web viewnilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah...

8
CONTOH LAPORAN KESAHAN 1.1 Korelasi Item dengan Jumlah Skor dan Antara Item Konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani’ Jadual 1.1 Nilai korelasi item dengan jumlah skor Konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani’ dan antara item It em KJE R b01 b02 b03 b04 b0 5 b0 1 .73 6 ** b0 2 .74 2 ** .52 4 ** b0 3 .84 6 ** .49 8 ** .48 8 ** b0 4 .84 0 ** .51 6 ** .43 1 ** .71 1 ** b0 5 .80 0 ** .45 1 ** .38 6 ** .67 9 ** .69 6 ** ** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2-hujung) Jadual 1.1 menunjukkan semua item dalam konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi dan Rohani’ berkorelasi positif yang kukuh dan signifikan dengan jumlah skor konstruk ‘Kestabilan jasmani, Emosi dan Rohani’. Korelasi yang paling kuat adalah item b03 (0.846), diikuti dengan item b4 (0.840), item b05 (0.800), item b02 (0.742), dan item b01 (0.736).Julat korelasi antara item dengan jumlah skor konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi dan Rohani’ adalah antara 0.736 hingga 0.846. Didapati juga nilai korelasi antara item menunjukkan semua item berkorelasi secara positif dan adalah signifikan pada aras 0.01. CONTOH LAPORAN KEBOLEHPERCAYAAN Jadual 2.2 Nilai Kebolehpercayaan Cronbach alpha dan julat nilai korelasi antara item bagi konstruk IKKPK

Upload: nguyendang

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewNilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada ... Perbandingan persepsi guru terhadap

CONTOH LAPORAN KESAHAN

1.1 Korelasi Item dengan Jumlah Skor dan Antara Item Konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani’

Jadual 1.1 Nilai korelasi item dengan jumlah skor Konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani’ dan antara item

Item

KJER b01 b02 b03 b04 b05

b01 .736**

 

b02 .742**

.524**

b03 .846**

.498**

.488**

b04 .840**

.516**

.431**

.711**

b05 .800**

.451**

.386**

.679**

.696**

 

** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Jadual 1.1 menunjukkan semua item dalam konstruk ‘Kestabilan Jasmani, Emosi dan

Rohani’ berkorelasi positif yang kukuh dan signifikan dengan jumlah skor konstruk

‘Kestabilan jasmani, Emosi dan Rohani’. Korelasi yang paling kuat adalah item b03

(0.846), diikuti dengan item b4 (0.840), item b05 (0.800), item b02 (0.742), dan item b01

(0.736).Julat korelasi antara item dengan jumlah skor konstruk ‘Kestabilan Jasmani,

Emosi dan Rohani’ adalah antara 0.736 hingga 0.846. Didapati juga nilai korelasi antara

item menunjukkan semua item berkorelasi secara positif dan adalah signifikan pada

aras 0.01.

CONTOH LAPORAN KEBOLEHPERCAYAAN

Jadual 2.2 Nilai Kebolehpercayaan Cronbach alpha dan julat nilai korelasi antara item bagi konstruk IKKPK

Konstruk Item Nilai Korelasi Item yang

diperbetulkan kepada

jumlah skor

Nilai Cronbach Alpha jika

item digugurkan

Nilai Cronbach

Alpha

Bilangan Item

Julat nilai korelasi

antara item

Kestabilan Jasmani, Emosi

b01 .612 .826 0.845 5 0.386-0.711

b02 .543 .855

Page 2: Web viewNilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada ... Perbandingan persepsi guru terhadap

Dan Rohani b03 .749 .789

b04 .733 .792

b05 .681 .807

Secara keseluruhan, apabila konstruk KJER dianalisis untuk menentukan nilai kebolehpercayaan pekali Cronbach Alpha didapati bahawa nilainya adalah 0.845, iaitu suatu nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi dan baik. Jadual 2.2 menunjukkan bahawa nilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah dalam julat 0.543 hingga 0.749. Nilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada jumlah skor. Dalam kajian ini, didapati nisbah ini adalah besar daripada 0.3. Ini menunjukkan bahawa konstruk yang diukur adalah mempunyai korelasi yang baik dengan jumlah skor. Nilai korelasi antara item adalah antara 0.386 hingga 0.846. Ini menunjukkan korelasi yang kuat antara item yang terdapat dalam konstruk KJER yang digunakan dalam instrumen ini. Korelasi antara item bagi setiap item adalah positif.

CONTOH PELAPORAN UJIAN-T

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Hipotesis:

Ho : µ1 = µ2

HA : µ1 ≠ µ2

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

HA : Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua kanan (keseluruhan) berdasarkan jantina

Jantina Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap

SignifikanLelaki 549 4.264 0.581 0.801 0.423Perempuan 662 4.290 0.554    

Page 3: Web viewNilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada ... Perbandingan persepsi guru terhadap

Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi

pengetua kanan (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (M=4.264, SP=0.581)

adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (M=4.290, SP=0.554).

CONTOH PELAPORAN ANOVA SEHALA

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru. (Catatan: Kumpulan guru: 1-10 tahun; 11-20 tahun; dan 21 tahun ke atas).

Hipotesis:

Ho : µ1 = µ2 = µ3

HA : µ1 ≠ µ2 ≠ µ3

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru.

HA : Terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru.

Jadual 1. Taburan Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Pengalaman Mengajar Bilangan (N) Skor Min Sisihan Piawai

1-10 tahun 481 4.199 .574

11-20 tahun 474 4.321 .569

21 tahun ke atas 255 4.348 .529

Jumlah 1210 4.278 .566

Jadual 2. Ujian ANOVA Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua CemerlangPersepsi Kualiti Peribadi Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru

Jumlah Kuasa Dua

Darjah Kebebasan

Min Kuasa Dua

Nilai F Signifikan

Antara Kumpulan 5.176 2 2.588 8.168 .000

Page 4: Web viewNilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada ... Perbandingan persepsi guru terhadap

Dalam Kumpulan 382.461 1207 .317

Jumlah 387.638 1209      

Jadual 3. Keputusan Ujian Post Hoc Scheffe Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Pengalaman Mengajar Guru Perbezaan Min Ralat Piawai Signifikan

1-10 tahun 11-20 tahun -.123 .036 .004

11-20 tahun 21 tahun ke atas -.027 .044 .826

21 tahun ke atas 1-10 tahun .150 .044 .003

Berdasarkan Jadual 2, didapati terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti

peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru (F(2,

1207)=8.168; p<0.05). Persepsi guru yang berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun

(M=4.321, S.P=0.569) dan guru yang berpengalaman mengajar 21 tahun ke atas (M=4.348,

S.P=0.529) lebih tinggi berbanding guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun

(M=4.199, S.P=0.574). Walaubagaimanapun, skor min persepsi guru yang berpengalaman

mengajar 11 hingga 20 tahun dan guru yang berpengalaman mengajar 21 tahun ke atas tidak

berbeza secara signifikan. Walaupun keputusan ujian Anova Sehala tersebut adalah signifikan

secara statistik, perbezaan sebenar dalam skor min antara kumpulan agak kecil. Kesan saiz

yang dikira menggunakan Eta kuasa dua adalah 0.013.

CONTOH PELAPORAN ANOVA DUA HALA

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua dan jantina guru?

Hipotesis:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua.

HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua.

Page 5: Web viewNilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada ... Perbandingan persepsi guru terhadap

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina guru.

HA2: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina guru.

Ho3: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

HA3: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

Jadual 1. Perbandingan Skor Min Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan Berdasarkan Jantina Guru dan Jantina Pengetua

Jantina Pengetua

Jantina Guru Min Sisihan

Piawai Bil (N)

Lelaki

Lelaki 4.321 .619 230

Perempuan 4.223 .548 319

Total 4.264 .580 549

Perempuan

Lelaki 4.418 .525 209

Perempuan 4.232 .558 453

Total 4.290 .554 662

Total

Lelaki 4.367 .578 439

Perempuan 4.228 .554 772

Total 4.279 .566 1211

Jadual 2. Ujian ANOVA Dua Hala Perbandingan Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan Berdasarkan Jantina Pengetua dan Jantina Guru

Kesan UtamaJumlah Kuasa Dua

dkMin

Kuasa Dua

Nilai FTahap

Signifikan* (p)

Jantina Pengetua .763 1 .763 2.415 .120

Jantina Guru 5.575 1 5.575 17.641 .000

JantinaPengetua * JantinaGuru .537 1 .537 1.699 .193

Ralat 381.429 1207 .316

Page 6: Web viewNilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada ... Perbandingan persepsi guru terhadap

Jumlah 387.872 1210     

*Nilai adalah signifikan apabila p<0.01

Catatan: Keputusan Levene’s Test mendapati bahawa p=0.016 (p<0.05), maka, pada jadual ANOVA kita perlu melaporkan nilai signifikan pada p<0.01.

Pelaporan Ujian ANOVA Dua Hala:

Berdasarkan Jadual 2, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua (F(1, 1207)=2.415, p=0.120), di mana kesan saiz adalah kecil (eta kuasa dua=0.02). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua lelaki dan pengetua perempuan adalah sama.

Perbandingan persepsi guru terhadap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina, didapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina guru (F(1, 1207)=17.641, p=0.000), walau bagaimanapun kesan saiz adalah kecil (eta kuasa dua=0.014). Guru lelaki memberikan persepsi yang lebih tinggi (min=4.321) berbanding guru perempuan (min=4.223) terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan lelaki. Seterusnya, guru lelaki turut memberikan persepsi yang lebih tinggi (min=4.418) berbanding guru perempuan (min=4.232) terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan perempuan. Ini bermakna guru lelaki menilai tahap kualiti peribadi pengetua kanan lebih tinggi berbanding guru perempuan sama ada bagi pengetua lelaki mahupun pengetua perempuan.

Berdasarkan Jadual 2 juga, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dengan jantina guru ke atas persepsi terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan (F(1, 1207)=1.699, p=0.193). Rajah 1 menunjukkan graf kesan interaksi antara jantina pengetua dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

Rajah1. Graf Kesan Interaksi Jantina Pengetua dan Jantina Guru Terhadap Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan