permasalahan di kalangan pkpg kemahiran hidup … filepengesahan penyelia “ saya akui bahawa saya...

25
PERMASALAHAN DI KALANGAN PKPG KEMAHIRAN HIDUP TAHUN EMPAT YANG TELAH BERKELUARGA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAHIZAN BINTI ABDUL RAHIM Universiti Teknologi Malaysia

Upload: vanthu

Post on 16-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PERMASALAHAN DI KALANGAN PKPG KEMAHIRAN HIDUP TAHUN

EMPAT YANG TELAH BERKELUARGA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

MAHIZAN BINTI ABDUL RAHIM

Universiti Teknologi Malaysia

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PKPG TAHUN EMPATKEMAHIRAN HIDUP YANG TELAH BERKELUARGA DI UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya MAHIZAN BINTI ABDUL RAHIM_(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PUAN NUR QISTINA BT ABDULLAHLot 3485 Kampung Telosan, .............................................................16800 Pasir Puteh, Nama PenyeliaKelantan.

Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tanda tangan : ………………………………............

Nama Penyelia : PUAN NUR QISTINA BT ABDULLAH

Tarikh : 30 APRIL 2008

PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PKPG KEMAHIRAN HIDUP

TAHUN EMPAT YANG TELAH BERKELUARGA DI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHIZAN BINTI ABDUL RAHIM

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : MAHIZAN BINTI ABDUL RAHIM

Tarikh : 30 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Buat suami tercinta,

Ab Rahman Mohamed

Terima kasih atas dorongan dan pengorbanan selama ini.

Segala keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan

dan kenangan kita bersama .

Buat ayahanda dan bonda tersayang,

Abdul Rahim Abdullah,

Sabariah Mamat

Terimalah kejayaan anakmu ini...

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini.. Buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya,semoga

kejayaanku menjadi teladan dan dorongan buat semua.

Buat ibu mertuaku,

Hajjah Rahmah Jusoh

Keikhlasan dan bantuanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.

Hanya Allah sahaja yang

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran

Hidup.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Nur Qistina binti Abdullah

selaku pensyarah penyelia, Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi

bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga

membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun empat, Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan Kemahiran Hidup dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan

banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk suami dan keluarga tersayang, pengorbanan serta

dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian

mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang serba kekurangan

itu daripada kelemahan saya sendiri.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan di kalangan pelajar

PKPG yang telah berkeluarga di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang

pelajar tahun empat, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

yang berkeluarga telah dijadikan responden untuk kajian ini. Kaedah kajian yang

digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan

kajian dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package For Social

Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai peratus dan kekerapan. Hasil dapatan kajian

mendapati secara keseluruhannya responden menghadapi masalah kewangan pada

tahap yang tinggi manakala masalah dalam hubungan kekeluargaan dan masalah

pengurusan masa pada tahap yang sederhana. Kajian juga mendapati responden

menghadapi masalah pembelajaran pada tahap yang rendah.

vi

ABSTRACT

This research was carried out to investigate the problems faced by the

PKPG’s students who are having their own families in Universiti Teknologi

Malaysia. This research involved 80 final year of Educational Bacelor (Living Skill)

married student as the respondent. The research design was a survey research using

questionnaire as an instrument. The findings of this research have been analyzed by

using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 13.0 in order to find

the percentage value and frequency. Overall, the research outcome concluded that

respondent faced high rate on financial problems, whereas the family relationship

and times management are at moderate level. This research also indicated that

respondent faced lower rate on learning problems.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Kerangka Teori 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi / Istilah 9

viii

1.10 Penutup 10

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 12

2.2 Program Khas Pensiswazahan Guru 13

2.3 Kajian Berkaitan Yang Telah Dilakukan

Di Malaysia 14

2.4 Definisi Masalah 15

2.5 Tujuan Masalah 16

2.6 Faedah Masalah 16

2.7 Masalah Hubungan Kekeluargaan 18

2.8 Masalah Kewangan 20

2.9 Masalah Pengurusan Masa 23

2.10 Masalah Pembelajaran 26

2.11 Penerimaan Pembelajaran 28

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Kerangka Operasi 36

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrument Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 40

ix

3.7 Prosedur Kajian 42

3.8 Analisis Data 43

3.9 Kesimpulan 44

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Borang Soal Selidik 46

4.3 Analisis Data.( Bahagian A) Analisis Profil

Latarbelakang Peribadi Responden

4.3.1 Jantina 48

4.3.2 Umur 48

4.3.3 Bangsa 49

4.3.4 Bilangan Anak 50

4.3.5 Pendapatan bersih bulanan isi rumah 50

4.3.6 Purata Nilai Gred Kumulatif 51

4.4 Analisis Data (Bahagian B) Berkaitan Dengan

Persoalan Kajian .

4.4.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 52

4.4.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 54

4.4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 56

4.4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 4 58

4.5 Penutup 60

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

x

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan Kajian 61

5.2.1 Bahagian A

Perbincangan latar belakang responden 62

5.2.2 Bahagian B

Perbincangan Persoalan Kajian

5.2.2.1 Persoalan Kajian 1:

Adakah pelajar PKPG menghadapi

masalah kewangan semasa

melanjutkan pelajaran? 62

5.2.2.2 Persoalan Kajian 2:

Adakah pelajar PKPG menghadapi

masalah hubungan kekeluargaan

semasa melanjutkan pelajaran? 64

5.2.2.3 Persoalan kajian 3:

Adakah pelajar PKPG menghadapi

masalah pengurusan masa semasa

melanjutkan pelajaran? 65

5.2.2.3 Persoalan kajian 4:

Adakah pelajar PKPG menghadapi

masalah pembelajaran semasa

melanjutkan pelajaran? 67

5.3 Rumusan 68

5.4 Cadangan Kajian

5.4.1 Guru-guru Bukan Siswazah 70

5.4.2 Pihak Kerajaan 70

5.4.3 Pihak UTM 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

xi

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI 74

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 78

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT

3.1 Bilangan Pelajar PKPG Kemahiran

Hidup Tahun Empat 38

3.2 Pembahagian item Bahagian B 39

3.3 Skala Pemeringkatan Likert 40

3.4 Taburan Kebolehpercayaan Item

Soal Selidik 41

3.5 Pekali Alpha Cronbach 42

3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 48

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49

4.4 Taburan Responden Mengikut

Bilangan Anak 50

4.5 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Isi Rumah 50

4.6 Taburan Responden Mengikut

Purata Nilai Mata Gred Kumulatif 51

4.7 Analisis Maklumbalas Responden

Terhadap Item-item Masalah Kewangan 53

4.8 Analisis Maklumbalas Responden

Terhadap Item-item Masalah hubungan

Kekeluargaan 55

4.9 Analisis Maklumbalas Responden

Terhadap Item-item Masalah Pengurusan Masa 57

4.10 Analisis Maklumbalas Responden

Terhadap Item-item Masalah Pembelajaran 59

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK RAJAH MUKA SURAT

2.1 Langkah Pembelajaran Secara

Pengamatan 29

2.2 Langkah-langkah Penyampaian Dengan

Pengukuhan dan Matlamat Perantara 32

3.1 Kerangka Operasi Kajian 37

3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 43

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT

Borang Soal Selidik 78

A Surat Pengesahan Pakar Bidang 83

B Keputusan Ujian Kajian Rintis 84

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PJJ - Pendidikan Jarak Jauh

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif

PSM - Projek Sarjana Muda

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package For Sosial Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central

to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling

depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as

teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access

to high quality teaching...”

(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005)

Petikan di atas menerangkan kepada kita bahawa guru adalah nadi kepada

kejayaan dan kemajuan sesebuah sekolah. Guru bertanggungjawab membawa

perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian

fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada

pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan

pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Perubahan ini

memerlukan guru sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang relevan

dengan keperluan semasa melalui pendidikan berterusan.

Seperti yang diketahui umum, ilmu pengetahuan itu sentiasa bertambah dan

tidak pernah terhenti selagi kita mahu mempelajarinya. Nabi Muhammad s.a.w

pernah bersabda yang bermaksud “tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China”.

2

“Knowledge Explosion” di dunia hari ini menuntut supaya para guru sama mengikuti

perkembangan ilmu pengetahuan. Insan guru ini seharusnya juga menjadi insan

yang kaya dengan ilmu pengetahuan.

Menyedari keperluan ini, Kementerian Pelajaran telah menganjurkan

beberapa program untuk mensiswazahkan guru bermula sejak tahun 1993 hingga

sekarang. Daripada Program Berkembar (1993 hingga 1995) kepada Kursus

Diploma Perguruan Khas (1996 hingga 1997) dan seterusnya Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG), (1999 hingga sekarang). Universiti Teknologi

Malaysia adalah salah satu universiti yang terlibat dengan program PKPG. Program

ini telah bertapak di UTM sejak tahun 1999 lagi.

Pelajar PKPG juga tidak terkecuali daripada usaha memperolehi ilmu

pengetahuan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan tahap pencapaian akademik

mereka. Usaha mereka ini seolah-olah akan dapat merealisasikan tujuan dan hasrat

Kementerian Pelajaran agar menjelang 2010, semua guru di sekolah menengah dan

rendah harus mempunyai kelayakan ijazah. Ini dapat di buktikan dengan petikan

ucapan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di bawah.

...” bagi meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan di

negara ini, kerajaan menetapkan menjelang 2010, semua guru di

sekolah menengah dan rendah harus mempunyai kelayakan

ijazah...”

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

(Dipetik dari Utusan Malaysia, Selasa, 30 Ogos 2005)

Guru-guru yang melanjutkan pelajaran di UTM datang daripada pelbagai

latar belakang yang berbeza. Setelah bergelar pelajar, mereka perlu mengubah corak

kehidupan mereka yang telah lama diamalkan terutamanya pelajar yang telah

berkeluarga. Dalam hal ini mereka perlu menjadi individu yang menjalankan

dwifungsi di mana tanggungjawab sebagai pelajaran dan keluarga patut dilaksanakan

dengan sebaik mungkin. Dengan ini kemungkinan wujud masalah di kalangan

3

mereka untuk menjalankan tugas tersebut dengan sempurna terutama dari segi

kewangan, kekeluargaan, pengurusan masa dan pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Langkah yang diambil oleh para guru melanjutkan pelajaran merupakan

usaha yang patut dibanggakan. Banyak faedah yang akan mereka perolehi kelak.

Mereka bukan sahaja dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi malah

berpeluang dinaikkan pangkat di samping akan dihormati di kalangan masyarakat.

Namun dalam usaha yang kita lakukan sudah pasti ada cabarannya. Cabaran berkait

rapat dengan masalah. Begitu jugalah demikiannya senario yang berlaku di kalangan

guru yang telah berkeluarga dan melanjutkan pelajaran.

Guru-guru yang menyambung pengajian dalam program PKPG terdiri

daripada pelbagai peringkat umur. Kebanyakan guru-guru yang membuat keputusan

untuk menyambung pengajian telah berkeluarga. Mereka terpaksa menempuh

pelbagai cabaran, dugaan dan pengorbanan, meninggalkan keluarga tersayang,

meninggalkan sebahagian aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, menerima hanya setengah

gaji asal dan berbagai masalah ketika dalam pengajian.

Kementerian Pelajaran Malaysia hanya meluluskan cuti belajar separuh gaji

selama tempoh pengajian mereka. Guru-guru terpaksa berjuang antara keperluan diri

sendiri dengan keluarga serta bayaran-bayaran lain seperti rumah, kereta dan

sebagainya. Kadang-kadang ada di kalangan mereka, setelah ditolak semua bayaran

baki gaji adalah sifar. Ini kerana pendapatan mereka telah dicatukan menjadi

separuh daripada asal. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan lain, mungkin

kekurangan ini tidak menjejaskan mereka dan keluarga, sebaliknya bagi guru yang

hanya bergantung kepada gaji semata-mata bagaimana pula mereka

menguruskannya. Ini mungkin menyebabkan mereka menghadapi kesulitan dan

masalah dalam kewangan.

4

Mereka juga terpaksa berjauhan dengan keluarga. Mungkin hanya pada

hujung minggu, hujung bulan atau cuti semester sahaja dapat bersama. Ini terjadi

kerana mereka perlu menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan yang diberi.

Kesibukan mereka dalam memenuhi keperluan tersebut menyebabkan kadangkala

mereka hampir ketiadaan masa untuk bersama keluarga. Seandainya keadaan ini

berterusan, berkemungkinan akan wujud masalah keluarga yang sebelum ini

mendapat perhatian sepenuhnya daripada mereka. Ini berkemungkinan

menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu

dan bapa mereka.

Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar yang sudah

meninggalkan alam persekolahan agak lama dan ini juga kemungkinan merupakan

satu masalah bagi mereka dalam mengikuti pembelajaran. Menurut Abdul Rahim

(1998), sememangnya wujud masalah bagi pelajar yang telah lama meninggalkan

alam persekolahan (pelajar dewasa).

Pelajar PKPG yang majoritinya telah berkeluarga dan sememangnya

mempunyai tanggungjawab perlu bijak menguruskan masa antara tanggungjawab

kepada keluarga dan tanggungjawab kepada pelajaran. Menurut Omar Latif (dalam

Faridah, 2000), golongan yang telah berumahtangga mempunyai tanggungjawab dan

komitmen yang lebih berat berbanding mereka yang belum berumahtangga. Tambah

beliau lagi, di samping tanggungjawab terhadap isteri, suami, anak-anak, ibu bapa

dan adik beradik.

Oleh yang demikian, pengkaji ingin menjalankan kajian untuk mengetahui

masalah-masalah dari aspek kewangan, keluarga, pengurusan masa dan pembelajaran

mempengaruhi pelajar PKPG yang telah berkeluarga dalam melanjutkan pelajaran ke

peringkat ijazah. Ini sangat penting dalam usaha untuk membantu pelajar PKPG

meneruskan pembelajaran yang lebih selesa tanpa masalah dan tekanan. Selain itu,

ia membantu merangka program yang lebih sesuai dengan situasi mereka kerana jika

fenomena ini berterusan, usaha dan matlamat kerajaan untuk menghasilkan guru

yang lebih berkualiti tidak akan tercapai.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kehidupan yang dilalui oleh pelajar PKPG semasa mengikuti pengajian di

UTM dipengaruhi oleh banyak faktor kekangan kerana mereka perlu melaksanakan

dua tanggungjawab serentak pada satu masa yang sama iaitu keluarga dan pelajaran.

Berdasarkan situasi inilah pengkaji ingin mengetahui dan mengkaji apakah

masalah yang dihadapi pelajar PKPG Kemahiran Hidup berkeluarga dan melanjutkan

pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 Kerangka Teori

Mooney (dalam Arthur dan Aminah Hashim,1993) telah menyenaraikan 11

jenis masalah pelajar normal di sekolah. Senarai masalah tersebut lebih dikenali

sebagai Mooney Problem Checklist. Sebelas jenis masalah yang disenaraikan ialah:

i. Masalah keluarga

ii. Masalah penyesuaian diri dengan kerja-kerja sekolah

iii. Masalah kewangan dengan keadaan kehidupan

iv. Masalah sosial dan hiburan

v. Masalah perkahwinan dan seks

vi. Masalah agama dan moral

vii. Masalah kesihatan dan fizikal

viii. Masalah sosial psikologikal

viv. Masalah peribadi dan tekanan

x. Masalah akademik dan kerjaya

xi. Masalah kurikulum dan kaedah pengajaran

Masalah yang telah disenaraikan oleh Mooney tidak jauh berbeza dengan

masalah yang dihadapi oleh pelajar yang telah berkeluarga. Jadi pengkaji telah

memilih berdasarkan senarai tersebut iaitu:

6

i. Masalah kewangan

ii. Masalah hubungan kekeluargaan

iii. Masalah pengurusan masa

iv. Masalah dalam pembelajaran

1.5 Objektif Kajian

Tujuan pengkajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran jelas sejauh

manakah masalah yang di hadapi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru

(PKPG) yang telah berkeluarga dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama

di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aspek yang ditinjau adalah seperti berikut

:

1. Mengenal pasti sama ada wujud masalah kewangan di kalangan

pelajar PKPG yang telah berkeluarga semasa melanjutkan pelajaran.

2. Mengenal pasti sama ada wujud masalah hubungan kekeluargaan di

kalangan pelajar PKPG yang telah berkeluarga semasa melanjutkan

pelajaran.

3. Mengenal pasti sama ada wujud masalah pengurusan masa di

kalangan pelajar PKPG yang telah berkeluarga semasa melanjutkan

pelajaran.

4. Mengenal pasti sama ada wujud masalah dalam pembelajaran di

kalangan pelajar PKPG yang telah berkeluarga semasa melanjutkan

pelajaran.

1.6 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru-

guru berkeluarga yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia

7

dalam Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Persoalan kajian yang hendak

diselidiki melalui kajian ini ialah:

1. Adakah pelajar PKPG yang telah berkeluarga menghadapi masalah

kewangan semasa melanjutkan pelajaran?

2. Adakah pelajar PKPG yang telah berkeluarga menghadapi masalah

keluarga semasa melanjutkan pelajaran?

3. Adakah pelajar PKPG yang telah berkeluarga menghadapi masalah

pengurusan masa semasa melanjutkan pelajaran?

4. Adakah pelajar PKPG yang telah berkeluarga menghadapi masalah

dalam pembelajaran semasa melanjutkan pelajaran?

1.7 Kepentingan Kajian

Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai

matlamat dan hasrat utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat

dan berupaya melahirkan rakyat yang mampu bersaing dalam perkembangan sains

dan teknologi masa kini. Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada

setiap individu.

Oleh itu, adalah diharapkan hasil dari kajian ini nanti akan dapat

membekalkan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang sebab dan masalah

yang dihadapi oleh guru-guru mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

yang dianjurkan oleh Kementerian sendiri. Maklumat ini boleh disalurkan menerusi

media massa dan akan memberi maklumat kepada guru-guru lain sebagai panduan

untuk merancang kehendak yang sepatutnya sebelum mengikuti program ini supaya

masalah dapat dikurangkan, selain dapat meningkatkan perkembangan ilmu.

Melalui kajian ini juga Kementerian Pelajaran mungkin boleh membuat

perubahan dengan cara membuka lebih banyak peluang kepada guru-guru

meningkatkan taraf akademik mereka serta mengkaji semula kebaikan dan

8

kelemahan program yang ada sekarang dan melakukan penambahbaikkan misalnya

cuti belajar bergaji penuh.

Selain itu, hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memberikan

maklumbalas kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini tentang

sistem dan kos pengajian dengan melakukan sedikit perubahan, misalnya

mengurangkan kos-kos tersebut. Ini berkemungkinan akan menggalakkan lebih

ramai guru meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Tidak ketinggalan juga kepada pensyarah, kajian ini dapat membantu para

pensyarah menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran (p&p) agar lebih fleksibel

dan menarik. Ini penting kerana teknik pengajaran dan pembelajaran perlu

disesuaikan dengan tahap usia dan pemahaman pelajar.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat kepada Fakulti

Pendidikan, UTM khususnya mengenai masalah pelajar-pelajar PKPG. Ekoran itu

fakulti mungkin dapat merangka program-program tertentu sebagai kandungan

kursus atau sukatan pelajaran sebagai tarikan dan jalan penyelesaian kepada pelajar

yang sedang dalam pengajian ataupun guru-guru yang bercadang mengikuti program

tersebut dan ini secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan yang menginginkan

semua guru berijazah menjelang 2010.

Maka hasil kajian ini akan memberi jawapan sebenar dan seterusnya

mengenalpasti faktor-faktor penggerak kearah peningkatan akademik yang lebih

baik. Secara keseluruhannya hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan

sedikit sebanyak manfaat dan panduan kepada semua pihak terutamanya UTM dan

kepada guru-guru lain yang bercadang melanjutkan pelajaran.