borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf fileyang bertajuk “lukisan...

24
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN (LUKISAN PERSILANGAN) SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya HAINOL AKBAR BIN ZAMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia. 2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Kampung Pasir Kubu, Pulau Tiga PROF. MADYA. Dr. RIO SUMARNI BTE Kiri, 36800 Kampung Gajah SHARIFFUDIN Perak Tarikh : 14 April 2006 Tarikh : 14 April 2006

Upload: dangngoc

Post on 18-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA

BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN

(LUKISAN PERSILANGAN)

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya HAINOL AKBAR BIN ZAMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia.

2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tanda (√)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

Kampung Pasir Kubu, Pulau Tiga PROF. MADYA. Dr. RIO SUMARNI BTE Kiri, 36800 Kampung Gajah SHARIFFUDIN Perak Tarikh : 14 April 2006 Tarikh : 14 April 2006

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : …………………………………………………

Nama Penyelia : Prof Madya. Dr Rio Sumarni Bte Shariffudin

Tarikh : 14 hb April 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA

BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN

(LUKISAN PERSILANGAN)

HAINOL AKBAR BIN ZAMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………………………………….

Nama Penulis : HAINOL AKBAR BIN ZAMAN

Tarikh : 14 hb April 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala

pujian dan kesyukuran atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Allah Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda tersayang

Hj Zaman bin Mohd Nasir dan bonda Hjh Azizah binti Uda Bidin.

Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan kepada diri ini, akan

dijadikan landasan buat menempuh rintangan dan dugaan hari mendatang. Tidak

terbalas oleh ku segala budi yang telah kalian curahkan kepada ku hanya kejayaan

anakmu ini yang dapat ku berikan sebagai hadiah buat ibunda dan ayahanda.

Yang teristimewa isteri tercinta

Norazanani binti Tajuddin

Pengorbanan, ketabahan, sokongan dan kesetiaan mu,

tiada ternilai bagi ku, terima kasih yang tidak terhingga, kau bagaikan sinaran pagi

yang pasti hadir menyinari perjalanan disepanjang perjuanganku

kejayaan ini, adalah lambang kasih dan keunggulan mu.

Tidak lupa juga buat

arwahayahanda dan ibu mertua, kakak serta adik-adikku

yang banyak memberi dorongan dan sokongan serta sentiasa mendoakan

kejayaanku.

Terima kasih atas segalanya.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita semua.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”. Segala

pujian dan kesyukuran atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Allah Muhammad S.A.W.

Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan

keizinanNya kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagai mana yang

dikehendaki . Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih ingin saya

rakamkan buat Penyelia Tesis, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bte. Shariffudin selaku

penyelia projek di atas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna sepanjang

bersama beliau menyiapkan Projek Sarjana Muda iaitu sebuah perisian multimedia

yang bertajuk “Lukisan Persilangan”.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan Projek Sarjana

Muda ini.

Terima kasih buat semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

v

ABSTRAK

Penggunaan bahan berunsur multimedia di dalam bidang pendidikan telah

menjadi satu kaedah pembelajaran pada masa kini. Ekoran dari perkembangan yang

pesat ini, maka perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah

dihasilkan. Walaupun terdapat pelbagai perisian multimedia pada masa kini namun

untuk mendapatkan perisian multimedia yang berteraskan tempatan amatlah terhad

seperti perisian Lukisan Kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, pembinaan perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk

Lukisan Persilangan akan menambahkan lagi perisian yang sedia ada. Perisian ini

dibangunkan dengan menggabungkan beberapa perisian lain seperti Macromedia

Flash MX, Microsoft Window XP, Adobe Photoshop 7, Paint Brush, Swish Max dan

Sound Forge. Perisian yang telah dipakejkan di dalam sekeping cakera padat (CD)

dan diformat secara ‘autorun’ ini akan membantu memudahkan pengguna untuk

melayari perisian ini. Perisian ini juga boleh beroperasi dengan capaian bebas yang

mana pengguna bebas untuk memilih paparan yang dikehendaki dengan hanya satu

klikan pada butang sahaja. Semoga dengan terhasilnya perisian ianya diharapkan

dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan negara

kita.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

vi

ABSTRACT

The use of multimedia in the field of education has become one of the

learning approaches currently in use.This triggered teaching and leaning using

computers. Although there are ample multimedia softwares, the availability of local

software is still limited especially in to Engineering Drawing . Therefore, the

development of this Computer Assisted Learning (CAL) software for Engineering

Drawing subject, focusing on Intersection Drawing will make available more

software that may be used as a teaching and learning tool. This software was

developed using several softwares such as Macromedia Flash MX, Microsoft

Window XP, Adobe Photoshop 7, Paint Brush, Swish Max and Sound Forge. The

software developed was presented in the form of a CD and formatted as ‘autorun’ in

order to be user friendly. This Software may be accessed easily whereby user can

choose the desired display just by clicking the buttons. It is hoped that this software

could contribute to the development of our present education.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.7 Skop Kajian 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

viii

1.8 Definasi Terminologi 8

1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) 9

1.8.2 Multimedia 9

1.8.3 Perisian 9

1.8.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 9

1.8.5 Pelajar 10

1.8.6 Pengajaran 10

1.8.7 Pembelajaran 10

1.8.8 Alat Bantu Mengajar (ABM) 10

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pembelajaran Berbantu Komputer 12

2.3 Jenis-jenis Pendekatan PBK 13

2.3.1 Latih Tubi 13

2.3.2 Tutorial 13

2.3.3 Permainan Berpendidikan 14

2.3.4 Penyelesaian Masalah 14

2.4 Definasi Multimedia 14

2.5 Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan 15

2.6 Elemen-elemen Multimedia 16

2.6.1 Teks 16

2.6.2 Grafik 17

2.6.3 Audio 17

2.6.4 Animasi 18

2.6.5 Video 18

2.7 Unsur-unsur Penting bagi Menghasilkan Suatu Perisian

Multimedia yang Baik. 19

2.8 Kelebihan Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan 19

2.8.1 Komunikasi Maklumat yang Efektif 19

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

ix

2.8.2 Format yang Interaktif dan Merangsang 20

2.8.3 Memudahkan dan Mempercepatkan Proses

Pengajaran dan Pemelajaran 20

2.8.4 Membolehkan Pelajar-pelajar Mengikut Mereka

Sendiri 20

2.8.5 Menggalakkan Pembelajaran Kendiri 21

2.8.6 Meningkatkan Minat dan Motivasi 21

2.9 Teori Pembelajaran 21

2.9.1 Teori Konstruktivisme 22

2.9.2 Teori Tingkah Laku 23

2.9.3 Teori Kognitif 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Model Reka Bentuk Perisian 27

3.3 Fasa Analisis 27

3.4 Fasa Reka Bentuk 29

3.4.1 Pembentukan Objektif Pengajaran 29

3.4.2 Pembentukan Item Soalan atau Ujian 31

3.4.3 Strategi Teori Pengajaran yang Digunakan 31

3.4.4 Kesesuaian Elemen Multimedia 31

3.4.4.1 Teks 32

3.4.4.2 Grafik 32

3.4.4.3 Audio 33

3.4.4.4 Animasi 34

3.5 Fasa Pembangunan 34

3.5.1 Spesifikasi Peralatan 35

3.5.1.1 Perkakasan 35

3.5.1.2 Perisian yang Digunakan 35

3.5.2 Papan Cerita 36

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

x

3.5.3 Carta Alir Reka Bentuk Perisian 36

3.6 Fasa Perlaksanaan 44

3.7 Fasa Penilaian 44

3.7.1 Penilaian Formatif 44

3.7.2 Penilaian Sumatif 45

3.7.2.1 Instrumen Penilaian 45

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Pakej Perisian 46

4.3 Panduan Pengguna 47

4.4 Bahagian Montaj 47

4.5 Paparan Menu Utama 48

4.6 Paparan Halaman Objektif 48

4.7 Paparan Halaman Pengenalan 49

4.8 Paparan Halaman Konsep Persilangan 50

4.9 Cara Menentukan Garisan dan Lengkung Persilangan 52

4.9.1 Kaedah Pandangan Pinggir 52

4.9.2 Kaedah Satah Pemotongan 54

4.10 Aplikasi Lukisan Persilangan 56

4.10.1 Bongkah Prisma 56

4.10.2 Bongkah Silinder 58

4.10.3 Bongkah Piramid 59

4.11 Paparan Latihan 61

4.11.1 Latihan 1 61

4.11.2 Latihan 2 62

4.12 Paparan Keluar 63

4.13 Penilaian Perisian 64

4.14 Kesimpulan 69

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 70

5.2 Perbincangan 70

5.3 Rumusan 72

5.4 Cadangan 73

5.5 Penutup 74

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN : Borang Soal Selidik 79

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Soalan-soalan Item 30

3.2 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga

Mata

45

4.1 Peratusan Item Struktur Pengajaran dan

Pembelajaran

65

4.2 Peratusan Item Rekabentuk Persembahan 66

4.3 Peratusan Item Rekabentuk Interaksi 67

4.4 Peratusan Item Kandungan Perisian 68

4.5 Peratusan Item Bahasa 68

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Konsep Pengajaran Terancang oleh Skinner 24

3.1 Model reka bentuk Instruksi Bersistem ADDIE 27

3.2 Carta Alir Menu Utama Lukisan Persilangan 37

3.3 Carta Alir Halaman Pengenalan 38

3.4 Carta Alir Halaman Objektif 39

3.5 Carta Alir Halaman Konsep 40

3.6 Carta Alir Halaman Garisan dan lengkung 41

3.7 Carta Alir Halaman Aplikasi 42

3.8 Carta Alir Halaman Latihan 43

4.1 Paparan Bahagian Montaj 47

4.2 Paparan Halaman Menu Utama 48

4.3 Paparan Halaman Objektif 49

4.4 Animasi Kon dengan Silinder 49

4.5 Animasi Kon dengan Prisma 50

4.6 Animasi Piramid dengan Prisma 50

4.7 Paparan Halaman Konsep Persilangan 51

4.8 Paparan Halaman Garisan dengan Garisan 51

4.9 Paparan Halaman Garisan dengan Satah 51

4.10 Paparan Halaman Satah dengan Satah 52

4.11 Paparan Halaman Kaedah Pandangan Pinggir 53

4.12 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 53

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

xiv

4.13 Paparan Halaman Kaedah Satah Pemotongan 54

4.14 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 5 55

4.15 Paparan Halaman Bongkah Prisma 56

4.16 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 57

4.17 Paparan Halaman Bongkah Silinder 58

4.18 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 59

4.19 Paparan Halaman Bongkah Piramid 60

4.20 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 61

4.21 Paparan Halaman Latihan 1 61

4.22 Paparan halaman jawapan Latihan 1 62

4.23 Paparan Halaman Latihan 2 62

4.24 Paparan Halaman Jawapan Latihan 2 63

4.25 Paparan Halaman Penghargaan 63

4.26 Paparan Halaman Keluar 64

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A BORANG SOAL SELIDIK 79

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu

yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika

dan Eropah sejak awal tahun 60an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam

menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks

pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan

pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran

pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Meninjau kemampuan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,

mendapati bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam

pengajarannya boleh dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai bakat dan

kebolehan tambahan. Ianya merupakan suatu kelebihan pada seseorang guru yang

dapat mempelbagaikan teknik pengajaran bagi meningkatkan minat pelajar dalam

sesuatu bidang pelajaran.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu

daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu

yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan

penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 2001).

Dalam bidang pendidikan di Malaysia beberapa perubahan dan pembaharuan

dilaksanakan dengan memberi penekanan yang lebih mendalam kepada penggunaan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

2

komputer dalam membantu mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ini disokong oleh Edward (1989) menyatakan komputer bukan hanya sekadar

sebagai satu alat yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tetapi berupaya

untuk memperkembangkan keupayaan untuk belajar dan keupayaan guru untuk

mengajar.

Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan guru

kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-lebih lagi setelah wujudnya

projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem pengurusan

sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Implikasi gabungan pengajaran dan

pembelajaran berbantu komputer (PPBK) dan multimedia boleh mengoptimunkan

keberkesanan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Gabungan serta kesepaduan di antara teknologi komputer dengan teknologi

multimedia merupakan satu langkah untuk mengintegrasikan teknologi pendidikan

dalam strategi pengajaran dan pembelajaran di setiap institusi pengajian di Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam sistem pendidikan masa lalu, kaedah pengajaran tradisional yang

menggunakan kapur dan papan tulis kini tidak lagi menjadi tarikan kepada pelajar.

Justeru itu, objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran sudah pasti tidak

dapat dicapai. Pembelajaran yang berbentuk interaktif dan melibatkan pembelajaran

dua hala, menghendaki satu kaedah baru dan terkini. Pengajaran menggunakan

kaedah tradisional amat sukar menerangkan isi pelajaran rumit. Hanya pelajar yang

mempunyai imaginasi yang tinggi sahaja yang mampu menghayati pelajaran yang

disampaikan oleh guru dengan kaedah tradisional manakala yang lain akan merasa

tersisih dan bosan.

Menurut Okey, J. et. al (1985), antara beberapa sebab mengapa keciciran

pelajar dalam pembelajaran ialah penggunaan bahan pembelajaran yang kurang

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

3

terangsang, persekitaran pembelajaran yang kurang memberansangkan dan

ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru.

Terdapat pelbagai kaedah dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan supaya bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar

untuk terus belajar. Salah satu daripada kaedah yang sesuai digunakan pada masa

kini adalah menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Multimedia berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh

yang panjang dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding

kaedah tradisi (Ng dan Komiya, 2000; Hofstetter, 1995).

Penggunaan ABM yang berkonsepkan multimedia, mampu membantu guru

untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

dalam Lukisan Persilangan kepada para pelajar. Dengan bantuan multimedia dalam

proses pengajaran dan pembelajaran akan memudahkan murid memahami konsep

lukisan persilangan yang hendak disampaikan oleh guru. Menurut (Mayes, 1992),

simulasi berkomputer mampu untuk meningkatkan motivasi, mengurangkan

berlakunya salah konsep dalam pembelajaran, mengintegrasikan informasi dengan

berkesan serta meningkakan peluang berlakunya pembelajaran yang lebih bermakna.

Guru pada kebiasaanya mengajar Lukisan Kejuruteraan dengan mengunakan

alat bantuan mengajar daripada contoh-contoh objek yang sebenar yang kadangkala

sukar untuk dibawa ke bilik darjah untuk sesi pengajaran. Ini disebabkan oleh

kepelbagaian bentuk objek dan saiz objek yang hendak ditunjukkan. Dengan

bantuan perisian multimedia masalah guru dalam penyediaan alat bantu mengajar

Lukisan Kejuruteraan khususnya bagi Lukisan Persilangan dapat diatasi. Melalui

perisian multimedia guru mampu menunjukkan paparan objek dalam keadaan 3-D

dan diputarkan pada arah pandangan yang berbeza.

Menurut Crosley (1988) komputer mampu untuk membina lukisan perspektif

dengan cepat dan berupaya untuk menghasilkan lukisan binaan dengan tepat serta

dapat menghasilkan persembahan yang menarik.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

4

Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan

juga banyak menjimatkan masa pengajaran guru. Kaedah lama di mana guru

mengambil masa yang panjang untuk melakar sesuatu lukisan di papan putih.

Pengurusan masa pengajaran adalah sangat penting bagi memastikan objektif

pengajaran dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Dengan adanya perisian

multimedia guru hanya perlu menyediakan lakaran lukisan di rumah dan di paparkan

pada pelajar dengan menggunakan peralatan input pada komputer.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang

memerlukan permahaman konsep yang jelas dan tahap visualisasi yang tinggi.

Kelemahan pelajar dalam membentuk konsep yang tepat menyebabkan pelajar tidak

mampu menggambarkan dan menyelesaikan masalah dalam lukisan dengan betul.

Dengan bantuan perisian multimedia masalah pemahaman konsep dan kelemahan

dalam visualisasi dapat diatasi.

Oleh itu, pembinaan perisian multimedia akan memberikan lebih banyak

pilihan kepada guru mahupun pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian oleh PM Dr Rio Sumarni Shariffudin (1996) menunjukkan

kesanggupan guru untuk membina perisian adalah tidak menggalakkan. Ini mungkin

menjadi salah satu faktor punca kekurangan perisian tempatan, khususnya bagi mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, wajarlah bagi penyelidik

untuk membangunkan perisian aplikasi multimedia bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan khususnya perisian Lukisan Persilangan, di mana ia masih tiada lagi di

pasaran. Dengan terbinanya perisian ini pelajar akan mudah memahami tajuk

Lukisan Persilangan dengan jelas tanpa bantuan guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Bagi memastikan kualiti sistem pendidikan di Malaysia adalah setanding

dengan sistem pendidikan di negara maju, kementerian pendidikan seharusnya

menggalakkan setiap guru mempunyai sikap ingin maju bersama arus Teknlogi

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

5

Maklumat. Guru seharusnya boleh menerima perubahan kaedah pengajaran dan

pembelajaran dari kaedah tradisional kepada kaedah perisian multimedia yang dapat

menggabungkan animasi, video, bunyi dan simulasi bagi membolehkan pelajar

mengikuti medium interaktif yang terbaik.

Dalam pembelajaran lukisan kejuruteraan, proses mevisualisasi adalah satu

perkara yang amat sukar bagi pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang rendah.

Oleh itu dengan bantuan elemen-elemen yang terkandung dalam multimedia mampu

membantu seorang pelajar melakukan proses visualisasi. Menurut Hana (1999), sifat

semula jadi media yang menyokong proses interaksi, secara tidak langsung mampu

membantu pelajar dalam membentuk kefahaman terhadap sesuatu konsep, proses dan

idea dengan lebih pantas dan jelas.

Pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah tradisional yang banyak

menggunakan carta atau gambar yang statik kurang memberikan kesan terhadap

pembelajaran. Dengan kaedah ini tidak semestinya semua pelajar dapat menerimanya

dan ia serba sedikit akan menjejaskan minat pelajar untuk memberi perhatian

terhadap tajuk yang diajar.

Ini disokong oleh Okey (1985), yang menyatakan bahawa faktor-faktor yang

membolehkan pelajar hilang minat terhadap pelajaran adalah seperti persekitaran, isi

kandungan tidak bersesuaian, bahan pengajaran tidak menepati objektif pengajaran,

organisasi, pendekatan pengajaran yang statik dan pembelajaran yang kurang

memuaskan.

Kaedah pembelajaran kendiri yang diterapkan ke dalam perisian multimedia

dapat mencetuskan minat di dalam diri pengguna untuk mengkaji perisian secara

sendiri.

Menurut Mohammad A. et al. (1999) kaedah pembelajaran kendiri adalah

satu kaedah pembelajaran yang memberikan autonomi atau kebebasan kepada pelajar

untuk mengikuti pembelajaran tanpa kawalan berterusan dari guru.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

6

Perisian PPBK memerlukan penglibatan pelajar secara aktif mengaplikasikan

pengetahuan dalam membina realiti diri sendiri . PPBK tradisional menekankan

kepada pendekatan yang sistematik berdasarkan kepada satu set prinsip rekabentuk

pengajaran. (Bolye, 1997:67).

Menurut Jonassen et. al (1993), pembentukan pengetahuan adalah

berdasarkan pemprosesan fikiran yang aktif tentang sesuatu persepsi yang dibuat.

Jadi, untuk dapat membina konsep baru atau untuk menguasai kemahiran baru,

pelajar itu perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Nik Aziz

(1992).

Pembinaan perisian multimedia khususnya dalam versi Bahasa Malaysia

amat kurang di pasaran. Ini bertepatan dengan kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996)

yang mendapati bahawa kebolehdapatan perisian di peringkat sekolah adalah kurang.

Sehubungan dengan itu, wajarlah penyelidik membangunkan perisian

berbantukan komputer bagi tajuk Lukisan Persilangan dalam sukatan pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima. Dengan penghasilan perisian multimedia ini

dapat memantapkan pengajaran guru dan mampu meningkatkan tahap kefahaman

pelajar terhadap konsep melukis Lukisan Persilangan.

1.4. Objektif Kajian

Objektif utama projek adalah menghasilkan satu perisian multimedia bagi

tajuk Lukisan Persilangan untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan

Lima . Perisian ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan asas dalam perisian PBK

multimedia kepada guru-guru dan pelajar . Objektif lain projek ini adalah :

i) Membangunkan satu perisian multimedia yang interaktif dalam

bentuk CDROM bagi tajuk “Lukisan Persilangan” dengan

menggunakan versi Bahasa Malaysia.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileyang bertajuk “Lukisan Persilangan”. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat

7

ii) Menilai perisian yang di bangunkan melalui suatu proses penilaian

oleh guru yang pengalaman dalam bidang Lukisan Kejuruteraan.

1.5. Kepentingan Kajian

Perisian multimedia yang dibina ini dijangka akan dapat:

(i) Untuk membantu para pelajar memantapkan dan memahami konsep asas

dalam Lukisan Persilangan.

(ii) Untuk membolehkan pelajar belajar secara kendiri dan berkembang mengikut

tahap keupayaan dan minat pelajar.

(iii) Untuk mengurangkan bebanan guru dan meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

(iv) Membolehkan pelajar mempraktik apa yang diajar pada bila-bila masa dan di

mana-mana sahaja.