untuk plaporan kajian 2015.doc

Post on 14-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBEF4303

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER JANUARI 2015HBEF4303ACTION RESEARCH PROJECTNO. MATRIKULASI

: 770725135158001NO. KAD PENGNEALAN: 770725135158NO. TELEFON

: 0138304490E-MEL

: [email protected]

[email protected] PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN MIRI1.0Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu1.1Guru

1.1.1KekuatanMenggunakanpendekatan pembelajaran masteri iaitu pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan di dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.Sepanjang tempoh rawatan, saya menggunakan pendekatan ini dengan harapan responden dapat menguasai kemahiran menggunakan JSPG untuk menguasai konsep bahagi nombor tiga digit dengan nombor satu digit tanpa baki dari segi proses melengkapkan kitaran pembahagian dalam bentuk pengiraan bahagi panjang. Saya juga menggalakkan komunikasi dua hala dengan responden-responden saya. Laras bahasa yang saya gunakan adalah laras bahasa yang mudah difahami. Penggunaan soalan adalah dirancangan daripada mudah kepada susah. JSPG yang digunakan adalah alat bantu mengajar yang boleh dilihat dan berwarna warni. 1.1.2Kelemahan

Aktiviti yang dianjurkan di dalam set induksidan aktiviti pengembangan kemahiran tidak dipelbagaikan. Ini menyebabkan responden berasa agak kurang menyeronokkan dengan belajar hanya mengadap JSPG sahaja. Pdp saya bergantung penuh dengan JSPG. Saya lebih memberikan perhatian terhadap keberkesanan penggunaan JSPG dalam pdp sehingga mengabaikan perasaan responden pada ketika itu. Seharusnya saya memberikan lebih motivasi apabila menyedari mereka mula kurang berasa seronok.1.1.3Langkah Mengatasinya

Bagi kelemahan yang dikenalpasti, saya seharusnya menggunakan alternatif seperti kaedah permainan dengan memperkenalkan JSPG seperti mencari kotak harta karun yang bernombor (dari hasil darab mana-mana nombor) dan menyatakan faktor-faktor hasil darab berkenaan. Dari segi sokongan dan motivasi, saya seharusnya lebih mengambil hati mereka dengan memberikan galakkan kepada responden-responden saya. Ini penting dalam membentuk nilai dalam diri responden, walaupun dia mula berasa bosan, namun dia mampu terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran.Selain daripada itu saya juga akan memperbaiki pdp dengan lebih melibatkan alatan ICT untuk menjadikannya lebih menarik.

1.2Murid

1.2.1Kekuatan

Responden-responden kebanyakannya aktif dalam aktiviti pdp. Mereka berupaya mengikuti pelajaran dengan hanya menggunakan JSPG. Komunikasi antara sesama sendiri adalah sangat positif kerana ada mereka yang sudah faham akan membantu rakan lain untuk menyelesaikan bahagi.

1.2.2Kelemahan

Hampir semua responden tidak menyediakan buku untuk kelas inovasi pdp ini. Kelemahan lain yang dikenalpasti adalah mereka amat lambat menulis. Mereka cenderung untuk bercakap tentang sesuatu di luar topik. Apabila mereka mula aktif bertanya atau menjawab soalan., mereka tidak mengangkat tangan bahkan mereka terus menjerit-jerit apabila menjawab soalan.1.2.3Cara mengatasiResponden diberikan kertas kosong untuk kelas inovasi pdp yang dijalankan. Guru juga sentiasa memberikan perhatian penuh untuk memantau setiap kerja yang perlu mereka siapkan.

1.3Isi kandungan pelajaran

Objektif utama dalam inovasi pdp yang telah dilaksanakan adalah responden akan dapat menggunakan JSPG untuk menyelesaikan soalan pembahagian nombor tiga digit dengan satu digit dan seterusnya menggunakan JSPG untuk menguasai kemahiran membahagi nombor tiga digit dengan satu digit. Di akhir inovasi pdp ini diharap juga responden akan dapat mengenalpasti penggunaan JSPG dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran pembahagian nombor tiga digit dengan satu digit individu.1.3.1Kekuatan

Dalam menilai kekuatan isi kandungan inovasi pdp, saya menggunakan persoalan di bawah untuk memberikan analisis.Adakah penggunaan JSPG ini dapat membantu responden menyelesaikan soalan pembahagian nombor tiga digit dengan satu digit?

Ya. Responden yang terlibat dapat menyelesaikan soalan pembahagian nombor tiga digit dengan satu digit dengan lebih baik.

Adakah penggunaan JSPG ini membantu responden menguasai kemahiran membahagi nombor tiga digit dengan satu digit?

Ya. Penggunaan JSPG ini amat membantu responden menguasai kemahiran membahagi nombor tiga digit dengan satu digit dengan berkesan.

Adakah penggunaan JSPG ini dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran pembahagian nombor tiga digit dengan satu digit di kalangan responden?

Sememangnya penggunaan JSPG membantu meningkatkan penguasaan kemahiran pembahagian nombor tiga digit dengan satu digit dikalangan responden.

Dari aspek domain kognitif, saya melihat kepada kejayaan saya mengatur soalan yang digunakan semasa melaksanakan sesi bimbingan adalah dari konsep mudah kepada sukar dengan aras nilai nombor yang digunakan semakin lama semakin besar. Dari aspek domain psikomotor, saya telah menerapkan pengintergrasian intelektual dan fizikal. Ianya adalah kemahiran mengenalpasti, membuat keputusan dan menilai (intelektual) dan kemahiran mencari nombor yang sesuai (fizikal; menggunakan jejari kecil mengecam nombor yang sesuai dan mata). Domain afektif yang berjaya terapkan adalah mengetahui bahawa bahagi itu mudah apabila kita member perhatian dan minat untuk menyelesaikannya.

1.3.2Kelemahan

Aspek kognitif untuk responden adalah dalam keadaan yang patuh kepada arahan guru sahaja. Isi kandungan inovasi pdp saya kurang berjaya menerbitkan kepelbagaian dari segi domain kognitif. Kemahiran intelektualnya adalah terhad kerana responden yang terpilih adalah dari golongan murid yang lemah aras pembelajarannya. 1.3.3Cadangan mengatasi

Saya akan mencari sumber rujukan dan diubahsuai mengikut aras murid-murid di masa depan. Penggunaan ICT dalam pdp juga akan saya cuba aplikasikan agar kepelbagaian intelek murid-murid yang terlibat dapat diberi alternatif untuk memahami sesuatu perkara dengan pandangan pemahaman individu yang berbeza. 1.4Persekitaran

1.4.1Kekuatan

Bilangan responden yang terlibat dengan kelas rawatan untuk penggunaan inovasi ini adalah kecil iaitu 6 orang sahaja. Kawalan kelas adalah berada pada tahap yang sangat baik. Tahap displin responden juga senang dipantau. Keadaan bilik kelas yang digunakan juga memberansangkan pembelajaran. Fizikal kelas yang ceria memberikan semangat kepada responden untuk terus melibatkan diri lebih aktif dalam pdp.1.4.2Kelemahan

Masa yang terhad dihadapi apabila melaksanakan aktiviti inovasi pdp. Dengan pengurusan masa yang agak terhad aktiviti terpaksa diringkas dan dipendekkan waktu pelaksanaan. Dengan tuntutan kehendak kelas tahun 6, saya perlu memberikan masa lebih untuk tugas hakiki saya.

1.4.3Cadangan mengatasiSaya akan cuba untuk mengintai masa lain yang bersesuaian dengan waktu saya yang tidak mengajar. Dengan menggunakan ruang waktu tidak mengajar, saya menyambung semula aktiviti inovasi pdp.

2.0Isu/ Fokus Kajian2.1MasalahResponden yang terpilih adalah merupakan responden-responden yang lemah dalam membahagi nombor tiga digit dengan satu digit walaupun apabila diberi rujukan terus dengan sifir biasa.2.2Rumusan permasalahan

Situasi murid-murid yang lemah akan sentiasa keliru dengan penggunaan nombor yang ditolak daripada terbitan nombor yang dibahagi, dari mana datangnya nombor tersebut, bagaimana wujudnya jawaban di atas simbol bahagi panjang? Inovasi pdp yang dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid yang sering mengabaikan soalan pembahagian kerana menganggap ianya amat susah diselesaikan kepada situasi di mana mereka meneroka JSPG untuk mencari jawapan kepad soalan bahagi..

3.0Kumpulan Sasaran

3.1Bilangan murid

Kajian ini melibatkan seramai 6 orang murid dari kelas 4 Iltizam (2014) di sebuah sekolah kebangsaan di Miri. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Keenam-enam responden ini berumur 10 tahun, dan masing-masing mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik yang telah dilaksanakan dan memberikan keputusan yang tidak memberansangkan. Pemahaman kemahiran bahagi mereka adalah pada tahap yang rendah. Mereka juga adalah terdiri daripada golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, sering mendapat markah rendah dalam peperiksaan.

Jadual 1: Profil Responden Kajian

RespondenJantinaUmurKaum

R1Perempuan10 tahunIban

R2Perempuan10 tahunMelayu

R3Perempuan10 tahunKayan

R4Lelaki10 tahunMelayu

R5Lelaki10 tahunCina

R6Lelaki10 tahunIban

3.2Latarbelakang respondenRata-rata responden adalah datang dari keluarga yang serba kekurangan. Masalah yang mereka di rumah sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi akademik mereka di sekolah. Dari segi akademik, mereka hampir mempunyai daya pembelajaran yang sama. Cuma yang membezakan mereka adalah dari segi tulisan, kekemasan dan keupayaan menerima arahan dan bimbingan. Jika dalam ujian, julat markah mereka adalah di antara 15 markah himgga 30 markah. Secara ringkasnya saya mengetahui bahawa mereka tidak tahu dari segi konsep, dan kaedah belajar dari segi bimbingan yang diperlukan.4.0Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

4.1Pengajaran dan pembelajaran

Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dengan sepenuhnya sepanjang tempoh praktikum. Terdapat dua kali pencerapan yang telah dibuat oleh guru pembimbing pada tarikh 03 Oktober 2014 dan 07 November 2014. Di sepanjang tempoh praktikum tersebut semestinya penegasan penyampaian adalah bertumpu pada penggunaan JSPG dalam membahagi nombor tiga digit dengan nombor satu digit tanpa baki. 4.2Pelaksanaan

4.2.1Penjelasan inovasi yang dilaksanakan

Dengan menggunakan Jadual Sifir Pelbagai Guna, saya menekankan penggunaan BARIS PALING ATAS dengan menyatakan ia adalah sekumpulan pilihan jawapan bahagi yang akan ditulis di atas palang bahagi, LAJUR PALING KIRI adalah sebagai pembahagi nombor satu digit dan RUJUKAN UTAMA semasa membahagi. Nombor-nombor lain adalah sebagai hasil darab yang akan ditolak semasa proses membahagi panjang. Dalam kemahiran membahagi melibatkan nombor tiga digit dengan nombor satu digit saya menekankan kemahiran mengenalpasti nombor yang sesuai untuk ditolak dari digit pertama dengan merujuk kepada LAJUR PALING KANAN untuk sifir yang terlibat. Apabila nombor yang sesuai telah dapat dikenalpasti, hasil darab tersebut ditulis dibawah digit pertama tadi. Dengan itu, jawapan yang ditulis di atas adalah merupakan nombor yang berada BARIS PALING ATAS, di atas nombor yang telah dipilih. Selepas itu barulah operasi tolak dilaksanakan. Proses ini berterusan untuk seterusnya, sekiranya ada baki maka nombor baki tersebut akan berpasangan dengan digit kedua untuk nombor yang dibahagi. Langkah dan proses yang sama diaplikasikan untuk seterusnya sehingga digit nombor pembahagi terakhir diselesaikan. Penulisan jawapan bahagi pada BARIS PALING ATAS adalah bergantung kepada pemilihan hasil darab yang sesuai untuk ditolak sepanjang proses membahagi sehingga selesai berdasarkan kepada LAJUR PALING KIRI sebagai SIFIR RUJUKAN UTAMA. Murid-murid ditegaskan dengan kepentingan menggunakan JSPG dalam menentukan jawapan untuk asas operasi bahagi. Contoh penggunaan JSPG adalah diterangkan seperti pada rajah di sebelah.

Rajah 1 : Jadual Sifir Pelbagai Guna

Rajah 2 : Contoh penggunaan JSPG dalam membahagi nombor tiga digit dengan nombor satu digit

4.2.2Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan

Aktiviti latih tubi

Pada aktiviti ini saya mula membentuk kemahiran mengenalpasti jawapan kepada asas operasi bahagi dengan menggunakan Jadual Sifir Pelbagai Guna. Responden-responden dilatih menggunakan JSPG tersebut dalam menyelesaikan soalan asas operasi bahagi. Contoh latihan asas operasi bahagi adalah seperti gambarajah dibawah.

Rajah 3 : Contoh latihan asas operasi bahagi

5.0Pelaporan5.1Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Kebanyakan aktiviti dalam pdp yang dilaksanakan adalah merupakan aktiviti pembelajaran langsung iaitu responden belajar dengan melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan terancang daripada guru. Responden diberi peluang pembelajaran dengan melibatkan diri secara aktif. Pengalaman ini secara langsung membantu mereka meneroka dan memperoleh pemahaman konsep bahagi dan mencipta suatu idea pemahaman sendiri. Kadang kala pengalaman lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat. Dengan pengalaman langsung, responden diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati dan melakukan bersama dengan bimbingan guru pelaksanaan pengiraan bahagi yang disampaikan. Selain daripada itu, aktiviti bersoal jawab sering dilakukan yang bertujuan untuk memastikan responden sedang mengikuti langkah dan proses pembahagian yang berpandukan JSPG dengan betul. Apabila selesai sesi bimbingan, responden-responden mencuba pemahaman kendiri melalui aktiviti uji diri secara bertulis. Pada ketika ini, guru akan memantau dan membimbing responden secara individu jika difikirkan perlu. Dalam pelaksanaan inovasi pdp ini, saya juga mering melibatkan responden untuk menunjukkan hasil kerja mereka di papan tulis. Ini kerana rata-rata murid berminat untuk menulis di papan tulis. Aktiviti ini merupakan aktiviti Saya Berani Mencuba. Secara tidak langsung saya dapat mengesan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh responden lain juga. 5.2Kebaikan dan kekurangan inovasi Pdp yang dijalankan5.2.1Kebaikan inovasi pdp yang dijalankan

Kebaikan utama inovasi pdp menggunakan JSPG ini adalah ia berupaya membina idea-idea yang abstrak proses bahagi. Pendedahan kepada pembinaan JSPG secara tidak langsung membentuk ke arah pengukuhan penguasaan sifir dengan lebih berkesan. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara iaitu dari bentuk hafalan kepada bentuk pembinaan sifir. Responden berupaya melihat akan kegunaan JSPG ini tidak hanya sebagai mencari jawapan kepada operasi bahagi tetapi juga akan mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersirat apabila menggunakannya. Pertama kemahiran mengenalpasti nombor pada baris dan lajur mana yang perlu diberi perhatian. Responden akan mula berfikir untuk mengecam nombor mana yang perlu dipilih. Maka disini mereka akan mempraktikkan kemahiran membuat keputusan dengan mempertimbangkan ciri-ciri nombor yang sesuai. Pertimbangan keputusan adalah berkisar pada pilihan nombor yang ditolak semasa dalam proses membahagi, nilainya sesuai atau tidak. Apabila telah selesai pemilihan nombor untuk ditolak, maka mereka perlu melihat dan memilih jawapan untuk soalan bahagi tersebut. 5.2.2Kekurangan inovasi pdp yang dijalankan

Bentuknya yang rigid dan sinonim dengan segi empat agak membosankan sekiranya lama-lama digunakan. JSPG perlu lebih berwarna-warni dan boleh diadaptasikan dengan kepelbagaian bentuk. Inovasi pdp ini tidak banyak memberikan tindak balas atau respon kerana ia hanya sekeping kain kanvas yang bercetak sahaja.

5.3Kaedah penilaian inovasi pdp5.3.1Ujian

Ujian pertama telah saya jalankan adalah ujian diagnostik yang bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang apakah masalah yang dihadapi, bagaimanakah pemahaman responden terhadap kemahiran ini, apakah penyelesaian yang digunakan oleh responden untuk mendapatkan jawapan. Ujian pra yang diberi akan digunakan sebagai perbandingan dengan ujian pos selepas pelaksanaan menggunakan inovasi yang telah dicadangkan. Daripada kedua-dua ujian saya akan dapat melihat gambaran secara menyeluruh adakah penggunaan JSPG dapat membantu responden mengatasi masalah bahagi nombor tiga digit dan nombor satu digit. 5.3.2Pemerhatian

Analisis maklumat daripada kaedah pemerhatian adalah melihat kepada perubahan-perubahan sikap dan cara responden melalui proses rawatan yang subjektif yang saya catatkan sebagai hasil pemerhatian sepanjang proses rawatan. Apa yang akan turut diperhatikan adalah langkah kerja yang akan dilakukan oleh responden semasa menyelesaikan kemahiran membahagi ini.

5.3.3Catatan bertulis

Maklumat daripada catatan bertulis dianalisis berdasarkan apa saya buat sepanjang sesi pelaksanaan inovasi, hasil perbincangan dengan rakan sekerja, guru pembimbing dan juga tutor penyelia. Setiap latihan yang dibuat oleh responden telah diteliti dan dicatatkan ke dalam catatan bertulis saya.

5.3.4Temubual

Hasil temubual telah memberikan gambaran secara informal tentang situasi yang dihadapi oleh responden semasa menjalani proses rawatan. Maklumat ini memperlihatkan akan perkara-perkara subjektif yang menyokong kepada hasil kajian kelak.

6.0Lampiran

6.1Soalan

Struktur soalan adalah dari senang ke susah

Contoh soalan yang disediakan

6.2Aktiviti inovasi pdp Aktiviti bimbingan secara langsung dan aktiviti bersoal jawab bersama guru

Aktiviti Saya Berani Mencuba

Aktiviti Uji Diri

6.3Bukti penilaian sebelum dan selepas pdp

Sebelum inovasi pdp (hasil kerja responden)

Selepas

merujuk kepada sifir 2

LAJUR PALING KIRI sebagai PEMBAHAGI 2 (lajur berwarna kuning)

merujuk kepada hasil darab sifir 2

merujuk kepada BARIS PALING ATAS (baris berwarna hijau)

PAGE 16

_1253083327.bin