persepsi pelajar pkpg terhadap personaliti pelajar … · 2.3.1 teori psikodinamik sigmund freud 19...

24
PERSEPSI PELAJAR PKPG TERHADAP PERSONALITI PELAJAR PERDANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI : SATU TINJAUAN SUZANNE LAONG AK CLEMENT ETAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngokhuong

Post on 07-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI PELAJAR PKPG TERHADAP PERSONALITI PELAJAR

PERDANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM SKUDAI : SATU TINJAUAN

SUZANNE LAONG AK CLEMENT ETAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR PKPG TERHADAP PERSONALITI PELAJAR PERDANA

PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

UTM SKUDAI : SATU TINJAUAN

SUZANNE LAONG AK CLEMENT ETAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

DEDIKASI

To my dearest parents…

Mum, Minah Kemping and Dad Clement Etan,

Thank you so much for all your moral support, prayers and blessings towards my

success…Both of you are the greatest gift I’ve ever had from God…

To my loving sibilings,

Sis Fiona and Bro Kenneth,

Both of you are The Best siblings ever

God Bless you Always…

To my dearest coursemates and friends,

I will always remember our wonderful journey in campus life..

Friendship forever...

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya sebagai penyelidik dalam kajian ini ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Kamalularifin

B.Subari, iaitu selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda saya yang telah banyak

memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan buah fikiran di sepanjang penyediaan

projek saya ini. Penyeliaan beliau yang sangat berharga dan manfaat ini telah banyak

membantu saya dalam memahami pelaksanaan kajian ini.

Disamping itu, penghargaan ini juga ditujukkan kepada semua Pelajar PKPG

Jabatan Teknik dan Kejuruteraan yang telah banyak memberi komitmen yang baik

dan kerjasama yang sepenuhnya semasa menjawab soal selidik.

Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang terlibat dalam

mendidik saya untuk mencapai kejayaan. Terima kasih di atas ilmu yang telah

dicurahkan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek kajian ini.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi guru–guru berpengalaman

terhadap personaliti pelajar perdana Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Aspek personaliti yang

dikaji adalah daripada pengamalan sikap, tingkah laku, cara penampilan dan

kemahiran berkomunikasi. Pembolehubah bersandar adalah persepsi guru

berpengamalan terhadap personaliti dan pembolehubah bebas yang dikenalpasti

adalah empat faktor yang dikaji. Jumlah sampel kajian yang terlibat adalah seramai

80 orang. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan

deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan kekerapan dan

peratusan. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai

dua bahagian yang terdiri daripada Bahagian dan Bahagian B. hasil soal selidik

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

(SPSS) for Windows Version 11.0. Hasil kajian mendapati tahap personaliti pelajar

perdana Penddikan Teknik dan Kejuruteraan secara keseluruhannya adalah pada

tahap sederhana. Bagi meningkatkan lagi tahap pengamalan personaliti dalam diri

guru pelatih, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan yang releven dengan

harapan dapat membantu dan memberi kebaikan kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam profesion perguruan.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigates the perception of experienced

teachers towards the personalities among the Pendidikan Teknik and Kejuruteraan

students from the Faculty of Education, University Technology Malaysia, Skudai,

Johor. The different aspects of personality studied are their attitude, behavior,

presentation of oneself as well as their communication skills. This is a descriptive

case study. The population for this research is 196 teachers whereby 80 of them are

the sample for this particular study. Data for this study was collected through the

distribution of a questionnaire which is divided into two parts, Part A and Part B.

Part A covers the demographics of the respondents while Part B requires the

respondents to answer the questions of the research itself. Respondents are required

to grade their answers according to the Likert Scale In this study, the Statistical

Package For Social Science (SPSS) for Windows Version 11.0 software was used by

the researcher to analyze the results Findings have shown that the personalities

practiced by the Pendidikan Teknik and Kejuruteraan students are at a medium level.

The researcher has given several relevant suggestions on how to increase the

personalities practiced by the trainee teachers with the hope that it will help and

benefit all those involved in the teaching profession, whether directly or indirectly.

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

viii

1.6.1 Mahasiswa 7

1.6.2 Fakulti 8

1.6.3 Pensyarah 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Kajian 9

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Personaliti 9

1.8.3 Pelajar PKPG 9

1.8.4 Pelajar Perdana 10

1.8.5 Sikap 10

1.8.6 Tingkah Laku 10

1.8.7 Penampilan 10

1.8.8 Komunikasi 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sikap 15

2.3 Tingkah Laku 18

2.3.1 Teori Psikodinamik Sigmund Freud 19

2.3.2 Pendekatan Sosial Erik Erikson 19

2.4 Penampilan 23

2.5 Komunikasi 25

2.5.1 Komunikasi Yang Berkesan 26

2.5.1.1 Mudah Difahami 27

2.5.1.2 Pengaruh Terhadap Sikap 27

2.5.1.3 Tindakan 27

2.5.1.4 Meningkatkan Hubungan 27

ix

2.5.1.5 Menggembirakan 28

2.5.2 Kemahiran Bertutur 28

2.5.3 Teori Komunikasi Interpersonal 29

2.6 Penutup 30

3 METODOLOGI KAJIAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Bahagian A 33

3.4.2 Bahagian B 33

3.4.3 Kesahan 34

3.4.4 Kajian Rintis 35

3.4.5 Prosedur Kajian 36

3.5 Analisis Data 37

3.6 Penutup 38

4 ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden

(Bahagian A) 40

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 41

x

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 41

4.3 Analisis Persoalan Kajian 42

4.4 Analisis Data Persoalan Kajian Satu 42

4.5 Analisis Data Persoalan Kajian Dua 46

4.6 Analisis Data Persoalan Kajian Tiga 49

4.7 Analisis Data Persoalan Kajian Empat 51

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN 55

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan Kajian 55

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian Satu 57

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Dua 59

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga 61

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Empat 63

5.4 Cadangan 66

5.5 Kajian Lanjutan 67

5.6 Kesimpulan 67

BIBLIOGRAFI 69

LAMPIRAN 74

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Lima Kualiti Guru Yang Unggul 21

2.2 Persepsi Guru yang Unggul Mengikut Tahap Pendidikan 22

3.1 Taburan Item Mengikut Setiap Persoalan Kajian 33

3.2 Skala Likert 34

3.3 Nilai Alpha Cronbach 35

3.4 Nilai Penskoran Item 37

3.5 Tahap Analisis Min 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 41

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 41

4.5 Analisis Peratusan Bagi Persepsi Pelajar PKPG

Terhadap Sikap Pelajar Perdana PTK,

Fakulti Pendidikan UTM. 42

xii

4.6 Analisis Peratusan Bagi Persepsi Pelajar PKPG

Terhadap Tingkah Laku Pelajar Perdana PTK,

Fakulti Pendidikan UTM. 46

4.7 Analisis Peratusan Bagi Persepsi Pelajar PKPG

terhadap penampilan pelajar perdana PTK,

Fakulti Pendidikan UTM. 49

4.8 Analisis Peratusan Bagi Persepsi Pelajar PKPG

terhadap kemahiran berkomunikasi pelajar

perdana PTK, Fakulti Pendidikan UTM. 51

xiii

SENARAI SINGKATAN ISTILAH PTK Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru SPSS Statistical Package For Social Science UTM Universiti Teknologi Malaysia BIL Bilangan ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

AS - Amat Setuju

% - Peratus

xiv

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT Soal Selidik 74

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu bidang yang berperanan penting dalam

perkembangan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian, perkembangan dalam

bidang pendidikan ini merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam usaha

melahirkan bakal pemimpin berkualiti pada masa akan datang. Dengan ini, kerajaan

telah mengambil langkah-langkah positif dalam usaha memastikan keberkesanan

sistem latihan pendidikan bagi menghasilkan guru yang berkualiti dan boleh

menentukan pendidikan di sekolah berjalan dengan berkesan, tersusun dan

memenuhi matlamat falsafah yang dibentuk. Kursus pendidikan yang merupakan

latihan secara formal untuk menghasilkan pendidik dilaksanakan bagi memenuhi

falsafah dan dasar pendidikan kebangsaan.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, usaha pendidikan adalah

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, beketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

Negara. Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, rakyat perlu

memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan

mengamalkannya dalam kehidupan harian. Oleh itu, bakal guru haruslah

melengkapkan diri mereka dengan personaliti yang cemerlang agar selaras dengan

2

profesion mereka sebagai mentor dan pendidik apabila mereka mengajar di sekolah

pada masa hadapan.

Dengan itu, asas kepada guru yang hebat adalah guru yang mempunyai

personaliti menakjubkan (Pat Conroy, 1982). Dengan ini, bakal guru perlu

melengkapkan diri dengan personaliti dan sahsiah yang baik dari segi pemakaian,

pertuturan, tingkah laku dan sikap diri mereka agar dapat dijadikan teladan kepada

generasi yang bakal dididik pada masa hadapan. Ini kerana, personaliti guru yang

menarik dapat mencerminkan keperibadian yang tinggi nilainya di mata masyarakat,

khususnya di kalangan pelajar sekolah.

Personaliti atau imej yang baik dapat membantu seseorang dipandang segak

dan menarik. Menurut Fatimah (1992), seseorang yang berpersonaliti dapat menarik

perhatian umum dan selalunya berjaya dalam apa saja bidang yang diceburinya.

Menurut Ee Ah Meng (1994) pula, personaliti adalah corak keseluruhan seseorang

individu yang merangkumi cara berfikir, perasaan, tingkah laku dan cara berhubung

dengan alam sekitar. Beliau turut menyatakan bahawa personaliti juga adalah

merujuk kepada pembentukkan psikologi seseorang individu secara keseluruhan.

Secara umunya ahli-ahli psikologi bersetuju bahawa personaliti adalah

gambaran tingkah laku yang tekal dan stabil dalam menghadapi persekitaran. Pervin

(1975), mentakrifkan personaliti sebagai ‘cara individu berinteraksi di antara satu

sama lain atau juga dalam bentuk peranan yang dikatikan atau diamalkan oleh

seseorang individu dalam masyarakat. Menurut Eysenck (1987) pula, personaliti

ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang

menentukan penyesuaiannya yang unik dengan persekitaran.

1.2 Latar belakang masalah

Sikap kendiri bakal guru mencerminkan kesungguhan dan tanggungjawab

mereka terhadap profesion perguruan dan ini bermaksud mereka memikul

3

tanggungjawab yang penting dalam membentuk generasi baru. Menurut bekas

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan meletakkan harapan yang

tinggi kepada guru untuk melahirkan bangsa yang berjaya serta menjadikan Malaysia

sebagai negara maju.

Didapati bahawa sikap pelajar yang bakal menjadi warga pendidik masih

belum trampil semasa menuntut di institusi pengajian tinggi dapat dilihat semasa

mereka sedang menjalani latihan mengajar disekolah. Kenyataan ini dibuktikan oleh

Abu Zahari (1987), yang menyatakan bahawa guru pelatih UTM kurang

berketrampilan dengan tugasnya.

Kewibawaan guru pelatih sering dikritik dalam menjalankan tugas dengan

kurang berkesan. Pernyataan ini disokong oleh Abu Hassan Kassim (1998) iaitu,

guru pelatih UTM kurang “competence” dalam menjalankan tugasnya.

Dalam kajian Nur Arina Idris (2002), pada hari ini kebanyakkan pelajar

Institusi Pengajian Tinggi tidak lagi menekankan soal berpakaian, di mana mereka

bebas berpakaian tidak kemas dan menjolok mata, merokok dalam kawasan

universiti, tidak berpersonaliti mengikut peraturan yang telah ditetapkan, tidak

menepati masa serta bergaul secara bebas di antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan.

Pembentukkan sahsiah diri pelajar yang tidak berpesonaliti semasa menuntut

di universiti akan mendatangkan masalah kepada diri mereka dan pihak sekolah

semasa mereka menjalani latihan mengajar atau bekerja di sekolah nanti. Ini

bertepatan dengan kajian oleh Azwan (1997), terdapat kes-kes guru pelatih yang

tidak berdisiplin, seperti berambut panjang, datang lambat, dan berpakaian tidak

sesuai dengan profesion perguruan. Masalah ini juga agak sinonim dengan dapatan

sumber daripada (Pendidik, Nov-Dis 2004) yang menyatakan, masalah guru yang

terlibat dengan pelbagai tingkah laku yang tidak bermoral, bersikap panas baran

sehingga mendera pelajar, berpenampilan selekeh, berambut panjang , merokok di

hadapan pelajar, datang lewat dan ponteng kelas.

4

Menurut Yusliha (2001), terdapat guru yang berkelakuan ‘kurang sopan’ dan

ini menyebabkan masyarakat luar tidak teragak-agak untuk melemparkan tuduhan

kepada guru-guru tersebut. Hal ini amat memalukan lebih-labih lagi guru telah

digambarkan sebagai seorang insan yang boleh dipercayai oleh masyarakat

khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah.

Dalam dapatan kajian yang dijalankan oleh Kek Tze Ying (2004), pelajar

lelaki atau perempuan di Fakulti Pendidikan gemar memakai kemeja ‘T’ tidak

berkolar semasa menghadiri kuliah walaupun telah bercanggah dengan Tatacara

Pakaian Pelajar UTM. dengan alasan, kemeja “T” tidak berkolar lebih selesa dan

tidak panas serta lebih berfesyen, moden dan pelbagai. Pengamalan penampilan diri

yang kurang sesuai ini secara tidak langsung membuktikan pelajar di Fakulti

Pendidikan tidak menitikberatkan penampilan diri agar sesuai dengan bidang

profesion mereka pada masa hadapan.

Dalam kod etika profesion keguruan, terdapat tatasusila profesion keguruan

yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan dan merupakan landasan dan garis

panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya (Mok Soon Sang, 2002). Oleh

itu, penampilan diri seorang yang bergelar pendidik amat penting dan perlu

dipandang serius oleh semua bakal guru dan guru.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Tarmizi (2003), pelajar Pendidikan

Teknik Dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan menunjukkan kelemahan yang amat

ketara dalam kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan

pendapat Mohd Rahman (Persatuan Pendidikan Malaysia, 2002) yang menyatakan,

mahasiswa menghadapai masalah dalam berkomunikasi seperti tidak suka bersosial

atau bergaul dan tidak suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar. Selain

itu, masalah komunikasi yang lemah lembut serta daya berkomunikasi secara ilmiah

juga merupakan cabaran yang besar bagi mereka yang bergelar bakal guru.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa pembangunan Islam, Pendidikan,dakwah

dan penerangan, penggunaan longhat kelantan oleh guru-guru kelantan didapati

5

menjadi punca kemerosotan pencapaian Bahasa Melayu di kalangan pelajar di negeri

tersebut. Ini menunjukkan bahawa sebutan yang betul dan jelas amat penting bagi

mengelakkan berlakunya salah tafsir oleh pelajar-pelajar terhadap isi pelajaran

seseorang guru tersebut. Dengan itu, suara yang lantang, sebutan yang betul dan

teknik penyampaian yang baik amat penting untuk mengelakkan berlakunya salah

tafsiran pelajar terhadap isi pelajaran yang akan disampaikan.

Sehubungan itu, pertuturan, tingkah laku,cara berpakaian dan sikap kendiri

bakal guru akan mencerminkan diri mereka yang sebenar. Menurut Nurfadilah

(2004), guru yang mempunyai personaliti yang tinggi, sentiasa menjaga nama baik

dan tingkah laku serta buah percakapan mereka supaya sentiasa sedap dipandang dan

didengar. Ini jelas membuktikan bahawa seorang bakal guru yang berpersonaliti baik

perlu sentiasa menjaga imej mereka sama ada dari segi tingkah laku mahupun cara

pertuturan dalam kehidupan harian.

1.3 Pernyataan masalah Personaliti sangat penting kerana melalui personaliti seseorang itu berjaya

mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi.

Selain itu, personaliti juga merujuk kepada kesan yang diberikan oleh seseorang

tentang dirinya kepada orang lain. Bryson (1993) berpendapat, perkataan ‘personaliti

‘tiada definisi yang menyeluruh dan diterima dalam masyarakat ahli psikologi.

Justeru itu, pengkaji telah mengkaji persepsi pelajar PKPG terhadap

personaliti pelajar perdanaTeknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.

6

1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau:

1.4.1 Persepsi pelajar PKPG terhadap sikap pelajar perdana PTK Fakulti

Pendidikan UTM.

1.4.2 Persepsi pelajar PKPG terhadap tingkah laku pelajar perdana PTK Fakulti

Pendidikan UTM.

1.4.3 Persepsi pelajar PKPG terhadap penampilan pelajar perdana PTK Fakulti

Pendidikan UTM.

1.4.4 Persepsi pelajar PKPG terhadap tahap kemahiran berkomunikasi pelajar

perdana PTK Fakulti Pendidikan UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Selari dengan objektif di atas, terdapat beberapa persoalan kajian yang

digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklum balas daripada responden:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap sikap pelajar perdana PTK Fakulti

Pendidikan UTM?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap tingkah laku pelajar perdanaPTK

Fakulti Pendidikan UTM?

1.5.3 Apakah persepi pelajar PKPG terhadap penampilan pelajar perdana PTK

Fakulti Pendidikan UTM?

7

1.5.4 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap kemahiran berkomunikasi pelajar

perdana PTK Fakulti Pendidikan UTM?