borang pengesahan status tesis · ( 4 spt-pkpg) kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ......

30
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP MINAT, SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN PENGAJARAN GURU OLEH PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO. 42 JALAN HAMPARAN BUMI, KAMPUNG BUKIT NENASI, 21060 KUALA TERENGGANU. Tarikh : 09 APRIL 2009 (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA DR. BAHRIN BIN ABU NAMA PENYELIA Tarikh : 09 APRIL 2009

Upload: others

Post on 20-Jan-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP MINAT, SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN

PENGAJARAN GURU OLEH PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : NO. 42 JALAN HAMPARAN BUMI, KAMPUNG BUKIT NENASI, 21060 KUALA TERENGGANU. Tarikh : 09 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. MADYA DR. BAHRIN BIN ABU NAMA PENYELIA

Tarikh : 09 APRIL 2009

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti

untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan

Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : PM. DR. BAHRIN BIN ABU

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

TAHAP MINAT, SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN PENGAJARAN

GURU OLEH PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH

DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP MATA PELAJARAN

MATEMATIK TAMBAHAN

MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

ii  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penyelidik : MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

iii  

DEDIKASI

Buatmu bonda yang tersayang,

( Fatimah binti Daud )

Doa, nasihat dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini.

Buatmu kekanda yang disayangi,

( Suhaimi, Rohani, Ramli dan Munirah )

Kalian amat bermakna dalam diri ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua.

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

( Prof. Madya Dr. Bahrin bin Abu )

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang diberikan

tidak akan dilupakan.

Buat teman-teman yang dirindui,

( 4 SPT-PKPG )

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenang buat selamanya

Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin

dan bantuan kalian semua.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

iv  

PENGHARGAAN

Setinggi-tingginya penghargaan kepada penyelia projek sarjana

muda, Prof. Madya Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan, dorongan dan

galakan serta nasihat yang diberikan sejak awal kajian ini dirancang

sehinggalah projek ini disempurnakan. Beliau telah banyak memberi

tunjuk ajar dengan penuh kesabaran dalam proses menyiapkan laporan

ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pelajar

tingkatan empat di empat buah sekolah di daerah Johor Bahru yang telah

sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu

menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan

kerjasama daripada semua pihak, projek ini tidak akan disiapkan dengan

sempurna.

Ucapan terima kasih kepada saudara Rohaizad bin Selemin yang

memberi sokongan serta dorongan sepanjang menyediakan projek ini.

Sesungguhnya budi baik beliau sukar untuk dibalas. Semoga beliau

sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

Akhirnya, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam mendorong kejayaan

menghasilkan projek penyelidikan ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

v  

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap sikap belajar pelajar, minat pelajar, masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah Sekolah Di Johor Bahru dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 21 orang pelajar Melayu, 6 orang pelajar Cina dan 3 orang pelajar India. Kajian ini berbentuk deskriptif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen kajian ialah 0.92. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 3 bahagian: Bahagian A (3 item Latar belakang), Bahagian B (50 item objektif) dan Bahagian C (2 item subjektif). Data-data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 13.0 (Statistical Packages For Social Sciences) dan dijelaskan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap sikap belajar pelajar (Min=2.75) tingkatan empat adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat pelajar (Min=2.94) dan penilaian tahap prestasi pengajaran guru (Min=2.90) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap kualiti keperibadian guru (Min=3.35) berada pada tahap tinggi. Kajian mendapati masalah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti penyampaian pengajaran guru,kurangnya latihan, penggunaan bahasa yang terhad, pembahagian masa , minat, dan gangguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Beberapa cadangan dan implikasi kajian juga dibincangkan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

vi  

ABSTRACT

This research aims to investigate students’ interests, student’ attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school in Johor Bahru who are taking the subject Additional Mathematics. The population chosen consisted of 30 students who are currently taking the subject Additional Mathematics in 3 schools in Johor Bahru. The respondents were 21 Malays, 6 Chinese and 3 Indians. The descriptive study was employed in the research. The Cronbach Alpha value for the instrument in was 0.92. This research employed a set of questionnaire consisted of three parts. Part A consisted of items on student’s background, Part B consisted of 50 items which were related to the three objectives of this research, and Part C consisted of 2 open-ended questions. The data collected were analyzed using the Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 13.0 to obtain the percentages, frequency and mean. The study found that the learning interests (mean=2.94), attitudes (mean=2.75), and evaluation on teacher’s teaching performances (mean=2.90) were at moderate levels. However, teacher’s personality recorded a high mean value. This research found that the problems related to teaching and learning were teacher’s teaching performance, the lacked of tutorials, limitation in language usage, times distribution, students’ interests and interruption factors that affect during the teaching and learning process. A number of recommendations and implications of this research were also discussed.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

viii  

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 11

1.9 Definisi Operasi 11

1.9.1 Tahap 11

1.9.2 Sikap 12

1.9.3 Minat 12

1.9.4 Penilaian Pengajaran 13

1.9.5 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 13

1.10 Kesimpulan dan Organisasi Laporan 14

2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Konsep Pembelajaran 15

2.3 Minat dan Sikap Belajar 20

2.4 Kemahiran Belajar 26

2.4.1 Persediaan Diri Pelajar 26

2.4.2 Teknik Mencatat Nota 30

2.4.3 Teknik Mengulangkaji 31

2.4.4 Teknik Membaca 32

2.4.5 Teknik Perbincangan 34

2.4.6 Pengurusan Masa 36

2.4.7 Latihan Pengukuhan 39

2.5 Guru dan Pengajaran 40

2.5.1 Persediaan Pengajaran 42

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

ix  

2.5.2 Penstrukturan dan Penyampaian 42

2.5.3 Pengawasan Suasana 43

2.5.4 Teknologi Pengajaran 45

2.5.5 Kualiti Keperibadian 49

2.5.6 Kemahiran Komunikasi 50

2.6 Masalah-Masalah Pembelajaran 51

2.7 Kesimpulan 53

3 METODOLOGI KAJIAN 54

3.1 Pengenalan 54

3.2 Rekabentuk Kajian 55

3.3 Prosedur Kajian 56

3.4 Sampel 56

3.5 Tempat Kajian 57

3.6 Instrumen Kajian 58

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 60

3.8 Analisis Data 61

3.9 Kesimpulan 63

4 ANALISIS DATA 64

4.1 Pengenalan 64

4.2 Analisis dan Dapatan Kajian Bahagian A 64

4.2.1 Jantina dan Bangsa Responden 65

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

x  

4.3 Analisis dan Hasil Kajian Bahagian B 66

4.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar Tingkatan

Empat Dalam Mata Pelajaran Matematik

Tambahan 67

4.3.2 Tahap Minat Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Matematik Tambahan 72

4.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Guru Matematik

Tambahan 75

4.4 Analisis dan Hasil Kajian Bahagian C 87

4.4.1 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran 88

4.4.2 Cadangan Meningkatkan Prestasi Pengajaran

Dan Pembelajaran 90

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 93

5.1 Pengenalan 93

5.2 Rumusan Kajian 93

5.3 Perbincangan Kajian 95

5.3.1 Tahap Sikap Belajar Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Matematik Tambahan 95

5.3.2 Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Matematik Tambahan 98

5.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Guru Matematik

Tambahan 99

5.3.4 Masalah dan Cadangan Memperbaiki

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xi  

Pengajaran dan Pembelajaran 104

5.4 Cadangan Kajian 106

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 107

RUJUKAN 109

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Kesan Ketidakhadiran ke Kelas ke Atas

Markah yang Diperoleh. 22

3.1 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markah Min dan Peratus 62

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xiii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Responden Kajian Dari Tiga Buah Sekolah

Di Daerah Johor Bahru 57

3.2 Bilangan Item Berhubung Persoalan Kajian

untuk Bahagian B 59

3.3 Skala Ordinal Empat Mata 56

3.4 Pengkelasan Analisis Skala Ordinal Empat Mata 62

4.1 Taburan Responden Kajian Dari Tiga Buah Sekolah

Di Daerah Johor Bahru 65

4.2 Skala Ordinal Empat Mata 66

4.3 Pengkelasan Analisis Markah Min 66

4.4 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Sikap Belajar

Pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Di

Daerah Johor Bahru Dalam Pembelajaran Matematik

Tambahan 67

4.5 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Minat

Pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Di

Daerah Johor Bahru Dalam Pembelajaran Matematik

Tambahan 73

4.6 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian

Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran

Matematik Tambahan Dari Aspek

Persediaan Pengajaran 76

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xiv  

4.7 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian

Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran

Matematik Tambahan Dari Aspek

Penstrukturan dan Penyampaian Pengajaran 78

4.8 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian

Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran

Matematik Tambahan Dari Aspek

Pengawasan Suasana Pembelajaran 80

4.9 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian

Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran

Matematik Tambahan Dari Aspek

Teknologi Pengajaran 82

4.10 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian

Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran

Matematik Tambahan Dari Aspek

Kualiti Keperibadian 83

4.11 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Penilaian

Pengajaran Guru Mata Pelajaran Pembelajaran

Matematik Tambahan Dari Aspek

Kemahiran Komunikasi 85

4.12 Min Keseluruhan Bagi Aspek Tahap Prestasi

Pengajaran Guru 86

4.13 Purata Min dan Tahap Bagi Aspek Sikap Belajar

Pelajar, Minat Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Guru

Matematik Tambahan 87

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xv  

4.14 Masalah-masalah Pembelajaran Yang Dihadapi

Semasa Mempelajari Matematik Tambahan 88

4.15 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Kefahaman

Dan Aktiviti Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran

Matematik Tambahan 91

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xvi  

SENARAI SIMBOL

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

ABM - Alat Bantu Mengajar

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

OHP - Overhead Projector

NCTM - National Council of Teacher’s of Matematics

STF - Sekolah Menengah Tun Fatimah

SIGSJG - Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan

Ibrahim

SMTJB - Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

xvii  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Contoh Set Soal Selidik 116

B Surat Kelulusan 126

C Surat Kebenaran Daripada JPN 127

D Surat Kebenaran Daripada Fakulti 128

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia bermatlamat utama untuk menyatupadukan masyarakat dan

melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi

masa kini. Selain itu, pendidikan juga dapat melahirkan generasi yang

berpengetahuan, terlatih dan mahir bagi mencapai status Negara maju pada tahun

2020. Justeru, pelbagai strategi dan program pembangunan pendidikan telah

dilaksanakan bagi merealisasikan Wawasan 2020 membentuk negara perindustrian

dan maju.

Selaras dengan dasar ini wawasan 2020, Kementerian Pelajaran telah

memperkenalkan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 pada tahun 2001. Antara

matlamat utama rancangan ini adalah memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, meningkatkan kreativiti

dan inovasi di kalangan pelajar, meningkatkan budaya ilmu, membudayakan sains

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

2  

dan teknologi, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem

pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia, menjadikan Malaysia

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan

Malaysia pada peringkat antarabangsa (Pembangunan Pendidikan 2001-2010, 2001).

Pendidikan berteraskan Sains dan Matematik dijangka dapat mempercepatkan

matlamat menjadi negara industri dan maju menjelang tahun 2020.

Sejajar dengan matlamat tersebut, mata pelajaran Matematik amat

dititikberatkan oleh kerajaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bersifat

analitik serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke masa hadapan.

Dengan itu, pendekatan baru iaitu pengajaran dengan menggunakan perisian

multimedia di sekolah telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Semua sekolah di

Malaysia kini sudah dilengkapi dengan kemudahan multimedia. Makmal-makmal

komputer sekolah telah mulai dilengkapi dengan perkakasan komputer serta

peralatan sokongan. Semua guru yang mengajar mata pelajaran Matematik juga

telah dibekalkan dengan sebuah komputer riba (laptop) untuk digunakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Sistem Pendidikan Malaysia akan mengalami

perubahan di mana keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran akan diberi penekanan (Cheah 2002).

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan matlamat utama pelajar,

ibu bapa dan sekolah. Pencapaian akademik pula berkait rapat dengan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dipengaruhi oleh berbagai faktor dalaman dan

juga luaran. Faktor dalaman yang terlibat adalah sikap, minat dan masalah

pembelajaran pelajar. Faktor ini boleh juga dikenali sebagai pengaruh psikologi di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian 1.2 akan menjelaskan latar

belakang masalah.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

3  

1.2 Latar Belakang Masalah

Wawasan 2020 berhasrat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian dengan masyarakat bersatu padu, progresif dan makmur, dinamis serta

mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Adalah menjadi

keperluan untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada sektor perindustrian

dalam usaha negara untuk mencapai matlamat tersebut. Salah satu kriteria penting

yang perlu diambil kira ialah dengan melahirkan tenaga mahir yang bersesuaian dan

mencukupi bagi menampung perkembangan sektor perindustrian tersebut. Bagi

merealisasikan usaha ini, pelbagai kemudahan prasarana telah diberi tumpuan oleh

pihak kerajaan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Walaupun penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

menjadi semakin penting ekoran wujudnya pelaksanaan sekolah bestari, namun cara

pengajaran di sekolah masih berpusatkan guru atau pengajaran tradisional dan bahan

pengajaran yang digunakan adalah setakat buku teks, carta dan gambar rajah. Semua

ini merupakan cara penyampaian pengajaran yang linear dan membosankan pelajar.

Dengan ini proses pembelajaran akan menjadi terhad di mana pelajar tidak dapat

mengaplikasikan ilmu dengan sebaik mungkin dan kurang memahami isi

pembelajaran kerana sukar untuk menghubungkaitakan isi pelajaran dengan keadaan

sebenar. Menurut Junaidah dan Rasyidah (2006) telah menyatakan bahawa proses

pembelajaran secara tradisional di dalam kelas adalah terhad. Pelajar yang mudah

faham akan berasa bosan sekiranya terpaksa mempelajari sesuatu topik yang sama

berulangulang kali sedangkan pelajar yang lemah akan berasa sukar sekiranya guru

mengajar pada kadar yang terlalu pantas.

Buku teks atau buku rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi,

rajah yang berwarna juga sukar dihasilkan dengan banyak memandangkan kos

cetakan yang tinggi. Memandangkan untuk menghasilkan satu perisian alat bantu

mengajar (ABM) memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian,

guru lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (chalk and talk),

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

4  

carta atau poster dan sampel sebenarnya. Namun ini tidak mencukupi untuk

membantu meningkatkan tahap kefahaman pelajar.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak dapat

menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan

kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik

Tambahan. Sukatan dalam mata pelajaran ini berhubungkait dengan keadaan sebenar

yang mengandungi banyak topik yang sukar difahami oleh pelajar secara lisan kerana

perkara yang ingin disampaikan adalah berbentuk abstrak. Untuk memudahkan

pemahaman pelajar, kaedah penyampaian bidang ini harus diubahsuai daripada

pendekatan tradisi kepada pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri menerusi

perisian multimedia interaksi yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Jadi, pendekatan pengajaran tradisi tidak dapat mengeksploitasikan ketiga-

tiga deria pelajar untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Malahan faktor-

faktor lain turut menyumbang kepada ketidak-berkesanan suatu pengajaran dan

pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Okey (1985) iaitu bahan pembelajaran

tidak menepati objektif pengajaran, isi kadungan pelajaran yang tidak sistematik,

persekitaran pembelajaran yang kurang merangsangkan dan pendekatan pengajaran

yang statik.

Institusi pendidikan di peringkat menengah adalah tempat di mana pelajar

akan mengenali bidang yang akan diceburi pada masa akan datang. Pelbagai bidang

yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah mengikut tahap

pencapaian pelajar.. Sekiranya mereka kekurangan idea, tidak kreatif dan inovatif,

maka hasrat kerajaan menuju Wawasan 2020 mungkin terbantut. Peranan guru untuk

mengadakan sistem pengajaran pembelajaran dan penilaian yang membantu

memajukan pemikiran kognitif pelajar.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

5  

Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya dikaitkan dengan

pencapaian peperiksaan. Peperiksaan menentukan tahap pencapaian seseorang itu

dan ia biasanya dicatatkan dalam sijil atau dokumen yang sah. Adalah menjadi hasrat

setiap individu, samada ibu bapa, guru atau pihak sekolah bahawa pencapaian dalam

akademik merupakan matlamat utama untuk menlanjutkan pelajaran ke institusi

pengajian tinggi.

Minat dan kecenderungan adalah satu aspek yang memainkan peranan

penting mempengaruhi pencapaian pelajar (Abu Zahari Abu Bakar,1987). Lazimnya

seseorang pelajar akan menunjukkan pencapaian yang baik dalam sesuatu mata

pelajaran jika dia berminat terhadap mata pelajaran itu. Minat pelajar terhadap

sesuatu mata pelajaran itu melambangkan persepsinya terhadap mata pelajaran

tersebut. Setiap pelajar perlulah dipupuk agar sentiasa mempunyai minat yang positif

dalam sesuatu mata pelajaran.

Minat yang mendalam banyak memberikan faedah dalam mempelajari mata

pelajaran Matematik Tambahan yang memerlukan kesabaran tinggi kerana

melibatkan banyak pengiraan rumit dan pemahaman konsep yang mendalam.

Sekiranya pelajar dapat melengkapkan diri dengan minat yang tinggi dalam mata

pelajaran ini, sudah tentunya mereka dapat mengatasi masalah di atas dengan mudah.

Ini bertepatan dengan kenyataan Sabri Ahmad (2003), di mana apabila seseorang

pelajar itu berminat dalam sesuatu mata pelajaran atau jurusan tertentu, sudah pasti

akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk bekerja kuat bagi mencapai sesuatu

yang diminatinya. Pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur,

bersistem, bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan

kesemua komponen pembelajaran untuk mencapai kejayaan (Khalid Mohamad Nor,

2002).

Pelajar seharusnya menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan gaya

pembelajaran yang tersendiri. Di sinilah perubahan dari segi kualiti diri dan

kesediaan menghadapi situasi mencabar akan sentiasa berubah. Mereka haruslah

menaruh minat yang mendalam dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelajar yang

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

6  

hanya mempunyai kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang luas tetapi tidak

menunjukkan sikap belajar yang baik serta berpandangan sempit, maka kejayaan

yang diimpikan tidak akan kesampaian. Lantaran itu, para pelajar seharusnya

mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk menjadikan proses pembelajaran

menjadi lebih menarik di samping mampu mengecapi keputusan yang cemerlang.

Antara aspek tersebut merangkumi sahsiah yang baik, persediaan awal dan minat

yang mendalam terhadap pembelajaran. Di samping itu, mereka hendaklah

mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta sanggup untuk berbincang dan

berkongsi pengalaman dengan rakan mereka.

Kebanyakkan guru mengambil jalan mudah untuk menghabiskan sukatan

pelajaran memandangkan pelbagai tugasan sampingan yang membebani mereka.

Penyampaian konsep-konsep bagi sesuatu isi pelajaran memerlukan teknik-teknik

atau kaedah-kaedah yang tertentu terutamanya kaedah mengajar Matematik

Tambahan.

Walaupun mata pelajaran Matematik Tambahan adalah mata pelajaran

elektif, namun setiap pelajar yang mengikuti aliran sains, mata pelajaran Matematik

Tambahan adalah mata pelajaran wajib untuk mereka. Mata pelajaran Matematik

Tambahan adalah asas untuk persiapan diri untuk pelajar yang akan menlanjutkan

pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi kelak, terutamanya dalam bidang

sains dan teknologi.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

7  

1.3 Penyataan Masalah Memperoleh keputusan yang cemerlang merupakan suatu kemestian bagi para

pelajar untuk menentukan hala tujuan yang bakal ditempuhi oleh sesorang pelajar

setelah menamatkan pelajaran mereka diperingkat menengah.

Peperiksaan bertujuan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran pelajar

(Sabri Ahmad, 2003). Pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam

peperiksaan haruslah mempunyai matlamat yang jelas, berusaha dengan bersungguh-

sungguh dan mengamalkan kemahiran belajar yang berkesan. Ini telah disokong oleh

Khalid Mohamad Nor (2002) yang menyatakan “Tidak ada jalan lain untuk lulus

peperiksaan melainkan dengan belajar dan membuat amalan serta latihan yang

diperlukan.”

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam

pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika

seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan

Cockroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan

kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Keadaan ini telah

menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita

menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Oleh yang demikian, adalah

tugas seorang guru untuk memilih kaedah dan strategi pembelajaran yang berkesan

kepada pelajarnya. Salah satu cara yang terkini ialah dengan menggunakan teknologi

terkini yang sesuai dengan minda pelajar pada zaman siber ini.

Di sekitar daerah Johor Baharu terdapat banyak sekolah menengah yang

menempatkan pelajar dalam pelabagai bidang mengikut pencapaian pelajar. Namun

di dalam kajian ini hanya beberapa sekolah sahaja terlibat antaranya ialah Sekolah

Tun Fatimah (STF), Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu (SMTJB) dan Sekolah

Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGSJB). Sekolah-sekolah ini dipilih

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

8  

kerana sekolah-sekolah ini mempunyai rekod yang baik dalam pencapaian

akademik.

Berdasarkan kenyataan yang dibincangkan di atas telah menarik minat untuk

mengkaji punca yang menyebabkan mata pelajaran Matematik Tambahan kurang

digemari oleh segelitir pelajar. Kajian ini akan dijalankan untuk mengkaji tahap

minat, tahap sikap belajar dan masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat di

empat buah sekolah di daerah Johor Baharu dalam mata pelajaran Matematik

Tambahan. Aspek yang dikaji merangkumi tahap minat, tahap sikap belajar dan

masalah pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, satu aspek yang turut dikaji adalah

prestasi guru dalam pengajaran yang juga akan memberi impak kepada prestasi

pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah :

i) menentukan tahap sikap belajar pelajar tingkatan empat terhadap mata

pelajaran Matematik Tambahan.

ii) menentukan tahap minat pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran

Matematik Tambahan.

iii) menilai tahap prestasi pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik

Tambahan.

iv) mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar tingkatan

empat dalam mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

9  

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif di atas, kajian ini mengemukakan empat persoalan kajian

seperti di bawah :

i) Apakah tahap sikap belajar pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran

Matematik Tambahan?

ii) Apakah tahap minat pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran

Matematik Tambahan?

iii) Apakah tahap prestasi pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik

Tambahan?

iv) Apakah masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar

tingkatan empat dalam mata pelajaran Matematik Tambahan ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama

ada pelajar mempunyai masalah psikologi atau tidak dalam pembelajaran mereka

terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan. Gambaran yang lebih nyata akan

dapat dilihat apabila kajian ini dibahagikan dalam bidang-bidang yang spesifik

seperti sikap, minat, pengajaran guru dan masalah pembelajaran dan pengajaran.

Perkara ini perlu dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar sendiri dalam usaha untuk

memperbaiki mutu pencapaian pelajar. Di samping itu juga, kajian ini akan dapat

dijadikan panduan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Matematik

Tambahan.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

10  

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut:

i) memberi maklumat tentang masalah pembelajaran kepada pelajar-pelajar.

ii) menjadi rujukan kepada guru-guru dalam usaha meningkatkan kualiti

pengajaran guru-guru khususnya guru yang mengajar mata pelajaran

Matematik Tambahan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada pelajar tingkatan empat di tiga

buah sekolah di daerah Johor Baharu iaitu Sekolah Tun Fatimah (STF), Sekolah

Menengah Teknik Johor Baharu (SMTJB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (P)

Sultan Ibrahim (SIGSJB) terhadap faktor minat, sikap belajar, penilaian guru dan

masalah pengajaran dan pembelajaran. Kesahihan kajian juga bergantung kepada

kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang diedarkan.

Segala keputusan dan dapatan hasil daripada kajian yang dijalankan mungkin

tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat lain kerana maklumat ini hanya

terbatas kepada pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah daerah Johor

Baharu.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · ( 4 SPT-PKPG) Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini ... attitudes and the teaching and learning problems of form 4 students in 3 school

11  

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah untuk meninjau tahap minat dan tahap sikap belajar pelajar

tingkatan empat di tiga buah sekolah di daerah Johor Baharu, penilaian pegajaran

guru mata pelajaran Matematik Tambahan dan masalah pengajaran dan

pembelajaran pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di daerah Johor Baharu

dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.