SURAT 

Page 22: 3. VISI,Misi,Peraturan

NAMA (Huruf Besar)   (cth:JAMES )KELAS   (cth: 4 Intelek)*                                                                                                                                                                Jaya a/l PalaniappanTimbalan Ketua Pengawas 1Lembaga Pengawas Sesi 2011/2012,SMK Datuk Haji Abdul Wahab .                                   TARIKH (cth:8 Januari 2012)  *Tuan,*KESALAHAN   (cth: Lewat Datang Ke Sekolah)  *        Nama Pengawas        Kelas Pengawas        Kesalahan        Tarikh Melakukan Kesalahan        Tempat Melakukan Kesalahan        Masa Melakukan Kesalahan        Nama Ketua Seksyen yang Bertugas    *2.Alasan Melakukan kesalahan tersebut.***Yang Benar,TANDATANGAN_______________(NAMA PENGAWAS)   PENGAWAS