2015 upt1 sej f2.doc

20
1 Apakah dasar yang diamalkan oleh British ke atas negeri-negeri Melayu sebelum tahun 1874? A Dasar naungan B Dasar campur tangan C Dasar perdagangan bebas D Dasar tidak campur tangan 2 Mengapakah Revolusi Perindustrian mendesak British untuk campur tangan di Negeri- Negeri Melayu? A Mendapatkan modal B Meluaskan tanah jajahan C Mendapatkan bahan mentah D Mendapatkan tenaga buruh yang murah 3 Apakah kesan ciptaan kapal wap kepada dasar campur tangan British di negeri- negeri Melayu? I Mempercepatkan perjalanan I I Mengelakkan ancaman lanun I I I Menjadikan perjalanan lebih selamat I V Membawa muatan yang lebih banyak A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4 Rajah berikut menunjukkan perubahan pucuk pimpinan kerajaan Britain pada tahun 1873. Apakah kesan perubahan tersebut? A Dasar memajukan tanah jajahan B Dasar mentamadunkan masyarakat Timur Parti Liberal Parti Konservatif

Upload: marisa-king

Post on 24-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

1 Apakah dasar yang diamalkan oleh British ke atas negeri-negeri Melayu sebelumtahun 1874?

A Dasar naungan

B Dasar campur tangan

C Dasar perdagangan bebas

D Dasar tidak campur tangan

2 Mengapakah Revolusi Perindustrian mendesak British untuk campur tangan di Negeri- Negeri Melayu?

A Mendapatkan modalB Meluaskan tanah jajahanC Mendapatkan bahan mentah D Mendapatkan tenaga buruh yang murah

3 Apakah kesan ciptaan kapal wap kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu?

I Mempercepatkan perjalananII Mengelakkan ancaman lanunIII Menjadikan perjalanan lebih selamatIV Membawa muatan yang lebih banyak

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

4 Rajah berikut menunjukkan perubahan pucuk pimpinan kerajaan Britain pada tahun 1873.

Apakah kesan perubahan tersebut?

A Dasar memajukan tanah jajahan

B Dasar mentamadunkan masyarakat Timur

C Dasar membebaskan negeri-negeri jajahan

D Dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu

5 Peta di bawah menunjukkan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869.

Parti Liberal Parti Konservatif

Page 2: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Bagaimanakah pembukaan Terusan Suez menyumbang kepada pelaksanaandasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu?

A Perjalanan ke Asia Tenggara lebih selamat

B Membawa muatan dagangan yang lebih banyak

C Perdagangan di Asia Tenggara semakin meningkat

D Memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu

6 Kawasan berikut terkenal dengan perlombongan ?

A Emas

B Minyak

C Bijih besi

D Bijih timah

7 Pernyataan di bawah merujuk kepada perlantikan sultan Perak.

Para pembesar negeri Perak telah mengenepikan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak

Apakah tindakan Raja Abdullah dalam usahanya menjadi Sultan Perak ?

A Meminta bantuan pembesar

B Mendapatkan bantuan British

C Memperoleh sokongan kongsi gelap

D Memulakan penentangan terhadap Raja Ismail

8 Dialog dalam gambar berikut mungkin diucapkan oleh Raja Abdullah dan Andrew

Clarke.

Sayong Kelian Pauh Larut

Page 3: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Apakah kerugian yang dimaksudkan oleh baginda?

I Pelucutan jawatan pembesarII Pengecilan wilayah kekuasaanIII Kekurangan kuasa pentadbiranIV Kehilangan hak memungut cukai

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

9 Maklumat berikut merupakan senario yang berlaku di Selangor.

Mengapakah kehadiran Tengku Kudin tidak disenangi oleh pembesar tempatan?

A Bbukan anak tempatan

B Berpendidikan Inggeris

C Bekerjasama dengan British

D Bermusuhan dengan pembesar tempatan

10 Rajah berikut menggambarkan situasi perebutan kuasa di Selangor.

1868Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.

Perebutan daerah Klang

Raja Abdullah

Page 4: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Apakah alasan Raja Mahadi untuk menguasai daerah Klang ?

A Mendapat sokongan British

B Dilantik oleh Sultan Abdul Samad

C Disokong oleh para pembesar yang lain

D Mewarisi kawasan kekuasaan ayahandanya

11 Gambar berikut merupakan sebuah rumah api yang terdapat di Tanjung Rachado,Selangor.

Apakah kesan penting yang berlaku terhadap Selangor apabila rumah api tersebut diserang ?

A J.G. Davidson menjadi Residen yang pertama

B Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat sultan

C Raja Mahadi telah dijatuhkan hukuman buang negeri

D Raja Abdullah dilantik menggantikan Sultan Abdul Samad

12 Pertapakan British di Selangor menemui kegagalan walaupun terlibat dalamPerang Klang.

Antara berikut apakah alasan yang akhirnya membolehkan British menguasai Selangor?

I Rompakan kapal dagang di LangatII Pembunuhan seorang rakyat EropahIII Isu pergaduhan antara kongsi gelap Cina IV Serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado

A I dan II

Raja Mahadi

Page 5: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

B I dan IVC II dan IIID III dan IV

13 Jadual berikut menunjukkan ancaman yang berlaku di Selangor.

Tahun Peristiwa

1873 Kapal dagang British diserang berhampiran Kuala Langat

1874 Serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado

Apakah kesan langsung daripada peristiwa tersebut?

A British memerangi lanun

B British campur tangan dalam pentadbiran

C British menghapuskan kegiatan kongsi gelap

D British menguasai kawasan perlombongan bijih timah

14 Persengketaan antara kedua-dua tokoh di atas berlaku pada tahun 1870-an.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya persengketaan tersebut ?

Persengketaan di Sungai Ujong

Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

Dato’ Bandar Kulop Tunggal

Page 6: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

A Hak memungut cukai

B Pengaruh pelabur asing

C Sistem pewarisan takhta

D Penguasaan kawasan pertanian

14 Maklumat di bawah merujuk kepada persetujuan pembesar tempatan di Sungai Linggi.

Berdasarkan maklumat di atas, persetujuan tersebut bermakna Britishberkuasa dalam

A percukaianB perdaganganC perundanganD pemerintahan

15 Mengapakah tindakan Sultan Ahmad membawa masuk pelabur Eropah untuk memajukan Pahang tidak disenangi oleh pihak British ?

A Memajukan Negeri PahangB Melemahkan pengaruh BritishC Menjejaskan kepentingan BritishD Mengukuhkan kedudukan sultan

16 Pernyataan berikut merujuk kepada keadaan yang berlaku di Pahang

Apakah implikasi peristiwa tersebut?

A Kedaulatan negeri Pahang terancam

B Sultan Ahmad menerima Residen British

C Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British

D Pelabur Eropah dibawa masuk untuk memajukan Pahang

17 Berdasarkan jadual berikut, Pahang merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima Residen British kerana

Tahun Residen Kawasan

1874 Dato’ Kelana bersetuju menerima perlindungan British

Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.

Page 7: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

1874J.W.W BirchJ.G.Davidson

P.J.Murray

PerakSelangor

Sungai Ujong1888 J.P.Rodger Pahang

A penubuhan Majlis Penasihat

B perlembagaan negeri digubal

C pentadbiran Barat dilaksanakan

D Pembangunan oleh pelabur Eropah

18 Tokoh berikut merupakan pemimpin masyarakat Melayu pada kurun ke -19.

Apakah persamaan antara kedua-dua tokoh tersebut?

A Kehilangan kuasa

B Meminta bantuan British

C Kehilangan hak memungut cukai

D Menentang perluasan kuasa British

19 Jadual berikut menunjukkan kekacauan di negeri-negeri Melayu yang memberi peluang kepada British untuk campur tangan pada kurun ke-19.

Negeri PeristiwaPerak Perang LarutSelangor Perang KelangNegeri Sembilan Perbalahan Sungai Ujong

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?

A Bersatu padu asas kestabilan negara

B Berbangga dengan kekayaan negara

C Berdikari untuk memperjuangkan hak

D Bertoleransi dalam kalangan masyarakat

20 Apakah persamaan tugas tokoh berikut di Tanah Melayu ?

A Wakil British

Raja Abdullah Dato’ Kelana

P.J. Murray J.G. Davidson Martin Lister

Page 8: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Pengenalan Sistem Residen mendapat tentangan daripada Sultan dan para pembesar

B Residen British

C Penasihat British

D Pegawai Majistret

21 Berdasarkan pernyataan di atas mengapakah Residen ditentang oleh para pembesar?

I Menguasai pentadbiranII Mengambilalih pungutan cukai III Mencampuri upacara keagamaanIV Memperkenalkan amalan perhambaan

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

22 Mengapakah residen dianggap terlalu berkuasa dalam pentadbiran di negeri-negeri

Melayu ?

A Kuasa penjajah dipandang hebat

B Ketiadaan panduan tugas yang jelas

C Mendapat kerjasama daripada pembesar tempatan

D Mendapat sokongan daripada penduduk tempatan

23 Pernyataan berikut merujuk kepada situasi yang dihadapi oleh Pahang

Mengapakah Pahang menanggung hutang yang banyak?

A Perang saudara

B Pergaduhan kongsi gelap

C Kekacauan akibat serangan lanun

D Kebangkitan rakyat menentang British

Perbelanjaan negeri Pahang meningkat kerana menanggung hutang yang banyak

Page 9: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

24 Bagaimanakah British mengatasi kelemahan sistem pentadbiran berikut ?

Kelemahan Sistem Residen• Pentadbiran tidak seragam• Undang-undang tidak selaras• Tiada panduan menjalankan tugas

A Mewujudkan Durbar

B Mengembalikan kuasa sultan

C Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri

D Membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

25 Frank Swettenham telah mencadangkan supaya negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pentadbiran.

Pada pendapat anda apakah yang akan dihadapi oleh British jika negeri-negeri tersebut tidak disatukan?

A Perak bertambah mundur

B Krisis kewangan di Pahang

C pentadbiran Barat dilaksanakan

D Raja- Raja Melayu akan bangun menentang British

26 Apakah kesan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun1896?

A Kemajuan ekonomi terhalang

B Pengurangan kemasukan imagran Cina

C Penamatan Persidangan Raja-raja Melayu

D Kemerosotan kuasa pemerintahan tempatan

27 Jadual di atas merujuk kepada dasar pentadbiran British di Tanah Melayu.

Tahun Sistem Pentadbiran Pegawai British

1874 Sistem Residen Residen

1896 Negeri-negeri Melayu Bersekutu X

Page 10: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Apakah jawatan X?

A Gabenor

B Gabenor Jeneral

C Residen Jeneral

D Leftenan Jeneral

28 Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1897 kerana

A tergugatnya agama Islam

B kemerosotan kuasa sultan

C kemerosotan kuasa pembesar

D tergugatnya adat istiadat Melayu

29 Maklumat berikut menerangkan kritikan Sultan Idris dalam Durbar kedua di Kuala Lumpur.

Apakah kesan daripada kritikan tersebut ?

A Jemaah Menteri dibentuk

B Perlembagaan negeri dipinda

C Pentadbiran tradisional dimantapkan

D Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

30 Kedua-dua bendera berikut pernah dikibarkan di Tanah Melayu pada tahun 1826 dan tahun 1896.

• Residen Jeneral terlalu berkuasa• Kuasa raja-raja berkurangan

Page 11: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Apakah iktibar daripada pengibaran bendera tersebut kepada penduduk TanahMelayu?

A Daya juang yang tinggi

B Bersatu membawa kebebasan

C Semangat kepimpinan yang kuat

D Berwaspada terhadap kuasa asing

31 Kedah menghadapi ancaman Burma, Bugis dan Siam pada kurun ke – 18.Apakah tindakan yang diambil Kedah ?

A Memohon bantuan daripada pihak BritishB Meminta pertolongan daripada negeri PerakC Mendapatkan pelindungan dari kerajaan AchehD Menandatangani perjanjian pertahanan dengan Belanda

32 Senarai berikut menunjukkan peristiwa penting yang berlaku di Tanah Melayu.

Pembukaan Singapura 1819 Perjanjian Inggeris – Belanda 1824 Penubuhan Negeri-negeri Selat 1826

Apakah kesan peristiwa tersebut ?

A British menguasai negeri-negeri MelayuB British menjalin hubungan baik dengan BelandaC British menguasai perdagangan rempah di TimurD British mewujudkan pangkalan tentera yang besar

33 Mengapakah pelantikanTunku Abdullah sebagai Raja Muda ditentang oleh kerabat diraja Kedah ?

A Anak raja dari luarB Bukan anak gaharaC Seorang yang zalimD Tidak cukup matang

34 Apakah kepentingan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ?

IIIIIIIV

Pangkalan tenteraPelabuhan persinggahan Pasaran bagi barangan siapPusat memproses barangan

Page 12: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

35 Apakah kesan Perjanjian Inggeris Belanda yang ditandatangani pada tahun 1824 ?

III

IIIIV

British mengambil alih pentadbiran MelakaKedua-dua pihak berjanji untuk menghapuskan lanunBelanda mengiktiraf pendudukan British di SingapuraBritish menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

36 Mengapakah Pulau Pinang dianggap gagal mencapai kemajuan seperti yang diharapkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ?

A Menghadapi ancaman daripada SiamB Gagal menarik pedagang-pedagang luarC Penduduk Pulau Pinang tidak mengalami pertambahanD Pelabuhan Pulau Pinang gagal menyaingi pelabuhan Betawi

37 Apakah keistimewaan Singapura sehingga menarik minat Raffles untuk menduduki pulau tersebut ?

III

IIIIV

Kedudukannya yang strategikMudah mengawal ancaman lanunSesuai dijadikan pangkalan tenteraMampu menyaingi perdagangan Belanda

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

38 Perjanjian Inggeris – Belanda 1824 telah menamatkan persaingan antara British dengan Belanda untuk menguasai Kepulauan Melayu.Apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap perjanjian tersebut ?

A Belanda tidak berupaya mengatasi kekuatan tentera BritishB Kuasa-kuasa barat hanya mementingkan diri mereka sendiri

Page 13: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

C Perebutan takhta di negeri-negeri Melayu dapat diselesaikanD Perkongsian kuasa British dan Belanda di Kepulauan Melayu

39 Apakah faedah yang diperoleh British melalui Perjanjian Inggeris – Belanda 1824 ?

A Menguasai perdagangan SiamB Meluaskan perdagangan rempahC Memonopoli perdagangan bijih timahD Meluaskan pengaruh ke Tanah Melayu

40 Senarai berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku semasa Perang Napoleon di Eropah.

Perancis menakluki Belanda Raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ?

A Belanda meminta bantuan BritishB Betawi ditadbir oleh British secara sementaraC British membantu Belanda menyerang PerancisD Belanda menyerahkan tanah jajahannya kepada Perancis

41 Mengapakah Sultan Kedah menghubungi pihak berikut ?

Firma Jourdain Sullivan and de Souza Syarikat Hindia Timur British

A Menarik pelaburan BaratB Menghapus ancaman lanunC Mengekal kedaulatan negeriD Menjalin hubungan perdagangan

42 Surat berikut dikirim oleh pembesar Kedah kepada Francis Light

“ ..Raja kami tidak memperkenan sahabat kami tinggal lama di Poolo Pinang, oleh itu sahabat kami hendaklah menyelesaikan urusannya secepat mungkin kerana Poolo Pinang ialah milik Raja Queda sejak zaman berzaman ....”

Apakah yang telah dilakukan Francis Light ?

A Memungkiri janjiB Mengelak bayaran cukaiC Memonopoli perdaganganD Melewatkan bayaran pampasan

Page 14: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

43 Perjanjian berikut ditandatangani antara Stamford Raffles, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman

Perjanjian 7 Jun 1823Antara syarat perjanjian

Sultan dan Temenggung tidak berhak mengutip cukai Undang-undang British dikuatkuasakan

Apakah kesan perjanjian tersebut ?

I Johor menjadi tanah jajahan BritishII British berkuasa penuh di Singapura

III Sultan Hussein kehilangan kuasa JohorIV Temenggung memindahkan pusat pentadbiran

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

44 Dialog berikut mungkin berlaku pada kurun ke-19,

William Farquhar : Nampaknya usaha kita gagal mendapat pengiktirafan pemerintah Johor.StamfordRaffles : Jangan putus asa. Kita gunakan muslihat untuk mendapatkan Singapura.

Apakah muslihat yang dimaksudkan ?

A Mengiktiraf Sultan Abdul RahmanB Melucutkan takhta Sultan Mahmud IIIC Menabalkan Tengku Hussein sebagai sultanD Menyingkirkan Temenggung Abdul Rahman

45 Peristiwa berikut berkaitan dengan perjanjian antara Inggeris dengan Sultan Kedah

Tahun Peristiwa

Page 15: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

1786 Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang

Mengapakah Sultan Abdullah bertindak demikian ?

A Mengatasi masalah kewanganB Menghapuskan ancaman lanunC Memajukan bidang perdaganganD Mendapatkan bantuan ketenteraan

46 Mengapakah Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan di bawah satu pentadbiran pada tahun 1826 ?

IIIIIIIV

Mengukuhkan pertahananMenjimatkan perbelanjaanMenyeragamkan pentradbiranMengamalkan perkongsian pakar

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

47 Perjanjian berikut ditandatangani pada tahun 1795 antara Raja Belanda dengan kerajaan British

Surat surat Kew

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut ?

A Perang Napoleon berakhirB Perancis menguasai BelandaC British menduduki jajahan Belanda di TimurD British memonopoli perdagangan Kepulauan Melayu

48 Peta berikut menunjukkan kawasan Seberang Prai pada tahun1800.

Page 16: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

Mengapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris ingin menguasai kawasan tersebut?

III

IIIIV

Tanah subur untuk pertanianSebagai benteng pertahanan Sesuai dijadikan pangkalan tenteraMenampung penduduk yang bertambah

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

49 Pernyataan berikut berkaitan dengan Perjanjian Persahabatan dan Perikatan tahun 1800

Perjanjian ditandatangani antara George Leith dengan Sultan Dziauddin

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut ?

A British menguasai Seberang PraiB Seberang Prai diserahkan kepada SiamC British memduduki Pulau Pinang secara rasmiD Sultan Kedah mendapat semula Pulau Pinang

50 Maklumat berikut merupakan petikan surat Stamford Raffles kepada Gabenor SHTI

“Percayalah kepada saya, ini merupakan sebuah stesen di timur yang terpenting dari segi

Page 17: 2015 UPT1 SEJ F2.doc

keunggulan laut dan kepentingan perdagangan”

Apakah pendapat Raffles tentang keupayaan Singapura ?

A Menarik pedagang JepunB Mengeluarkan bahan mentahC Menjadi pangkalan tentera yang terkenalD Mampu menyekat kuasa monopoli Belanda