rahizah binti zahari - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan...

24
KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG RAHIZAH BINTI ZAHARI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongkhanh

Post on 23-Jul-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA

MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG

RAHIZAH BINTI ZAHARI

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi

pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG FAKULTI PENDIDIKAN UTM

2007/2008

RAHIZAH BINTI ZAHARI

( √ )

EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID NO. 16 JLN BINA 7, TAMAN PT RAJA, 86400 BATU PAHAT JOHOR.

29 APRIL 2008 29 APRIL 2008

Page 3: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karja ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penyelia : MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID

Tarikh : 29 APRIL 2008

Page 4: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA

MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG

FAKULTI PENDIDIKAN

RAHIZAH BINTI ZAHARI

Laporan projek ini telah dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : RAHIZAH BINTI ZAHARI

Tarikh : 29 APRIL 2008

Page 6: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Buat Nenda tercinta,

Hajah Esah binti Haji Yusof

Jasamu kan ku kenang sepanjang hayat

Kerana menjaga dan mendidikku sehingga kini

Buat ayah dan ibuku,

Zahari bin Abdul Samat

& Misnah binti Idris

Ku menyanjungimu... tanpa doa kalian ku tidak setabah ini

Demi mengharungi liku-liku semasa pengajianku

Buat keluarga tersayang,

Suamiku.. Kamaruddin bin Kamdani

Anak-anakku.. Marsya Maisarah & 'Aqil Waqiuddin

Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

Pengorbanan kalian mama amat hargai

Teristimewa juga,

Adik beradik, keluarga mentua dan rakan-rakan seperjuangan,

Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya.

Page 7: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

iv

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tulus ikhlas

ditujukan khas kepada En. Mohd Rizal bin Mohd Said selaku pensyarah pembimbing

kajian ini di atas segala ajaran, bimbingan, teguran dan nasihat beliau sepanjang

melaksana dan menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat sebagai

responden kajian ini kerana tanpa kerjasama yang tidak berbelah bahagi semasa

menjawab soal selidik yang diberikan maka hasil kajian ini tidak dapat

disempurnakan. Seterusnya kepada rakan-rakan sekelas khususny di atas bantuan,

tunjuk ajar dan dorongan serta sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan

projek ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu sama ada

secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini. Semoga keikhlasan yang

diberikan mendapat keberkatan dariNya.

Page 8: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

v

ABSTRAK

Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud

kerja sementara “nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International

Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia

berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.

Kajian ini dijalankan bagi meninjau aplikasi ergonomik terhadap keselamatan pelajar

ketika mereka melakukan kerja amali di bengkel. Kaedah yang digunakan adalah

berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek

ergonomik daripada pandangan pelajar semasa mereka melakukan kerja. Seramai 90

orang responden terlibat secara langsung terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir 4

SPH PKPG yang sentiasa menggunakan bengkel di N30 untuk melakukan kerja-kerja

amali. Kesemua data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package For Social Science) for Windows version 14.0 untuk mendapatkan nilai

kekerapan, min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap ergonomik

terhadap keselamatan pelajar ketika melakukan kerja amali di bengkel secara

keseluruhan adalah tinggi. Berdasarkan tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan

ergonomik pelajar, kepentingan keselamatan dan keadaan persekitaran di bengkel

mencatatkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi di kalangan

pelajar-pelajar ini bagi meningkatkan keselesaan semasa melakukan kerja-kerja

amali di stesyen kerja seterusnya meningkatkan suasana kerja yang selamat, selesa

dan memberi kepuasan yang maksimum selain mengelakkan sebarang kemungkinan

yang berlaku.

Page 9: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

vi

ABSTRACT

Ergonomic originated from Greek word; “ergon” means work while “nomos”

means rules or laws. According to International Labour Organization (ILO),

ergonomic refers to the application of human science biology related with

engineering science between workers and environments. This study was conducted to

observe ergonomic applications in student safety while doing practical in the

workshop. A method of descriptive research was used which using questionnaires to

observe student ergonomic perspective during practical. 90 respondents involved

were Year 4 student in Bachelor of Technology with Education (Living Skill) under

Special Program Teacher Degree Awarded which always use N30 workshop for

practical. All data acquired were process using SPSS (Statistical Package For Social

Science) software to obtain frequency value, min and percentage. The results shows

that ergonomics level of student safety while doing practical in workshop are high.

Based on investigations of three aspects; student ergonomic level, safety importance

and workshop environment; all at the aspects show a higher level although some

aspects in moderate level. This result shows that the awareness among the student is

high in improving their comfort while doing practical work in work station. In other

hand it will improve safety working environment, comfortable and give maximum

satisfaction besides to avoid any possible incident like injured. There are also

proposal included for further investigation.

Page 10: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Bengkel 10

1.8.2 Ergonomik 11

1.8.3 Kerja Amali Bengkel 11

1.8.4 Keselamatan 11

1.8.5 Pelajar 12

1.9 Penutup 12

Page 11: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kepentingan Pengetahuan Ergonomik 13

2.3 Keselamatan Di Dalam Bengkel 16

2.4 Persekitaran Bengkel Yang Selesa 18

2.4.1 Bunyi 20

2.4.2 Udara 21

2.4.3 Cahaya 22

2.5 Penutup 23

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Analisis Data 29

3.8 Penutup 30

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 31

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 33

Page 12: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

ix

4.3 Bahagian B – Analisis Aplikasi Ergonomik Terhadap

Pelajar Ketika Melakukan Kerja-kerja Amali di Bengkel

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 33

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 37

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 40

4.4 Analisis Keseluruhan 43

4.5 Penutup 43

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan 44

5.2.1 Rumusan Bahagian A: Latar Belakang

Responden 45

5.2.2 Rumusan Bahagian B: Persoalan Kajian 45

5.3 Perbincangan 46

5.3.1 Pengetahuan pelajar tentang ergonomik

semasa menjalankan kerja amali di bengkel. 47

5.3.2 Kepentingan pelajar menyedari tentang

keselamatan semasa menjalani kerja amali

di bengkel. 49

5.3.3 Keadaan persekitaran seperti pencahayaan,

kebisingan dan suhu mempengaruhi pelajar

yang sedang melakukan kerja. 50

5.4 Cadangan 53

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 53

5.6 Kesimpulan 54

RUJUKAN 55

Lampiran 60 - 78

Page 13: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan Kursus yang Ditawarkan oleh NIOSH Cawangan Johor 4

3.2 Item-item soal selidik mengikut persoalan kajian 27

3.3 Skala Pemeringkatan Likert diubahsuai kepada 3 tahap 27

3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 30

3.5 Tahap penilaian responden berdasarkan min 30

4.1 Taburan responden mengikut umur 32

4.2 Taburan responden mengikut jantina 32

4.3 Taburan responden mengikut keturunan. 33

4.4 Data analisis keselesaan dan ergonomik semasa melakukan

kerja amali di stesen kerja. 36

4.5 Data analisis kepentingan pelajar menyedari tentang

keselamatan dan keselesaan bengkel semasa menjalani

amali di bengkel. 37

4.6 Data analisis keadaan persekitaran seperti pencahayaan,

kebisingan dan suhu mempengaruhi pelajar yang sedang

melakukan kerja. 40

4.7 Taburan Min Keseluruhan Bagi Kajian Ergonomik

Terhadap Keselamatan Pelajar Ketika Melakukan

Kerja Amali di bengkel. 43

Page 14: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

xi

SENARAI SINGKATAN

C.A.T - Cam, Analisa, Tindak

NIOSH - National Institute of Occupational Safety and Health atau

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PSM - Program Sarjana Muda

PTV - Pendidikan Teknikal dan Vokasional

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Packages For Social Science

UBBL - Undang-undang Kecil Bangunan Seragam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KS - Kurang Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

Page 15: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

xii

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

ƒ - Frekuensi

Page 16: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik 60 - 64

B Pengesahan Pelajar 65

C Pengesahan Item Soal Selidik 66

D Kajian-kajian 67 - 78

Page 17: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan beberapa perubahan dalam

sistem pendidikan seiring dengan pembangunan sains dan teknologi. Negara

memerlukan tenaga kerja yang seimbang dan fleksibel dalam bidang teknologi bagi

memenuhi keperluan dalam bidang industri negara. Namun begitu, keselamatan dan

keselesaan tenaga kerja ini ketika melakukan kerjanya amat dititikberatkan bagi

mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Ini sejajar dengan tema Hari Sedunia

bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 2006 iaitu Safe Work atau

Kerja Selamat.

Menurut ucapan yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia iaitu Y.B.

Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn pada Majlis Perasmian Hari Sedunia Bagi

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2006 & Pelancaran VCD Fikir Selamat:

C.A.T menyatakan bahawa tema tersebut merupakan konsep yang luas tentang

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kerja selamat hanya akan tercapai

sekiranya beberapa faktor penting dipraktikkan di tempat kerja dan bebas daripada

bahaya. Langkah ini perlu diperkukuhkan dengan memastikan semua warga kerja

diberi pengetahuan, kemahiran, maklumat dan penyeliaan yang sesuai untuk

melakukan sesuatu kerja atau tugas dengan selamat. Oleh sebab itulah pengetahuan

ergonomik di tempat kerja perlu diterapkan kepada para pekerja atau pelajar yang

melakukan kerjanya agar mereka sentiasa selamat dan selesa semasa bekerja.

Page 18: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

2

Menurut Menteri Sumber Manusia lagi, kerajaan turut berusaha untuk

membantu industri atau orang awam supaya lebih faham dengan konsep

mengenalpasti bahaya, mentafsir risiko dan mengambil langkah pencegahan dengan

menerbitkan satu animasi di dalam bentuk cakera padat video yang berjudul Fikir

Selamat: C. A. T. VCD ini menerangkan secara ringkas tentang konsep C. A. T, iaitu

Cam, Analisa dan Tindak. Di mana ia mengambil konsep yang serupa dengan

HIRARC iaitu Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control. Beliau

berasa yakin VCD ini mudah difahami bukan sahaja oleh semua pekerja namun ia

juga sesuai untuk pelajar sekolah sebagai asas persediaan sebelum melangkah ke

dunia pekerjaan. Sejajar dengan itu, konsep ini juga boleh diterapkan kepada

pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi khususnya yang mengambil jurusan teknikal

dan kejuruteraan yang melakukan kerja-kerja di bengkel atau makmal.

Sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan

individu yang berdisiplin dan berkemahiran supaya dapat menjadi seorang pekerja

yang produktif dan cekap. Keperluan sumber manusia ini merupakan cabaran untuk

meningkatkan dan memajukan bidang teknikal dan vokasional di Malaysia. Bekerja

Selamat merupakan asas dalam menentukan tiada kemudaratan atau kemalangan

yang akan menimpa seseorang pekerja. Oleh yang demikian, bekerja secara selamat

sudah pasti dapat menjanjikan keselesaan dan kesejahteraan di dalam kehidupan

manusia sejagat.

Keselamatan di bengkel adalah merangkumi aspek fizikal, mental,

persekitaran, harta benda serta tempat kerja yang bebas daripada bahaya.

Kemalangan-kemalangan di bengkel yang sering terjadi adalah disebabkan oleh dua

faktor utama iaitu faktor manusia dan juga faktor fizikal. Menurut Abdullah Badawi

(2000), Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilancarkan bertujuan

untuk mewujudkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerja menjurus kepada

pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat” di kalangan masyarakat. Ini

merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menangani masalah keselamatan dalam

industri adalah mengadakan sistem perundangan yang komprehensif dan

merangkumi hampir keseluruhan tempat kerja di negara kita. Perundangan yang

dimaksudkan adalah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514

yang telah dikuatkuasakan sejak April 1994 lagi.

Page 19: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

3

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau National Institute

of Occupational Safety and Health (NIOSH) merupakan sebuah institut yang telah

ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1 Disember 1992 dan telah menjejakkan kaki di

negeri Johor pada penghujung tahun 2001. Penubuhannnya bermatlamat untuk

menyediakan aktiviti latihan, penyelidikan dan pembangunan serta pengumpulan dan

penyebaran maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam pelbagai industri.

NIOSH di negeri Johor ini akan meningkatkan kesedaran pekerja dan majikan

terhadap isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mengurangkan kadar

kemalangan industri khususnya di negeri ini. Kampus cawangan ini juga menjadi

pusat pengajian tinggi NIOSH di mana kursus bertaraf diploma dan ijazah akan

ditawarkan lengkap dengan makmal-makmal ergonomik terkini untuk

menjadikannya sebagai pusat latihan ergonomik yang tersohor. Ini akan membuka

peluang kepada bukan sahaja anak-anak negeri Johor khususnya, tetapi juga dari

negeri lain untuk menimba ilmu dan mendapatkan ijazah dalam bidang keselamatan

dan kesihatan pekerjaan.

Menurut ucapan oleh Menteri Besar Johor iaitu Y.A.B Dato' Haji Abdul

Ghani bin Othman semasa Majlis Pecah Tanah Pembangunan NIOSH Cawangan

Johor pada 13 September 2005 menyatakan bahawa pembinaannya bertepatan

dengan kehendak industri supaya dapat memberikan sumbangan kepada peningkatan

tahap kesedaran pekerja-pekerja terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja dengan latihan-latihan yang disediakan. Ini adalah kampus cawangan

yang pertama dibangunkan oleh kerajaan dengan pembiayaan di bawah Rancangan

Malaysia Ke-lapan. Pertumbuhan dan konsentrasi pelbagai industri di negeri Johor,

terutamanya di persekitaran Johor Bahru amat memerlukan sebuah pusat latihan dan

perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti NIOSH ini. Ia dapat

memberikan perkhidmatan bukan sahaja untuk industri-industri di negeri Johor ini

khususnya tetapi juga untuk wilayah selatan Semenanjung Malaysia ini amnya.

Jadual 1.1 menunjukkan peningkatan bilangan kursus yang ditawarkan oleh

NIOSH cawangan Johor dari tahun 2003 sehingga bulan September 2005. Ini

menunjukkan petanda yang baik tentang peningkatan kesedaran terhadap

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja oleh para pekerja industri.

Page 20: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

4

Jadual 1.1 : Bilangan Kursus yang Ditawarkan oleh NIOSH Cawangan Johor

Tahun Bilangan Kursus

2003 35

2004 47

2005 66

Sumber: Ucapan Menteri Besar Johor daripada NIOSH Cawangan Johor.

Berdasarkan kenyataan tadi, jelaslah keselamatan amatlah penting

diaplikasikan lebih-lebih lagi semasa melakukan kerja amali di bengkel yang

pastinya terdedah dengan risiko kemalangan. Aspek keselamatan ini hendaklah

sentiasa diingatkan terutamanya sebelum memulakan kerja amali. Cara ini akan

dapat memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya amalan keselamatan pada diri

sendiri dan persekitarannya. Justeru dalam kajian ini, maklumat yang jelas tentang

penerapan ergonomik terhadap amalan keselamatan dalam bengkel akan

dibincangkan untuk menjadi satu panduan pada masa akan datang.

1.2 Latar belakang Masalah

Oleh kerana negara kita memerlukan ahli-ahli teknologi yang mantap, cekap

dan mahir yang mana ianya perlu dipupuk dari peringkat bawahan lagi bermula di

sekolah, institut latihan dan pusat pengajian tinggi. Maka, Kementerian Pendidikan

Malaysia memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan

kejayaan gagasan pembangunan sesebuah negara serta matlamat wawasan 2020

tercapai. Seterusnya, graduan-graduan yang berkelulusan dari institut pengajian

tinggi juga tidak terkecuali berperanan mengaplikasikan apa yang dipelajari bagi

mencapai seruan tersebut.

Universiti Teknologi Malaysia yang diiktiraf sebagai universiti yang bertaraf

dunia dan mampu melahirkan ribuan graduan setiap tahun dalam pelbagai bidang

teknikal haruslah bertindak sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang

boleh memainkan peranan untuk melahirkan generasi akan datang yang peka

terhadap peningkatan yang optimum terhadap apa yang dilakukan. Sehingga kini,

Page 21: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

5

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun

1993 turut menawarkan pelbagai program pendidikan perguruan di peringkat Ijazah

Pertama dan Ijazah Lanjutan. Ini termasuklah Program Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan yang beraliran teknikal dan kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Awam,

Elektrik, Mekanikal dan Kemahiran Hidup. Program pengajian bagi mata pelajaran

pendidikan teknikal dan kejuruteraan mewajibkan untuk mengambil bidang seperti

Lukisan Kejuruteraan, Asas Ketukangan, Keselamatan Bengkel, Amalan

Pertukangan Kayu, Amalan Teknologi Elektronik, Amalan Kimpalan dan Fabrikasi

Logam, dan beberapa bidang pengkhususan lain, di mana pelajar diberi latihan yang

khusus dalam bidang tertentu bagi meningkatkan kemahiran yang ada.

Menurut Rudiana (2007) pula kefahaman mengenai keselesaan dan

keselamatan perlu dipupuk kepada setiap individu atau pelajar untuk dipraktikkan

ketika menjalani kerja amali, sama ada semasa di sekolah, pusat latihan atau di alam

pekerjaan. Ini kerana kerja amali merupakan satu sifat unik dalam pembelajaran

yang melibatkan faktor kemanusiaan. Bidang yang dipelajari bukan sahaja teori

semata-mata malah memberikan penekanan amali kepada asas-asas kursus yang

berkaitan dan kebiasaannya dijalankan di bengkel-bengkel yang telah dikhaskan. Ia

juga mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amali yang menggunakan alatan tangan

dan mesin-mesin berkaitan di samping pendedahan kepada keselamatan di bengkel.

Kesedaran keselamatan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan semasa

menjalankan aktiviti amali di bengkel. Oleh itu, sewajarnyalah aspek-aspek

ergonomik turut diambil perhatian bagi menjamin keselesaan dan keselamatan di

sepanjang melakukan kerja-kerja amali tersebut.

Ergonomik adalah penting dalam mengorganisasi kajian kerja ketika

menggunakan tenaga kerja di dalam bengkel. Untuk mencapai matlamat ini, adalah

wajar ergonomis menyediakan keperluan dengan mengambil kira faktor-faktor

kemanusiaan persekitaran dalam sesebuah bengkel yang meliputi aspek-aspek seperti

pencahayaan, peredaran udara, bunyi bising, suhu dan lain-lain. Menurut Salina

(1992), menyatakan bahawa rekabentuk yang tidak sesuai dengan tubuh manusia

juga menjadi masalah utama yang perlu ditekankan oleh pihak tertentu bagi

mengatasi keselesaan semasa bekerja. Di dapati rekabentuk yang tidak sesuai boleh

mengakibatkan para pelajar menghadapi masalah sakit belakang, tegang otot serta

Page 22: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

6

lenguh pada peha dan betis. Masalah ini bukan sahaja dihadapi setelah menggunakan

meja dan bangku yang disediakan di dalam bengkel malah rekabentuk meja dan

kerusi yang terdapat di dalam bilik lain semasa kelas teori juga memberikan kesan

yang negatif dalam jangkamasa panjang terhadap kesihatan pelajar. Selain itu,

prinsip-prinsip ergonomik digunakan dalam merekabentuk stesen tempat kerja

seperti ketinggian meja, kerusi atau bangku, kedudukan mesin, peralatan dan

sebagainya untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan seseorang individu

semasa menjalankan tugas di bengkel. Rekabentuk tempat kerja hendaklah direka

mengikut kesesuaian individu, kehendak perlakuan sistem dan memberi kesan positif

kepada operasi alatan yang digunakan semasa melakukan kerja.

Suasana persekitaran semasa melakukan kerja amali perlu diberikan perhatian

yang khusus kerana persekitaran yang selesa akan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan sempurna. Ini turut disokong oleh Zuraida (2004)

yang menyatakan persekitaran memberi kesan psikologi terhadap pelajar. Menyedari

hal ini, dalam susunatur sesebuah bengkel perlu memenuhi prinsip ergonomik

kepada setiap individu yang menggunakannya. Ini kerana aspek ergonomik

menggabungkan pengetahuan yang dihasilkan daripada sains kemanusiaan untuk

dipadankan antara kerja, sistem, produk dan persekitaran kepada keupayaan fizikal,

mental dan batasannya. Selain itu, wujudnya suasana persekitaran kerja yang tidak

ergonomik kerana ruang untuk melakukan kerja sentiasa terdedah kepada aspek-

aspek persekitaran seperti pencahayaan, kebisingan dan suhu persekitaran yang

tinggi terutama pada cuaca panas.

Keselesaan amatlah penting bagi mengurangkan kesan sampingan yang

mungkin berlaku ke atas pelajar akibat ketidakselesaan semasa menjalankan kerja-

kerja amali di bengkel JPTK Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Di

dapati bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan bengkel ini berasa kurang selesa

semasa berada pada setiap stesen kerja masing-masing kerana beberapa faktor. Ini

kerana susun atur stesen kerja yang kurang baik dan tidak sistematik dan

ketidaksesuaian struktur perabotnya seperti bangku atau kerusi dan meja. Oleh itu,

kajian secara ergonomik bakal dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh

pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru 4 SPH Fakulti Pendidikan, UTM ini.

Page 23: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

7

1.3 Pernyataan Masalah

Cabang ergonomik amat luas dan penting terhadap keselamatan dan kesihatan

seseorang individu. Walaupun ia selalu dibincangkan dalam bidang industri, namun

ianya turut boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi berkaitan

dengan keselamatan.

Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk meningkatkan keselesaan,

keselamatan dan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar PKPG yang melakukan kerja-

kerja amali di bengkel dengan mengambilkira faktor-faktor ergonomik yang

disarankan oleh ahli ergonomis menerusi rekabentuk stesen kerja dan persekitaran

kerja yang sesuai, selamat dan tidak membahayakan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang ergonomik stesen kerja

semasa melakukan kerja amali di bengkel.

1.4.2 Mengenalpasti sikap pelajar menyedari akan kepentingan keselamatan dan

keselesaan bengkel semasa menjalani amali di bengkel.

1.4.3 Mengenalpasti keadaan persekitaran seperti pencahayaan, kebisingan dan

suhu mempengaruhi pelajar yang sedang melakukan kerja.

Page 24: RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan kerja-kerja amali bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 sph pkpg rahizah binti zahari

8

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji merumuskan kepada 3 persoalan yang wajar

ditinjau iaitu:

1.5.1 Adakah pelajar mengetahui tentang ergonomik stesen kerja semasa

melakukan kerja amali di bengkel?

1.5.2 Adakah pelajar menyedari akan kepentingan keselamatan dan keselesaan

bengkel semasa menjalani amali di bengkel?

1.5.3 Adakah pelajar di pengaruhi oleh keadaan persekitaran seperti pencahayaan,

kebisingan dan suhu ketika sedang melakukan kerja?

1.6 Kepentingan kajian

Pengkaji berharap agar hasil kajian ini, dapat memberi manfaat kepada pihak yang

berkenaan. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

1.6.1 Pelajar

Kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang keselamatan

dan kesihatan mereka semasa melakukan kerja amali di bengkel.

1.6.2 Fakulti Pendidikan

Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini, diharapkan dapat

membantu pihak Fakulti Pendidikan untuk mendapatkan respon berkaitan

dengan keberkesanan mengaplikasikan ergonomik terhadap keselamatan dan

kesihatan di kalangan pelajar-pelajar PKPG ketika membuat kerja-kerja amali

di blok N30. Hasil daripada kajian yang bakal dijalankan ini diharapkan